-->

13 Okt 2009

UM UNivERsiTi TeRBaek di Msia-(180 di DuNia)

Kejayaan program pengantarabangsaan bantu UM duduki tempat 180, UTM ke-320 PERANCANGAN dan usaha bersungguh-sungguh meningkatkan kecemerlangan antara faktor dua universiti tempatan mencapai kedudukan lebih baik dalam penarafan universiti terbaik dunia, tahun ini. Berdasarkan penarafan Times Higher Education - Quacquarelli Symonds (THE-QS) itu, Universiti Malaya (UM) sekali lagi tersenarai dalam kelompok 200 universiti terbaik apabila menduduki tempat 180 selepas kali terakhir 192 tiga tahun lalu, melonjak 50 tangga berbanding kedudukan 230 tahun lalu.

Manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula turut berbangga kerana berjaya melonjakkan 36 anak tangga apabila menduduki tempat 320 berbanding ke-356 tahun lalu. Dalam pada itu, tiga lagi universiti tersenarai dalam penarafan itu mencatat penurunan kedudukan, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada 291 berbanding tangga 250 tahun lalu, Universiti Sains Malaysia (314/313), Universiti Putra Malaysia (345/320). Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon, menyifatkan peningkatan itu adalah hasil usaha warga universiti itu yang bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kecemerlangan.
“Dengan penyertaan institusi makin bertambah dalam penarafan THE-QS saban tahun, peningkatan kedudukan ini dilihat lebih berkualiti berbanding tahun sebelumnya kerana persaingannya bertambah sengit. “Antara usaha drastik yang kami lakukan sejak setahun lalu termasuk pengambilan 300 kakitangan dan kira-kira 1,000 pelajar antarabangsa untuk meningkatkan tahap pengantarabangsaan UM. “Fokus UM kini lebih tertumpu kepada pelajar pascaijazah, penyelidikan dan penerbitan berkualiti, selain memastikan tiada kakitangan akademik terkecuali menulis serta menerbitkan jurnal kerana ia kriteria menyebabkan universiti tempatan kurang mendapat markah dalam penilaian THE-QS,” katanya. Berdasarkan penarafan organisasi berpangkalan di London itu, enam kriteria menjadi ukuran iaitu penilaian rakan sejawatan (kalangan ahli akademik), pendapat majikan (industri), nisbah pensyarah dengan pelajar, rujukan dibuat penyelidik lain terhadap penerbitan kakitangan universiti dinilai, bilangan pelajar dan kakitangan antarabangsa.
Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang, pula berkata kejayaan itu hasil perancangan dan usaha bersungguh-sungguh universiti itu meningkatkan kerjasama dalam pelbagai program pengantarabangsaan. Beliau berkata, antaranya menjalin hubungan dan mewujudkan usaha sama dengan universiti, pusat penyelidikan dan badan profesional terkemuka di luar negara. “UTM mengadakan kerjasama dengan banyak universiti di seluruh dunia, termasuk penyelidikan dan pembangunan, pertukaran akademik dan penerbitan serta mengambil bahagian dalam seminar peringkat antarabangsa. “Kerjasama turut diadakan dengan universiti ternama seperti Harvard, Massachusetts Institute of Technology, Cambridge, Imperial College dan Oxford menerusi program penghantaran mahasiswa dan kakitangan. “Pertambahan jumlah penuntut antarabangsa dari lebih 48 negara, terutama bagi program ijazah dan pascaijazah kini kira-kira 3,000 orang turut menyumbang kepada peningkatan kedudukan UTM,” katanya. Zaini berkata, peningkatan itu juga menunjukkan program akademik universiti itu mendapat pengiktirafan antarabangsa dari segi kualiti dan kredibilitinya setanding universiti terkemuka luar negara. Beliau berkata, UTM berusaha menjadi pemangkin utama di peringkat antarabangsa dalam bidang akademik bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus pelajar pascaijazah dan lima peratus ijazah pertama di kalangan pelajar luar negara menjelang 2013. “Ini selari dengan usaha berterusan memperbaiki kualiti akademik program pascaijazah dan ijazah pertama dengan membentuk kerjasama dengan industri utama dalam pelbagai sektor. “UTM juga disenarai dalam 300 universiti terbaik dunia dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan sains hayat, di samping mempunyai bilangan fakulti bidang kejuruteraan paling banyak di negara ini,” katanya. Selain itu, beliau menjelaskan, 70 peratus daripada 1,800 kakitangan akademiknya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat, juga terbanyak di negara ini. Zaini berkata, universiti itu turut mengadakan trransformasi penyelidikan dan inovasi dengan menstruktur semula pusat penyelidikan supaya lebih efektif dan dinamik. Usaha itu, katanya, untuk menggalakkan penyelidik aktif dalam pelbagai disiplin penyelidikan berimpak tinggi, strategi penyelidikan terkini dan penggerak dalam menghasilkan penulisan yang boleh dijadikan rujukan. Sementara itu, Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah, berkata, dari segi kriteria menggunakan data kuantitatif markah universiti berasaskan pertanian meningkat, tetapi penilaian membabitkan persepsi seperti penilaian rakan sejawatan dan pendapat majikan menurun. Beliau berkata, faktor penurunan itu mungkin disebabkan dua kriteria berdasarkan persepsi itu kerana ia menyumbang 40 peratus daripada jumlah markah keseluruhan.
Read More »

9 Okt 2009

JOM BeLajAR GEnDER-(BIAS GENDER)

Bias gender atau pandangan dan sikap yang lebih mengutamakan salah satu jantina, sering kita lihat berlaku daripada berpuluh tahun dahulu. Hal-hal yang menyebabkan bias gender adalah dari kepercayaan masyarakat, budaya, peranan yang dimainkan dan faktor-faktor lain. Keadaan ini semakin hari semakin berkurangan dimana kebangkitan golongan wanita untuk menuntut keadilan mereka semakin bertambah. Berikut adalah beberapa contoh-contoh dimana daripada keadaan bias gender telah menuju ke arah keadilan gender.

