-->
Memaparkan catatan dengan label tv3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tv3. Papar semua catatan

30 Dis 2022

Sinopsis Cermin Kasih (Cerekarama TV3)

Assalammualaikum..
Wahh ada telemovie best di Slot Cerekarama Tv3 yang bertajuk Cermin Kasih lakonan Shaheizy Sam, Tiz Zaqyah, Raja Ilya, dan ramai lagi. Memang sedih cite ni especially bila watak Tiz mengetahui suaminya sebenarnya Pengedar Dadah. Sedih kot dengan lagu latarnya yang mendayu-dayu yang bertajuk Gelombang nyanyian asal Salamiah Hassan. Apapun lakonan mantap dari semua pelakon..Drama ini akan diulang siar di TV9 pada hari ini 30 Disember 2022, pukul 8.30 malam.

Sinopsis Cermin Kasih 

 Mengisahkan Marina (Tiz Zaqyah) anak tunggal kepada Pak Hamdan dan Mak Jah yang berkahwin dengan Amran (Shaheizy Sam) atas pilihan keluarga. Marina merasakan Amran seorang suami yang romantik dan pandai mengambil hatinya. Rumah tangga mereka amat membahagiakan kerana Marina ditatang bagai minyak penuh dan diberikan kemewahan tanpa dia mengetahui pekerjaan sebenar Amran sehinggalah pada suatu hari dia terjumpa dadah kepunyaan Amran. Barulah Marina mengetahui bahawa Amran adalah seorang pengedar dadah.
Marina mahu meninggalkan Amran. Oleh kerana terlalu sayangkan isterinya, Amran menyuntik Marina dengan dadah sehingga mengheret Marina ke dalam kancah penagihan dadah. Marina terus setia bersama Amran bukan lagi kerana mencintai suaminya itu, tetapi kerana dia perlukan bekalan dadah. Apabila rumah mereka diserbu, Amran ditembak mati manakala Marina diberkas Polis. Marina terpaksa menanggung derita menjalani hukuman penjara dalam masa sama dia sedang hamil dan terpaksa melahirkan dan membesarkan anaknya di sebalik tirai cermin.

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Budak Tebing 3 Slot Lestary TV3

Read More »

28 Nov 2022

Finalis Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37)

Finalis AJL37, Finalis Anugerah Juara Lagu 37, ajl37, 12 Lagu Yang Layak Ke AJL37, Anugerah Juara Lagu 37, Anugerah Vokal Terbaik,

Akhirnya terjawab sudah teka - teki mengenai lagu manakah yang akan ke Anugerah Juara Lagu 37 #AJL37 yang akan berlangsung pada 12 Februari 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil. Aku pun tengok juga semi final Muzik Muzik 37 yang berlangsung selama 2 hari tu sebab ada 30 lagu n penyanyi yang berentap pun semuanya best - best belaka. Ikutkan susah nak teka 12 lagu yang akan terpilih tu, apa pun aku nampak persaingan sengit untuk anugerah vokal terbaik AJL37 tu sebab ada Ernie Zakri, Aina Abdul, Dayang Nurfaizah dan juga Marsha. Namun peserta lain pasti akan memberi saingan hebat sebab semua peserta ada suara yang sedap dah hebat - hebat belaka. Apa pun good luck untuk semua finalis AJL37. Jadi jom tengok senarai 12 lagu yang layak ke AJL37 di bawah ini okey..
Senarai lagu layak ke Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37):

Anugerah Terindah
Penyanyi : Alif Satar
Lirik : Alif Satar, Shah Shamshiri & Romeo
Komposer : Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis

Debu 
Penyanyi : Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
Lirik : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim
Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim

Korban
Penyanyi : Ernie Zakri
Lirik : Ernie Zakri
Komposer : Ernie Zakri

Bahagiakan Dia
Penyanyi : Liza Hanim & Shila Amzah
Lirik : Aliff Iskandar & Que Afiq
Komposer : Aliff Iskandar

Satu Malam Di Temasek
Penyanyi : Joe Flizzow & Sonaone
Lirik : Joe Flizzow & Sonaone
Komposer : Sonaone

