-->
Memaparkan catatan dengan label Trending. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Trending. Papar semua catatan

19 Nov 2019

Review Drama Korea - Sky Castle

Sky Castle, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Sky Castle, Drama Korea Sky Castle, Sinopsis Drama Korea Sky Castle, Poster Drama Korea Sky Castle, Artis Korea, JTBC Drama, Popular Drama, My Feeling, My Opinion, Ulasan Drama Korea Sky Castle, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea 2018 / 2019, Korean Drama Sky Castle is the highest rated drama in Korean Cable TV history, Senarai Pelakon Drama Korea Sky Castle, Yum Jung Ah, Lee Tae Ran, Yoon Se Ah, Oh Na Ra, Kim Seo Hyung, Jung Joon Ho, Choi Won Young, Kang Chan Hee, Kim Byung Chul, Jo Jae Yun, Lee Hyun Jin, Kim Bo Ra, Watak Pelakon,
Sky Castle - Korean Drama Review

Drama Korea Sky Castle ini mempunyai 20 episod dan disiarkan di channel JTBC bermula 23 November 2018 dan tamat episodnya pada 1 Februari 2019 yang lalu. Korean Drama Sky Castle is the highest rated drama in Korean Cable TV history, so drama ni memang popular habis okey. Antara pelakon drama Korea Sky Castle ini adalah Yum Jung Ah, Lee Tae Ran, Yoon Se Ah, Oh Na Ra, Kim Seo Hyung, Jung Joon Ho, Choi Won Young, Kang Chan Hee, Kim Byung Chul, Jo Jae Yun, Lee Hyun Jin, Kim Bo Ra dan ramai lagi. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama The Third Charm dan kemudian akan digantikan dengan drama Legal High. Selain itu drama ini juga turut menang banyak anugerah gitu. Awalnya aku tak bercadang pun nak tengok drama Sky Castle ni, plus bila baca sinopsis drama ni pun nampak macam membosankan je hahaha. Tapi lepas dapat tahu drama ini mendapat sambutan luar biasa daripada penonton dan ratingnya juga tinggi giler membuatkan aku nak tahu apa yang best sangat drama ni. Maka aku pun trylah tengok drama Korea Sky Castle ini. Penghujung episod pertama drama dah berjaya menarik minat aku untuk terus menonton drama ini sampai ke penghujungnya.
Sky Castle, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Sky Castle, Drama Korea Sky Castle, Sinopsis Drama Korea Sky Castle, Poster Drama Korea Sky Castle, Artis Korea, JTBC Drama, Popular Drama, My Feeling, My Opinion, Ulasan Drama Korea Sky Castle, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea 2018 / 2019, Korean Drama Sky Castle is the highest rated drama in Korean Cable TV history, Senarai Pelakon Drama Korea Sky Castle, Yum Jung Ah, Lee Tae Ran, Yoon Se Ah, Oh Na Ra, Kim Seo Hyung, Jung Joon Ho, Choi Won Young, Kang Chan Hee, Kim Byung Chul, Jo Jae Yun, Lee Hyun Jin, Kim Bo Ra, Watak Pelakon,
Dalam drama ni memang ada ramai pelakon okey dan semua watak pun penting dan saling melengkapi. Drama Korea Sky Castle mengisahkan tentang kehidupan 4 keluarga yang tinggal di kediaman mewah bernama Sky Castle. Kebanyakan isteri - isteri di situ adalah suri rumah sepenuh masa dan satu persamaan di antara mereka semua adalah mereka sangat obses dengan pendidikan anak - anak mereka kerana semakin pandai anak mereka di sekolah, semakin mereka dihormati oleh jiran - jiran yang lain. Hal tersebut membuatkan anak - anak mereka menjadi tertekan kerana perlu memenuhi expectation dan harapan ibu bapa mereka. Lee Myung Joo (Kim Jung Nan) dan suaminya Park Soo Chang (Yu Seong Ju) diraikan secara besar - besaran dalam satu jamuan khas yang dianjurkan oleh jirannya Han Seo Jin (Yum Jung Ah) kerana anak lelaki Lee Myung Joo iaitu Park Young Jae (Song Geon Hoo)  berjaya diterima masuk ke Seoul National University dalam bidang perubatan. Ramai jiran - jiran yang lain cuba membodek dan memujuk Lee Myung Joo untuk berkongsi tips dan caranya mengajar anaknya hingga berjaya. Namun Lee Myung Joo hanya mendedahkan nama tutor yang mengajar anaknya itu serta cara untuk mendapatkan khidmat tutor itu pada Han Seo Jin dan No Seung Hye (Yoon Se Ah) saja. Hal tersebut membuatkan Han Seo Jin dan No Seung Hye berebut - rebut untuk mendapatkan khidmat tutor tersebut yang bernama Kim Joo Young (Kim Seo Hyung).
Sky Castle, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Sky Castle, Drama Korea Sky Castle, Sinopsis Drama Korea Sky Castle, Poster Drama Korea Sky Castle, Artis Korea, JTBC Drama, Popular Drama, My Feeling, My Opinion, Ulasan Drama Korea Sky Castle, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea 2018 / 2019, Korean Drama Sky Castle is the highest rated drama in Korean Cable TV history, Senarai Pelakon Drama Korea Sky Castle, Yum Jung Ah, Lee Tae Ran, Yoon Se Ah, Oh Na Ra, Kim Seo Hyung, Jung Joon Ho, Choi Won Young, Kang Chan Hee, Kim Byung Chul, Jo Jae Yun, Lee Hyun Jin, Kim Bo Ra, Watak Pelakon,
Kim Joo Young kemudian memilih untuk mengajar anak Han Soo Jin berbanding No Seung Hye. Namun tak lama kemudian semua penghuni di Sky Castle dikejutkan dengan berita Lee Myung Joo bunuh diri selepas anaknya Park Young Jae lari dari rumah. Setelah isterinya mati, Park Soo Chang berpindah keluar dari Sky Castle. Kemudian ada satu keluarga baru berpindah ke rumah Park Soo Chang itu iaitu Lee Soo Im (Lee Tae Ran) yang kebetulan adalah bekas rakan sekolah Han Seo Jin dulu. Disebabkan satu insiden Lee Soo Im secara tak sengaja telah mendedahkan nama sebenar Han Seo Jin iaitu Kwak Mi Yang yang berasal dari keluarga miskin namun hidupnya berubah selepas berkahwin dengan lelaki kaya iaitu Kang Joon Sang (Jung Joon Ho). Tak lama kemudian Han Seo Jin terbaca diari harian Park Young Jae dalam laptop yang dipinjamnya dari Lee Myung Joo dulu. Dia begitu terkejut bila dapat tahu punca sebenar kematian dan kemusnahan keluarga Lee Myung Joo itu adalah Kim Joo Young yang merupakan coordinator dan tutor Park Young Jae. Han Seo Jin kemudian memarahi Kim Joo Young dan tak mahu menggunakan khidmat Kim Joo Young untuk mengajar anaknya. Dia tak mahu menerima nasib yang sama dengan Lee Myung Joo itu. Namun selepas itu Han Seo Jin mengalami kesukaran untuk mendapatkan tutor baru buat anaknya itu. 
Sky Castle, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Sky Castle, Drama Korea Sky Castle, Sinopsis Drama Korea Sky Castle, Poster Drama Korea Sky Castle, Artis Korea, JTBC Drama, Popular Drama, My Feeling, My Opinion, Ulasan Drama Korea Sky Castle, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea 2018 / 2019, Korean Drama Sky Castle is the highest rated drama in Korean Cable TV history, Senarai Pelakon Drama Korea Sky Castle, Yum Jung Ah, Lee Tae Ran, Yoon Se Ah, Oh Na Ra, Kim Seo Hyung, Jung Joon Ho, Choi Won Young, Kang Chan Hee, Kim Byung Chul, Jo Jae Yun, Lee Hyun Jin, Kim Bo Ra, Watak Pelakon,
Akhirnya disebabkan desakan anaknya, Han Seo Jin terpaksa merayu Kim Joo Young untuk mengajar anaknya kembali. Hal makin menarik bila Kim Hye Na (Kim Bo Ra) yang merupakan rival anak Han Seo Jin di sekolah, rupa - rupanya adalah anak kandung Kang Jo Sang. Selepas kematian ibunya, Kim Hye Na cuba masuk dalam keluarga Han Seo Jin untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat. Namun disebabkan sikapnya yang terlampau berani akhirnya mengundang padah bila dia mati dibunuh. Apa yang berlaku seterusnya?. Okey itu adalah serba sedikit Sinopsis Drama Korea Sky Castle ini. Sinopsis diatas banyak pasal kisah keluarga Han Seo Jin saja, ikutkan kisah keluarga lain juga menarik misalnya kisah tentang keluarga No Seung Hye dan suaminya Cha Min Hyuk (Kim Byung Chul). Tak leh blah betul dengan sikap dan personaliti Cha Min Hyuk yang merasakan dirinya paling hebat sekali. Kelakar juga tengok Cha Min Hyuk yang lebih obses dengan pendidikan anak - anaknya berbanding isterinya No Seung Hye yang lebih cool dan memahami perasaan anak - anaknya itu. Selain itu drama ini ada banyak pengajaran okey,  jadi penonton dapat belajar something bila tengok drama ini. Antara scene paling sedih dalam drama Sky Castle ini adalah ketika scene Kim Hye Na mati tu.
Sky Castle, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Sky Castle, Drama Korea Sky Castle, Sinopsis Drama Korea Sky Castle, Poster Drama Korea Sky Castle, Artis Korea, JTBC Drama, Popular Drama, My Feeling, My Opinion, Ulasan Drama Korea Sky Castle, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea 2018 / 2019, Korean Drama Sky Castle is the highest rated drama in Korean Cable TV history, Senarai Pelakon Drama Korea Sky Castle, Yum Jung Ah, Lee Tae Ran, Yoon Se Ah, Oh Na Ra, Kim Seo Hyung, Jung Joon Ho, Choi Won Young, Kang Chan Hee, Kim Byung Chul, Jo Jae Yun, Lee Hyun Jin, Kim Bo Ra, Watak Pelakon,
Drama ini turut menceritakan tentang kisah hidup Kim Joo Young, jadi penonton dapat memahami sebab dia bertindak seperti itu. Scene ketika anak kedua Han Seo Jin memberontak tu pun best gak. Ramai betul yang nak lari dari rumah dalam cerita ni okey hahaha jadi memang nampak sangatlah yang anak - anak diorang tu stress dan tertekan dengan sikap ibu bapa mereka tu. Aku paling suka cara Lee Soo Im dan suaminya Hwang Chi Young (Choi Won Young) mendidik anak mereka iaitu Hwang Woo Joo (Kang Chan Hee). Diorang langsung tak memaksa Woo Joo untuk mengikut kehendak mereka, tapi Woo Joo ni memang budak baik pun dan dia antara top student juga. Cuma agak kesian dengan Woo Joo ni sebab menjadi mangsa dan terpaksa melalui satu fasa sukar dalam hidupnya lepas kematian Kim Hye Na itu. Antara scene paling best bila Park Soo Chang sedar akan kesilapannya dan berbaik semula dengan anaknya itu. Malah hubungan mereka berdua lebih rapat berbanding dulu. Lagu tema / OST Sky Castle ini juga best terutamanya lagu bertajuk We All Lie nyanyian Ha Jin. Tak silap aku lagu ni pun ada menang anugerah juga kot, tapi tak pasti anugerah apa. Apa pun drama ni best untuk ditonton dan aku bagi 9/10 bintang untuk drama ini.

