-->
Memaparkan catatan dengan label suKe2 Hati.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suKe2 Hati.. Papar semua catatan

26 Dis 2017

Perbezaan Antara Merajuk Dan Tawar Hati

Perbezaan Antara Merajuk Dan Tawar Hati




Siapa yang masih keliru antara maksud merajuk dan tawar hati tu? aku setuju dengan dua maksud perkataan di atas. Bak kata oranglah kan, kalau merajuk tu, 

merajuk manja - manja gitu, nak dipujuk dan sebagainya. Tapi kalau dah tawar hati tu, faham - faham sendirilah kan. 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

25 Okt 2017

Unrequited Love

Scene From Korean Drama Reply 1988, Drama Korea, Review Reply 1988,
Unrequited Love

Dekat atas ini adalah scene dari Drama Korea Reply 1988, hehehe, ikutkan dalam drama Reply 1988 memang ada banyak scene - scene best dan kelakar, walaupun latar masa drama ini adalah tahun 1988. Aku juga ada buat review Drama ini sebelum ini, jadi kalau korang nak baca review Drama Korea Reply 1988 ini, boleh Klik ➔ SiNi..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

18 Ogo 2017

Makna Tersirat Kata - Kata Seorang Wanita

Makna Tersirat Kata - Kata Seorang Wanita, Budak Perempuan Comel, Lawak, Disebalik Kata - Kata Wanita,

Makna Tersirat Kata - Kata Seorang Wanita, Deepika Padukone, Bollywood, Lawak, Disebalik Kata - Kata Wanita,
Makna Tersirat Kata - Kata Seorang Wanita

Hahaha, aku setuju dengan apa yang cuba disampaikan dalam gambar diatas ni, biasalah mulut cakap lain, hati pula cakap lain kan. Korang macam mana setuju ke tidak? hehehe.

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

13 Ogo 2017

Bila Perempuan Merajuk

Personaliti Wanita, Hati Lembut, Luaran Wanita Nampak Keras Tapi Hatinya Lembut, Bila Perempuan Merajuk, Tabiat Wanita, Kaum Wanita, Perempuan, Perkara Yang Lelaki Perlu Fahami Tentang Wanita,
Bila Perempuan Merajuk

Comel kartun diatas ni, tapi korang setuju tak? perempuan kalau merajuk sekejap je kan hahaha..awal - awal bukan main marah lagi pastu menyesal pula hehe. Korang perangai macam ni juga ke? ke lagi dahsyat?.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

9 Ogo 2017

Kerana My Computer

Kartun, Komik, Lawak, Ilustrasi Kartun, Komedi, Jenaka, Icon My Computer, Komputer,
Kerana My Computer

Bila baca dekat atas tu, lawak juga hahaha, adoiiihaiii, susah juga nak terang kalau orang tu tak berapa faham pasal komputer kan hahaha. Apa pun aku tersenyum jugalah bila tengok kartun kat atas ni. 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

31 Jul 2017

Kartun Berdasarkan Lagu Ayda Jebat

Kartun Berdasarkan Lagu Ayda Jebat

Hahahaha, okey aku tergelak dan tersengih jugalah tengok kartun diatas tu, gambar di atas tu credit to ownernya. Aku jumpa gambar diatas tu dekat Twitter rasanya, apa pun kreatif dan lawak kartun diatas tu. 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

20 Jun 2017

Kartun Tok Moh Tak Puasa (Majalah Ujang)

Sumber-Facebook Majalah Ujang ^_^
Read More »

17 Jun 2017

Lawak Bakteria

Lawak, Suka - Suka Hati, Twitter, Lawak Bakteria,
Lawak Bakteria

Assalammualaikum..
Aku terjumpa lawak ni kat Twitter, hahaha bila baca tu, memang tergelak gak laa hihihi. Tak leh blah dia nak suprise bakteria tu hihi. 
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story
Read More »

21 Mei 2017

Tips - Tips Untuk Elak Soalan Sensitif Dari Saudara - Mara Ketika Hari Raya

Tips, Cara - Cara, Soalan Sensitif, Soalan Cepu Emas, Saudara Mara, Musim Perayaan, Hari Raya, Aidilfitri, Aidiladha, Berkumpul, Semua Family, Sepupu, Sanak Saudara, Bila Nak Kahwin, Bila Nak ada Anak,
Tips - Tips Untuk Elak Soalan Sensitif Dari Saudara - Mara Ketika Hari Raya

