-->
Memaparkan catatan dengan label FiLeM-FILEm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FiLeM-FILEm. Papar semua catatan

20 Ogo 2022

Hindi Movie Review : Jalsa (2022)

Hindi Movie Jalsa, Jalsa Movie Review, Poster Filem Jalsa, Bollywood Movie Jalsa, Jalsa Movie 2022, Vidya Balan Movie, Shefali Shah, Sinopsis Filem Hindi Jalsa, Hindi Movie Jalsa Full Movie,

Jalsa merupakan Hindi thriller film yang diarahkan oleh Suresh Triveni dan release pada 18 Mac 2022 yang lalu. Antara pelakon filem hindi Jalsa ini adalah Vidya Balan, Shefali Shah, Surya Kasibhatla, Manav Kaul, Rohini Hattangadi, Kashish Rizwan, Shafeen Patel, Vidhatri Bandi dan ramai lagi. Rasanya peminat filem Hindi pasti tahu yang Vidya Balan antara pelakon hebat dan berbakat di Bollywood, jadi semua filem lakonannya sentiasa dinantikan. Hari ni aku nak buat review ringkas tentang filemnya yang bertajuk Jalsa. Jalsa Mengisahkan tentang Maya Menon yang merupakan seorang wartawan dan juga hos yang berjaya dan berpengaruh. Maya merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki yang OKU bernama Ayush. Walaubagaimanapun Maya mempunyai hubungan baik dengan bekas suaminya. Maya seorang wanita kuat, berdisiplin, berkeyakinan tinggi dan mempunyai kerjaya yang baik. Namun segalanya berubah di suatu malam bila Maya terlanggar seorang gadis muda bernama Aliyah yang tiba - tiba muncul di depan keretanya. Kebetulan Maya ketika itu memandu dalam keadaan yang mengantuk, Maya yang panik melihat seorang lelaki melarikan diri dari tempat kejadian dan tanpa membuang masa Maya juga turut melarikan diri dan membiarkan gadis tersebut disitu. Selepas dari itu, Maya hidup dalam ketakutan, keadaan makin rumit apabila Maya dapat tahu gadis muda  yang dilanggarnya itu adalah anak pada pembantu rumahnya iaitu Rukhsana.

Rukhsana mempunyai hubungan baik dengan Maya, dia menjaga dan menyayangi anak Maya iaitu Ayush seperti anaknya sendiri. Apabila anak perempuannya Aliyah dilanggar lari, Rukhsana ingin menuntut keadilan dan ingin polis mencari siapa pesalah sebenar. Maya berasa bersalah pada Rukhsana namun masih teragak - agak untuk berterus - terang pada Rukhsana. Maya membiayai segala pembelajaan bil hospital Aliyah, dalam masa yang sama Maya sering diserang panic attact selepas insiden langgar lari itu. Polis juga tidak begitu membantu dalam kes langgar lari itu sebaliknya ingin menutup kes berkenaan secepat mungkin. Dalam masa yang sama, ada seorang wartawan bernama Rohini turut menyiasat kes langgar lari tersebut. Rohini itu bekerja dengan Maya namun tidak tahu Maya terlibat dalam kes tersebut. Maya cuba menghalang Rohini dari terus menyiasat kes berkenaan, namun Rohini tetap menyiasat kes berkenaan secara senyap - senyap. Alangkah terkejutnya bila Rohini dapat rakaman cctv yang menunjukkan Maya terlibat dalam kes tersebut. Apa yang berlaku seterusnya? adakah Rohini akan terus berdiam? atau berpakat dengan Maya? apa reaksi Rukhsana bila dapat tahu kebenarannya? okey itu serba sedikit sinopsis filem Jalsa ini. 

Hindi Movie Jalsa, Jalsa Movie Review, Poster Filem Jalsa, Bollywood Movie Jalsa, Jalsa Movie 2022, Vidya Balan Movie, Shefali Shah, Sinopsis Filem Hindi Jalsa, Hindi Movie Jalsa Full Movie,

Maya ni sebenarnya bernasib baik sebab situasi banyak memihak padanya, termasuklah polis yang seolah - olah memihak padanya tapi polis tu tak tahu pun Maya terlibat. Polis cuma nak tutup kes itu secepat mungkin disebabkan hal lain. Kalau nak tahu hal lain tu apa, korang kenalah tengok movie Jalsa ni nanti. Ikutkan storyline Jalsa ni sangat simple dan straight forward, cuma dapat ambil pengajaran jugalah dari watak Maya ni. Dimana dapat dilihat Maya ni pada awalnya seorang yang sangat mementingkan kebenaran, lantang bersuara, berani namun lepas terjadinya insiden langgar lari tu, Maya terus berubah secara drastiknya menjadi seorang penakut dan lemah. Jadi kalau buat salah kita kena berhadapan dengan akibatnya, bila kita merahsiakan kesalahan kita, hal tersebut akhirnya akan memakan diri kita sendiri di akhirnya. Agak kesian juga dengan Rukhsana dalam cerita ini walaupun anaknya jadi mangsa tapi sedara - maranya macam menyalahkan anaknya Aliyah yang keluar malam - malam buta sampai kena langgar dengan kereta. Lebih haru bila Aliyah sebenarnya keluar malam untuk lepak - lepak dengan kawan lelakinya.

Ending Movie Jalsa ni agak tergantung sebenarnya sebab macam tak pasti apa sebenarnya yang terjadi, kiranya korang kena buat andaian sendiri apa sebenarnya yang berlaku. Adakah di akhirnya Rukhsana dapat memaafkan Maya atau tidak? korang kena tengok sendiri dan buat penilaian korang.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea Voice 4



Read More »

12 Nov 2021

Hindi Movie 7 Khoon Maaf Lakonan Priyanka Chopra

7 Khoon Maaf, Hindi Movie 7 Khoon Maaf, Bollywood Movie 7 Khoon Maaf, Hindi Movie 7 Khoon Maaf By Priyanka Chopra, Priyanka Chopra In Movie 7 Khoon Maaf, 7 Khoon Maaf Cast, 7 Khoon Maaf Synopsis, Review Movie 7 Khoon Maaf, Info dan Sinopsis 7 Khoon Maaf,
Hindi Movie 7 Khoon Maaf Lakonan Priyanka Chopra 

Hari ni saja nak buat simple review mengenai Bollywood Movie 7 Khoon Maaf yang release tahun 2011 yang lalu. Lama dah movie ni tapi jalan ceritanya not bad gitu, movie ini berdasarkan  short story Susanna's Seven Husbands by Ruskin Bond. Antara pelakon hindi movie 7 Khoon Maaf ini adalah Priyanka Chopra, Vivaan Shah, Neil Nitin Mukesh, John Abraham, Irrfan Khan, Alexander Dyachenko, Annu Kapoor, Naseeruddin Shah, Usha Uthup, Harish Khanna, Konkona Sen Sharma dan ramai lagi. Movie ini diarahkan oleh Vishal Bhardwaj. Movie ini berkisarkan tentang seorang wanita cantik bernama Susanna Anna-Marie Johannes yang telah beberapa kali berkahwin namun gagal dalam setiap perkahwinannya dan kemudian membunuh kesemua suaminya itu. Kesian juga dengan Susanna ni, hidupnya kaya raya, ada orang gaji yang setia dan dia hanya ingin mencari cinta sejati namun dia sering salah mencari pasangan hidup, setiap suaminya ada ja yang tak kena, kadang - kadang nampak sempurna di luaran, tapi hakikatnya teruk ya amat okey. 

