Assalammualaikum
Baru-baru ni baru je habis baca novel Tolong Ingatkan Aku hasil karya Mimie Afinie..aku gemar membaca novel2 karya Mimie Afinie ni sbb semuanya best n boleh buatkan kita tergelak sendiri hehe..Novel ini adalah buah tangan yg terbaru dari penulis ini..bagi aku novel ni berbeza sedikit dengan novel2 beliau yg terdahulu..jalan cerita die lebih serius sikit n dramatik jugak..ada unsur2 kelakar tapi xdelaa banyak mcm novel2 nya yang terdahulu..Banyak unsur pengajaran dalam novel ini yang berkisar kepada jalan cerita mereka2 yang mahu berubah ke arah/ jalan yang lebih baik..Azlan dan EL mencintai Azah namun hanya EL yang bertahta di hati Azah..Azlan kecewa dgn pilihan Azah namun masih tetap menjadi kawan baik Azah yg sentiasa bersama susah dan senang. Bagi Azah EL adalah lelaki paling sempurna dimatanya pandai agama dan bijak..namun siapakah Jodoh Azah..?kalau baca novel ni kita memang akan kagum dgn watak EL sanggup berkorban demi Azlan dan Azah..apapun jom baca sinopsis dulu..
Sinopsis
Tak handsome pun tak apa… janji baik hati dan kuat pegangan agama. Kalau dapat ustaz lagi bagus. Dia banyak kelemahan. Dia serba-serbi kekurangan. Dia perlukan orang macam tu untuk membimbing dan memimpinnya ke jalan yang diredai.
Pertemuan pertama kali dengan Azlan mengundang sengketa antara mereka. Azah memang menyampah dengan lelaki perasan bagus tu. Cakap berdegar-degar tapi habuk pun tak ada. Hidup hanya tahu menyusahkan orang. Dengan ayah, dengan mak long bolehlah Azlan nak masuk jarum tapi bukan dengan dia ya.
“Saya berani potong jari… takkan ada ustaz yang nak awak. Usah kata ustaz, lelaki lain pun tak nak perempuan perangai entah apa-apa dan brutal macam awak tu. Entah-entah lawyeryang mak long awak carikan tu pun tak sudi bila jumpa awak nanti.”
Dalam tak sedar, perempuan yang entah apa-apa itulah yang telah berjaya mencuri hatinya. Perempuan brutal itu jugalah yang dia mahukan. Tapi mana dia nak sangka, ada juga lelaki yang ‘pandang’ Azah… nakkan Azah. Bukan calang-calang orang pulak tu. El ada pakej lengkap. El menepati ciri-ciri yang Azah cari selama ini. Siapalah dia jika mahu dibandingkan dengan lelaki itu? Perbezaan antara mereka sangat jauh. Macam langit dan bumi.
TOLONG INGATKAN AKU mengajak anda untuk sama-sama ketawa, senyum, marah, merajuk dan menangis bersama Azah, Azlan, El dan yang lain-lain. Selamat membaca dan menghayati.
Aku bagi 3.2 bintang dari 5 bintang untuk novel ini..
syoknye klo dpt layan novel
BalasPadamcam bez je sinopsis novel ni
pinjam la..hehe
NUr ada, tapi tak baca, adik bw balik kolumpo...
BalasPadamnanti cuba miss banu baca novel yg nur buat review tu..
perghh...mmg bestlah miss banu...nur tak tipu... :)
best kalo dpt bace novel..zaman m3h membaca novel dah pun berlalu..dlu2 masa bujang bleh la layan..dah kawen mane ade mase lg..he33
BalasPadamnmpknya byk pengajaran dlm novel ni..deqla plak dah lama x lyn novel..mcm xde masa jek...kohkoh...
BalasPadambest ke mis banu..mana best dgn novel siti rosmizah?hehehe
BalasPadammcm best
BalasPadamlamenye tak layan novel. tak de mase. ;)
BalasPadam