-->

4 Apr 2013

FLoWeR BoY NeXt DooR- KoreaN DRaMa ReView

Assalammualaikum..
hari ni nak buat Review Drama Korea yg terbaru 2013 yg baru habis ditayangkan di Korea. Drama ni ada 16 episod dan bergenre Romantik Komedi..Bagi aku jalan cerita die menarik n dibarisi ramai pelakon popular n cute2 hehehe dan cerita die mmg kelakar..so memang enjoy menontonnya..Pelakon drama ni terdiri daripada Park Shin Hye yg sebelum ni pernah berlakon dalam byk drama yg meletup mcm Your Beautiful dll Hero drama ni pula adalah Yoon Shi yoon..Watak2 dalam drama ni memang menarik setiap daripada watak ada kekuatan masing2 dan menghiburkan dengan gelagat dan perangai masing2..
SiNopSis
Go Dok Mi merupakan seorang editor buku yang hidup seorang diri. Akibat peristiwa pahit yg dialaminya di Zaman sekolah, dia memutuskan untuk mengasingkan diri dari dunia luar dan tidak bercampur dengan sesiapa pun..dunianya hanya di rumahnya..dia tidak mempunyai kawan dan tinggal seorang diri. Walaubagaimanapun dalam diam Go Dok Mi tertarik dengan jirannya yang tinggal di bangunan depan rumahnya. Maka setiap hari Go Dok Mi akan mengendap/skodeng jirannya yang hensem tu secara senyap2 menggunakan teropong hehehe..
Namun akhirnya Go Dok Mi telah terkantoi, perbuatan Go Dok Mi yg suka skodeng tu telah diketahui oleh adik jirannya itu yg baru datang dari Spain iaitu  Enrique Geum. Enrique terus menyerang Go Dok Mi dirumahnya dan menyebabkan Go Dok Mi menjadi cuak, malu dan takut. Lama kelamaan Enrique menyedari Go Dok Mi ni seorang perempuan baik yang suka menyendiri lalu mula berasa kasihan padanya. Kemudian Enrique cuba membantu Go Dok Mi untuk yakin pada dirinya sendiri serta berani berdepan dengan orang ramai. Peribadi Enrique yang ceria dan penyayang itu membuatkan Go Dok Mi menerima dirinya sebagai Kawan.
Dalam masa yang sama, Jiran sebelah rumah Go Dok Mi iaitu Oh Jin Rak telah lama menaruh hati pada Go Dok Mi namun hal ini tidak diketahui Go Dok Mi..Jin Rak meminati Go Dok Mi secara senyap2 dan sentiasa menjaga dan memerhati Go Dok Mi dari jauh. Kehadiran Enrique dalam hidup Go Dok Mi membuatkan Oh Jin Rak tidak senang hati..maka bermulalah cinta tiga segi antara mereka..Enrique dalam tidak sedar mula jatuh hati pada Go Dok Mi begitu juga Oh Jin Rak yang sudah lama ada hati dengan Go Dok Mi. Hal ini membuatkan Go Dok Mi pening dan ingin lari jauh dari mereka..namun dalam hati Go Dok Mi juga sudah berputik perasaan sayang terhadap salah seorang daripada mereka. siapakah yang Go Dok Mi suka??kenalah tengok drama ni hehehe..
inilah Enrique Geum ngan Oh Jin Rak yang ada hati pada Go Dok Mi..

Tajuk drama ni pun Flower Boy kan so dalam drama ni tentu2 nya ada banyak lelaki2 hensem n cute hahaha. Go Dok Mi walaupun die suka mengasingkan diri tapi dirinya dikelilingi dengan jiran2 lelaki yg hensem2 serta baik hati. Kalau ada apa2 masalah mereka akan sentiasa bantu membantu..
Inilah Jiran-jiran Go Dok Mi..

Ada sesetengah penonton suka seandainya Go Dok Mi bercinta dengan Enrique Geum sebab kedua-duanya berbeza personaliti dan saling melengkapi antara satu sama lain..Enrique ni happy go lucky, penyayang tpi kadang2 mcm budak2 sikit manakala Go Dok Mi serius, matang dan baik hati.. Tapi ada juga penonton yang lebih suka sekiranya Go Dok Mi bercinta dengan Oh Jin Rak sebab Oh Jin Rak ni gentleman sikit, setia, penyabar dan kelihatan sangat serasi dengan Go Dok Mi..korang rasa sape yg sesuai dengan Go Dok Mi??hehehe sebab tu akan wujud 2 team satu team yg sokong Enrique satu lagi sokong Jin Rak hehe..
Banyak scene2 kelakar dalam cite ni antaranya scene Oh Jin Rak dan Enrique berduet kat karaoke masing2 cuba menarik perhatian Go Dok Mi dengan menyanyi dalam nada tinggi mmg sangat huru hara hahaha seterusnya scene Enrique yang menyerang Go Dok Mi sebab terkantoi tgh skodeng abang enrique hahaha tu pun sgt kelakar. Selain dari watak2 utama. terdapat juga watak2 lain yang best dan kelakar antaranya aku suka tengok gelagat kawan serumah Oh Jin Rak iaitu Dong Hoon dengan editor yg garang tu..diorang memang kelakar..watak editor yg garang tu memang menjadi n sangat lawak slumber je die menjerit-jerit marah orang sesuka hati..tapi last2 Dong Hoon tu tersuka gak dgn editor yg garang tu hehe cute couple gitu.
Dong Hoon dengan editor yg garang tu hehehe
ni masa Oh Jin Rak dan Enrique tgh berlawan karaoke utk tarik perhatian Go Dok Mi..hehehe
Bagi aku memang drama ni best laa menghiburkan, kelakar, sweet dan tak rugi menontonnya..aku bagi 4.5 dari 5 bintang untuk drama ni..sape2 yg free bolehlaa tengok cite ni kt tenet..search jer nanti konform kuar linknyer..selamat menonton..

P/s-settle gak review ni..makan masa gak nk buat review ni secara detail siap dgn gambar semua..

12 ulasan:

  1. pnh tgk drama ni
    tp x konsisten
    ade yg sorang tu encem...hehe

    BalasPadam
  2. dah tengok.. :p drama nih memang kelakar la~

    BalasPadam
  3. tak pernah tgk..
    tp baca macam best... :)

    BalasPadam
  4. Wahhhh...klaulaaa kt sblah umah kita2 ni ada muka2 mcm diorg, acanerrrr erkkk?

    BalasPadam
  5. Akak belum tengok lagi....cam seronok jer hihihi

    BalasPadam
  6. hai, blogwalking here. nice blog ^^ and join please...
    http://farsyawidodo.blogspot.co.uk/2013/04/segmen-whos-lucky-and-whos-not.html

    BalasPadam
  7. Dari sinopsis yang MB bagi ni kompem best nih! Harus paksa incit hubby donlod.. Hikhik! ^^,

    BalasPadam
  8. haha.. sweetnya tajuk drama ni....

    BalasPadam
  9. tq for the review. lps ni blh la tgok

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017