First husband Susanna ni adalah pilihan ayahnya iaitu Edwin Rodriques lakonan Neil Nitin Mukesh merupakan seorang tentera berpangkat besar yang telah kehilangan kaki akibat peperangan. Edwin ini seorang yang possessive dan kuat cemburu, dia sentiasa menuduh Susanna ni curang sebab insecure dengan keadaan dirinya yang tak sempurna macam dulu. Suami kedua Susanna adalah seorang penyanyi rock bernama Jimmy lakonan John Abraham. Namun sayangnya kebahagiaan mereka tak kekal lama bila Jimmy mula popular dan lupa diri serta mula ketagih dengan dadah. Suami ketiga Susanna pula bernama Mohammed Wasiullah Khan lakonan Irrfan Khan yang nampak baik dan sopan di luaran tapi sering menyeksa dan memukul Susanna. Manakala Suami ke-4 Susanna pula bernama Nikolai Vronsky lakonan Alexander Dyachenko yang merupakan seorang spy dari Rusia yang mempunyai 2 identiti yang telah menipu Susanna mengenai identiti dirinya yang sebenar. 

Suami kelima Susanna pula adalah Inspektor Keemat lakonan Annu Kapoor yang telah menyelamatkan dan melindungi Susanna dari ditangkap polis akibat kematian kesemua suami Susanna sebelum ini. Bezanya Susanna berkahwin dengan Keemat bukan sebab cinta tapi dengan niat untuk membunuhnya kerana Keemat sering mengganggu hidupnya. Suami keenam Susanna pula adalah Doctor Modhu lakonan Naseeruddin Shah yang telah menyelamatkan Susanna dari cubaan bunuh dirinya sebelum ini. Namun semuanya berubah bila Doctor Modhu bankrup dan inginkan harta Susanna serta cuba meracun Susanna. Ini juga adalah kali pertama Susanna berasa takut kerana tak dapat mengawal situasi seperti sebelum ini dan tahu suaminya ada niat untuk membunuhnya. Kalau korang nak tahu kesudahannya macam mana kenalah tengok movie ini nanti ya bagi yang belum tengoklah kan.

Aku tak ada masalah dengan barisan pelakon movie ini, semuanya best - best belaka. Apa pun memang layannn movie ni, aku juga suka dengan salah satu lagu dalam movie ni yang merupakan ost movie 7 Khoon Maaf ini yang bertajuk Darling nyanyian Usha Uthup dan Rekha Bhardwaj. Usha Uthup juga turut berlakon dalam movie ni sebagai orang gaji Susanna. Malah dia turut menang anugerah menerusi nyanyiannya dalam lagu Darling ini. Priyanka Chopra juga berjaya membawa watak Susanna ini dengan sebaik mungkin. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 7.8/10 bintang untuk hindi movie 7 Khoon Maaf ini.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Full Episode Di TV2


Read More »

5 Ogo 2021

Review Filem Hutang 2D (Astro First)


Filem Hutang 2D adalah filem terbaru di Astro First akan mula ditayangkan pada 5 Ogos 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga strim di Astro Go atau On Demand. Bermula dari sebuah lagu Hutang nyanyian kumpulan Floor 88, kini dari lagu dah diangkat menjadi sebuah filem iaitu Hutang 2D. Rasanya satu Malaysia pun tahu menyanyi lagu Hutang ni kan. Lagu ini sangat popular dan mendominasi carta radio dan TV. Malah lirik lagu hutang ini turut menjadi siulan oleh golongan kanak - kanak hingga dewasa. Istimewa buat penonton, Astro Shaw bakal membawakan filem Hutang 2D terbitan Arie Zaharie Production dan Knack Knack Studios terus ke pawagan rumah korang di Astro First. Filem ini bergenre aksi komedi dan merupakan kemunculan pertama kumpulan Floor 88 menerusi filem dan ia bakal hiburkan penonton dengan gelagat, aksi dan komedi yang mencuit hati. Terdahulu kumpulan Floor 88 dah ada pengalaman berlakon menerusi telefilem Kau Roadblock Hatiku (2018) dan Tok Moh Talent Agency (2019) yang ditayangkan di Astro Citra.
Selain itu filem ini juga turut menampilkan gabungan penyanyi terkenal tanah air serta pelakon hebat Malaysia antaranya Kumpulan Floor 88, Baby Shima, Black Hanifah, Fauziah Dato Ahmad Daud, Altimet, Ropie, Wafiy Aan, Coki dan ramai lagi. Movie Hutang 2D ini mendapat dua sentuhan pengarah iaitu Irwan Rauf dan pengarah bersama Eric Fuzi. Pelakon Ropie sebelum ini tampil dalam muzik video lagu Hutang dengan watak seorang yang banyak hutang dan menariknya watak tersebut telah dikembangkan ke dalam filem dan menjadi salah satu konflik di dalam penceritaan filem Hutang 2D ini. So jom tengok sinopsis movie ini beserta watak - watak pelakon dalam filem Hutang 2D di bawah ini okey.

Sinopsis Filem Hutang 2D Lakonan Floor 88, Baby Shima, Black dan ramai lagi.

HUTANG 2D mengisahkan Ayie, seorang pelukis ‘webtoon’ yang kuat berangan dan pengecut mempunyai dua masalah dalam hidupnya iaitu hutang bapanya dan cinta terpendamnya pada Shima. Kehadiran dua gangster ‘Han’ dan ‘Kit’ menambahkan satu lagi masalah dalam hidupnya. Segalanya berubah melalui ‘tablet ajaib’ di mana segala lukisannya menjadi hidup. Dengan adanya tablet itu, dia mencipta rakan-rakan yang mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa untuk membantunya menyelesaikan masalah hidupnya.

Barisan Pelakon Filem Hutang 2D

Ayie Elham (Floor 88)  sebagai  Ayie
Baby Shima sebagai  Shima
Eric Fuzi (Floor 88) sebagai  Eric
Akram (Floor 88) sebagai  Akram
Falique (Floor 88) sebagai  Falique
Achoi (Floor 88) sebagai  Achoi
Amir (Floor 88) sebagai  Amir
Fauziah Dato Ahmad Daud AMN sebagai  Mak Ima
Ropie sebagai  Pak Jie
Black Hanifah sebagai Han
Wafiy Aan sebagai Kit
Coki sebagai  Aiman
Altimet sebagai  Gua Mambang

Latar cerita filem ini adalah ketika Malaysia masih bebas dari Covid 19 dan berlatarbelakangkan kawasan perumahan Flat. Seronok tengok susasana flat tu, semua hidup aman damai ja. Antara yang menarik dalam filem ini bila diorang banyak menggunakan kesan khas dan juga komik yang membuatkan filem Hutang 2D ni nampak unik dan lain dari yang lain. Filem ini turut mengangkat isu kekeluargaan dan persahabatan serta sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan masyarakat. Rasanya jarang tengok Black Hanifah ni berlakon, pastu dapat watak jahat pula, tapi watak jahat Black ni ada komedi gitu. Jadi memang lawaklaa. Antara yang menarik juga bila watak utama filem ini iaitu Ayie Floor 88 terpaksa potong rambutnya yang panjang tu. Hari ketiga shooting dia dah kena potong rambut ni. Jadi dalam filem ni korang boleh tengok perubahan rambut Ayie tu hahaha. Seandainya filem Hutang 2D ni mendapat sambutan hangat dari penonton, kemungkinan besar akan ada Hutang 2D Musical pula.
Selain tu aku juga suka scene Ayie bersembang dengan Gua Mambang lakonan Altimet tu, siap Mambang bagi pinjam tablet macam tu jer hehe. Paling best bila Gua Mambang tu sempat bagi pesanan pada Ayie yang mana dalam dunia ni, takde benda yang datang dengan mudah, semua kena usaha, pasang niat dan niat tu kena betul dan usaha, selebihnya serah pada Allah. Mambang tu pun sempat nasihat Ayie lagi suruh hormat ayahnya. Bagi aku watak Baby Shima biasa - biasa saja, mak dia lagi mencuri tumpuan, siap dengan pisaunya, sampai si samseng Si Han dan Kit pun lari. Tablet ajaib yang mambang tu bagi memang ajaib betul bila boleh buat lukisan Ayie dalam tablet tu jadi hidup. Pastu scene ahli - ahli Floor 88 mula muncul tu pun best gak, bila setiap seorang ada kuasa super power. Misalnya si Akram yang boleh menghasilkan cahaya serta pakar pickup line, Achoi pula boleh menghasilkan api serta bijak. Manakala Amir pula boleh tiru suara orang lain, Falique boleh berlari laju dan pantas serta paling lucu. Last sekali adalah Eric yang ganas dan ada kekuatan luar biasa.

