-->
Memaparkan catatan dengan label GoSiP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GoSiP. Papar semua catatan

7 Mac 2014

Biodata & Kontroversi Hanez Suraya

Nama penuh : Hanez Suraya Abd Aziz 
Tarikh Lahir: 22 Ogos 1985
Tempat Lahir: Subang, Selangor
Adik Beradik: Anak Sulung daripada tiga beradik 
Kerjaya: Pelakon dan model sepenuh masa
Drama: Ezora, Love You Mr Arrogant (TV3), 3 Janji , Suri (TV3),  Autumn Di Hatiku, Sedetik Cinta, Dalam Hati Ada Taman (DHAT), Bimbo, Hidayah Cintaku dll.
Filem: Bicara Hati
Duta: Aura White 
Bekas Kekasih: Awi Rafael

Rasanya semua pun tahu pasal kisah kontroversi Hanez Suraya yang tengah hangat diperkatakan sekarang iaitu mengenai kes Hanez yang dikatakan merampas suami orang. Sehingga wujud Page2 khas di FB yang mengutuk dirinya. Rasanya Hanez juga telah private instagramnya. Aku tak nak komen apa2 kat sini, kita tunggu dan lihat jelaa apa yang jadi nanti kan. Adakah Hanez akan kahwin dgn kekasihnya itu? 
Read More »

16 Feb 2014

Jep Sepahtu Perang Dingin Dengan Shahrol Shiro


Statement Shahrol

Statement Jep
Assalammualaikum..
Sape2 yang dah baca akhbar Harian Metro pasti tahu pasal isu gaduh/perang dingin antara 2 pelawak popular ini iaitu Jep Sepahtu dan Shahrol Shiro. Sebelum ini diorang memang rapat tapi ketika minggu2 terakhir MLM2013 dah start dengar pasal gosip kumpulan diorang yang bergaduh tapi masing2 menafikan. Ketika di Final MLM2013 waktu penyampaian hadiah dan semua peserta diatas pentas, memang nampaklahlah gaya Jep dan Shahrol yg seakan-akan cuba mengelak dari bertembung atau bersalam. Masa Sidang Media lepas Final MLM tu pun Jep dan Shahrol duduk bukan main jauh lagi, sorang utara, sorang kt selatan. Tak lama pastu para peminat dikejutkan pula dengan kes Jep unfollow Shahrol dari Instagram. Segala yang berlaku mengundang tanda tanya.
Akhirnya Shahrol telah memberitahu wartawan apa yang terjadi dan perasaannya. Kemudian Jep pula membuat kenyataan balas dan mengatakan tidak ada apa2 yg berlaku. Rasanya pasni mungkin Team Melodi ker Propaganza or Galaksi akan mencari diorang untuk mendapatkan statement di tv pula nanti. Apapun hope diorang akan berbaik-baiklah hendaknyer, sebab dalam dunia hiburan ni pusing-pusing diorang akan jumpa balik semula so buang yg keruh ambil yg jernih. Peace2 

P/s-Layan tengok Skool Of Lawak sbb nak tengok Johan dan Jep jadi hos, tapi peserta kurang best sgt maybe sbb baru minggu pertama. Apapun suka dgn juri2 nyer sbb masing2 profesional dan memberi komen ikhlas gitu kan berbanding juri2 MLM tu.
Read More »

2 Jan 2014

10 Personaliti/Perkara Paling Berpengaruh Dalam Dunia Hiburan 2013


Pencapaian karier muzik Yuna pada tahun 2013 di persada seni antarabangsa dianggap paling membanggakan. Di awal tahun 2013, beliau telah dilamar syarikat antarabangsa, Verve Music Group yang dipengerusikan komposer popular, David Foster. Album baru Yuna, Nocturnal telah dilancarkan Oktober lalu di bawah label Verve Music Group.
Seterusnya Yuna turut berganding bahu bersama artis Amerika Syarikat, Owl City membawa lagu Shine Your Way. Lagu tersebut merupakan soundtrack untuk filem The Croods yang turut dinyanyikan semula oleh peserta-peserta American Idol 2013. Satu lagi catatan manis yang telah dilakar apabila Yuna dan Owl City muncul dalam rancangan Tonight Show With Jay Leno dengan membawakan lagu Shine Your Way.

