-->
Memaparkan catatan dengan label jozlyn. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jozlyn. Papar semua catatan

27 Ogo 2016

Amyza & Julia Ziegler Tersingkir - Super Spontan Superstar

Amyza Aznan & Julia Ziegler Tersingkir Di Minggu Ke-4 Super Spontan Superstar

Assalammualaikum..
Nampaknya di minggu ke-4 ni kumpulan Monyet Mafia telah tewas dan menyaksikan Amyza Aznan dan Julia Ziegler tersingkir. Di awal rancangan Amyza dah diberi kad kuning atas kesalahannya mengganggu team Harimau Hipster dalam game Demonstrasi pada minggu ketiga yang lalu. Memang dah boleh agak yang Amyza akan tersingkir di minggu ni tambahan lagi die juga macam tak main game pada minggu ni. Cuma tak sangka gak ada 2 penyingkiran untuk minggu keempat ni, Setakat ni dah ada 4 penyingkiran bermula dengan penyingkiran Waris diikuti Zulin dan kini Amyza dan Julia Ziegler pula. Di minggu seterusnya entah siapa yang akan tersingkir, tak silap aku Ozlyn masih ada kuasa imuniti yang die dapat pada minggu ketiga dan belum digunakannya lagi. 

Afdlin Shauki dan Adibah Nor menjadi pengulas pada minggu ini. Antara game yang diorang main pada minggu ini adalah seperti Pantun 2 Kerat, Jurujual Langsung, Direktor Tak Siuman, Cerita Atas Lantai dan Lagu Spontan.
Read More »

29 Feb 2016

Johan & Ayda Jebat Menang Besar Di #AME2016

Assalammualaikum..
Nampaknya Anugerah Meletop Era 2016 (AME2016) menjadi milik Johan dan Ayda Jebat sebab diorang menang besar gitu, malah mereka berdua turut mengekalkan kemenangan dalam kategori utama iaitu Anugerah Top Top Meletop, dah dua tahun berturut-turut diorang menang anugerah utama ni. Tahniah diucapkan buat Johan n Ayda Jebat. Personally aku rasa AME2016 agak boring sikit, Best lagi Anugerah Meletop Era 2015, untuk AME2016 ni hos macam takde idea n kurang kelakar, banyak teknikal problem, penyampai anugerah pun ada gak yg macam blur hehe. Persembahan dari artis okey gak, semua best2, Di media sosial, ramai yang tak puas hati dengan kemenangan Ayda Jebat, apapun dah rezeki masing2 kan. Apapun jom tengok Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP Era kat bawah ni k..
Keputusan Anugerah Meletop Era 2016

Drama Meletop - M.A.I.D
Artis Lawak Meletop - Johan

Hos Meletop - Dato Ac-Mizal

Pelakon Meletop - Ayda Jebat

Rancangan Meletop - Gegar Vaganza 2015

Lagu Meletop - Siapa Diriku -Ayda Jebat

Penyanyi Meletop - Ayda Jebat

Dua/Kumpulan Meletop - Akim & The Majistret
Penyampai Radio Meletop - Johan
Rancangan Radio Meletop - Johara Pagi Era
Filem Meletop - Polis Evo
Bintang Filem Meletop - Zizan Razak
Fesyen Meletop - Dato Ac Mizal
Artis Baru Meletop - Mira Filzah
Bintang Online Meletop - Siti Nurhaliza
Couple Meletop - Johan dan Ozylyn
ARTIS TOP-TOP MELETOP Lelaki - Johan
Artis TOP-TOP MELETOP Wanita - Ayda jebat
Anugerah Khas Meletop - Zulkarnain Hassan (bekas pengulas sukan)



Read More »

5 Ogo 2015

Betul Ke Bohong Musim 6 Edisi Raya - Jozan & Ozlyn

Assalammualaikum...
Sape tengok gameshow Betul Ke Bohong Musim 6 Edisi Raya nyer yang mana tetamu jemputannya adalah Zizan Razak dan Ozlyn Wati?. Aku ada gak tengok hari tu masa tayang kat tv tu, best gak hehehe first time dapat tengok Jozan kena karan sama2 hihihi. Start dari segmen 2 Ozlyn dah jadi hos dan Johan plak join team Ray manakala Zizan dalam team Hanif. Comel n lwk jer tengok dua2 kena karan masa last segmen tu hahaha. Bagi yang terlepas nak tengok BKB edisi Raya tu bolehla tengok video kat bawah ni k..