Paling tak sangka bila Tablet tu habis bateri lain pulak jadi, kalau nak tahu apa jadi kenalah tengok filem ni nanti okey. Dekat - dekat nak ending tu Ayie sempat berduet sekejap dengan Baby Shima lagu Yang Benar tu. Sedap pulak bila diorang berduet lagu slow ala - ala balada tu. Selalu nyanyi lagu rancak je kan. Aku memang teringin nak tengok Baby Shima nyanyi lagu balada, mana tau kot dapat berduet dengan Floor 88 lagi ke kan selepas lagu Roadblock Hatiku dan lagu raya tu. Sejujurnya aku tak begitu suka filem - filem genre aksi ni, tapi dalam filem ni semua scene - scene aksi tu kira okeylaa, tak terlalu banyak sangat. Di tambah dengan komedi lagi, kira syoklah nak tonton. Jalan cerita filem Hutang 2D ni memang santai je, just layan dan tak perlu nak fikir banyak. Cuma scene yang Han dan Kit dok culik perempuan - perempuan muda kat flat tu macam tak perlu saja, patut fokus dengan isu hutang Pak Jie saja. OST filem Hutang 2D ni haruslah best kan, semestinya lagu Hutang tu kena ada, serta lagu baru diorang yang lain. Tapi filem ini tak dinafikan memang menghiburkan, jadi secara keseluruhannya aku bagi 6.8/10 bintang untuk movie ini.

Official Trailer Hutang 2D

Read More »

4 Ogo 2021

Dari Lagu Diangkat Ke Filem Hutang 2D Di Astro First

Filem Hutang 2D, Hutang 2D Movie, Poster Filem Hutang 2D, Info dan Sinopsis Filem Hutang 2D, Pelakon - Pelakon Filem Hutang 2D, Kumpulan Floor 88, Baby Shima, Ropie, Black Hanifah, Wafiy, Altimet,

Filem HUTANG 2D
“Kisah Seorang Pelukis Komik Web Amatur Yang Menemui Sebuah Tablet Ajaib Yang Merealisasikan Impian nya”

Satu percaturan yang berani dan luar biasa apabila penerbit filem HUTANG 2D, Arie Zaharie  memilih genre aksi  komedi yang dikatakan kurang menarik minat penonton. 
Berbekalkan kepada keyakinan yang penonton tempatan mahukan kelainan, Arie tidak menjadikan tanggapan itu sebagai  halangan untuk menerbitkannya. 
HUTANG 2D adalah filem terbitan bersama Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios dan Datuk Jamil Baharom. 

Arie Zaharie berkata,  idea asal filem ini datang dari Silentkaiju Studio dan mreka tertarik dengan idea untuk mengangkat lagu Hutang yang amat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.
” Memandangkan bait-bait lirik yang menggunakan gaya bahasa sarkastik dan membawa kisah tersendiri lalu kami cuba mengembangkan elemen serta mesej lagu tersebut ke dalam bentuk penceritaan dan kemudian dijadikah sebuah filem.

“Malah, pihak kami juga berusaha membawa kelainan menerusi HUTANG 2D dengan menyajikan penonton dengan konsep menarik. Tahniah buat barisan pelakon, terutamanya kumpulan Floor 88 yang berjaya membawa sisi lain menerusi filem ini.” katanya.

HUTANG 2D mendapat sentuhan dua pengarah iaitu Irwan Rauf dan Eric Fauzi Floor 88. Filem ini menampilkan lakonan hebat Floor 88, Baby Shima, Ropie, Black Hanifah, Altimet, Coki dan  penampilan khas Fauziah Dato Ahmad Daud AMN (Ogy).
Penampilan mereka bukan sahaja dapat memeriahkan perjalanan filem ini, malah mereka mewarnai HUTANG 2D dengan pelbagai plot dalam filem ini dan watak masing-masing.
Filem Hutang 2D, Hutang 2D Movie, Poster Filem Hutang 2D, Info dan Sinopsis Filem Hutang 2D, Pelakon - Pelakon Filem Hutang 2D, Kumpulan Floor 88, Baby Shima, Ropie, Black Hanifah, Wafiy, Altimet,
Penggambaran HUTANG 2D dilakukan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur dan sekitar kawasan Sungai Buloh, Selangor, pada Julai 2020 iaitu ketika negara sedang berhadapan pandemik Covid-19.
Menurut Arie Zaharie, keseluruhan kos penggambaran 10 hari itu menelan belanja sebanyak RM300,000. 

 “Ketika penggambaran dijalankan, negara berdepan dengan situasi pandemik Covid-19, Penggambaran yang dilakukan di kawasan perumahan flat sememangnya mencabar terutama  dalam tempoh pandemik.  
“Pasukan produksi terpaksa menjalankan proses kawalan SOP yang ketat di set penggambaran. Rumah perlu sentiasa disanitasi, memeriksa dan mencatat catat suhu kru dan pelakon. 

”Kru wajib memakai pelitup muka, membasuh tangan dan sentiasa menjaga penjarakan ketika penggambaran dijalankan. Mereka juga terpaksa menjaga keselamatan kerana suasana di kawasan perumahan flat yang ramai orang.” ujarnya.
Kata Arie Zaharie, hubungan kru dan pelakon sangat rapat kerana mereka sentiasa berbincang sepanjang proses penggambaran.

”Tiada masalah bekerja dengan semua pelakon kerana mereka sangat bagus, profesional dan memberikan komitment yang cukup bagus. Masing-masing membuat persediaan watak sejak awal dan lakonan mereka sangat bersahaja,” katanya.

Jelas, Arie Zaharie lagi, beliau berharap HUTANG 2D dapat memberi keterujaan kepada penonton dan mencipta kejayaan seperti filem-filem terdahulu yang pernah mengangkat lagu-lagu terkenal sebagai latar kepada jalan cerita.

Beliau juga amat berterimakasih kepada pihak pengurusan flat dan penduduk setempat yang memberikan sepenuh kerjasama sepanjang lapan hari kru dan pelakon ’berkampung’ di sana. 

“Cabaran besar adalah babak untuk menggelapkan lampu seluruh blok rumah flat ketika babak “blackout” yang mendapat kerjasama baik daripada setiap penduduk di situ yang membenarkan lampu di rumah mereka ditutup serentak selain kerjasama ketua pengurusan flat yang berurusan dengan pihak TNB untuk membantu menjayakan babak tersebut.” ujarnya. 

