Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang aku dah habis tonton baru2 ni iaitu Ex-Girlfriend Club. Drama ini dilakonkan oleh Song Ji Hyo, Byun Yo Han, Lee Yoon Ji, Jang Ji Eun, Ryu Hwayoung dan ramai lagi. Sepatutnya drama ni mempunyai 16 episod tapi akhirnya dipotong hingga menjadi 12 episod jer. Tak syok laa kan diorang main potong2 jer episod sesebuah drama untuk save budget dari kerugian akibat rating yang agak rendah. Patutnya maintain jerlaa 16 episod macam standard drama korea yang lain. Apapun drama ni masih seronok ditonton dan bergenre Romantik Komedi. Episod pertama drama ni agak boring sebab lebih memfokuskan kehidupan Kim Soo Jin (S.Ji Hyo) yang mengalami pelbagai masalah sebagai produser filem. Walaubagaimanapun jalan cerita jadi makin menarik apabila ketiga-tiga Ex-Girlfriend penulis komik Bang Myung Soo mula bertemu, berkumpul dan melibatkan diri semula dalam kehidupan B.Myung Soo dan membuatkan kehidupan Myung Soo dan Soo Jin menjadi makin huru-hara.
Drama ni memang unik dan aku suka lagu tema OST drama ni yang cute dan menarik, sesuai dengan jalan cerita drama ni. Seronok tengok karakter watak ketiga-tiga bekas kekasih Myung Soo yang pelbagai ragam dan perangai contohnya ada yang sangat cool, ada yang garang giler dan ada gak yang seksi. Bila ketiga-tiga mereka berkumpul termasuklah watak Ji Hyo sebagai kawan baik serta bakal girlfriend Myung Soo memang kecoh laa jadinya, siap ada scene perang gitu, tarik2 rambut dan sebagainya. Paling unik bila kesemua mereka ni sentiasa lepak bersama walaupun pada awalnya diorang tak suka antara satu sama lain. Tapi bila dah selalu berjumpa diorang ni semua dah jadi macam kawan lak dan sentiasa lepak dan berkumpul di restoran kepunyaan ex-girlfriend Myung Soo yang pertama iaitu Na Ji Ah. Paling best bila keadaan makin huru hara dengan kehadiran tunang kepada ex-girlfriend Myung Soo yang kedua serta kawan baiknya yang juga pengarah filem. Drama ni jadi makin lawak bila kesemua mereka bekerjasama untuk menghalang serta menipu tunang serta pengarah berkenaan dari mengetahui perkara sebenar mengenai status mereka sebagai ex-girlfriend kepada Myung Soo.
Diorang semua cuba cover line sebaik mungkin, tetapi pengarah filem berkenaan dapat mengagak apa yang sebenarnya berlaku. Keadaan makin lagi serabut bila pengarah tersebut turut menaruh hati pada Soo Jin so bermulalah cinta tiga segi kat sini antara Myung Soo, Soo Jin dan pengarah tu. Antara scene yang paling aku suka masa diorang semua menyorok dalam bilik yang sama tu, siap sembunyi bawah katil lagi tu. Pastu masa Myung Soo bergaduh sakan dengan Pengarah filem tu kat rumah kakak Soo Jin, lawak betul, dah macam budak2 dah. Aku juga suka tengok keserasian hero dan heroin drama ni iaitu Song Ji Hyo dengan Byun Yo Han. Seriously diorang ni nampak sangat sweet dan cute jer dalam drama ni especially masa diorang dah jadi kekasih tu. Lakonan diorang masa jadi kekasih tu sangat sweet okey nampak macam real jer diorang bercinta. Jalan cerita drama ni ringan jer xde berat pun sebab ianya bergenre romantik komedi kan, so bagi sesiapa nak hilangkan stress ker bosan ker boleh laa layannn drama ni, sebab ianya boleh buatkan korang tergelak dan tersengih sorang-sorang hihihi..
Ending drama ni memang happy endinglah kan, sebab di hujung cerita, kehidupan Soo Jin menjadi semakin baik yang mana filem yg diusahakannya telah pun start shooting manakala hubungannya dengan Myung Soo bertambah bahagia. Ikutkan xde banyak babak2 sedih dalam drama ni, cuma ada beberapa jer, antara yang aku ingat adalah masa Soo Jin bergaduh dengan Myung Soo kerana cemburu begitu juga sebaliknya. Seterusnya babak ketika penipuan mereka terbongkar dan Ex-girlfriend Myung Soo yang bernama Hwa Young ditinggalkan oleh tunangnya. Masa ni semua pun rasa bersalah dan cuba memujuk dan meminta maaf kepada tunang Hwa Young yang juga penerbit filem mereka. Namun tidak berjaya kerana tunang Hwa Young agak keras hati. Manakala babak2 lain semuanya lebih kepada komedi gitu.
Jom klik2 kat bawah ni..
~ Rahsia Badan Langsing | Langsing Dalam 30 Hari..
~ Panduan Lulus Peperiksaan MUET Dengan Cemerlang..
kunjungan balas..hari ni tak berapa sihat tapi nak juga jenguk kawan-kawan blogger :)
BalasPadamhihi, element natural dan bahasa yang lembut dalam drama korea ni yang buatkan saya jadi peminat setia.
BalasPadamtapi, sebab utama yang buatkan saya mula-mula sekali tertarik dengan drama korea, sebab jalan ceritanya yang unik, sangat kreatif.
pelik, bagaimana mereka boleh dapat begitu banyak sekali idea menyakat yang romantik dalam setiap cerita korea, terutama sekali 'full house'?
...dan dalam masa yang sama, masih kekalkan batas susila yang terkawal.
sebenarnya saya dah lama tak mengikuti cerita korea, baru ni je nak mula balik, sebab dah habis belajar.
yang terbaru ni saya layan, 'my GF is gumiho','men from star', 'i can hear your voice' dan 'pinocchio'.
saya suka genre yang bersifat misteri wataknya.
boleh cadangkan pada saya beberapa tajuk ?
-blogspot : rawatankanser2013
@perubatan khalifah ooo, saya cadangkan drama The Master's Sun, City Hunter, Liar Game, Rooftop Prince, Gu Family Book, Big Man, Bride Of The Century, Bad Guys, Kill Me Heal Me dan Angry Mom..semua cerita ni best2
BalasPadam@BaNu Syah
BalasPadamwah..banyaknyer...hihi, tajuk nyer pun leh tahan menarik.
ok, terima kasih.
mmg balik kampung nanti, layan youtube jer la.
comelnya ji hyo pakai baju biru tuh....suke2 :D
BalasPadam