14 Mac 2015

Sweden Laundry - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Sweden Laundry lakonan Song Ha Yoon, Changjo, Kim lan dan ramai lagi. Drama ini ditayangkan seminggu sekali dan mempunyai 16 episod. Drama ni simple jer xde benda yang complicated pun pasal drama ni sebab ianya sangat simple n unik. Pelakon utama drama ni belum cukup familiar bagi aku, aku hanya kenal pelakon yang pegang watak ibu kepada Kim Bom tu jer hihi. Tarikan utama drama ini semestinya tentang kisah family Kim Bom serta kuasa luar biasa yang dimiliki K.Bom yang membolehkan dirinya mengetahui masalah pelanggannya dengan hanya menyentuh pakaian mereka yang dihantar ke kedai dobinya itu.
Dalam drama ini turut diselitkan dengan kisah cinta juga yang mana Kim Bom menaruh hati pada kawan abangnya, kemudian watak Soo Chul yang Bom anggap sebagai adik turut ada hati pada Bom. Manakala kawan baik Bom iaitu Young Mi pula cintakan abang Bom serta adik perempuan Bom ada hati pula dengan Soo Chul. Walaubagaimanapun hanya kisah cinta Young Mi bersama dengan abang Bom iaitu Eun Chul berakhir dengan perkahwinan. Manakala kisah cinta yang lain tu agak comlicated sikit n samar-samar gitu. Rasanya ramai yang suka tengok kalau Kim Bom tu menerima cinta Yong Soo Chul sebab Soo Chul tu nice guy walaupun die lebih muda sedikit dari Kim Bom tu. Tapi sehingga ke ending drama ni, kisah cinta diorang tak jelas sebab tak pasti adakah K.Bom akan menerima cinta Soo Chul yang sebelum ini sudah ditolaknya. Memang ramai yang tak puas hati dengan ending drama ni mengenai kisah Kim Bom dan Soo Chul.
Walaupun Kim Bom watak utama dalam drama ni, tapi di pertengahan jalan cerita ni, drama ni lebih memfokuskan kisah mengenai Young Mi dan Abang Kim Bom iaitu Kim Eun Chul. Pelik gak kenapa kisah percintaan dan perkahwinan diorang yang menjadi fokus drama ni sedangkan watak K.Bom lebih utama. OST drama ni biase2 jer bagi aku. Apapun sepanjang menonton drama ni, aku sememangnya sangat menyampah dengan cara layanan family Kim Bom pada dirinya. 
Adik Kim Bom sentiasa membulinya manakala abangnya sentiasa memandang rendah padanya manakala ibunya sendiri juga sentiasa memarahinya serta pilih kasih. Ibunya memang pilih kasih betul dan sentiasa memanjakan anak sulung dan anak bongsu manakala Bom ni dah macam anak tiri or anak angkat dah. Kesian betul padanya, namun abangnya nanti akan mula berubah sikap dan menjadi lebih matang di pertengahan cerita.
Part paling sedih dalam drama ni mestilah masa part Kim Bom mengetahui dirinya hanya anak angkat dan patutla layanan ibu die sebegitu rupa. Masa ni memang aku yakin sangat yang memang betul Kim Bom ni hanya anak angkat patutlaa dapat layanan buruk dari ibunya dan adik beradiknya yang lain. Namun kemudian ada twist sikit yang berlaku dalam drama ni, yang mana berlaku sebaliknya iaitu Kim Bom sebenarnya adalah anak kandung, manakala adik beradiknya yg lain adalah anak angkat hahaha. Memang x leh blah betul laa part anak kandung, anak angkat ni. Watak ibunya iaitu Hwang Young Hee yang pilih kasih tu memang x leh blah hihi, die sebelum ni turut memainkan watak yang lebih kurang sama dalam drama Jang Bori Is Here...Cuma bezanya dalam drama ni wataknya sebagai ibu lebih bergaya sikit. 
Satu lagi part yang aku kureng suka masa watak Kim Bom ni berambut kerinting, nampak serabut jer die hehe.Tapi bila die dah luruskan rambut memang cute n comel jer die ni cuma perwatakkan die jer yang agak kasar walaupun muka dah cute. Drama ni nak kata best sangat tu takdelaa tapi bolehlaa kalau nak layannn sebab drama ni ringan dan simple jer n senang nk faham. Cuma ending die jer yang tak berapa memuaskan hati. Apapun aku bagi 2.2 bintang dari 5 bintang untuk drama ni. Jom Layan Sinopsis Drama ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Korea- Sweden Laundry

Kim Bom sejak kecil sentiasa berasa dirinya tersisih kerana ibunya lebih menyayangi abangnya dan adiknya lebih darinya. Sejak itu K.Bom belajar berdikari sendiri dan melepaskan segala tekanannya dengan mencuci baju. Akhirnya Kim Bom memutuskan untuk membuka kedai dobinya sendiri yang dinamakan Sweden Laundry. K.Bom kemudiannya menyedari dirinya mempunyai kuasa luar biasa dan dikehendaki untuk menyelesaikan segala masalah pelangannya, jika die enggan maka dirinya akan ditimpa malang. Awalnya K.Bom berasa sangat rimas dengan kuasa luar biasanya itu kerana die perlu untuk campurtangan dalam masalah pelangannya namun akhirnya die dapat membiasakan diri. Kehadiran Yong Soo Chul juga banyak membantu K.Bom dalam menyelesaikan segala masalah. 
Kim Bom yang ada hati pada kawan abangnya iaitu Ki Joon sejak remaja lagi, mula patah hati dan kecewa apabila mengetahui yang Ki Joon sudah mempunyai girlfriend. Yong Soo Chul juga kecewa apabila mengetahui K.Bom menyukai lelaki lain namun tetap disisi K.Bom untuk menjaganya. Y.Soo Chul akhirnya memutuskan untuk berterus terang mengenai perasaannya pada K.Bom. Bom yang telah mengetahuinya mula berasa tidak selesa dan awkward. Akhirnya Y.Soo Chul mengetahui yg K.Bom tidak ada hati padanya lalu die mengundurkan diri dari Sweden Laundry namun tetap mengambil berat mengenai K.Bom. Kesempatan ini digunakan oleh adik Bom iaitu Kim Eun Sol untuk cuba memikat Y.Soo Chul walaupun die tahu Soo Chul ada hati pada kakaknya.
Apa yang bakal seterusnya kena la tengok drama ni hehe sebab sinopsis yang aku ceritakan kat atas ni hanya mengenai K.Bom jer, belum masuk kisah abangnya dan lain-lain lagi.

4 ulasan:

  1. Macam seronok je drama ni lepas baca review Mulan..

    BalasPadam
  2. ala2 komedi la kiranya ni Miss Banu :)

    BalasPadam
  3. mcm best drama ni..drama keluarga sy suka..tengah layan Only Love di channel One..

    BalasPadam
  4. @Cik Aini aah drama ni bergenre family, fantasi dan komedi :)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.