-->
Memaparkan catatan dengan label KisaH SeDih... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KisaH SeDih... Papar semua catatan

30 Dis 2022

Sinopsis Cermin Kasih (Cerekarama TV3)

Assalammualaikum..
Wahh ada telemovie best di Slot Cerekarama Tv3 yang bertajuk Cermin Kasih lakonan Shaheizy Sam, Tiz Zaqyah, Raja Ilya, dan ramai lagi. Memang sedih cite ni especially bila watak Tiz mengetahui suaminya sebenarnya Pengedar Dadah. Sedih kot dengan lagu latarnya yang mendayu-dayu yang bertajuk Gelombang nyanyian asal Salamiah Hassan. Apapun lakonan mantap dari semua pelakon..Drama ini akan diulang siar di TV9 pada hari ini 30 Disember 2022, pukul 8.30 malam.

Sinopsis Cermin Kasih 

 Mengisahkan Marina (Tiz Zaqyah) anak tunggal kepada Pak Hamdan dan Mak Jah yang berkahwin dengan Amran (Shaheizy Sam) atas pilihan keluarga. Marina merasakan Amran seorang suami yang romantik dan pandai mengambil hatinya. Rumah tangga mereka amat membahagiakan kerana Marina ditatang bagai minyak penuh dan diberikan kemewahan tanpa dia mengetahui pekerjaan sebenar Amran sehinggalah pada suatu hari dia terjumpa dadah kepunyaan Amran. Barulah Marina mengetahui bahawa Amran adalah seorang pengedar dadah.
Marina mahu meninggalkan Amran. Oleh kerana terlalu sayangkan isterinya, Amran menyuntik Marina dengan dadah sehingga mengheret Marina ke dalam kancah penagihan dadah. Marina terus setia bersama Amran bukan lagi kerana mencintai suaminya itu, tetapi kerana dia perlukan bekalan dadah. Apabila rumah mereka diserbu, Amran ditembak mati manakala Marina diberkas Polis. Marina terpaksa menanggung derita menjalani hukuman penjara dalam masa sama dia sedang hamil dan terpaksa melahirkan dan membesarkan anaknya di sebalik tirai cermin.

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Budak Tebing 3 Slot Lestary TV3

Read More »

12 Nov 2021

Hindi Movie 7 Khoon Maaf Lakonan Priyanka Chopra

7 Khoon Maaf, Hindi Movie 7 Khoon Maaf, Bollywood Movie 7 Khoon Maaf, Hindi Movie 7 Khoon Maaf By Priyanka Chopra, Priyanka Chopra In Movie 7 Khoon Maaf, 7 Khoon Maaf Cast, 7 Khoon Maaf Synopsis, Review Movie 7 Khoon Maaf, Info dan Sinopsis 7 Khoon Maaf,
Hindi Movie 7 Khoon Maaf Lakonan Priyanka Chopra 

Hari ni saja nak buat simple review mengenai Bollywood Movie 7 Khoon Maaf yang release tahun 2011 yang lalu. Lama dah movie ni tapi jalan ceritanya not bad gitu, movie ini berdasarkan  short story Susanna's Seven Husbands by Ruskin Bond. Antara pelakon hindi movie 7 Khoon Maaf ini adalah Priyanka Chopra, Vivaan Shah, Neil Nitin Mukesh, John Abraham, Irrfan Khan, Alexander Dyachenko, Annu Kapoor, Naseeruddin Shah, Usha Uthup, Harish Khanna, Konkona Sen Sharma dan ramai lagi. Movie ini diarahkan oleh Vishal Bhardwaj. Movie ini berkisarkan tentang seorang wanita cantik bernama Susanna Anna-Marie Johannes yang telah beberapa kali berkahwin namun gagal dalam setiap perkahwinannya dan kemudian membunuh kesemua suaminya itu. Kesian juga dengan Susanna ni, hidupnya kaya raya, ada orang gaji yang setia dan dia hanya ingin mencari cinta sejati namun dia sering salah mencari pasangan hidup, setiap suaminya ada ja yang tak kena, kadang - kadang nampak sempurna di luaran, tapi hakikatnya teruk ya amat okey. 

First husband Susanna ni adalah pilihan ayahnya iaitu Edwin Rodriques lakonan Neil Nitin Mukesh merupakan seorang tentera berpangkat besar yang telah kehilangan kaki akibat peperangan. Edwin ini seorang yang possessive dan kuat cemburu, dia sentiasa menuduh Susanna ni curang sebab insecure dengan keadaan dirinya yang tak sempurna macam dulu. Suami kedua Susanna adalah seorang penyanyi rock bernama Jimmy lakonan John Abraham. Namun sayangnya kebahagiaan mereka tak kekal lama bila Jimmy mula popular dan lupa diri serta mula ketagih dengan dadah. Suami ketiga Susanna pula bernama Mohammed Wasiullah Khan lakonan Irrfan Khan yang nampak baik dan sopan di luaran tapi sering menyeksa dan memukul Susanna. Manakala Suami ke-4 Susanna pula bernama Nikolai Vronsky lakonan Alexander Dyachenko yang merupakan seorang spy dari Rusia yang mempunyai 2 identiti yang telah menipu Susanna mengenai identiti dirinya yang sebenar. 

Suami kelima Susanna pula adalah Inspektor Keemat lakonan Annu Kapoor yang telah menyelamatkan dan melindungi Susanna dari ditangkap polis akibat kematian kesemua suami Susanna sebelum ini. Bezanya Susanna berkahwin dengan Keemat bukan sebab cinta tapi dengan niat untuk membunuhnya kerana Keemat sering mengganggu hidupnya. Suami keenam Susanna pula adalah Doctor Modhu lakonan Naseeruddin Shah yang telah menyelamatkan Susanna dari cubaan bunuh dirinya sebelum ini. Namun semuanya berubah bila Doctor Modhu bankrup dan inginkan harta Susanna serta cuba meracun Susanna. Ini juga adalah kali pertama Susanna berasa takut kerana tak dapat mengawal situasi seperti sebelum ini dan tahu suaminya ada niat untuk membunuhnya. Kalau korang nak tahu kesudahannya macam mana kenalah tengok movie ini nanti ya bagi yang belum tengoklah kan.

