-->
Memaparkan catatan dengan label RL7. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RL7. Papar semua catatan

6 Jul 2013

JOZAN Di Minggu FiNaL Raja Lawak Musim Ke-7

Assalammualaikum..
Sorry lambat sikit buat review JOZAN masa Final RL7, Sorry pada yang tertunggu-tunggu tu hehe. Secara keseluruhannya JOZAN masa final RL7 ni mmg sangat menghiburkan. Diorang sangat kelakar n sweet. Setelah mereka berehat selama 2 minggu atas urusan kerja/peribadi masing2, JOZAN kembali menggegar RL7 Final. Memang enjoy tengok Final RL7 dengan gelagat JOZAN ni. Istimewa untuk Final musim ni diselitkan unsur2 kemelayuan disitu. Tengok jela pakaian JOZAN lengkap berbaju melayu. Opening RL7 jer dah gempaq gitu siap ada silat semua..apa pun jom tengok apa yang best di Final RL7.

Antara Yang Menarik di Final Raja Lawak 7

-Pembukaan Final RL7 Penuh dengan suasana kemelayuan gitu yang mana dimulakan dengan Silat Gerak Tempur Aliran Helang Buana Bersatu.
-Tidak lama pastu, JOZAN pula masuk dengan diarak dan diangkat sambil JoHaN Menyanyi lagu "Dia Datang" sambil Zizan rap.
-Kemudian JOZAN memperkenalkan para peserta diikuti Juri dan bila tiba giliran Isma Alif memang kecoh la jawabnyer tambah2 dia ada atas stage hehe macam2 lagu die nyanyi siap mintak shah Slam main muzik lagi pastu die menari lagu Michael Jackson lak JOZAN pun join sekali menari, tak lama pastu Johan suruh Shah berhenti main muzik, pastu die bagi pantun kat Isma, JoHaN pantun camni "Tanam bunga, bunga Kobis, kalau macam ni bila nak habis" haha n tak lama pastu Zizan lak cakap "Baru pembukaan saja rasa dah nak habis program ni" kemudian Johan marah si Shah die cakap "Yang Shah pun satu hal boleh layan lak,ko punye show ker ni"hehe Shah senyum jer tgk gelagat JOZAN dan para Juri.
-Masa nak perkenalkan peserta pertama untuk buat persembahan, JOZAN berborak2 atas pentas comel tgk diorang time ni, MASA Johan tengah bercakap Zizan ada usik2 Johan sikit pastu Johan cakap "Ni cite Hang Tuah la ko ni ape, okey ko Hang Lekir, jauh sikit" Zizan plak cakap "Eh cammonlah" Johan: "Eh Hang Lekir Hidung camnilah ko tak tahu diamlah" Zizan:"Hang Tuah xde rambut macam ni lah" JoHaN:"Okey ko pernah tengok Hang Tuah tak?" Zizan:"Pernahlah" JoHaN:"okey nama penuh die ape?" Zizan:"Err Hang Dok Mana" Johan dah gelak2 masa ni pastu die cakap "Salah" ZizaN:"Habis,nama penuh die apa?" pastu Johan jawab "Hangpa lah hantu" pastu dua2 terus sengih2 hehehe.
-Lepas dah bersembang dgn sweetnya tibalah masa untuk JOZAN perkenalkan peserta pertama tapi dua2 macam x ingat giliran sape so mulalah diorang main pass2 haha Johan suruh Zizan perkenalkan peserta seterusnya tapi Zizan suruh Johan yg perkenalkan pastu Johan suruh Zizan balik hehe last2 Zizan umumkan Gamat yg bakal buat opening. Lawak gak masa ni.
-Selesai persembahan kump Wala dengan Rahim R2, JOZAN pun masuk, pastu JoHan gi kat Rahim sambil konon2 nk update status kat instagram pastu die cakap "Artis Jemputan biase je, peserta ahh peserta hebat" pastu Rahim lak tambah kot atas "Saya lebih Suka JaMBu jadi Hos" hehe pastu Johan yg pegang kamera tipu tu terus lempar kamera tu dan cakap "Rosaklah" hahaha sambil buat2 marah. Lepas AC komen persembahan kump Wala JoHaN Lak sembang2 dgn AC sambil mengadu pasal Rahim cakap minat kump Jambu tu, AC gelak jer tgk gelagat JoHan pastu JoHan start buat aksi nak tendang kamera yang tadi die baling tu hehe.
Zizan plak suruh Johan sabar. Pastu AC terus puji JoHaN, die cakap camni "JoHan malam ni ko nampak hensem seperti penyanyi MoJo lah aku tengok ko sekarang ni" pastu automatik JOhAN, Zizan nyanyi lagu andaiku bercinta lagi hehe tapi Shah lambat sikit nak main lagu tu, terus Johan mengadu kat Dato AC pastu JOhAn nyanyi sekali lagi tapi muzik dah bunyi dah terus JoHaN cakap "Diamlah aku nyanyi dulu,x yahlah2x menggelabah lah shah ni" haha semua dah gelak2 dah masa ni.
-Masa segmen Muzikal Komedi Kump Gamat ada rap2 sikit pastu JOHaN Ada cakap camni kat salah sorang ahli kump Gamat tu "Alahhh sorang Rap semua nak rap, semua nak jadi waris, Eleh biarlah Zizan saja Rap, kann Zizann kannn" terus Johan dan Zizan berjalan ke arah satu sama lain pastu dekatkan muka ala2 nak kiss hihi sweet jer apalagi terus satu stadium bersorak hehehe..
-Selepas Apek selesai bagi komen kat kump Gamat, Johan terus cakap Gini kat salah sorang dari kump Gamat tu "Eh ko lain kali buat album jgn nak rap2 eh jgn nak poyo sgt okey, lainlah Zizan kannn Zizann" pastu terus JoHaN dan Zizan buat aksi sweet dan manja diorang tu hehe sekali lagi satu stadium bersorak dgn happynyer pastu JoHan cakap "Okeylah jangan nak Wuu Wuu sangat" pastu makin kuat sorakan penonton hehehe..  
-Selepas dari iklan JOZAN kembali, kali ni diorang menyanyi lak lagu Gerimis Mengundang Johan jadi Zamani, Zizan jadi Ramli Sarip kalau x silap lah hehe pastu diorang sempat usik2 Shah Slam pastu menari-nari ikut suka hati diorang haha comel jer..
-Kemudian JoHan sengaja nak usik Dato AC, die cakap salah sorang dari ahli kump Bora adalah Emelia Rosnaida iaitu isteri AC, atas alasan rambut palsu yang salah sorang Kump Bora tu pakai sama fesyen mcm rambut isteri AC..hehe AC dah ketawa bagai nak rak masa ni hehe pastu AC cakap "Kalau macam ni x pyh beranak pun xpe" haha.
-Akhirnya tiba giliran isma komen untuk kump Bora, mcam biasa die komen siap menyanyi semua, yg x leh blah siap mintak Shah main muzik lagu Michael Jackson lagi. Zizan plak dah ambik rambut palsu kump Bora tu pastu die pakai haha comel giler muka die ngan rambut palsu tu hehe..Zizan biasalah asal jadi perempuan je terus die jadi comel dan gedik2 gitu hihi..kemudian Zizan terus berlari gi kat AC siap peluk AC gitu. Manakala Johan plak marah Shah, Johan cakap "Shah sudah,dah sudah,Astro tolong cut payment Shah, Shah ikut cakap orang tu,aku tumbuk muka ko Shah" heehe lepas tu AC lak nak cakap die panggil Zizan Pastu Johan cakap kat Zizan "Datin duduk sini jer,aku tumbuk muka datin ni kang" hehe  Zizan plak masih dengan gaya gediknyer hihi die siap panggil AC sayang lah, i love you sayang semua ada hehe.
-Lepas habis kump SakaN buat persembahan, Zizan masih dengan rambut palsunyer x buang2 lagi hehe siap panggil AC sayang lagi..pastu AC suruh Zizan pusing belakang sebab die x boleh nak bagi komen bila tengok gaya Zizan macam tu hehe..
-Masa Kump Wala selesai dengan persembahan terakhir diorang, Johan cakap gini "Anak Cina makan mee rebus dah korang boleh berambus" pastu Zizan lak cakap kat Johan "Cakap elok2" terus Johan gi kat kump Wala cakap dengan lembut haaha pastu Zizan plak bagi pantun kat Kump Wala "Anak Cina ke rumah Malik, Balik" pastu Johan cakap kat Zizan "eh elok sangat elok sangat aku suka style tu" haha
-Pastu ada persembahan istimewa lagu Kpop Zapin dari Kump ShiRo..rasa cam diorang miming jer time ni hehe JOZAN lak berdiri di sebelah tepi pentas. Diorang buat macam2 gelagat kat tepi pentas tu hehe.
-Selesai persembahan Kump Shiro terus keluar bunga api terus JoHan cakap "Eh nyanyi nyanyi jela apa main bunga api nih!" Zizan: "Eh belum Raya lagi laa" pastu JoHaN dan Zizan start menari-nari tiru gaya Shiro dalam lagu tadi hehe lawak je gaya diorang menari hihi.
-Akhirnya Kump WaLa yang jadi Juara Raja Lawak Musim ke-7. 

