-->
Memaparkan catatan dengan label AF2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AF2013. Papar semua catatan

23 Ogo 2017

Senarai Peserta AF Megastar

Bintang AF, Juara AF, Bekas Pelajar AF, Akademi Fantasia (AF), AF1 hingga AF2016, 13 Musim, 13 Juara AF, Zahid, Faizal, Mila, Shahir, Faizul, Firman, Sufi, Amir, Rosma, Anding, Adam, Bob, Amylea, Idayu, Marsha, Nubhan, Aril, Adira, Amir Jahari, Azhar, Indah, Ewal, Syamel, Ara,
Bintang AF Kembali Bersaing Dalam AF Megastar

Assalammualaikum..
Bermula September ini, AF Megastar akan bersiaran di Astro Ria dan menghimpunkan kembali 8 Bekas Juara serta bekas pelajar AF yang terpilih dalam semua musim Akademi Fantasia dari season pertama iaitu AF1 hinggalah ke AF2016. Sayangnya tak semua bekas juara AF yang masuk bertanding kembali, kalau semua juara ada, lagilah best dan sengit, betul tak hehehe. Antara Bekas Juara AF yang tak masuk bertanding dalam AF Megastar ini adalah Vince, Mawi, Hafiz, Stacy dan Hazama. Manakala juara - juara AF musim lain semua ada. Kalau tengok dari senarai peserta AF Megastars ini semua yang terpilih mempunyai vokal yang mantap dan best - best belaka. Pastinya sengit AF Megastars ini nanti dan pertandingan AF Megastars ini akan berlangsung selama 8 minggu serta di hoskan oleh Paknil. Manakala juri tetap pula terdiri daripada Dato Ramli M.S dan Syafinaz Selamat.

Senarai Peserta AF Megastar 2017 boleh lihat dalam artikel dibawah ini.
Bintang AF, Juara AF, Bekas Pelajar AF, Akademi Fantasia (AF), AF1 hingga AF2016, 13 Musim, 13 Juara AF, Zahid, Faizal, Mila, Shahir, Faizul, Firman, Sufi, Amir, Rosma, Anding, Adam, Bob, Amylea, Idayu, Marsha, Nubhan, Aril, Adira, Amir Jahari, Azhar, Indah, Ewal, Syamel, Ara,
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

25 Apr 2017

Novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Drama Adaptasi Novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Karya Novelis E-Man Sufi, Senarai Pelakon Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Pelakon, Alif Satar, Nabila Razali, Nabila AF, AF2013, Hafreez Adam, Nadiyah Shahab, Fezrul Khan, watak, Rayyan Rayqarl, Wafeen Wardah, Daniel Elhan, Tengku Zaryn,
Drama Adaptasi Novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Assalammualaikum..
Kali ini tibalah giliran Novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati karya Novelis E-Man Sufi untuk diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod. Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati ini akan disiarkan di Astro Ria bermula 24 April 2017 ini. Watak Rayyan Rayqarl akan dilakonkan oleh Alif Satar manakala watak Wafeen Wardah akan dilakonkan oleh Nabila Razali (AF2013). Alif Satar kembali lagi dengan drama baru selepas sukses dengan Drama Dia Semanis Honey sebelum ini. Tak sangka pula Nabila AF ini dah jadi pelakon dan terus dapat watak heroin gitu. Selain mereka berdua, ada ramai lagi pelakon best yang berlakon dalam drama ini seperti Hafreez Adam yang memegang watak sebagai Daniel Elhan, Nadiyah Shahab sebagai Tengku Zarynn, Fezrul Khan dan ramai lagi. Apa pun jom tengok sinopsis Novel ini dibawah ye..
Hero dan Heroin Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati ( Alif Satar & Nabila Razali), Drama Adaptasi Novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Novelis E-Man Sufi, Senarai Pelakon Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Pelakon, Alif Satar, Nabila Razali, Nabila AF, AF2013, Hafreez Adam, Nadiyah Shahab, Fezrul Khan, watak, Rayyan Rayqarl, Wafeen Wardah, Daniel Elhan, Tengku Zaryn,
Sinopsis Novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati (Drama Adaptasi Novel)

WAFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki…

RAYYAN RAIQARL lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal, membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!