Yuna seterusnya membuatkan peminatnya di Malaysia bangga apabila muncul sekali lagi dalam rancangan Conan O’Brien dalam rangka promosi album barunya. Belum habis tentang itu, Yuna dikatakan bakal muncul tahun hadapan di program Jimmy KimmelLive pada Januari 2014. Hebat di persada antarabangsa dan di tanah air sendiri, lagunya –Lelaki baru sahaja memenangi kategori utama Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke 20 baru-baru ini.
Selain itu kejayaan lagu ‘Terukir Di Bintang di Anugerah Juara Lagu ke 27 dan konsertnya yang julung kalinya diadakan di Istana Budaya turut disebut ramai. Pendek kata tahun 2013 menjadi tahun yang baik untuk gadis bernama Yunalis Zarai. Semoga terus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan Razak sememangnya layak diangkat sebagai ikon lawak tahun ini. Gandingan dua pelawak terus mendaki tangga populariti tahun demi tahun.
Keserasian mereka dilihat bermula apabila digandingkan sebagai pengacara rancangan Raja Lawak musim kedua sehingga kini. Kemudian menerusi pertandingan Maharaja Lawak mereka bergabung membentuk kumpulan Jozan. Jozan kemudian meniti kejayaan paling besar apabila dinobatkan sebagai juara di pertandingan  Maharaja Lawak Mega 2012, yang turut dibarisi nama-nama besar dalam arena komedi tanah air.
Semangat setiakawan dan silaturahim yang sangat kuat di antara Johan dan Zizan adalah antara sebab mengapa gabungan duo ini selalu menjadi pilihan peminat. Sebagai bukti, mereka mendapat undian tertinggi peminat untuk memenangi ‘Best On Screen Chemistry Award’ di Shout! Award.
Antara yang paling menarik untuk pencapaian karier Siti tahun ini juga adalah peluang berduet bersama penyanyi tersohor dunia, Babyface pada majlis amal sempena Grand Prix Formula One 2013. Seterusnya, menginjak ke pertengahan tahun Siti mengadakan konsert solo diiringi lebih 80 pemuzik bertaraf antarabangsa himpunan MPO di bawah pimpinan Kevin Field. Selang dua bulan, Siti melunaskan impiannya mengadakan Konsert Lentera Timur  iaitu konsert tradisional sepenuhnya di Istana Budaya (IB). Jualan tiket di IB pecah rekod, ini membuktikan kewibawaannya sebagai penyanyi yang bukan sekadar mengalunkan lagu, tetapi penghibur sejati.

Bukan itu sahaja, untuk tahun 2013,Siti berjaya menerima dua anugerah iaitu Lagu Serantau Paling Popular  dan Duo/Kumpulan Terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM) 2013 untuk lagu ‘Muara Hati’ duetnya bersama Hafiz AF. Siti Nurhaliza juga diantara tiga nama besar menggalas tugas sebagai ‘inspirer’ untuk Akademi Fantasia musim ke 20 di samping Faizal Tahir dan Melly Goeslaw. Siti turut terpilih untuk mewakili negara dalam konsert berprestij, Festival Muzik Asean di Jepun. Tahun ini juga Siti dan produknya, Simplicity dilihat banyak membuat kerja-kerja amal membantu mereka yang tidak bernasib baik dibawah Kempen Simplicity. Siti dilihat turut membantu dan mengumpul dana untuk pesakit jantung serta yang terbaru, beliau turun padang menghulurkan bantuan untuk mangsa banjir di Pahang.
Untuk tiga tahun berturut-turut, Hafiz mengungguli kategori Vokal Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu (AJL).
Hafiz memulakan tahun 2013 dengan memenangi anugerah vokal terbaik untuk AJL 27 menerusi lagu ‘Ku Akui’ ciptaan Ajai. Satu pencapaian yang baik untuk pendatang muda sepertinya di dalam industri seni.
Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz bin Mohd Suip, 23 turut melancarkan album keduanya ‘Luahan Hati Anak Seni’ pada tahun ini. Single dari album tersebut - Bahagiamu Deritaku menjadi kegemaran dan siulan peminat. Hafiz juga meraih gelaran Artis Serantau Paling Popular menewaskan nama-nama besar lain dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2013. Hafiz berkongsi trofi dengan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza untuk kategori Lagu Serantau Paling Popular dan Duo/Berkumpulan Terbaik untuk lagu Muara Hati dalam acara yang sama.

