-->

4 Mei 2014

God's Gift - 14 Days (Korean Drama Review)

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review drama korea yg berjudul God's Gift- 14 Days. Drama ini mempunyai 16 episod dan dibintangi oleh Lee Bo Young, Jo Seung Woo, Kim Tae Woo, Jung Gyu Won, Baro dll. Drama ini bergenre suspen thriller, penuh dengan tanda tanya dan ala2  penyiasatan gitu. Lee Bo Young yg sebelum ini cemerlang dengan drama lakonannya yg popular iaitu I Hear Your Voice kini kembali dengan memegang watak sebagai seorang ibu buat pertama kalinya dalam karier lakonannya. Setiap episod dlm drama ini akan membuat kita suspen dan berteka teki siapakah penculik/pembunuh sebenar kerana semua watak boleh dianggap suspek.
Aku rasa drama ni patut dipanjangkan lagi maybe menjadi 17-18 episod sebab final episod drama ini nampak macam tergesa-gesa dan semua jawapan kepada semua persoalan dipadatkan dalam episod akhir . Hal ini menyebabkan episod akhir drama ini jadi sedikit kelam kabut. Teringin nak tahu apa yg jadi kat isteri Perdana Menteri yg berkomplot dengan Timbalan Menteri yg jahat tu sedangkan Pdana Menteri x tahu apa2 pun. Selain itu ramai yg keliru dan konfius dengan ending drama ini adakah hero drama ini mati di akhir cerita ataupun die hidup. 
Kalau ikut logik, die patut hidup, tapi mungkin gak mati. Pening nak pikir sebab ending cite ni terbuka dan terpulang pada penonton untuk mentafsirkannya dan membuat ending masing2. Rasanya penulis skrip patut bagi ending yg jelas. Ingatkan watak Lee Bo Young sbg Kim Soo Hyun akan bercinta dan berkahwin dgn Ki Dong Chan pada akhirnya tpi takde sebaliknya hero lak x tahu hidup ke mati. Apapun memang syok lyn drama ni sbb sentiasa suspen jer. Jom layan sinopsis drama ni k..
Kim So Hyun adalah ibu kepada Saet Byul yang telah diculik dan dibunuh. So Hyun tak dpt menerima kenyataan yg anaknya telah mati lalu cuba untuk membunuh diri sendiri. Walaubagaimanapun satu keajaiban telah terjadi, dimana So Hyun telah diberi peluang utk ke 14 hari yg lalu dan cuba utk menyelamatkan anaknya. So Hyun dibantu oleh Ki Dong Chan yg merupakan seorang bekas polis. Ki Dong Chan membantu So Hyun disebabkan kes peculikan dan pembunuhan anak So Hyun ada kaitan dengan hukuman yg bakal dijalani abangnya di penjara. Maka Mereka berdua sama2 mencari dalang yg sebenar dan akhirnya menemui satu rahsia besar dan mendapati ramai yg berkomplot dlm kes ini. 
Sepanjang penyiasatan, So Hyun juga mengetahui 1 kebenaran iaitu mengenai kecurangan suaminya dan menyebabkan rumahtangganya menjadi retak. Manakala Ki Dong Chan pula mula menaruh hati pada So Hyun, Adakah So Hyun berjaya menyelamatkan anaknya? dan mampukah Dong Chan menyelamatkan dan membuktikan abangnya tidak bersalah dan terselamat dari dihukum gantung? kerana hakikatnya abangnya memang tidak bersalah. Nak tahu Kenalah tengok cerita ni k.
Aku bagi 3.6 bintang untuk drama ni..jom baca review drama korea yg lain dibawah ini..

Review Drama Lakonan Lee Bo Young Yang Terdahulu-

Review Drama Lakonan Jung Gyu Won Yang Terdahulu-



1 ulasan:

  1. Salah satu drama paling best tahun ni.. Sangat sukaaaaaa! Tapi ending plk agak mengecewakan ;(

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017