-->
Memaparkan catatan dengan label Zul Ariffin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zul Ariffin. Papar semua catatan

3 Nov 2020

Episod Akhir Drama Ryan Aralyn (Akasia TV3)

Episod Akhir Drama Ryan Aralyn, Drama Ryan Aralyn, Poster Drama Ryan Aralyn, Sinopsis Drama Ryan Aralyn, Drama Slot Akasia TV3 2020, Drama Baru Zul Ariffin, Drama Baru Raysha Rizrose, Drama Baru Shah Iskandar,

Diam tak diam dah episod akhir drama Ryan Aralyn ni lakonan Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Shah Iskandar, Raja Azura, Arash Mohd, Aishah Atan, Fify Azmi, Kodi Rasheed, Sharifah Husna dan ramai lagi. Lepas 2 watak jahat dalam drama ni mati dan kena tangkap iaitu Hanis dan Alif, kini cuma tinggal Zarul lakonan Shah Iskandar sajalah yang tak habis - habis obses dengan Ara lakonan Raysha Rizrose. Episod akhir drama Ryan Aralyn ni pastilah memfokuskan tentang masalah Ara dan suaminya Ryan lakonan Zul Ariffin. Sama ada diorang akhirnya bercerai atau pun berbaik balik dan happy ending. Rasanya ramai yang geram dengan Ara yang ego dan keras hati yang masih memilih ingin bercerai walaupun dalam hatinya, dia masih sayang pada suaminya Ryan. 

Dengan bekas tunangnya Zarul boleh pula dia senang maafkan, siap boleh borak bagai, dengan suami sendiri lain pulak jadinya. Manakala Ryan pula serahkan bulat - bulat pada Ara untuk buat keputusan dan dia terima saja keputusan Ara. Nampak kat sini mak bapa Ara dan kak Ruby yang banyak jadi orang tengah untuk menasihati kedua - duanya supaya berbaik semula. Ryan pun patut try yakinkan Ara lagi yang dia sangat cintakan Ara, ni macam mengelak nak jumpa. Kat sini dua - dua ada salah tapi aku rasa salah Ara lagi besarlah hahaha, geram pun ya juga dengan si Ara ni. So dalam episod akhir nanti maybe happy endinglah kot hahaha, jarang drama slot Akasia sad ending, betul tak? hehehe. Selepas ini drama Cinta Sekali Lagi lakonan Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha dan Raja Afiq akan menggantikan drama Ryan Aralyn ini.

Update- Drama ni happy ending okey, Ara dan Ryan last sekali dah berbaik semula, tu pun puas Ryan pujuk Ara giler2 haha 

Jom Baca Ini jugak ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Review Drama Korea Hotel Del Luna (TV3)
Read More »

31 Okt 2019

Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki (Akasia TV3)

Setelah Ku Dimiliki, Drama Setelah Ku Dimiliki, Novel Setelah Ku Dimiliki, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Karya Novelis Zaza Qry, Drama Melayu TV3, Drama Bersiri TV3 2019, Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia TV3, Watak Pelakon Dalam Drama Setelah Ku Dimiliki, OST Setelah Ku Dimiliki, Poster Drama Setelah Ku Dimiliki, Tiz Zaqyah New Drama, Intan Najuwa New Drama, Drama Baru Zul Ariffin, Senarai Pelakon Drama Setelah Ku Dimiliki,  Zul Ariffin, Intan Najuwa, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Hilal Azman, Daniella Sya, Halim Radzi, Drama Arahan Osman Ali,

Drama Setelah Ku Dimiliki ini telah pun disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 29 Oktober yang lalu dan mempunyai 28 episod. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry dan drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Lelakimu Yang Dulu yang telah tamat episodnya. Selain itu drama Setelah Ku Dimiliki ini disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3. Antara pelakon drama Setelah Ku Dimiliki ini adalah Zul Ariffin, Intan Najuwa, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Hilal Azman, Daniella Sya, Halim Radzi dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Macam best je drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Tapi sebelum tu jom tengok juga watak - watak pelakon drama Setelah Ku Dimiliki.

Intan Najuwa sebagai Sarrafia
Zul Ariffin sebagai Adriz
Tiz Zaqyah sebagai Sarlina
Zaki Azeman sebagai Noh
Lia Natalia sebagai Hirda
Fahmi Reza sebagai Haqif
Rahhim Omar sebagai Rahimin
Zulhelmy sebagai Halil
Adeline Tsen sebagai Ufaira
Kuza sebagai Bonda Ummi
Aleza Shadan sebagai Sabrina
Hilal Azman sebagai Shamsul
Daniella Sya sebagai Ann
Halim Radzi sebagai Zakir
Setelah Ku Dimiliki, Drama Setelah Ku Dimiliki, Novel Setelah Ku Dimiliki, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Karya Novelis Zaza Qry, Drama Melayu TV3, Drama Bersiri TV3 2019, Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia TV3, Watak Pelakon Dalam Drama Setelah Ku Dimiliki, OST Setelah Ku Dimiliki, Poster Drama Setelah Ku Dimiliki, Tiz Zaqyah New Drama, Intan Najuwa New Drama, Drama Baru Zul Ariffin, Senarai Pelakon Drama Setelah Ku Dimiliki,  Zul Ariffin, Intan Najuwa, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Hilal Azman, Daniella Sya, Halim Radzi, Drama Arahan Osman Ali,
Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki Slot Akasia TV3

