-->

15 Sep 2014

Review Super Spontan 2014 Minggu Ketiga

Assalammualaikum..
Dah masuk minggu ketiga Super Spontan ini. Setelah 2 peserta wanita tersingkir di minggu pertama dan kedua, kini tibalah giliran peserta lelaki iaitu Syuk Balas tersingkir. Kumpulan Mawas Berduri telah kalah 2 minggu berturut-turut. Apakah denda yg terpilih untuk Mawas Berduri akibat kalah di minggu ketiga ini tidak pula diberitahu. Apapun kelihatan Ray n Haniff masih takut2 untuk bagi kad kuning or kad merah untuk peserta yg buat kacau di pentas. Diorang takut kena kecam kot hehehe. Sebagai kejutan di minggu ketiga Afdlin telah memberikan kad merah pula pada Hanif n Ray sebab mereka gagal mengawal pemain. Maka dengan itu di minggu seterusnya, Amir yg akan jadi Hos/juri di dua Game yang pertama. Selepas itu barulah Hanif n Ray dibenarkan menjalankan tugas mereka untuk game ke-3 dan seterusnya.

Amir turut bertanyakan soalan kepada Jihan dan menyatakan Jihan agak tenggelam di Super Spontan. Namun kelihatan juga Amir agak marah kepada Rahim kerana telah menuang air di atas kepalanya, ketika die sedang bertanyakan soalan kepada Jihan. Antara Game yang diorang main di minggu ketiga ini adalah game Duduk Bongkok dan berdiri yg mana peserta harus berlakon mengikut situasi yang diberikan secara spontan dan berbual dan berbual dalam keadaan duduk, bongkok dan berdiri secara turutan. Game seterusnya adalah Kesan Bunyi diikuti Game Keluar Masuk, Jurujual Langsung dan Pemandu Pelancong.
Dalam Game Duduk Bongkok dan Berdiri, kump Mawas diwakili oleh Syuk, Yus dan Jihan. Nampak huru hara jugaklah masa diorang main game ni sbb kadang2 nampak semua nk buat benda yg sama hehe tpi lawak gak tgk diorang mcm konpius sama ada nak duduk ker bongkok atau berdiri. Kump Biawak Laser pula diwakili oleh Shuib, Abam dan Shahrol. Diorang pula nampak lebih berhati-hati masa main game ni. Game Kesan Bunyi pula nampak menarik n dimainkan oleh Tauke dan Fad dan dua peserta lain buat kesan bunyi mengikut lakonan diorang. Manakala untuk Game Keluar Masuk, dua2 team boleh tahan tapi aku rasa tajuk utk team Mawas Berduri lebih susah tapi kelakar iaitu Sambutan Hari Lahir Hang Jebat. Tak leh blah dgn dialog Johan yang Dayang Istana masuk mengadap tu hehehe.

Game Jurujual Langsung ni nampak senang tapi sebenarnya susah sebab peserta kena pikir dengan pantas. Nampak ada gak yg gelabah atas pentas tu masa main game ni. Shuib sempat suruh penonton sama2 nyanyikan lagu Happy Birthday untuknya sebelum main game ni hehe. Johan dan Tauke nampak xde masalah main game ni lawak sokmo jer hehe peserta lain pun okey juga. Last game yg diorang main adalah Pemandu Pelancong. Di awalnya nampak Michael Ang mcm x dpt nk teka tempat mana yg cuba disampaikan oleh kumpulnnya. Tapi bila masa nak teka tu, jawapan die dekat2 nak tepat juga. Berbanding dengan Rahim yang agak confident, bgitu juga dengan kumpulannya yg happy bila Rahim mcm dapat meneka apa jawapannya.

Namun diakhir rancangan, kumpulan Mawas Berduri yang mendapat undian terendah. Wbgmnpun proses pengundian untuk menyingkirkan ahli kumpulan tu agak kelam kabut n nmpk mcm x real jer. Mungkin boleh dibaiki lg di minggu2 akan dtg. Apapun tu pandangan aku jer hehehe. 

Baca Yang Ini Jugak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017