P/s- Jom Join My Segmen Jom Tambah Kenalan By MBS, Tarikh tutup 13 Julai nanti, Nak Join Klik -> SiNi..

Read More »

29 Jun 2013

WaLa JuaRa RaJa LaWak MuSim Ke-7

Assalammualaikum..
Setelah berhempas pulas selama 12 minggu, akhirnya kemenangan berpihak kepada kumpulan WaLa..Memang dari awal dah agak Wala berpotensi untuk menang sebab diorang sentiasa konsisten n x pernah berada di bottom three pun..Berbalik pada Final RL7 semalam. Wala yang dibantu oleh Rahim R2 untuk segmen pertama terus menggegar stadium MBSA Shah Alam dengan aksi kelakar mereka. Walaubagaimanapun Wala diberi saingan sengit oleh Kumpulan SakaN. Namun Kumpulan SaKaN terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
Tempat Ketiga jatuh kepada Kumpulan BoRa dan tempat keempat pula milik kumpulan GaMat.apapun tahniah kepada kumpulan WaLa kerana diorang memang layak menang. JOZAN juga kembali menjadi Hos RL7 dan berjaya membuat final RL7 Meriah habiss..
Read More »

22 Jun 2013

JOZAN Di Minggu Kesembilan RaJa Lawak Musim Ke-7

Assalammualaikum...
Lagi 2 minggu baru Final aku ingatkan minggu ni yang final, x sangka pula musim kali ni panjang pula sampai 12 minggu semuanya.Apa pun jom tengok apa yang menarik di minggu Ke-9 yang lalu..