Mengisahkan mengenai konflik cinta di antara Sarra dan Adriz yang diuji dengan pelbagai dugaan. Kerana dosa silamnya, Sarra dihalau ibunya dan membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju.  Sarra bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Azirah. Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz di Rumah Azirah membuatkan hati Sarra berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah. Encik Rahimin yang juga pengasas Rumah Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya, dan atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Azirah. 
Setelah Ku Dimiliki, Drama Setelah Ku Dimiliki, Novel Setelah Ku Dimiliki, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Karya Novelis Zaza Qry, Drama Melayu TV3, Drama Bersiri TV3 2019, Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia TV3, Watak Pelakon Dalam Drama Setelah Ku Dimiliki, OST Setelah Ku Dimiliki, Poster Drama Setelah Ku Dimiliki, Tiz Zaqyah New Drama, Intan Najuwa New Drama, Drama Baru Zul Ariffin, Senarai Pelakon Drama Setelah Ku Dimiliki,  Zul Ariffin, Intan Najuwa, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Hilal Azman, Daniella Sya, Halim Radzi, Drama Arahan Osman Ali,
Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain. Adriz cuba mendekati Sarra, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Tetapi semakin Sarra mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarra. Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarra bersikap dingin dengannya. Namun sebenarnya, dalam hati Sarra, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz, yang mempunyai kisah silam dengannya, yang akhirnya sah menjadi suaminya. Namun, rumah tangga mereka mula menemui cabaran apabila kakak tirinya, Lina sendiri ingin memiliki Adriz tanpa pengetahuannya. Adakah Lina berjaya merobohkan istana cinta Sarra yang terbina bersama Adriz? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarra dan Adriz?

Lagu Tema / OST Drama Setelah Ku Dimiliki
⏩ Damaikanlah nyanyian Ika Mustafa

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature,
Read More »

21 Nov 2018

Sinopsis Drama Seribu Rindu (TV3)

Seribu Rindu, Drama Seribu Rindu, Slot Akasia, TV3, Kisah Cinta Tiga Segi, Sinopsis Drama Seribu Rindu, Poster Drama Seribu Rindu, Seribu Rindu Cast, Pelakon Drama Seribu Rindu,  Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Mona Allen, Ku Faridah, Fadlan Hazim, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Julia Farhana Marin, Ainul Aishah, Doria Rachel Jolly, 2018, Biodata Azira Shafinaz, Cinta,
Sinopsis Drama Seribu Rindu Slot Akasia TV3

Drama Seribu Rindu adalah drama terbaru di slot Akasia yang disiarkan bagi menggantikan Drama Villa Ghazara yang telah tamat episodnya. Drama Seribu Rindu ini sudah mula bersiaran di slot Akasia, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam sejak 12 November 2018 yang lalu. Antara pelakon drama Seribu Rindu ini adalah Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Mona Allen, Ku Faridah, Fadlan Hazim, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Julia Farhana Marin, Ainul Aishah, Doria Rachel Jolly dan ramai lagi. Selain itu drama 28 episod ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis drama ini, memang nampak menarik juga jalan ceritanya, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Seribu Rindu, Drama Seribu Rindu, Slot Akasia, TV3, Kisah Cinta Tiga Segi, Sinopsis Drama Seribu Rindu, Poster Drama Seribu Rindu, Seribu Rindu Cast, Pelakon Drama Seribu Rindu,  Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Mona Allen, Ku Faridah, Fadlan Hazim, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Julia Farhana Marin, Ainul Aishah, Doria Rachel Jolly, 2018, Biodata Azira Shafinaz, Cinta,
Sinopsis Drama Seribu Rindu Lakonan Zul Ariffin dan Azira Shafinaz

Mengisahkan percintaan 3 segi antara Zul Ariffin (Irfan), Maisara (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim).  Irfan merupakan seorang Chef yang sudah lama menyukai Maisara sejak kecil lagi. Kerana, Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tok Ma yang merupakan nenek kepada Maisara. Namun, sebenarnya kepulangan Maisara ke kampung adalah disebabkan konflik yang berlaku antara dirinya dan Dr. Ariel. Cinta Maisarah dan Airel, yang telah bersemai sejak zaman universiti lagi terhalang apabila, bapa Airel, Datuk Muiz merancang mahu menyatukan Ariel dan Damia, anak kepada rakan perniagannya. Konflik antara mereka semakin rumit apabila Irfan mengambil keputusan untuk mengahwini Maisara, tetapi Ariel muncul semula demi menagih cinta Maisara. Apa yang berlaku seterusnya?.