Kembali Terang
Penyanyi : Marsha Milan
Lirik : Senna
Komposer : Senna & Ajin

Terus Hidup
Penyanyi : Aina Abdul
Lirik : Aina Abdul
Komposer : Aina Abdul

Nang
Penyanyi : Iman Troye
Lirik : Ezra Kong & A.ramle
Komposer : Ezra Kong & A.ramle

Payung Pelangi
Penyanyi : Noki & Mk
Lirik : Noki & Mk
Komposer : Noki & Mk

Sengsara
Penyanyi : Khai Bahar
Lirik : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K
Komposer : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K

Irama
Penyanyi : Shiha Zikir
Lirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves
Komposer : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

Mainan
Penyanyi : Naim Daniel
Lirik : Arisz Ab Rahman
Komposer : Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewanga



Read More »

4 Nov 2020

Drama Hati Yang Tersakiti Episod 1 Hingga Episod 15 (Akhir)

Drama Hati Yang Tersakiti, Drama TV3, Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti, Poster Drama Hati Yang Tersakiti, Pelakon - Pelakon Drama Hati Yang Tersakiti, Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana,
Drama Hati Yang Tersakiti Episod 1 Hingga Episod 15 (Akhir) Lakonan Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana

Drama Hati Yang Tersakiti Lakonan Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana tengah hangat bersiaran di slot Samarinda TV3. Drama yang berkisarkan tentang kecurangan sememangnya seronok untuk ditonton sambil - sambil tu ambil pengajaran juga dari drama ini. Drama Hati Yang Tersakiti ini mempunyai 15 episod sahaja yang mengisahkan tentang Haris lakonan Remy Ishak dan Mona lakonan Nad Zainal yang sentiasa bahagia walaupun mereka belum dikurniakan anak. Konflik mula berlaku bila Mona bertemu semula dengan kawan lamanya bernama Farah Azira yang merupakan seorang model. Farah baru saja bercerai dan tiada tempat tinggal. Mona yang kasihankan Farah mempelawanya untuk tinggal bersamanya. Pergaduhan kecil diantara Mona dan Haris digunakan Farah sebaik mungkin untuk rapat dan menggoda Haris. Haris tergoda dan seterusnya curang, hidup Mona berubah, bahagia yang dirasanya dulu mula menjadi derita bila Farah merampas suaminya. Apa yang berlaku seterusnya? Okey tu serba sedikit sinopsis drama Hati Yang Tersakiti ini ye..
Drama Hati Yang Tersakiti, Drama TV3, Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti, Poster Drama Hati Yang Tersakiti, Pelakon - Pelakon Drama Hati Yang Tersakiti, Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana,
Pada yang terlepas menonton drama ini di TV3, korang boleh tengok drama ini di aplikasi Tonton mahupun di aplikasi Viu
Drama Hati Yang Tersakiti Episod 1 hingga Episod 15 (Episod Akhir) boleh ditonton pada aplikasi viu di link ini : 
https://www.viu.com/ott/my/en/all/video-malay-drama-tv_shows-hati_yang_tersakiti_episode_1-1165797160?containerId=playlist-26269956

Read More »

3 Nov 2020

Episod Akhir Drama Ryan Aralyn (Akasia TV3)

Episod Akhir Drama Ryan Aralyn, Drama Ryan Aralyn, Poster Drama Ryan Aralyn, Sinopsis Drama Ryan Aralyn, Drama Slot Akasia TV3 2020, Drama Baru Zul Ariffin, Drama Baru Raysha Rizrose, Drama Baru Shah Iskandar,

Diam tak diam dah episod akhir drama Ryan Aralyn ni lakonan Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Shah Iskandar, Raja Azura, Arash Mohd, Aishah Atan, Fify Azmi, Kodi Rasheed, Sharifah Husna dan ramai lagi. Lepas 2 watak jahat dalam drama ni mati dan kena tangkap iaitu Hanis dan Alif, kini cuma tinggal Zarul lakonan Shah Iskandar sajalah yang tak habis - habis obses dengan Ara lakonan Raysha Rizrose. Episod akhir drama Ryan Aralyn ni pastilah memfokuskan tentang masalah Ara dan suaminya Ryan lakonan Zul Ariffin. Sama ada diorang akhirnya bercerai atau pun berbaik balik dan happy ending. Rasanya ramai yang geram dengan Ara yang ego dan keras hati yang masih memilih ingin bercerai walaupun dalam hatinya, dia masih sayang pada suaminya Ryan. 

