-->
Memaparkan catatan dengan label 2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2016. Papar semua catatan

28 Ogo 2022

Telemovie Crush Next Door Lakonan Aiman Hakim & Nelydia Senrose

Telemovie Crush Next Door Lakonan Aiman Hakim & Nelydia Senrose


Assalammualaikum..
Semalam ada ler tengok Telemovie Crush Next Door ni kat Astro Ria lakonan Aiman Hakim dan Nelydia Senrose. Best gak layannn cite ni. Tak silap aku Telemovie Crush Next Door ni adalah adaptasi daripada cerpen yang tajuknya juga sama. Gandingan Aiman Hakim dan Nelydia Senrose ni nampak serasi, sweet dan comel jer hehe. Selalunya Aiman Hakim ni digandingkan dengan Emma Maembong kan, tapi aku tengok die dengan Nelydia pun okey gak hehe. Dalam banyak2 scene aku paling suka scene Zarif mula mengorat Hani tu, paling tak leh blah bila lepas kena lamar dengan Zarif tu boleh plak Hani tu terlanggar tiang depan2 Zarif lak tuh hahaha. 
Satu lagi scene yang aku suka masa last scene tu bila Zarif masuk rumah Hani lepas dengar jeritan Hani, die ingatkan Hani dalam bahaya rupanya Hani tu menjerit sebab takutkan lipas jer. Diorang ni kira berjiranlah n masa Zarif ada dalam rumah Hani tu boleh plak emak Zarif dan Hani datang serentak haha, tup2 dah ada depan pintu rumah dah. Keadaan mula jadi kelam kabut n lawak bila Zarif keluar dari rumah Hani n Hani keluar dari rumah Zarif, terbalik plak jadinya n mak diorang mula jadi konpius, kenapa rumah anak diorang ni bertukar plak hahaha. Scene last yang paling aku suka sekali hehe, not bad gak telemovie ni sebab sweet n lawak gak.

Update 28/8/2022 !!! 
Telefilem Crush Next Door ini akan diulangsiar di Awesome TV pada 28 Ogos 2022, jam 5 petang.


👉👉 Drama Ampas (Astro Citra)


Read More »

17 Sep 2018

Review Vanishing Time : A Boy Who Returned - Korean Movie

Movie, Vanishing Time : A Boy Who Returned, Korean Movie, Korean Film, Filem Korea, Movie Review, Korean Movie Vanishing Time : A Boy Who Returned, 2016, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Filem Korea Vanishing Time : A Boy Who Returned, Cast, Pelakon Filem Vanishing Time : A Boy Who Returned, Gang Dong Won, Shin Eun Soo, Lee Hyo Je, Kim Hee Won, Kwon Hae Hyo, Kim Dan Yul, Um Tae Goo, Menang Anugerah Best New Director dan Best Music, Ending Vanishing Time : A Boy Who Returned, Misteri, Suspen, Fantasy, My Feeling, My Favorite, Poster,
Review Filem Korea - Vanishing Time : A Boy Who Returned

Kali ni tibalah giliran Movie Vanishing Time : A Boy Who Returned untuk direviewkan, first time baca sinopsis Korean Movie ini memang dah tertarik untuk menontonnya. Sebab jalan ceritanya yang unik, misteri dan lain dari yang lain. Korean Movie  Vanishing Time : A Boy Who Returned ini release pada 16 November 2016 dan bergenre fantasi, drama dan misteri. Antara pelakon filem Vanishing Time : A Boy Who Returned ini adalah Gang Dong Won, Shin Eun Soo, Lee Hyo Je, Kim Hee Won, Kwon Hae Hyo, Kim Dan Yul, Um Tae Goo dan ramai lagi. Pengarah filem ini turut menang anugerah "Best New Director" di 2017 Daejong Film Awards atau turut dikenali dengan Grand Bell Awards. Malah filem ini turut menang anugerah "Best Music" di majlis anugerah yang sama. Selain itu filem ini juga tak perlukan pelakon wanita yang cantik jelita untuk jadi heroin filem ini sebab heroin filem ini adalah pelakon kanak - kanak yang dipilih dari 300 peserta ujibakat. Malah lakonan Gang Dong Won sebagai Sung Min yang dewasa tapi masih terperangkap dalam dunia kanak- kanaknya itu juga sangat best dan menarik. 
Movie, Vanishing Time : A Boy Who Returned, Korean Movie, Korean Film, Filem Korea, Movie Review, Korean Movie Vanishing Time : A Boy Who Returned, 2016, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Filem Korea Vanishing Time : A Boy Who Returned, Cast, Pelakon Filem Vanishing Time : A Boy Who Returned, Gang Dong Won, Shin Eun Soo, Lee Hyo Je, Kim Hee Won, Kwon Hae Hyo, Kim Dan Yul, Um Tae Goo, Menang Anugerah Best New Director dan Best Music, Ending Vanishing Time : A Boy Who Returned, Misteri, Suspen, Fantasy, My Feeling, My Favorite, Poster,
Agak sedih sebenarnya dengan nasib Sung Min yang terperangkap dalam satu dunia lain yang masanya berjalan laju dan bila dia pulang ke dunia sebenar dia telah dewasa sebelum sampai waktunya. Maknanya dia hilang zaman kanak - kanaknya serta zaman remajanya kerana semua telah berlalu. Lebih sadis bila Sung Min terperangkap dalam dunia misteri tersebut sebanyak 2 kali bukannya sekali, sedih betul scene masa dia terperangkap untuk kali kedua tu, dah la terperangkap seorang diri. Masa terperangkap kali pertama tu, dia masih ada 2 orang kawan lain, jadi tak adalah sunyi sangat kan. Aku suka dengan cara diorang gambarkan dunia misteri tersebut, dimana semuanya masih sama, tapi pergerakan dan waktu semua manusia lain terhenti kecuali Sung Min dan kawan - kawannya saja. Bila Sung Min dapat pulang ke dunia sebenar, macam - macam dia terpaksa tempuh, dah la polis dok buru dia, ini ditambah lagi bila kawan baiknya iaitu Soo Rin tidak mengenali dirinya lagi. Nasiblah ada diari yang ditulis Sung Min sepanjang berada dalam dunia misteri itu akhirnya dibaca oleh Soo Rin dan Soo Rin mula percaya yang dirinya adalah Sung Min yang hilang beberapa hari yang lalu.
Movie, Vanishing Time : A Boy Who Returned, Korean Movie, Korean Film, Filem Korea, Movie Review, Korean Movie Vanishing Time : A Boy Who Returned, 2016, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Filem Korea Vanishing Time : A Boy Who Returned, Cast, Pelakon Filem Vanishing Time : A Boy Who Returned, Gang Dong Won, Shin Eun Soo, Lee Hyo Je, Kim Hee Won, Kwon Hae Hyo, Kim Dan Yul, Um Tae Goo, Menang Anugerah Best New Director dan Best Music, Ending Vanishing Time : A Boy Who Returned, Misteri, Suspen, Fantasy, My Feeling, My Favorite, Poster,
Sinematografi filem ini cantik sebab lokasi shooting banyak dekat dalam hutan, plus lagu latar dan OST Vanishing Time : A Boy Who Returned ini semuanya sedap didengar, maklumlah menang best music gitu kan. Relationship Sung Min dan Soo Rin ni sweet sebenarnya, dari Sung Min kanak - kanak lagi memang dah nampak diorang serasi, bila Sung Min dah dewasa pun nampak Soo Rin masih dihatinya gitu. Soo Rin pula memang muka dia tak berubahlah sampai ke remaja pun hehehe, manakala ending movie Vanishing Time : A Boy Who Returned ini agak open ending, tapi bagi aku rasanya endingnya happy ending juga cuma agak kesian dengan Sung Min, sebab banyak waktu berlalu dan masanya terbuang macam tu je. Bagusnya Soo Rin ini sebab tetap sabar dan setia menunggu kepulangan Sung Min buat kali kedua. Pada pendapat aku, memang tak rugi layan movie ni sebab jalan ceritanya yang menarik dan suspen gitu. Aku bagi 8.9/10 bintang untuk movie ini.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