Video Betul Ke Bohong Musim 6 Edisi Raya - Jozan & Ozlyn

Betul Ke Bohong 2015 Episod Raya 


Read More »

21 Feb 2014

Latest Part- Borak-borak JOZAN

Assalammualaikum..
Baru2 ni ramai yg perasan Zizan komen di Instagram Jozlynn..Tapi yang balas komen tu Ozlyn lah hihi comel jer diorang borak2. Topik yang diorang borak adalah pasal berkhatan hahaha sebab anak Johan yang sulung baru berkhatan tetiba Zizan bagi komen kt gambar di insta diorang. Apapun sweet jer, walaupun diorang lama tak jumpa tapi still sweet. Apapun untuk peminat JOZAN kena tunggu Jozan The Musical yang akan dipentaskan di Istana Budaya nanti. Hope gak diorang join MLM2014 sebab baru senang nak tengok diorang tiap2 minggu di tv dan semua org boleh tgk diorang di TV berbanding tak semua yang dapat ke Istana Budaya tu.

P/s- Pelik gak kenapa ABPBH x amik JOZAN jadi Hos/Penyampai Anugerah/Perform di ABPBH..Macam boringgg jer ABPBH tu nanti.
Read More »

22 Nov 2013

JOZAN Akan Datang Ke MLM2013 Jumaat Ini?

Assalammualaikum..
Setelah JOZAN berjumpa pada hari ahad lalu di Konsert Akhir AF2013, Tetiba kuar pula cerita yang JOZAN akan hadir ke Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) Jumaat ini. Tapi tak tahu la sama ada diorang betul2 akan hadir ataupun tidak. Tapi memang semua mengharapkan sangat JOZAN benar2 datang, mesti lebih meriah MLM jumaat ini. Cerita pasal JoZan akan hadir ni timbul selepas Page Maharaja Lawak post status seperti dibawah ini.
Ramai yang excited nak tengok MLM jumaat ni, mana tau kalau betul JOZAN dtg kan. Tapi mesti diorang datang sebagai guest jer. Namun ada gak yang menyangka JOZAN akan jadi peserta, tapi aku rasa tu memang tak mungkinlah sebab Johan dan Zizan sibuk dengan plan masing2 dengan Zizan busy dengan teaternyer bersama Erra Fazira, Umie Aida & Nora Danish yang akan dipentaskan di Istana Budaya. Manakala Johan (Jozlynn) pula dengar cerita nak bercuti dengan peminat naik Cruise nanti. Lagipun diorang sebelum ni dah cakap akan join Maharaja Lawak Mega Next Year iaitu MLM2014.
Apapun x sabar tunggu jumaat ni, hope ada JOZAN nanti, baru best..

Baca Entry Dibawah ni jugak k..

Semua entry pasal JOZAN boleh baca-> Di SiNi..

Update!
JOZAN x datang pun adeh page tu tipu rr, buat tertunggu-tunggu jer.huhu

Read More »

21 Nov 2013

Kejutan Johan Untuk Zizan Di Konsert Akhir AF2013

Assalammualaikum..
Sape yang tengok Final AF2013 mesti perasan kan Johan ada datang n suprisekan Zizan. So Sweet kan. Rupenyer ni memang plan Manager Zizan, Marina Juki, Ozlyn dan JoHan sendiri untuk suprisekan Zizan. Terbaiklah plan diorang ni. Memang dah lama nak tengok JOZAN sama2, dan walaupun JoHaN datang jumpa Zizan tu sekejap jer tapi dah cukup untuk buat satu Stadium dan Penonton di rumah sebak melihat persahabatan JoZaN ni. Peminat JOZAN konform2 menangisnyer tengok Sweet Moment diorang ni.
JoZaN dah berbulan-bulan tak jumpa disebabkan kesibukan masing2, jadi diorang saling merindu di kejauhan gitu. So Ahad lalu kedatangan Johan di Final AF2013 tidak dapat dijangka oleh Zizan. Awalnya Zizan sedang promo Radio Rasmi AF2013 iaitu Era.FM dan kemudiannya terus keluar muzik. Kemudian kedengaran suara Johan menyanyikan lagu Sahabat untuk selamanya yang terus membuatkan penonton bersorak dan stadium jdi gamat. Zizan pula terus memandang ke arah Pintu dan akhirnya Johan muncul. Zizan tak mampu menahan sedihnya dan rindunya pada Johan lalu die menangis sambil diorang berpelukan. Itu adalah Best Moment in AF2013.
Kelihatan Johan juga sangat sebak bila dapat jumpa Zizan tapi Johan ni memang pakar tahan air mata hehe walaupun raut wajahnya jelas kelihatan die sebak dan amat rindukan Zizan, manakala Zizan pula terus menangis sebab terharu dan rindu sangat dengan Johan. Ni lah Aura JOZAN, diorang boleh buat kita happy dan menangis dalam satu masa. Wajah Zizan masa peluk Johan memang epik, seolah-olah die sedang melepaskan segala perasaan rindu die dan ibarat Johan tu adalah semangat die. Hanya peminat setia JOZAN jer yang boleh faham betapa sweetnyer n bestnya tengok JoZan bertemu dan bersama-sama walaupun hanya sekejap.
Masa JOZAN berjumpa di AF2013 tu, diorang juga ada cakap akan join Maharaja Lawak Mega 2014 nyer maknanya MLM tahun depan. Hope jadi kenyataan. Ingatkan sesi sweet2 JOZAN ni dah habis tapi rupenyer bersambung pula di Instagram. JoZan bersweet-sweet pula di Instagram siap cakap rindu semua. Diorang ni memang sweet laa..jom tengok apa yang diorang sembangkan di Instagram.


