-->

2 Sep 2014

King Of High School - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review drama Korea yang bertajuk King Of High School/High School King yang baru saja habis ditayangkan di Korea. Drama ni dilakonkan oleh Seo In Guk yang mana sebelum ini pernah berlakon dalam drama The Master's Sun, Lee Ha Na, Lee Soo Hyuk, Lee Yeol Eum dan ramai lagi. Drama ni sepatutnya mempunyai 16 episod tetapi disebabkan mendapat sambutan yang baik dari penonton maka ianya dipanjangkan menjadi 17 episod kesemuanya. Drama ini bergenre Romantik Komedi. Banyak scene2 kelakar dalam drama ni tapi bila tiba scene sedih mmg sedih giler lah kan hehehe..
Heroin drama ni digambarkan sebagai ala2 nerd n pelik gitu, sentiasa berkaca mata n kurengg lawa, kurang berkeyakinan tetapi sangat rajin dalam kerjanya. Walubagaimanapun akan ada dua lelaki kacak yang berjawatan tinggi akan jatuh cinta padanya dan berebutkannya hehehe so mmg banyak scene2 kelakar dlm drama ni. Paling syok bila tengok dua2 hero drama ni bergaduh macam budak2 sebab berebutkan heroin drama ni hehehe. Sayangnyer heroin drama ni dimakeupkan ala2 nerd gitu dari awal sampai habis episod. Cuma masa dia kahwin jer nampak cantik sikit hehehe.
Antara babak sedih dalam drama ni masa Doktor beritahu kepada bapa angkat Lee Min Suk yang Min Suk tak dapat bermain hoki lagi kerana mengalami kecederaan serius dibahunya. Bapanya punyalah sedih mmg sedih tgk seterusnya masa Datuk Min Suk yang sakit dan berperangai mcm budak2 tu mati, mmg sedih masa ni. Kemudian babak Lee So Young bergaduh besar dengan adik perempuannya kerana masing2 telah jatuh cinta pada lelaki yang sama iaitu Lee Min Suk. Apapun suka tengok 2 kawan Lee Min Suk yang gila2 tu, walaupun diorang gila2 tapi diorang sangat akrab dan sentiasa tlong Min Suk dgn menyimpan rahsia Min Suk dengan rapi.
Drama ni mengangkat kisah percintaan wanita berusia 28 tahun dengan lelaki muda yang masih belajar dan berumur 18 tahun dan percintaan mereka berakhir dengan perkahwinan walaupun pada awalnya, niat mereka untuk berkahwin dihalang oleh mak Soo Young kerana usia Min Suk yang masih muda dan pelbagai perkara lain. Watak Yoo Jin Woo yang cool dan melepaskan Soo Young pada Min Suk dan akhirnya menganggap Min Suk mcm adiknya tu pun sweet jer. Apapun memang tak rugi layan drama ni sbb kelakar jer n best gitu. Jalan cerita drama ni juga menarik. Apapun jom tengok sinopsis drama ni dibawah yer..

Sinopsis..

Lee Min Suk berusia 18 tahun, masih bersekolah dan aktif dalam sukan Ice Hockey. Dia mempunyai wajah yang seiras dengan abangnya iaitu Lee Hyung Suk. Abangnya menghadapi satu masalah besar dan meminta tolong Min Suk untuk menyamar menjadi dirinya untuk sementara waktu dan pergi bekerja di syarikat baru sebagai Director. Min Suk mengikut arahan abgnya dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah dan pekerja syarikat secara serentak. Hidupnya mula menjadi kelam kabut. Jun So Young merupakan pekerja bawahan Min Suk, dia mempunyai personaliti yang pelik tetapi rajin dan baik hati. Dirinya jatuh cinta pada Director Yoo Jin Woo tetapi cintanya bertepuk sebelah tangan dan dirinya menjadi sgt malu dan kecewa.
Min Suk berasa kasihan pada J.So Young dan sentiasa cuba menolongnya, dalam tak sedar Min Suk jatuh cinta pula pada So Young. Yoo Jin Woo mula bersikap sedikit keras pada So Young dan hairan apa istimewanya So Young hinggakan Min Suk sgt mengambil berat pada So Young. Melihat kemesraan So Young dan Min Suk membuatkan dirinya berasa cemburu dan sedar yg dirinya juga cintakan So Young. Maka bermulalah perebutan So Young diantara Min Suk dan Jin Woo. So Young akhirnya bercinta dengan Min Suk. Namun tak lama kemudian rahsia Min Suk terbongkar dan So Young mengetahui Min Suk rupa2nya budak sekolah dan lebih pedih adiknya Jun Yoo Ah juga jatuh cinta pada Min Suk. Dua beradik ini bergaduh besar dan akhirnya adiknya mengalah kerana die sedar Min Suk cintakan kakaknya.
Jun So Young menerima hakikat yg umur mereka berdua sangat jauh tetapi disebabkan dirinya sgt cintakan Min Suk maka die menerima Min Suk seadanya. Apa yang bakal terjadi apabila Yoo Jin Woo turut mengetahui rahsia Min Suk? apa yang bakal dilakukan oleh Min Suk bila die tahu kepulangan dan niat sebenar abgnya Lee Hyung Suk ingin memusnahkan syarikat berkenaan untuk membalas dendam kematian ayah mereka. Bagaimana pula hidup So Young dan Min Suk selepas berkahwin nanti, adakah mereka akan bahagia?. Nak tahu kenalah tengok drama ni. Memang asyik gelak jer hehe.

Baca Yang dibawah ni jugak ~

Review Drama Lakonan Seo In Guk Yang Terdahulu-

1 ulasan:

  1. hihihi kak ! terima kasih buat review ni. Saya nak tgk ! Macam best dn tertarik dgn prkataan kelakar tu..dh lama xtgk drama korea ^^

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017