7 Sep 2018

Drama Korea & Movie Bulan Ogos 2018


Dalam bulan Ogos yang lalu, aku sempat menonton 2 Drama Korea dan juga 1 Korean Movie iaitu Derailed, What's Wrong With Seretary Kim dan juga Life On Mars. Drama - drama Korea tersebut akan aku review nanti. Apa pun jom tengok sedikit ulasan aku mengenai drama dan filem ini di bawah ye.

1) What's Wrong With Secretary Kim (2018)
Pelakon: Park Seo Joon, Park Min Young, Lee Tae Hwan, Chansung (2 PM), Kang Ki Young, Pyo Ye Jin, Hwang Bo Ra dan ramai lagi
Drama Korea & Movie Bulan Ogos 2018, Ulasan, Korean Drama, Drama Korea, Korean Movie, Korean Style, Artis Korea, Sweet, Romantik Komedi, Cast, Poster, Sinopsis, What's Wrong With Secretary Kim, Pelakon, Park Seo Joon, Park Min Young, Lee Tae Hwan, Chansung (2 PM), Kang Ki Young, Pyo Ye Jin, Hwang Bo Ra,
Drama 16 episod yang bergenre romantik komedi ini sememangnya disukai ramai, tambahan lagi drama ini dilakonkan oleh pelakon popular yang kacak dan jelita gitu. Scene - scene kelakar dalam drama Korea What's Wrong With Secretary Kim ini memang lawak dan menghiburkan tapi aku agak struggle untuk menghabiskan kesemua episod drama ini. Mungkin sebab drama ini terlalu santai, kurang suspen dan lebih memfokuskan tentang percintaan saja membuatkan aku jadi bosan. Tapi aku tak nafikan keserasian pelakon utama drama ini membuatkan drama ini menjadi popular.

2) Derailed (Korean Movie) - 2016
Pelakon: Choi Minho (SHINee), Ma Dong Seok, Da Eun, Kim Jae Young, Lee You Jin dan ramai lagi
Drama Korea & Movie Bulan Ogos 2018, Ulasan, Korean Movie, Korean Style, Artis Korea, Derailed, Filem Korea Derailed, Sinopsis Derailed, Poster, Derailed Cast, 2016, Pelakon, Choi Minho (SHINee), Ma Dong Seok, Da Eun, Kim Jae Young, Lee You Jin, Aksi, Teen, Jenayah, Crime,
Aku tertarik nak tengok movie ini sebab ada Minho dan Ma Dong Seok tapi jalan ceritanya memang boring bagi aku dan kurang menarik. Sebab sepanjang cerita, kesemua watak dalam drama ini asyik maki - hamun, pukul - memukul dan gaduh sepanjang masa, sampai aku pun jadi pening hahaha. Filem Korea Derailed ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang lari dari rumah dan hidup di jalanan, macam - macam kerja yang dilakukan oleh mereka untuk mendapatkan duit termasuklah mencuri, merompak dan menipu. Akhirnya apa yang dilakukan mereka itu memakan diri, apabila seorang lelaki yang ditipu mereka menjejaki mereka kembali dan menjadikan salah seorang dari mereka tebusan. Segalanya menjadi semakin buruk, apabila mereka turut diburu oleh orang lain yang berdendam dengan mereka.

3) Life On Mars (2018)
Pelakon: Jung Kyung Ho, Park Sung Woong, Go Ah Sung, Oh Dae Hwan, Noh Jong Hyun, Jeon Hye Bin dan ramai lagi.
Drama Korea & Movie Bulan Ogos 2018, Ulasan, Korean Drama, Drama Korea, Korean Style, Artis Korea, Suspen, Sweet, Aksi, Polis, Adaptasi English Drama, 2018, Life On Mars, Drama Korea Life On Mars, Poster, Sinopsis Drama Korea Life On Mars, Ending Life On Mars, Cast, Pelakon, Jung Kyung Ho, Park Sung Woong, Go Ah Sung, Oh Dae Hwan, Noh Jong Hyun, Jeon Hye Bin,
Drama Life On Mars ini merupakan antara drama favorite aku, plus drama ini ada Jung Kyung Ho yang berlakon gitu. Bagi aku semua drama lakonan Jung Kyung Ho ini memang best, berbalik pada drama ini ianya merupakan adaptasi daripada drama orang putih yang tajuknya juga sama. Drama ini akan membuatkan korang berfikir tentang apa sebenarnya yang berlaku pada watak utama dan menyuruh penonton untuk membuat kesimpulan sendiri terutamanya di bahagian ending Korean Drama Life On Mars ini. Drama ini memang suspen, plus keserasian para pelakon juga memang terbaik, scene - scene cinta pun memang kurang tapi walaupun tak banyak tetap sweet gitu. Scene kelakar lagilah lawak dan best. Mengisahkan tentang seorang polis yang sedang menjejaki seorang penjenayah berbahaya dan kemudian mengalami kemalangan. Apabila dia sedar dari kemalangan itu dia tiba - tiba berada dalam tahun 1988 dan terpaksa menyesuaikan diri di zaman itu dan dalam masa yang sama mencari jalan untuk pulang ke tahun 2018.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

13 Jul 2018

Filem & Drama Korea Bulan Jun 2018


Sepanjang bulan Jun 2018 yang lalu, aku sempat menghabiskan menonton 2 Drama Korea dan 3 Movie Korea. Boleh dikatakan semuanya best - best belaka dan ada tarikan tersendiri hehe. So jom tengok senarai drama dan filem tersebut di bawah ini, okey.

