-->

12 Sep 2014

Sinopsis Filem Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah

Assalammualaikum..
Filem Lagenda Budak Setan 3 'Kasyah' telah mula ditayangkan dipawagam bermula 11 September (Khamis). Filem adaptasi dari Novel Popular Ahadiat Akashah ini adalah Filem ketiga dan terakhir dalam siri Lagenda Budak Setan. Pelakon2 dalam Lagenda Budak Setan 2 dikekalkan untuk siri ketiga ini seperti Maya Karin, Farid Kamil dan Bront Palarae disamping pelakon2 lain seperti Ayu Raudhah, Iqram Dinzly dan ramai lagi. Lisa Surihani juga membuat penampilan khas untuk filem ini

Aku ada tengok trailer Filem LBS3 ni, nampak macam best jer hehe. Kontroversi turut berlaku baru2 ini yg mana suami Ayu Raudhah x sanggup menonton babak dimana watak Ayu Raudhah sbg Zahirah dipukul oleh Iqram Dinzly. Kalau dlm novel mmg watak Zahirah tu akan kena pukul dgn watak suaminya yg dipegang oleh Iqram.
Aku sememangnya mempunyai ketiga-tiga novel LBS ni iaitu, LBS, Katerina dan Kasyah. So sedikit sebanyak dah tahulaa jln ceritanya camne kan cuma ingat2 lupa jer lah hehe sebab novel tu pun dah lama aku baca. Masa filem LBS2 tu aku memang mengharapkan Fazura yang pegang watak Katerina tu sebab sebelum ni mmg die yg pegang pun tapi ditukar dgn Maya Karin. Bila dah masuk LBS3 ni penonton mungkin dah boleh terima Maya Karin sbg Katerina tu kan. Apa pun Jom layan Sinopis LBS3 dibawah ini.

Sinopsis  LB3..

Mengisahkan Kasyah yang ingin memulakan hidup baru di samping Katerina. Mereka telah mengambil anak saudaranya sebagai anak angkat dan hidup berumah tangga. Namun, segala impian untuk hidup bahagia mula diduga apabila bekas suami kepada Katerina dan bekas rakan sekerja Kasyah mempunyai niat jahat terhadap mereka sekaligus menyebabkan rumahtangga Kasyah dan Kate mula retak. Setelah menempuh pelbagai ujian dan dugaan, mampukah Kasyah dan Kate bahagia diakhirnya? Selamat Menonton LBS3..

P/s- Agak2 Novel Ahadiat Akashah Hikayat Cinderella akan difilemkan juga tak?? sebab novel tu pun best gak hehe.

5 ulasan:

  1. oooemgi sangat syahdu lagu lagu kat blog ni :D

    btw rasanya happy endinglah kan.. tak minat sangat filem melayu tapi LBS ni bolehlaaa. tengok katerina scara tak sengaja kat astro first jadi tunggu kasyah masuk astro first jugak lah :P

    BalasPadam
  2. baru minggu ke 2,tayangan di tgv dah dibatalkan.hanya di pawangan wangsa walk, kl je ada...

    tunggu astro je la nampak ye

    jemput ke blog nana
    https://www.diyanarazim.com

    BalasPadam
  3. Please link for download LBS 3

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017