9 Feb 2015

Sinopsis Drama Teman Lelaki Upahan Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Teman Lelaki Upahan adalah drama terbaru untuk Slot Akasia bagi menggantikan Drama Istikharah Cinta yang telah pun berakhir. Drama Teman Lelaki Upahan ini merupakan adaptasi daripada Novel dan dilakonkan oleh Siti Elizad, Ungku Ismail, Izara Aishah, Wan Raja dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof yang juga merupakan pengarah yang sama untuk Drama sebelum ini iaitu Kerana Terpaksa Aku Relakan. Ramai yang cakap Novel Teman Lelaki Upahan ni sangat best so rasanya drama ni pun mesti dapat sambutan hangat nanti kan. Apapun Jom Layan Sinopsis Drama ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Teman Lelaki Upahan

Teman Lelaki Upahan mengisahkan El, pemilik restoran The Spices yang diupah menjadi teman lelaki Kyra Lydia lakonan Elizad Sharifuddin. Disebabkan satu insiden kecil yang berlaku di restoran itu, El terjebak dalam rancangan gila Kyra Lydia. Tanpa pengetahuan keluarga El, hubungan cinta palsu itu terjalin sehingga mereka bersetuju disatukan.

Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam. Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia. Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati,ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam


Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana  baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. EL pula kecewa bila kekasih hatinya Zara berkahwin dengan abang longnya sendiri. Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL
. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zara yang mengandung. 

Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL kerana Zara cinta pertama pada EL.Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 ulasan:

ZueZulaikha berkata...

complicated-nya jalan cerita dia, tapi not badla.. pelakon dia pelaon baru ek, tak pernah nampak pun sebelum ni.. btw, rasa cam nak layan jer citer ni, hehe..

lia ummiirfan berkata...

boleh tahan sedap sinopsisnya ekk.. hihi..

Related Posts with Thumbnails