3 Sep 2014

Sinopsis Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama terbaru untuk Slot Akasia iaitu Maaf Jika Aku Tak Sempurna telah pun mula bersiaran bagi menggantikan drama Rindu Awak 200% yang sudah melabuhkan tirainya, Drama 32 episod ini dilakonkan oleh Fahrin Ahmad, Sara Ali, Hefny Sahad, Ika Nabila, Amy Mastura, Tasha Shilla, Zamarul Hisyam dan ramai lagi. Adakah drama ini bakal popular dan disukai penonton? sama2 kita nantikan yer, yang pasti drama ni berkisarkan pasal kahwin paksa lagi. Asyik2 kahwin paksa jer kan hehehe . Sebelum itu jom layan sinopsis drama ini dibawah yer.

Sinopsis drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Melina adalah seorang gadis yang meningkat dewasa. Hidupnya penuh dengan perkara mengasyikkan hingga dia lupa dosa pahala. Sikapnya menimbulkan gundah kepada ibu bapanya. Kerana terpaksa Datuk Zakri meminta Luqman untuk mengawasi Melina. Setiap hari mereka pasti bertengkar. Kehidupan Melina dan luqman berbeza macam langit dan bumi.Wasiat Datuk Zakri kepada bapa Luqman Rashid yang mahu mereka disatukan. Walaubagaimanapun. Luqman terima Melina seadanya sebagai isteri. Dalam benci ada rindu.Mereka hidup bahagia hinggalah badai datang menguji kesabaran kedua hati.
Zieta telah merancang sesuatu. Dia marah kerana Melina berjaya merampas Harith darinya. Walaupun Melina dan Luqman telah berkahwin, Harith masih menyimpan perasaan padanya.Zieta juga menyimpan perasaan pada Luqman tapi tidak dilayan. Luqman ditangkap khalwat. Melina terlalu kecewa. Dapatkah Luqman menyakinkan Melina cintanya hanya pada Melina? Nantikan kesudahannya dalam drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 ulasan:

Busyra Bt Takiyudin berkata...

cerita baru tv3. tp busyra tak tngok pun yg ni. mcm best.

Sya Mimie berkata...

Layan gitu2 je cite ni.. Xbest la sara ali ganas sngt.. Hehe

Related Posts with Thumbnails