-->
Memaparkan catatan dengan label Episod. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Episod. Papar semua catatan

4 Jun 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Scammer 2

Ending Scammer 2, Episod Akhir Drama Scammer 2, Drama Scammer 2 Lakonan Bato Kusyairy, Zahiril Adzim dan Farah Nabilah, Sinopsis Scammer 2, Sinopsis Episod Akhir Drama Scammer 2, Drama Scammer 3,
Episod Akhir dan Ending Drama Scammer 2 

Berakhir sudah drama Scammer 2 lakonan Beto Kusyairy, Zahiril Adzim dan Farah Nabilah ni, drama ini mempunyai 28 episod dan disiarkan di Astro Ria. Best juga layan drama Scammer 2, aku tengok kedua - dua season iaitu Scammer 1 dan Scammer 2. Kalau season one jalan ceritanya lebih pada money laundering (cuci duit) manakala season 2 ni, jalan ceritanya sedikit beratlah sebab berkisarkan balas dendam, penipuan serta kisah penunggang agama. Scammer 2 ini mengisahkan tentang Taqriz yang nak balas dendam atas kematian ayahnya iaitu Cikgu Shah yang dikatakan menipu duit orang kampung lalu dibunuh. Taqriz mencari seorang demi seorang yang bertanggungjawab atas kematian ayahnya dan ingin membersihkan nama ayahnya. Walaupun usahanya membuahkan hasil namun Taqriz turut hilang orang - orang yang disayanginya akibat dendamnya itu. Episod akhir drama Scammer 2 ini menyaksikan Rudy lakonan Zahiril Adzim dah kantoi dan polis dah tahu dia yang membunuh Yanti lalu Rudy bertindak melarikan diri dan memaksa isterinya Hajar untuk ikut dia sekali.

Taqriz turut mengejar Rudy dan mereka sempatlah berlawan, bertumbuk bagai. Geram jugak aku dengan mak Rudy yang protect anak dia tahap gila - gila, no wonderlah anak dia pun jadi tak betul. Akhirnya mak Rudy tu dengan angkuhnya mengaku dia yang bunuh bapa Taqriz semua. Manakala Taqriz berjaya menahan marahnya dari membunuh mak Rudy tu dan menyerahkan mak Rudy pada polis. Ending drama Scammer 2 bagi aku agak menarik bila Amy lakonan Siti Saleha dan Inspektor Aqil lakonan Wan Raja dari season 1 datang berjumpa Taqriz dan Liya untuk ajak diorang sama - sama menyiasat tentang duit hilang. Aku terfikir gak kalau diorang gabungkan pelakon season 1 dan 2 untuk next season mesti lagi best kan, tapi tak sure la kalau nanti akan ada drama Scammer 3 pula hahaha..



Read More »

3 Nov 2020

Episod Akhir Drama Ryan Aralyn (Akasia TV3)

Episod Akhir Drama Ryan Aralyn, Drama Ryan Aralyn, Poster Drama Ryan Aralyn, Sinopsis Drama Ryan Aralyn, Drama Slot Akasia TV3 2020, Drama Baru Zul Ariffin, Drama Baru Raysha Rizrose, Drama Baru Shah Iskandar,

Diam tak diam dah episod akhir drama Ryan Aralyn ni lakonan Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Shah Iskandar, Raja Azura, Arash Mohd, Aishah Atan, Fify Azmi, Kodi Rasheed, Sharifah Husna dan ramai lagi. Lepas 2 watak jahat dalam drama ni mati dan kena tangkap iaitu Hanis dan Alif, kini cuma tinggal Zarul lakonan Shah Iskandar sajalah yang tak habis - habis obses dengan Ara lakonan Raysha Rizrose. Episod akhir drama Ryan Aralyn ni pastilah memfokuskan tentang masalah Ara dan suaminya Ryan lakonan Zul Ariffin. Sama ada diorang akhirnya bercerai atau pun berbaik balik dan happy ending. Rasanya ramai yang geram dengan Ara yang ego dan keras hati yang masih memilih ingin bercerai walaupun dalam hatinya, dia masih sayang pada suaminya Ryan. 

Dengan bekas tunangnya Zarul boleh pula dia senang maafkan, siap boleh borak bagai, dengan suami sendiri lain pulak jadinya. Manakala Ryan pula serahkan bulat - bulat pada Ara untuk buat keputusan dan dia terima saja keputusan Ara. Nampak kat sini mak bapa Ara dan kak Ruby yang banyak jadi orang tengah untuk menasihati kedua - duanya supaya berbaik semula. Ryan pun patut try yakinkan Ara lagi yang dia sangat cintakan Ara, ni macam mengelak nak jumpa. Kat sini dua - dua ada salah tapi aku rasa salah Ara lagi besarlah hahaha, geram pun ya juga dengan si Ara ni. So dalam episod akhir nanti maybe happy endinglah kot hahaha, jarang drama slot Akasia sad ending, betul tak? hehehe. Selepas ini drama Cinta Sekali Lagi lakonan Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha dan Raja Afiq akan menggantikan drama Ryan Aralyn ini.

Update- Drama ni happy ending okey, Ara dan Ryan last sekali dah berbaik semula, tu pun puas Ryan pujuk Ara giler2 haha 

Jom Baca Ini jugak ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Review Drama Korea Hotel Del Luna (TV3)
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017