“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”

“Sorry… saya dah ada kekasih.”

“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”


“Hah?”

Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.
Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?
“Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”
“Apa makna…”
“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.” 

My Signature, Tandatanganku, Miss Banu Signature, blog miss banu story,
Read More »

6 Apr 2015

Bintang Paling Popular ABPBH 2014 Milik Shaheizy Sam


Assalammualaikum..
Nampaknya tuah memihak kepada Shaheizy Sam apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2014 dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2014) pada malam Ahad yang lalu. Ini adalah kali ketiga Shaheizy Sam memenangi Bintang Paling Popular selepas ABPBH 2010 dan 2012 yang lalu. Selain itu Sam turut menang dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Sam membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Toyota Camry. Nampaknya Sam bergilir-gilir dengan Aaron Aziz untuk menang Bintang Paling Popular ni hehehe. 
Read More »

27 Nov 2014

Lagu & Lirik Perempuan Nyanyian Faizul (OST Drama Suamiku Encik Sotong)

Assalammualaikum..
Lagu yang bertajuk Perempuan adalah antara single terbaru Faizul Sany (Juara AF2013). Lagu ini adalah antara lagu tema (OST) drama yang tengah hot sekarang iaitu Suamiku Encik Sotong lakonan Sharnaaz Ahmad, Amyra Rosli, Amar Baharin, Hanis Zalikha dan ramai lagi. Lagu ini berentak rancak n catchy gitu. Lirik die pun best. Pendek kata memang layannn lagu ni. So jom tengok lagu dan lirik lagu Perempuan kat bawah ini k.
Lirik Lagu - Perempuan

Ku kenali dirimu
Kau berada gadis bergaya
Citarasa sang jejaka
Kau terlalu mencuba
Nak gaya ranggi atas bawah
Berkaca mata berkasut tumit tinggi
(Gadis idaman Malaya)

Tak ku sangka kau rupa-rupanya
Ada maksud di sebalik gaya

Korus

(Katakan saja)
Katakan saja kau mahu
(Kalau kau suka)
Apa yang kau tunggu
Datang mendekat datang merapat
Jangan malu denganku
Ku tahu engkau mahu

(Semuanya takkan)
Jelas kalau kau tak cuba
(Manakan tahu)
Apa yang di dada
Jangan kau gentar
Jangan kau gusar
Kerna diriku juga suka kamu

Terkadang ku keliru
Hampir separuh mati ku cuba fahami
Misteri gerak gerimu

Kau punyai naluri
Mahu memiliki mahu dimiliki
Memuja dipuja teruja
Kumbang dan bunga

(Kita tiada bezanya)
Tak ku sangka kau rupa-rupanya
Ada maksud di sebalik gaya

Ulang Korus

(Perempuan)
Asyik-asyik tarik-tarik tali denganku
(Perempuan)
Sudah-sudahnya kau tolak-tolak diriku
Jangan bermuka kau jujur saja
Akan ku terima kau seadanya
Selamanya

Datang mendekat kau datang merapat
Jangan malu denganku
Ku tahu engkau mahu

Ulang Korus



P/s- Bagi yang belum tahu -> Kalau nak tengok video muzik kat atas ni boleh jer klik tengok kat youtube terus ataupun tengok jer kat atas ni. Sebelum tu korang boleh klik butang stop yang ada disidebar untuk tutup lagu background blog ini.
Read More »