Sementara itu, Irwan Rauf berkata, HUTANG 2D sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan segenap lapisan masyarakat. 
”Saya sangat berharap, filem ini dapat menghiburkan penonton tambahan dalam keadaan negara yang sedang bertungkus lumus ’melawan Covid-19 .dan sekali gus ia dapat meredakan tekanan orang ramai yang terpaksa ’berkurung’ di rumah. 

”Semoga filem ini dapat meredakan kerisauan dan mengeratkan silaturahim keluarga dengan menonton bersama-sama,” katanya.
Eric Fauzi juga menyimpan harapan sama agar filem ini dapat diterima ramai dan penonton terhibur. 

“Di saat negara dan rakyat sedang berduka dan tertekan akibat Covid-19, filem ini sedikit sebanyak boleh membantu menghilangkan tekanan perasaan. HUTANG 2D adalah filem komedi ringan yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga dan lapisan masyarakat,” katanya.

Sinopsis Filem Hutang 2D

HUTANG 2D mengisahkan Ayie, seorang pelukis ‘webtoon’ yang kuat berangan dan pengecut mempunyai dua masalah dalam hidupnya iaitu hutang bapanya dan cinta terpendamnya pada Shima. Kehadiran dua gangster ‘Han’ dan ‘Kit’ menambahkan satu lagi masalah dalam hidupnya. Segalanya berubah melalui ‘tablet ajaib’ di mana segala lukisannya menjadi hidup. Dengan adanya tablet itu, dia mencipta rakan-rakan yang mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa untuk membantunya menyelesaikan masalah hidupnya.

HUTANG 2D akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 5 Ogos 2021 dan untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga distrim di Astro Go atau On Demand.

Barisan Pelakon Filem Hutang 2D

Ayie Elham (Floor 88)  sbg  Ayie
Baby Shima sbg  Shima
Eric Fuzi (Floor 88) sbg  Eric
Akram (Floor 88) sbg  Akram
Falique (Floor 88) sbg  Falique
Achoi (Floor 88) sbg  Achoi
Amir (Floor 88) sbg  Amir
Fauziah Dato Ahmad Daud AMN sbg  Mak Ima
Ropie sbg  Pak Jie
Black Hanifah sbg Han
Wafiy Aan sbg Kit
Coki sbg  Aiman
Altimet sbg  Gua Mambang
Read More »

29 Dis 2020

Review Filem Kamar Seksa (2017)

Review Filem Kamar Seksa, Movie Review Kamar Seksa, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Filem Kamar Seksa, Poster Filem Kamar Seksa,
Review Filem Kamar Seksa Lakonan Sazzy Falak dan Noorkhiriah (2017)

Okey hari ini nak buat review filem Melayu yang bertajuk Kamar Seksa, filem Kamar Seksa ini release pada 20 April 2017 yang lalu. Antara pelakon filem Kamar Seksa ini adalah Sazzy Falak, Noorkhiriah, Ieda Moin dan Aiyuni Hashim. Manakala pengarah filem ini adalah M. Suurya dan diedarkan oleh Genius Parade Sdn Bhd. Filem Kamar Seksa ini mengisahkan tentang kehidupan 2 wanita di sebuah pangsapuri. Kiranya dalam filem ini ada 2 cerita yang berlainan, satu cerita mengisahkan tentang Kathy / Kitty atau nama sebenarnya Khatijah lakonan Sazzy Falak yang menjalani kehidupan songsang sebagai seorang perempuan (Lesbian). Kathy mempunyai seorang kekasih yang dilakonkan oleh Ieda Moin. Masalah Kathy bermula apabila seorang demi seorang pembantu rumahnya sering cabut lari kerana tak tahan dengan perangai Kathy. Namun pada suatu hari Kathy mendapat satu pembantu rumah baru yang berasal dari Indonesia bernama Mona lakonan Aiyuni Hashim. Mona sering didera secara fizikal mahu pun mental oleh Kathy. Telefon bimbit Mona sengaja dicuri oleh Kathy supaya Mona tak dapat berhubung dengan sesiapa. Kathy juga tak memberi makan pada Mona, apa yang boleh dilakukan Mona hanya menjamah sisa makanan lebihan Kathy yang dibuang di dalam tong sampah. Mona juga tak dapat keluar daripada rumah, sebaliknya hanya mampu menjerit meminta pertolongan jiran - jiran semasa Kathy tak ada di rumah. Namun jiran - jiran disitu tidak mempedulikannya sebaliknya mengadu pada Kathy tentang pembantu rumahnya yang sering bising - bising. 
Review Filem Kamar Seksa, Movie Review Kamar Seksa, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Filem Kamar Seksa, Sazzy Falak Movie,
Selepas itu Kathy mula marah dan memukul Mona dengan teruk sekali. Manakala kekasih Kathy pula membenci dan cemburu pada Mona kerana yakin Kathy suka pada Mona. Kisah kedua pula adalah mengenai kehidupan Nur lakonan Noorkhiriah yang merupakan seorang isteri yang baik dan taat pada suaminya. Walaupun suaminya pemalas, pemabuk, cemburu buta dan sering memukulnya, Nur tetap setia. Nur yang terpaksa bekerja dan menyara kehidupan mereka kerana suaminya tidak mahu bekerja dan mahu kan Nur memberikannya duit setiap waktu. Walaupun dilayan sedemikian rupa Nur tetap sabar dan mengikut kata suaminya. Okey tu serba sedikit sinopsis filem Kamar Seksa ini. Latar tempat filem ini banyak di dalam rumahlah kan, di pangsapuri, cuma aku tak pasti sama ada Kathy dan Nur ni jiran dan duduk dalam satu pangsapuri yang sama atau pun lain - lain pangsapuri. Apa yang aku suka mengenai filem Kamar Seksa ini adalah barisan pelakonnya, semuanya best - best. Sazzy Falak dan Noorkhiriah kot, dua - dua pernah menang anugerah kot. Misalnya Sazzy Falak adalah bekas pemenang pelakon pembantu wanita terbaik Festival Filem Malaysia ke -19. Manakala Noorkhiriah pula memang dah banyak menang anugerah sebelum ini sama ada dalam kategori terbaik mahu pun popular. Jadi lakonan mereka dalam movie Kamar Seksa ni memang terbaik okey. Bagi aku untuk kisah pertama tu mengenai cerita Kathy tu, pengarah filem ini memang berani untuk explore isu kehidupan songsang ni semua. Sebab memang tak dapat dinafikan hal ini memang berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini.
Review Filem Kamar Seksa, Movie Review Kamar Seksa, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Filem Kamar Seksa, Noorkhiriah Movie,
Manakala untuk kisah kedua tu mengenai kisah Nur tu bagi aku agak cliche / klise sikit sebab dah selalu dipaparkan dalam drama di TV mahu pun filem. Awalnya aku mengharapkan supaya watak Nur dan Kathy akan ada perkaitan, mahu pun akan bertembung / bertemu antara satu sama lain. Tapi tak ada pun, kiranya ianya memang dua kisah berbeza dan kedua - dua watak ni memang tak ada kaitan langsung antara satu sama lain. Selain itu aku agak pelik gak bila Kathy sibuk nak ada pembantu rumah, sedangkan rumahnya tu taklah besar mana, kecil je kot, kerja rumah pun mungkin tak adalah banyak sangat pun. Plus kerja Kathy hanya dinyatakan sebagai freelancer saja dan tak tahu Kathy ni kerja apa sebenarnya. Kalaulah dalam filem ini ada mention tentang kerjaya Kathy tu, so penonton tak adalah pelik sangat kalau Kathy ni ada pembantu rumah sebab berkemampuan ke apa ke. Atau pun mungkin Kathy ada niat lain nak pembantu rumah tu kan. Bila tengok watak Nur ni, alahai lemah - lembutnya, redha dan pasrah gitu sikapnya. Selain itu dalam filem ini memang pelakon tak ramai dan hampir semua perempuan. Malah suami Nur pun tak ditunjukkan mukanya, hanya nampak tangan dan badan serta dengar suara saja. Jalan cerita filem ini pun memang straight to the point, tak ada berbelit - belit. Lepas tunjuk konflik terus endingnya dah nampak akibat dan kesannya. Ending filem ini juga simple dan boleh dijangka. 
Review Filem Kamar Seksa, Movie Review Kamar Seksa, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Filem Kamar Seksa, Pelakon - Pelakon Filem Kamar Seksa,
Apa pun memang kesian dengan watak Mona tu, sedih tengok dia kelaparan dan terpaksa selongkar tong sampah. Mona tu memang trauma dan takut betul dengan Kathy. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 6/10 bintang untuk movie Kamar Seksa ini. Kalau korang berminat nak tonton filem Kamar Seksa ini, korang boleh tonton di https://kinidia.com/. KiniDia adalah sebuah website Video-On-Demand yang menayangkan filem buatan Malaysia secara online. 

