28 Feb 2015

Healer - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang aku dah tengok baru-baru ini iaitu Healer. Drama ini mempunyai 20 episod dan dibintangi oleh Ji Chang Wook, Park Min Young, Yoo Ji Tae dan ramai lagi. Memang ramai yang sukakan drama Healer ni, rata2 komen yang aku baca, majoritinya suka giler dengan drama Healer ni. Hero drama ini iaitu Ji Chang Wook sememangnya sangat sesuai dengan watak sebagai Healer ni, die ni hensem dan muka die kalau tengok ada iras2 juga dengan pelakon Jaejong, Song Jong Ki dan Lee Min Ho hehehe. Bagi aku Ji Chang Wook memang cemerlang dalam drama ni. Tapi aku tak berapa gemar cara makeup dan rambut heroin drama ni iaitu Park Min Young.
Rambut Park Min Young dalam drama ni kurang lawa kot hahaha, rasanya hanya 2 kali jer yang aku rasa Park Min Young ni jadi cantik dalam drama ni, iaitu masa die menyamar jadi orang kaya tu dan juga masa diorang semua menuju ke Airport untuk episode akhir. Waktu lain2 tu die nampak biasa jer tapi still cute. OST drama ni boleh tahanlah adala dalam 1 dua lagu yang sedap di dengar tapi takde menarik minat aku untuk mendownload ker aper. Hero drama ini iaitu Ji Chang Wook ada menyanyikan satu lagu untuk OST drama ini. Lagu Eternal Love dari Michael Learns To Rocks turut digunakan sebagai OST drama Healer ni. Banyak kali juga lagu English ni keluar dlm drama ni hehe.
Selain tu aku tertarik gak dengan watak Jo Min Ja sebagai seorang Hacker Ahjumma yang merupakan orang penting yang memberikan arahan pada hero drama ni untuk tugasnya sebagai Healer tu.  Hacker Ahjumma ni sangat sempoi dan slumber jer. Tak leh blah part Ji Chang Wook sbg Healer berjumpa dengan Hacker Ahjummanyer tu buat pertama kalinya sebab dia x pernah tengok muka Ahjumma tu kecuali dengar suaranya saja. Part ni memang lawak sikit, rasanya kebanyakan babak yang membabitkan Hacker ahjumma ni agak kelakar juga hihi.
Selain itu, watak negatif dalam drama ini iaitu Kim Moon Sik agak susah gak untuk  aku terima, sebab muka die tak nampak jahat sangat pun hihi lagipun dah terbiasa tengok die pegang watak orang kaya yang agak baik jugak dalam drama lain. Apapun aku suka tengok teamwork watak2 utama drama ni masa episod akhir tu yang bekerjasama untuk menumpaskan orang jahat tu. Ending drama ni still happy ending, cuma ending die tak jelaskan apa jadi dengan orang jahat tu, kiranya kita kena buat kesimpulan sendirilah. Kita juga tak kan tahu apa yang jadi dengan Hacker Ahjumma tu, adakah die pun bersara juga ataupun cari pengganti Healer yang baru?. 
Ada satu scene yang aku rasakan paling sedih iaitu masa guru Healer tu mati, sedih giler scene ni. Drama ni ada banyak juga babak2 aksi gitu, Apapun drama ni memang layann jugaa, aku bagi 3 bintang dari 5 bintang untuk drama ni.
Sinopsis Healer..(Aku just copy paste jer sinopsis drama ni dari Wikipedia sebab malas nak buat sinopsis sendiri hehe)

A decades-old incident involving a group of friends who ran an illegal broadcasting station brings together three different people -- a mysterious errand guy with the codename "Healer" who happens to possess top-notch fighting skills, a reporter from a second-rate tabloid news website, and a famous journalist at a major broadcast station.On the journey to discover the truth and resolve the mystery from the past, they will have to deal with the conflict of truth versus faith and also a love triangle between them.
* Jom baca Review Lakonan Park Min Young yang terdahulu:-

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

4 ulasan:

syikin maarop berkata...

hmm, mesti tonton cerita nih..

budakbandunglaici berkata...

nanti free baru boleh tengok drama ni

Farha Kimah berkata...

Minat korea?? Akk sekrg duk layan Angle Eyes...best! Hehe

Qila Nisa berkata...

Ha ah. Park min young tu nape rambut mcm tuu. Spoil betull haha

Related Posts with Thumbnails