Artis kelahiran Astro ini juga turut mendominasi anugerah Shout! Awards apabila beliau membawa pulang dua anugerah, Popstar Award dan Power Vocal Award. Vokal Hafiz terbukti sukar ditandingi apabila memenangi Album terbaik menerusi album Luahan Hati Anak Seni dan kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) di Anugerah Industri Muzik yang ke 20. Terbaru lagunya Bahagiamu Deritaku tersenarai di antara 12 lagu yang akan bertarung di Anugerah Juara Lagu Ke 28 (AJL28) tahun 2014.

Mungkin tahun 2013 adalah tahun yang baik untuk Nora Danish, selain bertemu cinta hatinya, kariernya juga dilihat semakin berkembang. Tahun 2013 juga melihat kemunculan paling banyak Nora di layar perak sebagai pelakon utama, antaranya adalah Lagenda Budak Hostel, Mencari Cinta, Dua Kalimah, Bencinta dan Suami aku Ustaz.
Mutu lakonan Nora juga nampak peningkatan berbanding seawal kemunculannya di industri seni. Di media sosial, pengaruh ibu beranak satu ini juga terbukti apabila video gerakan Gwiyomi yang dirakam beliau di YouTube menjadi video nombor lima paling trending pada 2013. Nora juga antara celebriti yang paling banyak pengikut di Instagram selain turut diangkat menjadi duta produk antarabangsa Uniqlo. Nora juga menjadi juri untuk pertandingan MLM2013.
Selain dari kejayaan demi kejayaan yang diperolehinya, tahun ini juga Shila tidak dapat lari dari gosip cinta yang melanda dirinya. Seperti semua sedia maklum, percintaan Shila dengan pelakon Sharnaaz Ahmad terputus di tengah jalan. Namun begitu, kecemerlangan Shila dalam kerjayanya cukup membanggakan peminat-peminatnya.
Tahun lepas dia popular dengan lagu Patah Seribu, tahun ini sekali lagi Shila menyajikan lagu meletup – Masih Aku Cinta. Pada masa yang sama,  Warner Music Malaysia secara rasmi mengumumkan kerjasama dengan Shila Amzah Entertainment Berhad yang beroperasi di Malaysia dan di Shanghai, China.

Nama Shila juga popular di Shanghai setelah dia berjaya memenangi pertandingan rancangan realiti nyanyian Asian Wave 2012Selain pengiktirafan ini, Shila turut dicalonkan dalam tiga kategori dalam World Music Awards 2012/2013 - World's Best Female Artist, World's Best Entertainer of the Year 2013 dan World's Best LIVE Act 2013. Shila juga dianugerahkan Anugerah Kembara pada Anugerah Industri Muzik ke 20 tahun ini.
Filem KIL,  filem yang menampilkan teknik sinematografi hebat serta jalan cerita yang mengenepikan klise filem Malaysia bukanlah filem pilihan rakyat Malaysia ketika mula ditayangkan pada awal Februari tahun ini. Biarpun gagal menang dari segi kutipan tiket, filem arahan Nik Amir Mustapha itu berjaya memenangi banyak anugerah sebagai menghargai kualiti yang ditampilkan pengarahnyaMenerima empat anugerah daripada tujuh pencalonan asal termasuklah Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2013 membuktikan filem KIL bukan filem biasa.