Keesokannya iaitu hari Isnin, di JoHaRa Pagi Era, masih memperkatakan lagi pasal Jozan ni, best dengar hehehe. Video JOZAN bertemu di AF2013 ni pun banyak diupload di facebook. Kalau ada yg nak tengok boleh tengok di PaGe FB aku, cari kt sidebar k.

Ganbar2 diatas credit to Iman Jozannerz, Intan Marliana dan Aishah Humaira.
Read More »

17 Okt 2013

JOZAN Melepas Rindu Di Instagram


Assalammualaikum..
Sejak dua tiga hari ni memang kecoh pasal mesej JOZAN yang sweet di Instagram ni. Seperti yang semua sedia maklum Johan, Zizan memang sangat sibuk dengan kerja masing2 jadi memang jarang berjumpa tambahan lagi mereka juga tidak terlibat dalam apa2 program di tv secara bersama-sama. Namun begitu diorang ni ibarat jauh dimata dekat dihati gitu, sweet sentiasa. Peminat memang sangat merindui JOZAN dan rasanya JOZAN pun pasti tahu betapa ramainya yang rindu nak tengok diorang together-gather kan. Selain peminat, diorang sendiri juga saling merindui antara satu sama lain, Buktinya Johan/Ozlyn ada memberi komen di Instagram Zizan dengan menyeru nama Zizan. Sebelum diikuti dengan pengakuan Johan merindui Zizan dalam beberapa kali so sweet. 

Zizan juga reply kembali komen Johan tu, cuma die reply agak lambat sikit, mungkin sebab die agak busy masa tu. Masing2 saling mengatakan diorang saling merindui antara satu sama lain. Sweet giler diorang ni siap rindu-rinduan gitu. Teringin nak tengok Zizan buat suprise di Super Spontan, tetiba die muncul di Super Spontan mesti ada jejak kasih JOZAN kat situ kan. Jom bayangkan ramai2 hehehe..Aku perasan juga masa Zizan jadi Hos kat AF, tak kisahlah masa konsert ker, masa TGI AF ker, Zizan mesti ada mention nama JoHaN or JOZAN kat situ. Hope diorang akan bergandingan lagi dalam apa2 program selepas ini..

Jom Tengok Apa yang diorang borakkan dibawah ini..
Klik 2x untuk besarkan gambar dan untuk lihat lebih jelas..
Read More »