Aku tak ada masalah dengan barisan pelakon movie ini, semuanya best - best belaka. Apa pun memang layannn movie ni, aku juga suka dengan salah satu lagu dalam movie ni yang merupakan ost movie 7 Khoon Maaf ini yang bertajuk Darling nyanyian Usha Uthup dan Rekha Bhardwaj. Usha Uthup juga turut berlakon dalam movie ni sebagai orang gaji Susanna. Malah dia turut menang anugerah menerusi nyanyiannya dalam lagu Darling ini. Priyanka Chopra juga berjaya membawa watak Susanna ini dengan sebaik mungkin. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 7.8/10 bintang untuk hindi movie 7 Khoon Maaf ini.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Full Episode Di TV2


Read More »

17 Jun 2020

Kematian dan Kisah Tragis Pelakon Bollywood Sushant Singh Rajput

Kematian dan Kisah Tragis Sushant Singh Rajput, Info Sushant Singh Rajput, Pelakon Bollywood Sushant Singh Rajput, Sushant Singh Rajput Mati Bunuh Diri, Ex - Girlfriend Sushant Singh Rajput, Ankita Lokhande, Hindi Drama Pavitra Rishta, Filem - Filem Lakonan Sushant Singh Rajput,

Selepas kematian pelakon Bollywood Irrfan Khan dan Rishi Kapoor akibat penyakit, tiba - tiba pada petang 14 Jun 2020 semua dikejutkan dengan kematian pelakon muda berbakat besar serta dikenali ramai iaitu Sushant Singh Rajput. Apa yang mengejutkan dia mati sebab bunuh diri  (gantung diri), ramai yang tertanya - tanya kenapa dia bertindak sedemikian rupa. Dikatakan pada 6 bulan terakhir ini, Sushant mengalami masalah kemurungan dan turut menjalani kaunseling dengan doktor, namun ada yang mengatakan Sushant enggan untuk makan ubat untuk masalah kemurungannya itu. Persoalannya sekarang apa yang menyebabkan dia kemurungan. Macam - macam cerita yang didengari antaranya Sushant Singh Rajput dipulaukan di industri Bollywood kerana dia adalah outsider sebab dia bukan kroni mahupun berasal dari keluarga yang ada pengaruh dalam industri Bollywood. Kiranya karier Sushant Singh Rajput bermula dari bawah iaitu sebagai penari, sebelum menjadi pelakon teater dan kemudian drama TV dengan watak pelakon pembantu saja. Sebelum dia akhirnya terpilih menjadi pelakon utama (hero) untuk watak Manav dalam drama popular Pavitra Rishta bersama Ankita Lokhande yang jadi heroin dalam drama tersebut. Menerusi drama tersebut Sushant Singh Rajput mula popular. Watak Manav lakonannya dalam drama tersebut yang sangat baik dan gentleman menjadi sebutan penonton. Malah aku juga antara penonton setia drama berkenaan. Lebih manis bila hero dan heroin drama Pavitra Rishta tersebut iaitu Sushant Singh Rajput dan Ankita Lokhande betul - betul bercinta in real life. Drama Pavitra Rishta ni sangat panjang okey, makan masa bertahun - tahun, beratus episod. Jadi Sushant keluar dari drama berkenaan untuk fokus dalam filem pula. 
Kematian dan Kisah Tragis Sushant Singh Rajput, Info Sushant Singh Rajput, Pelakon Bollywood Sushant Singh Rajput, Sushant Singh Rajput Mati Bunuh Diri, Ex - Girlfriend Sushant Singh Rajput, Ankita Lokhande, Hindi Drama Pavitra Rishta, Filem - Filem Lakonan Sushant Singh Rajput,
Watak Manav selepas itu digantikan dengan pelakon lain, lepas Sushant keluar dari drama Pavitra Rishta tu, aku pun berhenti dari tengok drama tu lagi sebab tak seronok bila pelakon lain ganti dia. Pada tahun 2013 Sushant Singh Rajput start berlakon filem Kai Po Che!, diikuti  Shuddh Desi Romance, PK, Detective Byomkesh Bakshy!. Namun percintaan dia dengan Ankita still okey dan bertahan selama 6 / 7 tahun dan mereka berdua hampir berkahwin. Namun akhirnya diorang berpisah juga pada tahun 2016. Pada tahun 2016 Sushant berlakon dalam filem M.S. Dhoni: The Untold Story dan filem ini berjaya menjulang nama Sushant dan lakonannya dalam filem ini dipuji oleh semua pihak. Tahun 2017 Sushant berlakon dalam filem Raabta bersama Kriti Sanon dan dikatakan Sushant Singh dan Kriti Sanon bercinta. Namun tak lama kemudian mereka juga berpisah. Tahun 2018 Sushant berlakon pula dalam filem Kedarnath bersama Sara Ali Khan dan lakonan Sushant dipuji oleh para pengkritik. Filem Kedarnath mendapat perhatian dari semua pihak kerana ianya adalah filem debut Sara Ali Khan yang merupakan anak pada Saif Ali Khan. Tahun 2019 juga antara tahun cemerlang buat Sushant bila filem Chhichhore lakonannya bersama Shraddha Kapoor turut mendapat sambutan penonton. Walaubagaimanapun filem Drive lakonannya bersama Jacqueline Fernandez under Dharma Production (Karan Johar) tidak ditayangkan di pawagam sebaliknya ditayangkan secara online di Netflix. Filem terakhir lakonan Sushant Singh Rajput adalah Dil Bechara bersama pelakon baru Sanjana Sanghi. Walaupun kematian Sushant Singh Rajput disebabkan gantung diri, namun polis tak menjumpai apa - apa nota terakhir darinya. Namun polis akan terus menyiasat lebih mendalam. Girlfriend atau mungkin juga ex - girlfriend terakhir Sushant Singh Rajput adalah Rhea Chakraborty yang juga seorang pelakon filem. 
Kematian dan Kisah Tragis Sushant Singh Rajput, Info Sushant Singh Rajput, Pelakon Bollywood Sushant Singh Rajput, Sushant Singh Rajput Mati Bunuh Diri, Ex - Girlfriend Sushant Singh Rajput, Ankita Lokhande, Hindi Drama Pavitra Rishta, Filem - Filem Lakonan Sushant Singh Rajput,
Sushant Singh Rajput terpaksa berdepan banyak masalah bila dia dipulaukan dan dibuli oleh Karan Johar and the geng. Bermula dengan pergaduhannya dengan Aditya Chopra yang merupakan pemilik Yash Raj Films yang banyak menghasilkan filem - filem popular. Dikatakan juga selepas itu Sushant Singh Rajput diboikot oleh syarikat - syarikat filem di Bollywood itu. Aku juga agak terkejut besar juga bila dapat tahu Sushant mati sebab bunuh diri. Aku tahu pasal ni lepas baca tweet pelakon Akshay Kumar, lepas baca tweet tu aku terkejut dan terfikir biar betul Akshay Kumar ni. Hashtag #SushantSinghRajput juga turut trending di Twitter, lepas baca hashtag tu baru tahu yang berita tu betul. Lebih sadis dan tragis bila gambar mayat Sushant lepas bunuh diri turut tersebar di media sosial, sedihnya. Selepas itu ramai pelakon Bollywood mula mengucapkan takziah dan bercakap pasal Sushant Singh Rajput di media sosial masing - masing. Karan Johar turut menulis yang dia menyesal sebab ignore dan tak bercakap dengan Sushant. Tapi ramai netizen yang bash dan mengutuk Karan Johar sebab dikatakan antara penyebab Sushant kemurungan. Soonam Kapoor, Alia Bhatt dan Deepika Padukone turut dikecam. Selepas kematian Sushant, para wartawan mula berebut - rebut untuk interview ahli keluarga Sushant terutama bapanya. Kesian bapanya terpinga - pinga dahla masih terkejut pastu kena jawab soalan yang sensitif pula. Kalau nak tahu Sushant ni anak bongsu dan merupakan satu - satunya anak lelaki dalam family dia. Para wartawan juga call Ankita Lokhande Ex - Girlfriend Sushant untuk tengok reaksi dia pasal berita kematian Sushant tu. Wartawan juga turut interview mereka - mereka yang pernah bekerjasama dengan Sushant dalam filem mahu pun drama. 
Kematian dan Kisah Tragis Sushant Singh Rajput, Info Sushant Singh Rajput, Pelakon Bollywood Sushant Singh Rajput, Sushant Singh Rajput Mati Bunuh Diri, Ex - Girlfriend Sushant Singh Rajput, Ankita Lokhande, Hindi Drama Pavitra Rishta, Filem - Filem Lakonan Sushant Singh Rajput,
Antaranya Prarthana Behere yang juga merupakan salah seorang pelakon dalam drama Pavitra Rishta. Dialah yang reveal keadaan Ankita Lokhande lepas dapat tahu tentang kematian Sushant tu. Dia cakap Ankita menangis tak berhenti. Ankita juga turut dikecam sebab tak post apa - apa pasal Sushant di media sosial. Ikutkan Ankita ada post something tapi dia delete lepas tu sebab ramai dah salah faham dengan post dia tu. Malah ramai yang tak puas hati bila Ankita tak datang majlis pengebumian Sushant tu. Ikutkan ramai pelakon Pavitra Rishta nak datang tapi lepas tahu hanya 20 orang yang boleh masuk untuk majlis pengebumian tu, maka ramai yang tak datang, pastu mungkin juga ada yang risau dengan Covid 19 kalau berhimpun ramai - ramai. Tapi masih ada selebriti yang datang walaupun kena tunggu lama antaranya Kriti Sanon, Shraddha Kapoor, Rajkummar Rao, Abhishek Kapoor, Vivek Oberoi dan Rhea Chakraborty. Walaubagaimanapun pada hari Selasa yang lalu Ankita ada datang ke rumah Sushant Singh Rajput untuk melawat keluarga Sushant tu. Nepotisme dan kronisme telah lama wujud di Bollywood. Salah seorang mangsanya dahulu ialah Shah Rukh Khan sendiri. Shah Rukh Khan juga bermula dari bawah dan tidak berasal dari keluarga pelakon. Namun dia ‘survive’ kerana sokongan padu para peminatnya dan kini Shah Rukh Khan gah dalam kelasnya yang tersendiri. Sushant sendiri sangat mengagumi Shah Rukh Khan dan menjadikan SRK idolanya. Namun siapa sangka Sushant tidak dapat mengikut jejak langkah SRK dan mengambil tindakan drastik yang mengejutkan semua orang.