SKY Castle Quote
~ "You should only compete with yourself. Competing with others makes you lonely. I believe true success is living a life where you're not lonely." - #SkyCastle

Jom Baca Ini juga ➔ Review Drama Korea Voice 3 : City Of Accomplices
➔ Sinopsis Filem KL Vampires (2019)

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature,
Read More »

12 Apr 2019

Sinopsis Drama Nur 2 (TV3)

Nur 2, Drama Nur 2, Slot Samarinda, TV3, Drama Popular, Trending, Sinopsis Drama Nur 2, Poster Drama Nur 2, OST Nur 2, Cast, Pelakon Drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada, Munaa Bella, Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Nur 2, Drama Arahan Shahrulezad Mohameddin, Drama Melayu TV3, Drama Melayu 2019, Syafiq Kyle New Drama,
Sinopsis Drama Nur 2 Slot Samarinda TV3

Drama Nur 2 sudah pun bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula 2 April 2019 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Nur 2 masih mengekalkan pelakon asal drama ini seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan. Drama Nur 2 ini turut diserikan dengan watak - watak baru yang dilakonkan oleh Azar Azmi, Eyra Hazali, Noryati Taib dan ramai lagi. Selain itu drama Nur 2 ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Baru nak masuk episod pertama, drama ini telah pun trending di Twitter, memang popular habis drama ni. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini serta watak - watak pelakon drama Nur 2 di bawah ini ye.
Amyra Rosli sebagai Nur
Syafiq Kyle sebagai Adam