25 Sep 2013

JTF, ZTF & JOZAN FC

Assalammualaikum..
Hari ni nak promote everything yg berkaitan dgn JOZAN hehe. Lagipun sebelum ni dah berjanji nak tolong promote..maka janji harus ditepati hihi. Untuk lebih adil maka aku akan promote kesemuanya yang berkaitan dgn Johan, Zizan & JoZan. Start with JOZAN..
Blog-> JOZAN FC
Twitter JoHaN-> @JohERAJohERA..
Twitter Ozlyn-> @ozlynn_johan..
info/link ttg Johan Twitter Family (JTF) Boleh tengok dlm gambar dibawah ini.
Instagram Baru Zizan-> http://instagram.com/zizan869razak
Twitter Zizan-> @zizanrajalawak..
Info/link2 lain tentang Zizan's Twitter Family (ZTF) Boleh tengok dalam gambar dibawah ni..
Suka dengan JOZAN ni, walaupun diorang ada peminat dan group masing2 tapi JOZAN sgt sweet dan sentiasa support antara satu sama lain..misalnya baru2 ni Zizan buat kejutan dengan follow twitter JTF so sweet..walaupun sekarang ni diorang buzy dgn urusan kerja masing2, akan datang pasti ada program yg akan gabungkan JoZan kembali cuma cepat atau lambat jer. Lagipun ramai yg komplen rindu nak tengok JOZAN kan..
Rasanya last JoZan jumpa masa Zizan datang kat radio Era dulu untuk promosi AF2013 tu kot..apapun Good Luck to Zizan &Johan. Follow2 laa link2 diatas ni..jangan bimbang semua link2 yg diberikan diatas adalah account original Johan, Zizan & group diorang, bukan fake okey. Follow jer tanpa ragu & was was hehe.

Credit to owner2 gambar2 diatas yer..
Read More »

8 Sep 2013

JOZAN Tidak Terlibat Dalam Lawak Ke Der 3

Assalammualaikum..
Lawak Ke Der 3 kembali lagi dan akan membuka tirainya pada 3-6 Oktober ini di Istana Budaya. Peminat2 yang sememangnya tgh merindukan aksi JOZAN sedikit hampa bila dimaklumkan yang JOZAN tidak terlibat dalam Lawak Ke Der 3. Bukan sahaja JOZAN takde, kumpulan Boboi juga tidak mengambil bahagian dalam Lawak Ke Der 3 kali ini. Sebaliknya tempat JOZAN dan Boboi akan diambil alih oleh Kumpulan JamBu serta Douglas Lim manakala Nabil dan Harith Iskander dikekalkan. Hans Isaac ada memaklumkan di Twitternya yang dia telah pun melamar JOZAN untuk beraksi dalam Lawak Ke Der 3 namun JOZAN tidak memberikan jawapan yang positif.
Aku rasa JOZAN terlampau sibuk dengan jadual masing2 dan x mampu nak beri komitmen untuk Lawak Ke Der 3. Johan rasanya die sibuk dengan radio, Super Spontan & rakaman Propaganza dll manakala Zizan mmg sibuk dengan filem2 nyer, Melodi serta kemungkinan besar terlibat dengan Akademi Fantasia 2013 jadi mmg susah laa kan nak berjumpa nak berbincang semua. Tambahan lagi JOZAN rasanya nak bagi peluang kat kawan2 diorang yang lain pula untuk terlibat dalam Lawak Ke Der kali ni macam Kump Jambu dll. 


Disamping itu aku dapati ramai yang komen kat FB,Twitter,Instagram cakap Rindu dengan JOZAN, memang fenomena rindu JOZAN sekarang hehe. Nanti2 ada laa kot gandingan JOZAN lagi sekarang ni diorang sibuk dengan urusan masing2.
Ada gak yang tag JOZLYNN(Johan & Ozlyn) n Zizan kat Instagram cakap rindu dengan JOZAN..Pastu Jozlynn ada balas cakap rindu gak dengan Zizan, sweet jer kan..tapi tak pasti siapa yg balas antara Johan atau Ozlyn tapi oklaa tu ada hikmah gak kan saling rindu merindu bila lama x jumpa.

Apapun hope nanti ada apa2 program yang gandingkan JOZAN semula sbb ramai yg rindu diorang dah ni..n dengar cerita Lawak Ke Der 4 akan ada Sepah Tu pula tapi x pasti betul ke tidak.

Gambar2 diatas credit to Twitter n Instagram Hans Isaac, Harith Iskander n Ssfoena Jztf.
Read More »

24 Jun 2013

SupRise ZiZaN For JoHaN Part 2

Assalammualaikum..
Hari ni nak cite pasal JOZAN..Sebelum tu semua dah baca tak entry ni -> (SupRise ZizaN For JoHaN).. hehe..ni ada jumpa gambar lagi masa majlis JoHaN tu..credit untuk blog JoZaN Fc gambar ni ada JoHaN,Zizan & Ozlyn sweet jer..ramai gak yang mintak nak tgk gambar Zizan Kiss pipi JoHaN tu termasuklah aku hehe tapi masa adegan tu memang xde sape yang sempat tangkap gambar sebab tak silap aku masa tu diorang semua tengah makan. Jadi semua berlaku sekelip mata jer xde sape yg ambik gambar..maybe semua terkejut tengok Zizan datang pastu semua terus terpaku tengok kesweetkan JOZAN hehe..untunglah sape yang gi bukan senang nak tengok JOZAN dalam satu event tau sebab masing2 busy..
Gmbar atas ni credit to Jozannerz Dsyg