Read More »

6 Mei 2020

Angrezi Medium - Filem Terakhir Irrfan Khan

Angrezi Medium, Hindi Medium, Sequel Hindi Medium, Last film of Irrfan Khan, Irrfan Khan Died, Sinopsis Penuh Filem Angrezi Medium, Poster Filem Angrezi Medium,
Angrezi Medium - Filem Terakhir Irrfan Khan

Angrezi Medium (English Medium) adalah filem terakhir lakonan Irrfan Khan yang release pada 13 Mac yang lalu sebelum Irrfan Khan meninggal dunia pada 29 April 2020 pada usia 53 tahun. Irrfan meninggal dunia akibat Colon Infection. Lebih sedih bila mak Irrfan meninggal dunia terlebih dahulu iaitu pada 25 April dan kemudian Irrfan pula. Bagi peminat filem Hindi / Bollywood pasti kenal dengan Irrfan Khan ni betul tak, plus dia juga berlakon sampai ke Hollywood tu. Filem Hollywood yang blockbuster pula tu. Filem - filem lakonan Irrfan ni memang best - best belaka, antara yang aku ingat seperti Talvar, Blackmail, Hindi Medium, Billu Barber (berlakon bersama Shah Rukh Khan), D-Day, Qarib - ,Qarib Single, Jazbaa dan banyak lagi.

Ikutkan pada tahun 2018 yang lalu, Irrfan Khan telah disahkan mengidap Neuroendocrine Tumor. Dia kemudian berubat di UK selama setahun dan akhirnya sembuh sebelum kembali ke India pada Februari 2019. Tak silap aku pada bulan Mac 2019, dia start shooting filem Angrezi Medium ni. Dekat youtube ada video audio rakaman suara Irrfan yang mempromosikan filem Angrezi Medium ni. Kiranya macam last rakaman suara dia gitu, sedih dengar. Korang boleh try cari kat Youtube tu. Kemudian pada 30 April 2020 pula, semua dikejutkan dengan berita Rishi Kapoor pula mati akibat Leukemia pada usia 67 tahun. Irrfan Khan dan Rishi Kapoor pernah berlakon sekali dalam filem D - Day pada tahun 2013.