Azar Azmi sebagai Juita

Datuk Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin

Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah

Azhan Rani sebagai Syed Hamadi

Noorkhiriah sebagai Aishah

Atiq Azman sebagai Amirul

Eyra Hazali sebagai Suraya
Noryati Taib sebagai Nekma
Hasrulnizam Osman sebagai Ustaz Yassin
Uchee Fukada sebagai Uchee
Munaa Bella sebagai Ustazah Nurul
Nur 2, Drama Nur 2, Slot Samarinda, TV3, Drama Popular, Trending, Sinopsis Drama Nur 2, Poster Drama Nur 2, OST Nur 2, Cast, Pelakon Drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada, Munaa Bella, Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Nur 2, Drama Arahan Shahrulezad Mohameddin, Drama Melayu TV3, Drama Melayu 2019, Syafiq Kyle New Drama,

Ujian demi ujian telah datang kepada Adam dan Nur dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri. Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pada mulanya niat baik mereka itu tidak menghadapi masalah sehinggalah ada penduduk tidak berpuas hati. Jiran mereka terganggu dengan kelas mengaji yang semakin mendapat sambutan, Adam dan Nur perlu mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana. Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Kehadiran Juita seorang pelacur baharu dikawasan itu mengubah segalanya. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia inginkan Adam menjadi miliknya. Sejak dari itu, Juita sentiasa cari peluang untuk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dengan berpura-pura menjadi sahabat baik Nur untuk mendapatkan Adam.
Selain dari konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. 
Nur 2, Drama Nur 2, Slot Samarinda, TV3, Drama Popular, Trending, Sinopsis Drama Nur 2, Poster Drama Nur 2, OST Nur 2, Cast, Pelakon Drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada, Munaa Bella, Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Nur 2, Drama Arahan Shahrulezad Mohameddin, Drama Melayu TV3, Drama Melayu 2019, Syafiq Kyle New Drama,
Walaupun meringkuk di dalam penjara, Hamadi masih tidak serik malah mengugut untuk menceraikan Aisyah jika tidak mencari wang jaminan untuk membebaskannya.
Aisyah tersempit di antara suami dan keluarga. Aisyah menebalkan muka meminta bantuan ibunya. Pada awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaan Aisyah dituruti.
Aisyah dan Hamadi turut dihalau keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menebal muka untuk tinggal bersama keluarga Aisyah. Kehadiran Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mentuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke rumah itu. Nur masih trauma dan terkesan dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi dengan Hamadi dahulu. Adakah Hamadi akan insaf atau terus dengan niat jahatnya untuk mendapatkan Nur? Berjayakan Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka daripada orang lain yang sentiasa hadir untuk merosakkan seagalanya?

Lagu Tema / OST Nur 2
➤ Tetap Kamu nyanyian Amylea & Megat
➤ Bimbang nyanyian Marsha
➤ Pudar nyanyian Indah Ruhaila
➤ Dua nyanyian Roman
➤ Cintaku nyanyian Megat
➤ Tak Pernah Hilang nyanyian Amylea & Kaer Azami

Jom Baca ini juga ➔ Biodata Terkini Azar Azmi

~ Blog Miss Banu Story ~ 
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

15 Jun 2018

Sinopsis Drama Andainya Takdir 2 (TV3)

Drama Andainya Takdir 2, Sinopsis Drama Andainya Takdir 2, TV3, 2018, Drama Popular, Drama Hari Raya, Trending, Drama Melayu, Drama Best, Cinta, Andainya Takdir 2 Cast, Pelakon Drama Andainya Takdir 2, Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Watak, Airil, Fatihah, Aleeya, Poster, OST Andainya Takdir 2,
Sinopsis Drama Andainya Takdir 2 (TV3)

Drama Andainya Takdir 2 sudah mula disiarkan di TV3 bermula 13 Jun yang lalu dan mempunyai 20 episod. Drama Andainya Takdir 2 ini adalah kesinambungan drama Andainya Takdir yang pernah disiarkan di TV3 pada tahun lalu. Drama ini masih mengekalkan semua pelakon utama drama ini dan disiarkan setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Antara pelakon Drama Andainya Takdir 2 ini adalah Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee dan ramai lagi. Selain itu drama Andainya Takdir 2 ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Drama ini memfokuskan apa yang terjadi selepas Airil dan Fatihah bercerai, adakah mereka akan rujuk semula atau sebaliknya. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Drama Andainya Takdir 2, Sinopsis Drama Andainya Takdir 2, TV3, 2018, Drama Popular, Drama Hari Raya, Trending, Drama Melayu, Drama Best, Cinta, Andainya Takdir 2 Cast, Pelakon Drama Andainya Takdir 2, Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Watak, Airil, Fatihah, Aleeya, Poster, OST Andainya Takdir 2,
Sinopsis Drama Andainya Takdir 2

Airil (Shukri Yahaya) yang sudah bercerai dengan Fatihah (Nina Iskandar) berusaha untuk menyatukan semula keluarga mereka termasuk menjalani rawatan dengan doktor psikatri. Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai. Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya (Puteri Balqis) di sisi. Tapi Fatihah masih trauma dan makin membenci Airil bila Airil masih masuk campur urusan hidupnya hingga Fatihah berpindah ke Terengganu bersama Aleya. Bila berjauhan barulah Fatihah terasa sukarnya hidup tanpa Airil dan terpaksa berdikari. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri. Pelbagai ujian melanda termasuklah desakan cinta dari Nizam (Mas Khan), bosnya, masalah Aleya terpengaruh dengan budak nakal dan cinta baru dari Hafiz (Syazuwan Hassan). Airil berusaha membantu Fatihah dalam diam dan cari kerja di Terengganu dengan terpaksa menggunakan Sofea (Neera Azizi) yang mencintainya. Hinggalah Fatihah sakit berpunca dari pukulan Airil dulu, Fatihah makin membenci Airil. Namun pengorbanan Airil akhirnya disedari Fatihah.
Drama Andainya Takdir 2, Sinopsis Drama Andainya Takdir 2, TV3, 2018, Drama Popular, Drama Hari Raya, Trending, Drama Melayu, Drama Best, Cinta, Andainya Takdir 2 Cast, Pelakon Drama Andainya Takdir 2, Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Watak, Airil, Fatihah, Aleeya, Poster, OST Andainya Takdir 2,
Lagu Tema / OST Andainya Takdir 2
➔ Permata Cinta nyanyian Aiman Tino
➔ Dimana Kan Ku Cari Ganti nyanyian Liza Hanim
➔ Setia Menunggumu nyanyian Sabhi Saddi
➔ Yang Terindah nyanyian Escape Plan
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

14 Feb 2018

Ending Drama Kekasih Paksa Rela

Ending Drama Kekasih Paksa Rela, Episod Akhir Drama Kekasih Paksa Rela, Slot Akasia, TV3, Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela, Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan A.Rahman, Dayang Areeda, Fizz Fairuz, Emelda Rosemila,
Ending Drama Kekasih Paksa Rela