1. Be With You - 2018 (Movie)
Filem & Drama Korea Bulan Jun 2018, Korean Movie, Filem Korea, Film, Movie, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster, Love Story, Cinta, Sweet, Artis Korea, Korean Style, Pelakon Filem Korea Be With You, So Ji Sub, Son Ye Jin, Kim Ji Hwan, Ko Chang Seok, Gong Hyo Jin, Park Seo Joon, Filem Korea Be With You Lakonan So Ji Sub dan Son Ye Jin,
Pelakon: So Ji Sub, Son Ye Jin, Kim Ji Hwan, Ko Chang Seok dan ramai lagi.
Korean movie Be With You ini adalah adaptasi daripada novel dan movie Jepun, aku tertarik nak tengok movie ni sebab pelakonnya best - best belaka, yela ada Son Ye Jin dan So Ji Sub kot, haruslah tonton kan. Lebih menarik bila Gong Hyo Jin dan Park Seo Joon turut jadi cameo dalam movie ini hahaha. Bila Gong Hyo Jin muncul terus teringat gandingannya dengan So Ji Sub dalam drama The Master's Sun tu hehe. Jalan cerita movie ini sweet dan sedikit sedih juga, nanti aku akan buat full review mengenai movie ini, so nantikan..

2. Switch : Change The World - 2018 (Drama)
Filem & Drama Korea Bulan Jun 2018, Korean Drama, Drama Korea, Drama Best, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster, Con Artist, Prosecutor, Artis Korea, Korean Style, Suspen, Pelakon Drama Korea Switch : Change The World, Jang Geun Seuk, Han Ye Ri, Jung Woong In, Joo Hee Bong, Shin Do Hyun, An Seung Hwan,
Pelakon: Jang Geun Seuk, Han Ye Ri, Jung Woong In, Joo Hee Bong, Shin Do Hyun, An Seung Hwan dan ramai lagi.
Tarikan utama drama Korea Switch : Change The World ini pastilah sebab pelakonnya iaitu Jang Geun Seuk kan. Plus Jang Geun Seuk membawakan 2 watak gitu, iaitu sebagai seorang peguam yang serius dan seorang lagi sebagai penipu yang genius, licik dan adorable hahaaha. Selain itu jalan cerita drama ini juga bergerak laju dan ada banyak plot twist gitu. Nantikan review drama ini okey..

3. The Princess And The Matchmaker - 2018 (Movie)
Filem & Drama Korea Bulan Jun 2018, Korean Movie, Filem Korea, Film, Movie, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster, Love Story, Cinta, Sweet, Artis Korea, Korean Style, Pelakon Filem Korea The Princess And The Matchmaker, Lee Seung Gi, Shim Eun Kyung, Yeon Woo Jin, Kang Min Hyuk, Choi Woo Shik, Jo Bok Lae, Choi Minho (Shinee), Suspen, Movie Korea The Princess And The Matchmaker. 2018, Filem Lee Seung Gi,
Pelakon: Lee Seung Gi, Shim Eun Kyung, Yeon Woo Jin, Kang Min Hyuk, Choi Woo Shik, Jo Bok Lae, Choi Minho (Shinee) dan ramai lagi.
Filem ini ada Lee Seung Gi berlakon kot, rugi kalau tak tengok kan, paling best selain Lee Seung Gi, ada ramai pelakon popular lain yang turut berlakon dalam filem The Princess And The Matchmaker ini. Jalan cerita movie ini awalnya agak kelakar, sweet sebelum di penghujungnya berubah menjadi sedikit suspen namun bagi aku jalan ceritanya agak biasa, tipikal dan boleh dijangka. Apa pun jarang kot dapat tengok ramai pelakon popular dan best berlakon dalam satu movie yang sama gitu kann. Yeon Woo Jin kembali membawa watak jahat dalam filem ini, rindu juga nak tengok dia berlakon jadi jahat semula. Manakala Lee Seung Gi pula membawa watak serius dalam movie ini.

4. Master - 2016 (Movie)
Master, Filem Korea Master, Filem & Drama Korea Bulan Jun 2018, Korean Movie, Filem Korea, Film, Movie, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster, Suspen, Polis, Artis Korea, Korean Style, Pelakon Filem Korea Master, Lee Byung Hun, Gang Dong Won, Kim Woo Bin, Uhm Ji Won, Oh Gal Su, Jin Kyung, Master Cast, Filem Lakonan Kim Woo Bin,
Pelakon: Lee Byung Hun, Gang Dong Won, Kim Woo Bin, Uhm Ji Won, Oh Gal Su, Jin Kyung dan ramai lagi
Siapa -  siapa yang rindu nak tengok Kim Woo Bin berlakon, bolehlah try tengok movie Master ini, aku suka dengan karakter wataknya yang unik, nakal, bad boy sebelum berubah menjadi baik. Tapi bila sampai ending movie ini, wataknya jadi nakal balik sebab pekena kawan baiknya tu. Filem ini turut shooting di Filipina dan jalan ceritanya juga suspen tapi filem ini bukan favorite aku.

5. Something In The Rain - 2018 (Drama)
Something In The Rain, Drama Korea Something In The Rain, Filem & Drama Korea Bulan Jun 2018, Korean Drama, Drama Korea, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster, Love Story, Cinta, Sweet, Artis Korea, Korean Style, Something In The Rain Cast, Pelakon Drama Korea Something In The Rain, Jung Hae In, Son Ye Jin, Jang So Yeon, Jung Eugene, Oh Ryong, Kil Hae Yeon, Drama Lakonan Jung Hae In,
Pelakon: Jung Hae In, Son Ye Jin, Jang So Yeon, Jung Eugene, Oh Ryong, Kil Hae Yeon dan ramai lagi.
Watak Jung Hae In boleh dikatakan perfect boyfriend dalam drama ini, gandingannya dengan Son Ye Jin juga sangat serasi dan sweet habis. Ikutkan jalan cerita drama ini simple saja, tapi boleh layan, konflik utama drama ini adalah hubungan cinta diorang tak direstui oleh mak watak Son Ye Jin itu disebabkan darjat, faktor usia, kekayaan dan sebagainya.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