Berbalik pada movie Angrezi Medium ni, memang banyak pengajaran dalam movie tersebut. Terutamanya tentang pergorbanan dan kasih sayang seorang ayah pada anaknya. Antara pelakon filem Bollywood Angrezi Medium ini adalah Irrfan, Kareena Kapoor Khan, Radhika Madan, Deepak Dobriyal, Dimple Kapadia, Ranvir Shorey dan ramai lagi. Personally aku lebih suka filem Hindi Medium berbanding filem Angrezi Medium ni. Aku tak pasti sama ada Kareena Kapoor ni pelakon utama atau pelakon pembantu sebab dia muncul lambat kot lepas sejam lebih, plus scene dia pun tak berapa banyak. Scene Irrfan dan Radhika Madan yang jadi bapa dan anak dalam filem ni yang banyak muncul dalam filem ni. Jom tengok serba sedikit sinopsis filem Angrezi Medium di bawah ini okey.
Angrezi Medium Movie, Sequel Hindi Medium, Irrfan Khan, Irrfan Khan Died, Sinopsis Penuh Filem Bollywood Angrezi Medium
Sinopsis Angrezi Medium (Hindi Movie)

Mengisahkan Champak Bansal (Irrfan Khan) yang terpaksa menjaga satu - satunya anak perempuannya Tarika setelah kematian isterinya. Champak menjaga Tarika (Radika Madan) ibarat menatang minyak yang penuh. Champak Bansal adalah pemilik kedai manisan di Udaipur Rajasthan. Dia sering bergaduh dengan sepupunya Gopi Bansal (Deepak Dobriyal) yang turut memiliki kedai manisan di kawasan berdekatan. Pertikaian mereka sampai ke mahkamah dan Gopi menang kes mahkamah tersebut selepas merasuah hakim. Champak kemudiannya dilarang dari menggunakan nama Ghasiteram sebagai nama kedainya. Berbalik pada Tarika, dia sejak kecil dah obses ingin pergi ke London. Dia sering menanya soalan yang sama pada ayahnya bila mereka akan ke London dan ayahnya juga sering memberi jawapan yang sama pada Tarika yang mana mereka akan pergi nanti. Tapi sampai ke sudah tak pergi.

Tarika kini sudah remaja dan tidak begitu pandai dalam pelajaran. Namun satu hari secara tak sengaja Champak telah mencabar Tarika untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan final untuk meraih biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di University Truford di London. Champak berjanji akan membenarkan Tarika ke London sekiranya dia berjaya dalam peperiksaan tersebut. Awalnya Champak yakin yang Tarika tak mampu untuk dapat keputusan cemerlang sekaligus meraih biasiswa. Namun lain jadinya bila Tarika belajar bersungguh - sungguj sehingga berjaya. Walaubagaimanapun biasiswa Tarika telah ditarik balik disebabkan Champak telah mengkritik suami pengetua sekolah tersebut di sebuah majlis khas. Tarika kecewa dan menyalahkan ayahnya manakala Champak pula cuba memujuk dan merayu pengetua sekolah tersebut namun gagal. Akhirnya Champak nekad akan menghantar Tarika untuk belajar di London dengan apa pun caranya. 

Mereka akhirnya ke London, Gopi Bansal turut ikut sekali untuk teman Champak disana. Walaupun mereka bermusuh dalam perniagaan tapi kedua - duanya sayang pada Tarika. Walaubagaimanapun sesuatu berlaku di Airport dan Tarika terpisah dengan ayahnya setelah ayahnya dan pakciknya ditahan dan kemudian mereka dihantar pulang ke India. Nama dan pasport mereka disenaraihitamkan. Champak dan Gopi kemudian ke Pakistan untuk berjumpa seseorang bagi mendapatkan identiti palsu serta passport palsu untuk masuk ke London secara haram. Sampai di London Champak dan Gopi berdepan masalah baru bila mereka secara tak sengaja telah menggagalkan plan Naina Kohli (Kareena Kapoor Khan) yang merupakan seorang pegawai polis yang sedang undercover untuk menangkap penjenayah. Naina curiga dengan kelakuan Champak dan Gopi itu. Manakala Tarika pula seronok berada di London kerana bebas melakukan apa saja tanpa kongkongan ayahnya lagi. 
Angrezi Medium, Hindi Medium, Irrfan Khan Died, Sinopsis Filem Angrezi Medium By Miss Banu,
Champak agak terasa hati dengan kelakuan Tarika yang seolah - olah tidak menghormatinya lagi. Champak dan Gopi kemudian tinggal di bilik sewa kepunyaan Mrs Sampada Kohli (Dimple Kapadia) yang merupakan ibu pada Naina Kohli. Namun hubungan 2 beranak itu agak dingin. Naina dan ibunya sering bergaduh tiap kali berjumpa. Champak dan Gopi akhirnya menemui satu jalan untuk memasukkan Tarika di universiti berkenaan tapi memerlukan duit yang banyak. Akhirnya Champak dan Gopi bersetuju untuk menjual kedai mereka untuk mendapatkan duit tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?. Ending movie Angrezi Medium ini memang happy ending okey.

Read More »

30 Jun 2019

Review Drama Korea - The Hymn Of Death

The Hymn Of Death, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Hymn Of Death, Drama Korea The Hymn Of Death, Review Drama Korea The Hymn Of Death By Miss Banu, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Lee Jong Suk and Shin Hye Sun Drama, Korean Drama Review, Sinopsis Drama Korea The Hymn Of Death, Ending Drama Korea The Hymn Of Death, Sad Ending, Korean Drama 2018, Cast, Pelakon Drama Korea The Hymn Of Death, Lee Jong Suk, Shin Hye Sun, Kim Myung Soo, Park Sun Im, Kim Won Hae, Ko Bo Gyeol, Shin Jae Ha, Lee Sang Yeob, My Favorite Drama, My Feeling, My Opinion, Berdasarkan Kisah Benar,
The Hymn Of Death - Korean Drama Review