(a) Satu masa dahulu, keadaan bias gender berlaku di sekolah-sekolah di mana pelajar perempuan diberi kurikulum tambahan yang bersifat kewanitaan contohnya seperti ekonomi rumahtangga, menjahit atau memasak dan lelaki pula diberi kurikulum seperti bertukang atau silat. Perubahan sekarang lebih mengarah kepada keadilan gender apabila pelajar perempuan dibenarkan memilih kurikulum seperti silat atau bertukang. Manakala lelaki sudah perlu sama-sama belajar tentang ekonomi rumahtangga.
(b) Keadaan bias gender juga digambarkan pada buku matapelajaran di mana buku ilustrasi seorang yang menyapu atau mencuci pastinya seorang wanita, gambaran di pejabat pastinya seorang ayah. Perubahan sedikit sebanyak telah berlaku dimana jika gambar memasak atau menyapu seorang lelaki dan gambar seorang wanita yang berada di pejabat sudah tidak lagi menghairankan.


(c) Bias gender juga berlaku di rumah tanpa kita sedari dimana seorang ibu selalunya akan memberi tugas seperti memasak, mengemas, menyapu, atau membasuh kepada anak perempuan, manakala seorang ayah mengajar anak lelakinya berkebun, bertukang, menjala ikan dan sebagainya. Keadaan sekarang adalah lebih adil dimana ramai pasangan ibubapa telah sedar tentang keadilan gender dan menjadikan tindakan mereka menerapkan keadilan gender. Seorang ayah mula membenarkan anak perempuannya menyertai teakuando, atau belajar memancing. Seorang ibu pula mula memberi tugas menyapu halaman rumah atau membasuh pinggan kepda anak lelaki mereka.

(d) Pada dunia bias gender dahulu, masyarakat menyanjung tinggi wanita yang dapat menjalankan kerja-kerja rumahtangga dengan sepenuhnya dan memandang rendah jika lelaki atau suami yang membuat kerja-kerja rumahtangga tersebut dan begitu juga sebaliknya, masyarakat akan melihat kononnya wanita yang bekerjaya, keluarganya akan kucar-kacir. Pada waktu sekarang, keadilan gender tidak dapat mengubah mentaliti masyarakat sepenuhnya, tetapi keadaan semakin bertambah baik di mana wanita yang bekerjaya semakin di terima umum, tetapi fenomena lelaki yang membantu isteri membuat kerja rumah masih tidak dapat diterima.

Dunia Pada Masa Depan

Pada masa hadapan,keadilan gender haruslah bergantung kepada sifat-sifat dan nilai-nilai Androgyny. Androgyny merupakan sifat dimana setiap manusia haruslah mempunyai sifat-sifat kewanitaan dan sifat-sifat kelelakian dalam diri masing-masing. Sifat-sifat positif dalam diri lelaki perlulah dimiliki wanita. Manakala sifat-sifat atau nilai-nilai positif wanita perlu juga dimiliki lelaki. Sebagai contoh sifat “berani” iaitu sifat seorang lelaki, perlu ada dalam diri wanita apabila berhadapan dengan situasi yang genting contohnya seperti menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kebakaran. Contoh seterusnya, seseorang lelaki seharusnya memiliki sifat-sifat positif wanita iaitu belas kasihan, apabila mereka terjumpa kanak-kanak yang meminta sedekah, mereka seharusnya menghulurkan bantuan dan dan cuba membantu kanak-kanak tersebut sedaya yang mungkin.
Walaubagaimanapun, wanita dan lelaki banyak dibezakan daripada amalan-amalan sosialisasi. Perbezaan ini adalah akibat daripada faktor-faktor seperti faktor budaya, faktor biologikal dan juga akibat interaksi antara kedua-duanya. Hal ini menyebabkan sifat-sifat androgyny tidak digunakan dengan sepenuhnya dan kesannya lelaki dan wanita terus dilihat sebagai individu yang mempunyai sifat yang berasingan.


Read More »

kEnaNgAn PaDa LaGuu ??

Setiap pada kita semua pasti ada lagu yg kita minati..kalau tak minat pada lagunya mungkin pada lirik lagunya..kat sini aku nk kongsi lirik2 lagu yg bagi aku agak best kalau kita betul-betul hayatinya ditambah lagi dengan susunan muziknya..aku rasa lagu2 dibawah ni antara kegemaran ramai orang..antara lagunya adalah yg bertajuk PerMata Yang DicaRi drp kumpulan DeHearty dan juga lagu KasiHku AbAdi drp kumpulan In-TeaM..kedua-duanya lagu Nasyid..kemudian 2 lagi lirik lagu adalah dari Kris DayAnti..yang bertajuk Im sOrry..GooDbYe dan AkU wanita Biasa..bagi aku 2 lirik lagu Kris Dayanti ni x la puitis or best macam lagu permata yg dcari ngan kasihku abadi tu..tapi melodi lagu ni best..ditmbh liriknya yg senang difahami..lagu2 ni adalah antara kegemaran aku..so sama2 hayatinya..n jgn upe pergi download lagu ni kat mana2 yg patut hehehe…

PERMATA YANG DICARI- DEHEARTY

Hadirnya tanpa ku sedari,
menggamit kasih cinta bersemi
hadir cinta insan pada ku ini
Anugerah kurniaan illahi.

