Sinopsis Drama Seribu Rindu Slot Akasia TV3
Drama Seribu Rindu adalah drama terbaru di slot Akasia yang disiarkan bagi menggantikan Drama Villa Ghazara yang telah tamat episodnya. Drama Seribu Rindu ini sudah mula bersiaran di slot Akasia, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam sejak 12 November 2018 yang lalu. Antara pelakon drama Seribu Rindu ini adalah Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Mona Allen, Ku Faridah, Fadlan Hazim, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Julia Farhana Marin, Ainul Aishah, Doria Rachel Jolly dan ramai lagi. Selain itu drama 28 episod ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis drama ini, memang nampak menarik juga jalan ceritanya, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Sinopsis Drama Seribu Rindu Lakonan Zul Ariffin dan Azira Shafinaz
Mengisahkan percintaan 3 segi antara Zul Ariffin (Irfan), Maisara (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim). Irfan merupakan seorang Chef yang sudah lama menyukai Maisara sejak kecil lagi. Kerana, Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tok Ma yang merupakan nenek kepada Maisara. Namun, sebenarnya kepulangan Maisara ke kampung adalah disebabkan konflik yang berlaku antara dirinya dan Dr. Ariel. Cinta Maisarah dan Airel, yang telah bersemai sejak zaman universiti lagi terhalang apabila, bapa Airel, Datuk Muiz merancang mahu menyatukan Ariel dan Damia, anak kepada rakan perniagannya. Konflik antara mereka semakin rumit apabila Irfan mengambil keputusan untuk mengahwini Maisara, tetapi Ariel muncul semula demi menagih cinta Maisara. Apa yang berlaku seterusnya?.
Lagu Tema / OST Drama Seribu Rindu
➔ Jutaan Purnama nyanyian Alyah
Jom Baca ini juga ➔ Biodata Terkini Azira Shafinaz
Oh da habis ye drama Villa Ghazara tu? Tak tengok pun ending dia macam mana. Macam best drama seribu rindu ni sebab pelakon dia comel hihi
BalasPadammenarik cerita ni.
BalasPadamBest giler...
BalasPadam