Antara Yang Menarik Di Minggu Ke-9 RL7

-Tema Minggu ke-9 adalah Jurujual dan Radio.
-Masa nak perkenalkan juri iaitu isma jer biasalah die ada menyanyi-nyanyi sampai Johan kena cakap perkataan "sudah" banyak kali, hehe bila Isma dh stop Zizan pulak bergurau dgn cakap cara2 nak mengundi Isma dalam Raja Lawak.
-Johan pun sampai tersasul, die nk cakap "Baiklah" tercakap "Baliklah" hihihi.
-Sebelum iklan, Johan sempat cakap Cina sebelum Zizan pun ikut cakap Cina gak hihi..
-Waktu JOZAN Perkenalkan rakan artis yang hadir, diorang sempat mengusik Mamat Sepah dgn memanggilnya "Mamat Sepu" hihi, dan masa nak perkenalkan Saleem Iklim sempat lagi diorang menyanyi sekejap lagu Saleem.
-JoHaN nak tiru gaya dan suara Saleem Iklim tapi x berapa menjadi sebab jadi suara Awie pulak, Zizan pun tegur macam suara Awie terus semua pun gelak2.
-Selepas Kumpulan Sakan selesai buat persembahan, JOZAN pun masuk lalu Zizan ada tanya kat salah sorang dari kump sakan tu "ni juliana evans ker" hehehe..
-Ketika Zizan baca komen2 di Twitter, die ada tambah sikit cakap "Zizan dan Johan comelnyer" pastu Johan cakap "Jangan bacalah tu biar orang bacalah" hihi Zizan pun jawab "Okey" pastu tiba2 Johan cakap gini "Johan more cute than Zizan" terus Zizan dan penonton ketawa hihi..
-JOZAN ada mengusik Ac pasal kereta hehe comel jer masa ni hihihi..
-Lepas Kumpulan Okay selesai buat persembahan, Johan pun bercakap-cakap dengan salah sorang dari Kump Okay manakala Zizan lak gi duduk atas kerusi yang ada kat situ, kemudian tak lama pastu Johan tanya kat Kump Okay "eh sape uolss, Sape ni beb?" sambil tunjuk ke arah Zizan, Pastu Johan berjalan ke arah Zizan sambil cakap "Hensemnyerr abang ni" dgn gaya manja gitu heehe pastu Johan cuba usik Zizan konon2 nak kiss die haha Cuak Zizan sebab die duduk atas kerusi x dpt nk elak kalau Johan nk kacau2 die, pastu Zizan cakap "Jangan Johan2x janganlah" pastu Zizan berdiri n angkat jari die & buat adegan Dont Say Any words gitu terus Johan gelak2 dah. Sweet JOZAN masa ni.
-Masa Juri beri komen pada persembahan kedua Boy, Isma bagi komen dengan lancar, bernas n tanpa menyanyi langsung straigt to the point, pastu terus JoHaN puji Isma sebab die x menyanyi masa bagi komen hihi.
-Waktu Kumpulan Sakan selesai dengan persembahan kedua mereka, JOZAN pun macam biasa dtg ke depan pentas pastu Johan Mintak Muzik Happy satu kemudian terus keluar lagu Tamil, apa lagi memang sakan lah JOZAN menari comel jer, Johan menari pastu jatuh n kemudian Zizan cakap kt Johan "bangun, dik, abang dah cakap jangan main" comel jer Zizan cakap gitu kat Johan, pastu tak habis cakap lagi lagu Tamil tu keluar lagi hahaha terus JOZAN sambung menari balik, lawak masa ni kemudian Johan lari ke belakang pentas, n bila muzik dah berhenti Zizan cakap "Mana Makhluk tadi" hehehe...
-Selesai juri beri komen pada kump Sakan tu, lagu tamil tu keluar balik terus JOZAN dan Kump Sakan menari-nari atas pentas.
-Lepas Zizan umumkan undian telah ditutup, tiba2 Kump JaMBu (Tauke & Yus) naik ke atas pentas, rupa-rupanya kump JamBu akan ambil alih jadi Hos Raja Lawak untuk 2 minggu iaitu minggu ke 10 dan minggu ke 11, dan konon-kononnya JOZAN tersingkir gitu siap JOZAN buat muka sedih jer. Rupa-rupanya JOZAN ada kerja dalam tempoh 2 minggu tu sebab tu Kump Jambu ambil alih, n di Final JOZAN akan jadi Hos balik.
Mula2 memang ingat Gimik jer rupanya memang betul JOZAN xde dua minggu, kecoh gak la kat twitter pastu sebab ramai x puas hati JOZAN xde tapi nak buat camne JOZAN ada kerja. Ramai yg mengagak JOZAN terlibat dalam Anugerah Blokbuster sabtu ini sebab tu diorang xde kat RL7, Kemudian dgr cite juga Zizan nak ke Paris Shooting jadi sbb tu JOZAN xde.
-Lepas selesai pengumuman Kump Jambu akan jadi Hos selama 2 Minggu tu terus keluar lagu tamil tu balik hehehe apa lagi diorang semua start menari balik hihi.
-Waktu Penyingkiran, JOZAN baru cakap sikit terus keluar lagu tamil tu hehe apa lagi memang menari laa jawabnyer hihi pastu Johan cakap "cukup kurang ajar apabila bermain lagu-lagu yang dirasuk" kemudian Zizan lak cakap "Tolong jangan lakukan ini kepada kami krn keadaan ini sgt serius dan sgt genting apabila kami." tak habis cakap terus lagu Tamil tu keluar hihi dah menari balik semuanyer comel jer. Bila lagu tamil tu dah berhenti Johan sambung cakap "Ini membuatkan kami penat" pastu Zizan lak cakap "Ini membuatkan kami rasa perlu Jambu ganti kami jadi tolonglah.." pastu lagu tamil tu keluar sekali lagi hihi terus JOZAN pun menari hehe. Lepas menari Zizan terus gelak2 kemudian JoHan cakap "kurang ajar sape yang jaga sound" hihi kemudian Zizan plak tanya "Sape budak sound ni?memang nak kena sound ni"
-Boy tersingkir di minggu ke-9 RL7.
Read More »

