-->
Memaparkan catatan dengan label JoZannerz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JoZannerz. Papar semua catatan

29 Sep 2014

JOZAN Buat Show Di Event Proton Shah Alam

Assalammualaikum..
Pada hari Sabtu yg lalu, 27 September 2014, JOZAN buat show sama2 di Event Proton di Shah Alam. Lama tak nampak diorang sama2 n buat show sekali kan sebab masing2 busy. Sape yang pergi event ni mmg seronoklah dapat tengok show Jozan kan. Selain Jozan, Rahim R2 pun ade gak, diorang bertiga ada buat sketsa semua. Lawak gak bila aku tengok video2 yg dipost oleh peminat2 yg pergi event ini. Kat bawah ni aku sertakan sekali gambar2 n satu video Jozan buat show. Semua gambar credit to Instagram Johan, Zizan dan ZTF, Video credit to ZTF_Official..




Read More »

11 Ogo 2014

Sembang Teh Tarik Bersama Johan & Zizan

Assalammualaikum..
Sape ada tengok Sembang Teh Tarik episod yang ada Johan dan Zizan tu? Sembang Teh Tarik ni dihoskan oleh Dato Ac Mizal. Walaubagaimanapun episod yg ada Johan dan Zizan tu bukan sekalilah tapi berasingan. Dalam episod tu, diorang akan menceritakan pengalaman hidup diorang sebelum bergelar artis hinggalah sekarang. So sape2 yang nak tahu kisah hidup dan mengenali Johan dan Zizan dengan lebih dekat kenalah tengok episod yang ada diorang tu. Aku kongsi sekali link video Sembang Teh Tarik episod Bersama Johan dan Juga episod Bersama Zizan kat bawah ni. Korang klik jer link kat bawah ni nanti yer.
Read More »

17 Apr 2014

Johan Datang Buat Kejutan Di Birthday Party Zizan

Assalammualaikum..
Tanggal 15 April adalah Tarikh Ulangtahun Kelahiran Zizan, so macam biasa, tiap2 tahun akan ada majlis sambutan yg dibuat oleh kelab peminatnya. Antara artis yang hadir dalam majlis tersebut seperti pengarah filem/drama Ghaz Abu Bakar, Kekasih Hati Zizan yang cantik iaitu Emma Maembong, Amira & Aishah AF2013 dan teristimewa kehadiran sahabat baiknya Johan. Dah lama tak tengok 2 sahabat ni bertemu, sweet jer. Ni mesti ada adegan air mata masa diorang bertemu ni hehehe. Asal Johan buat kejutan, Zizan mesti tak dapat tahan sebak melihat kehadiran dan kejutan dari Johan tu..
Setakat ni hanya ada gambar jer, video masa gambar kat atas ni tak jumpa ler plak..Apapun moga JOZAN tetap JOZAN dan moga persahabatan mereka terus berkekalan..Happy Birthday to Zizan.
Moga JOZAN cepat2 buat comeback, rindu nk tgk diorang sama2 kat tv kan..Gambar2 credit to FB ZTF dan Instagram Jozan Fc.
Read More »

16 Mac 2014

Wordless Wednesday- Bila JOZAN Bertemu Hanya Senyuman Terukir

Assalammualaikum..
Tak leh blah dengan tajuk entry ini, tajuk sajak ker apa tuh hahaha..Gambar Jozan diatas credit to Instagram Emma Maembong. Rasanya diorang baru jumpa tuh, tengok jela asal berjumpa jer mesti Johan dan Zizan akan tersenyum n ketawa jer dgn keletah masing2. Diorang melepas rindu tu sebab lama x jumpa. ;) 

P/s-memang rindu nak tengok aksi2 sweet n manja diorang ni
Read More »

