20 Feb 2015

Valid Love - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang aku dah habis tengok baru-baru ini. Biasanya drama Korea ni aku tonton online jer, malas nak download bagai ni hehe. Drama Korea yang aku nak buat review ni bertajuk Valid Love. Drama ini mempunyai 20 episod dan dilakonkan oleh Uhm Tae Woong, Lee Si Young, Lee Soo Hyuk dan ramai lagi. Drama ni bergenre ala-ala melodrama gitu mengenai perkahwinan, keluarga dan kecurangan. Episod pertama dan kedua drama ni memfokuskan tentang kisah percintaan antara Jang Hee Tae dan Kim Il Ri, episode ketiga dan keempat pula menceritakan tentang perkahwinan diorang. Manakala episode seterusnya barulah Nampak beberapa konflik mula timbul serta kehadiran orang ketiga yang bernama Kim Joon. 
Suka tengok perangai Kim Il Ri masa episod2 awal tu, ketika die masih bersekolah, perangai die yang pelik, unik dan giler2 tu buatkan die nampak cute jer, x leh blah tengok die asyik mengekori, mengorat dan menjaga guru kesayangannya tu iaitu Jang Hee Tae yang merupakan guru ganti di sekolahnya ketika itu. Bila diorang dah berkahwin, perangai cute n giler2 Kim Il Ri tu dah hilang apabila die banyak tanggungjawab untuk menjaga seluruh keluarga Jang Hee Tae. OST Lagu dlm drama ni bagi aku biase2 jer, xde yang menarik minat aku pun. Apapun aku rasa menyampah gak dengan Kim Il Ri ni bila die start suka dengan lelaki lain iaitu Kim Joon selain suaminya. Lepas tu Kim Il Ri ni tak boleh nak buat keputusan untuk memilih suaminya ataupun skandalnya Kim Joon sebab Il Ri ni sayang kat dua2 sekali. Tamak dah gitu sebab die nak dua2 sekali hahaha.  
Kim Joon ni pula seorang lelaki kacak dan masih muda tapi boleh tersuka plak dengan isteri orang lepas tu die pun tak nak mengalah n nak rebut Kim Il Ri tu tapi Il Ri tu plak x boleh nak memilih. Jang Hee Tae plak memutuskan untuk bercerai dengan Kim Il Ri tu sebab Il Ri dah curang. Tapi masa dalam proses penceraian tu, Jang Hee Tae pula rasa cemburu tengok Kim Il Ri dengan Kim Joon tu. Last2 Jang Hee Tae minta Kim Il Ri kembali kepadanya semula n masa ni Il Ri pula tak nak dah hehe. Memang x leh blah betul part diorang main tarik tali ni kejap nak cerai kejap tak nak hehe. Antara scene yang aku rasa kelakar sekali dalam drama ni masa mak Jang Hee Tae tu jadi macam hilang ingatan, die dah x ingat muka suaminya sendiri n menyangkakan Kim Joon adalah suaminya hehehe.
Manakala Scene yang aku rasa paling sedih sekali masa Mak Jang Hee Tae tu mengetahui yang dirinya menghidapi penyakit Dementia yang mana dirinya akan lupa dan tak ingat semua perkara mahupun wajah seseorang. Mak J.Hee Tae memutuskan yang dirinya tak mahu menjadi beban untuk anak2 nya lalu cuba membunuh dirinya serta membunuh anak perempuannya yang sudah lama sakit iaitu Hee Soo. Namun Il Ri dan Hee Tae sempat menyelamatkan mereka berdua. Ending drama ni bagi aku okeylaa sebab logik n happy ending gak laa sebab akhirnya Kim Il Ri dan Jang Hee Tae kembali bersama. Tapi bagi yang suka dan mengharapkan Kim Joon dengan Il Ri memang akan kecewa laa dengan ending drama ni sebab Il Ri akan kembali kepada suaminya.
Bagi aku nak kata drama ni best sesangatnyer tu takdelaa, tapi kalau setakat nak layann tu bolehlaa untuk isi masa lapang ker aper ke hihi. Aku bagi 2.3 bintang untuk drama ni dari 5 bintang.

Baca Gak Entry kat bawah ni yer..

Review Drama Lakonan Lee Soo Hyuk yang Terdahulu: 



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

mAniSLuaRcAnTiK berkata...

haahha ^^ sis da bgtau Ending dia.. Punah harapan ( mengharap Lee Soo Hyuk last jd Hero .. :P )

Related Posts with Thumbnails