Hari ini aku nak buat review drama Korea The Hymn Of Death / Praise Of Death, drama ni boleh dikategorikan sebagai special drama sebab hanya ada 6 episod saja dan disiarkan di channel SBS. Korean Drama The Hymn Of Death ni release pada 27 November 2018 dan tamat episodnya pada 4 Disember 2018 yang lalu. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Korea Where Stars Land dan kemudian akan digantikan dengan drama My Strange Hero. Antara pelakon drama Korea The Hymn Of Death ini adalah Lee Jong Suk, Shin Hye Sun, Kim Myung Soo, Park Sun Im, Kim Won Hae, Ko Bo Gyeol, Shin Jae Ha, Lee Sang Yeob dan ramai lagi. Drama ini berdasarkan kisah benar okey, iaitu mengenai Korea's first soprano singer Yun Sim Deok dan kekasihnya Kim Woo Jin. Kisah mereka berdua ni memang famous, dah banyak difilemkan tapi tulah drama ini berakhir dengan tragedi okey, sad ending gitu. Latar masa drama ini adalah sekitar tahun 1920 hingga 1926 ketika Jepun masih menjajah Joseon / Korea lagi. Gandingan Lee Jong Suk dan Shin Hye Sun memang dinanti - nantikan dan keserasian mereka juga terbaik gitu. Rasanya kedua - dua mereka ni berjaya membawakan watak Yun Sim Deok dan Kim Woo Jin dengan berkesan sekali. Sedih tengok percintaan mereka yang terhalang tu. Bila tengok senarai pelakon drama ni dah macam reunion drama While You Were Sleeping pula sebab ada Lee Jong Suk, Kim Won Hae dan Lee Sang Yeob. Cuma watak Lee Sang Yeob dalam drama The Hymn Of Death ni tak banyaklah sebab dia just cameo je. 
The Hymn Of Death, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Hymn Of Death, Drama Korea The Hymn Of Death, Review Drama Korea The Hymn Of Death By Miss Banu, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Lee Jong Suk and Shin Hye Sun Drama, Korean Drama Review, Sinopsis Drama Korea The Hymn Of Death, Ending Drama Korea The Hymn Of Death, Sad Ending, Korean Drama 2018, Cast, Pelakon Drama Korea The Hymn Of Death, Lee Jong Suk, Shin Hye Sun, Kim Myung Soo, Park Sun Im, Kim Won Hae, Ko Bo Gyeol, Shin Jae Ha, Lee Sang Yeob, My Favorite Drama, My Feeling, My Opinion, Berdasarkan Kisah Benar,
Lebih menarik bila sajak / puisi dan kata - kata dari Kim Woo Jin sebenar turut diselitkan dalam drama ni di scene - scene tertentu dan membuatkan drama ini lebih best dan juga sedih. Aku sebenarnya agak geram dengan bapa dan isteri Kim Woo Jin yang tak pernah cuba untuk faham minat Kim Woo Jin lakonan Lee Jong Suk yang suka menulis tu. Tapi isteri Kim Woo Jin tu pun kesian juga sebab ada suami macam Kim Woo Jin yang tak mencintainya langsung, kahwin pun sebab terpaksa. Zaman dulu - dulu isteri tak boleh nak minta cerai so kena hadaplah dapat suami macam tu. Isteri Kim Woo Jin ni just buat dan dengar arahan bapa mertuanya saja. Bapa Kim Woo Jin lagilah teruk, dia betul - betul halang minat Kim Woo Jin tu, sedangkan Kim Woo Jin dah ikut semua cakap dia dah. Aku suka scene ketika Kim Woo Jin benar - benar luahkan rasa hati dia kat bapa dia tu, tapi bapa dia buat - buat tak faham. Manakala Yun Sim Deok pula terpaksa berkorban dan mendahulukan keluarganya dari keinginannya sendiri. Selain itu aku juga suka dengan wardrobe dan pakaian yang dipakai oleh para pelakon drama ni, sebab semuanya cantik - cantik belaka terutamanya untuk watak Yun Sim Deok yang dilakonkan oleh Shin Hye Sun. Tapi bila fikir balik Yun Sim Deok dan keluarganya sangat miskin tapi pakaian dia lawa - lawalah pulak hehehe. Mungkin sebab dia penyanyi kan, banyak buat show, jadi kena cari jugalah baju lawa - lawa tu kan. 
The Hymn Of Death, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Hymn Of Death, Drama Korea The Hymn Of Death, Review Drama Korea The Hymn Of Death By Miss Banu, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Lee Jong Suk and Shin Hye Sun Drama, Korean Drama Review, Sinopsis Drama Korea The Hymn Of Death, Ending Drama Korea The Hymn Of Death, Sad Ending, Korean Drama 2018, Cast, Pelakon Drama Korea The Hymn Of Death, Lee Jong Suk, Shin Hye Sun, Kim Myung Soo, Park Sun Im, Kim Won Hae, Ko Bo Gyeol, Shin Jae Ha, Lee Sang Yeob, My Favorite Drama, My Feeling, My Opinion, Berdasarkan Kisah Benar,
Selain itu kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai kisah Yun Sim Deok dan Kim Woo Jin ke atau nak tengok gambar real diorang ke, korang boleh search je kat internet tu, banyak cerita yang keluar. Nak lagi best search je kat Youtube untuk dengar nyanyian Yun Sim Deok yang real untuk lagu terakhir yang dirakamkannya di Jepun sebelum dia akhirnya membunuh diri, seram pula bila dengar lagu terakhir nyanyiannya tu. Aku suka dengan suasana tahun 1920an yang digambarkan dalam drama ni, nampak macam betul - betul tahun 1920an. Best layan drama ni walaupun jalan ceritanya sedih, plus episodnya juga tak panjang. Aku bagi 8.8/10 bintang untuk drama ni. Aku share juga sedikit sinopsis drama Korea The Hymn Of Death di bawah ini..
The Hymn Of Death, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Hymn Of Death, Drama Korea The Hymn Of Death, Review Drama Korea The Hymn Of Death By Miss Banu, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Lee Jong Suk and Shin Hye Sun Drama, Korean Drama Review, Sinopsis Drama Korea The Hymn Of Death, Ending Drama Korea The Hymn Of Death, Sad Ending, Korean Drama 2018, Cast, Pelakon Drama Korea The Hymn Of Death, Lee Jong Suk, Shin Hye Sun, Kim Myung Soo, Park Sun Im, Kim Won Hae, Ko Bo Gyeol, Shin Jae Ha, Lee Sang Yeob, My Favorite Drama, My Feeling, My Opinion, Berdasarkan Kisah Benar,
Yun Sim Deok dan Kim Woo Jin berkenalan ketika mereka sama - sama belajar di Jepun, mereka berdua turut terlibat dalam teater dan membuatkan mereka menjadi semakin rapat. Kim Woo Jin dan Yun Sim Deok sama - sama jatuh cinta namun terpaksa melupakan cinta mereka apabila Yun Sim Deok akhirnya tahu yang Kim Woo Jin itu suami orang. Selama 5 tahun mereka membuat haluan masing - masing, namun ketika Yun Sim Deok membuat persembahan di sebuah pentas besar, dia mengharapkan agar Kim Woo Jin menepati janjinya dulu untuk datang melihat persembahannya. Akhirnya Kim Woo Jin benar - benar datang dan mereka akhirnya bertemu semula dan menjadi rapat. Dalam masa yang sama Yun Sim Deok pula didesak oleh keluarganya untuk berkahwin dengan orang kaya. Kim Woo Jin awalnya masih bermain tarik tali untuk meluahkan cintanya pada Yun Sim Deok akhirnya menyuruh Yun Sim Deok menolak lamaran orang kaya itu.
The Hymn Of Death, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Hymn Of Death, Drama Korea The Hymn Of Death, Review Drama Korea The Hymn Of Death By Miss Banu, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Lee Jong Suk and Shin Hye Sun Drama, Korean Drama Review, Sinopsis Drama Korea The Hymn Of Death, Ending Drama Korea The Hymn Of Death, Sad Ending, Korean Drama 2018, Cast, Pelakon Drama Korea The Hymn Of Death, Lee Jong Suk, Shin Hye Sun, Kim Myung Soo, Park Sun Im, Kim Won Hae, Ko Bo Gyeol, Shin Jae Ha, Lee Sang Yeob, My Favorite Drama, My Feeling, My Opinion, Berdasarkan Kisah Benar,
 Mereka berdua akhirnya menjadi kekasih, namun bahagia mereka sekejap saja bila ayah Kim Woo Jin dapat tahu yang K.Woo Jin ada affair dengan perempuan lain. Kim Woo Jin stress dengan sikap ayahnya keluar dari rumah tersebut, manakala Yun Sim Deok pula tertekan dengan fitnah yang melanda dirinya, apabila dia dituduh jual diri pada orang kaya yang telah setuju untuk sponsor pendidikan adik  - adiknya. Fitnah tersebut benar - benar menjejaskan kariernya, dia dipandang serong oleh masyarakat. Kerajaan Jepun juga turut memaksa Yun Sim Deok untuk berkhidmat dengan mereka dengan menjadi penyanyi tetap majlis - majlis yang dianjurkan mereka. 