7 Jun 2013

JOZAN Di Minggu KeLapan Raja LaWak Musim Ke-7

Assalammualaikum..
Tak lama lagi dah nak final RL7 dah..sekejap jer dah dekat 9 minggu dah RL7 berlangsung..korang dah nampak ke siapa yg layak jadi juara RL7?? Haha entahlaa jom tengok apa yang menarik di minggu ke-8 RL7 ni..

Antara Yang Menarik Di Minggu Ke-8 RL7
-Tema minggu ke-8 adalah Sukan dan Silent Komedi..
-Selepas Persembahan Kump Okay, JOZAN dan AC bercakap dalam loghat Negeri Sembilan..pastu Zizan cakap kat AC yang die org trganu x paham loghat Negeri Sembilan hehe..
-Ketika Johan nak buat promo, Zizan ada cakap kat Johan "Janganlah marah,kenapa garang sangat ko hari ni" pastu terus Johan cakap dalam nada yang slow dan manja, terus Zizan ckp "alaaa manjanyerrr hehe"
-Selepas Boy selesai dgn persmbahan die, JOZAN pun datang, sempat Johan tiru gaya dan cara cakap Nasir Bilal Khan hehe..
-Sebelum Juri nak beri komen pada kumpulan Sakan, Zizan sempat cakap seluar Johan ketat, terus AC Mizal ketawa giler2 sampai Apek pun nk ketawa n susah nk bagi komen hihi.

-Masa Kumpulan Gamat tengah buat persembahan, JOZAN pun join sekaki dengan berlakon tengah bawa motor, Johan Bawa motor siap pakai helmet terbalik warna merah manakala Zizan lak jadi pembonceng n pakai helmet warna pink gitu..pas habis berlakon JOZAN masuk ke belakang pntas balik n keluar semula. Kemudian Johan sempat cakap kat kump Gamat "Benda 2 jam jer kau bangun,aku tumbuk muka kau nanti" Ac dah gelak2 dgr Johan cakap macam tu..
-Time Johan tengah baca cara2 nk mengundi kump Gamat, Zizan dgn helmet pinknyer tu dok berlegar-legar belakang kump Gamat, last2 AC cakap camni "yang helmet pink tu nealofa ek?" pastu semua pun ketawa hehehe..
-Sewaktu Apek tengah beri komen untuk kump Bora, JOZAN dok sibuk berposing untuk photographer yang ada kat situ, perlbagai gaya diorang buat, gaya qiut, gedik semua ada hihi.
-Masa JOZAN nak perkenalkan Kump Okay untuk tugasan yg kedua, JOZAN sempat dok speaking english versi huru hara dan mengundang tawa penonton hehe
-Time isma nak beri komen jer mesti semua, termasuk juri2 dan JOZAN jadi risau kalau die komen berjela-jela hihi
-Pas Johan cakap undian ditutup, die terus buat gaya manja2 pastu gi kat Zizan n cakap "Babe cakaplah pasal kita nak rehat tu" pastu Zizan lak cakap "Yang Mana2x" sambil pegang bahu Johan n angkat kaki die sebelah, kemudian Johan terus dekatkan diri die ngan Zizan, pastu macam biasa Zizan terus terduduk atas lantai hehehe tak lama pastu Johan lak buat aksi yang Zizan buat tadi dan Zizan terus gelak2..sweet masa ni..hehe..
-Minggu ke 8 tiada penyingkiran..

Suka tengok Friendship JOZAN ni tengoklah situasi diatas hehe JoHaN sekeluarga gi tengok wayang Filem Baru ZizaN iaitu Bikers Kental di pawagam..so sweet Johan support kawan baik die, Zizan dengan tengok filem Zizan di pawagam..Zizan pun siap cakap terima kasih n i love you lagi x leh blah dengan maid Johan pun masuk cerita diatas sekali..haaha. JOZAN sweet as usual..walau apa jadi tetap kawan baik..cuma x leh blah ada jer peminat yg suka berat sebelah x leh support dua2..huhu

Read More »

30 Mei 2013

JOZAN Di Minggu Ketujuh RaJa Lawak Musim Ke-7

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah nak masuk minggu ke-8 dah..sekejap jer kan, tak lama lagi dah nak final Raja Lawak dah..x tahulaa musim ni sape yang menang kan..apapun jom usha2 apa yang menarik di minggu ke-7..