Filem ini juga berjaya memenangi kategori ‘Breakthrough Local Feature Award’ di Anugerah Shout Award. KIL yang merujuk kepada singkatan Akil atau kill, mengisahkan seorang pemuda bernama Akil (lakonan Redza Minhat) menghadapi kemurungan serta cenderung untuk membunuh diri. Akil kemudiannya mula jatuh cinta pada seorang gadis yang baru ditemuinya, Zara (lakonan Cristina Suzanne) dan mula ragu-ragu tentang niat asalnya untuk membunuh diri.
Projek Ikal Mayang merupakan antologi 15 filem pendek arahan pengarah dari pelbagai latar belakang. Projek besar ini dibuat sempena Hari Wanita Antarabangsa 2013 yang diraikan pada 8 Mac, namun hanya 10 daripada 15 filem tersebut yang diterima untuk disiarkan sebagai tontonan umum menerusi saluran televisyen. Projek ini merupakan projek yang paling disebut-sebut tahun ini terutamanya di media sosial kerana ianya di hasilkan oleh 15 pengarah yang tidak kurang hebatnya. Barisan sutradara ini antaranya pelakon terkenal tanahair seperti Datin Sofia Jane, Nanu Baharudin, Sharifah Amani, Fauziah Nawi, Mislina Mustaffa, Vanidah Imran, Dira Abu Zahar, Susan Lankester, Melissa Saila dan Ida NerinaPerjalanan Ikal Mayang bermula apabila seramai 800 orang bersama-sama meraikan Hari Wanita Sedunia 2013 dengan menghadiri tayangan Ikal Mayang. Himpunan filem pendek yang menampilkan kisah wanita Malaysia ini juga telah ditayangkan ke layar antarabangsa di Festival Filem Antarabangsa Busan yang ke-18 (BIFF 2013).
Rasanya tahun 2013 nama Nabila Huda paling disebut-sebut apabila dia dilihat mula bersifat terbuka dan tidak lagi merahsiakan aktivitinya di mata peminat. Nabila sememangnya tidak kisah dianggap liar atau dimarahi peminat apabila mula memuatnaik gambar-gambar percutiannya di media sosial dengan pakaian yang agak seksi.
Namun Nabila merasakan sudah tiba masanya dia mahu menjadi diri sendiri dan tidak lagi berselindung di hadapan peminat. Disebalik kontroversi yang melanda, Nabila masih disokong peminat setianya apabila sering tampil dengan mutu lakonan yang semakin baikBakatnya tidak perlu dipandang enteng dek kerana keberaniannya di media sosial. Nabila turut memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012. Tahun ini juga kebanyakkan drama lakonan Nabila menjadi antara yang paling banyak di tonton. Antaranya adalah Jodoh Itu Milik Kita, Teduhan Kasih dan Sangkar.
Tahun ini nama Sharifah Amani atau dikenali sebagai Nani lebih menyerlah setelah satu masa dahulu pernah popular dengan filem Sepet. Tahun ini selain berlakon filem, Nani menjadi salah seorang pengarah yang berkolaborasi menghasilkan filem pendek dalam projek Ikal Mayang. Selain itu, Nani turut membintangi beberapa filem seperti Psiko: Pencuri Hati, Kolumpo dan Jalan PintasNani turut menjadi salah seorang juri tetap untuk rancangan realiti Akademi Fantasia musim ke 10Turut terlibat dalam teater, Nani mencuba nasib berlakon di bawah arahan Nam Ron dalam teater 'Laut Lebih Indah Dari Bulan'.

Read More »

7 Dis 2013

Masih Aku Cinta- Shila Amzah


Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Caramu memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada


Jauh di dalam sanubari ku

Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku, kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta


Takkan pernah ada penggantimu
Yang mempertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku



Best gak lagu ni, video klip die pun best, ada Johan Asaari gitu..tarikh video muzik ni release pun mcam ngam2 dengan kontroversi yg melanda Shila, Johan dan Lana tu. Jalan cerita muzik video ni pun mcm kena sangat huhu. Pendek kata mmg layan laguuu ni..
Read More »

13 Okt 2013

Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Akhirnya Mengaku Sudah Bernikah

Assalammualaikum..
Gosip tentang Aeril dan Wawa memang sedang hangat diperkatakan. Jumaat yang lalu, satu sidang akhbar telah diadakan oleh Aeril dan Wawa, turut hadir bersama mereka adalah ayah mereka masing2. Akhirnya kedua-dua mereka telah mengaku bernikah dan mempunyai seorang anak lelaki.. Baca artikel dibawah.