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review dan Sinopsis Drama Korea Melting Me Softly (TV3)
Read More »

6 Nov 2020

Movie Review : Thozha

Thozha, Movie Review, Tamil Movie, Tamil Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster Filem Thozha, Pelakon - Pelakon Filem Tamil Thozha, Karthi, Tamannaah,

Lama tak buat review kat sini, rindu nak taip panjang berjela hahaha, so hari ni nak buat review movie Thozha. Thoza ni adalah filem Tamil yang release pada tahun 2016. Selain Tamil, filem ini turut release dalam bahasa Telegu dengan tajuknya ditukar pada Oopiri. Antara pelakon filem Thozha ini adalah Karthi, Tamannaah, Nagarjuna, Prasad, Jayasudha, Vivek dan ramai lagi. Selain itu filem ini diarahkan oleh Vimsi Paidipally dan dihasilkan dalam dwibahasa dan difilemkan secara serentak dalam Telegu dan Tamil dengan sedikit perbezaan dalam watak sampingan bagi kedua - dua versi. Filem Thozha ini adalah remake of Olivier Nakache & Eric Toledano's French Comedy Drama The Intouchables (2011). Filem ini memang dapat banyak review positif daripada penonton, jalan ceritanya best, lawak, sweet dan memberi pengajaran gitu. Antara yang menarik dalam filem Thozha ini adalah bromance antara watak Seenu lakonan Karthi dan Vikram lakonan Nagarjuna. Scene - scene percintaan tak banyak sangat dalam movie Thozha ni sebab lebih memfokuskan tentang kisah persahabatan antara Seenu dan Vikram. Heroin filem Thozha ni iaitu Tamannaah memang sentiasa cantik dalam movie ni, tambah - tambah dia pegang watak sebagai wanita berkerjaya yang merupakan setiausaha Vikram.

Scene - scene lawak dalam movie Thozha ni memang best gak, especially scene Seenu yang cuba melukis tu dan Vikram pula boleh pi jual lukisan Seenu pada peguamnya sebab peguamnya tu obses sangat dengan seni, so peguam dia ingat lukisan tu dari pelukis terkenal dan sanggup membelinya, tapi peguam tu tak tahu yang tu cuma lukisan huru hara karya Seenu hahaha. Apa pun aku tak begitu suka dengan keputusan drastik Vikram yang melepaskan Seenu tu. Patutnya Seenu boleh je stay dan terus bekerja disitu tanpa perlu mengabaikan keluarganya. Dia yang buat keputusan tu, dia jugaklah yang kemurungan lepas tu. Bagi aku ending movie Thozha ni agak happy ending juga tapi stil tergantung sebab tak tahu kesudahannya. Apa pun memang syok layan movie Thozha ni, aku suka dengan lakonan Karthi sebagai Seenu tu, wataknya yang happy go lucky dan slumber tu memang menjadi dan sesuai dengannya. Filem Thozha ini mengisahkan tentang Vikram yang merupakan orang kaya dan usahawan berjaya yang terkenal. Hidupnya mula berubah bila dia mengalami kemalangan selepas melakukan aktiviti Paragliding di Paris yang membuatkan dia lumpuh seluruh badan dan perlu berkerusi roda.
Thozha, Movie Review, Tamil Movie, Tamil Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster Filem Thozha, Pelakon - Pelakon Filem Tamil Thozha, Karthi, Tamannaah,
5 tahun kemudian hidup Vikram masih sama dan hanya bertemankan para pekerjanya saja. Tak lama kemudian Vikram dan setiausahanya Keerthi mengadakan interview untuk mencari penjaga baru pada Vikram. Ramai calon yang datang interview namun sorang pun tidak disukai Vikram sehinggalah Seenu datang untuk interview. Seenu merupakan seorang bekas banduan yang mendapat parol dan sedang mencari kerja. Seenu tertarik untuk bekerja dengan Vikram kerana Keerthi, Seenu dah jatuh cinta pandang pertama pada Keerthi dan berusaha ingin mengorat Keerthi. Vikram berasa Seenu seorang yang jujur dan tidak berpura - pura, lalu mengambilnya bekerja. Seenu juga pada awalnya tidak begitu mempedulikan Vikram kerana dia hanya inginkan Keerthi namun Keerthi tidak suka padanya. Seenu awalnya berasa sukar untuk menguruskan Vikram yang lumpuh seluruh badan itu. Namun lama - kelamaan Seenu mula belajar untuk menguruskan Vikram dan keperluan Vikram dengan baik. Malah hubungannya dengan Vikram kini seperti adik - beradik. Seenu makin terharu bila Vikram menolongnya menyelesaikan masalah keluarganya. Seenu juga berusaha untuk menggembirakan Vikram, sikap ceria dan gila - gila Seenu membuatkan Vikram terhibur dan semakin happy.

Seenu juga cuba mencarikan jodoh buat Vikram, namun Vikram membuat keputusan untuk melepaskan Seenu supaya Seenu boleh berbakti pada keluarganya dulu. Seenu menerima dengan hati terbuka atas keputusan Vikram. Seenu mula mencari pekerjaan baru dan bekerja keras untuk menyara ibu dan keluarganya. Tak lama kemudian Vikram mula kemurungan dan sakit, apa yang berlaku seterusnya?. Okey tu serba sedikit sinopsis filem Thozha ni. Jadi keseluruhannya aku bagi 9/10 bintang untuk Tamil Movie Thozha ni. 