Akhirnya tamat sudah Drama Kekasih Paksa Rela yang bersiaran selama 28 episod di Slot Akasia TV3, drama ini juga meninggalkan impak yang besar pada penonton kerana ramai yang suka menonton drama ini. Walaupun dibarisi dengan ramai pelakon baru, drama ini tetap berjaya mendapat tempat di hati penonton. Aku sendiri pun boleh terlayan drama Kekasih Paksa Rela ini, sebab sebelum ini aku tak begitu layan kecualilah kalau drama tersebut best. Gabungan pelakon baru dan lama seperti Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan A.Rahman, Dayang Areeda, Fizz Fairuz, Emelda Rosemila membuatkan drama ini makin best. Aku agak terkejut juga dengan ending drama Kekasih Paksa Rela ini bila Rosnaida akhirnya bercerai juga dengan Adham, walaupun Adham tak sanggup nak melepaskannya. Aku ingatkan Rosnaida sanggup bermadu dengan Hanan tu, tapi rupanya tidak, manakala Hanan pula awalnya sanggup nak undur diri demi kebahagiaan Ros dan Adham walaupun dirinya tengah berbadan dua.

Namun bila mak Hanan iaitu Suraya beritahu Adham mengenai perkara sebenar dan Rosnaida pun tahu pasal Hanan yang tengah mengandung tu, maka Rosnaida pun mengambil keputusan untuk undur diri dan bercerai dengan Adham. Jadi walaupun Adham sudah tidak beristeri dua, ending drama ini tetap happy ending gitu, bila Adham hanya milik Hanan Khaira saja hehe.

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

16 Okt 2017

Top 5 Akademi Fantasia Megastar 2017

Top 5, Finalis AF Megastar, 2017, Akademi Fantasia Megastar, Amir, Amir Jahari, Tersingkir, Semi Final, Konsert, Separuh Akhir, Bintang AF, Nyanyian, Penyanyi, Astro, Lagu Best, Lagu Solo, Lagu Duet, Idayu, Bob, Marsha, Syamel, Shahir, Guest Artist, Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Azharina, Black Hanifah, Awi Rafael,
Top 5 dan Finalis AF Megastar

Assalammualaikum..
Selesai sudah Konsert Separuh Akhir AF Megastar ini dan keputusan mengenai Finalis / Top 5 turut diketahui umum serta menyaksikan Amir dan Amir Jahari tersingkir. Finalis AF MEGASTAR 2017 adalah Idayu, Bob, Marsha, Syamel dan Shahir. Separuh Akhir Konsert AF Megastar berlangsung dengan meriah dan diserikan dengan kehadiran penyanyi hebat seperti Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Dayang Nurfaizah, Azharina, Awi Rafael, Black Hanifah dan ramai lagi yang akan berduet dengan para peserta. Ada 2 lagu tugasan untuk peserta iaitu lagu solo dan lagu duet manakala Dato M.Nasir menjadi juri jemputan untuk minggu ini. Antara kejutan yang berlaku di minggu semi final ini adalah apabila Dato Ramli M.S dan Dato M.Nasir memberikan standing ovation pada Idayu selepas selesai membuat persembahan untuk lagu duet. Malah Idayu juga disuruh oleh Dato Ramli MS untuk menyanyikan lagu Raya Dato M. Nasir untuk menguji Idayu dan selepas itu Idayu mendapat standing ovation. Apa pun memang sedap suara Idayu nyanyi lagu raya tu hehehe, masa final nanti konform lagi sengit ni. Bob juga turut mendapat komen positif dan pujian dari Dato Ramli MS dan Dato M.Nasir. Tapi bila Bob berduet dengan Dayang Nurfaizah tu, nampak suara Bob tenggelam sikit sebab suara Dayang sangat powerful. 

Minggu lalu dan minggu ini nampak Syamel sedikit tenggelam tapi suara Syamel tetap sedap manakala Amir dan Amir Jahari seperti salah pilih lagu dah. Marsha seperti biasa sentiasa konsisten manakala Shahir pula buat pertama kalinya menyanyikan lagu english secara berduet dengan Awi Rafael. Di minggu suku akhir yang lalu, kelihatan Bob mendapat markah tertinggi namun di pusingan separuh akhir ini, Idayu pula yang mendapat markah tertinggi. Manakala Marsha dan Syamel juga pernah mendapat markah tertinggi. Kelihatan persaingan untuk merebut gelaran juara AF Megastar sangat sengit okey, sebab siapa - siapa saja akan menang. Apa - apa pun untuk minggu semi final ini kelihatan Idayu dan Bob memang all out. Aku harap di konsert akhir AF Megastar ini nanti, semua peserta akan pilih lagu yang tepat serta all out. Agak - agak korang siapa yang akan jadi juara AF Megastar nanti??. Pilihan aku mestilah Bob dan Idayu.

Keputusan Markah Juri dan Undian Di Konsert Separuh Akhir AF Megastar
Keputusan, Result, Markah Juri, Undian Peminat, Konsert Separuh Akhir AF Megastar, Top 5, Finalis AF Megastar, 2017, Akademi Fantasia Megastar, Amir, Amir Jahari, Tersingkir, Semi Final, Konsert, Separuh Akhir, Bintang AF, Nyanyian, Penyanyi, Astro, Lagu Best, Lagu Solo, Lagu Duet, Idayu, Bob, Marsha, Syamel, Shahir, Guest Artist, Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Azharina, Black Hanifah, Awi Rafael,
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

18 Sep 2017

AFMegastar - Adira & Azhar Tersingkir

Adira, Azhar, Tersingkir, Konsert, AFMegastar, Akademi Fantasia Megastar, Bintang AF, Reunion, Lagu Best, Suara, Vokal, Nyanyian, Peserta, Top 10 AFMEGASTAR, Syamel, Marsha, Bob, Idayu, Shahir, Ewal, Amir, Sufi, Indah, Amir Jahari, Final AF Megastar, Markah Juri, Undian Peminat, Markah Keseluruhan,
Adira Dan Azhar Tersingkir di Minggu Ketiga AFMegastar