21 Nov 2013

Kejutan Johan Untuk Zizan Di Konsert Akhir AF2013

Assalammualaikum..
Sape yang tengok Final AF2013 mesti perasan kan Johan ada datang n suprisekan Zizan. So Sweet kan. Rupenyer ni memang plan Manager Zizan, Marina Juki, Ozlyn dan JoHan sendiri untuk suprisekan Zizan. Terbaiklah plan diorang ni. Memang dah lama nak tengok JOZAN sama2, dan walaupun JoHaN datang jumpa Zizan tu sekejap jer tapi dah cukup untuk buat satu Stadium dan Penonton di rumah sebak melihat persahabatan JoZaN ni. Peminat JOZAN konform2 menangisnyer tengok Sweet Moment diorang ni.
JoZaN dah berbulan-bulan tak jumpa disebabkan kesibukan masing2, jadi diorang saling merindu di kejauhan gitu. So Ahad lalu kedatangan Johan di Final AF2013 tidak dapat dijangka oleh Zizan. Awalnya Zizan sedang promo Radio Rasmi AF2013 iaitu Era.FM dan kemudiannya terus keluar muzik. Kemudian kedengaran suara Johan menyanyikan lagu Sahabat untuk selamanya yang terus membuatkan penonton bersorak dan stadium jdi gamat. Zizan pula terus memandang ke arah Pintu dan akhirnya Johan muncul. Zizan tak mampu menahan sedihnya dan rindunya pada Johan lalu die menangis sambil diorang berpelukan. Itu adalah Best Moment in AF2013.
Kelihatan Johan juga sangat sebak bila dapat jumpa Zizan tapi Johan ni memang pakar tahan air mata hehe walaupun raut wajahnya jelas kelihatan die sebak dan amat rindukan Zizan, manakala Zizan pula terus menangis sebab terharu dan rindu sangat dengan Johan. Ni lah Aura JOZAN, diorang boleh buat kita happy dan menangis dalam satu masa. Wajah Zizan masa peluk Johan memang epik, seolah-olah die sedang melepaskan segala perasaan rindu die dan ibarat Johan tu adalah semangat die. Hanya peminat setia JOZAN jer yang boleh faham betapa sweetnyer n bestnya tengok JoZan bertemu dan bersama-sama walaupun hanya sekejap.
Masa JOZAN berjumpa di AF2013 tu, diorang juga ada cakap akan join Maharaja Lawak Mega 2014 nyer maknanya MLM tahun depan. Hope jadi kenyataan. Ingatkan sesi sweet2 JOZAN ni dah habis tapi rupenyer bersambung pula di Instagram. JoZan bersweet-sweet pula di Instagram siap cakap rindu semua. Diorang ni memang sweet laa..jom tengok apa yang diorang sembangkan di Instagram.


Keesokannya iaitu hari Isnin, di JoHaRa Pagi Era, masih memperkatakan lagi pasal Jozan ni, best dengar hehehe. Video JOZAN bertemu di AF2013 ni pun banyak diupload di facebook. Kalau ada yg nak tengok boleh tengok di PaGe FB aku, cari kt sidebar k.

Ganbar2 diatas credit to Iman Jozannerz, Intan Marliana dan Aishah Humaira.
Read More »

