-->

17 Nov 2015

Sinopsis Drama Alif Imani Slot Ratu TV9


Assalammualaikum..
Drama Alif Imani adalah drama terbaru di Slot Ratu Tv9 menggantikan drama Cinta Iris yang telah tamat episodnya. Drama Alif Imani mempunyai 14 episod dan dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Fezrul Khan, Fasha Sandha, Ummi Nazeera, Amar Baharin sebagai teraju utama cite ni. Drama Alif Imani ni sudah pun disiarkan mulai 13 November yang lalu dan merupakan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Kalau tengok sinopsis drama ni, memang jalan ceritanya best dan penuh konflik gitu. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Alif Imani

Mengisahkan mengenai, Imani (Ummi Nazeera), gadis yang dibesarkan di rumah anak yatim mula mendapat sinar bahagia apabila dia diambil Suri (Fasha Sandha) untuk menjadi sebahagian daripada keluarganya. Suri, sudah berkahwin dengan Alif (Fezrul Khan) mula dirundung duka apabila disahkan menghidap penyakit jantung yang serius. Disebabkan dia tahu hidupnya bila-bila saja boleh terhenti, Suri perangkap Imani dan Alif agar mereka bernikah. Imani dan Alif telah ditangkap basah, Suri meluahkan keizinannya agar Alif bernikah dengan Imani, mereka berdua terpaku tidak percaya dengan permintaan Suri. Aliff menolak kerana dia tidak mahu melukakan Suri dan tidak cintakan Imani. Imani juga tidak mahu menikah dengan suami kakak angkat yang amat disayanginya itu.

Biarpun dia anak yatim, dia berhak untuk memilih hidup sendiri. Tapi nasihat daripada Suri merelakan perkongsian kasih mereka, membuatkan Imani tidak berdaya lagi menolak permintaan Suri. Dua bulan perkahwinan, Imani dan Alif merupakan waktu paling terseksa bagi Imani. Alif melayannya bagaikan sampah, menghinanya setiap kali balik ke rumah dan langsung tidak menyentuhnya. Alif menuduh Imani sengaja memerangkapnya kerana cemburu dengan Suri dan mahu mengikis hartanya. Alif sengaja melakukan pelbagai perkara untuk menyakitkan hati Imani tetapi Imani tetap taat dan akur sehinggalah satu hari dia tekad untuk melarikan diri setelah permintaan untuk diceraikan Alif tidak ditunaikan. Sehinggalah Alif mengetahui kebenaran daripada Suri sendiri, yang mahu Imani mengganti tempatnya untuk menjaga Zurin, satu-satunya anak mereka.


Alif kesal dengan sikapnya yang kejam terhadap Imani yang ternyata tidak bersalah. Alif cuba untuk mencari Imani tetapi gagal mengesannya lebih-lebih lagi apabila terpaksa menjaga Suri hinggalah setahun kemudian Suri meninggal dunia. Kerana dua wanita itu, Alif hidup menderita selama tiga tahun. Selama itu jugalah dia mencari Imani tapi hampa. Tiga tahun berlalu, Imani bersyukur setelah tamat pengajian, dia ditawarkan untuk berkerja disebuah butik miilik Dato’ Rohani. Perwatakan manis Imani yang sentiasa tenang dan tersenyum telah mencuri hati Rafiq (Amar Baharin), yang juga anak kepada Dato’ Rohani. Rafiq telah beberapa kali melamar Imani tetapi Imani memberi alasan yang dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki.

Bukan dia tidak terpikat dengan ketampanan dan kebaikan Rafiq, cuma hatinya masih terikat dengan Alif kerana dia masih isteri Alif. Adakah Imani perlu mengorban rasa cintanya terhadap Rafiq sekali lagi dek kerana kisah silamnya bersama Alif? 