Dengan bekas tunangnya Zarul boleh pula dia senang maafkan, siap boleh borak bagai, dengan suami sendiri lain pulak jadinya. Manakala Ryan pula serahkan bulat - bulat pada Ara untuk buat keputusan dan dia terima saja keputusan Ara. Nampak kat sini mak bapa Ara dan kak Ruby yang banyak jadi orang tengah untuk menasihati kedua - duanya supaya berbaik semula. Ryan pun patut try yakinkan Ara lagi yang dia sangat cintakan Ara, ni macam mengelak nak jumpa. Kat sini dua - dua ada salah tapi aku rasa salah Ara lagi besarlah hahaha, geram pun ya juga dengan si Ara ni. So dalam episod akhir nanti maybe happy endinglah kot hahaha, jarang drama slot Akasia sad ending, betul tak? hehehe. Selepas ini drama Cinta Sekali Lagi lakonan Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha dan Raja Afiq akan menggantikan drama Ryan Aralyn ini.

Update- Drama ni happy ending okey, Ara dan Ryan last sekali dah berbaik semula, tu pun puas Ryan pujuk Ara giler2 haha 

Jom Baca Ini jugak ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Review Drama Korea Hotel Del Luna (TV3)
Read More »

27 Okt 2020

Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta Karya Lily Haslina Nasir

Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Cover Depan Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Drama Adaptasi Novel,
Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta Karya Lily Haslina Nasir (Drama Adaptasi Novel)

Novel Lelaki Lingkungan Cinta Karya Lily Haslina Nasir telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 13 episod yang kini tengah hangat disiarkan di slot Lestary TV3, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Watak Adib akan dilakonkan oleh Naim Daniel, manakala watak Esya pula akan dilakonkan oleh Shasha Abedul. Ismail Izzani pula akan melakonkan watak Zambri dan Shalma Eliana sebagai Salina. Berbalik pada novel Lelaki Lingkungan Cinta ini, ianya diterbitkan pada tahun 2017 oleh Penulisan2u. So jom tengok sinopsis novel ini di bawah okey..
Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Cover Depan Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Drama Adaptasi Novel, Drama Baru Naim Daniel,
Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta Karya Lily Haslina Nasir (Drama Adaptasi Novel)

Antara redup wajah itu, aku menumpang cinta.
Antara kekar tangan ini, engkau aku pimpin.
Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.
Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya... Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib
Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.
Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri
“Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib
“Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!”
– Esya.
Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?
Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Cover Depan Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Drama Adaptasi Novel, Drama Baru Naim Daniel, Drama Baru Ismail Izzani,
Read More »

13 Jul 2020

Novel 7 Hari Mencintaiku 2 Karya Siti Rosmizah

Novel 7 Hari Mencintaiku 2 Karya Siti Rosmizah (Drama Adaptasi Novel), Drama 7 Hari Mencintaiku 2, Cover Depan Novel 7 Hari Mencintaiku 2, Sinopsis Novel 7 Hari Mencintaiku 2,

Novel 7 Hari Mencintaiku 2 karya novelis terkenal Siti Rosmizah telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 33 episod yang kini disiarkan di slot Akasia TV3. Sebelum ini drama 7 Hari Mencintaiku memang mendapat sambutan hangat dari penonton serta mendapat rating yang tinggi. Kini drama tersebut kembali lagi dengan konflik yang lebih hebat. Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini dibintangi oleh Shukri Yahaya, Siti Saleha, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jasmin Hamid, Jaja Iliyes, Bil Azali, Faye Kusairi, Wafariena Roslan, Dhia Irdina, Puteri Rafasya, Sean Lee dan ramai lagi. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini beserta sinopsis novelnya sekali ye di bawah ini.

Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Kazar Saisi sebagai Pak Samad
Liza Abdullah sebagai Mak Leha

Syazwan Zulkifli sebagai Helmi
Wan Sharmila sebagai Sofi
Bil Azali sebagai Zaidi
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Jasmin Hamid sebagai Hayati
Shaharuddin Tambi sebagai Dato Johari
Faye Kusairi sebagai Syakila
Idris Mat Diah sebagai Pak Andak
Anne Abdullah sebagai Mak Andak
Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain

Syaffiq Sahli sebagai Jali
Sean Lee sebagai Adam
Dhia Irdina sebagai Alisa
Puteri Rafasya sebagai Kenit
Razzuan sebagai Fariz
Shamielya sebagai Azura

Sinopsis Novel 7 Hari Mencintaiku 2

Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!” Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!” 
Novel 7 Hari Mencintaiku 2 Karya Siti Rosmizah (Drama Adaptasi Novel), Drama 7 Hari Mencintaiku 2, Poster Drama Drama 7 Hari Mencintaiku 2,
Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.”Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!” Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.” Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.

Jom Baca Ini juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Resepi Daging Blackpepper
Read More »

2 Mei 2020

Novel Bukan Gadis Biasa Karya Liza Nur

Novel Bukan Gadis Biasa Karya Liza Nur, Drama Bukan Gadis Biasa, Drama Adaptasi Novel, Drama Slot Akasia TV3, Drama Bulan Ramadan, Cover Depan Novel Bukan Gadis Biasa, Senarai Pelakon Utama Drama Bukan Gadis Biasa, Remy Ishak, Ayda Jebat, Nazim Othman, Sheila Rusly, Mas Khan, Ozlynn Waty, Lia Natalia,

Novel Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod dan kini tengah hangat disiarkan di slot Akasia TV3. Pelakon Remy Ishak akan membawa watak sebagai Rayyan dalam drama Bukan Gadis Biasa ini. Manakala Ayda Jebat pula akan melakonkan watak sebagai Jo / Johana. Nazim Othman sebagai Amir, Mas Khan sebagai Amirul, Sheila Rusly sebagai Opah Aminah dan ramai lagi. Berbalik pada novel Bukan Gadis Biasa ni, ianya menyingkap ceritera manusia-manusia yang pernah melalui zaman gelap ketika kecil. Ia didukung oleh watak-watak yang kuat untuk meninggalkan impak yang mendalam kepada para pembaca. Johana anak seorang penjenayah dan penagih dadah. Namun, ia tidak menyekat dia supaya berusaha untuk keluar dari label gagal yang diletakkan manusia padanya. 

Rayyan pula mangsa dera yang kerapkali dipijak. Tetapi, semangatnya untuk berjaya menjadikan dia lelaki cekal yang tidak pernah mengenal erti putus-asa. Watak-watak ini terjerut dengan pelbagai pemasalahan dunia dan seperti manusia-manusia biasa yang lain, adakalanya mereka menerima penangan emosi yang dahsyat. Selain itu novel Bukan Gadis Biasa ini juga mengangkat nilai kasih sayang, persaudaraan dan persahabatan yang menjadi tujang utama karya. Tema cinta menjadi perencah yang menambah kemanisan watak-wataknya disamping mengetengahkan isu-isu tenat seperti penderaan kanak-kanak dan jenayah. Karya Bukan Gadis Biasa juga terselit humor yang membuatkan pembaca lebih relaks meskipun ia membawa tema yang berat.