Lagu Tema / OST Drama Seribu Rindu
➔ Jutaan Purnama nyanyian Alyah

Jom Baca ini juga ➔ Biodata Terkini Azira Shafinaz
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

27 Apr 2018

Novel Ti Amo, Sweetheart 100 Hari (Baca Online)

Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri 5 Episod, Drama Melayu, Novel, Novelis, Suri Ryana, Baca Online Novel, Novel Ti Amo Sweetheart 100 Hari, Drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari, Sinopsis Ti Amo Sweetheart 100 Hari, Watak, Iskandar, Malissa, Dina, Arahan Michael Ang, Pelakon Drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari, Zul Ariffin, Neelofa,
Baca Online Novel Ti Amo, Sweetheart 100 Hari

Nampaknya Novel Ti Amo, Sweetheart 100 Hari karya novelis popular Suri Ryana telah diadaptasikan menjadi drama bersiri 5 episod. Memang dah banyak novel - novel karya Suri Ryana ini diadaptasikan menjadi drama mahu pun filem gitu. Terbaru Novel Ti Amo, Sweetheart 100 Hari ini akan dijadikan drama Ti Amo, Sweetheart 100 Hari yang diarahkan oleh Michael Ang. Manakala hero untuk drama adaptasi novel ini adalah Zul Ariffin yang akan memegang watak sebagai Iskandar. Heroin untuk drama ini pula adalah Neelofa yang akan memegang watak sebagai Malissa. Aku rasa maybe drama Ti Amo, Sweetheart 100 Hari ini akan disiarkan di Astro First kot, apa pun itu cuma tekaan aku jela hehe. Apa pun jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye..

 Sinopsis Novel Ti Amo Sweetheart 100 Hari

Satu penipuan… satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya (Iskandar) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi. 
Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri 5 Episod, Drama Melayu, Novel, Novelis, Suri Ryana, Baca Online Novel, Novel Ti Amo Sweetheart 100 Hari, Drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari, Sinopsis Ti Amo Sweetheart 100 Hari, Watak, Iskandar, Malissa, Dina, Arahan Michael Ang, Pelakon Drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari, Zul Ariffin, Neelofa,
Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa. Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu? Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu? “Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”

Jom baca Novel Ti Amo, Sweetheart 100 Hari  ini secara online dengan cara klik link dibawah ini ye, selamat membaca, okey.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu,
Read More »

23 Feb 2018

Baca Online Novel Mr London Ms Langkawi

Novel Mr London Ms Langkawi, Baca Online Novel Mr London Ms Langkawi, Drama Mr London Ms Langkawi, Drama Adaptasi Novel, Astro Warna, Pelakon Drama Mr London Ms Langkawi, Zul Ariffin, Izara Aishah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, 2018, Watak, Aidid, Liyana, Ijam, Dira,
Baca Online Novel Mr London Ms Langkawi (Drama Adaptasi Novel)

Novel Mr London Ms Langkawi karya Novelis Herna Diana telah pun diadaptasikan menjadi Drama Bersiri yang tengah disiarkan di Astro Warna bermula 14 Februari yang lalu. Ada ramai pelakon best yang berlakon dalam Drama Mr London Ms Langkawi ini, antaranya adalah Zul Ariffin yang akan memegang watak sebagai Aidid Mukhlis, Izara Aishah sebagai watak Liyana, Amar Baharin sebagai Ijam, Zahirah Macwilson sebagai Milah, Yaya Zahir sebagai Adira dan ramai lagi. Drama ini bergenre romantik komedi, patutlah disiarkan di Asro Warna kan, apa pun selalunya drama - drama lakonan Zul Ariffin mestinya best kan. Jadi sambil - sambil tengok drama ini dekat TV, jom baca juga Novelnya secara online, caranya korang hanya perlu Klik link di bawah ini ye. Selamat Membaca okey.
Novel Mr London Ms Langkawi, Baca Online Novel Mr London Ms Langkawi, Drama Mr London Ms Langkawi, Drama Adaptasi Novel, Astro Warna, Pelakon Drama Mr London Ms Langkawi, Zul Ariffin, Izara Aishah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, 2018, Watak, Aidid, Liyana, Ijam, Dira,
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018, Miss SyahBaNu,
Read More »

18 Feb 2018

Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi (Astro Warna)

Mr London Ms Langkawi, Drama Adaptasi Novel, Drama Mr London Ms Langkawi, Astro Warna, Drama Melayu, Drama Bersiri, Novel Mr London Ms Langkawi, Novelis, Herna Diana, Sinopsis, Pelakon Drama Mr London Ms Langkawi, Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, Dato Seri Shah Rezza, Liza Abdullah, Sharonizam, Watie Sadali, Ghazali Abu Noh, Kismah Johar,
Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi (Astro Warna)