Lagu Tema / OST Alif Imani
- Dasyat nyanyian Kumpulan Mojo

Read More »

13 Nov 2015

Senarai Lagu Konsert Kelima Gegar Vaganza 2015


Assalammualaikum..
Diam tak diam dah masuk minggu kelima dah Gegar Vaganza ni dan menyaksikan 3 peserta sudah tersingkir iaitu Ezlynn, Zul Handyblack dan Sheeda. Kini hanya tinggal 9 peserta yang akan meneruskan perjuangan di minggu kelima ini. Tema minggu ke-5 ini adalah Hits Vaganza yang mana peserta perlu menyanyikan lagu2 yang hits dan popular di carta2 radio dsbnya. Apapun jom kita tengok senarai lagu-lagu yang akan peserta nyanyikan di Konsert ke-5 Gegar Vaganza ni nanti k, tengok je kat bawah ni yer..

Senarai Lagu-Lagu Konsert Ke-5 Gegar Vaganza 2015

  1. Faradhiya - Mencintaimu (Kris Dayanti) 
  2. Amir Ukay's - Yank (Wali Band) 
  3. Acong Sweetchild - Memburu Rindu (Dato Hattan) 
  4. Azian Mazuan - Wajah Siapa di Hatimu (Azlina Aziz) 
  5. Haiza - Rela (Tia) 
  6. Nizam Laksamana - Misteri Mimpi Syakil (Wings) 
  7. Nassier Wahab - Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)
  8. Siti Nordiana - Nirmala (Dato Siti Nurhaliza) 
  9. Ezad Lazim - Gerhana Cinta Luka (Iklim) 
Keputusan Penyingkiran
- Amir Ukay's Tersingkir 

Read More »

11 Nov 2015

Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael Lakonan Aaron Aziz dan Zara Zya

Assalammualaikum...
Drama terbaru di Astro Ria yang tengah hangat bersiaran sekarang ni ialah drama Tuan Anas Mikael yang merupakan adaptasi daripada novel karya Syamnuriezmil. Drama Tuan Anas Mikael ini dilakonkan oleh Aaron Aziz, Zara Zya, Raja Ilya, Wan Sharmila dan ramai lagi. Aku ingatkan drama ni setiap isnin jer tapi rupanya tak sebab ianya bersiaran setiap isnin hingga khamis dan mempunyai 16 episod kesemuanya. Cite ni diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin, seronok tengok karakter watak Zara Zya sebagai Ayu Maisara yang giler2 tu. Rasanya drama Tuan Anas Mikael akan disukai oleh ramai orang, maklumlah pelakon2 nya semuanya popular dan best2 belaka. Apapun jom layannnn Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael Lakonan Aaron Aziz dan Zara Zya

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu. Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tapi akhirnya dia setuju juga untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas didepan mak Tuan Anas untuk mengelak daripada berkahwin dengan Safra.

Lagu Tema / OST Tuan Anas Mikael
- Not For Sale nyanyian Stacy
Read More »

10 Nov 2015

Sinopsis Telefilem Jelmaan Astro First

Assalammualaikum..
Selepas kejayaan telefilem Cinta Paling Agung kini muncul pula telefilem baru di Astro First yang bertajuk Jelmaan. Telefilem Jelmaan ini dilakonkan oleh Raja Ilya, Keith Foo, Mia Sara Nasuha, Rykarl Iskandar dan ramai lagi. Shooting cite ni dilakukan sepenuhnya di Indonesia. Aku sudah pun menonton cite Jelmaan ni. Sinematografi cite ni sangat cantik okey dan lakonan Raja Ilya sebagai seorang ibu yang cuba melindungi kedua-dua anaknya dari sebarang gangguan tu memang sangat terbaik. Cuma kita sebagai penonton dah dapat agak n teka dari awal yang watak Raja Ilya dan anak-anaknya tu sebenarnya adalah hantu yang tak sedar yang diorang dah mati dari awal lagi. 

Aku tertanya-tanya gak bila agaknya diorang tahu diri diorang tu hantu siap bunuh bomoh bagai hehehe. Bila Keith Foo dah mati kena langgar kereta api pun diorang masih x sedar ker diorang tu semua hantu? hehehe namun happy ending gak bila watak Keith Foo akhirnya bersama-sama semula dengan isteri dan anak-anaknya tu cuma yang tak bestnyer bila semua mereka dah mati. Apapun jom layan sinopsis cite Jelmaan kat bawah ni k..