Jom Baca Ini juga ➔ Review Drama Korea Two Cops

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

14 Jun 2019

Dato Lee Chong Wei Bersara

Lee Chong Wei, Dato Lee Chong Wei, Dato Lee Chong Wei Bersara, Dato Lee Chong Wei Umumkan Persaraannya Pada 13 Jun 2019, Tiada Lagi Harapan Emas Olimpik Malaysia, Kesihatan Lebih Penting Bagi Lee Chong Wei,

To all my family friends and fans. To everyone of you who have been a part of my life, thank you. A real big sincere thank you.
Months ago, all of you knew I had cancer. I fought it. And I thought I fought it well. I thought I could try one more time.
I am just someone who love to play badminton. Someone who love my country. I feared of retiring with regrets. I was scared of not delivering that elusive Olympic gold for Malaysia. So when I was cleared of cancer, I took up my racquet and trained once again.
After few days of light training, I wanted to get clearanyce from my doctor to heighten my training intensity, then i was dealt a major blow. From that scan, doctor shook his head and said i might face the risk of recurrence if I continue to train. Mew Choo crumbled crying. She feared i might be stubborn and continue to pursue my dream.
I was at loss. I thought “How am I supposed to hang up my racket after nearly twenty years of competitive badminton?, “ How about my Olympic dreams?”
At home, i kept myself occupied with my two sons, Kingston and Terrence. I bathed them, I fed them, I taught them badminton. I spent time with them. Most importantly, I really watched them grew up.
Then it struck me to finally make up my mind. I shouldn’t be so selfish. I have played for myself, I have played for my country. This time, I want to play the role of a father, for long long time. I want to see them grow up to be proper men, to get married, to have kids. I want to take care of my wife when she is old too.
So Yes, I have made my decision to quit. I’m sorry that I couldn’t make it to Tokyo this time around. And I’m sorry I didn’t deliver an Olympic gold. But I know I’ve no regrets as I’ve tried my best. My very best.
I hope my name Lee Chong Wei has inspired you all one way or another, same like the way you guys inspired me. Without my family, my teammates, my coaches, and my supporters, I won’t achieve anything.
To my fellow badminton players like the Lin Dans, the Taufiks, the Peter Gades, and Hyun ills. Yup, my time is up. Thank you for the great battles we had. As amazing as it is, i think our era should be coming to an end now. Momota, Victor, Yuqi and Zi Jia, do hold the fort well. Make the world realise badminton is the best sport on earth.
To fellow Malaysian shuttlers, don’t give up the dream. Please remember there are actually thousands of Malaysians praying for your success. Train harder everyday. Always beat yesterday’s training records. Also, a sportsman life is short. Don’t end with regrets. There is actually a young 5 years old Ali, Muthu or Ah Meng idolising you, making you their Malaysian superhero. Don’t disappoint them. Play for the flag, play for Negaraku.
I had no regrets. When i started playing badminton, all I wanted to do is to represent Malaysia. And I believed I did it with pride and honour.
Well. I’m done. Thank you very much to all of you. Lee Chong Wei signing out.
Sumber:- Facebook Official Lee Chong Wei
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

11 Mei 2019

Sinopsis Drama Pia (TV3)

Pia, Drama Pia, Sinopsis Drama Pia, Slot Lestary, TV3, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri, Pia Cast, Pelakon Drama Pia, Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani, Kisah Sedih, Drama Best, OST Pia, Lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel, Zara Zya New Drama, Alif Satar New Drama, Poster Drama Pia,
Sinopsis Drama Pia - Slot Lestary TV3

Drama Pia adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 dan sudah mula bersiaran di TV3 sejak 3 Mei 2019 yang lalu, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Drama Pia ini disiarkan bagi menggantikan drama Cinta Non Grata yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Pia ini adalah Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani dan ramai lagi. Selain itu drama Pia ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Azman Yahya serta diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Memang best layan drama ni, plus para pelakonnya juga terbaik gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Pia, Drama Pia, Sinopsis Drama Pia, Slot Lestary, TV3, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri, Pia Cast, Pelakon Drama Pia, Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani, Kisah Sedih, Drama Best, OST Pia, Lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel, Zara Zya New Drama, Alif Satar New Drama,

Mengisahkan Pia (Zara Zya) yang tersepit di antara tugasnya sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap adiknya yang kurang upaya. Selepas kedua-dua ibu bapanya mati dibunuh, Pia dan adiknya dibela oleh Pak Long Mat. Pia ada seorang adik yang mempunyai masalah 'celebral palsy' bernama Budi (Naim Daniel). Zafran (Alif Satar), rakan mengaji Pia menyukai Pia sejak dari kecil hinggalah ke dewasa. Zafran tinggal bersama bapa dan ibu saudaranya, Mak Ngah Ila (Sheila Rusly) yang bisu. Ila selalu memerhatikan gerak geri Zafran dan tahu akan perkembangan cinta Zafran dan Pia serta cuba menghalangnya. Zafran kemudian menyambung pengajiannya ke luar negara, dan tetap meneruskan hubungannya dengan Pia. Setelah  pulang semula ke tanah air, dia berkahwin dengan Pia walaupun tidak direstui Ila. Nasib tidak menyebelahi Pia apabila Zafran menghantar Budi ke pusat penjagaan kerana mahu Pia memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Sikap cemburu buta Zafran bertukar menjadi agresif gara-gara Pia mendapat mesej dari doktor Budi. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama Pia
⏩ Sumpah nyanyian Naim Daniel


