-->
Memaparkan catatan dengan label Radio Era. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Radio Era. Papar semua catatan

27 Apr 2017

Video Lawak Johan, Zizan (2017)

Video Lawak Johan, Zizan (2017), Jozan, Era, Hanif Era, Johara Pagi Era, Jozanhara Pagi Era,
Video Lawak Jozan 2017

Assalammualaikum..
Dah lama tak post video dalam blog ini, so terjumpalah satu video yang menunjukkan Johan dan Zizan bermain game tentang diri masing - masing di bawah ini. Kelihatan Hanif Era yang bertanyakan soalan pada mereka berdua dan masing - masing perlu memberikan jawapan yang sama dan ditulis atas white board kecil itu. Lawak juga video ini, siap ada suara - suara orang gelak beramai - ramai gitu. Durasi video dibawah ini sekejap saja, sekitar 4 minit macam tu je, jadi siapa - siapa yang rindu nak tengok gelagat Johan, Zizan bolehlah try menonton video dibawah ini, selamat menonton.

My Signature, Tandatanganku, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story,
Read More »

24 Feb 2015

Johan Menang Besar Di Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)


PENGACARA dan pelawak terkenal, Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 31, mengungguli Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang diadakan Stadium Putra Bukit Jalil.

Johan memenangi anugerah utama, Top Top MeleTOP (Lelaki), di samping memenangi tiga kategori lain iaitu Penyampai Radio MeleTOP, Program Radio MeleTOP, dan Artis Lawak MeleTOP.
Kemenangan Johan pada malam itu bukan sahaja memberi kejutan buat Johan, tetapi banyak pihak lain, sehingga ada yang menyifatkan kemenangannya pada malam itu sebagai 'diam-diam ubi berisi'.

Ia sekali gus memperlihatkan Johan merampas takhta yang di pegang oleh rakan baiknya, Zizan yang memenangi Top Top Meletop (Lelaki) pada AME2014.
Malah dalam AME yang lalu, Zizan mengungguli empat anugerah daripada enam pencalonan yang diterima.
Berkongsi perasaan atas kemenangannya pada malam itu, Johan berkata, dia sejujurnya tidak menyangka akan memenangi sebarang anugerah apatah lagi bagi kategori utama kerana lebih memberi fokus terhadap tugasnya pada malam itu.
"Sejujurnya saya hadir pada malam ini kerana tugas sebagai pengacara dan fokus saya adalah untuk melunaskan tanggungjawab sebagai pengacara AME2015 dengan baik.

"Malah ada ketikanya untuk beberapa kategori, saya tidak tahu pun siapa pemenang kerana sibuk bertukar baju dan sebagainya.
"Jadi bila saya menang, saya terkejut dan hampir hilang kata-kata atas kemenangan ini selain rasa syukur kepada Allah dan peminat yang mengundi.
"Apa pun saya amat menghargai undian peminat ini kerana setiap trofi yang saya menangi menyimpan nostalgia yang tersendiri buat saya untuk diimbau pada masa akan datang," ujarnya ketika ditemui media.
Menyifatkan kemenangannya pada malam itu sebagai rezeki buat isteri dan anak-anak, Johan berkata, dia amat bertuah kerana mempunyai keluarga yang banyak menyokong kariernya pada malam ini.

"Untuk pengetahuan anda, pengkritik nombor satu saya adalah isteri saya, Ozlyn Wati, yang sentiasa memberi komen jujur dan dapat berterus terang apa keburukan dan mengkritik diri saya terutama dalam hal kerjaya kerana dia nampak semua kelemahan saya.
"Manakala peminat nombor satu saya adalah anak-anak saya. Kalau di rumah, saya tak tonton TV kerana anak-anak kerap memainkan siaran melibatkan saya.
"Kejayaan saya malam ini (Ahad) mungkin rezeki saya yang dah mendirikan rumah tangga, rezeki untuk isteri dan anak-anak.
"Jadi saya cadangkan kepada sesiapa yang ada niat nak berkahwin, silakan kerana Allah dah tetapkan rezeki untuk setiap umatnya dan anda pasti memilikinya," jelasnya.
Read More »