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun pernah mengalami situasi seperti di dalam gambar diatas tu kan, hehehe. Selalunya ketika hari rayalah soalan - soalan cepu emas seperti bila nak kahwin?, bila nak ada anak? bila nak tambah anak?, bila nak dapat anak lelaki? dan lain - lain lagi akan ditanyakan. Ada sesetengah orang yang tak berapa kisah pun kalau ditanyakan tentang soalan - soalan seperti ini, mereka ni jenis releks, cool dan tak mudah mengambil hati. Namun ada sesetengah orang yang tidak suka ditanyakan soalan - soalan seperti ini, kerana bagi mereka, soalan - soalan tersebut agak sensitif, dah macam takde soalan lain je nak ditanyakan, betul tak? soalan - soalan tu lah yang wajib ditanya jika bertemu saudara mara ketika hari raya. Lagi pun masa hari rayalah yang boleh berkumpul beramai - ramai, dapat berbual - bual mesra gitu hehe. Dibawah ini aku nak bagi tips - tips atau pun cara - cara korang nak mengelak dari ditanyakan soalan - soalan yang dangerous itu hahaha..

Tips - Tips Untuk Elak Soalan Sensitif Dari Saudara - Mara Ketika Hari Raya

➤➤ Buat - buat sibuk di dapur bila tetamu datang beraya di rumah, bila korang sibuk di dapur, tolong masak apa - apa yang patut, mahu pun tolong hidang, tolong susun kuih raya ke, tolong basuh pinggan dan sebagainya di dapur tu. Kiranya macam no eye contact gitu hehehe. Tapi selalunya kalau tetamu dah datang rumah, memang susah nak mengelak pun, sebaiknya cekalkan hati dan redha sajalah hehehe.

➤➤ Bila kena pergi beraya pula, bawalah adik - adik, cousins korang yang masih kecil tu untuk bagi lebih meriah, kalau budak - budak kecik tu jenis lasak lagi bagus sebab korang akan busy menjaga dan melayan kerenah diorang je hehehe. Jadi bila ada yang nak ajak korang bersembang pasal bila nak kahwin ke?, bila nak dapat anak ke?, bolehlah korang menolak dengan alasan nak jaga budak - budak tu, muahahaha.

➤➤ Bila kena tanya soalan - soalan cepu emas tu contohnya bila nak kahwin ke?, korang tanya pula soalan yang sama pada orang yang tanya korang tu, jadi dua - dua kena jawab hahaha, tapi kalau yang bertanyakan soalan tu dah kahwin atau lebih tua dari korang tu, pandai - pandai koranglah prepare apa - apa soalan yang patut ditanyakan hehehehe..

➤➤ Tips yang seterusnya yang lagi best, korang boleh baca disini ➔ Cara - Cara Paling Selamat Untuk Elak Soalan Cepu Emas Dari Sedara Mara Bila Time Raya. Ha!
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,
Read More »

5 Mei 2017

7 Tanda Lelaki Itu Ikhlas

7 Tanda Lelaki Itu Ikhlas, Petikan Dari Majalah Remaja, Fakta Atau Auta,
7 Tanda Lelaki Itu Ikhlas

Ada yang setuju ke tentang 7 Tanda Lelaki Itu Ikhlas? kat atas tu? hehehe..
Rasanya point yang nombor 5 tu macam tak betul je, rasanya semua pun kisah kot kan hahaha betul tak?
My Signature, tandatanganku, blog miss banu story,
Read More »

27 Apr 2017

Video Lawak Johan, Zizan (2017)

Video Lawak Johan, Zizan (2017), Jozan, Era, Hanif Era, Johara Pagi Era, Jozanhara Pagi Era,
Video Lawak Jozan 2017

Assalammualaikum..
Dah lama tak post video dalam blog ini, so terjumpalah satu video yang menunjukkan Johan dan Zizan bermain game tentang diri masing - masing di bawah ini. Kelihatan Hanif Era yang bertanyakan soalan pada mereka berdua dan masing - masing perlu memberikan jawapan yang sama dan ditulis atas white board kecil itu. Lawak juga video ini, siap ada suara - suara orang gelak beramai - ramai gitu. Durasi video dibawah ini sekejap saja, sekitar 4 minit macam tu je, jadi siapa - siapa yang rindu nak tengok gelagat Johan, Zizan bolehlah try menonton video dibawah ini, selamat menonton.