9 Mei 2018

Review Baar Baar Dekho - Bollywood Movie

Baar Baar Dekho, Bollywood, Movie, Filem, Hindi Movie, Bollywood Movie, Bollywood Film, 2016, Bollywood Movie Baar Baar Dekho, Baar Baar Dekho Poster, Baar Baar Dekho Review, Baar Baar Dekho Cast, Pelakon Filem Baar Baar Dekho, Sidharth Malhotra, Katrina Kaif, Sayani Gupta, Kirti Adarkar, Taaha Shah Badusha, Ram Kapoor, Rajit Kapur, Sarika, Sagar Arya, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Cinta, Love, Marriage, Sinopsis Baar Baar Dekho,
Review Filem Baar Baar Dekho (Bollywood Movie)

Kali ini aku nak buat Review Filem Hindustan pula, asyik Korea saja kan, so kali ini tukar sikit, lagipun dah lama aku nak buat review filem ini tapi asyik tertangguh je. Maksud Baar Baar Dekho ini adalah Look Again and Again dan release pada 9 September 2016 serta diarahkan oleh Nitya Mehra. Antara Pelakon Filem Baar Baar Dekho ini adalah Sidharth Malhotra, Katrina Kaif, Sayani Gupta, Kirti Adarkar, Taaha Shah Badusha, Ram Kapoor, Rajit Kapur, Sarika, Sagar Arya dan ramai lagi. Gandingan Sidharth Malhotra dan Katrina Kaif sebagai hero dan heroin dalam filem ini memang nampak serasi dan sepadan betul. Maklumlah heronya handsome, heroin pula cantik jelita, so memang sepadan kan. Aku tertarik nak tengok movie Baar Baar Dekho ini lepas tengok trailer movie ini dekat TV, bila tengok trailer memang nampak macam best saja movie ini, plus aku juga suka dengan semua barisan pelakon filem ini. Awalnya aku ingatkan jalan cerita filem ini berat dan complicated sikit tapi rupanya tidak, sebab jalan ceritanya senang nak faham dan straight to the point dan tak ada plot twist pun. Filem ini berkonsepkan time travel, asal tidur saja watak Jai Varma yang dilakonkan oleh Sidharth Malhotra akan time travel ke masa akan datang dan berpeluang untuk mengubah masa depannya dengan tindakan dan keputusan yang diambil ketika itu.
Baar Baar Dekho, Bollywood, Movie, Filem, Hindi Movie, Bollywood Movie, Bollywood Film, 2016, Bollywood Movie Baar Baar Dekho, Baar Baar Dekho Poster, Baar Baar Dekho Review, Baar Baar Dekho Cast, Pelakon Filem Baar Baar Dekho, Sidharth Malhotra, Katrina Kaif, Sayani Gupta, Kirti Adarkar, Taaha Shah Badusha, Ram Kapoor, Rajit Kapur, Sarika, Sagar Arya, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Cinta, Love, Marriage, Sinopsis Baar Baar Dekho,
Aku tak begitu suka dengan konsep bermimpi dalam filem ini atau pun asalkan tidur dia dapat time travel, macam boring sikit sebab nampak senang je. Aku juga tak puas hati dengan ending movie Baar Baar Dekho ini sebab terlalu simple dan of courselah happy ending kan. Apa pun agak annoying dengan sikap Jai Varma itu sebab terlalu pentingkan karier dan kerjayanya saja tanpa fikirkan perasaan kekasihnya Diya Kapoor yang dilakonkan oleh Katrina Kaif. Scene ketika ketika Jai Varma sendirian di masa tuanya serta kehilangan ibunya, malah dirinya juga turut hilang isterinya dan bekas isterinya kini bahagia dengan suami barunya tu agak sedih jugalah. Namun dah konsep filem ini time travel kan, jadi Jai Varma ada peluang untuk mengubah masa depannya itu. Tapi bila Jai Varma ada peluang pun dia masih buat kesalahannya, tapi macam aku cakaplah Jai Varma tu sangat bernasib baik sebab masih dapat mengubah masa depannya itu. Manakala OST Baar Baar Dekho ini biasa - biasa saja bagi aku, tak ada lagu dalam filem ini yang berjaya menarik minat aku. Pendek katanya filem ini biasa - biasa saja bagi aku dan aku bagi 6/10 Bintang untuk movie ini. Jom layan sinopsis filem ini dibawah okey.
Baar Baar Dekho, Bollywood, Movie, Filem, Hindi Movie, Bollywood Movie, Bollywood Film, 2016, Bollywood Movie Baar Baar Dekho, Baar Baar Dekho Poster, Baar Baar Dekho Review, Baar Baar Dekho Cast, Pelakon Filem Baar Baar Dekho, Sidharth Malhotra, Katrina Kaif, Sayani Gupta, Kirti Adarkar, Taaha Shah Badusha, Ram Kapoor, Rajit Kapur, Sarika, Sagar Arya, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Cinta, Love, Marriage, Sinopsis Baar Baar Dekho,
Sinopsis Filem Baar Baar Dekho (Bollywood Movie)

Mengisahkan Jai Varma dan Diya Kapoor yang bercinta sejak zaman sekolah lagi, Jai kemudiannya menjadi Professor Matematik di sebuah universiti manakala Diya pula merupakan seorang pelukis / artist dan sering mengadakan pameran hasil seninya. Kedua - dua mereka berjaya dalam karier masing - masing. Jai Varma seorang yang bercita - cita tinggi, dia ingin ke peringkat lebih tinggi lagi dengan mengajar di luar negara pula manakala Diya pula mengajak Jai untuk berkahwin kerana mereka sudah lama bercinta. Jai yang berat hati nak berkahwin akhirnya menurut saja kehendak Diya untuk mereka berkahwin. Persiapan majlis perkahwinan mula dibuat, seluruh ahli keluarga mula datang bertandang ke rumah Jai dan membuatkan Jai rimas. Jai makin stress dengan pelbagai adat resam perkahwinan yang perlu diikutinya dan Jai mula menyesal kerana bersetuju untuk berkahwin. Tak lama kemudian Jai dan Diya bergaduh besar disebabkan Jai tidak bersetuju dengan tindakan bapa Diya yang cuba mengatur hidupnya selepas berkahwin nanti. Akibat terlampau marah, Diya dan Jai Varma memutuskan untuk berpisah. Selepas pergaduhan tersebut, Jai tertidur dan apabila dia bangun, dia mendapati dirinya berada di sebuah hotel di Thailand dan Diya turut bersamanya.
Baar Baar Dekho, Bollywood, Movie, Filem, Hindi Movie, Bollywood Movie, Bollywood Film, 2016, Bollywood Movie Baar Baar Dekho, Baar Baar Dekho Poster, Baar Baar Dekho Review, Baar Baar Dekho Cast, Pelakon Filem Baar Baar Dekho, Sidharth Malhotra, Katrina Kaif, Sayani Gupta, Kirti Adarkar, Taaha Shah Badusha, Ram Kapoor, Rajit Kapur, Sarika, Sagar Arya, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Cinta, Love, Marriage, Sinopsis Baar Baar Dekho,
Jai terkejut apabila mengetahui yang dirinya dan Diya telah berkahwin dan kini mereka sedang berbulan madu di Thailand. Jai langsung tidak mengingati bila dirinya berkahwin dengan Diya. Pada hari yang berikutnya, Jai mula panik dan terkejut selepas bangun dari tidurnya apabila mengetahui dah 2 tahun dia berkahwin dan kini Diya sedang sakit nak bersalin anak pertama mereka. Selepas itu Jai mula sedar yang dirinya kini merentas masa (time travelling) namun Jai tidak mampu nak berbuat apa - apa. Tak lama kemudian Jai mendapati dirinya berjaya mencapai cita - citanya dan kini dia menjadi sedikit berusia dan mendapati sudah 18 tahun dia berkahwin. Walaubagaimanapun Jai terkejut berjumpa dengan Diya di mahkamah untuk bercerai, Jai tertanya - tanya apa yang terjadi sebenarnya?. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

