-->

10 Nov 2018

Review Drama Korea - My Mister

My Mister, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama My Mister, Drama Korea My Mister, 2018, Sinopsis Penuh Drama Korea My Mister, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama Review, My Mister Cast, Pelakon Drama Korea My Mister, Lee Sun Kyun, IU, Park Ho San, Song Sae Byeok, Lee Ji Ah, Ko Du Shim, Kim Young Min, Chang Ki Yong, Nara, Oh Na Ra, Poster Drama Korea My Mister,
My Mister - Korean Drama Review

Hari ini aku nak buat review drama Korea My Mister pula yang disiarkan pada 21 March 2018 dan tamat episodnya pada 17 Mei yang lalu. Antara pelakon drama Korea My Mister ini adalah Lee Sun Kyun, IU, Park Ho San, Song Sae Byeok, Lee Ji Ah, Ko Du Shim, Kim Young Min, Chang Ki Yong, Nara, Oh Na Ra dan ramai lagi. Korean Drama My Mister ini mempunyai 16 episod dan disiarkan di channel TVN bagi menggantikan drama Mother lakonan Lee Bo Young itu serta akan digantikan dengan drama What Wrong With Secretary Kim lakonan Park Seo Joon dan Park Min Young. Pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama best seperti Signal, Misaeng, Monstar, Sungkyunkwan Scandal dan lain - lain lagi. Manakala penulis skrip drama ini adalah orang yang sama menghasilkan skrip drama popular iaitu Another Oh Hae Young / Another Miss Oh. Selain itu Drama ini juga adalah drama comeback IU selepas drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo. Kalau korang tengok sinopsis drama ini, memang agak sedih jalan ceritanya terutama untuk watak utama drama ini iaitu Park Dong Hoon (lakonan Lee Sun Kyun) dan juga Lee Ji An (lakonan IU). Kalau korang nak baca sinopsis penuh drama My Mister ini, korang boleh klik link kat bawah sekali ye
My Mister, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama My Mister, Drama Korea My Mister, 2018, Sinopsis Penuh Drama Korea My Mister, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama Review, My Mister Cast, Pelakon Drama Korea My Mister, Lee Sun Kyun, IU, Park Ho San, Song Sae Byeok, Lee Ji Ah, Ko Du Shim, Kim Young Min, Chang Ki Yong, Nara, Oh Na Ra, Poster Drama Korea My Mister, K - Drama,
Aku tertarik nak tengok drama ini sebab jalan ceritanya yang unik, plus lakonan IU juga nampak menyerlah dalam drama ini bila dia melakonkan watak seorang wanita muda yang pendiam, tidak berkawan dengan orang lain, buat hal sendiri, tidak peramah dan hidupnya penuh kisah duka serta mempunyai masa silam yang pahit. Manakala Park Dong Hoon pula seorang lelaki yang sangat baik dan merupakan anak kebanggaan ibunya kerana mempunyai pekerjaan yang berjawatan tinggi. Namun siapa sangka Park Dong Hoon tertekan dengan pekerjaannya, malah rumahtangganya juga di ambang kemusnahan bila isterinya curang dengan majikannya sendiri. perkenalannya dengan Lee Ji Ah merubah hidup mereka berdua. Lee Ji Ah dan Park Dong Hoon saling menghormati dan perkenalan mereka turut mengubat hati mereka yang luka. Lee Ji An yang awalnya ingin mempergunakan Park Dong Hoon demi kepentingannya mula berubah hati, bila dia sedar yang Park Dong Hoon ini seorang lelaki yang baik dan mula jatuh hati padanya. Sekaligus membuatkan Lee Ji An mengubah niatnya dan cuba melindungi Park Dong Hoon dari sebarang ancaman. Sayangnya tiada kisah cinta antara Lee Ji An dan Park Dong Hoon ini, walaupun nampak mereka saling menyukai antara satu sama lain. Tambahan lagi Park Dong Hoon merupakan lelaki yang baik tak mungkin dia akan menerima cinta Lee Ji An, sedangkan dia masih belum bercerai dengan isterinya.
My Mister, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama My Mister, Drama Korea My Mister, 2018, Sinopsis Penuh Drama Korea My Mister, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama Review, My Mister Cast, Pelakon Drama Korea My Mister, Lee Sun Kyun, IU, Park Ho San, Song Sae Byeok, Lee Ji Ah, Ko Du Shim, Kim Young Min, Chang Ki Yong, Nara, Oh Na Ra, Poster Drama Korea My Mister, Ending Drama Korea My Mister,