My Signature, Tandatanganku, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story,
Read More »

28 Mac 2017

Kenangan Zaman Sekolah - Tiru Meniru

Kenangan Zaman Sekolah - Tiru Meniru, Memori Dulu - Dulu, Subjek Matematik, Sejarah, Kenangan, Sekolah, Kawan, Rakan, Sahabat, Best Friend, Guru Yang Garang,
Kenangan Zaman Sekolah - Tiru Meniru

Assalammualaikum..
Teringat ketika zaman Sekolah dulu bila tengok gambar di atas tu hehehe, Suasana dan situasi seperti yang dikatakan dalam gambar diatas itu memang normal dan sering berlaku di sekolah. Aku dulu pun pernah macam ni juga terutamanya bila subjek tu bukan subjek kegemaran aku contohnya seperti subjek Matematik hehe. Jadi waktu pagi - pagi sebelum perhimpunan bermula memang ramai yang akan melakukan aktiviti meniru buku kawan yang dah siap kerja sekolah untuk subjek matematik. Selalunya buku kawan - kawan yang terror matematik yang akan jadi mangsa dan popular ketika ini. Aktiviti tiru meniru ini selalu terjadi pada aku ketika aku berada di Tingkatan Tiga. 
Doodle, Kartun, comel, qiut, ciut, Tengah Baca Buku,  Belajar Jawi, membaca buku, Membaca Jambatan Ilmu, Ilmu, Knowledge, Bahasa Arab,
Tambahan lagi Cikgu Matematik tu sangat garang dan tegas, malah akan sentiasa check dan tahu siapa yang tak hantar buku latihan padanya. Semasa dia tengah mengajar pun dia akan tahu siapa yang mengantuk ataupun tak. Jadi ketika di tingkatan 3 aku memang sentiasa stress dan tertekan bila sampai waktu subjek Matematik hahaha. Masuk Form 4 & 5 aku dah tak buat aktiviti ni semua sebab dah tiada tekanan masa tu sebab cikgu Matematik ketika ini sangat sempoi dan baik. Lagi pun aku hanya bermasalah pada subjek matematik je manakala subjek lain okey. Nasib masa form 6, aku tak perlu dah, nak mengadap subjek Matematik ni, walaupun terselit juga matematik tu dalam Pengajian Am dan Pengajian Perniagaan tapi stil matematiknya agak senang juga hehe.
Read More »

23 Mac 2017

Sebab Tak Nak Bertentang Mata?

Sebab Tak Nak Bertentang Mata?.
Macam tak setuju pula dengan kata - kata dalam gambar diatas hehehe sebab ada sesetengah orang yang memang jenis pemalu kan, so orang yang pemalu ini memang akan mengelak dari bertentang mata or mungkin tengok tempat lain atau pun menunduk sedikit ketika bercakap dengan orang lain. Itu kalau pemalulah kan, tapi ada juga yang tak boleh bertentang mata kalau dia ada menyembunyikan sesuatu mahu pun ada buat salah. Ada juga yang tak nak bertentang mata sebab takut jatuh cinta hahaha.
Read More »

18 Mac 2017

Danial Peserta Solo MLM2017 Tersingkir

Danial Juara Lawak Solo, Tersingkir Di Minggu Kelima Maharaja Lawak Mega 2017
Danial Tersingkir Di Minggu Ke-5 Maharaja Lawak Mega 2017

Assalammualaikum..
Nampaknya setelah beberapa kali berada dalam kedudukan Bottom Three, Danial yang merupakan Juara Lawak Solo tersingkir di minggu ke-5 MLM2017. Tema minggu kelima Maharaja Lawak Mega 2017 ini adalah Pekerjaan Luar Biasa dan di akhir rancangan ini diumumkan yang Danial, Kumpulan Nice dan Peserta Solo dari Indonesia iaitu Dzawin berada di kedudukan Bottom Three. Aku rasa idea Danial dah okey tapi dia macam selalu mengulang untuk mengajuk / meniru suara Chef Wan, Dato Yusof Haslam, Syamsul Yusof tu yang buatkan penonton sedikit bosan sebab nampak sama saja tiap - tiap minggu walaupun nampak dia berusaha keras. Manakala Tauke pula dipilih sebagai Gempak Man Of The Match untuk minggu kelima MLM2017. Untuk minggu ini, aku tak pasti pula aku suka lawak group mana, sebab nampak semuanya okey je hehe. Apa pun memang saingan sentiasa sengit di Maharaja Lawak Mega 2017 ini. Patutlah pelawak - pelawak otai dan popular macam malas nak join MLM ini sebab saingan sengit sangat dan malas nak fikir pasal idea dan stress selalu hahaha.
Read More »

21 Jan 2017

Do You Like Messi?

