6 Apr 2013

DeBaRan BintaNg PaLing PopuLar 2012 ABPBH

Debaran pa­ling kencang kini menyerang mereka yang tercalon sebagai finalis Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH2012) yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam esok.
Dalam 15 kategori (tidak termasuk tujuh secara anugerah online) yang dipertandingkan, sudah semestinya keputusan anugerah Bintang Paling Popular paling dinantikan. 
Adakah Aaron Aziz, penyandang tahun lalu akan terus mempertahankan gelarannya? Atau barangkali Shaheizy Sam yang pernah merangkul trofi itu pada tahun sebelumnya akan kembali merampas ‘takhta’? Hakikat ini kerana Sam banyak menerima pencalonan dalam pelbagai festival dan banyak berlakon filem dan drama akhir-akhir ini. 

Namun usahlah menidakkan Zizan Razak yang disebut-sebut sebagai calon yang akan bergelar Bintang Paling Popular.

2012 nyata tahun yang cemerlang buat Zizan yang dapat dilihat kemunculannya dalam beberapa filem seperti Mael Lambong, Hantu Kapcai, Bohsia 2, Baik Giler, Jangan Pandang-Pandang dan Uncle Usin. Dia dan pasangan lawaknya, Johan turut mengukir kejayaan hebat menjuarai Maharaja Lawak Mega 2012.

Zizan dicalonkan dalam tiga kategori - Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular serta Pengacara TV Lelaki Popular. Dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dia bersaing dengan Aaron Aziz, Adi Putra, Bront Palarae dan Shaheizy Sam. 

Malah dengan populariti yang dikecapinya, tidak mustahil Zizan boleh menang ketiga-tiga kategori itu. Anak kelahiran Tereng­ganu itu juga mendapat lima lagi pencalonan dalam kategori Online (Dalam Talian) iaitu Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama Popular, Gandingan Di Layar Serasi (bersama Johan), Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial, Artis Lelaki Stailo dan Artis Asia Paling Popular. 

Andai kata menepati ramalan, Bintang Paling Popular akan membawa pulang sebuah Nissan 370z Coupe serta barang kemas daripada Habib Jewels bernilai RM150,000. Kita tunggu dan lihat. 

Bagi memeriahkan suasana, Fiesta ABPBH2012 turut berlangsung di perkarangan Stadium Put­ra, hari ini dan esok selain final Bintang Idola BH (BIBH). 

Pada malam kemuncak esok yang akan ke udara melalui TV3 dan Hot FM, peminat akan dihiburkan dengan pelbagai segmen menarik persembahan artis terkenal. Mereka adalah Jay Jay, Datuk M Nasir, Ella, Ziana Zain, Najwa Latiff, Sleeq, Datuk AC Mizal, Ainan Tasneem, One Nation Emcees, Salam Musik, Black & RJ dan ramai lagi. 

Tidak ketinggalan membuat persembahan ala kumpulan K-Pop adalah sekumpulan pelakon popular seperti Yana Samsudin, Kilafairy dan Nabila Huda. Antara penyampai trofi adalah Nadiya Nisaa, Neelofa, Anzalna, Nazim Othman, Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Shah Iskandar dan Rozita Che Wan, Soo Wincci dan Fizo Omar. 

Acara yang bertemakan Ledakan Geometri itu dihoskan buat pertama kali oleh Fara Fauzana dan Zizan. 

Beberapa kejutan akan terlihat termasuk persembahan berbentuk parodi yang masih lagi dirahsiakan.
artikel ini credit pada Harian Metro



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

5 ulasan:

Cik Nur™ berkata...

rezeki siapalah esokkan...

Chic Na berkata...

tunggu jela esok ye. :)

Che Rosliza Che Mat berkata...

pasti seronok gandingan mantap zizan gan fara fauzana hihihi

Deqla Manjew berkata...

deqla kalo bab2 camni kan, x berapa eksaited.. sbb depa yg menang..bukan kita pun..haha...

Kesuma Angsana berkata...

SS paling popular hehehe

Related Posts with Thumbnails