Assalammualaikum..
Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia Megastar (AFMegastar) pada ahad yang lalu menyaksikan Azhar dan Adira tersingkir. Awalnya aku ingat ada satu penyingkiran saja, tapi tak sangka pula sampai dua penyingkiran. Amir Jahari juga turut berada di bottom three namun berjaya ke minggu seterusnya. Top 12 yang terpilih semuanya boleh menyanyi dengan baik, namun jika membuat kesilapan dalam persembahan pastinya boleh tersingkir. Tema untuk minggu ketiga AF Megastar adalah lagu - lagu Throwback Akademi Fantasia, dimana semua peserta harus memilih lagu - lagu yang pernah dibawa oleh pelajar Akademi Fantasia dari musim pertama hinggalah ke AF2016. Azhar memilih lagu Dalam Gerimis (Visa), manakala Adira pula memilih lagu rancak Ikut Rentakku (Jaclyn Victor). Semasa persembahan Adira, memang aku rasa ada benda tak kena dengan persembahannya, aku rasa Adira patut memilih lagu Balada berbanding lagu rancak, sayangnya Adira terkeluar kan, aku hope dia boleh stay lebih lama lagi. Azhar pun nyanyi sedap tapi nak buat macam mana tak ada rezeki kan.
Adira, Azhar, Tersingkir, Konsert, AFMegastar, Akademi Fantasia Megastar, Bintang AF, Reunion, Lagu Best, Suara, Vokal, Nyanyian, Peserta, Top 10 AFMEGASTAR, Syamel, Marsha, Bob, Idayu, Shahir, Ewal, Amir, Sufi, Indah, Amir Jahari, Final AF Megastar, Markah Juri, Undian Peminat, Markah Keseluruhan,
Cara penyingkiran di penghujung konsert AFMegastar ini juga agak berbeza, bila diorang main dengan lampu gitu, cantik lampu tu semua, colourful tau, tapi bila lampu merah tu mula muncul memang suspen sebab lampu merah tu menandakan peserta tersebut tersingkir. Syamel sekali lagi mengulangi kejayaannya minggu lalu dengan berjaya menjadi Star Of The Week dan turut mendapat markah keseluruhan yang tertinggi iaitu sebanyak 58.6, kiranya juara mingguanlah kan. Apa pun Syamel ni memang jenis kreatif, lagu slow Aku Tak Kan Bersuara tu boleh dijadikannya lagu rancak dan ala2 happy go lucky gitu. Aku rasa Syamel ni berpotensi cerah untuk ke Final, selain itu persembahan Marsha juga memukau dan best apabila dia menyanyikan lagu Asmara dalam versi yang unik. Shahir turut membuat kelainan dengan muzik untuk lagu Seroja. Aku juga ingat Idayu mungkin akan menyanyi lagu balada minggu ini, tapi tak sangka pula dia akan menyanyikan lagu Irama Malaysia iaitu Ya Maulai. Persembahan Bob juga best sehingga dipuji oleh Dato Rmali M.S. Jarang betul nak dengar pujian sebegitu rupa dari Dato Ramli M.S, untung Bob, hope Bob juga akan ke Final nanti. Juri Jemputan untuk minggu ketiga ini adalah Dato Norman Abdul Halim.
Top 10 #AFMegastar adalah Syamel, Marsha, Bob, Idayu, Shahir, Ewal, Amir, Sufi, Indah dan Amir Jahari.

Banner, Affiliate, Klik Jer, Cari Rezeki, Cari Duit Online, Panduan Asas, Ebook, Elektonik Book,
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

10 Mei 2017

Ending Drama Menanti Februari

Ending Drama Menanti Februari, Watak, Arie, Fiza, Edie, Cinta Tiga Segi, Pelakon Drama Menanti Februari, Zul Ariffin, Nur Fathia Latiff, Afiq Muiz,
Ending Drama Menanti Februari

Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang mengikuti Drama Menanti Februari yang disiarkan di Slot Samarinda TV3 kan?. Semalam adalah episod ke 15 drama ini yang juga merupakan episod akhir drama Menanti Februari ini. Aku rasa jalan cerita drama ini menarik sebab bijak bermain dengan emosi penonton, lakonan pelakonnya seperti Zul Ariffin, Fathia Latiff dan Afiq Muiz juga best, aku paling suka dengan dialog Zul Ariffin yang melakonkan watak Arie tu, setiap dialog yang menyindir Edie dan Fiza tu memang sentap hehehe. Dari komen - komen yang aku baca di Twitter ramai juga yang emosi dengan ending drama Menanti Februari ini, ada yang suka dengan endingnya dan ada juga yang tak suka dengan endingnya. Aku rasa intanlah paling senang sebab dapat pilih dua - dua hahaha. Episod akhir drama Menanti Februari ini bermula dengan Fiza yang masih sukar untuk membuat keputusan untuk memilih Arie mahu pun Edie. Manakala Arie masih mendesak Edie supaya memulangkan Fiza padanya manakala Edie pula menanti keputusan Fiza. Hanya selepas Fiza melahirkan anak keduanya, barulah Fiza membuat keputusan untuk memilih Edie dan ini membuatkan Arie kecewa namun Arie menerima keputusan Fiza dengan tenang dan berlalu pergi. 

Kesian juga pada Arie ni, Fiza patutnya tunggu lebih lama sedikit, mungkin dalam setahun sekurang - kurangnya selepas Arie hilang. Ini lepas 4 bulan Arie hilang, Fiza dah kahwin dengan Edie, manakala lepas 6 bulan lepas Arie hilang dan kemudian Arie dijumpai masih hidup dan kembali, Fiza dah pregnant pula. Cepat betul Fiza ni move on kan hahaha. Aku lebih bersimpati pada watak Arielah pula walaupun awalnya aku tak berapa suka dengan sikap Arie yang lebih mementingkan urusan kerjanya berbanding Fiza dan Intan tu. Tapi kalau Fiza pilih Arie pun, kesian juga pada Edie hahaha. Apa pun dah berakhir dah drama ini jadi tak payah nak emosi dah yeayyy..
Miss Banu Signature, Tandatanganku. blog miss banu story,
Read More »