Lembut tutur bicaranya,
menarik hatiku utk mdekatinya
kesopanannya memikat di hati
mendamaikan jiwaku yg resah ini

c/0 Ya ALLah jika dia benar utkku
dekatkanlah hatinya dgn hatiku
jika dia bukan milikku
tabahkanlah hatiku dgn ketentuanmu

Dialah permata yg dicari
selama ini baru ku temui
tapi ku x pasti acara illahi
apakah dia kan ku miliki

tidak sekali dinodai nafsu
akan ku batasi dgn syariatmu
jika dirinya bukan utkku
redha hatiku dgn ketentuanmu..

Ya Allah engkaulah tmpt
ku brgntung harapanku
ku harap diriku sentiasa dibawah rahmatmu
.


Kasihku Abadi
Album : In-Team'04


Kamar hatiku,
sekian lama Suram dan sepi,
kekosongan Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan Berkekalan berpanjangan
Mengasihimu, dikasihi Menyayangimu,
disayangi Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku
Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama
harungi Demi cinta yang hakiki
Oh...

Kris Dayanti - I’m Sorry Goodbye

Sebelum bertemu denganmu, Diriku bahagia
Semenjak bertemu denganmu Ku makin bahagia..
Semakin lama aku Semakin tau tentang engkau
Sedikit kecewa Ternyata engkau tak baik

Pertama tama semua manis Yang engkau berikan
Membuat aku merasakan Cinta sebenarnya…
Semakin hari Semakin terungkap
Yang sesungguhnya
Kumakin kecewa Ternyata kau penuh dusta

Maafkan ku harus pergi Ku tak suka dengan ini
Aku tak bodoh Seperti kekasihmu yang lain….
Terima kasih oh Tuhan Tunjukkan siapa dia

Maaf kita putus So thank you so much
I’m sorry good bye

Seribu cara kau membuatKu dengan puitis
Tapi kau lupa bahwa Ku juga manusia
Yang punya mata Perihnya hati dan perasaan……
Maaf aku pergi Dan takkan untukmu lagi

(i’m sorry good bye)

Ku tak suka dengan ini
Aku tak bodoh Maafkan ku harus pergi
Tak seperti kekasihmu yang lain
Terimakasih oh Tuhan

Tunjukkan siapa dia
Maaf kita putus
So thank you so much
I’m sorry good bye...


AKU WANITA BIASA-KRIS DAYANTI

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamuKu yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta
kekasih Hatiku…
maafkan aku..





Read More »

6 Okt 2009

KEnAnGan Di UM

KetEraNgAN:-(Jamuan Hari RaYa AidiLfitri anJuran JabaTan penGajian GenDer)BerGamBaR BERsama-sama,antara pensyAraH,kaKiTAngan dan studeNt peNgAjIAN gEnDER UM 09-
best dpt kmpul ramai2 time ni..budak2 minor gender tahun 1,2 dan 3 walaupun sbnrnya ramai yg x dtg time ni..separuh je yg dtg ni..namun budak2 final year paling rmai dtg hehe..mklumlah nama pun final year la katakan..jd kenala dtg bukan selalu pun..


keTerANgan-gambar budak2 major seJaraH(UM) yg mengIkuti ProJek KeuSaHaWanan di MeLaKa..sekitar Mac 09 yg lalu

:-PenGalaman yg best kt Melaka.sambil buat kerja sambil makan angin hehe..walaupun pada masa tu tgh bergelut siapkan tesis masing2 hehe..rindu kt korang sume..kalau xde projek ni..msti msing2 buat hal sendiri dan x kenal antara satu sama lain..projek ni dh merapatkan kite sume..walaupun x la rapat mana pun hehe..sekurang-kurangnya kenal la juga dr xkenal lgsng kan..




Read More »

5 Okt 2009

KASUT TUMIT TINGGI JEJAS KESIHATAN..

mcm semua tau kan permpuan zmn skrg suka pakai ksut tumit tggi..kalau tgi sikit je xpe la gak..ni tggi yg amat..bukan nye diorng x tahu yg ia boleh memudaratkan kesihatan tp tetap gak degil..apa pun baca jela kt bwh ni..

Kasut tumit tinggi dikatakan memberi tekanan pada lutut dan mengikut kajian yg dilakukan oleh Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yg mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (sm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 %.

Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.

Menurut satu kajian yg dijalankan di London, tindakan memakai kasut tumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai utk menimang anak. Gaya berdiri yg tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.

Lebih mengejutkan apabila sesetengah reka bentuk terbaru kasut tumit tinggi boleh membuatkan rambut gugur. Ini berlaku kerana kedudukan pinggul cuba ditolak kedepan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yg ramai wanita menyangka ia adalah perut buncit. Keadaan ini memampatkan organ dalaman dalam keadaan yg dikenali sebagai visceroptosis dan ia turut memberi kesan pada leher belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut.