21 Nov 2013

Kejutan Johan Untuk Zizan Di Konsert Akhir AF2013

Assalammualaikum..
Sape yang tengok Final AF2013 mesti perasan kan Johan ada datang n suprisekan Zizan. So Sweet kan. Rupenyer ni memang plan Manager Zizan, Marina Juki, Ozlyn dan JoHan sendiri untuk suprisekan Zizan. Terbaiklah plan diorang ni. Memang dah lama nak tengok JOZAN sama2, dan walaupun JoHaN datang jumpa Zizan tu sekejap jer tapi dah cukup untuk buat satu Stadium dan Penonton di rumah sebak melihat persahabatan JoZaN ni. Peminat JOZAN konform2 menangisnyer tengok Sweet Moment diorang ni.
JoZaN dah berbulan-bulan tak jumpa disebabkan kesibukan masing2, jadi diorang saling merindu di kejauhan gitu. So Ahad lalu kedatangan Johan di Final AF2013 tidak dapat dijangka oleh Zizan. Awalnya Zizan sedang promo Radio Rasmi AF2013 iaitu Era.FM dan kemudiannya terus keluar muzik. Kemudian kedengaran suara Johan menyanyikan lagu Sahabat untuk selamanya yang terus membuatkan penonton bersorak dan stadium jdi gamat. Zizan pula terus memandang ke arah Pintu dan akhirnya Johan muncul. Zizan tak mampu menahan sedihnya dan rindunya pada Johan lalu die menangis sambil diorang berpelukan. Itu adalah Best Moment in AF2013.
Kelihatan Johan juga sangat sebak bila dapat jumpa Zizan tapi Johan ni memang pakar tahan air mata hehe walaupun raut wajahnya jelas kelihatan die sebak dan amat rindukan Zizan, manakala Zizan pula terus menangis sebab terharu dan rindu sangat dengan Johan. Ni lah Aura JOZAN, diorang boleh buat kita happy dan menangis dalam satu masa. Wajah Zizan masa peluk Johan memang epik, seolah-olah die sedang melepaskan segala perasaan rindu die dan ibarat Johan tu adalah semangat die. Hanya peminat setia JOZAN jer yang boleh faham betapa sweetnyer n bestnya tengok JoZan bertemu dan bersama-sama walaupun hanya sekejap.
Masa JOZAN berjumpa di AF2013 tu, diorang juga ada cakap akan join Maharaja Lawak Mega 2014 nyer maknanya MLM tahun depan. Hope jadi kenyataan. Ingatkan sesi sweet2 JOZAN ni dah habis tapi rupenyer bersambung pula di Instagram. JoZan bersweet-sweet pula di Instagram siap cakap rindu semua. Diorang ni memang sweet laa..jom tengok apa yang diorang sembangkan di Instagram.


Keesokannya iaitu hari Isnin, di JoHaRa Pagi Era, masih memperkatakan lagi pasal Jozan ni, best dengar hehehe. Video JOZAN bertemu di AF2013 ni pun banyak diupload di facebook. Kalau ada yg nak tengok boleh tengok di PaGe FB aku, cari kt sidebar k.

Ganbar2 diatas credit to Iman Jozannerz, Intan Marliana dan Aishah Humaira.
Read More »

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013 (AF2013)


Assalammualaikum..
AF2013 melabuhkan tirainya dan menobatkan Faizul sebagai Juara Akademi Fantasia 2013. Tahniah untuk Faizul. Awalnya aku sangkakan Azhael yang bakal jadi juara tapi rezeki lebih memihak pada Faizul. Lagipun sedap gak suara Faizul ni kan. Awalnya susah nak meneka siapakah bakal juara Juara AF2013 dan akhirnya ianya menjadi milik Faizul dan Azhael mendapat tempat kedua.
Azhael yang sebelum ni tersingkir namun diberi peluang kedua menerusi AF Masuk dan diserap semula ke AF2013 dan akhirnya menjadi Naib Johan AF2013. Walaubagaimanapun Azhael tetap berjaya membawa pulang Anugerah AF BUZZ kerana mempunyai paling ramai pengikut di laman sosial seperti FB, Twitter & Instagram. Tahniah Azhael.
Amira mendapat tempat ketiga, dan berada dlm kedudukan top 3 gitu. Tak sangka juga Amira mendapat tempat ketiga sbb dia juga hampir2 tersingkir di konsert ke-8 dulu. Apapun Tahniah utk Amira. Aku paling suka masa Amira nyanyi lagu Skyfall tu sesuai lagu tu dgn suara die.
Indah mendapat tempat ke-4, memang sedap suara Indah ni, suka dengan lagu single die tu best jer. Indah sebelum masuk AF2013 ni sudah pun bergelar penyanyi terlebih dahulu dan mempunyai album cuma dirinya tidak begitu dikenali peminat pada masa itu. Apapun Tahniah untuk Indah, die mmg penyanyi yang berbakat.
Nabila berada di tempat ke-5, sebelum ni undian Nabila agak tinggi juga tapi x sangka gak die num 5. Apapun tahniah untuk Nabila. Nabila ni manis orangnyer especially masa die senyum mmg comel. Lagu single die dan pelajar lain semua sedap didengar.
Terkejut juga Aisyah mendapat tempat keenam, rasanya die sesuai berada tempat yang lebih atas juga sebab suara die unik dan sedap. Apapun dah rezeki kan, Tahniah untuk Aisyah kerana sampai di tahap ini.
Sebenarnya aku x kisah sangat sape yang menang AF nih sebab yang lebih aku kisahkan adalah pasal JOZAN hehe tak sangka diorang bertemu di pentas Final AF, memang sebelum ni ramai yg request nk tgk Jozan di final, tak sangka pula jadi kenyataan gitu. Setelah berbulan-bulan tak jumpa akhirnya JOZAN melepas rindu di pentas akhir AF yang turut membuatkan semua penonton sebak dan menangis termasuk Zizan. Semua terharu  melihat persahabatan JOZAN nih. Nantikan next entry yer untuk aku ceritakan lebih lanjut pasal JOZAN Di pentas akhir AF2013. Apapun JOZAN dah saling berjanji nak join Maharaja Lawak Mega tahun depan (2014) #MLM2014 yeayy harap jd kenyataan.
Read More »

