-->

7 Sep 2014

Review Super Spontan 2014 Minggu Kedua

Assalammualaikum..
Super Spontan 2014 kembali dan telah masuk minggu kedua. Di minggu kedua ini menyaksikan kump Mawas Berduri kalah dan akhirnya Didie Alias tersingkir. Di Awal episod Kump Biawak Laser telah dikenakan denda iaitu memakai baju terbalik kerana kalah pada minggu sebelumnya. Satu Pembaharuan di musim ini yang mana kump yang kalah di minggu terbabit akan dikenakan denda tertentu. Selain itu kad kuning dan kad merah telah diwujudkan semula.

Tema Super Spontan untuk musim ini adalah wrestling. Walaubagaimanapun pentas Super Spontan tu makin kecik aku tengok hahaha. Siap ada mcam kandang/penjara gitu hihihi. Antara Games yang diorang main untuk minggu kedua ini adalah seperti berikut-

1- Ciptaan
2- Pemberita Berkepala Tiga
3- Direktor Tak Siuman
4- Dialog Dalam Tin
5- Demonstrasi

Aku suka tengok diorang main game ciptaan. Dua-dua kumpulan kreatif. Johan dan Rahim memang selalu main game ni di musim yang lalu. Shuib dan Tauke pun okey. Aku perasan gak Tauke rajin keluar untuk main game. Di minggu pertama dan kedua peserta perempuan yg tersingkir, so sekarang ni tinggal Jihan jer. Tapi aku rasa Jihan tu akan kekal lama di Super Spontan ni, kalau ada rezeki boleh ke final tu. 

Game yang lain2 tu semua kira okeylaa tapi Game Demonstrasi tu mcm x best lak sbb pemain yg jadi kepala tak ada mic pulak, kena bergantung dgn mic ahli kump lain n tak dgr apa yg dicakapkan. Selain itu rasanya mcm Hanif salah bagi tajuk pada kedua-dua kump. Macam tertukar tajuk gitu. Game Demonstrasi minggu kedua ni tak berapa ekstrem sgt hehehe. Rasanya masih terbayang game demonstrasi yg dimainkan oleh Zizan dan Tauke di musim pertama dulu yg mana habis muka Tauke dikerjakan Zizan dengan kek dan krim tu hehe. Sape ingat lagi??

Kump Mawas Berduri kalah minggu ini so minggu depan diorang akan dikenakan denda memakai seluar sampai paras dada. Ringkas giler review aku ni hehehe. Apapun kita wait n see apa yg jadi di minggu ketiga Super Spontan nanti.

P/s- Follower Google+ aku dah mencecah 2 ribu lebih..Thanks sbb sudi follow blog ini. Lagu Background blog ni pun dah bertukar gitu..

4 ulasan:

  1. ala..ruginya saya belum lagi tengok super spontan ni..dah ketinggalan 2 episod..huhu

    BalasPadam
  2. Awak, muzik yang awak pasang dekat blog nie lagu fevret saya..


    " dengarkanlah, panggilanku, dengarkanlah, lagu untukmu " ternyanyi pulak.


    hehehehe

    BalasPadam
  3. haha.. eloklah tu dua2 perempuan tu tersingkir awal.. tak suka tgk.. hihi...

    BalasPadam
  4. Kali terakhir tengok Super Spontan ni ialah tahun lepas kot. Ntah masih lawak lagi tah. Hoho.. Nanti jengah kat YouTube
    Post latest sayaAlhamdulilah. Akhirnya Anuar setuju bekerjasama dengan Najib

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017