Drama Mr London Ms Langkawi telah pun mula disiarkan di Astro Warna bermula 14 Februari yang lalu, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Drama ini juga merupakan adaptasi daripada Novel Mr London Ms Langkawi karya novelis Herna Diana. Antara Pelakon Drama Mr London Ms Langkawi ini adalah Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, Dato Seri Shah Rezza, Liza Abdullah, Sharonizam, Watie Sadali, Ghazali Abu Noh, Kismah Johar dan ramai lagi. Selain itu, drama ini bergenre romantik komedi serta diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd / Alaf 21 Karangkraf. Kalau tak silap aku drama ini dah lama habis shooting tapi baru sekarang disiarkan di TV Malaysia, drama ini terlebih dahulu disiarkan di Singapura. Apa pun memang best layan drama ini, pelakon pun hebat - hebat belaka. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. 
Mr London Ms Langkawi, Drama Adaptasi Novel, Drama Mr London Ms Langkawi, Astro Warna, Drama Melayu, Drama Bersiri, Novel Mr London Ms Langkawi, Novelis, Herna Diana, Sinopsis, Pelakon Drama Mr London Ms Langkawi, Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, Dato Seri Shah Rezza, Liza Abdullah, Sharonizam, Watie Sadali, Ghazali Abu Noh, Kismah Johar
Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi (Astro Warna)

Mengisahkan Aidid Mukhlis (Zul Ariffin) yang cuba menyesuaikan diri di kampung setelah sekian lama menetap di luar negara. Aidid mula berkenalan dengan sepupunya Liyana, seorang gadis kampung yang berjiwa besar cintakan tanah air. Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela. Aidid Mukhlis di minta oleh ayahnya untuk pulang ke kampung halaman. Pada mulanya dia enggan, tetapi apabila sudah dipujuk oleh mamanya, akhirnya dia berubah fikiran dan mengikut kata ayahnya.
Mr London Ms Langkawi, Drama Adaptasi Novel, Drama Mr London Ms Langkawi, Astro Warna, Drama Melayu, Drama Bersiri, Novel Mr London Ms Langkawi, Novelis, Herna Diana, Sinopsis, Pelakon Drama Mr London Ms Langkawi, Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, Dato Seri Shah Rezza, Liza Abdullah, Sharonizam, Watie Sadali, Ghazali Abu Noh, Kismah Johar
Pada hari dia tiba di Langkawi, dia menunggu seseorang untuk membawanya pulang ke kampung halaman iaitu rumah Tok Wannya. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang digelar 'Liyana The Samseng'. Siapa?
Nurul Liyana - Liyana adalah salah seorang cucu kepada Tok Wan. Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya. Nauzubillah. Asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

➔ Baca Online Novel Mr London Ms Langkawi
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,
Read More »

12 Dis 2017

Review Filem Tombiruo Penunggu Rimba

Review Filem Tombiruo Penunggu Rimba, Sinopsis Filem Tombiruo Penunggu Rimba, Review By Miss Banu, Ending Tombiruo, Malay Movie, Filem, Filem Melayu, 2017, Watak, Pelakon Filem Tombiruo Penunggu Rimba, Zul Ariffin sebagai Ejim (Tombiruo), Farid Kamil sebagai Amiruddin, Nabila Huda sebagai Wan Suraya, Faizal Hussein sebagai Pondolou, Hasnul Rahmat sebagai Juslan, Michael Chen sebagai Wong, Farah Ahmad sebagai Monsiroi, Faye Kusairi sebagai watak Salina, Dynas Mokhtar sebagai Baizura, Dato M. Nasir sebagai Tan Sri Berham, Datin Marlia Musa sebagai Bonda, Atu Zero sebagai Ondu, Best, Filem Terbaik, Best Sinematografi, Filem Adaptasi Novel, Novelis Ramlee Awang Murshid,
Review & Sinopsis Filem Tombiruo Penunggu Rimba