Senarai Lagu-Lagu Di Konsert Akhir Minggu Ke-10 AF2013

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah masuk minggu ke-10 dah n Konsert Akhir/Final akan berlangsung dan siapakah bakal Juara AF2013 ni. Ada 6 Finalis semuanya iaitu Faizul, Amira, Indah, Aishah, Nabila dan Azhael. Setiap dari mereka mempunyai pengikut sendiri dan undian yang akan menjadi penentu segalanya. Aku rasa Final nanti mesti sengitnyer kan sebab semua akan memberikan yang terbaik. So tunggu dan lihat jela sape yang bakal jadi Juara nanti. Mereka mempunyai 2 tugasan di pentas akhir nanti yang mana mereka akan menyanyikan lagu yang diberikan kepada mereka serta lagu Single mereka sendiri. Sedap gak lagu2 single diorang ni. Apapun jom tengok lagu apa yang akan diorang nyanyikan di Final nanti.
SeNarai LaGu

1- Penglipur Lara, nyanyian asal Hazama & akan dinyanyikan oleh Azhael.
2- Lebih Indah, nyanyian asal Dato Siti Nurhaliza & akan dinyanyikan oleh Aisyah.
3- Terlalu Istimewa, nyanyian asal Adibah Noor & akan dinyanyikan oleh Amira.
4- Hanyut, nyanyian asal Faizal Tahir & akan dinyanyikan oleh Faizul.
5- Jagalah Diri, nyanyian asal Jaclyn Victor & akan dinyanyikan oleh Indah.
6- Seandainya Masih Ada Cinta, nyanyian asal Dayang Nurfaizah & akan dinyanyikan oleh Nabila.

Lagu Single mereka

1- Hentian Terakhir ~ Azhael.
2- Mimpi ~ Aisyah.
3- Sesaat Untukku ~ Amira.
4- Sepasang Sayap ~ Faizul.
5- Percayalah ~ Indah.
6- Katakan Saja ~ Nabila.
Read More »