Sinopsis Telefilem Jelmaan

Jelmaan mengisahkan sebuah tragedi yang telah mengubah kehidupan sebuah keluarga bahagia. Tidak disangkakan, percutian di Jogjakarta yang sudah lama diidamkan menjadi mimpi ngeri buat Lina (lakonan Raja Ilya), Lia (lakonan Mia Sara), Adi (lakonan Rykarl Iskandar) dan Harun (lakonan Keith Foo) apabila bas yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung. Sejak itu, pelbagai kejadian aneh tiba-tiba menghantui kehidupan mereka.
Demi kasih sayang terhadap anak-anaknya, Lina bermati-matian melindungi Lia dan Adi. Keadaan bertambah rumit apabila beliau bersendirian menghadapi semuanya tanpa kehadiran suamiya, Harun di sisi. Bagaimanakah nasib mereka sekeluarga? Mampukah mereka mengecap semula kebahagiaan yang diragut? 

Read More »

9 Nov 2015

Sheeda Tersingkir Di Minggu Ke-4 Gegar Vaganza Musim Kedua

Assalammualaikum..
Di Konsert Ke-4 Gegar Vaganza Musim Kedua menyaksikan Sheeda Tersingkir. Sheeda yang berduet bersama Aweera menyanyikan lagu balada dan akhirnya nasib tak menyebelahinya dan tersingkir. Kini hanya 9 peserta yang tinggal untuk meneruskan cabaran ke minggu seterusnya dan sudah ada 3 peserta yang tersingkir iaitu Ezlynn, Zul Handyblack dan Sheeda. Kejutan besar yang diperkatakan sebelum ini adalah Konsert mingguan Gegar Vaganza telah ditambah menjadi 9 atau 10 minggu. Juri untuk minggu ini adalah Dato Ramli MS, Dato Jeffery Din, Dato M.Nasir dan Dato AC Mizal, semuanya dato2 gitu hehe. Nanti aku update Senarai Lagu2 Untuk Konsert Ke-5 Gegar Vaganza musim kedua. Stay tune..

Read More »

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2015 ( #ASK2015 )

Assalammualaikum..
Akhirnya selesai sudah Anugerah Skrin 2015, bagi aku gandingan Fara Fauzana dengan Awie sebagai hos ASK2015 ni biase2 jer, takde yang menarik pun. Tambahan lagi Anugerah Skrin dan Gegar Vaganza musim kedua bersiaran serentak hahaha. Dah kena tukar2 channel plak, asal iklan disini tukar channel di sana pula begitulah sebaliknya hehehe. Kan susah buat dua event besar yang rating tinggi dalam masa yg sama. Apapun aku suka pembukaan ASK2015 ni, seronok tengok pelakon menyanyi dan menari gitu. Persembahan ala2 teater Mak Cun tu pun menarik hahaha, popular sungguh Mak Cun ni siap ada teater lagi pasni sebelum disambung ke drama dan mungkin juga filem nanti. Apapun jom tengok Senarai Penuh Pemenang ASK2015 kat bawah ni k.
Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2015

Drama Terbaik – Lorong Kecil Ke Syurga
Lakon TV Terbaik – Lorong Kecil Ke Syurga
Pengarah Drama Terbaik – Raja Mukhriz (Lorong Kecil Ke Syurga)
Penyunting Drama Terbaik – Akashdepp Singh; Lorong Kecil Ke Syurga
Videografi Drama Terbaik – Jamaludin Yaacob, Penyabong
Pelakon Lelaki Terbaik – Amar Asyraf
Pelakon Wanita Terbaik – Sara Ali
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Izuan Fitri
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Raja Illya
Drama Rantaian Komedi Terbaik – Rubberband
Drama Rantaian Terbaik – Hidayahmu Ramadhan
Drama Rantaian Popular Media Sosial – Rindu Awak 200%Filem Terbaik – Lelaki Harapan Dunia

Lakon Layar Terbaik – Lelaki Harapan Dunia
Pengarah Filem Terbaik – Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
Pelakon Lelaki Terbaik – Beto Kusyairi
Pelakon Wanita Terbaik – Lisa Surihani
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Sharnaaz Ahmad
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Ayu Raudhah

Rancangan Bual Bicara Terbaik – Wanita Hari Ini
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik – Welcome To The Real World
Laporan Khas Berita Terbaik – Berita Nasional 5
Rancangan Hiburan Terbaik – The Gagabout Barber
Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 29
Rancangan Realiti Terbaik – Mentor Legend Akhir