Filem Tombiruo : Penunggu Rimba sudah ditayangkan di pawagam pada 12 Oktober 2017 yang lalu. Ternyata filem Tombiruo ini mendapat sambutan hangat dari penonton dan rata - ratanya memuji - muji filem ini. Antara Pelakon Filem Tombiruo Penunggu Rimba ini adalah Zul Ariffin yang memegang watak sebagai Ejim (Tombiruo), Farid Kamil sebagai Amiruddin, Nabila Huda sebagai Wan Suraya, Faizal Hussein sebagai Pondolou, Hasnul Rahmat sebagai Juslan, Michael Chen sebagai Wong, Farah Ahmad sebagai Monsiroi, Faye Kusairi sebagai watak Salina, Dynas Mokhtar sebagai Baizura, Dato M. Nasir sebagai Tan Sri Berham, Datin Marlia Musa sebagai Bonda, Atu Zero sebagai Ondu dan ramai lagi. Selain itu, filem ini juga merupakan adaptasi daripada Novel Tombiruo : Penunggu Rimba karya novelis terkenal iaitu Ramlee Awang Murshid. Manakala pengarah filem ini adalah Seth Larney dan Nasir Jani. Aku sendiri pun dah tengok filem Tombiruo ini dan filem ini memang wow, best gitu.
Review Filem Tombiruo Penunggu Rimba, Sinopsis Filem Tombiruo Penunggu Rimba, Review By Miss Banu, Ending Tombiruo, Malay Movie, Filem, Filem Melayu, 2017, Watak, Pelakon Filem Tombiruo Penunggu Rimba, Zul Ariffin sebagai Ejim (Tombiruo), Farid Kamil sebagai Amiruddin, Nabila Huda sebagai Wan Suraya, Faizal Hussein sebagai Pondolou, Hasnul Rahmat sebagai Juslan, Michael Chen sebagai Wong, Farah Ahmad sebagai Monsiroi, Faye Kusairi sebagai watak Salina, Dynas Mokhtar sebagai Baizura, Dato M. Nasir sebagai Tan Sri Berham, Datin Marlia Musa sebagai Bonda, Atu Zero sebagai Ondu, Best, Filem Terbaik, Best Sinematografi, Filem Adaptasi Novel, Novelis Ramlee Awang Murshid,
Sinematografi Filem Tombiruo ini memang terbaik okey, sangat cantik, memang nampak indah gitu kawasan hutan tu semua. Aku rasa filem ini juga akan menang banyak anugerah tak lama lagi, dan dengar cerita filem ini juga akan ditayangkan di luar negara gitu. Aku tak baca versi novelnya, jadi aku tak dapat nak buat perbandingan versi filem dengan versi novelnya itu. Hope diorang buat sambungan filem ini, sebab tak sabar nak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Masa tengok filem ini, memang geram betul dengan watak Wong itu sebab jahat sangat, dia tak habis - habis nak cuba bunuh Ejim itu. Masa watak Farid Kamil salah faham pada Ejim pun sedih juga, tapi nasiblah ianya tidak berpanjangan. Antara scene yang paling aku suka dalam filem ini apabila Ejim dan Amiruddin dah berbaik - baik antara satu sama lain. Selain itu aku dah boleh mengagak dari awal siapa dalang sebenar kes bunuh itu semua. Selalunya orang yang nampak baik itulah yang dalangnya hehehe. Aku tak naklah bagi spoiler pula pada yang belum tengok filem ini lagi.
Review Filem Tombiruo Penunggu Rimba, Sinopsis Filem Tombiruo Penunggu Rimba, Review By Miss Banu, Ending Tombiruo, Malay Movie, Filem, Filem Melayu, 2017, Watak, Pelakon Filem Tombiruo Penunggu Rimba, Zul Ariffin sebagai Ejim (Tombiruo), Farid Kamil sebagai Amiruddin, Nabila Huda sebagai Wan Suraya, Faizal Hussein sebagai Pondolou, Hasnul Rahmat sebagai Juslan, Michael Chen sebagai Wong, Farah Ahmad sebagai Monsiroi, Faye Kusairi sebagai watak Salina, Dynas Mokhtar sebagai Baizura, Dato M. Nasir sebagai Tan Sri Berham, Datin Marlia Musa sebagai Bonda, Atu Zero sebagai Ondu, Best, Filem Terbaik, Best Sinematografi, Filem Adaptasi Novel, Novelis Ramlee Awang Murshid,
Banyak scene - scene lawan dalam filem ini dan nampak gempak gitu tengok diorang berlawan. Ending Filem Tombiruo Penunggu Rimba ini memang happy ending juga. Jalan cerita filem ini yang suspen hingga ke akhirnya berjaya membuatkan aku kagum gitu. Lagu Tema / OST Tombiruo : Penunggu Rimba ini dinyanyikan oleh Aina Abdul dengan tajuk lagunya Ribut Hati. Aku bagi 10/10 bintang untuk filem ini. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini dibawah ye, selamat membaca..