(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

23 Apr 2019

Sinopsis Drama Kamar Kamariah (TV3)

Kamar Kamariah, Drama Kamar Kamariah, Slot Akasia, TV3, Sinopsis Drama Kamar Kamariah, Drama Melayu, Drama 13 Episod, OST Drama Kamar Kamariah, Drama Melayu TV3 2019, Cast, Pelakon Drama Kamar Kamariah, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Tasha Shilla, Syafie Naswip,  Riena Diana, Aidil Aziz, Engku Faridah, Shuhanty Hanafiah, Zetty Shahibullah, Ismail Yaacob, Rose Aida, Mohamad Sobri Hussain, Halimah Naim, Syaza Irwinie, Faiz Katek, Najwa Jaafar,
Sinopsis Drama Kamar Kamariah Slot Akasia TV3

Drama Kamar Kamariah sudah mula bersiaran di slot Akasia TV3 bermula 17 April 2019 yang lalu bagi menggantikan drama Asalkan Dia Bahagia. Antara pelakon drama Kamar Kamariah ini adalah Nabila Huda, Fizz Fairuz, Tasha Shilla, Syafie Naswip,  Riena Diana, Aidil Aziz, Engku Faridah, Shuhanty Hanafiah, Zetty Shahibullah, Ismail Yaacob, Rose Aida, Mohamad Sobri Hussain, Halimah Naim, Syaza Irwinie, Faiz Katek, Najwa Jaafar dan ramai lagi. Selain itu drama Kamar Kamariah ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Memang best layan drama ni, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..


Mengisahkan kehidupan suami isteri bahagia pada pandangan orang lain. Namun isterinya derita sepanjang kehidupan bersama suami. Kekejaman dan kezaliman Murad (Fizz Fairuz) kepada isterinya, Kamariah (Nabila Huda) tidak pernah diketahui orang sekeliling. Dalam naskhah ini juga, menghimpunkan kesabaran isteri yang diduga dengan kezaliman suami. Saban hari dipukul dan disepak teranjang, namun dia masih bertahan. Kamariah wanita dianiaya sejak muda lagi. Kamariah diperkosa oleh lelaki mabuk yang tidak mengaku perbuatannya. Kamariah menganggap kejadian itu balasan tuhan atas pekara maksiat yang dilakukannya. Kamariah berkahwin dengan Murad.

Kamar Kamariah, Drama Kamar Kamariah, Slot Akasia, TV3, Sinopsis Drama Kamar Kamariah, Drama Melayu, Drama 13 Episod, OST Drama Kamar Kamariah, Drama Melayu TV3 2019, Cast, Pelakon Drama Kamar Kamariah, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Tasha Shilla, Syafie Naswip,  Riena Diana, Aidil Aziz, Engku Faridah, Shuhanty Hanafiah, Zetty Shahibullah, Ismail Yaacob, Rose Aida, Mohamad Sobri Hussain, Halimah Naim, Syaza Irwinie, Faiz Katek, Najwa Jaafar,

Murad merupakan seorang lelaki alim dan berhati mulia disisi pandangan orang kampung. Namun sebaliknya Murad berselindung menjalankan perniagaan kelab malam. Dia perlu berkahwin dengan Kamariah atas pilihan ibunya. Konflik bertambah apabila Murad mengetahui kisah silam Kamariah dan Kamariah melahirkan anak yang dianggap bukan darah dagingnya. Keadaan itu menyebabkan Murad menjadi baran dan mendera Kamariah. Kamariah terpaksa merahsiakan yang dia menjadi mangsa deraan Murad  kerana Kamariah sentiasa bimbang Murad akan membunuh anaknya. Didepan keluarga, Murad melayan Kamariah dengan penuh kasih sayang. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Kamariah bahagia?.
Lagu Tema / OST Kamar Kamariah
Aku Bukan Malaikat nyanyian Dato Siti Nurhaliza
➤ Misteri nyanyian Ernie Zakri
➤ Hatiku Milikmu nyanyian Siti Nordiana
➤ Kisah Antara Kita nyanyian One Avenue Band

Jom Baca ini juga ➔ Sinopsis Filem Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

13 Apr 2019

Sinopsis Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh (Astro Ria)

Patah Sayap Bertongkat Paruh, Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh, Karya Hana Ilhami, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Astro Ria 2019, Drama Melayu 2019, Drama Baru Fasha Sandha, Drama Adaptasi Novel, Astro Ria, Slot MegaDrama, Sinopsis Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, OST Patah Sayap Bertongkat Paruh, Cast, Pelakon Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, Dato Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul Husin, Jalil Hamid, Amelina, Jasper Supayah, Sofia Dendroff, Makjah, Aman Aziz, Haziq MacQuistan, Amira Othman, Elly Mazlein, Cat Farish, Farzana Latif, Awang Hamyzan, Adib Haziem, Hanna Aqeela, Lydiawati, Ika Nabila, Ikhlas Jalil,
Sinopsis Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh Slot MegaDrama Astro Ria

Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang sudah bersiaran sejak 3 April 2019 yang lalu. Antara pelakon drama Patah Sayap Bertongkat Paruh ini adalah Dato Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul Husin, Jalil Hamid, Amelina, Jasper Supayah, Sofia Dendroff, Makjah, Aman Aziz, Haziq MacQuistan, Amira Othman, Elly Mazlein, Cat Farish, Farzana Latif, Awang Hamyzan, Adib Haziem, Hanna Aqeela, Lydiawati, Ika Nabila, Ikhlas Jalil dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 14 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Patah Sayap bertongkat Paruh karya novelis Hana Ilhami. Selain itu drama ini diarahkan oleh Along Kamaluddin dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik drama ni kan, plus barisan pelakon pun semuanya best - best belaka. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Patah Sayap Bertongkat Paruh, Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh, Karya Hana Ilhami, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Astro Ria 2019, Drama Melayu 2019, Drama Baru Fasha Sandha, Drama Adaptasi Novel, Astro Ria, Slot MegaDrama, Sinopsis Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, OST Patah Sayap Bertongkat Paruh, Cast, Pelakon Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, Dato Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul Husin, Jalil Hamid, Amelina, Jasper Supayah, Sofia Dendroff, Makjah, Aman Aziz, Haziq MacQuistan, Amira Othman, Elly Mazlein, Cat Farish, Farzana Latif, Awang Hamyzan, Adib Haziem, Hanna Aqeela, Lydiawati, Ika Nabila, Ikhlas Jalil,