15 Feb 2015

JOZAN Hos Anugerah Meletop Era 2015

Assalammualaikum..
Setelah sekian lama tidak bergandingan, akhirnya JOZAN digandingkan semula dalam Anugerah Meletop Era 2015, yang akan berlangsung pada 22 Febuari ini. JOZAN (Johan dan Zizan) akan menjadi hos utama Anugerah Meletop Era bersama-sama dengan Dato AC Mizal, Neelofa dan juga Nabil. Mereka berlima ini adalah Hos utama AME 2015 ni. Woww 5 pengacara untuk satu acara anugerah, rasa macam ramai sangat plak kan hehe tapi still happy bila JOZAN pun jadi hos utama juga. Harap2 Anugerah Meletop Era nanti best laa hendaknyer, tambah2 ada JOZAN kan. Jom layann video2 kat bawah ni gak yg berkaitan tentang JOZAN jadi Hos AME2015 ini.



Read More »

10 Feb 2014

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Meletop ERA 2014

Assalammualaikum
Sabtu lalu telah berlangsungnya Anugerah Meletop Era yang telah dihoskan oleh Dato Ac Mizal, Neelofa dan Nabil. Tahniah buat Zizan Razak kerana menang besar iaitu sebanyak 4 kategori, begitu juga dengan Hafiz yang memenangi 3 kategori. Sepatutnya di Anugerah Meletop Era ni JOZAN boleh bertemu di atas pentas, sebab Zizan yang jadi penyampai anugerah untuk kategori yang JoHaRa menang, Sayangnya Johan x dapat hadir pula sebab anak die sakit. Apapun Tahniah untuk semua pemenang yer..
Jom Tengok Senarai Pemenang Anugerah Meletop Era ni.

1-Top Top Meletop (Lelaki)
Zizan Razak

2-Top Top Meletop (Wanita)
Zara Zya
3-Lagu Meletop
Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip)
4-Penyanyi Meletop
Hafiz Suip
5-Grup / Duo Meletop
Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz Suip
6-Program Radio Meletop
Johara Pagi Era

7-Penyampai Baru Radio Meletop
Nabil (Era fm)
8-Filem Meletop
KL Gangster 2
9-Bintang Filem Meletop
Aaron Aziz (KL Gangster 2)
10-Program TV Meletop
Maharaja Lawak Mega 2012
 11-Bintang TV Meletop
Jep (Super Spontan 2013)
`                                                       
12-Bintang Siber Meletop
Zizan Razak
13-Couple Meletop
Nabil Ahmad & Zira
14-Artis Baru Meletop
Zara Zya
15-Fesyen Meletop
Zizan Razak
16-Artis Serantau Meletop
Sleeq
17-Anugerah WeChat Meletop
Zizan Razak
Read More »

