-->

2 Feb 2015

Jang Bo Ri Is Here! - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Ini adalah kali kedua aku tengok Drama Korea yang mempunyai episod yang agak banyak selepas drama Wonderful Mama. Biasanya aku jarang layan drama2 yang banyak episod ni kecuali kalau drama tu best. Drama Jang Bori Is Here (2014) ni mempunyai 52 episod, tapi aku xdela tengok semua sebab aku akan skip scene2 yang tak berapa best. Sebab utama aku tengok drama ni adalah kerana drama ni menang anugerah Drama Terbaik disamping beberapa pelakon drama ini turut menang anugerah dan drama ini juga popular di Korea serta mendapat Rating yang sangat tinggi disana. Jadi ianya membuatkan aku tertarik nak tengok drama ni sebab nak tahu best sangat ker drama ni hehe. Bila dah tengok drama ni memang layann gituu best, aku suka tengok lakonan Lee Yoo Ri yang pegang watak jahat dalam drama ni, selain itu die sangat comel dan cantik, sayangnyer die pegang watak jahat ler plak.
Dalam drama ni aku hanya kenal hero die jer iaitu Kim Ji Hoon yang sebelum ni pernah berlakon bersama Park Shin Hye dalam drama Flower Boy Next Door, seterusnya aku kenal pelakon yg pegang watak Moon Ji Sang tu sebab sebelum ni die pernah berlakon dlm drama Bride Of The Century. Heroin drama ini adalah Oh Yeon Seo dan ini adalah kali pertama aku tengok die berlakon. Hero dan Heroin drama ini iaitu Kim Ji Hoon dan Oh Yeon Seo pernah jadi Guest dalam Running Man episod 218 manakala Lee Yoo Ri pula muncul dalam episod Running Man 213. Drama ini berlatarbelakangkan pembuatan baju tradisional Korea yang dikenali sebagai Hanbok, yang mana berlaku perebutan diantara menantu sulung dan menantu bongsu untuk mewarisi pembuatan baju Hanbok dari Ibu Mertua mereka. Pertandingan dijalankan untuk menentukan siapa yang terbaik untuk mewarisi dan menjadi ketua. Pelbagai peristiwa pahit yang berlaku semasa pertandingan ini dan menyebabkan tragedi besar berlaku.
Pelakon kanak-kanak dalam drama ini juga cemerlang dalam lakonan masing2 aku paling suka lakonan budak yang melakonkan watak Yeon Min Jung semasa kecil tu, memang berkesan betul, dari kecik dah nampak jahatnyer hahaha. Seterusnya budak yang melakonkan watak Bi Dan, memang terbaik lakonan die siap menang anugerah gitu. Selain itu, aku agak tension juga dengan watak Mak angkat kepada Bo Ri/Eun Bi yang merupakan mak kandung pada Yeon Min Jung. Mak Angkat Bo Ri ni selalu buat tindakan ikut cakap anak kandung die, walaupun Min Jung tu agak jahat gak tapi die still ikut jer apa yg Min Jung tu nak sedangkan Bo Ri ni punyalah baik n sygkan mak angkat die. Sape yang tengok drama ni mesti stress tengok perangai mak angkat Jang Bo Ri ni.
Selain itu aku suka gak tengok perangai bapa kepada Lee Jae Hwa tu, die ni sangat garang dan tegas dengan anak lelakinya tapi kalau anak perempuan atau cucu perempuan, die punyalah lembut hati dan baik hahaha x leh blah part die bermain kapal terbang kertas dengan Bi Dan tu habis bersepah satu rumah hahaha last2 Y.Min Jung yang kena kemas semua hehe. Watak Jang Bo Ri ni digambarkan sebagai seorang yang kasar, tidak begitu lawa namun baik hati. Aku tak leh blah part Jang Bo Ri berambut kerinting tu hihi bila die dah berambut lurus baru nampak lawa tapi still die tetap kasar, kesian Lee Jae Hwa selalu kena buli dengan Bo Ri hehe.

Drama ni memang suspen, setiap episod penuh dengan suspen dan akan buat kita tertunggu-tunggu episod yang seterusnya. Apapun aku suka drama ni n aku bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk drama ni. Meh tengok Sinopsis drama ni kt bawah k..
Jang Eung Bi/ Bo Ri merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan keluarganya. Ibu Eun Bi begitu fokus untuk bersaing dengan Mak Cik Eun Bi dalam pertandingan Han Bok sehingga menyebabkan kemalangan berlaku dan meragut nyawa Pak Cik Eun Bi. Eun Bi menjadi saksi kejadian namun tanpa disengajakan Eun Bi hilang dalam kejadian berkenaan. Eun Bi yang baru berusia 8 tahun panik apabila mendapati dirinya kini sendiri, dia yang merayau-rayau di jalan telah dilanggar lori yang dipandu oleh Do Hye Ok. Akibat kemalangan itu, Eun Bi hilang ingatan dan menganggap Do Hye Ok adalah ibu kandungnya dan Yeon Min Jung sebagai kakaknya. Y.Min Jung yang benci hidup dalam kemiskinan telah bertindak meninggalkan ibu kandungnya Do Hye Ok dan berpura-pura sebagai anak yatim.
Y.Min Jung akhirnya telah berjaya mendapat biasiswa dan menjadi anak angkat kepada bapa dan ibu Eun Bi yang telah kehilangan anak mereka. Yeon Min Jung tidak mengetahui yang Eun Bi sebenarnya adalah Bori yang kini dijaga oleh ibunya. Eun Bi/Bo Ri kini dewasa dan membantu ibu angkatnya di kedai makan. Secara kebetulan Eun Bi bertemu dengan Song Ok Soo yang merupakan makciknya sendiri namun mereka tidak kenal antara satu sama lain, Song Ok Soo seorang yang mahir dalam membuat Hanbok lalu Eun Bi menjadi anak muridnya. Yeon Min Jung kini menjadi sangat obses dengan duit, die berusaha sedaya upaya agar ayah dan ibu angkatnya tidak dapat mencari anak kandung mereka iaitu Eun Bi. Y.Min Jung sentiasa menipu semua orang untuk mencapai matlamatnya. Y.Min Jung telah berlaku kejam kepada Ex-Boyfriendnyer iaitu Moon Ji Sang dan kini M.Ji Sang kembali untuk membalas dendam pada Y.Min Jung.
Ayah angkat Y.Min Jung mengetahui identiti sebenar Bori dan usaha Y.Min Jung untuk menghalang dari identiti Bori terbongkar gagal, malah Y.Min Jung juga gagal menghalang perkahwinan abang iparnya Lee Jae Hwa bersama dengan Eun Bi/Bo Ri dan kini Eun Bi menjadi Kakak iparnya dan mereka terpaksa tinggal serumah. Yeon Min Jung berusaha keras agar penipuan die selama ini tidak terbongkar kerana die bimbang jika suaminya Lee Jae Hee menceraikannya jika semua penipuannya terdedah. Namun Moon Ji Sang sentiasa menghantui Y.Min Jung, M.Ji Sang sentiasa mengagalkan segala rancangan Y.Min Jung dan akhirnya Y.Min Jung bertindak cuba membunuhnya. Apa yang bakal seterusnya kenalaa tengok drama ni hehehe..Ending drama ni sedih juga tapi still happy ending gitu.
Baca gak Entry kat bawah ni k..

Review Drama Lakonan Kim Ji Hoon yang terdahulu:
Review Drama Lakonan Sung Hyuk yang terdahulu:



2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017