-->

18 Sep 2014

Marriage, Not Dating - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Marriage Not Dating/ Marriage Without Love lakonan Han Groo, Yeon Woo Jin, Jeong Jinwoon (2AM), Han Sunhwa dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 16 episod dan bergenrekan Romantik Komedi. Dah namapun romantik komedi konform2lah kelakar kan n sweet gitu. Hero drama ni pernah berlakon jadi watak jahat dalam drama Arang And The Magistrate sebelum ini. Tak sangka pula die versatile gitu sebab selain watak negatif die juga berjaya membawa watak komedi dengan baik sekali. Manakala heroin drama ni iaitu Han Groo pernah berlakon dalam drama One Sweet/Warm Words. Aku tak suka watak die dalam drama tersebut tapi watak die dalam Marriage Not Dating ni memang perfect untuk die. Watak yang ceria dan giler2 mmg sesuai sangat dengan Han Groo ni.
Manakala Han Sunhwa pula ada berlakon dlm drama God's Gift - 14 Days sebelum ini. Ahli kump Kpop popular Jinwoon 2AM juga turut memegang watak penting dlm M.N.Dating ni iaitu sbg Han Yeo Reum. Aku kadang2 menyampah gak dgn watak die sbb die suka menyelit dan jadi orang ke-3 antara hubungan hero n heroin drama ni tapi kadang2 suka pulak dengan watak die sbb die cool, sweet n rileks jer n paling penting die sentiasa senyum sokmo dalam drama ini hehe. Aku juga suka watak emak Gong Gi Tae iaitu mak kpd hero dalam drama ini sbb mmg versatile giler, die sentiasa pentingkan kesempurnaan n tak suka langsung dgn bakal menantunya, tapi nanti die akan sehati sejiwa dgn bkl menantunya itu. Mak kpd hero drama ni turut berlakon dlm drama Hotel King.
Dalam drama Marriage Not Dating ni diorang banyak masukkan sound effect. Macam2 Sound Effect ada, cute giler kena dengan jalan cerita dan buatkan sesuatu babak tu menjadi lebih lucu. Aku mmg suka dengan sound effect yg ada dlm drama ni mmg lawak habis. OST (Soundtrack) dlm drama ni juga meletop, semua lagu2 dlm drama ni best2 belaka. Aku siap gi download OST2 drama ni sebab happening jer bila dengar especially yang lagu2 rancak tu. Kalau sesape yang nak tengok cite kelakar n sweet, aku sarankan tengok drama ini, memang berbaloi gitu sebab komform kelakar. Drama ni baru je habis ditayangkan di Korea bulan Ogos yang lalu.
Apapun Jom layan Sinopsis drama ini..

Joo Jang Mi sentiasa mengimpikan perkahwinan, namun dirinya sentiasa dikecewakan lelaki. Die baru saja ditinggalkan oleh kekasihnya yg merupakan kawan baik kpd Gong Gi Tae. Suatu hari Gong Gi Tae telah merayu agar Jang Mi menolong dirinya dengan menyamar sebagai kekasihnya lalu pergi berjumpa dengan ibunya. Awalnya Jang Mi enggan, tapi setelah dipujuk akhirnya die bersetuju. Gong Gi Tae memilih Jang Mi kerana die tahu ibunya tidak akan menyukai Jang Mi kerana perwatakkan Jang Mi yang gila2 itu. Gong Gi Tae dan Joo Jang Mi terus berpura-pura sbg pasangan kekasih dihadapan semua org. Wbgmnapn Jang Mi telah jatuh cinta pada Han Yeo Reum, seorang lelaki kacak yang baik serta pandai memasak.
Namun semakin lama Jang Mi berpura-pura menjadi kekasih G.Gi Tae semakin die suka pula pada Gi Tae dan Gi Tae juga begitu. Namun keadaan dirumitkan dgn kehadiran bekas kekasih Gi Tae yg cuba menagih kembali cinta Gong Gi Tae. Jang Mi akhirnya ingin menjauhkan diri dari Gi Tae dan menamatkan segala pembohongan. Akhirnya pembohongan mereka terbongkar dan menyebabkan keluarga mereka menjadi malu dan kecewa. Jang Mi juga memutuskan hubungan cintanya dengan Han Yeo Reum dan mereka kekal jadi kawan baik. Satu Insiden berlaku dan menemukan semula Jang Mi dengan Gi Tae dan akhirnya mereka bercinta. Apabila kini mereka benar-benar bercinta, keluarga mereka pula marah kerana menyangka mereka berbohong lagi.
Dapatkah Jo Jang Mi dan Gong Gi Tae menyakinkan keluarga masing2? Adakah percintaan mereka akan berakhir dengan perkahwinan? Berjayakah Gong Gi Tae dan Jo Jang Mi melepasi dugaan dan ujian dalam perhubungan mereka? Nak tahu kenalah tengok drama ni k hehee.

Baca Ini Jugak-

-Review Drama Lakonan Yeon Woo Jin Yang Terdahulu..

-Review Drama Lakonan Han Sunhwa Yang Terdahulu

-Review Drama Lakonan Kim Hae Sook Yang Terdahulu

6 ulasan:

  1. wahhh. kena download nih. tenkiyu utk review :)

    http://hati-qaseh.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. macam best pula citenya kan..menarik la..

    BalasPadam
  3. Lama xtgk citer korea..
    Nk p tgk la..review cam best..
    Salam perkenalan..jemput singgah..
    tellingstory11.blogspot.com
    Done follow #2369

    BalasPadam
  4. Alaaa..cerita ini belum sempat tengok..macam best jer :)

    BalasPadam
  5. HAHAHA.... saya pun tak sempat nak tengok...waaaaaaaa...-_-

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017