Read More »

8 Nov 2015

Sinopsis Filem Mirip Lakonan Fezrul Khan

Assalammualaikum..
Filem Mirip telah pun ditayangkan di pawagam bermula 5 November yang lalu. Filem Mirip ini dibintangi oleh Fezrul Khan, Ezzaty Abdullah, Reen Rahim dan ramai lagi. Filem ini merupakan sebuah filem muzikal dan diarahkan oleh pengarah dari India iaitu Jokin. Apapun jom layannn sinopsis filem Mirip kat bawah ni k..

Sinopsis Filem Mirip

Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Nik (Fezrul Khan) yang tinggal di Melaka merupakan seorang penyanyi dan menyara hidupnya dengan pendapatan yang diterima daripada nyanyiannya. Nik telah kehilangan kedua ibu bapanya dan satu-satunya harta yang telah ditinggalkan oleh ibunya untuk dia adalah muzik. Ibunya merupakan seorang pemain alat muzik klasik wayang kulit. Buat masa ini, Aishah dan keluarganya merupakan segala-galanya untuk Nik. Aishah mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap bakat Nik dan berazam untuk membawanya ke persada dunia.

Pada suatu hari Nik menyelamatkan hero Irwan yang juga merupakan seorang penyanyi sepertinya di Bandar. Irwan juga merupakan seorang yang kaya-raya dan mempunyai bilangan peminat yang besar. Pada satu hari Irwan mendapat tahu bakat Nik. Selepas itu Irwan mengajak Nik supaya mengikutnya dan berjanji akan menjadikkannya seorang yang popular. Disebabkan Nik tak dapat berpisah dengan Aishah dan kampungya, dia menolak ajakkan Irwan. Namun Aishah berjaya menghantarnya bersama Irwan. Nik pun ikut sekali dengan Irwan. Setelah sampai di bandar Irwan meninggalkan Nik kepada seorang wanita, iaitu Wilma yang merupakan jurulatih muzik dan juru fesyen untuk mengubah personalitinya.

Wilma telah pun mengubah personaliti Nik dan memberi kata-kata semangat kepadanya. Nik mengambil semua kata-kata Wilma. Kemudian Irwan membawa Nik ke rumahnya. Nik tiba-tiba teringin jadi orang kaya dan bisikan hatinya berkata impiannya boleh tercapai jika dia mengambil alih tempat Irwan. Adakah Nik akan mendengar bisikan hatinya? Apakah tindakan Nik untuk mencapai niatnya?

Read More »

7 Nov 2015

Layan Filem Bollywood Bhoothnath Returns

Assalammualaikum..
Beberapa hari lepas aku ada layannn filem hindustan / Bollywood kat Astro yang bertajuk Bhoothnath Returns (2014). Actually dah lama teringin nak tengok filem ni akhirnya dapat gak tengok kat tv sebab cite ni adalah sequel kepada filem Bhoothnath (2008) yang terdahulu. Pelakon hebat seperti Shah Rukh Khan dan juga Ranbir Kapoor ada buat Special Appearance dalam cite Bhoothnath Returns ni. Bhoothnath Return kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu menjadi "Hantu Nath Kembali". Amitabh Bachan lah yang menjadi hantunyer hehehe, bayangkan kalau hantu bertanding dalam pilihanraya apa yang akan jadi? itulah yang berlaku dalam filem ni. Apapun memang layannn cite ni.
Filem ini juga banyak menerapkan unsur-unsur patriotisme gitu, kiranya banyak pengajaran yg dapat diambil dari filem ni contohnya setiap orang perlu tahu tentang hak-hak mengundi dan menggalakkan semua pergi mendaftar untuk mengundi. Disamping itu kita perlu memanfaatkan cuti hari mengundi dengan pergi mengundi dan bukannya menganggap ianya hari cuti semata-mata dan pergi holiday dsbnya. Aku juga suka tengok hubungan baik Bhoothnath dengan budak kecil yang bernama Akhrot dalam cite ni. Apapun Filem Bhoothnath Returns ni menghiburkan dan banyak pengajaran.

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017