Mengisahkan Aliah (Fasha Sandha) yang nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru setelah dicerai oleh suaminya, Hisyam (Zarul Husin). Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman (Jalil Hamid), ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah (Aaron Aziz), teman sekampung Aliah sejak kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah. Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.
Patah Sayap Bertongkat Paruh, Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh, Karya Hana Ilhami, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Astro Ria 2019, Drama Melayu 2019, Drama Baru Fasha Sandha, Drama Adaptasi Novel, Astro Ria, Slot MegaDrama, Sinopsis Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, OST Patah Sayap Bertongkat Paruh, Cast, Pelakon Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, Dato Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul Husin, Jalil Hamid, Amelina, Jasper Supayah, Sofia Dendroff, Makjah, Aman Aziz, Haziq MacQuistan, Amira Othman, Elly Mazlein, Cat Farish, Farzana Latif, Awang Hamyzan, Adib Haziem, Hanna Aqeela, Lydiawati, Ika Nabila, Ikhlas Jalil,
Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. Pelbagai onak dilalui Aliah sepanjang tempoh menyelesaikan kemelut perkahwinannya. Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?

Lagu Tema / OST Patah Sayap Bertongkat Paruh
⏩ Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri
⏩ Biarlah Rahsia nyanyian Siti Nurhaliza


~ Blog Miss Banu Story ~
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

3 Dis 2018

Sinopsis Drama Dian (NTV7)

Dian, Drama Dian, Slot Glamadrama, NTV7, 2018, Drama Melayu, Drama Bersiri, Kisah Sedih, Kisah Hidup Dian, Drama 20 Episod, Dian Cast, Pelakon Drama Dian,  Siti Elizad Sharifuddin, Qi Razali, Fazlina Ahmad Daud, Erra Fazira, Mimi Lana Yasmin Hani, Izzy Reef, Adrea Abdullah, Tony Eusoff, Iman Corinne Adrienne, Watak Pelakon Dalam Drama Dian, Sinopsis Drama Dian, Poster Drama Dian,
Sinopsis Drama Dian (NTV7)

Drama Dian adalah drama terbaru di slot Glamadrama NTV7 yang disiarkan bagi menggantikan drama Rahasia Kasih yang telah tamat episodnya. Drama Dian ini mempunyai 20 episod dan sudah bersiaran di ntv7 sejak 28 November 2018 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 malam. Antara pelakon drama Dian ini adalah Siti Elizad Sharifuddin, Qi Razali, Fazlina Ahmad Daud, Erra Fazira, Mimi Lana Yasmin Hani, Izzy Reef, Adrea Abdullah, Tony Eusoff, Iman Corinne Adrienne dan ramai lagi. Selain itu drama Dian ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah xx Azma Aizal Yussof dan diterbitkan oleh A-10 Alliance Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis, memang nampak menarik drama ini. Sedih betul kisah hidup Dian ini kan. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.

Sinopsis Drama Dian Lakonan Siti Elizad & Qi Razali

Dian (Siti Elizad) seorang wanita yang hanya berpegang kepada prinsip hidupnya terkilan dengan ibunya yang tidak memberi restu atas pilihan hatinya. Dan disebabkan itulah dia terpaksa mengharungi pelbagai pancaroba dan halangan dalam kehidupannya. Dian telah memilih Hisham sebagai pasangan hidupnya walaupun ditentang oleh ibunya Yon Aishah (Fazlina Ahmad Daud). Sebenarnya, ibu Dian mempunyai perancangan untuk mengahwinkan anak perempuannya itu dengan Faris (Tony Eusoff) yang merupakan seorang doktor berjaya. Tapi apakan daya, Dian keras kepala dan tetap ingin berkahwin dengan Hisham (Qi Razali). Selapas mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya itu, Dian dan Hisham telah dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Fiqa dan Aiman. Dian tidak sangka bahawa hisham ialah seorang kaki judi dan suka membazir masa dan wang di kelab-kelab judi setiap malam. Ketagihan berjudi Hisham semakin menjadi-jadi sehingga Dian terpaksa memilih cara alternatif untuk memberi wang kepada suaminya itu. Suatu hari, Hisham bertengkar besar dengan Dian setelah Dian sudah tidak dapat bertahan dengan perangai buruk suaminya itu. 
Dian, Drama Dian, Slot Glamadrama, NTV7, 2018, Drama Melayu, Drama Bersiri, Kisah Sedih, Kisah Hidup Dian, Drama 20 Episod, Dian Cast, Pelakon Drama Dian,  Siti Elizad Sharifuddin, Qi Razali, Fazlina Ahmad Daud, Erra Fazira, Mimi Lana Yasmin Hani, Izzy Reef, Adrea Abdullah, Tony Eusoff, Iman Corinne Adrienne, Watak Pelakon Dalam Drama Dian, Sinopsis Drama Dian, Poster Drama Dian, Drama Best,
Dalam pergelutan, Hisham tertikam dan Dian pula dipenjarakan selama 10 tahun atas cubaan untuk membunuh serta mencederakan suaminya sendiri. Ketika Dian meringkuk dalam penjara, Hisham telah mengambil kesempatan untuk berkahwin dengan Nisa (Yasmin Hani). Nisa terpaksa menjadi ibu kepada Fiqa dan Aiman walaupun dia sebenarnya benci mereka berdua. Tabiat buruk Hisham yang obses dengan judi itu masih belum dapat dibuang, dan masih kerap membuang masa di kelab judi. Siapa sangka walaupun sudah berbini dua, Hisham berkahwin pula dengan Eva Raisya (Erra Fazira). Malangnya Eva tidak tahu bahawa Hisham hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaannya. Masa berlalu dengan pantas sekali. Pejam celik, sudah 10 tahun Dian dipenjarakan. Selepas dibebaskan, Dian mempunyai misi untuk mencari kedua-dua anaknya semula. Hisham yang gila talak pula ingin memenangi hati Dian kembali setelah mengetahui bahawa Dian kini sudah bebasBanyak kejadian yang berlaku apabila Dian cuba menjejaki anaknya. Adakah Dian akan bertemu semula dengan Fiqa dan Aiman? Inginkah Dia untuk pulang semula ke pangkuan Hisham? 
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017