2 Mei 2018

List Filem Bollywood - April 2018


Bulan April yang lalu, aku sempat layan 4 filem bollywood, 2 daripada filem tu adalah filem yang dilakonkan oleh Akshay Kumar. Aku juga akan buat review untuk semua filem dibawah ini di entry yang lain, So jom tengok senarai filem tersebut di bawah ini okey.

1) Baghi (2016)
Pelakon: Tiger Shroff, Shraddha Kapoor, Sudheer Babu, Shaurya Bhardwaj, Sunil Grover dan ramai lagi.
Senarai Filem Bollywood Bulan April 2018, List Filem Bollywood - April 2018, Bollywood Movie, Hindi Movie, Filem Hindustan, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster Filem Baghi, Baghi, Baghi 1, 2016, Baghi Cast, Pelakon Filem Baghi, Tiger Shroff, Shraddha Kapoor, Sudheer Babu, Shaurya Bhardwaj, Sunil Grover, Sinopsis Baghi,
Filem Baghi ini release tahun 2016 dan sebab utama aku tengok filem ini adalah kerana filem ini ada sequelnya iaitu Baghi 2 dan tak lama lagi ada Baghi 3 pula, dimana jalan cerita setiap filem tersebut semuanya berbeza, cuma hero saja yang sama tapi heroin filem pula bertukar. Jadi bila aku tahu filem ini akan ada sequel so aku ingat filem Baghi ini best, kalau tak best tak kan ada sequel pula dan seterusnya kan. Jadi bila dah layan filem Baghi edisi yang pertama ni, jalan ceritanya biasa - biasa saja dan ada persamaan pula dengan beberapa filem lain. Gandingan pelakon dah best cuma jalan cerita tak berapa mantap, rating IMDb pun setakat 5.1/10 saja.

2) Rustom (2016)
Pelakon: Akshay Kumar, Ileana D'Cruz, Arjan Bajwa, Esha Gupta, Pawan Malhotra dan ramai lagi
Senarai Filem Bollywood Bulan April 2018, List Filem Bollywood - April 2018, Bollywood Movie, Hindi Movie, Filem Hindustan, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster Filem Rustom, Rustom, 2016, Movie Rustom, Based On True Strory, Berdasarkan Kisah Benar, Pelakon Lelaki Terbaik, Hindi Movie Rustom, Rustom Cast, Pelakon Filem Rustom, Akshay Kumar, Ileana D'Cruz, Arjan Bajwa, Esha Gupta, Pawan Malhotra, Sinopsis Rustom,
Aku tertarik nak tengok movie Rustom ini sebab ianya berdasarkan kisah benar dan memang enjoy layan movie ini sebab suspen, menarik dan ada banyak scene - scene di mahkamah. Paling best movie ini ada plot twist gitu, malah Akshay Kumar juga telah menang Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Rustom ini. Rating IMDb juga agak tinggi iaitu 7.1/10 untuk filem ini.

3) Newton (2017)
Pelakon: Rajkummar Rao, Pankaj Tripathi, Anjali Patil, Raghubhir Yadav, Danish Hussain dan ramai lagi.
Senarai Filem Bollywood Bulan April 2018, List Filem Bollywood - April 2018, Bollywood Movie, Hindi Movie, Filem Hindustan, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster Filem Newton, 2017, Hindi Movie Newton, Pilihanraya, Undi Pilihanraya, Newton Cast, Pelakon Filem Newton, Rajkummar Rao, Pankaj Tripathi, Anjali Patil, Raghubhir Yadav, Danish Hussain, Sinopsis Newton,
Filem Newton ni dah menang banyak anugerah dan jalan ceritanya juga unik, mengisahkan Newton Kumar yang bertugas sebagai pegawai pilihanraya yang sangat berdisiplin dan komited dengan tugasnya. Newton terpaksa pergi ke kawasan pendalaman India dan meredah hutan dan ditemani dengan sekumpulan askar kerana kawasan tersebut dikuasai pengganas. Pelbagai perkara yang dilalui Newton untuk menyelesaikan tugasnya itu, malah sikapnya yang terlalu mengikut peraturan dan jujur turut menyulitkan keadaan. Memang best layan movie ini, malah rating IMDb untuk movie Newton ini juga tinggi iaitu 7.8/10. Dekat - dekat nak PRU14 (Pilihanraya Umum Malaysia) ini memang sesuai sangatlah layan movie Newton ini kan hehe. 

4) Jolly LLB 2 (2017)
Pelakon: Akshay Kumar, Huma Qureshi, Saurabh Shukla, Annu Kapoor, Kumud Mishra, Sayani Gupta dan ramai lagi.
Senarai Filem Bollywood Bulan April 2018, List Filem Bollywood - April 2018, Bollywood Movie, Hindi Movie, Filem Hindustan, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster Filem Jolly LLB 2, Hindi Movie Jolly LLB2, Sequel, Jolly LLB 2, 2017, Jolly LLB2 Cast, Pelakon Filem Bollywood Jolly LLB 2, Akshay Kumar, Huma Qureshi, Saurabh Shukla, Annu Kapoor, Kumud Mishra, Sayani Gupta, Peguam, Mahkamah, Kes Mahkamah, Jenayah, Hakim, Kelakar, Black Comedy, Sinopsis Jolly LLB 2,
Filem ini ala - ala black comedy gitu dan merupakan sequel pada filem Jolly LLB (2013) namun jalan cerita kedua - dua filem tersebut berbeza. Malah watak hero untuk kedua - dua filem ini juga berbeza, dalam Filem Jolly LLB (2013) watak Jolly dilakonkan oleh Arshad Warsi manakala untuk filem sequelnya, watak Jolly dilakonkan oleh Akshay Kumar. Arshad Warsi juga macam kecewa bila tak terpilih untuk berlakon dalam filem sequel ini. Aku tak tengok filem yang pertama tu tapi aku suka filem Jolly LLB 2 ini sebab ada lawaknya, ada sedihnya dan banyak juga scene - scene di mahkamah kerana Jolly seorang peguam. Hakim dalam movie ini juga pelik, unik dan kelakar siap ada plot twist untuk watak hakim tu hehe. Apa pun aku memang enjoy menonton filem ini, Akshay Kumar juga berjaya melakonkan watak Jolly itu dengan baik sekalu. Rating IMDb untuk movie ini juga tinggi iaitu 7.3/10 gitu.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