Visceroptosis ialah keadaan yang biasanya menyerang wanita memakai korset atau barut tetapi kini ia menemui mangsa baru dengan menjadikan kaki sebagai sasaran. Menurut kajian sama, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan masalah kesuburan dan kitaran haid serta fungsi bahagian atas tubuh badan.

Selain kasut tumit tinggi, pemakaian tas tangan juga boleh menjejaskan kesihatan terutama yg besar dan berat kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang. Kajian pakar tulang mendapati barangan yg banyak dalam tas tangan akan memberikan tekanan kepada tulang bahu sekaligus menyakitkan otot pada satu sisi badan. Lebih serius, tekanan itu akan mendatangkan kesan kepada punggung dan bahu. (SumBer: Harian Metro)

Jadi telah kita ketahui bahawa kasut tumit tinggi memberikan implikasi negatif kepada wanita. Kasut tumit tinggi dikaitkan dengan imej ‘feminin’ wanita..Jadi untuk menjadi seorang yg feminine wanita perlu memakai kasut tumit tinggi,barulah dilihat sebagai bergaya, ayu lagi anggun walaupun pada hakikatnya memakai kasut tumit tinggi pada masa yg lama akan menyakitkan kaki wanita itu sendiri serta melambatkan atau membataskan pergerakan wanita kerana terpaksa berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati bagi mengelakkan jatuh dsbnya, disamping implikasi negatif yg lain seperti yg dibincangkn di atas.
Sebenarnya daripada apa yg aku tahu, kasut tumit tinggi ini diperkenalkan oleh barat. Kasut tumit tinggi ini dikatakan dicipta oleh lelaki sebagai suatu cara halus utk mengekang wanita daripada aktif dlm sesuatu bidang supaya tidak menyaingi kaum lelaki, disamping cuba mengekalkan wanita dalam arena urusan rumah tangga semata-mata. Pergerakan yg lambat dan terbatas menyebabkan wanita terus terasing dan dikatakan lemah. Para wanita harus membuka mata mengenai perkara sebegini yg terselindung di sebalik design2 kasut tumit tinggi yg serba cantik teratur di pusat2 membeli belah..

Sebagai mahasiswa jurusan pengajian Gender di UM, sememamgnya kami telah didedahkan kepada perkara sebegini oleh pensyarah. Akibat kesedaran yg aku dapat telah membuka mata dan kepala otak aku. Aku telah menasihatkan perkara ini pada kawan baik ku di Penang. Namun nasihat aku ni boleh diibaratkan sebagai “mencurah air ke daun keladi” xde tnda2 nk berubah pun, makin menjadi-jadi lagi adalah,aku akui dirinya yg sedikit rendah itu menyebabkan dia memilih utk memakai kasut tumit tinggi yg sememangnya tinggi..bila aku berjalan dgn die pun aku yg kelihatan rendah sedikit dr die disebabkan kasut tumit tinggi yg die pakai tu. Akibat memakai kasut tumit tinggi tu,die berjalan slow2..dan menyuruh aku jgn jalan laju sgt dan aku plak selesa memakai sandals atau kasut biasa yg tapaknya nipis berjalan dgn releks jerr.sedangkan kalau die tidak memakai kasut T.tinggi tu die berjln lg laju dr aku hehe. Die terpaksa berjalan lmbt dan kasimpulannya everything pun lmbt la..hehe

Nak buat cmne org x nk dgr..lantaklaa..n suke hati die..aku pun lama x jumpe die dh lani..entah sibuk apa pn x tau.moga bahagia dengan bf die yg suke mengonkong tu hehehe jahatnya aku ni..emm biarlah org dh x ingt kawan nk uat cmne,bf die lg penting drp kwn2.huhuhu.

Berbalik pada isu pemakaian kasut tumit tinggi, seorang mahasiswa UM lelaki pernah berkongsi pandangannya dgn aku, Dia berpendapat wanita yg memakai kasut tumit tinggi mendera diri sendiri kerana tidak berbaloi berbuat demikian kerana wanita tidak mendapat apa2 manfaat drp pemakaian kasut berkenaan. Baginya wanita yg gemar memakai kasut T.tinggi semata-mata ingin menarik perhatian lelaki kerana lelaki sememangnya suka dan gemar mendengar derap tapak kasut tumit tinggi kepunyaan wanita disamping gemar melihat punggung dan dada wanita yg sedikit kedepan apabila memakai kasut tumit tinggi. Hal ini bermaksud wanita dilihat sebagai tarikan seksual pada lelaki. Jadi tidak hairanlah timbulnya isu gangguan seksual mahupun rogol. Pada pndngannya lagi, pemakaian kasut tumit tinggi juga membahayakan wanita juga, dimana jika wanita berdepan dengan ancaman seperti rogol misalnya mereka sukar melepaskan diri dengan berlari kerana berjalan juga susah apatah lagi jika berlari utk menyelamatkan diri, kerana apabila berlari dengan kasut tumit tinggi kemungkinan utk jatuh, terpelecok, kaki terluka dan sebagainya amat tinggi, hal ini secara tidak langsung menyebabkan wanita yg memakai kasut tumit tinggi lebih berisiko utk cedera atau dicederakan.