2 Nov 2013

Juara Super Spontan 2013 Milik Jep

Assalammualaikum..
Seperti yang diramal oleh semua orang, Jep muncul juara Super Spontan 2013. Tahniah pada Jep, nampaknya musim akan datang x dapat lah tengok Jep lagi di Super Spontan sbb dah jadi juara kan. Tak sia2 Shuib tolong promote Jep di instagramnya sehingga ramai yang mengundi Jep. Sweet gak persahabatan Jep dan Shuib ni. Apapun pada yang rindu nak tengok Jep dan Shuib ni jangan risau, tunggu jer Maharaja Lawak Mega 2013 yang akan berlangsung tak lama lagi. Sepahtu akan bertanding.
Undian untuk Final Super Spontan 2013 memang dibuka sepanjang minggu. Sejak dari awal lagi undian Jep memang sangat tinggi dan sentiasa maintain dlm kedudukan 40 % n kdg2 50 %. Manakala Johan berada di tempat kedua dalam kedudukan 24 % dan ke atas. Kadang2 terpikir gak mampukah team Johan mengejar undian Jep yang tinggi tu dan jawapannya memang mampu, lihat saja bagaimana team Johan berjaya merapatkan jarak undian antara Jep dan Johan yang hanya beza 3 peratus sebelum game terakhir. Namun memang rezeki Jep untuk menang. Tahniah untuk Jep, Shuib dan Fans Sepahtu. Bagi aku pula, aku memang suka dengan Jep, sape yang x suka dengan Jep ni kan dah la kelakar semua hihihi tapi undian dan sokongan aku hanya untuk JOHAN/JOZAN. 
Sedih juga JOHAN tak menang sebab berdasarkan perfomance di Final memang nampak JOHAN Lebih menyerlah dari Jep. Jep pula nampak sedikit gugup dan serba tak kena mungkin dia agak terkejut tengok undian dan sokongan penonton padanya. Tapi sepanjang Jep di Super Spontan, memang tak dinafikan Jep memang sangat kelakar. Syabas juga untuk Fans JOHAN/JOZAN kerana tidak pernah putus asa dan terus menghantar undian sehingga dapat mengejar rapat undian Jep yang sebelumnya sangat tinggi. Sedikit demi sedikit fans dapat merapatkan jarak undian antara Johan dan Jep. Namun rezeki lebih memihak pada Jep.
Lagi satu cara pengumuman Juara juga x gempaq dan sweet macam musim lalu sebab kali ni agak straight to the point maybe dah over run kot. Musim 1st lebih epik dengan aksi JOZAN. Kali ni agak biase jer n Jep juga x sempat bagi ucapan masa Lepas pgumuman juara tu, mungkin masa dah x cukup.
Disamping itu, Zizan juga tak dapat datang ke final Super Spontan sebab komitmennyer dengan AF2013. Apapun berlaku gak sedikit kekecohan di instagram Zizan mengenai isu Johan dan Super Spontan ni. Tapi tu semua benda dah lepas, pada fans JOZAN jangan gaduh2 dah k, kita semua kena bersatu. JOZAN tetap JOZAN dan mereka tetap sweet.
klik 2x untuk besarkan dan baca...

Johan juga berterima kasih pada semua yang sudi mengundinyer. Dia cakap die happy jer dan pesan jgn sedih2 pada semua peminatnya..(boleh tgk kat instagram aku). Tak lama pastu JOHAN ada upload video rakaman perbualan telefon antara dirinya dengan Zizan di Instagram. Kat situ dpt dengar dengan jelas Zizan pesan kpd JTF jgn sedih2 sebab Johan tetap menang dihati Zizan dan Zizan siap ckp i love you kat Johan pastu suruh Johan jawab balik n Johan jawab ko x kiss aku pun! terus Zizan ckp Muah Muah Muah dlm tepon sampai semua org ketawa. Sweet dengar..x caya gi tengok kat instagram JOHAN.
Apapun tahniah Jep, MLM2013 ni pun peluang cerah untuk Sepah Tu menang. MLM 2013 semua kump ada, JOZAN jer xde lgipun JOZAN dh menang kann..rindu dgn JOZAN. Bilalah nk tgk JOZAN Sama2 lagi.
Read More »

17 Okt 2013

JOZAN Melepas Rindu Di Instagram


Assalammualaikum..
Sejak dua tiga hari ni memang kecoh pasal mesej JOZAN yang sweet di Instagram ni. Seperti yang semua sedia maklum Johan, Zizan memang sangat sibuk dengan kerja masing2 jadi memang jarang berjumpa tambahan lagi mereka juga tidak terlibat dalam apa2 program di tv secara bersama-sama. Namun begitu diorang ni ibarat jauh dimata dekat dihati gitu, sweet sentiasa. Peminat memang sangat merindui JOZAN dan rasanya JOZAN pun pasti tahu betapa ramainya yang rindu nak tengok diorang together-gather kan. Selain peminat, diorang sendiri juga saling merindui antara satu sama lain, Buktinya Johan/Ozlyn ada memberi komen di Instagram Zizan dengan menyeru nama Zizan. Sebelum diikuti dengan pengakuan Johan merindui Zizan dalam beberapa kali so sweet. 

Zizan juga reply kembali komen Johan tu, cuma die reply agak lambat sikit, mungkin sebab die agak busy masa tu. Masing2 saling mengatakan diorang saling merindui antara satu sama lain. Sweet giler diorang ni siap rindu-rinduan gitu. Teringin nak tengok Zizan buat suprise di Super Spontan, tetiba die muncul di Super Spontan mesti ada jejak kasih JOZAN kat situ kan. Jom bayangkan ramai2 hehehe..Aku perasan juga masa Zizan jadi Hos kat AF, tak kisahlah masa konsert ker, masa TGI AF ker, Zizan mesti ada mention nama JoHaN or JOZAN kat situ. Hope diorang akan bergandingan lagi dalam apa2 program selepas ini..