11 Feb 2017

Review Drama Korea - Goblin

Poster Drama Korea Goblin
Goblin - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Okey hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Goblin, rasanya semua pun tahu yang Drama Goblin ini sangat popular, sangat diminati ramai disebabkan jalan ceritanya yang unik, misteri dan best. Memang tak dapat dinafikan jalan cerita Goblin ini tak logik tapi drama bergenre fantasi dan misteri seperti ini memang seronok untuk ditonton. Bila dapat tahu senarai pelakon drama Goblin ini jer, dah berjaya buat penonton rasa teruja dan tak sabar nak menonton drama ini. Ini ditambah lagi dengan Gong Yoo dan Lee Dong Wook berada dalam satu drama yang sama, memang woww gitu. Selain Gong Yoo dan Lee Dong Wook, drama ini turut dilakonkan oleh Kim Go Eun, Yoo In Na, Yook Sung Jae, Lee El, Joo Woo Jin, Kim Byung Chul dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 16 episod, alangkah bagusnya kalau episod drama ini dipanjangkan lagi menjadi 20 episod mahupun 50 episod hehe. Tak puas tengok drama ini sebab ada 16 episod je, Drama Korea Goblin ini disiarkan bagi menggantikan drama The K2 dan kemudian akan digantikan dengan drama Tomorrow With You yang dilakonkan oleh Shin Min Ah dan Lee Je Hoon. Pengarah dan Penulis Skrip drama Goblin ini juga adalah orang yang sama mengarah dan menulis skrip untuk Drama Popular Descendants Of The Sun. Pelakon Kim Min Jae dan Kim Soo Hyun turut membuat kemunculan khas dalam drama ini sebagai King and Queen ketika remaja (muda).
Bromance Gong Yoo dan Lee Dong Wook
Tarikan utama drama ini pastilah sebab jalan ceritanya yang unik, selain itu ramai juga yang suka tengok bromance antara Kim Shin dan Grim Reaper (Wang Yeo) tu. Selain bromance antara diorang, aku juga suka semua scene yang melibatkan Lee Dong Wook, Gong Yoo dan Sung Jae, bila ada diorang bertiga memang lawak kot hehe. Ingatkan dalam drama jer yang nampak bromance diorang ni tapi masa kat luar drama pun memang diorang baik, siap bergurau lagi, memang gandingan yang serasi gitu. Kalau korang nak tengok apa yang berlaku di belakang tabir drama Goblin ni, pastikan korang tonton Goblin Special Part 1 & 2 : The Summoning. Ada banyak benda best yang boleh korang tahu lepas menonton special episod drama Goblin tu. Antaranya scene - scene tak jadi dalam drama ni serta korang boleh lihat sendiri keserasian antara Gong Yoo dan Lee Dong Wook on and off screen. Selain itu, dalam episod special tersebut Yoo In Na dan Lee Dong Wook turut jadi ala - ala hos dalam Goblin special tersebut. Paling menarik perhatian aku bila Lee Kwang Soo turut melawat sekejap ke dalam set Goblin dan bertemu dengan Gong Yoo. Ketika penggambaran di hospital pula, kelihatan pelakon Yoo Yeon Seok di hospital yang sama, rupa - rupanya dia juga turut shooting di situ tapi untuk drama yang lain iaitu Romantic Doctor, Teacher Kim. Sempat juga dia singgah sekejap dan bertemu dengan Lee Dong Wook dan krew yang lain. Alang - alang dah jumpa tu, patutnya dia buat cameo terus jer dalam Goblin tu tambahan lagi dia dah berpakaian ala - ala doktor dah hehe.
Pelakon Utama Goblin
Lokasi shooting drama ini juga sangat cantik dan indah, diorang juga turut shooting di Canada. Lagu Tema / OST Goblin ini juga sangat best, semua lagu sedap - sedap belaka, aku pun siap download kot lagu - lagu OST dari drama Goblin ni, selalunya aku memang jarang nak mendownload lagu - lagu OST Drama Korea kecuali kalau lagu itu sangat best. Babak - babak kelakar dalam drama ni memang terbaik sampai penonton pun boleh tersengih sekali hehe. Selain babak kelakar, babak sedih pun mestilah tersangat sedih kan, antara scene yang paling sedih masa Kim Shin lenyap tu, sayu dan sebak je dengar Ji Eun Tak menangis teresak - esak, Lepas 9 tahun, Kim Shin datang balik tapi semua dah lupa tentang dia. Sampaila dia terjumpa Grim Reaper dan nasib baik Grim Reaper / Wang Yeo masih ingat pada dia. Masa Grim Reaper minta maaf pada Kim Shin dan Kim Shin pun memaafkannya tu juga sedih dan sebak. Lepas diorang dah berbaik, bromance pun kembali juga hehe, scene ketika Grim Reaper berpisah dengan Sunny juga sangat sedih. Selain itu scene - scene suspen dalam drama ini juga sangat best antaranya ketika Eun Tak cuba untuk menarik pedang yang ada di dada Kim Shin tu, scene ketika roh jahat Park Joong Hun yang dilakonkan oleh Kim Byung Chul, datang berjumpa Eun Tak buat pertama kalinya, memang nampak menakutkan mukanya, pandai diorang makeup rupa Park Joong Hun jadi scary macam tu. 
sung jae, lee dong wook dan gong yoo
Apa pun tak sangka juga pelakon Kim Byung Chul akan bawa watak jahat dalam drama ini sebab sebelum ini dia ada pegang watak komedi dalam Drama Shopping King Louis. Dari komedi terus ke watak jahat dan lakonannya sememangnya berkesan, malah berjaya menimbulkan rasa benci penonton pada wataknya. Selain itu scene ketika Yoo Duk Hwa berubah jadi orang lain tu pun memang best hehe, tak leh blah tengok reaksi Kim Shin dan Grim Reaper yang terkejut tengok Duk Hwa masa ni. Gelagat Secretary Kim yang baik dan pandai menari tu juga kelakar, nasiblah watak dia baik je dalam drama ni, sebab sebelum ni , dia ada pegang watak jahat dalam Drama Police Unit 38. Aku juga suka tengok Eun Tak berkawan baik dengan hantu - hantu tu semua, paling tak sangka bila makcik Eun Tak yang suka mendera Eun Tak tu pun jadi hantu dan masih menyusahkan Eun Tak walaupun dah jadi hantu. Aku juga tak faham kenapa Sunny nak seksa diri dia dengan menjauhkan / menghilangkan dirinya dari Kim Shin, Eun Tak dan Grim Reaper tu. Lagipun Kim Shin tu dah memaafkan Grim Reaper dan tak kisah kalau Sunny nak berkawan semula dengannya. Ending Goblin ini tak begitu happy ending bagi aku sebab masih sad ending juga. Lagipun Eun Tak mati dan Kim Shin terpaksa bersendirian terlalu lama untuk menunggu Eun Tak dilahirkan semula. 
Gong Yoo & Kim Go Eun
Bertambah sedih bila Wang Yo / Grim Reaper juga meninggalkan Kim Shin dan bersama Sunny untuk ke alam lain. Kesian pada Kim Shin yang terpaksa hidup seorang diri untuk menunggu Eun Tak. Aku teringin juga nak tahu apa jadi dengan Duk Hwa tu, nak tahu juga dengan siapa dia kahwin semua kan, tapi di episod akhir drama Goblin ini tak diceritakan pula pasal kisah Duk Hwa selepas Kim Shin bersendirian tu. Grim Reaper dan Sunny juga turut dilahirkan semula dan menjadi orang lain dan kedua - duanya juga kelihatan bahagia gitu. Tapi macam tak seronok pula bila mereka berdua memang tak kenal dengan Kim Shin dan Kim Shin pula hanya dapat memerhati mereka berdua dari jauh saja. Alangkah baiknya kalau Kim Shin cuba berkawan dengan mereka berdua kan, jadi tak adalah hidup dia sunyi sentiasa kan. Apa pun Korean Drama Goblin ini memang menghiburkan dan seronok untuk ditonton. Pada yang belum menonton cerita ini lagi, aku rekomenkan drama ini untuk korang tengok dan aku bagi 9.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini. 
Drama Korea Goblin
my signature
Read More »