Sinopsis Filem Tombiruo Penunggu Rimba

Berkisarkan dendam Ejim, seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya di atas kematian isteri tercinta, SalinaEjim digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan oleh penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia. Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci oleh penduduk kampung. Apabila Wong dan kuncu-kuncunya membuat kacau di kampung untuk meneruskan aktiviti empangan, satu insiden telah berlaku dan menimbulkan kemarahan Tombiruo. Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya. Pergelutan diantara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.
Review Filem Tombiruo Penunggu Rimba, Sinopsis Filem Tombiruo Penunggu Rimba, Review By Miss Banu, Ending Tombiruo, Malay Movie, Filem, Filem Melayu, 2017, Watak, Pelakon Filem Tombiruo Penunggu Rimba, Zul Ariffin sebagai Ejim (Tombiruo), Farid Kamil sebagai Amiruddin, Nabila Huda sebagai Wan Suraya, Faizal Hussein sebagai Pondolou, Hasnul Rahmat sebagai Juslan, Michael Chen sebagai Wong, Farah Ahmad sebagai Monsiroi, Faye Kusairi sebagai watak Salina, Dynas Mokhtar sebagai Baizura, Dato M. Nasir sebagai Tan Sri Berham, Datin Marlia Musa sebagai Bonda, Atu Zero sebagai Ondu, Best, Filem Terbaik, Best Sinematografi, Filem Adaptasi Novel, Novelis Ramlee Awang Murshid,

Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang mengikuti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut mengikuti jejak Tombiruo. Wan Suraya begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku. Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak membahayakan seperti diperkatakan. Namun, apabila Amiruddin dan Tombiruo bertemu, mereka bertarung demi membela nasib orang-orang yang mereka sayangi. Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin adalah mangsa keadaan. Dengan semangat dari hutan telah mengiringi kekuatan Tombiruo. Tetapi hakikatnya, sebuah rahsia diantara mereka berdua yang sudah lama tersimpan terbongkar. Apa yang berlaku seterusnya? Apakah kaitan mereka berdua sebenarnya? Siapakah dalang di sebalik insiden yang berlaku selama ini?
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

14 Sep 2017

Sinopsis Drama Titian Cinta (Akasia TV3)

Drama Melayu, Novel, Sinopsis, Drama Adaptasi Novel,  Drama Titian Cinta, Novel Titian Cinta, Novelis Ridhya Iman, Pelakon Drama Titian Cinta, Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Slot Akasia, TV3, Watak, Aisy, Harris, Rayyan, Sofea, Cinta, Sweet,
Sinopsis Drama Titian Cinta Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Titian Cinta sudah mula disiarkan di Slot Akasia bermula pada 11 September 2017 yang lalu bagi menggantikan Drama Meh Sandar Lagi yang telah tamat episodnya. Pelakon Drama Titian Cinta ini terdiri daripada Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie) dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 28 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Titian Cinta karya Novelis Ridhya Iman. Selain itu drama ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Nampak best juga sinopsis drama ini, aku pernah tengok drama terdahulu lakonan heroin drama ini iaitu Farah Nabilah yang berlakon dalam drama Papa Ricky yang disiarkan dekat Astro dulu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye.

Sinopsis Drama Titian Cinta

Mengisahkan tentang percintaan antara Rahadatul Aisy (Farah Nabilah) dan Umayr Harris (Zul Ariffin). Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di kota London. Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya. Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya itu.

Drama Melayu, Novel, Sinopsis, Drama Adaptasi Novel,  Drama Titian Cinta, Novel Titian Cinta, Novelis Ridhya Iman, Pelakon Drama Titian Cinta, Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Slot Akasia, TV3, Watak, Aisy, Harris, Rayyan, Sofea, Cinta, Sweet,

Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang. Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumahtangga pasangan ini sekali lagi. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris kepada asal. Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai. Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula?

Lagu Tema / OST Titian Cinta
➔ Sumpah Cintaku Nyanyian Asfan Shah
➔ Kasih Nyanyian Hyper Act

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

13 Sep 2017

Baca Online Novel Titian Cinta

Baca Online, Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Adaptasi Novel, Titian Cinta, Novel Titian Cinta, Drama Titian Cinta, Sinopsis, Slot Akasia, TV3, Novelis Ridhya Iman, Watak Dalam Novel Titian Cinta, Umayr Harris, Rahadatul Aisy, Rayyan, Sofia, Pelakon, Pelakon Drama Titian Cinta, Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisya Shamsir, Dian P.Ramlee,
Baca Online Novel Titian Cinta (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Nampaknya kali ini giliran Novel Titian Cinta karya Novelis Ridhya Iman, yang akan diadaptasikan menjadi drama bersiri dan sudah mula disiarkan di Slot Akasia TV3. Kalau baca dari sinopsis Novel Titian Cinta ini, memang nampak menarik juga jalan ceritanya. Manakala versi dramanya iaitu Drama Titian Cinta ini juga dibarisi oleh ramai pelakon best seperti Zul Ariffin, Farah Nabilah, Tisha Shamsir, Daler Yusuf, Dian P.Ramlee, Marisa Yasmin, Dottie dan ramai lagi. Watak utama Novel ini iaitu Umayr Harris akan dilakonkan oleh Zul Ariffin, manakala watak Rahadatul Aisy akan dilakonkan oleh Farah Nabilah. Selain itu watak Rayyan akan dilakonkan oleh Daler Yusuf, watak Sofia pula akan dilakonkan oleh Tisha Shamsir dan lain - lain lagi. Jadi sambil - sambil tengok Drama Titian Cinta di Slot Akasia TV3 tu, korang juga boleh baca Novel Titian Cinta ini secara online saja, caranya, korang hanya perlu klik Link di bawah ini ye. Jadi Selamat Membaca ye, link - link dibawah ini credit to blog penulis novel ini sendiri iaitu Ridhya Iman.