Read More »

17 Jun 2020

Kematian dan Kisah Tragis Pelakon Bollywood Sushant Singh Rajput

Kematian dan Kisah Tragis Sushant Singh Rajput, Info Sushant Singh Rajput, Pelakon Bollywood Sushant Singh Rajput, Sushant Singh Rajput Mati Bunuh Diri, Ex - Girlfriend Sushant Singh Rajput, Ankita Lokhande, Hindi Drama Pavitra Rishta, Filem - Filem Lakonan Sushant Singh Rajput,

Selepas kematian pelakon Bollywood Irrfan Khan dan Rishi Kapoor akibat penyakit, tiba - tiba pada petang 14 Jun 2020 semua dikejutkan dengan kematian pelakon muda berbakat besar serta dikenali ramai iaitu Sushant Singh Rajput. Apa yang mengejutkan dia mati sebab bunuh diri  (gantung diri), ramai yang tertanya - tanya kenapa dia bertindak sedemikian rupa. Dikatakan pada 6 bulan terakhir ini, Sushant mengalami masalah kemurungan dan turut menjalani kaunseling dengan doktor, namun ada yang mengatakan Sushant enggan untuk makan ubat untuk masalah kemurungannya itu. Persoalannya sekarang apa yang menyebabkan dia kemurungan. Macam - macam cerita yang didengari antaranya Sushant Singh Rajput dipulaukan di industri Bollywood kerana dia adalah outsider sebab dia bukan kroni mahupun berasal dari keluarga yang ada pengaruh dalam industri Bollywood. Kiranya karier Sushant Singh Rajput bermula dari bawah iaitu sebagai penari, sebelum menjadi pelakon teater dan kemudian drama TV dengan watak pelakon pembantu saja. Sebelum dia akhirnya terpilih menjadi pelakon utama (hero) untuk watak Manav dalam drama popular Pavitra Rishta bersama Ankita Lokhande yang jadi heroin dalam drama tersebut. Menerusi drama tersebut Sushant Singh Rajput mula popular. Watak Manav lakonannya dalam drama tersebut yang sangat baik dan gentleman menjadi sebutan penonton. Malah aku juga antara penonton setia drama berkenaan. Lebih manis bila hero dan heroin drama Pavitra Rishta tersebut iaitu Sushant Singh Rajput dan Ankita Lokhande betul - betul bercinta in real life. Drama Pavitra Rishta ni sangat panjang okey, makan masa bertahun - tahun, beratus episod. Jadi Sushant keluar dari drama berkenaan untuk fokus dalam filem pula. 
Kematian dan Kisah Tragis Sushant Singh Rajput, Info Sushant Singh Rajput, Pelakon Bollywood Sushant Singh Rajput, Sushant Singh Rajput Mati Bunuh Diri, Ex - Girlfriend Sushant Singh Rajput, Ankita Lokhande, Hindi Drama Pavitra Rishta, Filem - Filem Lakonan Sushant Singh Rajput,
Watak Manav selepas itu digantikan dengan pelakon lain, lepas Sushant keluar dari drama Pavitra Rishta tu, aku pun berhenti dari tengok drama tu lagi sebab tak seronok bila pelakon lain ganti dia. Pada tahun 2013 Sushant Singh Rajput start berlakon filem Kai Po Che!, diikuti  Shuddh Desi Romance, PK, Detective Byomkesh Bakshy!. Namun percintaan dia dengan Ankita still okey dan bertahan selama 6 / 7 tahun dan mereka berdua hampir berkahwin. Namun akhirnya diorang berpisah juga pada tahun 2016. Pada tahun 2016 Sushant berlakon dalam filem M.S. Dhoni: The Untold Story dan filem ini berjaya menjulang nama Sushant dan lakonannya dalam filem ini dipuji oleh semua pihak. Tahun 2017 Sushant berlakon dalam filem Raabta bersama Kriti Sanon dan dikatakan Sushant Singh dan Kriti Sanon bercinta. Namun tak lama kemudian mereka juga berpisah. Tahun 2018 Sushant berlakon pula dalam filem Kedarnath bersama Sara Ali Khan dan lakonan Sushant dipuji oleh para pengkritik. Filem Kedarnath mendapat perhatian dari semua pihak kerana ianya adalah filem debut Sara Ali Khan yang merupakan anak pada Saif Ali Khan. Tahun 2019 juga antara tahun cemerlang buat Sushant bila filem Chhichhore lakonannya bersama Shraddha Kapoor turut mendapat sambutan penonton. Walaubagaimanapun filem Drive lakonannya bersama Jacqueline Fernandez under Dharma Production (Karan Johar) tidak ditayangkan di pawagam sebaliknya ditayangkan secara online di Netflix. Filem terakhir lakonan Sushant Singh Rajput adalah Dil Bechara bersama pelakon baru Sanjana Sanghi. Walaupun kematian Sushant Singh Rajput disebabkan gantung diri, namun polis tak menjumpai apa - apa nota terakhir darinya. Namun polis akan terus menyiasat lebih mendalam. Girlfriend atau mungkin juga ex - girlfriend terakhir Sushant Singh Rajput adalah Rhea Chakraborty yang juga seorang pelakon filem. 
Kematian dan Kisah Tragis Sushant Singh Rajput, Info Sushant Singh Rajput, Pelakon Bollywood Sushant Singh Rajput, Sushant Singh Rajput Mati Bunuh Diri, Ex - Girlfriend Sushant Singh Rajput, Ankita Lokhande, Hindi Drama Pavitra Rishta, Filem - Filem Lakonan Sushant Singh Rajput,
Sushant Singh Rajput terpaksa berdepan banyak masalah bila dia dipulaukan dan dibuli oleh Karan Johar and the geng. Bermula dengan pergaduhannya dengan Aditya Chopra yang merupakan pemilik Yash Raj Films yang banyak menghasilkan filem - filem popular. Dikatakan juga selepas itu Sushant Singh Rajput diboikot oleh syarikat - syarikat filem di Bollywood itu. Aku juga agak terkejut besar juga bila dapat tahu Sushant mati sebab bunuh diri. Aku tahu pasal ni lepas baca tweet pelakon Akshay Kumar, lepas baca tweet tu aku terkejut dan terfikir biar betul Akshay Kumar ni. Hashtag #SushantSinghRajput juga turut trending di Twitter, lepas baca hashtag tu baru tahu yang berita tu betul. Lebih sadis dan tragis bila gambar mayat Sushant lepas bunuh diri turut tersebar di media sosial, sedihnya. Selepas itu ramai pelakon Bollywood mula mengucapkan takziah dan bercakap pasal Sushant Singh Rajput di media sosial masing - masing. Karan Johar turut menulis yang dia menyesal sebab ignore dan tak bercakap dengan Sushant. Tapi ramai netizen yang bash dan mengutuk Karan Johar sebab dikatakan antara penyebab Sushant kemurungan. Soonam Kapoor, Alia Bhatt dan Deepika Padukone turut dikecam. Selepas kematian Sushant, para wartawan mula berebut - rebut untuk interview ahli keluarga Sushant terutama bapanya. Kesian bapanya terpinga - pinga dahla masih terkejut pastu kena jawab soalan yang sensitif pula. Kalau nak tahu Sushant ni anak bongsu dan merupakan satu - satunya anak lelaki dalam family dia. Para wartawan juga call Ankita Lokhande Ex - Girlfriend Sushant untuk tengok reaksi dia pasal berita kematian Sushant tu. Wartawan juga turut interview mereka - mereka yang pernah bekerjasama dengan Sushant dalam filem mahu pun drama. 
Kematian dan Kisah Tragis Sushant Singh Rajput, Info Sushant Singh Rajput, Pelakon Bollywood Sushant Singh Rajput, Sushant Singh Rajput Mati Bunuh Diri, Ex - Girlfriend Sushant Singh Rajput, Ankita Lokhande, Hindi Drama Pavitra Rishta, Filem - Filem Lakonan Sushant Singh Rajput,
Antaranya Prarthana Behere yang juga merupakan salah seorang pelakon dalam drama Pavitra Rishta. Dialah yang reveal keadaan Ankita Lokhande lepas dapat tahu tentang kematian Sushant tu. Dia cakap Ankita menangis tak berhenti. Ankita juga turut dikecam sebab tak post apa - apa pasal Sushant di media sosial. Ikutkan Ankita ada post something tapi dia delete lepas tu sebab ramai dah salah faham dengan post dia tu. Malah ramai yang tak puas hati bila Ankita tak datang majlis pengebumian Sushant tu. Ikutkan ramai pelakon Pavitra Rishta nak datang tapi lepas tahu hanya 20 orang yang boleh masuk untuk majlis pengebumian tu, maka ramai yang tak datang, pastu mungkin juga ada yang risau dengan Covid 19 kalau berhimpun ramai - ramai. Tapi masih ada selebriti yang datang walaupun kena tunggu lama antaranya Kriti Sanon, Shraddha Kapoor, Rajkummar Rao, Abhishek Kapoor, Vivek Oberoi dan Rhea Chakraborty. Walaubagaimanapun pada hari Selasa yang lalu Ankita ada datang ke rumah Sushant Singh Rajput untuk melawat keluarga Sushant tu. Nepotisme dan kronisme telah lama wujud di Bollywood. Salah seorang mangsanya dahulu ialah Shah Rukh Khan sendiri. Shah Rukh Khan juga bermula dari bawah dan tidak berasal dari keluarga pelakon. Namun dia ‘survive’ kerana sokongan padu para peminatnya dan kini Shah Rukh Khan gah dalam kelasnya yang tersendiri. Sushant sendiri sangat mengagumi Shah Rukh Khan dan menjadikan SRK idolanya. Namun siapa sangka Sushant tidak dapat mengikut jejak langkah SRK dan mengambil tindakan drastik yang mengejutkan semua orang.