13 Nov 2013

Azhael Tersingkir & AFMASUK Dibuka AF2013

Assalammualaikum..
Ahad Lepas, penonton dikejutkan dengan penyingkiran Azhael yang merupakan satu-satunya peserta Duo yang tinggal dalam AF2013 nih. Rasanya ramai yang menyangka Azhael akan ke Final kerana sering mendapat undian yang agak tinggi juga. Kecoh juga laa kat Twitter bila ramai tidak berpuas hati dengan penyingkiran Azhael ini. Azhael sampai trending di Twitter dan ramai juga yang meminta agar AFMasuk diwujudkan untuk memberi peluang kedua pada peserta2 yang telah tersingkir. AFBUZZ pada hari isnin yang lalu telah mengumumkan yang AFMasuk telah diwujudkan dan para penonton boleh mengundi peserta yang telah disingkirkan untuk diserap masuk kembali sekaligus dapat beraksi di Final.
Keputusan AFMASUK akan diumumkan dalam program Meletop pada hari Selasa yang dikendalikan oleh Nabil & Neelofa. Rasanya untuk undian AFMASUK ni, Azhael sangat berpotensi besar untuk masuk kembali dan beraksi di Final AF2013. Aku confident yang Azhael akan diserap masuknyer. Di program AFBuzz pun Azhael ada cakap yg diorang akan all out di final jika terpilih untuk mendapat peluang kedua. Apapun kita tunggu dan lihat jer.

Ketika semua orang terkejut akan penyingkiran Azhael tu, ada satu perkara kelakar yg berlaku di twitter yang mana twitter AF telah tersalah tag orang. Diorang nak tag Nabila AF2013 tapi tak sengaja tertag Nabil Ahmad (Raja Lawak) n yang bestnyer Nabil siap reply balik n tanya bila masa die nyanyi dgn ella??adoii lawak tul. Ramai gak yang perasan benda ni, Hazama pun siap retweet dan mention Nabil, boleh tgk gambar kat bawah ni hehe.
Kelakar bila last2 Nabil layankan jerr semua n mgaku plak nyanyi dgn ella hahaha..memang tersengih jer tengok jawapan Nabil ni. 
Finalis AF2013-Faizul, Indah, Nabila, Aisyah & Amira

Update!!!!
Dato Siti Nurhaliza telah mengumumkan di program Meletop yang Azhael akan diserap masuk kembali dalam AF2013 dan beraksi di Final.
Read More »

11 Nov 2013

Senarai Lagu-Lagu Di Konsert Minggu Ke-9 AF2013 (Separuh Akhir)


Assalammualaikum..
Diam tak diam AF2013 dah masuk Separuh Akhir pun dan minggu depan dah final. Minggu ke-8 tiada penyingkiran maka minggu ini hampir pasti akan ada penyingkiran. Berapa orang yang yang akan ke Final dan berapa orang yang akan tersingkir tak dapatlah dipastikan lagi, kalau nak tahu kenalah tonton Konsert AF2013 minggu ke-9 nih. Minggu ni peserta mempunyai 2 tugasan, Satu lagu solo dan satu lagi lagu rock gitu. Lagu2 yang dipilih untuk minggu ini, boleh tahan best gak. Jom tengok lagu apa yang diorang akan nyanyikan untuk minggu Separuh Akhir ini.

Senarai Lagu

(SoLo)
1- Lelaki Ini, nyanyian asal Anuar Zain & akan dinyanyikan oleh Azhael.
2- Tentang Rasa, nyanyian asal Astrid & akan dinyanyikan oleh Nabila.
3- Fireworks, nyanyian asal Katy Perry & akan dinyanyikan oleh Indah.
4- Hilang Naluri, nyanyian asal Once & akan dinyanyikan oleh Faizul.
5- Matahariku, nyanyian asal Agnes Monica & akan dinyanyikan oleh Aishah.
6- Tak Mungkin Kerana Sayang, nyanyian asal Alyah & akan dinyanyikan oleh Amira.

(Rock)
1- Kembali Merindu, nyanyian asal Slam & akan dinyanyikan oleh Azhael.
2- Permata Biru, nyanyian asal Ella & akan dinyanyikan oleh Nabila.
3- Segalanya Ku Terima, nyanyian asal Ilusi & akan dinyanyikan oleh Indah.
4- Bayangan Gurauan, nyanyian asal MeGa & akan dinyanyikan oleh Faizul.
5- Suci Dalam Debu, nyanyian asal Iklim & akan dinyanyikan oleh Aisyah.
6- Opera Hidup, nyanyian asal Wings & akan dinyanyikan oleh Amira.

