-->
Memaparkan catatan dengan label Nasyid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasyid. Papar semua catatan

16 Apr 2017

Gema Gegar Vaganza - Bienda Tersingkir

Bienda, Peserta, Pertandingan, Nyanyian, Penyanyi, Gema Gegar Vaganza, GGV, Tersingkir, Anak Sheeda,
Bienda Tersingkir Di Konsert Ke- 2 Gema Gegar Vaganza

Assalammualaikum..
Minggu Kedua Gema Gegar Vaganza berlangsung dengan meriah, 10 peserta menyanyikan lagu - lagu komersil yang mempunyai lirik yang baik dan bermakna. Bagi yang belum tahu rancangan apakah Gema Gegar Vaganza ini? meh sini aku bagitau, Gema Gegar Vaganza (GGV) adalah pertandingan nyanyian dikalangan artis nasyid, dan lagu - lagu yang mereka nyanyikan juga kebanyakannya, berunsurkan ketuhanan dan mempunyai lirik yang baik dan rancangan ini disiarkan di Astro Oasis. Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi Bienda apabila tersingkir di minggu kedua Gema Gegar Vaganza. Selain Bienda, Ana Rafali dan Wani turut berada dalam kedudukan bottom three. Bienda menyanyikan lagu yang aku suka iaitu lagu Sejati nyanyian asal Faizal Tahir. 

Tapi aku rasa suara Bienda macam kurang sesuai pula dengan lagu ini dan kalau tak silap aku Bienda juga ada tertinggal lirik ketika part chorus itu. Manakala Ana Rafali pula menyanyikan lagu Suci Dalam Debu dan Wani pula menyanyilah lagu Bila Diri Disayangi (Ukays). Kumpulan Mirwana telah menang anugerah Gema Terindah untuk minggu ini dan berada di tangga pertama, mereka menyanyikan lagu Satu (Dewa). Tema untuk minggu ketiga GGV ini adalah lagu - lagu Nasyid yang berunsurkan Akustik kalau aku tak silaplah kan hehe. Jom tengok senarai lagu - lagu yang peserta dapat untuk konsert ketiga nanti di bawah ini ye..

Senarai Lagu - Lagu Konsert Ke - 3 Gema Gegar Vaganza 2017

1-Iman Mutiara- UNIC
2- Selimut Putih - Hijjaz
3- Doa - Mirwana
4- Hambamu- Azmi
5- Aduh Saleha- Hafiz Hamidun
6- Padamu Ku Bersujud- Izam EYE
7- Hikmah- Saujana
8- Intifada- Wani
9- Perjalanan Hidup- Ana Raffali
My Signature, Tandatanganku, Miss Banu Signature,
Read More »

11 Apr 2017

Gema Gegar Vaganza Platform Penyanyi Nasyid Kembali Bersinar

Gema Gegar Vaganza 2017 - Platform Penyanyi Nasyid Kembali Bersinar, Senarai Peserta Gema Gegar Vaganza 2017, Senarai Lagu Konsert Kedua Gema Gegar Vaganza, Hos Gema Gegar Vaganza, Siti Nordiana, Fikri Lawak Solo, Achey, Peserta, Artis Nasyid, Hijjaz, Mirwana, Saujana, UNIC, Azmi Caliph Buskers, Izam EYE, Hafiz Hamidun, Bienda, Wani, Ana Rafali,
Gema Gegar Vaganza 2017 - Platform Penyanyi Nasyid Kembali Bersinar

Assalammualaikum..
Gema Gegar Vaganza adalah program realiti nyanyian seperti Gegar Vaganza juga tapi bezanya Gema Gegar Vaganza ini dikhususkan untuk artis - artis Nasyid dan pemilihan lagu juga harus mempunyai makna dan lirik yang baik. Hos atau Pengacara untuk Gema Gegar Vaganza ini adalah Achey Bocey, Siti Nordiana dan Fikri (Lawak Solo) manakala Juri Tetap untuk Gema Gegar Vaganza ini adalah Farihin Abdul Fatah dan Oki Setiana Dewi. Jihan Muse menjadi Pengkritik Jemputan untuk minggu pertama Konsert Gema Gegar Vaganza ini. Ada 10 penyanyi sama ada solo / berkumpulan menyertai pertandingan ini dan di minggu pertama Konsert GGV ini tiada penyingkiran. Di Konsert Pertama GGV ini, kesemua peserta menyanyikan lagu sendiri manakala tema untuk Minggu Kedua Konsert Gema Gegar Vaganza ini adalah "Dalam Lagu Ada Makna".Rasa best juga bila menonton GGV ini, apa pun jom tengok senarai peserta dan senarai lagu yang mereka dapat untuk Konsert Kedua nanti di bawah ini ye..
Gema Gegar Vaganza 2017 - Platform Penyanyi Nasyid Kembali Bersinar, Senarai Peserta Gema Gegar Vaganza 2017, Senarai Lagu Konsert Kedua Gema Gegar Vaganza, Hos Gema Gegar Vaganza, Siti Nordiana, Fikri Lawak Solo, Achey, Peserta, Artis Nasyid, Hijjaz, Mirwana, Saujana, UNIC, Azmi Caliph Buskers, Izam EYE, Hafiz Hamidun, Bienda, Wani, Ana Rafali,
Senarai Peserta Gema Gegar Vaganza 2017

⏩ Kumpulan Hijjaz
⏩ Kumpulan Mirwana
⏩ Kumpulan UNIC
⏩ Kumpulan Saujana
⏩ Izam EYE
⏩ Azmi Caliph Buskers
⏩ Hafiz Hamidun
⏩ Ana Rafali
⏩ Wani
⏩ Bienda

Senarai Lagu Konsert Kedua Gema Gegar Vaganza

➔ Kumpulan Hijjaz : Srikandi Cintaku (Bloodshed)
➔ Kumpulan Mirwana : Satu (Dewa 19)
➔ Kumpulan UNIC : Hijau Bumi Tuhan (XPDC)
➔ Kumpulan Saujana : Ketulusan Hati (Anuar Zain)
Izam EYE : Seruan (Lefthanded)
Azmi Caliph Buskers : Redha (Irfan Haris)
Hafiz Hamidun : Relakan Jiwa (Hazama)
Ana Rafali : Suci Dalam Debu (Iklim)
Wani : Biri Diri Disayangi (Ukays)
Bienda : Sejati (Faizal Tahir)
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017