-->

20 Mei 2014

Cunning Single Lady - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review drama korea yg bertajuk Cunning Single Lady atau turut dikenali dgn tajuk Sly And Single Again. Drama ini mempunyai 16 episod dan dibintangi oleh Lee Min Jung, Joo Sang Wook, Seo Kang Joon dan ramai lagi. Drama ini bergenre Romantik Komedi dan baru saja habis ditayangkan di Korea pada bulan April yang lalu. Tak sangka juga Joo Sang Wook mampu melakonkan watak komedi dengan baik sekali sebab sebelum ini dia terkenal dengan watak serius seperti dalam drama Good Doctor. Manakala Lee Min Jung pula memang terkenal dengan drama2 yang bergenrekan Romantik Komedi.
Bagi aku drama ni sweet dan kelakar tapi still ada part2 yg sedih antaranya ketika Na Ae Ra dan Cha Jung Woo bercerai dan byk lagi. Apapun drama ni memang happy ending nyer. Jom layan sinopsis drama ni..
Na Ae Ra bertemu dengan Cha Jung Woo yg merupakan seorang student Engineering yg amat pintar, Mereka akhirnya berkahwin dan di awal perkahwinan, mereka sangat bahagia. Masalah mula timbul bila Cha Jung Woo berhenti kerja dan cuba memulakan perniagaan sendiri. Namun perniagaan yg cuba diusahakan sering mgalami kegagalan menyebabkan Na Ae Ra yang merupakan suri rumah terpaksa keluar bekerja untuk menampung hidup mereka berdua. Na Ae Ra melakukan pelbagai kerja dan berhutang sana sini, keadaan ini berlanjutan sehingga 4 tahun. Na Ae Ra yg terlampau kuat bekerja akhirnya mengalami keguguran dan menyebabkan Na Ae Ra mula putus asa dengan kehidupannya bersama Cha Jung Woo.
Akhirnya Na Ae Ra memutuskan untuk bercerai dengan Cha Jung Woo. Selepas bercerai hidup Na Ae Ra tetap susah kerana terpaksa membayar hutang2 yang terdahulu. Berbeza dengan Cha Jung Woo, kerana die semakin sukses dan popular serta menjadi president of D&T Software Ventures. Cha Jung Woo kini berubah menjadi terkenal dan kaya. Walaubagaimanapun Cha Jung Woo langsung tidak mengetahui yg Na Ae Ra pernah mengandung dan keguguran dulu sebaliknya mempersalahkan Na Ae Ra atas sebab penceraian mereka. Na Ae Ra yg mengetahui mengenai kejayaan Cha Jung Woo memutuskan untuk cuba merapati dan menggoda bekas suaminya semula.
Na Ae Ra berjaya mendapatkan kerja di syarikat Cha Jung Woo dan berlakulah pelbagai insiden lucu antara mereka. Cha Jung Woo sengaja membenarkan Na Ae Ra bekerja di syarikatnya untuk memudahkan dia membalas dendam pada Na Ae Ra kerana meninggalkannya dulu. Pada awalnya mereka berdua saling membenci antara satu sama lain. Namun lama kelamaan perasaan sayang mula timbul dlm diri mereka. Mereka kini jatuh cinta untuk kali kedua. Namun keadaan dirumitkan dengan kehadiran Gook Yeo Jin turut ada hati pada Cha Jung Woo. Begitu juga dengan adik lelaki Gook Yeo Jin iaitu Gook Seung Hyun yg telah jatuh cinta pada Na Ae Ra walaupun dirinya lebih muda dari Na Ae Ra.
Walaubagaimanapun Syarikat Cha Jung Woo mengalami satu krisis besar sehingga memaksa Cha Jung Woo meletakkan jawatannya dari syarikatnya sendiri. Apa yang bakal berlaku kemudian? Adakah Na Ae Ra akan meninggalkan Cha Jung Woo untuk kali kedua? Adakah Na Ae Ra akan menerima cinta Gook Seung Hyun? Dapatkah Na Ae Ra dan Cha Jung Woo bersatu semula? kalau nak tahu kenalah tengok drama ni.
Saat-saat bahagia Na Ae Ra dan Cha Jung Woo ketika berkahwin sewaktu dulu sebelum berakhir dengan penceraian antara mereka. Selain itu Lee Min Jung pernah muncul jd guest dlm Running Man untuk episod yang di Hong Kong manakala Joo Sang Wook pula pernah muncul jd guest beberapa kali dalam Running Man.

Apapun enjoy juga tengok drama ni, aku bagi 3.6 bintang untuk drama ini.
Baca yg ini jugak-klik pada tajuk entry untuk baca entry berkenaan sepenuhnya..

Review Drama Lakonan Lee Min Jung Yang Terdahulu-
~# Big..

Review Drama Lakonan Joo Sang Wook Yang Terdahulu-

4 ulasan:

  1. minat sang wook!

    Now ary tengah layan Hotel King^^

    BalasPadam
  2. tengok 1 episod je pastu dh x terlayan sbb masa tu sibuk dgn "Emergency Couple". Sekarang layan "Gap Dong" pulak....

    BalasPadam
  3. tak pernah tengok cerita korea...ehhehe..T_T tapi lelaki korea handsome kan..hehe...eh...eh..eh..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017