Antara Yang Menarik Di Minggu Ke-7 RL7
-Pembukaan Minggu ke-7 agak meriah dan sweet disebabkan JOZAN haha..bermula dengan JoHaN yang beberapa kali tersasul lalu Zizan mengambil peluang tu dengan mengusik JoHaN haha comel jer dua2 ni, contohnya Semenakin (Semakin) Senyayunyer(Selalunyer) Zizan siap cakap kt Johan comelnyer die ni..last2 JoHan terus cakap pelat mcm budak2 lalu membuatkan Zizan ketawa.
-Bila masuk bab nak kenalkan para penaja dan radio rasmi JOZAN start mengusik antara satu sama lain bermula dgn Zizan yg perkenalkan dirinya sebagai duta Kit Kat..lalu Johan buat muka sikit sebelum ketawa besar dan buat muka balik haha Zizan dah sengih2, Kemudian masa nak perkenalkan radio rasmi Zizan lak buat2 x nak cakap sebelum buat2 nak muntah haha last2 Zizan cakap kt Johan "Aku suka sangat Mak Jemah" last dua2 pun ketawa sama2..sweet jer..
-Kemudian Johan tersasul lagi nk sebut Facebook jadi Faceboot lak..haha Zizan dah ketawa masa ni tapi x cakap apa2 just ketawa jer. Johan yg try coverline tapi bila tgk Zizan ketawa terus Johan suruh Zizan diam manakala Zizan lak hanya buat isyarat tangan yg bermaksud die x cakap apa2 pun sambil gelak2 n then masa cakap pasal twitter Johan ada cakap mcm ni "kalau nak cakap pasal JOZAN tak payah hashtag okey, everyday trending okey" pastu Zizan terus buat muka comel sambil tgk2 Johan haha pastu Johan tanya Zizan "Kenapa?aku buat semua salah" Zizan dah gelak2 sambil cakap "Aku tak cakap apa pun,cepatlah teruskan"
-Masa JohaN perkenalkan pengkritik tetap iaitu Dato AC Mizal, AC ada tanya kenapa lidah Johan pendek malam ni hahaha kemudian selepas habis AC bercakap Zizan plak cakap kat Johan "Nak pakai lidah jugak.."terus Johan tarik Zizan gi dekat die n buat mcm nk tium Zizan haha terus Zizan elak sampai jatuh terduduk Johan plak cakap "Mengada-ngada betul" haha comel dua2 kembar ni..kalau Johan betul2 tium Zizan mmg trending lagi kt twitter hahaha tapi x kisah mmg semua Jozannerz suka benar tgk JOZAN sweet2 gitu haha..
-Tema minggu ke-7 adalah alam persekolahan 
-Masa AC tengah beri komen pada persembahan kump Tuah, Zizan sempat mencucuk pinggang salah seorang ahli kump Tuah yg melatah tu. Banyak kali gak die melatah hahaha..
-Ketika Kump Sakan nak habiskan sketsa diorang, Zizan pun datang ke depan pentas, kemudian salah sorang kump sakan terus cakap "Cikgu bapak kite datang" pastu sorang lagi cakap kat Zizan "Anak kamu ni teruk sangat ni" Zizan pun jawab "kenapa,yang mana anak kite" pastu salah sorang dari kump sakan cakap "dua2 ni loyar buruk" terus Zizan jawab "Sape mak kau ni" "Hidung jer sama aku x pernah buat anak macam ni,ini bukan anak ini CGI ni okey" terus penonton pon gelak2,,
-Johan bagi pepatah "kata orang kera dihutan disusukan,anak dirumah mati tak makan so apa kena mengena?" terus AC Mizal dan Zizan dah gelak2 dengar pepatah Johan termasuk dgn Johan sekali pun gelak2 jugak..hihi.
-Masa Juri2 tgh beri komen pada persembahan kumpulan Wala, JoZaN sibuk dok kacau2 salah sorang ahli kump Wala yg berbadan sasa tuh..JOZAN dok kacau2 die dgn menumbuk-numbuk, mencuit-cuit badan die hahaha redha dan pasrah jer die menahan apa yg JOZAN buat kat die hehe..
-Dalam sketsa Boy ada gak cite pasal Jozan hehe yg dikatakan suka membuli dirinya..haha
-Ketika JOZAN bersembang-sembang sempat lagi diorang sebut nama2 kereta, paling sweet bila Johan asyik kenakan Zizan pasal kereta Evo 10 tu..sampai nama peserta pun die sebut Evo 10 pastu Johan jelir lidah kat Zizan haha dan Zizan kejar die dari belakang hihi..
-Masa nak perkenalkan kumpulan Okay, JOzan bercakap dalam loghat perak..
-Time JOZAN buat promo tu, Johan ada cakap sambungan filem Bikers Kental adalah Bikers Buntal hahaha..
-Part Penyingkiran mmg sgt best sebab JOZAN ada masa nak bercakap lama2 sikit berbanding minggu2 sebelumnya, jadi banyak laa part2 kelakar dari JOZAN masa penyingkiran ni..

-Setiap kali Johan bercakap masa penyingkiran ni, Zizan dah x boleh control gelak hehe die terus gelak dan gelak haha comel jer, Zizan x leh tahan gelak tgk gelagat JoHan hehe..betullah cakap Zizan yg hanya Johan yg boleh buat die ketawa..nanti kalau Zizan sedih2, letak je Johan sebelah die hehe konform ceria balik kan heehehe..
-Johan cakap-> "ayoyoo2x yang disebut dalam Final Destination" terus Zizan gelak giler pastu die cakap "mana ada india dalam cite tuh" haha terus Johan nak gi menyorok belakang pintu sbb malu hahaha lawak masa ni.
-Akhirnya Kumpulan Tuah yg tersingkir utk minggu ke-7
Rasanya Lepas dari RL7 minggu ke-7 Johan, Zizan & AC gi makan2 di Restoran Riezman Khuzaimi.