Sinopsis Novel Titian Cinta

Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.
“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris
Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy
“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris
Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.
Baca Online, Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Adaptasi Novel, Titian Cinta, Novel Titian Cinta, Drama Titian Cinta, Sinopsis, Slot Akasia, TV3, Novelis Ridhya Iman, Watak Dalam Novel Titian Cinta, Umayr Harris, Rahadatul Aisy, Rayyan, Sofia, Pelakon, Pelakon Drama Titian Cinta, Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisya Shamsir, Dian P.Ramlee,
“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that's the last thing I will do.” – Aisy
Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.
Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.
Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

10 Mei 2017

Ending Drama Menanti Februari

Ending Drama Menanti Februari, Watak, Arie, Fiza, Edie, Cinta Tiga Segi, Pelakon Drama Menanti Februari, Zul Ariffin, Nur Fathia Latiff, Afiq Muiz,
Ending Drama Menanti Februari

Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang mengikuti Drama Menanti Februari yang disiarkan di Slot Samarinda TV3 kan?. Semalam adalah episod ke 15 drama ini yang juga merupakan episod akhir drama Menanti Februari ini. Aku rasa jalan cerita drama ini menarik sebab bijak bermain dengan emosi penonton, lakonan pelakonnya seperti Zul Ariffin, Fathia Latiff dan Afiq Muiz juga best, aku paling suka dengan dialog Zul Ariffin yang melakonkan watak Arie tu, setiap dialog yang menyindir Edie dan Fiza tu memang sentap hehehe. Dari komen - komen yang aku baca di Twitter ramai juga yang emosi dengan ending drama Menanti Februari ini, ada yang suka dengan endingnya dan ada juga yang tak suka dengan endingnya. Aku rasa intanlah paling senang sebab dapat pilih dua - dua hahaha. Episod akhir drama Menanti Februari ini bermula dengan Fiza yang masih sukar untuk membuat keputusan untuk memilih Arie mahu pun Edie. Manakala Arie masih mendesak Edie supaya memulangkan Fiza padanya manakala Edie pula menanti keputusan Fiza. Hanya selepas Fiza melahirkan anak keduanya, barulah Fiza membuat keputusan untuk memilih Edie dan ini membuatkan Arie kecewa namun Arie menerima keputusan Fiza dengan tenang dan berlalu pergi. 

Kesian juga pada Arie ni, Fiza patutnya tunggu lebih lama sedikit, mungkin dalam setahun sekurang - kurangnya selepas Arie hilang. Ini lepas 4 bulan Arie hilang, Fiza dah kahwin dengan Edie, manakala lepas 6 bulan lepas Arie hilang dan kemudian Arie dijumpai masih hidup dan kembali, Fiza dah pregnant pula. Cepat betul Fiza ni move on kan hahaha. Aku lebih bersimpati pada watak Arielah pula walaupun awalnya aku tak berapa suka dengan sikap Arie yang lebih mementingkan urusan kerjanya berbanding Fiza dan Intan tu. Tapi kalau Fiza pilih Arie pun, kesian juga pada Edie hahaha. Apa pun dah berakhir dah drama ini jadi tak payah nak emosi dah yeayyy..
Miss Banu Signature, Tandatanganku. blog miss banu story,
Read More »

18 Apr 2017

Sinopsis & Review Filem J REVOLUSI

Poster Filem J Revolusi, Sinopsis dan Review Filem J REVOLUSI, Pelakon Utama Filem J Revolusi, Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jasmin, Iedil Putra,
Sinopsis & Review Filem J REVOLUSI

Assalammualaikum..
Filem J Revolusi telah ditayangkan di pawagam pada 2 Mac 2017 yang lalu, rata - rata penonton sememangnya memberikan respon yang postif serta memuji - muji filem ini. Filem yang bergenre Aksi ini dilakonkan oleh ramai pelakon best dan popular iaitu Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jasmin, Iedil Putra dan ramai lagi. Filem J Revolusi ini diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan diterbitkan oleh Infinitus Productions dan Grand Brilliance. Aku pun dah menonton filem ini dan ternyata filem ini memang best, aksi -aksi stunt semuanya best dan dilakukan sendiri oleh para pelakonnya. Aku juga suka dengan watak yang dibawa oleh Izara Aishah sebagai Eddie dan Fazura sebagai Dian, kedua - dua mereka nampak lasak dan berani tidak lemah atau pun ayu sentiasa, seperti dalam filem - filem mereka yang terdahulu. Scene - Scene lawan dalam movie ini memang best untuk ditonton serta ini juga adalah kali pertama aku melihat Fazura membawakan watak jahat gitu. Zul Ariffin memang pilihan tepat untuk watak Jay Zulkarnain itu, manakala lakonan Farid Kamil sememangnya sentiasa terbaik. Awalnya agak menyampah juga dengan watak Jiman yang dilakonkan oleh Iedil Putra itu, psiko betul, dan aku memang yakin betul yang Jiman ini, adalah orang suruhan Andra yang jadi dalang gitu tapi rupanya aku silap hahaha. Jiman tu tidak ada kaitan langsung dengan Andra.