Read More »

27 Jan 2020

Drama Seadanya Aku Lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya (TV3)

Seadanya Aku, Drama Seadanya Aku, Novel Seadanya Aku, Karya Rissa Adhiya, Drama Adaptasi Novel, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia Tv3, OST Drama Seadanya Aku, Poster Drama Seadanya Aku, Watak Pelakon Dalam Drama Seadanya Aku, Sinopsis Drama Seadanya Aku, Senarai Pelakon Drama Seadanya Aku, Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Norish Karman, Ainina Ahmad, Jasmin Hamid, Anne Abdullah, Drama Baru Azlee Khairi, Drama Baru Zara Zya, Drama Baru Redza Rosli, Drama Baru Elvina Mohamad,

Drama Seadanya Aku adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Adellea Sofea lakonan Ungku Ismail Aziz dan Mira Filzah yang telah tamat episodnya. Drama 28 episod ini merupakan adaptasi daripada Novel Seadanya Aku karya Rissa Adhiya dan drama ini sudah mula bersiaran di slot Akasia TV3 bermula 15 Januari 2020 yang lalu. Antara pelakon drama Seadanya Aku ini adalah Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Norish Karman, Ainina Ahmad B, Jasmin Hamid, Anne Abdullah dan ramai lagi. Drama ini juga adalah drama comeback Azlee Khairi selepas menyepikan diri dari dunia lakonan beberapa tahun. 

Lebih menarik bila Azlee Khairi bergandingan semula dengan heroin lamanya iaitu Zara Zya, dimana mereka berdua pernah mencetuskan fenomena menerusi drama Love You Mr. Arrogant. Elvina Mohamad dan Redza Rosli turut reunion semula dalam drama ini selepas drama Isteri Untuk Diiktiraf. Selain itu drama ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Seadanya Aku ini serta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.
Seadanya Aku, Drama Seadanya Aku, Novel Seadanya Aku, Karya Rissa Adhiya, Drama Adaptasi Novel, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia Tv3, OST Drama Seadanya Aku, Poster Drama Seadanya Aku, Watak Pelakon Dalam Drama Seadanya Aku, Sinopsis Drama Seadanya Aku, Senarai Pelakon Drama Seadanya Aku, Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Norish Karman, Ainina Ahmad, Jasmin Hamid, Anne Abdullah, Drama Baru Azlee Khairi, Drama Baru Zara Zya,
Watak Pelakon

Azlee Khairi sebagai Zarul
Zara Zya sebagai Aufiya

Elvina Mohamad sebagai Wina Ahmad

Redza Rosli sebagai Taufik

Dayana Roza sebagai Zureen

Fadlan Hazim sebagai Hadi
Sharifah Husna sebagai Eliza
Norish Karman sebagai Kartina
Ainina Ahmad sebagai Salma
Jasmin Hamid sebagai Jumah


Sinopsis Drama Seadanya Aku - Slot Akasia TV3

Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. Namun muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya. Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.
Seadanya Aku, Drama Seadanya Aku, Novel Seadanya Aku, Karya Rissa Adhiya, Drama Adaptasi Novel, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia Tv3, OST Drama Seadanya Aku, Poster Drama Seadanya Aku, Watak Pelakon Dalam Drama Seadanya Aku, Sinopsis Drama Seadanya Aku, Senarai Pelakon Drama Seadanya Aku, Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Norish Karman, Ainina Ahmad, Jasmin Hamid, Anne Abdullah, Drama Baru Azlee Khairi, Drama Baru Zara Zya, Drama Baru Redza Rosli, Drama Baru Elvina Mohamad,
Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud  perasaan cemburu antara mereka.

Senarai Lagu Tema / OST Drama Seadanya Aku
⏩ Seadanya Aku nyanyian Ippo Hafiz
⏩ Berdua nyanyian Ippo Hafiz
⏩ Setiap Mahumu nyanyian Azura Aziz
⏩ Yang Terakhir nyanyian Heedan Mohamad
⏩ Lumpuh nyanyian Izzal Anuar
⏩ Jangan Khianati Aku nyanyian Azlan & The Typewriter
⏩ Dalam Diam nyanyian Tiesha
⏩ Picissan nyanyian Adzrin

My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature, Blogger Miss Banu,
Read More »

31 Okt 2019

Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki (Akasia TV3)