P/s-Mesti ade yg heran camne aku leh ingat Dialog2 JoZan tuh semua..sebenarnya aku tengok video balik kat tenet sebab tuh laa leh ada dialog2 tu semua..kalau setakat tengok kat tv memang aku tak ingat semua dialog diorang hehe..


Read More »

25 Mei 2013

JOZAN Di Minggu Keenam Raja Lawak Musim Ke-7

Assalammualaikum...
Diam x diam dah masuk minggu ke-7 RL7 ni tapi hari ni nak buat review untuk minggu sudah nyer iaitu minggu ke-6 hehe terlambat sikit review ni haha..apa pun minggu Muzikan Komedi mmg sentiasa best..

Antara Yang Menarik Di Minggu Ke-6 RL7
-Minggu Ke 6 Raja Lawak Musim Ke-7 adalah bertemakan Muzikal Komedi..untuk musim ini ada sedikit kelainan apabila turut menampilkan artis jemputan yang terdiri daripada penyanyi.
-Pembukaan Minggu Ke-6 diserikan dgn artis Jemputan Waris dgn lagu Rembau Most Wanted dan dipertengahan lagu JOZAN pun keluar n turut menyanyi bersama-sama.
-Ada part yg awal2 masa Johan buat2 sedut inhaler tu pastu Zizan cakap "nak sikit2x" pastu Johan pun bagi..Zizan pun buat2 laa sedut n last2 Johan ugut nak tium haha die cakap 'bagi betul2 kang" terus Zizan cakap "eh jangan-jangan" sambil senyum2 hehe..
-Masa habis persembahan Kumpulan Okay, JOHaN ada nyanyi2 sikit.
-Time JOZAN nak perkenalkan Artis jemputan untuk kumpulan Wala iaitu Noh Hujan, Johan sempat cakap "Setahu aku kat Malaysia aku jer yang dah kahwin Hot" terus Zizan buat muka sikit hehe pastu Johan cakap kt Zizan "tengok Dengkilah tu2x" kemudian Zizan jawab "Tak bukan dengki,ko Hot sbb rumah takde aircon" hehe.
-Noh Hujan tu kelakar gak haha siap nyanyi lagu dangdut gitu haha, JOZAN pun ada usik2 Noh siap mention Mizz Nina sekali haha sambil buat aksi2 comel gitu. Zizan ada cakap jgn usik2 sangat nanti loan x approve haha masa AC komen Johan lak cakap benda yg sama. Ntah loan apa yg diorang maksudkan tu hehe
-Selepas selesai persembahan kumpulan Xtra JOZAN pun keluar ke depan pentas n brcakap-cakap sikit dgn kump Extra sebelum JoHan cakap "Nama saya Pisang, Ni Jantung Pisang" pastu Zizan lak cakap "Aah saya jantungnyer" so sweet kan..

-Isma yg komen persembahan kump Xtra, biasalah die menyanyi2 lagu jawa lah tamil lah apalah siap bangun lagi menyanyi hahaha kemudian masa Isma tgh nyanyi AC Mizal masuk campur die buat announcement num plat kereta sape ntah..ni mesti nak berhentikan isma dari terus nyanyi ni haha terbaik Dato AC, JOZAN dengan Kump XTRA atas pentas dah gelak besar tengok gelagat AC Mizal dan Isma hehe..pastu Isma sempat mintak Shah Slam main lagu lagi pastu die nyanyi balik,last2 Johan tegur Shah suh jgn main muzik, pastu Zizan lak cakap "dgr Komen die simpan gitar" pastu Johan plak cakap "Tak payah simpan gitar ko masuk dalam" kemudian selepas cara2 undian habis dibaca untuk Kump Xtra JOZAN sempat menyanyi-nyanyi n menari sikit sebelum iklan.
-Persembahan kump Gamat bersama artis undangan Hazama juga menghiburkan..Gaya Hazama menjadi Ramli Sarip sangat menjadi especially dari segi suaranya hehe..paling best masa nk habis persembahan tu tiba2 ada lagu tema AF Plak, JOZAN pun join sekaki menari lagu tema Akademi Fantasia hehe dgn Hazama dan kump Gamat.
-Selesai persembahan Kump Pahat dgn Tam Spider, tibalah giliran isma yg komen..haha macam biasalah mesti die nyanyi puas2 dulu pastu si Shah Slam boleh plak main muzik ikut apa yg isma nyanyi pastu Johan cakap kt shah "You Stop Shah i slap You, stop" hehe tapi isma teruskan nyanyian die gak haaha last2 JoHaN Suruh isma bagi kesimpulan die. Kemudian AC mencelah x puas hati sbb Johan suruh isma bercakap lagi bagi kesimpulan haha maybe JoHan kesian kan Isma jadi die bagi can sikit suh cakap lagi..
-Masa Zizan baca komen2 kt twitter, die tmbh ayat sendiri n ckp Johan Zizan Qiut hehe n masa nak iklan tuh Johan ada tersasul sikit die nk cakap berehat seketika terus jadi seketite terus die buat aksi manja ckp "alaa malulahh camni" hehe comel jer Zizan lak ckp "janganlaaa"
-Aku suka persembahan kump Bora dgn Altimet,pemilihan lagu yg best n sempat lagi diorang bahankan isma dalam lirik lagu diorang hehe..