Jadi kepada semua wanita, semoga mendapat serba sedikit pengetahuan serta iktibar daripada artikel ini serta mendapat manfaat daripada cerita mahupun pandangan saya dan rakan saya.


ELAKKAN DIRIMU DIEKSPLOITASI DRP PHK YG X BERTGGJWB!!
Read More »

2 Okt 2009

KAtA2 hIkMaT PiLiHaNkU..jom rENunGkAN bErSaMa..

*Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

*Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.


*Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

*Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah

*SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN
BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

*"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
( Saidina Ali)

*"Orang yang paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

*"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang
orang lain ada.

*Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan
memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan
kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

*Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah

*Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.

*“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.”

*“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.”

*“Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila ditangan sendiri ia berubah warna.”

*“Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki.”

*“Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung dunia.”

*“Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala.”

*“Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti
kemerdekaan itu.”

*“Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita.”

*Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

*Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. (Peribahasa Arab)
Read More »

MaNusIa yG mULa BeRFiKiR..

MEMANG MANUSIA ITU SENTIASA BUTA ,
TIDAK SEDAR DIRIKAH MANUSIA ITU,
MASIH INGIN MENEMPELKAN MUKA DISITU,
WALAUPUN TIADA FAEDAH BAGINYAHANYA.
MUNGKIN MALU SAHAJA YG LAYAK DIDAPATINYA?
KENAPA MANUSIA HARUS ADA PERASAAN BEGITU?
KERANA 100% BAHAGIAN ITU MEMBAWA KEKECEWAAN UTKNYA
KATA2 PUJANGGA SERING BERMADAH
KALAU X DICARI MANAKAN DAPAT UNTUNGNYA
NAMUN BILA DICARI HASILNYA KEMUNGKINAN BESAR TIADA
ADAKAH INI DUGAAN UTK MANUSIA ITU
ADAKAH SINAR BAHAGIA UTKNYA DI KEMUDIAN HARI?
SUKAR DIRAMAL BUKAN
MANUSIA ITU BERHATI WALANG
NAMUN DIA TAHU DIA PATUT BERSYUKURKERANA DIA MASIH BERUNTUNG
ALHAMDULILAH..'GUNDAH MENJADI TEMANNYA
KETIDAKPASTIAN MEMENUHI RUANGAN FIKIRANNYA
APA YG BAKAL TERJADI
BAKAL BAHAGIAKAH MANUSIA ITU????????????????????????????
SERINGKALI MANUSIA ITU,MEMBANDINGKAN DIRINYA DENGAN MANUSIA LAIN
APA YG DIDAPATINYA MANUSIA LAIN JAUH BERTUAH DARINYA
DIA MENGAMBIL CONTOH KAWANNYA SENDIRI
WALAUPUN ADA MASANYA MEMPUNYAI MASALAH SENDIRI
DIA TETAP DIKELILINGI INSAN YG MENYAYANGINYA
KENAPA MANUSIA INI PULA SUKAR UTK MEMPEROLEHNYA
ADAKAH KERNA MANUSIA ITU YG BUTA?
ATAU MANUSIA LAIN TIDAK NAMPAK AKAN KEBAIKAN DIRINYA
KENAPA MANUSIA LAIN SENTIASA LEBIH BAIK DARINYAKENAPA TIDAK DIA...
NAMUN SETELAH PUAS MENCARI JAWAPAN
DIA MEMUTUSKAN UTK BERFIKIR POSITIF
BAHAWA APA YG TERJAD YI PADANYA ADALAH YG PALING TERBAIK UTKNYA
ITULAH REZEKI YG DITETAPKAN UTKNYA
ADA MANUSIA LAIN LEBIH MALANG DARINYA
DIA HARUS BERSYUKUR
KERANA DIA TAHU DIRINYA ADALAH YG TERBAEK DR YG LAIN
MUNGKIN MANUSIA ITU YG BELUM DAPAT MENCARI KEKUATANNYA
ATAU MUNGKINKAH MANUSIA ITU YG BELUM NAMPAK SINAR UTKNYA..
sETIAP MANUSIA ADA REZEKINYA MASING2..
MUNGKIN BELUM SAMPAI JODOH DAN REZEKI BUAT MANUSIA ITU
APA YG PASTI
MANUSIA ITU REDHA,PASRAH DAN TAWAKAL KPD ALLAH SWT..
KERANA ITULAH YG TERBAIK
UTK DIRINYA BUAT MASA INI.
Read More »

30 Sep 2009

APA YaNg Aku RiNdUKan Di UM.. 0-0


1. first sekali sudah tentulah sume kawan-kawan aku kt jabatan sejarah dn jbtn gender..x kisahla rapat ke tidak .korang sume best..

