-->
Memaparkan catatan dengan label Holiday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Holiday. Papar semua catatan

30 Jan 2019

Jom ke Lotte World dengan Traveloka Malaysia Lah!

Lotte World, Theme Park Lotte World, Taman Tema Lotte World, Kompleks Rekreasi Lotte World, Lotte World Seoul South Korea, Lotte World 2019, Traveloka, Traveloka Malaysia, Magic Island,
Jom ke Lotte World dengan Traveloka Malaysia Lah!

Hello uollssss. Haaa cuba baca tajuk tu. Jom ke Lotte World? Weh apa dia Lotte World tu? Tak kan tak tahu kot apa tu Lotte World. Rata-rata dari korang mesti pernah makan coklat peppero tu kan? Haaaa company dia Lotte lah. Sama la macam Lotte World ni. Lotte World ni taman tema tempat main-main bersuka ria. Korang yang dah berumur ni tapi dalam masih muda gitu, haaaa memang sesuai sangat untuk korang Lotte World ni. Sebelum apa-apa, korang mesti lah ambil tahu sikit. Apa sebenarnya Lotte World ni. Tak kan lah korang nak pergi terus serbu tanpa ambil tahu serba sedikit. Tak ke korang nak tahu apa ada dalam tu. Okay macam ni lah. Lotte World ni adalah salah satu kompleks rekreasi yang paling utama dekat Seoul, Korea Selatan ni tau. Haaa. So maknanya apa? Lotte World ni antara paling femes laaa senang cite.
Lotte World, Theme Park Lotte World, Taman Tema Lotte World, Kompleks Rekreasi Lotte World, Lotte World Seoul South Korea, Lotte World 2019, Traveloka, Traveloka Malaysia, Magic Island,
Bukan tu je tau, dia punya taman tema dalamannya adalah yang terbesar kat duniaaaa. Seriously daebak! Ada lagi…Dorang bukan ada taman tema dalaman je. Tapi, dorang ada taman hiburan luar juga yang dipanggil sebagai “Magic Island”. Kenapa dia panggil magic? Sebabnya dorang ada buat satu pulau buatan atau tiruan dekat tasik yang ada kat situ. Dekat pulau tu siap ada monorel, pusat membeli-belah, hotel mewah, muzium rakyat Korea, kemudahan sukan dan teater weh. Pulau tu walaupun buatan tapi macam-macam ada weh. Fuhh..Korang tau bila Lotte World ni dibuka? Mesti tak tahu kan. Lotte World ni first buka pada 12 Julai 1989. Haaa lama tak? Korang dah lahir belum time tu. Purata setiap tahun orang yang melawat Lotte World ni adalah 7.3 juta. Ramai gila yang datang sini. Silap-silap korang salah sorang yang pernah datang sini kan?.
Lotte World, Theme Park Lotte World, Taman Tema Lotte World, Kompleks Rekreasi Lotte World, Lotte World Seoul South Korea, Lotte World 2019, Traveloka, Traveloka Malaysia, Magic Island,
Nak tahu lagi pasal Lotte World ni tak? Okay baca ni. Lotte World ni terletak dekat Sincheon-dong, Songpa-gu, Seoul, South Korea. Haaaa nampak tak alamat tu. Dah bagitahu, jangan tetibe memandai korang pergi tempat lain pulak. Tetiba sampai salah taman tema kang. Bukan ada Lotte World je tau dalam Seoul ni. Lotte World ni terbahagi kepada dua section wey. Macam dah cakap tadi, first indoor theme park kan. Kedua “Magic Island” tadi. Paling bestnya, Lotte World ni beroperasi 365 hari tanpa tutup weyh. Haaa. Tak de sebab korang tak pergi taman tema ni. Setiap hari bukak, tak kira hari cuti ke tak. Dorang tak bercuti. Jangan risau. Mesti korang nak tau harga kan? Kebiasannya harga Lotte World ni utk 1-day pass adalah 50,000KRW atau pun anggaran RM 203.25. Haaa itu la harga dia. Walau pun sampai RM 200. Tapi sangat berbaloi.
Lotte World, Theme Park Lotte World, Taman Tema Lotte World, Kompleks Rekreasi Lotte World, Lotte World Seoul South Korea, Lotte World 2019, Traveloka, Traveloka Malaysia, Magic Island,
Tak percaya? Sila cuba. Korang nak tau satu rahsia? Ada cara untuk dapatkan tiket Lotte World ni dengan murah. Korang nak tau apa dia? Haa.. nak dapat murah, tak kira apa benda macam hotel mahupun tiket Lotte World ni. Korang mesti lah kena book dengan Traveloka Malaysia! Sebab apa korang kena booking dengan Traveloka Malaysia? Sebab dorang lah yang bermurah hati untuk buat jualan Lotte World cheap promos. Tahu berapa harga selepas diskaun? Kalau korang beli dengan Traveloka Malaysia, korang hanya perlu bayae RM 118.25 je weh. Tak percaya? Plsss percaya. Korang dapat jimat almost RM 100 wey. Jimat sangat-sangat. Dah boleh jimat macam ni. Kenapa nak kena beli yang mahal-mahal. Haaa jangan kata Traveloka Malaysia tak payung. Ini dorang dah bagi diskaun kaw kaw punya mehhh. Apa lagi yang korang kena tunggu? Jom lah booking tiket Lotte World dengan Traveloka Malaysia! Book semua tiket untuk anak, bini, mak, ayah dan lelain lagi. Murah sangat-sangat. Mana lagi korang nak dapat harga macam ni. Dah sekali tu, book la hotel juga dengan Traveloka Malaysia.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