Apapun jumaat ni dah Final Raja Lawak Musim Ke-7 n JOZAN is back hehe..
Read More »

7 Jun 2013

JOZAN Di Minggu KeLapan Raja LaWak Musim Ke-7

Assalammualaikum..
Tak lama lagi dah nak final RL7 dah..sekejap jer dah dekat 9 minggu dah RL7 berlangsung..korang dah nampak ke siapa yg layak jadi juara RL7?? Haha entahlaa jom tengok apa yang menarik di minggu ke-8 RL7 ni..

Antara Yang Menarik Di Minggu Ke-8 RL7
-Tema minggu ke-8 adalah Sukan dan Silent Komedi..
-Selepas Persembahan Kump Okay, JOZAN dan AC bercakap dalam loghat Negeri Sembilan..pastu Zizan cakap kat AC yang die org trganu x paham loghat Negeri Sembilan hehe..
-Ketika Johan nak buat promo, Zizan ada cakap kat Johan "Janganlah marah,kenapa garang sangat ko hari ni" pastu terus Johan cakap dalam nada yang slow dan manja, terus Zizan ckp "alaaa manjanyerrr hehe"
-Selepas Boy selesai dgn persmbahan die, JOZAN pun datang, sempat Johan tiru gaya dan cara cakap Nasir Bilal Khan hehe..
-Sebelum Juri nak beri komen pada kumpulan Sakan, Zizan sempat cakap seluar Johan ketat, terus AC Mizal ketawa giler2 sampai Apek pun nk ketawa n susah nk bagi komen hihi.

-Masa Kumpulan Gamat tengah buat persembahan, JOZAN pun join sekaki dengan berlakon tengah bawa motor, Johan Bawa motor siap pakai helmet terbalik warna merah manakala Zizan lak jadi pembonceng n pakai helmet warna pink gitu..pas habis berlakon JOZAN masuk ke belakang pntas balik n keluar semula. Kemudian Johan sempat cakap kat kump Gamat "Benda 2 jam jer kau bangun,aku tumbuk muka kau nanti" Ac dah gelak2 dgr Johan cakap macam tu..
-Time Johan tengah baca cara2 nk mengundi kump Gamat, Zizan dgn helmet pinknyer tu dok berlegar-legar belakang kump Gamat, last2 AC cakap camni "yang helmet pink tu nealofa ek?" pastu semua pun ketawa hehehe..
-Sewaktu Apek tengah beri komen untuk kump Bora, JOZAN dok sibuk berposing untuk photographer yang ada kat situ, perlbagai gaya diorang buat, gaya qiut, gedik semua ada hihi.
-Masa JOZAN nak perkenalkan Kump Okay untuk tugasan yg kedua, JOZAN sempat dok speaking english versi huru hara dan mengundang tawa penonton hehe
-Time isma nak beri komen jer mesti semua, termasuk juri2 dan JOZAN jadi risau kalau die komen berjela-jela hihi
-Pas Johan cakap undian ditutup, die terus buat gaya manja2 pastu gi kat Zizan n cakap "Babe cakaplah pasal kita nak rehat tu" pastu Zizan lak cakap "Yang Mana2x" sambil pegang bahu Johan n angkat kaki die sebelah, kemudian Johan terus dekatkan diri die ngan Zizan, pastu macam biasa Zizan terus terduduk atas lantai hehehe tak lama pastu Johan lak buat aksi yang Zizan buat tadi dan Zizan terus gelak2..sweet masa ni..hehe..
-Minggu ke 8 tiada penyingkiran..

Suka tengok Friendship JOZAN ni tengoklah situasi diatas hehe JoHaN sekeluarga gi tengok wayang Filem Baru ZizaN iaitu Bikers Kental di pawagam..so sweet Johan support kawan baik die, Zizan dengan tengok filem Zizan di pawagam..Zizan pun siap cakap terima kasih n i love you lagi x leh blah dengan maid Johan pun masuk cerita diatas sekali..haaha. JOZAN sweet as usual..walau apa jadi tetap kawan baik..cuma x leh blah ada jer peminat yg suka berat sebelah x leh support dua2..huhu

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017