Watak Azad Jasmin sebagai Skodeng yang sememangnya pakar dalam bab IT ini menjadi penghibur dalam filem ini, banyak scene - scene lawak dan dialog yang lucu datangnya dari watak Azad Jasmin ini. Malah Skodeng juga banyak membantu Jay dalam misinya mencari kakaknya Dian. Walaubagaimanapun agak sedih jugalah bila semua watak pelakon wanita dalam filem ini mati akhirnya. Eddie mati disebabkan Andra yang mencuba virus tersebut keatasnya manakala Dian mati di penghujung cerita. Apa pun agak menarik juga bila diorang memfokuskan tentang UTK (Unit Tindakan Khas) dalam filem ini. Selalunya kalau filem aksi kebanyakkannya berkisarkan tentang polis saja kan, jadi menerusi filem ini dapatlah kita mengenali UTK dan tugas -tugas mereka dengan lebih dekat lagi. Aku rasa lepas ini, mesti akan ada J Revolusi 2 pula kan, ini ditambah lagi dengan penerimaan positif daripada penonton terhadap filem ini. Apa pun aku bagi 9 Bintang dari 10 bintang untuk filem J Revolusi ini. Jom tengok sinopsis ringkas filem ini di bawah ye..

SINOPSIS FILEM J REVOLUSI

Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan musuh. Konflik bermula apabila kakak Jay, Dian (Nur Fazura) yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri. Dalam misi menyelamat adiknya itu, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya. Eddie dan Skodeng cuba untuk membantu Jay bagi mencari kakaknya Dian yang berada di tanggan Andra. Tercetuslah pelbagai konflik dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay.
My Signature, tandatanganku, miss banu signature,
Read More »

6 Apr 2016

Episod Akhir Drama Uda Dan Dara


Assalammualaikum..
Drama Uda Dan Dara yang dilakonkan oleh Siti Saleha, Zul Ariffin, Dynaz dan ramai lagi dah tamat episodnya, selepas ini drama Akadku Yang Terakhir lakonan Tiz Zaqyah dan Amar Baharin akan menggantikan drama ni. Ingatkan drama Uda dan Dara ni sampai 60 episod, rupa-rupanya 30 episod jer. Tu yang macam heran bila tiba2 dah episod akhir dah drama ni. Apapun pelik gak dengan perangai Kak Yah tu, anak die dah la sakit kat hospital tapi die masih sibuk dok suruh adik die Man tu kahwin dengan Khalida, siap suruh kahwin dua lagi n buruk-burukkan Siti Mariam. Apapun drama Uda dan Dara ni tetap happy ending bila Kak Yah tu tetiba jer berubah jadi baik bila tahu yang Siti Mariam dah dermakan darah pada anak die Adriana tu. Kiranya darah yang didermakan Siti Mariam tu menjadi penyelamatlah pada nyawa anak Kak Yah tu dan sekaligus menyedarkannya akan kesilapannya selama ini. Manakala Siti Mariam tu plak awalnya memang stress dengan perangai Kak Yah tu siap mintak cerai daripada suaminya Man. 
Tapi mestilah Man tu tak nak ceraikan Siti Mariam tu, n then seluruh keluarga Siti Mariam datang melawatnya, Siti Mariam yang baru keguguran tu bertambah lemah apabila mendermakan darah pada Adriana anak kak Yah tu, malah hampir2 pengsan. Namun semua bertambah baik bila Kak Yah tu menyesal dan minta maaf pada Siti Mariam dan diorang berdua dah berbaik-baik. Man berasa lega bila tengok kakaknya dah berbaik dengan isterinya, kesian gak kat Man sebab sebelum ni die asyik tersepit kat tengah2 antara kakak dan isteri. Kemudian ada flashback sikit pasal Siti Mariam dari die kecik sampaila die kahwin dengan Izzat Hilman (Man) tu. Last sekali Man dan Ma (Siti Mariam) dah ada baby baru hehehe n diorang hidup bahagia gitu. Selain kisah Ma dan Man ni, terselit gak kisah Mak tiri Imran yang dah insaf tu, die siap minta maaf kat suami die, kat Imran gak n terima Huda sebagai menantu die. Apapun pelakon2 dalam drama ni semuanya best2.


Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017