Jom Tengok Apa yang diorang borakkan dibawah ini..
Klik 2x untuk besarkan gambar dan untuk lihat lebih jelas..
Read More »

6 Okt 2013

JOZAN Sahabat Selamanya

Klik 2 kali untuk besarkan artikel diatas..

Assalammualaikum..
Kalau tak silap artikel ni keluar kat paper Metro semalam..tak habis2 pasal isu JoZan ada masalah tu..cer korang baca statement Zizan kat atas ni. Zizan menjawab dengan baik soalan wartawan diatas..Seriously sejak dulu lagi memang dah selalu keluar pasal isu ni and JoZan tetap sweet n saling support each other. Dalam ramai2 artis kat Malaysia xde sape leh lawan persahabatan JOZAN yang sentiasa sweet ni. Diorang cuma busy jer sekarang ni. Memang ramai merindukan JOZAN ni. Tak kurang jugak yang tweet kat Nizam Sani suh gandingkan JOZAN lagi hehe. Johan dan Zizan ni walaupun dah lama x berjumpa tapi dalam hati diorang tetap ada JoZan. Apapun akan tetap menanti JOZAN bergandingan semula. ^_^

JOZAN Dari Dulu sampai sekarang tetap Sahabat Selamanya 2007-2013 and forever



P/s- Gambar Artikel credit to Facebook & Ira Jozannerz
Read More »

4 Okt 2013

Keywords Nuffnang About JOZAN

Assalammualaikum..
Terkejut plak tgk kat keywords tu ada yg cari pasal Johan & Zizan gaduh lak hehe.
Ni mesti pasal artikel akhbar hari ni yang ada cakap pasal ni. Tajuk artikel tu Zizan menafikan bermasam muka dengan Johan. Diorang kan busy dengan komitmen masing2 n jarang digandingkan di tv sebab tu timbul isu ini. Sedangkan JOZAN tu sangat laa sweet n saling menyokong antara satu sama lain. Tak mungkin diorang leh gaduh2 ni. Dalam artikel tu, Zizan ada cakap yang die akan sentiasa mencari masa untuk jumpa Johan kalau die datang ke Astro n untuk mempromosikan apa2 di radio. Insyaallah dimasa akan datang JOZAN akan bergandingan semula. Ramai peminat yang dah merindukan JOZAN. Cuma sekarang ni dua2 sangat sibuk dengan kerja masing2 jer.
Read More »

25 Sep 2013

JTF, ZTF & JOZAN FC

Assalammualaikum..
Hari ni nak promote everything yg berkaitan dgn JOZAN hehe. Lagipun sebelum ni dah berjanji nak tolong promote..maka janji harus ditepati hihi. Untuk lebih adil maka aku akan promote kesemuanya yang berkaitan dgn Johan, Zizan & JoZan. Start with JOZAN..
Blog-> JOZAN FC
Twitter JoHaN-> @JohERAJohERA..
Twitter Ozlyn-> @ozlynn_johan..
info/link ttg Johan Twitter Family (JTF) Boleh tengok dlm gambar dibawah ini.
Instagram Baru Zizan-> http://instagram.com/zizan869razak
Twitter Zizan-> @zizanrajalawak..
Info/link2 lain tentang Zizan's Twitter Family (ZTF) Boleh tengok dalam gambar dibawah ni..
Suka dengan JOZAN ni, walaupun diorang ada peminat dan group masing2 tapi JOZAN sgt sweet dan sentiasa support antara satu sama lain..misalnya baru2 ni Zizan buat kejutan dengan follow twitter JTF so sweet..walaupun sekarang ni diorang buzy dgn urusan kerja masing2, akan datang pasti ada program yg akan gabungkan JoZan kembali cuma cepat atau lambat jer. Lagipun ramai yg komplen rindu nak tengok JOZAN kan..
Rasanya last JoZan jumpa masa Zizan datang kat radio Era dulu untuk promosi AF2013 tu kot..apapun Good Luck to Zizan &Johan. Follow2 laa link2 diatas ni..jangan bimbang semua link2 yg diberikan diatas adalah account original Johan, Zizan & group diorang, bukan fake okey. Follow jer tanpa ragu & was was hehe.

Credit to owner2 gambar2 diatas yer..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017