Dalam drama ini, korang akan rasa annoying dengan isteri Park Dong Hoon yang bernama Kang Yoon Hee (lakonan Lee Ji Ah) tu. Slumber je curang dengan majikan Park Dong Hoon tu, pastu berlagak macam Park Dong Hoon yang bersalah. Dalam drama My Mister ni lakonan Lee Ji Ah biasa - biasa saja, aku lagi suka lakonan Lee Ji Ah dalam drama The Ghost Detective tu, bila dia melakonkan watak roh jahat / hantu tu. Apa pun memang rasa kagum dengan Park Dong Hoon ni sebab dia sweet dan baik sangat, no wonderlah Lee Ji An pun boleh jatuh hati kat dia. Antara scene yang aku suka dalam drama ni bila Park Dong Hoon betul - betul marah tu dan pergi belasah Lee Kwang Il (lakonan Chang Ki Yong) yang merupakan ceti haram dan selalu mengganggu dan memukul Lee Ji An itu. Susah sebenarnya nak tengok Park Dong Hoon betul - betul tunjukkan emosinya terutamanya ketika dia marah. Selain itu aku juga agak tertarik dengan sejarah silam serta perasaan Lee Kwang Il pada Lee Ji An yang benci tapi cinta gitu, Lee Kwang Il sayangkan Lee Ji An tapi disebabkan bapanya mati dibunuh Lee Ji An membuatkan dia berdendam dengan Lee Ji An tapi dalam masa yang sama dia suka padanya. Memang complicated betul perasaan Lee Kwang Il ni.
My Mister, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama My Mister, Drama Korea My Mister, 2018, Sinopsis Penuh Drama Korea My Mister, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama Review, My Mister Cast, Pelakon Drama Korea My Mister, Lee Sun Kyun, IU, Park Ho San, Song Sae Byeok, Lee Ji Ah, Ko Du Shim, Kim Young Min, Chang Ki Yong, Nara, Oh Na Ra, Poster Drama Korea My Mister, Ending Drama Korea My Mister,
Selain itu aku juga suka tengok hubungan akrab Park Dong Hoon dengan adik - beradiknya serta kawan - kawannya yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama itu. Bila Park Dong Hoon ada masalah ke atau kena pukul ke, semua akan datang tolong dan belasah balik siapa yang pukul Park Dong Hoon tu hehehe. Malah diorang juga turut membantu Lee Ji An ketika dia berada dalam masalah dan melayannya dengan baik sekali. Susah kot nak dapat kawan - kawan sporting dan sanggup susah senang bersama macam geng - geng Park Dong Hoon ni. Selain itu aku juga suka dengan kisah hidup adik - beradik Park Dong Hoon yang lain iaitu abangnya yang bernama Park Sang Hoon serta adiknya Park Ki Hoon. Kehidupan adik - beradik Park Dong Hoon lebih susah kerana mereka tiada kerja tetap seperti P.Dong Hoon itu, tapi aku suka bila diorang akhirnya cuba berusaha dan bermula dari bawah semula dengan mengambil alih syarikat pembersihan dari kawan mereka dan memulakan kerja - kerja mencuci dan membersihkan kawasan - kawasan tertentu yang memerlukan khidmat mereka. Banyak pengajaran dalam drama ini, korang juga boleh tengok pelbagai kerenah pekerja serta sikap orang atasan yang ada banyak agenda di tempat kerja Park Dong Hoon itu, disebabkan itulah P. Dong Hoon sentiasa tertekan di tempat kerjanya itu.
My Mister, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama My Mister, Drama Korea My Mister, 2018, Sinopsis Penuh Drama Korea My Mister, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama Review, My Mister Cast, Pelakon Drama Korea My Mister, Lee Sun Kyun, IU, Park Ho San, Song Sae Byeok, Lee Ji Ah, Ko Du Shim, Kim Young Min, Chang Ki Yong, Nara, Oh Na Ra, Poster Drama Korea My Mister, Ending Drama Korea My Mister, Character Poster,
Ending drama Korea My Mister ini happy ending juga, bila Park Dong Hoon dan Lee Ji An menemui kebahagian masing - masing dan mereka terserempak semula. Tapi lepas tu tak tahulah apa yang jadi hahaha korang kena buat ending sendirilah lepas tu hehehe. Apa pun aku suka dengan drama ini, tak membosankan langsung walaupun jalan ceritanya agak heavy dan melodrama sikit tapi tetap menarik. Apa pun aku bagi 8/10 bintang untuk drama Korea My Mister ini.

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

1 ulasan:

  1. feveret saya juga! cerita ni memang terkesan di hati. susah jugak nak move on. hehe

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017