 Garang kot David Teoh tu sampai Wawa takut kena marah dan sorok perkahwinan die, sebab kalau salah haribulan boleh kena saman. Emm baguslah diorang dah mengaku bernikah. Semoga berbahagia.
Sumber..
Read More »

6 Okt 2013

JOZAN Sahabat Selamanya

Klik 2 kali untuk besarkan artikel diatas..

Assalammualaikum..
Kalau tak silap artikel ni keluar kat paper Metro semalam..tak habis2 pasal isu JoZan ada masalah tu..cer korang baca statement Zizan kat atas ni. Zizan menjawab dengan baik soalan wartawan diatas..Seriously sejak dulu lagi memang dah selalu keluar pasal isu ni and JoZan tetap sweet n saling support each other. Dalam ramai2 artis kat Malaysia xde sape leh lawan persahabatan JOZAN yang sentiasa sweet ni. Diorang cuma busy jer sekarang ni. Memang ramai merindukan JOZAN ni. Tak kurang jugak yang tweet kat Nizam Sani suh gandingkan JOZAN lagi hehe. Johan dan Zizan ni walaupun dah lama x berjumpa tapi dalam hati diorang tetap ada JoZan. Apapun akan tetap menanti JOZAN bergandingan semula. ^_^

JOZAN Dari Dulu sampai sekarang tetap Sahabat Selamanya 2007-2013 and forever



P/s- Gambar Artikel credit to Facebook & Ira Jozannerz
Read More »

27 Feb 2013

WordLess WedNeday - Quote For ToDay

apa pendapat korang?setuju x dgn quote diatas?
Read More »

22 Jul 2012

Penghijrahan Abby Abadi mula dipersoal?


Assalammualaikum..
Sejak Akhir2 ini Twitter Abby Abadi makin panas dgn pelbagai komen positif dan negatif mengenai pendirian beliau..ada yg suka ada yang tidak..apapun jom kita baca artikel ini yg aku copy paste dari Yahoo->DisiNi ...
Kepada peminat tegar atau sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan status Abby Abadi di Twitter, pastinya sedia maklum bahawa selebriti ini kini sedang sibuk berdakwah dengan cara tersendiri.Meskipun baru-baru ini Dato' Ac Mizal mencabar aktres dan bekas penyanyi kumpulan wanita popular, Elite ini berdebat mengenai isu ISA & PDRM, Abby nampaknya tetap dengan pendirian, hijrah dan dunia baru agama dan politik beliau kini. Pada hari Selasa yang lepas Abby menerusi laman Twitter miliknya menulis bertanya pandangan tentang senario kini di mana ramai wanita tidak menutup aurat dan ia seakan menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat.
Abby dalam tulisannya (yang telah distruktur semula) berkata, "Kenapa ya ramai wanita yang rasa tidak menutup aurat pun tidak mengapa? Free-hair itu tidak berdosa? Ada yang boleh beritahu sebabnya kenapa? Kita kongsi, mahu tahu boleh?"Pandangan dan pertanyaan Abby itu rata-rata telah mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak tidak kurang juga yang menyokong Abby sehingga terciptanya hastag #teamabbyabadi
Antara komen pengguna Twitter berbunyi;
Harits Asyraf Karev @HaritsKarev
aku menyampah buat story abby abadi.. orang lain berhijrah jugak.. taklah mcm kau!!! sendiri persoal orang, sendiri jawab balik!!
Famous hina bro RT@ bashrafi: Femesnya Abby Abadi. Good for you la dah bertudung.
Aida Amyra Khapez @aidaamyra
Kenapa ngan dia ? RT@: Sy akui sy peminat abby abadi. Tetapi selpepas stalk twitter die hati rase lain.:/
feeqa?areen @feeqanadia
Mkin lame tgk abby abadi ni mkin annoyg.. Dduk diam jage anak2 sudah.. Sume org sbuk nk bpolitik skrg..
Rata-rata mereka yang kurang senang dengan pertanyaan Abby ini menyifatkan Abby masih belum layak mempersoal aurat orang lain kerana sejarah silamnya juga dahulu tidak menutup aurat.Kritikan dan pandangan pengguna Twitter tidak dibiarkan sunyi. Abby kemudiannya membalas komen tersebut dengan berkata, "Kenyataan saya pagi tadi tentang isu tidak bertudung bukan untuk menghakimi tetapi ingin berkongsi sebab ingin tahu apa alas an mereka. Macam saya dulu, saya ingat ia bukan masalah besar sebab ramai yang macam tu (tidak bertudung)."Sebagai wanita yang beragama Islam, selepas akil baligh memang tidak ada pilihan (itu yang saya kongsikan pagi tadi). Kenapa pandang negatif? Ingatlah kita di akhir zaman," balas Abby di laman Twitter miliknya yang sedari pagi hingga malam tidak surut dengan pandangan dan kritikan pengguna lain.
Sementara itu, portal hiburan Murai, turut memetik padangan orang ramai mengenai penghijrahan Abby yang dikatakan lebih berbaur politik daripada mendalami ilmu agama itu sendiri. Murai dalam laporannya berkata, "apakah penghijrahan awal tersebut, Abby Abadi sudah mampu mengkritis apa saja dengan sewenang-wenangnya sedangkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendalami serta mencari gali ilmu Tuhan?"
fuhh mmg panass..tapi semua ada pandangan masing2 kan..tertanya-tanya Dato A.C Mizal jadi ke berdebat ngan Abby tuh dengar kata Abby menerima cabaran Dato A.C Mizal utk berdebat tuh..tapi x tau la jadi ke tidak nak berdebatnyer..ingat lagi dulu2 masa D.A.C Mizal dan Abby sama2 berlakon dlm Gerak Khas dulu..cite polis gak bila dh gaduh pun bergaduh pasal isu polis juga...emmmm