26 Jul 2018

Percutian Di Bali Indonesia

Tanah Lot, Bali, Indonesia, Holiday, Holiday In Bali, Cuti - Cuti Di Bali, Bercuti Di Bali Indonesia, Traveloka,
Percutian Di Bali Indonesia

Sebut je Bali, apa yang terbayang kat fikiran korang? Mesti macam-macam jawapan yang keluar kan. Salah satu perkataan yang boleh describe tempat ni ialah syurga. Yess, syurga! Mana taknya, Bali merupakan gerbang percutian yang sangat terkenal bukan saja di Indonesia, malahan di seluruh dunia. Berbagai tarikan menarik yang terdapat di sini seperti kawasan pantai dan lautam yang tenang dan cantik, kawasan penanaman padi yang indah, perkampungan nelayan penuh dengan ciri-ciri tradisional dan kuil-kuil Hindu, Buddha dan Cina yang masih lagi aktif dalam menjalankan amalan ritual mereka. Sebab tu, terdapat banyak jenis accommodation yang terdapat di sini, daripada resort bajet sampai la ke villa 5 bintang.

Dengan populasi penduduk seramai lebih kurang 4 juta orang, korang dapat merasakan hospitaliti dengan kelas dunia di sini. Dari Kuala Lumpur, korang akan touch down di airport yang terletak di Den Pasar, yang juga merupakan pusat bagi pulau ini. Walaupun ia merupakan hab bagi segala jenis system pengangkutan, Den Pasar bukanlah sebuah attraction di sini. Dari sini, korang boleh mengambil teksi untuk terus ke tempat penginapan. Antara kawasan yang menjadi tumpuan pengunjung untuk menginap di sini adalah di kawasan selatan pulau Bali iaitu Kuta, Sanur, Seminyak dan Tanah Lot. Pantai Seminyak sememangnya menjadi tumpuan kerana keindahannya yang boleh memberikan ketenangan selain terdapat tempat untuk membeli-belah manakala Kuta pula dikunjungi kerana terdapat pelbagai kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis makanan dan tempat hiburan.  
Bali, Indonesia, Holiday, Holiday In Bali, Cuti - Cuti Di Bali, Bercuti Di Bali Indonesia, Traveloka, Dolphin Di Lovina Beach Bali Indonesia, Aktiviti Snorkeling, 2018, Percutian Di Indonesia,
Di kawasan utara Bali pula, korang berpeluang untuk menyaksikan dolphin di Lovina! Oleh sebab coral kat sini masih terpelihara, maka aktiviti utama di sini termasuk snokerling dan diving. Singaraja yang merupakan bandar colonial lama. Tempat ini dikenali dengan kepelbagaian etnik penduduknya. Terdapat sebuah kampong yang dipengaruhi oleh budaya Arab dan ia dikenali dengan nama Kampung Arab manakala terdapat juga tokong Cina yang terbesar di Bali. Singaraja juga merupakan pusat bagi institusi pengajian di pulau ini. Oleh itu, suasana di sini agak berbeza berbanding tempat-tempat lain di Bali.
Gunung Agung, Bali, Indonesia, Holiday, Holiday In Bali, Cuti - Cuti Di Bali, Bercuti Di Bali Indonesia, Traveloka, Percutian Di Bali Indonesia, 2018,
Bagi korang nak nak tengok gunung berapi yang masih aktif, korang bolehlah melawat ke kawasan di bahagian timur Bali iaitu di Gunung Agung. Gunung ini merupakan yang tertinggi di Bali dan gunung berapi yang ketiga tertinggi di seluruh Indonesia. Untuk mendaki gunung ni, korang bolehlah ambil pakej day trip beserta dengan guide dan waktu yang paling sesuai untuk mendaki adalah sekitar bulan April hingga Oktober. Route gunung ni dikategorikan antara yang tersusah, jadi adalah amat penting untuk korang pastikan kesihatan fizikal dan better cari guide yang boleh memenuhi keperluan korang.
Ubud, Bali, Indonesia, Holiday, Holiday In Bali, Cuti - Cuti Di Bali, Bercuti Di Bali Indonesia, Traveloka, Percutian Di Bali Indonesia, 2018, Tegallalang Rice Terraces, Padi,
Di kawasan tengah Bali, iaitu di Ubud, korang berpeluang untuk menikmati kehidupan kampung yang mengusahakan tanaman padi. Oh, untuk melihat dengan lebih dekat tanaman padi bukit yang terdapat di sini, korang boleh juga sewa basikal. Korang bolehla explore teres-teres sawah dan kampong-kampung petani yang terdapat di sini. Lagi mudah macam ni, nak berenti kat mana pun boleh, suka hati korang je. Hihihi. Kawasan ini juga telah melalui fasa permodenan dan dikomersialkan secara besar-besaran. Namun begitu, korang masih berpeluang untuk melihat sisa tinggalan kuil-kuil lama, muzium dan galeri yang memaparkan sejarah jatuh bangun kerajaan yang membuka pulau Bali ni. Korang pasti akan rasa kagum dengan seni bina dan kekayaan adat serta ritual penduduk setempat di sini.

Actually, banyak lagi tempat-tempat best kat sini. Aku rasa kalau nak cerita satu-satu, sampai esok pun tak habis. The best to get to know a place is to explore it yourself. Jangan risau pasal tiket flight dan tempat penginapan. Korang book je kat Traveloka dan terus fly from Kuala Lumpur to Bali dengan mudah! Dengan pilihan yang pelbagai dan sangat mudah untuk dikendalikan, terdapat banyak promo yang ditawarkan. Save masa dan duit, hihi. So amacam, nak pegi Bali tak? Haa jangan buang masa. Cepat pegi book sekarang. Lambat-lambat nanti melepas. Jumpa lagi dalam next post. Take care korang!
Gambar - gambar di atas credit pada ownernyer
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017