-Dina jadi artis undangan untuk kumpulan Tuah, sedap suara Dina apa pun teruk gak Dina kena usik dengan JOZAN hehe bermula dgn JoHan yg usik dina, Johan cakap "Kalau Dina jadi hantu belum tentu boleh terbang" pas cakap tu Johan terus lari ke belakang pentas haha pastu Zizan plak cakap "tak baik cakap Dina macam tu" pastu Dina gi kejar Johan kt belakang pentas hehe. Pastu Zizan lak cakap "Dina2 jangan merajuk tapi kalau Dina jadi hantu golek, rata jalan.."Johan dh gelak besar kat belakang pentas sambil Dina kejar Zizan plak, kali ni Zizan yg lari haha.JOZAN mmg kuat mengusik orang..
-Pserta terakhir yg buat persembahan adalah Boy dan artis jemputan Cat farish, isma yg bagi komen untuk persembahan Boy, biasalah die nyanyi2 pastu ntah camne JoHaN pun berjangkit sekali die myanyi-nyanyi ikut gaya isma terus Zizan cakap "Johan3x jangan on bluetooth tu" pastu isma sambung nyanyi balik haha terus Zizan cakap "Aku dah cakap dah, die ni macam wifi kuat line die". 
-Masa penyingkiran Johan menyanyi lagu Malaikat -Judika manakala Zizan plak bercakap pasal peserta..masa dh habis nyanyi tu sempat Johan cakap "Penat siottt nyanyi" heehe pastu Zizan suruh Johan gi belakang pi minum air..hehe
-Peserta yang tersingkir untuk minggu ke 6 adalah kumpulan Pahat dan Kumpulan Xtra.
----Sekian---


Read More »

22 Mei 2013

Aksi Sweet JOZAN Di Instagram & Radio Era



Assalammualaikum..
hehehe cer korang tengok gambar2 kt atas ni hehehe rajin JOZAN komen di instagram..x leh blah tengok gmbar sweet2 JOZAN yg atas sekali tu hahaha maut habis..pastu leh plak Zizan komen mcm mana die ada dlm gambar tu hehe..Gmbr yg kedua Johan plak yg kacau Zizan guna ayat yg Zizan suka guna sebelum ni iaitu "tak ajak Blah rr.." haaha bila Johan lak yg komen gitu Zizan gelak jer laa haha dah berjangkit kembar ni dgn perkataan tu hohoho..semua gambar diatas ni x silap aku diorang amik mungkin sehari sebelum Raja Lawak 7 minggu ke 6 tu kot..apapun semua gambar diatas credit to Instagram Jozlynn,Zizan dan juga di FB (Aishah Humaira) kemudian isnin lalu JOZAN bertemu lagi di konti Era.Fm dalam Segmen JoHaRa Pagi ErA..Zizan jadi tetamu undangan n mempromosikan filem barunya iaitu Bikers Kental yg akan ditygkn di pwgm 23 Mei ni..
Seronok dgr diorang berborak..happening gitu..paling best masa diorang tanya Zizan berapa kali dah berlakon dgn Awie?Zizan jawab dua kali iaitu Filem Kapoow dgn Bikers Kental..sebelum Johan betulkan cakap 3 kali iaitu Filem Baik Giler..terus Zizan tersenyap sebelum senyum n ketawa besar n cakap "nampak sangat Johan peminat Zizan"! hahaha kemudian Johan mengaku cakap die mmg peminat Zizan kemudian Zizan cakap lagi "baru hari ni tahu Johan minat Zizan thank you Johan"sweet jer dua2 ni haaha..masa nak habis tu Zizan ada nyanyi sikit lagu Sahabat Selamanya n then berhenti pastu tanya ada payment ke tak ni?sbelum Haniff cakap pas lagu ni laa yg ko kiss pipi Johan tu..

Kemudian Ray sambung cakap "sampai trending tu" last2 semua gelak besar especially Johan hahaha..aku ada rakam masa interview ni..jadi korang boleh dengar apa yg diorang borak2. Aku paling suka masa Segmen Mak Jemah tu Zizan punya gelak x berhenti-henti uolls haha comel jer..mcm histeria dah Zizan gelak haha sbb gelagat Mak Jemah..So kalau korang nak dengar interview serta masa segmen Mak Jemah tuh bolehlaa tengok video kat bawah ni..aku rakam..n mmg full version punya..sorry kalau suara x clear ke ape hehe..

Selamat Mendengar dan menonton hehehe..

Read More »

17 Mei 2013

JOZAN Di Minggu Kelima RaJa Lawak Musim Ke-7

Assalammualaikum..
Macam biasa nk buat review RL7 minggu sudah yg bertemakan bersama artis jemputan..Artis Jemputan yg dijemput semuanya x berapa popular sangat..biasa2 jer..aku mula2 ingatkan ada nabil ke, jepp ker, tauke dan yus semua tapi xde..kalau ada diorang mungkin lagi best kan..