P/s-tajuk dan isi entry ni bukan aku yg buat yer aku hanya copy paste dari yahoo sumber ada diatas..cuma ayat atas n bwh sekali je ayat aku..jgn salah paham lak yer..
Read More »

6 Jul 2012

Episod MasterChef yg PaLing Sweet ^_^

Assalammualaikum..
Sape kat sini layan Masterchef..hehehe
Aku suke tgk Masterchef nih..best jer..minggu depan adalah minggu terakhir..
Selebriti yg tinggal hanyalah 5 org sahaja..iaitu Dato Fazley.Soo Wincci,Angah Raja Lawak,Farouk Hussein dan Juliza Azlizan..penyingkiran yg paling sedih bagi aku bila ToMok kuar..haha..dia sebelum nih dah 6 kali masuk pusingan penyingkiran..tapi bernasib baik sentiasa terselamat.,tapi penyingkiran yg ke-7 die sudah terkeluar..sedih masa die tersingkir n masa die nak bagi ucapan tuh mmg die mcm nak menangis jer tapi tetap maintain xnak nangis..tapi tersekat-sekat ucapan die..suke tgk tomok dlm Masterchef sbb nanpak die mcm budak baik jer dalam tuh haha..ingat lagi masa den sekolah2 dulu mmg minat giler ngan tomok ni tapi skrg tidak lagi sbb minat den dah berpaling tadah haha den dh terminat ngan JOZAN plak hehehe ..kat Masterchef aku suke tengok dan aku sokong Dato Fazley..die nmpk sangat baik sangat cool sangat pandai masak dalam M.Chef tuh..byk kali die menang cabaran memasak dlm MasterChef tuh..
Dato Fazley nih mmg sweet giler sentiasa tolong dan bantu rakan2 lain dalam M.Chef tuh..susah nk nmpk die marah2 dlm M.Chef tuh..pendek kata Dato Fazley mmg terbaik laa..dan aku rasa die ada peluang besar utk menang dlm MasterChef tuh..selasa yg lalu Azwan Ali yg terkeluar..lega sikit die kuar hehehe..ada satu episod dalam Masterchef tuh yg aku rasa sangat best sgt2 bila ada dato Siti Nurhaliza jadi juri jemputan..episod tuh sweet glerrr..paling sweet bila tengok reaksi Dato Fazley bila ternampak Siti Nurhaliza dlm Master Chef..die terkejut gler kata ko..mcm nampak hantu jer..mmg berubah benar muka D.Fazley masa nih..suke tgk D.Fazley terkejut mcm tuh hahaha sweet jer..Korang semua tau kan dulu ada gosip yg D.Fazley dan D.Siti Nurhaliza bercinta..ni kira kisah dulu2 la..dikatakan D.Fazley pernah rapat ngan D.Siti semasa D.Fazley menguruskan Konsert Siti kat Royal Albert Hall kt London dulu..sampai makanan Kegemaran Siti pun Fazley tahu sbb tuh masa cabaran memasak tuh Dato Fazley memilih utk masak Karipap Sardin sbb die tahu tuh kegemaran Siti..n die tahu yg Siti juga suka makan pedas so sweet..dan Siti pun tahu yg Dato Fazley anak sulung dlm keluarganya..nampak dua2 org ni mcm spechless je hehe...