Read More »

3 Apr 2020

Maleficent : Mistress Of Evil

Maleficent, Maleficent : Mistress Of Evil, Maleficent 2, Angelina Jolie Movie, Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,

Lepas tengok movie Jumanji yang terbaru, aku sempat juga tengok movie Maleficent yang terbaru bertajuk Maleficent : Mistress Of Evil. Movie ini release pada 18 Oktober 2019 dan diarahkan oleh Joachim Ronning. Movie ini adalah sequel pada movie Maleficent (2014). Antara pelakon movie Maleficent : Mistress Of Evil ini adalah Angelina Jolie, Elle Fanning, Michelle Pfeiffer, Chiwetel Ejiofor, Sam Riley, Ed Skrein, Harris Dickinson dan ramai lagi. Movie ini mengisahkan tentang princess Aurora (Elle Fanning) yang telah dilamar oleh prince Phillip (Harris Dickinson). Pada awalnya mak angkat princess Aurora iaitu Maleficent (Angelina Jolie) tidak bersetuju mengenai lamaran itu dan tak nak Aurora berkahwin. Namun Aurora berdegil nak kahwin juga dan akhirnya Maleficent akur dan bersetuju untuk pergi berjumpa dengan ibu bapa prince Phillip iaitu King John dan Queen Ingrith (Michelle Pfeiffer). Mereka semua akan makan malam bersama. ikutkan prince Phillip dan bapanya King John memang baik, diorang nak kan kedamaian dan tak nak berperang dengan Maleficent. Tapi berbeza dengan ibu prince Phillip yang sememangnya nak berperang dan telah pun membuat persediaan untuk berperang secara rahsia.

Akhirnya atas kelicikan Queen Ingrith itu, makan malam tersebut menjadi huru hara bila Queen Ingrith berjaya membangkitkan kemarahan Maleficent. Manakala Aurora pula menyalahkan Maleficent kerana gagal mengawal kemarahan dan mencederakan King John. Tak lama kemudian Maleficent juga cedera parah dan Aurora tak tahu mengenai hal ini. Akhirnya berlaku peperangan antara 2 negara. Bila tengok movie ini memang rasa geram je tengok kejahatan Queen Ingrith itu. Stress juga tengok perangai Aurora yang lambat sedar mengenai perangai sebenar Queen Ingrith tu, pastu tak nak dengar pula cakap Maleficent tu. Kesian juga dekat semua fairy - fairy tu yang banyak mati sebab diorang tertipu dan hadir ke majlis perkahwinan Aurora tu. Ikutkan Prince Phillip dan Princess Aurora tu memang sepadan, dua - dua pun baik hati. Cuma ibu prince phillip tu je yang buat hal. Dalam movie ini juga Maleficent akan bertemu dengan mereka - mereka yang sama spesis dengannya dan penonton juga akan dapat tahu asal - usul Maleficent yang sebenarnya. Ada banyak juga scene - scene perang dalam movie ini. Walaubagaimanapun ending movie Maleficent : Mistress Of Evil ini mestilah happy ending kan. Puas gak tengok akibat yang Queen Ingrith tu kena tanggung sebab cari pasal dengan Maleficent. Cuma aku rasa hukuman tu tak setimpal dengan perbuatan kejamnya tu. Apa pun aku bagi 7.8/10 bintang untuk movie ini.

Jom Baca Ini juga ➤ Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai

Read More »

24 Mac 2020

Jumanji : The Next Level (2019)

Movie Review - Jumanji : The Next Level, Ulasan Filem Jumanji The Next Level, Poster, Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,

Baru - Baru ni ada tengok english movie Jumanji ni dan filem Jumanji : The Next Level ini memang antara filem yang aku nanti - nantikan dan tak sabar nak tonton. Lagi pun ramai blogger yang buat review movie ni kata movie Jumanji The Next Level ni memang best dan lawak habis. Movie ini release pada 13 Disember 2019 yang lalu dan berdurasi 123 minit. Antara pelakon movie Jumanji The Next Level ini adalah Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas, Alex Wolff, Morgan Turner dan ramai lagi. Selain itu movie ini diarahkan oleh Jake Kasdan dan movie ini adalah sequel pada movie Jumanji : Welcome To The Jungle (2017). Movie Jumanji The Next Level ini adalah filem ketiga dalam franchise Jumanji.

Tertanya - tanya juga macam mana diorang nak sambung jalan cerita Jumanji ni sebab dalam filem terdahulu tu, console video game Jumanji tu dah dimusnahkan oleh Spencer, Fridge, Martha dan Bethany tu. Rupa - rupanya si Spencer ni boleh pula senyap - senyap pergi baiki balik console video game tu. Dia ni ada perasaan tak yakin dengan diri dia sendiri dalam dunia realiti ni, so dia nak sangat kembali ke dunia Jumanji tu. Perjalanan cerita movie ni memang bergerak laju dan tak membosankan, malah jadi makin lawak gitu, dengan kehadiran 2 watak baru yang merupakan datuk Spencer iaitu Eddie dan juga bekas kawan baik Eddie iaitu Milo. Memang huru - haralah jadinya bila Eddie dan Milo boleh termasuk sekali dalam dunia Jumanji tu pastu dapat pula avatar yang best. Serius lawak betul tengok avatar Dr Bravestone tu dipegang oleh Eddie dengan kerenah dia yang gila - gila tu. Tu belum masuk Milo lagi yang pegang avatar Finbar tu, pastu ditambah dengan stail dia bercakap yang sangat slow dan lembab buat keadaan jadi makin kucar - kacir.

Dalam dunia Jumanji juga ada 2 avatar baru serta penjahat yang baru diperkenalkan. Serius memang best layan movie ni. Di penghujung cerita memang akan ada sambungan lagi gitu. Jadi pada yang rasa bosan duduk di rumah tu, bolehlah cuba menonton movie ni nanti okey, memang layannn gitu. Aku buat simple review jer ni sebab update blog pakai handphone ja ni, so payah sikit nak taip panjang2 dan masuk gambar banyak2. So kalau ada kesalahan ejaan ke apa ke, faham - faham jela ye hehe. Aku bagi movie ni 8.8/10 bintang.