24 Apr 2018

Movie Review - Erased (Japanese Movie)

Erased, Movie, Filem, Japanese Movie, Filem Jepun, 2016, Erased Film, Japanese Movie Erased, The Town Where Only I Am Missing, Boku Dagi Ga Inai Machi, Review Filem Erased, Sinopsis Erased (Japanese Movie), Erased Cast, Pelakon Filem Erased,  Tatsuya Fujiwara, Kasumi Arimura, Yuriko Ishida, Mitsuhiro Oikawa, Tetta Sugimoto, Rio Suzuki, Tsubasa Nakagawa. Kento Hayashi, 2016, Based On Comic, Manga, Anime, Drama Erased Netflix, Filem Adaptasi Komik, Poster Filem Erased,
Review Filem Erased / The Town Where Only I Am Missing (Boku Dagi Ga Inai Machi)

Hari ini aku nak buat Review Filem Jepun yang best iaitu Erased atau tajuk lainnya The Town Where Only I Am Missing (Boku Dagi Ga Inai Machi). Filem Erased ini release pada 19 Mac 2016 dan diarahkan oleh Yuichiro Hirakawa serta bergenre suspen, time travel dan based on a comic. Antara Pelakon Filem Erased ini adalah Tatsuya Fujiwara, Kasumi Arimura, Yuriko Ishida, Mitsuhiro Oikawa, Tetta Sugimoto, Rio Suzuki, Tsubasa Nakagawa. Kento Hayashi dan ramai lagi. Filem Erased ini diadaptasikan daripada komik, tapi selain komik dan filem terdapat versi lain seperti Anime / Kartun dan juga Drama Bersiri 12 episod yang disiarkan di Netflix. Antara sebab utama aku menonton filem Erased ini adalah aku tertarik dengan jalan cerita filem ini yang unik dan menarik. Plus hero filem ini iaitu Tatsuya Fujiwara ini juga terkenal dan dan aku pernah menonton filem - filemnya yang terdahulu seperti filem Death Note, Death Note 2 dan lain - lain lagi. Keseluruhan jalan cerita Japanese Movie Erased ini memang hampir sama seperti dalam komik mahu pun anime tapi ending versi filemnya memang sangat berbeza daripada komik, kartun dan juga drama kerana ending versi filem sangat sedih dan tragis okey.
Erased, Movie, Filem, Japanese Movie, Filem Jepun, 2016, Erased Film, Japanese Movie Erased, The Town Where Only I Am Missing, Boku Dagi Ga Inai Machi, Review Filem Erased, Sinopsis Erased (Japanese Movie), Erased Cast, Pelakon Filem Erased,  Tatsuya Fujiwara, Kasumi Arimura, Yuriko Ishida, Mitsuhiro Oikawa, Tetta Sugimoto, Rio Suzuki, Tsubasa Nakagawa. Kento Hayashi, 2016, Based On Comic, Manga, Anime, Drama Erased Netflix, Filem Adaptasi Komik, Poster Filem Erased,
Disebabkan itu, ramai penonton yang tidak puas hati dengan ending filem Erased ini sebab tak ikut versi asal, malah endingnya jadi lebih sedih pula dan tragis betul. Mungkin juga pihak penerbit sengaja nak buat kelainan untuk versi filem jadi diorang sengaja buat ending sendiri hahaha. Alangkah baiknya kalau filem ini happy ending kan, walaubagaimanapun bagi aku filem ini masih seronok ditonton, plus barisan pelakonnya juga memang terbaik. Aku juga suka dengan pelakon kanak - kanak dalam filem ini, semuanya comel - comel dan qiut pula tu, malah pandai betul berlakon terutamanya kanak - kanak yang melakonkan watak Satoru Fujinuma ketika berusia 10 tahun itu. Jika korang rajin, maybe korang boleh tonton Drama Erased juga sebab dramanya hanya setengah jam untuk setiap episod dan jalan ceritanya memang ikut versi original gitu. Apa pun aku enjoy menonton filem Erased ini sebab jalan ceritanya suspen dan endingnya juga lain dari yang lain walaupun sedih sikit. Jadi keseluruhannya aku bagi 8/10 Bintang untuk filem ini. Apa pun jom tengok sinopsis movie Erased ini di bawah ye. Selamat membaca okey.
Erased, Movie, Filem, Japanese Movie, Filem Jepun, 2016, Erased Film, Japanese Movie Erased, The Town Where Only I Am Missing, Boku Dagi Ga Inai Machi, Review Filem Erased, Sinopsis Erased (Japanese Movie), Erased Cast, Pelakon Filem Erased,  Tatsuya Fujiwara, Kasumi Arimura, Yuriko Ishida, Mitsuhiro Oikawa, Tetta Sugimoto, Rio Suzuki, Tsubasa Nakagawa. Kento Hayashi, 2016, Based On Comic, Manga, Anime, Drama Erased Netflix, Filem Adaptasi Komik, Poster Filem Erased,
Sinopsis Filem Erased (Japanese Movie)

Satoru Fujinuma (Tatsuya Fujiwara) is an unpopular manga artist. He doesn't like having relationships with other people. He also works part-time delivering pizzas. Satoru Fujinuma also has the special ability of "revival." His special ability allows him to go back in time before terrible incidents occurred and right whatever wrong occurred. He goes back continually until the incidents are prevented. 18 years ago, a serial murder case took place with the victims being children. Satoru Fujinuma goes back to that time to catch the killer and to save his mother who faced the criminal. He does this in the body of an elementary school student.