2. aku rindukan kenangan manis di um..banyak..antaranya masa di kolej kediaman ke-4 dulu..aku rindu saat2 mengadakan discussion dgn teman2 sekumpulan..diorng bg komitmen yg power..x kisahla bdk perempuan atau lelaki..sempat sembang2..ada juga gaduh2 tp akhirnya brjaya siapkn assignment..ada juga melepak utk discussion smpai pukul 4 pg di dewan santapan..smpai xde org kt situ lepas tu aku pn nk blah cpt2 sbb aku tggl dua org je kt situ iaitu aku dn sorang bdk laki..elak gossip dn fitnah hehe..
ii)kenangan manis sterusnya ada sesetengah pensyarah yg masih ingat aku walaupun lama x mengajar aku walaupn ada ramai student..bangga juga hehe..bukan sng pnsyrh nk ingt nama kite..mknanya ada la something yg die x boleh lupa pasal aku..hehe
iii)kenangan utk projek keusahawanan-pi melaka..best tngkp gmbr sebanyak mungkin..x cukup dgn tu menempelkan muka di kamera org lain sbb bateri kamera aku dh habis daa..best lawat byk tmpt..memenatkan tp seronok smpai kasut ku putus n beli baru kt sana..berjln sakan pnya pasal..yg penting happy..ramai budak2 dh x larat dh time atas kapal..tp aku ttp cergas tngkp gmbr pnya pasal..nasib ada kamera visa dn sin ai..hehe
iv)jamuan hari raya gender dan juga jamuan perpisahan akhir budak2 final year jbtn sej..buat barbeque..seronokk aku dok smpai mlm..menyanyi ketawa,tngkp gmbr dn lain2..
ada juga kenangan pahit atau kurang manis gak..antaranya
i)gaduh-gaduh manja dgn mber2 sbb salah faham dn mulut org..tp last2 dh settle
ii)aku jatuh sakit masa exam waktu second year..dh la tu sem yg paling byk paper aku ambik..huhu sakit lak.x ckp tdo.effect prestasi aku jwb soalan exam sampai salah faham arahan soalan..last2 baru aku sedar yg aku sebanarnya hanya jwb 2 soalan dr 3..krn salah fhm dn akibat x ckp tdo dn x selesa sbb sakit..sedeh gler..aku hnya dpt B paper tu sdgkan aku tau aku boleh dpt A..huhu..akibatnya pointer aku terus jatuh..tp masih dlm lingkungan 3 lg.sedeh masa tu..mber2 lain dpt tinggi.pointr jatuh..bile dh jtuh pyh balik nk naik.
iii)jatuh tangga hehe..jatuh sebab melangkah dgn terselang dua anak tangga terakhir..jatuh dlm keadaan melutut..dh la time tu dgn member2..mmg kena gelak kaw2 dr depa..ish2 x patut tul..(mgkin gak balasan kt aku sbb aku ada niat nk ponteng kelas lepas tu..padan muka tul)pastu depa pi sebar plak kt mber2 kt umah sewa..msa aku jatuh ada gak bdk laki tgh duduk..aku x sure diorng perasan ke x..sbb aku x pndng pn.kes malu2..
iv)printer aku rosak di saat-saat nk print tesis aku..dh la rosak waktu tempoh penghantaran tesis hmpir tamat..ish2 gelabah gler.bengang pun ada gak..sbb xde sape yg hulurkn bantuan..menitis juga air mata mengenangkan kawan2 yg bersikap demikian.akhirnya nasib ada mber yg juga bdk sej menghulurkan bantuan sudi menemani diriku yg amat mengharapkan pertolongan..jasamu ttp dikenang fatah..tq..

3. aku rindukan pensyarah2 aku.antaranya:-
Pensyarah di jbtn sej spt Prof Dr Abdullah zakaria Ghazali..prof senior..byk pengalaman, suka bercerita..suara yg sedap didgr lantang bila memberikan kuliah..baik..rajin.mcm2 lg..seterusnya Dr Zulkarnain..orgnya kecil je dn sweet..tp sdikit cerewet dlm kelas tutornye..sape bakal pembentang hari tu pastinya mati akal dgn soalan yg ditujukan bertubi-tubi.hehe..tp aku suka dengan kelasnya dan cara beliau mengajar..agak interesting..x heran le 2 sem berturut-turut amik paper die iaitu eropah moden dan sej rusia..kelas nya x trlalu rmai pljr amik sbb susah kot krn sej luar negara la katakan..die juga cepat kenal dan ingat nama student2 die.aku xterkecuali..seronok juga hehe sering diingati haha..x lupa juga Dr Arbai’yah merangkap penyelia tesis aku.orgnye tegas dan teliti,tp cukup penyayang,suka memberi nasihat dn tunjuk ajar pada ku..time kasih sgt2 kt die..atas pertolongan beliau aku dpt A utk tesis aku yg brtjuk Masy Melayu di P.Pinang 1957-2007 yg diselia olehnya.

Kemudian next pensyarah adalah Dr Azharuddin,sporting,giler2,slumber,slalu mberi nasihat pada kami semua.x dpt dilupakan ialah tarian joget lambak beliau yg ala2 mcm main bola sepak masa kt tmn mini msia kt melaka tu.hehe.sape bdk sej pasti tahu heee.x lupa juga Dr Suffian mansor yg ala2 chinese look tu hehe..palig quit kt jbtn sej hahaha..giler2 slumber n sempoi..die ajar sej china 2 sem bturut-turut ambik paper die iaitu sej china moden n gerakan pemisahan di china. Dr Ho,aku suke dgn cara die mengajar.die sukaa gtau berulang-ulang..x lupa.nota pun ada janji salin cpt2 la sbb die baca nota laju gler hehe…mmg tulisan aku dh mcm cakar ayam itik dh.aku ambik paper die 2 sem bturut-turut gak.best..aku dpt A utk kedua-dua paper die.dr ho ni tegas,pendiam tp ok sbnrnya agak skema skt hehe..jgn mrh ha. Seterusnya Prof Redzuan,prof yg mmg amat busy gler..susah nk jmpe gak..tp die baik sbnrnya.suke beri semangt dn nasihat.aku ambik paper sej timur tgh dgnnya.x lupa juga En Hasanudin,yg mmg peramah,baik,lembut,sopan dn sporting gler..sume pljr kire x takut la dgn die hehe..die penyelia kepada kawanku.die agak berminat dgn tajuk tesis aku berkaitan p.png..kalau jmpe msti die tnya pasal tsis aku.