Do You Like Messi? 

Assalammualaikum..
Sape layannn Drama Korea Weightlifting Fairy Kim Bok Joo pasti tahu makna tersirat ayat kat atas ni kan hahahaha.
Read More »

9 Jan 2017

Pandangan Mata

Read More »

4 Jan 2017

Group Travel Plans In Reality

Read More »

22 Sep 2016

Situasi & Posisi Yang Sama


Assalammualaikum..
Setuju betul dengan apa yang tertulis dalam gambar diatas tu hehehe. Contoh yang paling senang bila ada kawan yang terjatuh ker n kawan2 yang lain pakat tolong gelak beramai-ramai. Pastu bila diorang sendiri yang jatuh giliran diorang plak yang kena gelak. Contoh yang lain pun banyak gak, pikir lah sendiri kan hehehe..
Read More »

1 Ogo 2016

Alice : Boy From Wonderland - Korean Movie Review


Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Filem / Movie Korea yang aku dah tonton iaitu Alice: Boy From Wonderland. Ikutkan dah lama juga tonton movie ni, tapi baru sekarang ada masa nak buat reviewnyer. Filem Alice: Boy From Wonderland ni dah release sejak Disember 2015 lagi dan dilakonkan oleh Hong Jong Hyun, Jung So Min, Jung Yeon Joo, Lee Seung Yeon, Park Hyun Suk dan ramai lagi. Sesuai dengan tajuk filemnyer, jalan cerita filem ini memang ada misteri2 sikit, seram dan cinta namun banyak juga scene yang tak logik dan tak masuk akal hehe. Movie ni akan buatkan korang berfikir sedikit dan ending die juga tak jelas, maknanya memang korang kena berfikir dan buat ending sendiri, namun filem Alice: Boy From Wonderland masih menghiburkan, suspen, dan buat kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi?. Aku takde masalah dengan hero dan heroin movie ni, rasanya diorang sesuai dan berjaya bawa watak masing2. Bila tengok Jung So Min ni teringat plak kat Yoon Eun Hye, ramai cakap wajah diorang ni nak sama, ada iras2 gitu.
Aku suka dengan elemen2 seram dan suspen yang ada dalam movie ni, ceritanya bermula dengan Hye Joong yang hilang semua ingatannya ketika berusia 4 tahun dan dirinya kerap diganggu dengan mimpi ngeri yang berulang-ulang. Atas nasihat seorang bomoh, Hye Joong dikehendaki untuk pergi ke sebuah Villa yang dikenali dengan nama Wonderland dan Villa berkenaan pernah didiami oleh keluarga Hye Joong 24 tahun yang lalu, dan die perlu menyelesaikan misteri mimpinya itu dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Kalau die gagal menyelesaikan misteri mimpinya itu, maka die akan mati. Di Villa tersebut, Hye Joong bertemu dengan Hwan, Soo Ryun dan seekor Arnab Putih. Hwan kelihatan gembira dan suka bertemu Hye Joong berbeza pula dengan Soo Ryun yang kelihatan benci betul dengan Hye Joong. Aku awalnya konpius gak apa hubungan Hwan dan Soo Ryun ni, ingatkan diorang ni kekasih dan mungkin Soo Ryun ni cemburu bila Hwan nak rapat dengan Hye Joong, rupanya bukan, Soo Ryun tu sebenarnya emak Hwan, seriously bukan main muda mak Hwan ni hehehe.
Hwan kelihatan cuba nak melindungi Hye Joong dari ibunya Soo Ryun yang ingin membunuh Hye Joong. Hye Joong cuba menyiasat misteri di Villa tersebut namun gagal, die juga langsung tidak mengingati apa yang terjadi di villa berkenaan ketika die berusia 4 tahun. Kat sini dah boleh agak yang Hwan tu sebenarnya adalah hantu / Roh begitu juga dengan ibunya. Part tak leh blah sekali bila Hye Joong dan Hwan tu boleh terjatuh cinta bagai la plak hahaha sedangkan diorang ni adik-beradik sebenarnya. Rupa-rupanya Soo Ryun tu orang gaji kat Villa tu dulu n ada affair dengan bapa Hye Joong dan kemudian lahirlah Hwan. Hye Joong yang berumur 4 tahun ketika itu, bermain-main dengan pisau kemudian membunuh Hwan yang masih bayi. Soo Ryun pula membunuh dirinya sendiri selepas kehilangan Hwan. Part yang tak logik tu, boleh plak Roh Hwan yang masih baby tu membesar menjadi lelaki kacak hahaha pastu tersuka plak dengan kakaknya sendiri yang membunuhnya.
Roh Soo Ryun (ibu Hwan) bertekad nak membalas dendam dan ingin membunuh Hye Joong namun berjaya dihalang oleh Hwan. Rasanya ni semua salah Soo Ryun jugak sebab ada satu scene tu, Hye Joong yang masih kecil ada bertanyakan soalan tentang luka di jari Soo Ryun akibat terkena pisau tu namun jawapan Soo Ryun pada Hye Joong yang masih kecil tu tak berapa logik dan mungkin itulah yang buatkan Hye Joong berani bermain dengan pisau sekaligus membunuh Hwan. Lepas tu boleh plak die salahkan Hye Joong seratus peratus, sedangkan die kecik lagi masa tu. Tapi memang ngeri gak laa fikir dan tengok budak 4 tahun boleh membunuh bayi tu. Rasanya semua pun komen benda yg sama sebab macam tak percaya yang Hwan adalah Roh yang boleh membesar kemudian boleh plak bercinta dengan kakak sendiri, sedangkan penyebab dan cara kematiannya ketika masih bayi pun dah tragik giler. Bila Hye Joong dah ingat semuanya, memang die sedih gilerlah kan, Hwan pula mengajak ibunya untuk pergi dari situ dan meninggalkan Hye Joong sendirian.
OST Filem ni aku dah tak berapa ingat, best ke tak lagu2 dalam cite ni, entahlaa, aku rase ost cite ni biase2 jer kot. Ending filem ni berakhir dengan kedatangan Hwan di Kolej Hye Joong. Hwan bernyanyi dan bermain gitar dan Hye Joong ternampak Hwan dan juga arnab putih di dalam sangkar dan kemudian filem ni tamat. Aku pun tak dapat nak mengagak apa yang jadi sebenarnya masa ending tu, adakah Hwan tu dah jadi manusia? boleh plak tetiba datang situ hahaha. Ending filem ni memang pening sikit hahaha. Apapun filem ni masih seronok dan best untuk ditonton dan aku bagi 7 Bintang dari 10 bintang untuk filem ini. 
Read More »