Jom Baca Ini Juga ➔ Siri Filem Death Note Dari Dulu Hingga Terkini (Japanese Movie)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

24 Dis 2017

Review Suddenly Twenty - Thai Movie

                        Suddenly Twenty, Filem Thailand, Thai Movie, Adaptasi Filem Korea, Korean Movie Miss Granny, Review Filem Thai Suddenly Twenty, Thai Movie Review, Pelakon Filem Suddenly Twenty, Davika Hoorne, Saharat Sangkapricha, Kritsanapoom Pibulsonggram, Review By Miss Banu, 2016, Pee Mak, My Favorite, Sweet, Comedy, Sinopsis Suddenly Twenty Thai Movie,
Review Filem Thailand - Suddenly Twenty

Filem Thailand Suddenly Twenty ini release pada tahun 2016 dan merupakan adaptasi daripada Filem Korea yang bertajuk Miss Granny. Aku tidak pernah tengok versi original dari filem Korea itu, tapi terus tengok versi Thai Movie ini. Antara sebab pertama aku suka dan nak tengok filem Suddenly Twenty ini adalah disebabkan pelakonnya terutama heroinnya yang bernama Davika Hoorne itu. Comel habis Davika Hoorne dalam filem ini dan kali pertama aku tengok Davika ini berlakon adalah menerusi Filem Seram Komedi Thai yang bertajuk Pee Mak. Korean Movie Miss Granny itu memang box office dan banyak negara lain sudah buat remake filem tersebut mengikut versi dan budaya tersendiri. Antara negara yang telah remake filem Miss Granny itu adalah Thailand, China, Filipina, Indonesia dan lain - lain lagi. Berbalik pada Thai Movie Suddenly Twenty ini, pelakon Davika Hoorne ini berjaya membawa watak Parn dengan baik sekali, walaupun kembali muda dan cantik, perangai kasar dan suka membebel itu masih tidak berubah hehe. Antara pelakon lain yang turut berlakon dalam Filem ini selain Davika Hoorne adalah Saharat Sangkapricha, Kritsanapoom Pibulsonggram dan ramai lagi.
Suddenly Twenty, Filem Thailand, Thai Movie, Adaptasi Filem Korea, Korean Movie Miss Granny, Review Filem Thai Suddenly Twenty, Thai Movie Review, Pelakon Filem Suddenly Twenty, Davika Hoorne, Saharat Sangkapricha, Kritsanapoom Pibulsonggram, Review By Miss Banu, 2016, Pee Mak, My Favorite, Sweet, Comedy, Sinopsis Suddenly Twenty Thai Movie,
Lagu Tema / OST Suddenly Twenty juga best - best belaka, ada satu lagu yang paling aku suka, sekali dengar terus suka, iaitu ketika kali pertama Parn menyanyi dengan band yang turut dianggotai oleh cucunya sendiri hahaha. Nasiblah cucu dia tak jatuh hati pada dia, kalau tak mesti lagi pelik hahaha lagi pun cucu dia tak sangkalah yang neneknya boleh kembali jadi muda dan cantik pula tu. Aku suka bila Parn menggunakan peluang kedua yang dia dapat ini untuk mengejar cita - citanya untuk menjadi seorang penyanyi. Ketika zaman mudanya dulu, minat dan cita - citanya dihalang oleh ibu bapanya dan Parn turut menghabiskan zaman mudanya dengan menjadi seorang isteri dan kemudian menjadi ibu tunggal dan membesarkan satu - satunya anak lelakinya itu. Selain itu hubungan Parn dengan kawan baiknya iaitu Grandpa Chian juga menarik sekali, setia betul grandpa Chian itu dengan Parn ini, sebab hanya dia sajalah yang mampu bertahan dengan kerenah Parn ketika tua itu, walaupun Parn dah jadi muda balik, Chian tetap cuba yang termampu untuk melindungi Parn.
Suddenly Twenty, Filem Thailand, Thai Movie, Adaptasi Filem Korea, Korean Movie Miss Granny, Review Filem Thai Suddenly Twenty, Thai Movie Review, Pelakon Filem Suddenly Twenty, Davika Hoorne, Saharat Sangkapricha, Kritsanapoom Pibulsonggram, Review By Miss Banu, 2016, Pee Mak, My Favorite, Sweet, Comedy, Sinopsis Suddenly Twenty Thai Movie,
Selain komedi, filem ini turut memaparkan nilai - nilai kekeluargaan yang sangat kuat, sampai di ending filem ini pun, Parn tetap mengutamakan keluarganya berbanding dirinya sendiri, walaupun ketika itu dah ada seorang lelaki yang menyintai Parn. Scene paling sedih mestilah dekat - dekat di penghujung cerita itu, bila Parn terpaksa membuat pilihan yang paling penting dalam hidupnya. Scene - scene ketika Parn yang muda itu bercakap dengan anak lelakinya itu juga sedih, bila anak lelakinya menyuruh Parn jangan berkorban lagi, sebaliknya pergi menikmati hidupnya yang baru. Scene tersebut memang sedih tapi ternyata pilihan Parn itu tidak salah dan Ending Filem Thai Suddenly Twenty ini happy ending jugalah, walaupun ada scene - scene yang sedih sikit. Apa pun memang enjoy menonton filem ini dan aku bagi 9 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. Apa pun jom layan sinopsis filem ini di bawah ye..
Suddenly Twenty, Filem Thailand, Thai Movie, Adaptasi Filem Korea, Korean Movie Miss Granny, Review Filem Thai Suddenly Twenty, Thai Movie Review, Pelakon Filem Suddenly Twenty, Davika Hoorne, Saharat Sangkapricha, Kritsanapoom Pibulsonggram, Review By Miss Banu, 2016, Pee Mak, My Favorite, Sweet, Comedy, Sinopsis Suddenly Twenty Thai Movie,
Sinopsis Suddenly Twenty Thai Movie

Parn is a stubborn old woman in her 70's whose only pleasure in life is to brag about her son who she single-handedly raised to be a professor. One day, she learns that her son is planning to send her off to a nursing home. While wondering the street in shock and grave disappointment, she is drawn to a mysterious light and walks into a photo studio called 'Chaya Lumruek.' She puts on a makeup for the first time to get her portrait take, but when she leaves she is shocked to see her reflection. Skin fair and supple and slender figure, she's gone back to being a vibrant 20-year-old young woman again! With no one recognizing her, she sees it as a second chance at life and decides to take advantage of her new-found youth that she never got to enjoy in her old days.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

25 Okt 2017

Unrequited Love

Scene From Korean Drama Reply 1988, Drama Korea, Review Reply 1988,
Unrequited Love

Dekat atas ini adalah scene dari Drama Korea Reply 1988, hehehe, ikutkan dalam drama Reply 1988 memang ada banyak scene - scene best dan kelakar, walaupun latar masa drama ini adalah tahun 1988. Aku juga ada buat review Drama ini sebelum ini, jadi kalau korang nak baca review Drama Korea Reply 1988 ini, boleh Klik ➔ SiNi..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

20 Sep 2017

Sinopsis Drama Filipina Dolce Amore (Astro)