Tidak ketinggalan adalh Pn Noraini die prnh jd tutor aku, n masa final year slalu terserempak dgn die kat arkib negara..peramah orgnya,lembut,bijak,sng berbual dgn die..mudah mesra dgn pljr dn x sombong. Seterusnya Dr Kamal,seorng yg bersemangat tggi dn waja,aku kagum dgnnya.bijak,slalu mberi smngt kpd pljr,cepat mengingati studentnya..aku cube melowprofile kn diri aku dlm kelas die hehe takut kena pngil jwb soalan kalau die ingt nama..hmpr2 die ingt nama aku..hehe aku ambik paper die sej pentadbiran british di tnh mlyu. X lupa juga prof madya dr Hamidin…popular dgn kata2 keramatnya nya critical thinking,pikiran yg kritis,mahir dlm selok belok politik,ramai pelajar yg takut fail paper die.sbb die sndiri ckp die susah bagi A pd pelajar..jd mbuatkn rmai pljr decide x nk ambik paper die.kursus die x ckp pljr dh..tp die mmg kire terror..teringin juga nk ambil ilmu dr die..tp time tu aku pn x berani juga tnggung risiko hehe.tak lupa juga prof madya Joseph Fernando..aku amik paper die perkmbng politik msia..emm die dlm kelas agak tegas kdg2 lembut juga..masa tutor agak tegas gak la..mmg kena buat presentation betul2 la.sbb pemikiran die yg mmg kritis.kecut juga tgk die naik angin..die agak detail,pentingkn kesmpurnaan kerja kita.

X ketinggalan juga Prof emeritus Khoo Kay Kim..die x pernah ajar aku..tp pjbt die ada di jbtn sej.slalu nmpk die lalu-lalang kt jbtn sej kt fak or café fak sastera.seorng yg peramah dan murah dgn senyuman.x sombong pn,lembut je nmpk die..tp die sbnrnya busy teramat.mber aku nk interview die bbrp kali uat appointment..asyik kena cancel sbb die busy tp last berjaya gak depa tu.tp die mmg nmpk baik dn sweet..penuh ilmu didada tu..kan best kalau prof dpt ajar kiteorg..huuhuhu..wartawan pun slalu gak dtg utk interview die.
Boleh dikatakan semua pensyarah di jbtn sej agak popular..semuanya penulis dn pengarang byk buku sej dan buku teks..berwibawa..ada gak antara mereka selalu or pernah keluar tv utk berdiskusi mahupn mberi pndangan terhdp sesuatu isu.mmg power..pndngn diorng mmg diambil kira..ada juga yg menjadi penetap atau pembuat kertas soalan spm or stpm sej..mmg mntap siot..lgipun hnya di UM sahaja adanya jabatan sejarah yg khs..di uni lain xde.bangga..um is one..

Skrg beralih pada pensyarah kat pengajian gender..kursus ni hanya ada di UM je lau aku x silap la.jd x rmai yg tahu pasal kursus ni.pasal gender ni..sbb hnya ditawarkan di um..aku akan rindu dgn DR Shanti thambiah..boleh dikategorikan sbg seorg feminis..memperjuangkan kebajikan wanita..die baik,berfikiran jauh,kritis..timbul ksedaran bile dgr die bagi lecture..ayat yg selalu kuar dr mulut die “Budak-budakk ini”..hehe student gender mesti prnh dgrnya ayat2 maut ni.hehe..geng2 aku sume terkilan x dpt ambik paper die iaitu gender keluarga masa final year sbb clash dgn lat ilmiah.huhu..trpksa ambik gnder alamm skitar yg memamg susah..hehe..seterusnya adalah cik Siti yg merupakan tutor aku n the geng..walaupun OKU tp die berjaya membuktikan sebaliknya..mmg salute dgn die..org utara..suke panggil aku jwb soalan..nama aku mmg x pernh miss kena pnggil..die gak seorg peramah dan suke besmbang dgn student2 die..suke mengusik juga..mmg best la..cik siti mmg x lupa dgn aku..selalu tnya pasal penang.hehe..die dulu sek kt penang gak..
Masa final year die ada dtg umah sewa kteorg mkn2..saja sembang2..time tu die dh x jd tutor dh..die smbung belajar..dh nk kahwin.tp x tahu bile lg..

Seterusnya pensyarah gender yg dirindui adalah En IsaaC,hehe antara pensyarah yg sporting,dn kdg2 agak garang juga hahaha..suka tnya soalan dlm kelas dn pngil nama student..cm biase aku slalu kena..die juga mengingati nama student die walaupun dh lama x mengajar..trmsuk aku la..ingtkan die mungkin x brp nk ingt nama aku dh sbb lama x ajar kn.sekali releks jer die sebut..byk kali plak tu aku kena jwb soalan..kdg2 die tnya jam pkul berapa la apalah..kecut perut aku..x sng duduk..die juga pantang kalau student bercakap or gelak2 dlm kelas die.mmg kena panggil t..jd semua org duduk senyap dn jd patung x gerak dh.hehehe..termasuk aku la duduk beri prhtian.tp die sporting gk..releks jer beli kuih-muih and bagi kt student die makan dlm kelas die..disebabkan selalu kena panggil nama aku ramai org kenal..lgisatu time kelas die x leh ponteng sesuka hati..gerenti die tnya mana sahbanu? Hahaha.kdg2 mcm x best..kdg rasa best juga diingati haha.