12 Dis 2016

Love In The Moonlight – Korean Drama Review

Review Drama Korea - Love In The Moonlight

Assalammualaikum..
Hari ni giliran Drama Korea Love In The Moonlight / Moonlight Drawn By Clouds untuk direviewkan. Drama ini mempunyai 18 episod dan disiarkan bermula 22 Ogos yang lalu hingga 18 Oktober 2016. Apsal diorang tak cukupkan jer jadi 20 episod drama ni kan, sebab drama ni memang cukup popular, tambahan lagi ramai yang tengah demam dan gilakan hero drama ni iaitu Park Bo Gum. Drama Love In The Moonlight ini berlatarkan zaman diraja dulu2 dan dilakonkan oleh Park Bo Gum, Kim You Jung, Jin Young, Chae Soo Bin, Kwak Dong Yeon, Cheon Ho Jin, Han Soo Yeon, Park Chul Min, Jung Hye Seong serta ramai lagi. Pengarah drama ini pernah mengarahkan drama2 popular seperti Adolescence Medley, Discovery Of Love, Big dll. Drama ini disiarkan menggantikan drama Beautiful Mind lakonan Jang Hyuk dan Park So Dam yang telah tamat episodnya dan kemudiannya akan digantikan dengan drama Sweet Stranger and Me. Pendek kata drama ini berkisarkan tentang Anak Raja yang jatuh cinta dengan anak pemberontak gitu.
Episod awal drama ini sangat menarik bila kita dapat lihat gelagat dan cara pertemuan Hong Ra On dan putera mahkota Lee Young yang sangat unik dan kelakar. Tak leh blah bila dua2 pun menyembunyikan identiti diri masing2 yang mana Hong Ra On menyamar menjadi lelaki manakala Putera Mahkota / putera raja pula menyamar sebagai pegawai di istana. Keadaan makin jadi lawak bila Hong Ra On dipaksa menjadi Sida (Eunuch) dan dikehendaki untuk berkhidmat pada anak raja di istana. Tak leh blah bila Hong Ra On boleh lepas dalam ujian dan pemeriksaan untuk menjadi sida secara ajaibnya hahaha. Macam biasa drama ni pastilah meyelitkan kisah cinta yang sweet dan juga cinta tiga segi antara Hong Ra On, putera mahkota dan Kim Yoon Sung yang merupakan cucu kepada menteri utama di istana. Hal ini dirumitkan dengan kehadiran gadis cantik dan bijak iaitu Jo Ha Yeon yang akan dijodohkan dengan Putera Mahkota Lee Young tu.   
Antara scene yang aku suka mestilah scene2 yang kelakar dalam drama ni kan, selain tu aku suka scene masa Putera Mahkota sengaja ingin membuli Hong Ra On tu sebelum akhirnya mereka menjadi kawan baik. Scene masa Putera Lee Young tu mendedahkan identitinya sebagai anak raja pada Hong Ra On tu sangat cute okey hehe. Part masa Putera Lee Young tu jatuh cinta pada Hong Ra On tanpa tahu yang Hong Ra On tu perempuan pun lawak gak hahaha. Apapun agak kesian gak la dengan Kim Yoon Sung tu sebab cintanya pada Hong Ra On hanya bertepuk sebelah tangan. Walaupun begitu, die tetap akan melindungi Hong Ra On dari sebarang bahaya. Tak leh blah tengok gelagat menteri2 jahat dalam drama ni haha memang nampak jahat betul lak tu. Kadang2 stress gak dengan karakter Hong Ra On ni yang mudah menangis n nampak lembik jer. Aku suka gak la drama ni terutamanya masa episod2 awal, tapi bila masuk pertengahan cerita nampak macam boring plak hahaha sampai aku ada skip beberapa episod. Walaubagaimanapun drama ni memang menjadi kegilaan pada penggemar drama Korea kecuali aku hehehe.
Rating drama ini sememangnya sangat tinggi walaupun drama ni bersaing hebat dengan drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo yang dibintangi ramai pelakon terkenal. Walaupun aku suka dengan Park Bo Gum yang cute tu, tapi aku lebih suka lakonannya dalam drama dia yang terdahulu seperti I Remember You / Hello Monster dan Reply 1988 berbanding drama ni. Mungkin sebab drama ni lebih memfokuskan kisah cinta dan juga sedikit konflik politik dan percintaan dan tak banyak unsur2 suspen yang boleh buat aku tertunggu – tunggu episode seterusnya. Tapi drama ni masih menghiburkan, oleh itu, aku akan bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk Drama Love In The Moonlight ni.
Read More »

4 Dis 2016

#MyTravelokaEscapade : Percutian Idamanku Di Pulau Langkawi

#MyTravelokaEscapade : Percutian Idaman Di Pulau Langkawi

Assalammualaikum..
Dalam dok fikir2 dan pilih tempat kat mana nak bercuti kalau Traveloka tunaikan impian aku ni, terdetik dihati nak pilih Langkawi. Yela nama je duduk Malaysia tapi belum berkesempatan menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi yang sememangnya terkenal sebagai tempat tumpuan pelancong dan juga tempat percutian yang menarik. So kalau Traveloka tunaikan impian aku ni memang shopping sakanlah nanti sambil - sambil bercuti gitu. Bagi yang belum tahu Traveloka ni apa, ataupun mungkin korang dah pernah dengar tentang Traveloka ni, cuma tak ambil tahu jer, so meh sini ramai2 aku terangkan pasal Traveloka ni. Traveloka ni adalah satu website online yang memudahkan pengguna membuat pesanan untuk tempahan hotel dan tiket penerbangan. So lepas ni korang dah tak perlu nak buat pesanan ataupun tempahan hotel dan tiket penerbangan secara berasingan dah. Memang sangat senang dan mudah, sebab kita boleh lakukan kedua-duanya sekali. So kalau korang nak bercuti lepas ni atau nak ke mana-mana saja, jangan lupa menggunakan perkhidmatan Traveloka ni okey sebab ianya murah dan korang juga dapat berjimat, disamping tiada caj tersembunyi dimana apa yang korang lihat adalah apa yang korang bayar. Antara manfaat menggunakan Traveloka adalah seperti Transaksi dalam talian yang selamat, hasil carian yang paling meluas, TravelokaQuik - tempahan cara terpantas, khidmat pelanggan 24/7 (hubungi pada bila - bila masa saja) dan banyak lagi. Jadi kalau korang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Traveloka ni bolehla ke sini ⏩⏩ http://www.traveloka.com.my/ dan juga menggunakan hashtag #MyTravelokaEscapade untuk memudahkan pencarian korang tu nanti.
Aku memilih Pulau Langkawi kerana kat situ ada banyak tempat - tempat menarik dan juga tempat bersejarah gitu. So sebagai bekas pelajar Jurusan Sejarah sememangnya Pulau Langkawi akan menjadi pilihan aku kerana di situ sangat banyak sejarahnya disamping mitos dan lagendanya yang tersendiri dan unik. Kalau tengok nama - nama tempat sekitar Langkawi tu pun unik - unik belaka kerana setiap nama tempat di sekitar Pulau Langkawi itu ada mitos dan kisahnya yang tersendiri. Kat bawah ni aku senaraikan sebab dan juga tempat - tempat menarik di Pulau Langkawi yang akan aku lawati sekiranya aku berpeluang untuk ke sana.