Sinopsis, Drama Filipina, Dolce Amore, Forevermore, Drama Filipina Dolce Amore, Phillipines Drama, Sweet, Love, LizQuen, Popular, Pelakon Drama Dolce Amore, Enrique Gil, Liza Soberano, Matteo Guidicelli, Cherie Gil, Sunshine Cruz, Kean Cipriano, #LizQuen, Watak, Agnes dan Xander, Serena dan Tenten, Itali, Pelakon Popular Filipina, Sinopsis Drama Filipina Dolce Amore, Astro Prima, Maya HD, Liza Soberano ada Iras Elfira Loy, Ending Dolce Amore,
Sinopsis Drama Filipina Dolce Amore Lakonan Liza Soberano & Enrique Gil (Astro)

Drama Filipina Dolce Amore adalah drama terbaru yang disiarkan di Astro Prima dan Maya HD bagi menggantikan Drama Filipina Forevermore yang telah tamat episodnya. Selepas drama popular Forevermore, hero dan heroin Drama Forevermore itu, iaitu Liza Soberano dan Enrique Gil kembali bergandingan dalam drama terbaru yang bertajuk Dolce Amore. Pelakon Drama Filipina Dolce Amore ini terdiri daripada Enrique Gil, Liza Soberano, Matteo Guidicelli, Cherie Gil, Sunshine Cruz, Kean Cipriano dan ramai lagi.  Drama Dolce Amore ini boleh dikatakan drama yang masih baru, kerana baru saja disiarkan di Filipina pada tahun 2016 yang lalu iaitu dari bulan Februari hingga Ogos 2016. Kemudian bermula 14 September 2017 drama Dolce Amore ini dah disiarkan di Malaysia dah. Nampaknya Astro menyiarkan dua drama berturut - turut yang dilakonkan oleh pelakon popular Filipina masa kini iaitu Liza Soberano dan Enrique Gil ( #LizQuen ). Lebih menarik lagi drama ini turut shooting di Itali gitu, malah pelakonnya juga terpaksa bertutur dalam bahasa Itali juga. 
Sinopsis, Drama Filipina, Dolce Amore, Forevermore, Drama Filipina Dolce Amore, Phillipines Drama, Sweet, Love, LizQuen, Popular, Pelakon Drama Dolce Amore, Enrique Gil, Liza Soberano, Matteo Guidicelli, Cherie Gil, Sunshine Cruz, Kean Cipriano, #LizQuen, Watak, Agnes dan Xander, Serena dan Tenten, Itali, Pelakon Popular Filipina, Sinopsis Drama Filipina Dolce Amore, Astro Prima, Maya HD, Liza Soberano ada Iras Elfira Loy, Ending Dolce Amore,
Walaubagaimanapun untuk penonton di Malaysia, Drama Dolce Amore ini telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu, jadi korang tak perlu susah - susah nak baca subtitle lagi hehehe. Tapi kalau korang suka nak tengok original version beserta malay subtitle pun boleh juga. Kalau dalam drama Forevermore, Liza Soberano dan Enrique Gil ini terkenal dengan watak Agnes dan Xander manakala dalam drama ini mereka terkenal pula dengan watak Serena dan Tenten. Kali ini giliran Liza Soberano yang jadi anak orang kaya dalam drama ini. Seperti biasa drama ini memang popular habis di Filipina serta menang banyak anugerah, begitu juga dengan pelakon utama drama Dolce Amore ini iaitu Liza Soberano turut menang banyak anugerah menerusi wataknya dalam drama ini. Jadi semestinya penonton Malaysia akan turut menyukai drama ini nanti. Ada juga yang kata muka Liza Soberano ini ada iras sikit - sikit seperti pelakon Malaysia Elfira Loy, korang pula rasa macam mana, ada iras ke tak?. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye, sorry, aku malas pula nak ubah sinopsisnya ke bahasa Melayu hehehe, jadi selamat membaca.
Sinopsis, Drama Filipina, Dolce Amore, Forevermore, Drama Filipina Dolce Amore, Phillipines Drama, Sweet, Love, LizQuen, Popular, Pelakon Drama Dolce Amore, Enrique Gil, Liza Soberano, Matteo Guidicelli, Cherie Gil, Sunshine Cruz, Kean Cipriano, #LizQuen, Watak, Agnes dan Xander, Serena dan Tenten, Itali, Pelakon Popular Filipina, Sinopsis Drama Filipina Dolce Amore, Astro Prima, Maya HD, Liza Soberano ada Iras Elfira Loy, Ending Dolce Amore,
Philippines Drama Dolce Amore Synopsis

The story revolves around the life of two orphans, Serena and Simon, who live worlds apart.
Serena, a daughter of Filipino war refugees, was adopted by a rich Italian who is married to a Filipina, who tries hard to conceal her heritage by speaking pure Italian and forgetting about Filipino culture. Although she grows up in a rich household, Serena is does not want to think she is superior to other people. She eats with their servants, plays with other children, and eats common food. Serena's only luxury is reading the tale of a sad princess and an ordinary man who will change each other's lives. One day, Serena found out the truth about her past. She wept upon learning that she is just an adopted daughter. But her longing for her biological parents slowly vanishes when her loving nanny cheers her up.
Sinopsis, Drama Filipina, Dolce Amore, Forevermore, Drama Filipina Dolce Amore, Phillipines Drama, Sweet, Love, LizQuen, Popular, Pelakon Drama Dolce Amore, Enrique Gil, Liza Soberano, Matteo Guidicelli, Cherie Gil, Sunshine Cruz, Kean Cipriano, #LizQuen, Watak, Agnes dan Xander, Serena dan Tenten, Itali, Pelakon Popular Filipina, Sinopsis Drama Filipina Dolce Amore, Astro Prima, Maya HD, Liza Soberano ada Iras Elfira Loy, Ending Dolce Amore,
Simon, on the other hand, is an orphan whose only wish is to find a couple who will love him like their own childHe is the oldest child in the orphanage and serves as a real-life big brother to other orphans. But as he grows older, the chances of finding the right family for him is becoming more impossible. Still, he hopes that one day, a kind couple will come and bring him home. Simon's life in the orphanage is made lighter by the people he lives with, especially the facility's general housekeeper whom he treats like his mother. When serena found herself stuck in an arranged marriage, she runs away to the Philippines, a country she had been fascinated by since she was little from the stories she heard from her Filipina nanny and the stories that her Penpal friend from the Philippines have been talking about. There, she meets and falls in love with her Penpal friend, Tenten, a poor and hardworking adopted boy from Tondo who was forced to take unconventional jobs for his family.

Jom Baca ini juga ➔Antara Filem Seram Paling Meletop Di Pawagam September 2017 Ini!..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017