22 Mei 2013

Aksi Sweet JOZAN Di Instagram & Radio Era



Assalammualaikum..
hehehe cer korang tengok gambar2 kt atas ni hehehe rajin JOZAN komen di instagram..x leh blah tengok gmbar sweet2 JOZAN yg atas sekali tu hahaha maut habis..pastu leh plak Zizan komen mcm mana die ada dlm gambar tu hehe..Gmbr yg kedua Johan plak yg kacau Zizan guna ayat yg Zizan suka guna sebelum ni iaitu "tak ajak Blah rr.." haaha bila Johan lak yg komen gitu Zizan gelak jer laa haha dah berjangkit kembar ni dgn perkataan tu hohoho..semua gambar diatas ni x silap aku diorang amik mungkin sehari sebelum Raja Lawak 7 minggu ke 6 tu kot..apapun semua gambar diatas credit to Instagram Jozlynn,Zizan dan juga di FB (Aishah Humaira) kemudian isnin lalu JOZAN bertemu lagi di konti Era.Fm dalam Segmen JoHaRa Pagi ErA..Zizan jadi tetamu undangan n mempromosikan filem barunya iaitu Bikers Kental yg akan ditygkn di pwgm 23 Mei ni..
Seronok dgr diorang berborak..happening gitu..paling best masa diorang tanya Zizan berapa kali dah berlakon dgn Awie?Zizan jawab dua kali iaitu Filem Kapoow dgn Bikers Kental..sebelum Johan betulkan cakap 3 kali iaitu Filem Baik Giler..terus Zizan tersenyap sebelum senyum n ketawa besar n cakap "nampak sangat Johan peminat Zizan"! hahaha kemudian Johan mengaku cakap die mmg peminat Zizan kemudian Zizan cakap lagi "baru hari ni tahu Johan minat Zizan thank you Johan"sweet jer dua2 ni haaha..masa nak habis tu Zizan ada nyanyi sikit lagu Sahabat Selamanya n then berhenti pastu tanya ada payment ke tak ni?sbelum Haniff cakap pas lagu ni laa yg ko kiss pipi Johan tu..

Kemudian Ray sambung cakap "sampai trending tu" last2 semua gelak besar especially Johan hahaha..aku ada rakam masa interview ni..jadi korang boleh dengar apa yg diorang borak2. Aku paling suka masa Segmen Mak Jemah tu Zizan punya gelak x berhenti-henti uolls haha comel jer..mcm histeria dah Zizan gelak haha sbb gelagat Mak Jemah..So kalau korang nak dengar interview serta masa segmen Mak Jemah tuh bolehlaa tengok video kat bawah ni..aku rakam..n mmg full version punya..sorry kalau suara x clear ke ape hehe..

Selamat Mendengar dan menonton hehehe..

Read More »

30 Apr 2013

Dapat BirthDay Wish Dari JoHaN @Era.Fm

Assalammualaikum..
Sape dengar radio Era tadi pagi 24 April 2013??segmen JoHaRa Pagi Era yg meletup tu??dengar x masa yg dekat2 nak habis tu?? haha berdasarkan keterangan saksi2 yg sweet2 dan baik hati sekalian JoHaN wish besday aku kat Radio Era okey..siap sebut nama n siap mnyanyi lagu happy besday sekali..OMG yg paling suprise nyer aku x dengar time tu aduhaiii..huhu rasa seronok tpi rugi n myesal x sempat dengar tadi pagi..kalau dengar alamat aku sengih memanjang laa jawabnya sampai dua tiga hari haha..sekarang ni pun rasa seronok dah, belum dgr lagi tu..haha adeh tak sape2 record ke JoHaRa Pagi Era tadi pagi??ramai gak yg terlepas dengar or x perasan..uwaa nk dengar!!! kan best kalau ada yg terrecord ke apa ke haha..x pun ada x yg terdengar time johan wish besday aku tu??sebelum tu thanks pada mereka2 yg mensuprise kan aku tu hehe thanks lalink2 semua..aku pun baru tau pasal ni bila ada yg post pasal benda ni kat group JoZan di FB..Thanks pada mereka yg berkongsi info sekaligus menjadi saksi kejadian yg berlaku haha dh macam kt mahkamah pulak dh hehe..

Tak Lupa juga thanks pada LadySherry Ahmad Shahidan yg wish my Besday kt group JoZan di FB Famous sekejap kt situ haha so sweet of you..thanks for everything ^_^ mmg suprise giler Johan wish, dh laa kt radio lak tu thanks to you too n pada yg lain2 juga..aku sempat print screen hehe untuk masukkan dlm blog ni..kenangan tu hehhe kt situ ada gak yg kongsikan apa yang Johan wish kat era tadi pagi so boleh baca rmai2 haha..layannnn..thanks to Johan, n semua..sbb ingat n sudi wish ^_^



hehe thanks pada semua diatas...tak lupa yg wish my besday kt FB x dpt nk print screen semua..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017