Seterusnya cik Maimuna..emm die org penang,seorg peguam..mmg petah berckp..aku x berani ambik paper die sbb susah.hehe..walaupn jarang ambik paper die..die tetap cam aku..die x ingt nama aku..tp die tau aku budak gender n ckp kt aku muka aku agak familiar..hehehe..mmg lau jumpe selalu snyum..Tidak ketinggalan Dr Welleyne,die ajar gender alam sekitar..emm die baik,lembut,peramah,x garang..pendek kata die mmg ok..Cuma subjk alam sekitar mmg susah la.hehe..Prof Nik saFiah kARim pun pernh ajar aku utk subjek gender ni dlm Ngo2 di Msia..die ok.mmg menitikberatkn bahasa..kiteorg 1 kump ada melawat pertubuhan yg diterajui oleh beliau iaitu PERTIWI..pendek kata walaupn dlm exam tatabahasa kena jaga..kalau salah kena potong markah..hehe..yg terakhir CIk RaIhA..EMM die antara org baru dlm jbtn gender..org die peramah, baik, matang, berfikiran jauh,kritis, masih muda..belum kahwin lg..die ajar aku dlm subjek isi2 gndr dlm media..best mmg best sebab kteorg boleh kupas isu2 dlm hasil media mcm filem,drama,novel,iklan dll.kumpuln pun die yg tetapkan..x sangka aku dpt dengan geng aku juga iaitu D dan R..dngn seorg bdk laki..tp mmg kenal la sbb die mmg bdk gender juga..kteorg sepakat pilih Filem SUSUK utk dikupas..jd dptla pengalaman bru bekerjasama dgn org baru..byk peristiwa blaku dlm kump..tp okla semua dpt A aku rasa hehe.
I luv u all..

4. seterusnya aku merindukan tempat-tempat di UM..kerana tempat2 itu meningglkn kesan terindah.disitulah tempat bertemu,disitulah tempt nk brgduh dn segalanya..
-)Fak sastera n sains sosial-sini tmpt aku belajar..di dewan2 kuliah yg cntik dn juga ada yg lama..dlm dewan ni juga lah aku seronok belajar,mengantuk dll dn mcm2 la.
-)Fak pendidikan-ambik subjek kat situ utk luar fak..fak die kecil juga.
-)Fak Akademi Pengajian Melayu-jauh perjalanan..hehe..ambik gender,budaya &masy melyu..ambk ramai2..mmg malas nk brjln hehe..kdg2 lepas apm jalan terus pergi kejuruteraan or kolej kdiaman ptama utk ke stesen bus..tggu bus..jauh tu hehe..
4th college-tempat kediman aku dulu masa mula2 masuk UM..kt sini la aku kenal dgn roommate aku kt umh sewa,housemate,kwn2 1 kos..dn byk la kenangan lain disini..
-)café fak sas..tmpt mkn waktu terluang..masa first year first sem selalu la mkn kt sini..tp disebabkan sentiasa penuh dan ramai n malas nk berebut..berubah angin ke:_
-)café fak pendidikan-second sem,first year,selalu mkn kt sini,murah juga,x rmai org n sedap..sampai hubungan etnik kump kiteorg pun buat kt situ..namun lama kelamaan pengurusan café tu diambilalih oleh pihak lain..makin x best..n dh jrang org mkn kt situ..sehinggalah aku last sem kt UM,café fak pendidikan dh tutup terus..hehe..sekarang x tahu dh buka ke belum.
-)café KPS-masa second year mmg selalu singgah kps makan tengahari gitu dgn mber2..snggup jln jauh2.utk makan..sana mknan sdp.n murah juga..ikutkan hati malas nk pergi..nk mkn kt dekat2 je..dh mber2 nk gi juga..ikut juga la..bole dikatakan hari2 la time ada kuliah makan kt kps tu..
-masuk third year dh semakin malas nk pi kps utk makan..akhirnya balik semula ke café fak sas..hehe..kdg2 makan nasi kt sana kalau kelas ada sampai mlm..kalau x.hnya beli kuih n makan kt surau dgn mber2..
-surau fak sas-selain merupakan tempat utk beribadat..situlah tmpt utk berehat seketika melepaskn lelah dn penat..tmpt yg penting utk semua.
Klinik dan kolej 12-pernah 2 kali ke klinik kt situ masa first year..x rindu pn tmpt tu..hehe..n kat kolej tu juga ambik kursus..hehe.
Perpustakaan-)tempat utk mencari buku2 dn bahan2 yg berkaitan dgn tjuk tesis mahupun tutorial..mmg amat seronok,jika buku yg dicari-cari dijumpai..dan jwpn byk dlm tu hehe..
Byk lagi tempat lain mcm DTC,bangunan peperiksaan,library utama dan zaaba..bangunan baru fak sas dn byk lagi..

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017