1) Pekan Kuah
Kat pekan Kuah ni lah terdapat Jeti, Feri, Dataran Lang dan yang paling best mestilah boleh shopping sebab ianya merupakan tempat membeli - belah bebas cukai dan bila dah bebas cukai mestilah barang - barang tu lebih murah dari biasa kan. Kat sini haruslah beli Coklat banyak - banyak kan hehe, Set Pinggan Mangkuk juga memang popular kat sini dan juga Minyak Gamat.
2) Pantai Cenang
Kalau bercuti kat Pulau Langkawi tu memang tak seronoklah kalau tak ke pantai yang cantik - cantik tu. Antara pantai yang terkenal dan sering dikunjungi ramai adalah pantai Cenang. So mestilah aku pun akan singgah kat pantai ni dan jalan - jalan kat tepi pantai gitu. Kat pantai Cenang ni gak terdapat banyak restoran dan Resort yang memudahkan pelancong untuk makan dan juga menginap. Selain pantainya yang terkenal, ada juga aktiviti water sport yang boleh dicuba gitu. Tapi rasanya aku tak berani lah kot nak cuba aktiviti water sport tu hehe, dapat jalan - jalan tepi pantai pun dah cukup bagi aku hehehe.
3) Island Hopping
Aku juga teringin nak melawat 3 pulau utama yang lain di Langkawi ni dengan menaiki Bot iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah. Bila dah sampai kat Pulau Dayang Bunting tu harus lah ke Tasik Dayang Bunting yang popular tu, bertambah menarik bila kita tahu mitos dan lagendanya yang tersendiri mengenai Tasik Dayang Bunting ni. 
4) Makam Mahsuri
Kat Pulau Langkawi ni memang tak sah kalau tak melawat Makam Mahsuri ni betul tak?. Lagipun dari sekolah lagi kita dah diajar tentang kisah lagenda Mahsuri ni, darah putih serta sumpahan Mahsuri. So mestilah aku tak kan lepaskan peluang untuk melihat sendiri Makam Mahsuri ni. Tambahan lagi aku memang penggemar cerita - cerita berkaitan sejarah ni semua.
5) Cable Car Langkawi
Teringin juga nak merasa naik kereta Kabel / Cable Car Langkawi ni, disamping dapat menikmati panorama dan pemandangan indah gitu. Sebelum ni asyik naik Cable Car Bukit Bendera yang ada kat Pulau Pinang ni jer, sekali sekala nak merasa gak naik Cable Car Langkawi pula.
6) SkyBridge
Pastu mestilah aku teringin nak berjalan - jalan kat SkyBridge ni yang merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan 2 puncak bukit yang mana kat sini akan memudahkan pengunjung untuk berjalan dan melihat pemandangan secara 360 darjah dan SkyBridge ni juga antara jambatan melengkung terpanjang di dunia. Untuk ke SkyBridge ni, kena naik kereta kabel dulu, jadi bila dah sampai kat jambatan ni boleh berselfie, berwefie sepuas hati.
7) Telaga Air Hangat
Telaga Air Hangat adalah tempat yang best untuk dilawati, dikatakan Kolam Air Panas ni dapat merawat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit kulit. Kat sini memang syok berendam di dalam kolam air panas ni sambil bersantai - santai gitu. Tempat ini juga mempunyai kisah lagendanya yang unik sekali.
8) Laman Padi
Kat Laman Padi ni, aku boleh merasai pengalaman dalam sawah padi yang betul disamping menikmati suasana kampung gitu. Maklumlah kat Penang ni susah dah nak jumpa padi, sawah mahupun kampung, semuanya bangunan tinggi- tinggi jer ada hehe. Sambil - sambil tu boleh gak ke Muzium Padi yang ada kat situ dan boleh juga belajar sikit tentang proses tradisi pemprosesan padi tu. Kat Laman Padi ni juga ada Seashells Restaurant yang terkenal dengan makan malam di tengah sawah gitu, istimewa betul kan..
9) Langkawi Wildlife Park
Dah nama pun bercuti kan, jadi haruslah ke sini yang merupakan Taman Hidupan Liar yang ala - ala mini zoo gitu. Disebabkan aku ni memang jenis yang sangat sukakan binatang, mestilah aku tak sabar untuk ke Bird Paradise yang mana kat sini terdapat pelbagai jenis spesies burung yang jinak yang boleh disentuh dan diberi makan. Woww best kan, seronok layann binatang - binatang comel dan jinak ni.
10) Air Terjun Telaga Tujuh
Di samping terkenal dengan mitosnya yang tersendiri, ianya juga adalah satu destinasi mandi air terjun yang menarik untuk aku lawati gitu. Dikatakan air terjun ini dinamakan telaga tujuh kerana di sepanjangnya terdapat kawasan tadahan kecil yang berbentuk seakan - akan telaga yang terbentuk secara semulajadi. Memang antara tempat menarik yang harus dilawati ni.

Tak sangka dah 10 tempat aku senaraikan hehehe, ikutkan ada banyak lagi tempat menarik yang ada kat Pulau Langkawi ni. Tapi cukuplah 10 tu, ni pun dah banyak sangat dah ni hehehe.
Kalau korang teringin nak bercuti di tempat pilihan masing - masing, apa kata korang join contest yang Traveloka buat ni, kot -kot ada rezeki ker kan, untung - untung boleh gi bercuti kan. Korang hanya perlu klik link ni ➔ https://blog.traveloka.com/en/online-contest/ untuk korang join contest yang dianjurkan oleh Traveloka ni. Jom ramai - ramai meriahkan kontest Traveloka ni, hadiah pun boleh tahan lumayan tu. Lastly terimalah pantun daripada aku untuk semua hehehe.

Berjalan - jalan ke rumah Mak Wan,
Berehat Sekejap diatas Titi
Langkawi Jadi Destinasi Pilihan,
Traveloka pula mestilah pilihan hati
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017