Setelah Ku Dimiliki, Drama Setelah Ku Dimiliki, Novel Setelah Ku Dimiliki, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Karya Novelis Zaza Qry, Drama Melayu TV3, Drama Bersiri TV3 2019, Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia TV3, Watak Pelakon Dalam Drama Setelah Ku Dimiliki, OST Setelah Ku Dimiliki, Poster Drama Setelah Ku Dimiliki, Tiz Zaqyah New Drama, Intan Najuwa New Drama, Drama Baru Zul Ariffin, Senarai Pelakon Drama Setelah Ku Dimiliki,  Zul Ariffin, Intan Najuwa, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Hilal Azman, Daniella Sya, Halim Radzi, Drama Arahan Osman Ali,

Drama Setelah Ku Dimiliki ini telah pun disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 29 Oktober yang lalu dan mempunyai 28 episod. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry dan drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Lelakimu Yang Dulu yang telah tamat episodnya. Selain itu drama Setelah Ku Dimiliki ini disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3. Antara pelakon drama Setelah Ku Dimiliki ini adalah Zul Ariffin, Intan Najuwa, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Hilal Azman, Daniella Sya, Halim Radzi dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Macam best je drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Tapi sebelum tu jom tengok juga watak - watak pelakon drama Setelah Ku Dimiliki.

Intan Najuwa sebagai Sarrafia
Zul Ariffin sebagai Adriz
Tiz Zaqyah sebagai Sarlina
Zaki Azeman sebagai Noh
Lia Natalia sebagai Hirda
Fahmi Reza sebagai Haqif
Rahhim Omar sebagai Rahimin
Zulhelmy sebagai Halil
Adeline Tsen sebagai Ufaira
Kuza sebagai Bonda Ummi
Aleza Shadan sebagai Sabrina
Hilal Azman sebagai Shamsul
Daniella Sya sebagai Ann
Halim Radzi sebagai Zakir
Setelah Ku Dimiliki, Drama Setelah Ku Dimiliki, Novel Setelah Ku Dimiliki, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Karya Novelis Zaza Qry, Drama Melayu TV3, Drama Bersiri TV3 2019, Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia TV3, Watak Pelakon Dalam Drama Setelah Ku Dimiliki, OST Setelah Ku Dimiliki, Poster Drama Setelah Ku Dimiliki, Tiz Zaqyah New Drama, Intan Najuwa New Drama, Drama Baru Zul Ariffin, Senarai Pelakon Drama Setelah Ku Dimiliki,  Zul Ariffin, Intan Najuwa, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Hilal Azman, Daniella Sya, Halim Radzi, Drama Arahan Osman Ali,
Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki Slot Akasia TV3

Mengisahkan mengenai konflik cinta di antara Sarra dan Adriz yang diuji dengan pelbagai dugaan. Kerana dosa silamnya, Sarra dihalau ibunya dan membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju.  Sarra bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Azirah. Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz di Rumah Azirah membuatkan hati Sarra berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah. Encik Rahimin yang juga pengasas Rumah Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya, dan atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Azirah. 
Setelah Ku Dimiliki, Drama Setelah Ku Dimiliki, Novel Setelah Ku Dimiliki, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Karya Novelis Zaza Qry, Drama Melayu TV3, Drama Bersiri TV3 2019, Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia TV3, Watak Pelakon Dalam Drama Setelah Ku Dimiliki, OST Setelah Ku Dimiliki, Poster Drama Setelah Ku Dimiliki, Tiz Zaqyah New Drama, Intan Najuwa New Drama, Drama Baru Zul Ariffin, Senarai Pelakon Drama Setelah Ku Dimiliki,  Zul Ariffin, Intan Najuwa, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Hilal Azman, Daniella Sya, Halim Radzi, Drama Arahan Osman Ali,
Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain. Adriz cuba mendekati Sarra, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Tetapi semakin Sarra mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarra. Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarra bersikap dingin dengannya. Namun sebenarnya, dalam hati Sarra, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz, yang mempunyai kisah silam dengannya, yang akhirnya sah menjadi suaminya. Namun, rumah tangga mereka mula menemui cabaran apabila kakak tirinya, Lina sendiri ingin memiliki Adriz tanpa pengetahuannya. Adakah Lina berjaya merobohkan istana cinta Sarra yang terbina bersama Adriz? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarra dan Adriz?