30 Jul 2016

Sinopsis Filem Zack Kapcai

Sinopsis Filem Zack Kapcai

Assalammualaikum..
Filem Zack Kapcai adalah filem terbitan MIG Pictures dan telah ditayangkan di pawagam bermula 14 Julai yang lalu. Filem Zack Kapcai ni dibintangi oleh Fad Bocey, Rahim Sepahtu, Shuk SYJ, Julia Marin, Serina Redzuawan, Epy Kodiang, Shafiez dan ramai lagi. Filem ni bergenre komedi aksi dan diarahkan oleh Azaromi Ghozali, Rosli Mohd Taib. Macam lawak jer jalan cerita filem ni hehehe, apapun jom layannn sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Zack Kapcai

Zack Kapcai mengisahkan tentang Raja Kapcai lakonan Rudy (Rahim Sepahtu) yang telah tinggal sejarah apabila gelaran tersebut menyebabkan Rudy bercerai dengan isterinya, Minah (Serina Redzuawan). Rudy telah membawa anaknya Tasha (Julia Marin) jauh daripada kampung manakala Zack (Fad Bocey) tinggal dengan ibunya. Zack juga suka berlumba seperti ayahnya dan telah berlumba dengan sahabat baiknya, Roy (Shuk SYJ) dengan mempertaruhkan motor kesayangan Roy sendiri. Ini menyebabkan hubungan persahabatan antara Zack dan Roy berantakan. 

Pada suatu hari, Zack telah menemui keratan akhbar yang disimpan oleh ibunya mengenai ayahnya sebagai Raja Kapcai. Zack telah memujuk ibunya untuk mencari ayah dan adiknya. Pada mulanya ibunya membantah tetapi akhirnya ibunya bersetuju untuk melepaskan Zack mencari Raja Kapcai. Pada hari Zack ingin ke Kuala Lumpur, motor Roy yang dimenanginya semasa perlumbaan telah dicuri. Maka, ibunya telah mengeluarkan motor lagenda Raja Kapcai untuk digunakan Zack bagi mencari ayahnya.

Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatkan Zack mencari Rudy dan Tasha? Bagaimanakah hubungan persahabatan antara Zack dan Roy? Adakah Raja Kapcai akan muncul kembali?
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017