Antara Yang Menarik di Minggu ke-5 RL7
~Masa start Minggu ke-5, JOZAN nampak hyperaktif gitu, diorang sempat bercerita pasal kahwin2 semua & time Zizan baca pasal twitter die sempat kenakan Dato Ac Mizal haha sampai AC dah acah2 nak bangun dari kerusi Juri hehe..
~Masa Johan nak perkenalkan juri yg ketiga iaitu Isma Alif, die sempat menyanyi-nyanyi terlebih dahulu meniru  gaya isma & kemudian barulah Isma bercakap namun biasalah asal isma bercakap memang ambik masa haha die menyanyi dulu mcm2 bahasa, sampai last2 Zizan suruh Astro tutup Mic isma hehe.
~Selepas selesai kumpulan Pahat bersama artis jemputannya Jihan, JOZAN Keluar dengan gaya macam budak2 sikit hehe kemudian AC bagi komen utk persembahan kump Pahat sempat lah AC puji2 Jihan sikit sebelum Zizan mencelah "Dato bukan Jihan banyak senyap ke tadi macam senang je buat duit" hahaha
~Johan sempat usik2 Jihan cakap gigi besi iron man haha
~Paling best masa Jozan nak baca cara2 undian untuk Kump Pahat tu..diorang sempat mencelah dan masuk sekali dalam screen kamera secara bergilir-gilir haha JiHAN pula bertindak menghalau diorang dari terus mengacau hihi.
~Kumpulan WaLa yang dibantu oleh artis jemputan iaitu Arin juga membuat persembahan yang best siap ada gitar dgn menyanyi semua mmg best gak tgk.sebelum last sekali JOZAN pun join sekaki 
menyanyi lagu Sathiyaaaa..
~Zizan sempat mengusik Johan cakap seluar Johan ketat buruklaahh hehe bila Zizan cakap cenggitu, Johan terus mengangkat kakinya ke atas dan tunjuk pada Zizan haha
~Johan sempat usik Ropie yg jadi artis jemputan untuk kump Kintan, Johan cakap Ropie bermodalkan bungkus jer (sbb Ropie jadi Pocong) "patutlah duit Astro habis cepat" hehe selain itu Johan n Zizan ada kacau2 Ropie dgn cucuk pinggang ropie bagi die melatah.
~Pantun Zizan x berapa menjadi sikit hehe nampak muka zizan sedikit tension bila die bagi pantun yang x berapa nak menjadi..
~Zizan cakap kat AC yg salah sorang ahli kump sakan yg diorang pnggil Didie Alias tu dh jadi Avatar cuma kena cat biru jer lagi..hihi
~Selepas selesai persembahan kump Tuah, JoHan keluar jadi Ah Chai manakala Zizan Jadi Mael Lambong..
~Masa Apek beri komen kat kump Gamat dan artis jemputannya ILya, Zizan mencelah n cakap "Bukan Boss tak minat kump Senario ker" haha terus Apek cakap "Ko ada Masalah Peribadi ker" haha Johan dah ketawa masa ni Zizan lak cakap takde2 kat Apek heehe..
~Untuk persembahan kump Tuah, Isma yg komen bukan main panjang die komen siap sempat mnyanyi lagu gemilang semua, sampai last2 AC & Apek bagi mic diorang kt isma,kemudian Johan lak sampai turun pentas bagi mic die gak, apa lagi makin sakan si isma tu myanyi kemudian johan ckp nak ganti tmpat isma n isma terus naik ke pentas dan johan duduk kat tmpat isma, isma naik pentas nyanyi lagu jamal abdillah semua..dan zizan pulak bawa beg besar keluar ke depan pentas sambil panggil nama johan dalam 3 kali tapi johan x dgr lak sbb dok leka mengacau isma aliff.
~Johan baca twitter, ada yg Tweet/komen JOZAN join kump WaLa nyanyi dah mcam kumpulan Nasyid hehe terus Johan ckp tolong padam ek unfollow budak ni..haha..
~Apabila Isma beri komen untuk kump Xtra die ada nyanyi gak tpi sikit jerlaa pas habis die komen terus Zizan cakap Alhamdulilah legaa, Johan dah ketawa dengar Zizan cakap mcm tu hahaha..
~Pas habis persembahan Boy n Artis jemputannya Rahim R2 Jozan terus berborak n buat lawak sama2 dgn Rahim R2 pasal paper..hehe best gak masa ni..lawak gitu..
~Kumpulan Ganu tersingkir, pastu johan ckp "Kump yg berasal dari terengganu mewakili zizan" terus Zizan menyampuk "eh apa kena mengena dgn aku" hahahha pastu Johan sambung lagi Kump Ganu ni "mungkin boleh jadi anak angkat ibu zizan" terus Zizan cakap "Eh eh eh rumah aku dah penuh" haha
~Kump yang tersingkir minggu kelima adalah Kump GaNu dan Kintan n tema Minggu ke-6 adalah Muzikal Komedi..
Read More »

14 Mei 2013

SeSi MeRajuk Dan Pujuk Memujuk JOZAN Yg Sweet Part 2


Assalammualaikum..
Entri ni adalah sambungan kepada entry SeSi MeRajuk Dan Pujuk Memujuk JOZAN Yang Sweet.. hehehe..disebabkan Zizan asyik komen guna perkataan/ayat yang sama jer dan yang beza hanya bilangan huruf yang makin banyak, maka last2 JoHan reply mcam ni kat Instagram jom tengok hihihi..
hahaha JoHan dah ugut2 manja gitu..nak tium Zizan haha Johan kalau start jadi manja n sweet2 ni mmg habislaa Zizan hahaha masak Zizan jumaat ni, hehe x sabar tgk diorang dalam Raja Lawak nanti..dah laa tema Muzikal Komedi mesti best..cuma jgn bagi ruang si isma tu nyanyi lebih2 dah ler..hahha kang over run lak..hahaha..JOZAN jer leh nyanyi lebih2 hehe

GiF atas sekali credit to Wani
Gmbr instagram credit to Intan Marliana

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017