Read More »

12 Okt 2019

Movie Review : Blank (Bollywood Movie)

Blank, Movie, Bollywood Movie, Hindi Movie, Blank Movie, Hindi Movie Blank (2019), Bollywood Movie Blank (2019), Sinopsis Filem Bollywood Blank (2019), Filem Debut Karan Kapadia, Filem Hindustan, Cerita Hindustan, Filem Hindustan Blank (2019), Senarai Pelakon Filem Bollywood (2019), Sunny Deol, Karan Kapadia, Ishita Dutta, Karanvir Sharma, Hindi Movie Blank Poster, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu,

Lama tak buat review filem hindustan ni kan, hari tu sempat layan 2 movie kat Astro iaitu Blank dan juga De De Pyaar De De. Jadi hari ini aku nak buat review filem Blank lakonan Sunny Deol dan Karan Kapadia sebagai tunjang utama filem ini. Hindi Movie Blank ini release pada 3 Mei 2019 dan diarahkan oleh Behzad Khambata serta filem ini berdurasi 107 minit. Antara pelakon filem Bollywood Blank ini adalah Sunny Deol, Karan Kapadia, Ishita Dutta, Karanvir Sharma dan ramai lagi. Hindi Movie Blank (2019) ini juga adalah filem pertama lakonan Karan Kapadia yang merupakan anak saudara pada pelakon veteran Dimple Kapadia. Bagi yang tak tahu Dimple Kapadia ni mak pada Twinkle Khanna dan juga mak mertua pada Akshay Kumar dan no wonder lah Akshay Kumar pun turut jadi cameo untuk lagu Ali Ali di bahagian akhir filem Blank ini. 

Filem Blank ini mengisahkan tentang Hanif (Karan Kapadia) yang merupakan seorang pengganas yang sedang dalam perjalanan untuk menunaikan misinya, namun dia mengalami kemalangan dan dibawa ke hospital. Doktor terkejut melihat ada bom yang melekat didadanya dan akhirnya menghubungi polis. Hanif juga disahkan hilang ingatan buat sementara waktu kesan daripada kemalangan terbabit. SS Dewan (Sunny Deol) an Anti Terrorism Squad Officer ditugaskan untuk menyiasat siapa Hanif sebenarnya. Bom tersebut terus berada di dada Hanif dan SS Dewan yakin yang Hanif sememangnya seorang pengganas dan hanya berpura - pura naif. Akhirnya Hanif dibawa ke tempat yang lapang untuk ditembak mati kerana bimbang bom di badan Hanif akan meletup. Namun sekumpulan pengganas lain tiba - tiba datang dan menyelamatkan Hanif. 
 Hindi Movie Blank (2019), Bollywood Movie Blank (2019), Sinopsis Filem Bollywood Blank (2019), Filem Debut Karan Kapadia, Filem Hindustan, Cerita Hindustan, Filem Hindustan Blank (2019), Senarai Pelakon Filem Bollywood (2019), Sunny Deol, Karan Kapadia, Ishita Dutta, Karanvir Sharma, Hindi Movie Blank Poster,
Tak lama kemudian Hanif mendapat ingatannya kembali dan turut menelefon SS Dewan untuk memberitahu siapa dirinya yang sebenar. Rupa - rupanya ada kisah lain yang membabitkan bapa Hanif dan SS Dewan ni masa dulu - dulu. Itu adalah serba sedikit sinopsis filem Bollywood Blank (2019) ni. Pendek kata filem Blank ni ada plot twist gitu tentang siapa sebenarnya Hanif ni dekat hujung - hujung tu hehe. Filem ini macam tak ada heroin sebab memang memfokuskan watak Hanif dan SS Dewan ni saja. Lagu tema / OST Bollywood Movie Blank ni biasa - biasa saja, tak ada yang menarik minat aku pun. Even lagu Ali - Ali yang ada Akshay Kumar tu pun macam tak best. Aku suka dengan plot twist filem ini, tapi secara keseluruhannya filem ini biasa - biasa saja, tak best mana pun, setakat kalau nak layan masa boring tu okeylaa. Filem ini pun flop di India tak dapat untung pun. Jadi aku bagi 6.3/10 bintang untuk movie Blank ini.

Jom Baca ini juga ➔ Sinopsis Drama Sara Sajeeda (TV3)

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature,
Read More »

4 Okt 2019

Sinopsis Filem Felina Lakonan Raja Ilya

Felina, Filem Melayu, Movie, Malay Movie, Pawagam, Felina Movie, Filem Felina, Sinopsis Filem Felina, Filem Melayu 2019, Filem Seram, Horror Movie, Filem Seram Felina, Watak - Watak Pelakon Dalam Filem Felina, Senarai Pelakon Filem Felina, Raja Ilya, Shafiq Jamil, Nur Qistina Raisah, Zaidi Omar, Kamal Rezuan, Nashra Shah, Clarence Kuna, Seha Monica, Khairul Anuar, Poster Filem Felina,
Sinopsis Filem Felina (2019)

Filem Felina sudah pun ditayangkan di pawagam pada 17 Januari 2019 yang lalu dan merupakan filem terawal yang ditayangkan untuk tahun 2019 ini. Antara pelakon filem Felina ini adalah Raja Ilya, Shafiq Jamil, Nur Qistina Raisah, Zaidi Omar, Kamal Rezuan, Nashra Shah, Clarence Kuna, Seha Monica, Khairul Anuar dan ramai lagi. Manakala pengarah filem Felina ini adalah Sandosh Kesavan dan diterbitkan oleh Janu Talkies Sdn Bhd. Selain itu filem Felina ini bergenre seram dan skrip filem ini adalah hasil karya Atiqah Jani. Review - review untuk filem ini kebanyakkannya adalah negatif. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon serta sinopsis filem ini dibawah ye..

Watak - Watak Pelakon Dalam Filem Felina

Raja Ilya sebagai Felina
Syafiq Jamil sebagai Adam

Nur Qistina Raisah sebagai Qistina

Zaidi Omar sebagai Tok Rawa
Nashra Shah sebagai Ekawati
Kamal Rezuan sebagai Mutalib
Clarence Kuna sebagai Muni
Seha Monica sebagai Suri

Felina, Filem Melayu, Movie, Malay Movie, Pawagam, Felina Movie, Filem Felina, Sinopsis Filem Felina, Filem Melayu 2019, Filem Seram, Horror Movie, Filem Seram Felina, Watak - Watak Pelakon Dalam Filem Felina, Senarai Pelakon Filem Felina, Raja Ilya, Shafiq Jamil, Nur Qistina Raisah, Zaidi Omar, Kamal Rezuan, Nashra Shah, Clarence Kuna, Seha Monica, Khairul Anuar, Poster Filem Felina,

Adam (Shafiq Jamil) dan Felina (Raja Ilya) sedang menjalani sebuah ekspedisi di dalam hutan tebal. Sepanjang ekspedisi, Adam dan Felina terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran selain harus akur dengan segala pantang larang. Pada suatu malam, sebaik sahaja kembali ke hotel tempat mereka menginap, 2 orang pekerja hotel tiba-tiba menyedari akan perilaku aneh Felina. Adam masih belum dapat meredakan emosinya menyaksikan keadaan Felina yang tidak dapat ditafsirkannya melalui rakaman video yang disaksikannya. 
Demi merungkai jawapan dan menyelamatkan Felina, Adam meminta bantuan Mutalib (Kamal Rezuan) yang menjadi penunjuk jalan sepanjang ekspedisi mereka. Sejak bermulanya ekspidisi, banyak persoalan timbul di antara mereka. Siapakah Qistina (Nur Qistina Raisah)? Siapa pula wanita Jawa yang muncul di antara mereka? Angkara siapakah kejadian aneh yang menimpa mereka? Mampukan Adam menyelamatkan diri dan semua? Atau mungkinkah, "Felina" adalah jawapan kepada persoalan-persoalan mereka?

My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017