Lagu Tema / OST Drama Setelah Ku Dimiliki
⏩ Damaikanlah nyanyian Ika Mustafa

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature,
Read More »

27 Sep 2019

Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu (Akasia TV3)

Lelakimu Yang Dulu, Drama Lelakimu Yang Dulu, Novel Lelakimu Yang Dulu, Karya Farah Darianna, Baca Online Novel Lelakimu Yang Dulu, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri, Sinopsis Lelakimu Yang Dulu, OST Lelakimu Yang Dulu, Senarai Pelakon Drama Lelakimu Yang Dulu, Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Arryyan Petra, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Syafnida Shuhaimi, Dato Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee, Omar Abdullah, Rosnah Johari, Hamidah Wahab, Tash Yong, Poster Drama Lelakimu Yang Dulu, Drama Baru Nelydia Senrose, Drama Baru Sharnaaz Ahmad,

Drama Lelakimu Yang Dulu adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Kau Yang Pertama lakonan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Lelakimu Yang Dulu ini adalah Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Arryyan Petra, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Syafnida Shuhaimi, Dato Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee, Omar Abdullah, Rosnah Johari, Hamidah Wahab, Tash Yong dan ramai lagi. Drama 28 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Lelakimu Yang Dulu karya novelis Farah Darianna. Selain itu drama Lelakimu Yang Dulu ini sudah mula bersiaran di tv3 bermula 19 September yang lalu dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini serta diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Lelakimu Yang Dulu, Drama Lelakimu Yang Dulu, Novel Lelakimu Yang Dulu, Karya Farah Darianna, Baca Online Novel Lelakimu Yang Dulu, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri, Sinopsis Lelakimu Yang Dulu, OST Lelakimu Yang Dulu, Senarai Pelakon Drama Lelakimu Yang Dulu, Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Arryyan Petra, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Syafnida Shuhaimi, Dato Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee, Omar Abdullah, Rosnah Johari, Hamidah Wahab, Tash Yong, Poster Drama Lelakimu Yang Dulu, Drama Baru Nelydia Senrose, Drama Baru Sharnaaz Ahmad,
Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu - Slot Akasia TV3

Mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul (Sharnaaz Ahmad) dan Daliya (Nelydia Senrose) apabila mereka terpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol. Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu Hazrul dan ingin mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun, Hazrul masih mendiamkan diri. Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan untuk membawa diri. Beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi dia disahkan mengandung. Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada Hazrul. Daliya ditemukan dengan Nazli (Redza Rosli), Zana (Nadia Brian), dan Ibu Maryam (Azizah Mahzan) apabila Daliya pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.
Lelakimu Yang Dulu, Drama Lelakimu Yang Dulu, Novel Lelakimu Yang Dulu, Karya Farah Darianna, Baca Online Novel Lelakimu Yang Dulu, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri, Sinopsis Lelakimu Yang Dulu, OST Lelakimu Yang Dulu, Senarai Pelakon Drama Lelakimu Yang Dulu, Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Arryyan Petra, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Syafnida Shuhaimi, Dato Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee, Omar Abdullah, Rosnah Johari, Hamidah Wahab, Tash Yong, Poster Drama Lelakimu Yang Dulu, Drama Baru Nelydia Senrose, Drama Baru Sharnaaz Ahmad,
Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazli apabila dia mula ada hati dengan Daliya. Berlainan pula dengan Zana, dia tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya. Selepas dua tahun, Hazrul dan Daliya ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Hazrul. Hazrul berusaha untuk memiliki anak mereka, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya. Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tidak setia. Daliya meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya. Adakah rasa dendam akan terus mengatasi rasa cinta Hazrul buat Daliya? Dapatkah Daliya menerima Hazrul kembali?

Lagu Tema / OST Drama Lelakimu Yang Dulu
⏩ Takdir Tercipta nyanyian Hafiz Suip dan Adira Suhaimi

Jom Baca Ini Juga ➔ Baca Online Novel Lelakimu Yang Dulu

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017