Update!!!
Azhael tersingkir di minggu ke-9 dan yg lain2 mara ke final. Agak mengejutkan Azhael tersingkir n ramai yang tak berpuas hati Azhael tersingkir.
Read More »

4 Nov 2013

Senarai Lagu-Lagu Di Konsert Minggu Ke-8 AF2013


Assalammualaikum..
Diam tak diam dah masuk Konsert Ke-8 dan Minggu depan dah Separuh Akhir pastu Final. Minggu ni agak menarik juga sebab ada pusingan Battle Round gitu. Tak Pernah dibuat dalam mana2 Konsert AF di musim2 lepas, jadi ianya sesuatu yang baru dan fresh. Sekali tengok ala2 Rancangan The Voice gitu bila ada Battle Round ni. Selepas Battle, Juri kena komen dan pilih persembahan mana yang paling disukai. Kat sini nampak laa pelajar tu akan berusaha bersaing dan buat yang terbaik. Apapun Amira mendapat undian terendah dan sepatutnya tersingkir tapi di minggu ke-8 ini tiada penyingkiran. Jadi kesemua pelajar akan ke Separuh Akhir.
Senarai Lagu..

1-Harus Terpisah, Nyanyian asal Chakra Khan, akan dinyanyikan oleh Azhael.
2-Jangan Kau Mimpi, Nyanyian Asal Siti Sarah, akan dinyanyikan oleh Indah.
3-Gelombang, Nyanyian Asal Salamiah Hassan, akan dinyanyikan oleh Nabila.
4-Awan Yang Terpilu, Nyanyian Asal Ning Baizura, akan dinyanyikan oleh Amira.
5-Price Tag, Nyanyian Asal Jessie Jay, akan dinyanyikan oleh Aishah.
6-Sandiwara Cinta, Nyanyian Asal Republik, akan dinyanyikan oleh Faizul.
Battle Round

Nabila VS Indah- Lagu Sangkar Cinta, nyanyian asal Ziana Zain.
Amira VS Aishah- Lagu Elergi Sepi, nyanyian asal Azharina.
Azhael VS Faizul- Lagu Nakal, nyanyian asal GiGi.
Read More »

28 Okt 2013

Senarai Lagu-Lagu Di Konsert Minggu Ke-7 AF2013



Assalammualaikum..
Minggu ini merupakan minggu pertama Dato Siti Nurhaliza menjadi Inspirer kepada Pelajar2 AF2013 selepas Faizal Tahir dan Melly Goeslow. Minggu ketujuh ini juga merupakan minggu Duet yang mana pelajar2 AF akan berduet dengan artis2 popular yang sebahagian besarnya merupakan bekas pelajar AF musim2 terdahulu seperti Hazama, Stacy, Hafiz, Adira, Mila dan Aril. Di minggu ke-6 yang lalu menyaksikan Irmisa tersingkir, minggu ini siapa pula yang akan tersingkir? atau mungkinkah tiada penyingkiran untuk Konsert minggu ini?
Pemilihan lagu untuk minggu ni macam x best..sebab kalau ikutkan byk lagu duet yg lebih best2 tapi x dipilih. Lagi satu lagu2 yang dipilih untuk konsert, selalu lagu2 recycle yang mana lagu2 yang telah pun dinyanyikan oleh pelajar2 AF musim2 yang terdahulu. Macam x cukup lagu plak kan. Apapun layan kan jer laa..

Senarai Lagu..

1-Keliru, nyanyian asal Nurul & Ajai, akan dinyanyikan oleh Nabila bersama Aliff Satar.
2-Terlanjur Cinta, nyanyian asal Pasha Ungu & Rossa, akan dinyanyikan oleh Indah bersama Aril AF7.
3-Hanya Memuji, nyanyian asal Shanty & Marcell, akan dinyanyikan oleh Suhada bersama Mila AF5.
4-Mendung Tak Bererti Hujan, nyanyian asal Ella & Deddy Dores, akan dinyanyikan oleh Amira bersama Hazama AF9.
5-Penghujung Cintaku, nyanyian asal Pasha Unggu & Adelia, akan dinyanyikan oleh Faizul bersama Adira AF8.
6-Menggegar Dunia, nyanyian asal Adam & Stacy, akan dinyanyikan oleh Azhael bersama Stacy AF6.
7-Sembunyi, nyanyian asal Misha Omar & Andy Flop Poppy, akan dinyanyikan oleh Aishah bersama Hafiz AF7.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017