Ada beberapa kali Dato Fazley tergagap sikit bila bercakap ttg Siti antaranya " pertama kali saya pikir saya nak buat karipap sardin sebab saya tahu... ehemmm.. saya jangka dia suka karipap sardin.. hahaha... seterusnya die cakap "walau pon SAYA TAHU....errmm ehemmm...walau pon SAYA JANGKA dia suka pedas"...hahahaha die tersebut yg die tahu apa yg siti suka makan tapi bila tersedar yg die x patut cakap die tahu terus die tukar dri perkataan tahu kepada perkataan Jangka haha pastu die berdehem n senyum2 hehe sweet gler..die ada gak cakap mungkin Masterchef sengaja nk mengenakan die hahaha..so kat bawah ni aku sertakan videonyer sekali..korang leh tgk dari awal..tapi kalau korang nk tgk masa Siti Nurhaliza dh masuk..korang leh tengok video tuh bermula minit ke-20 dan ke atas..diorang buat karipap paling best..nampak Siti mcm releks jer bila cakap ngan Fazley hehe..cuma Fazley yg nmpk sikit spechless tuh..n last sekali Siti pilih Fazley jadi Juara untuk sajian Karipap..teringat pula masa kat Konsert AF masa Aznil dok mengusik Dato Fazley ngan Siti Nurhaliza..tapi diorang x de jodoh kan..masing2 dh ada keluarga sendiri skrg...

Mcm2gosip pernah keluar masa dulu tapi tak tahu la betul ke x..sebab benda ni semua gosip jer..
ada gak yg cakap D.Fazley pernah rapat ngan Siti tapi x sampai tahap bercinta pun..tapi xpela..ni semua kisah dulu kan..xpayah kenang balik..masing2 dah bahagia sekarang dgn keluarga sendiri..
apa pun harap diorang bahagia..dan semoga Dato Fazley menang Masterchef..
aku selalu post link entry kat twitter tapikan entry ni dahla aku dok cite pasal Dato Fazley n kat Twitter plak Dato Fazley follow aku..haha masak la aku lau die baca hehe..Dato Fazley jangan marah ye gurau2 je ni hehe..dato Fazley kan sporting ^_^ hehehe Okeylaa meh tengok video Masterchef yg paling sweet kt bawah nih..




Read More »

15 Jun 2012

Twitter penyebab Remy Ishak & Tiz Zaqyah Berpisah??

Assalammualaikum...
Peminat2 drama/filem Nur Kasih pastinya mengenali Remy Ishak dan Tiz Zaqyah..mereka kini merupakan pasangan kekasih yg hangat bercinta..namun begitu dilaporkan bahawa Remy Ishak dimasukkan ke Hospital kerana dikatakan beliau demam kuat..Semasa di hospital Remy sempat mengupdate status di Twitter dan mengadu kepada semua mengenai perangai Tiz Zaqyah..Remy Ishak yg sedang sakit pastinya mahukan kata2 semangat dari Tiz Zaqyah namun dikatakan Tiz melayannya bagaikan sampah,dan disebabkan x puas hati Remy ishak telah update status twitter nya mengenai Tiz Zaqyah. Lebih buruk Tiz turut membaca status twitter Remy dan pastinya Tiz berasa marah dgn kenyataan Remy itu lalu Tiz mengucap Good Bye kpd Remy..apakah Good Bye itu menandakan Tiz mahu berpisah dengan REMY??sila baca status twitter remy ishak dibawah ini..
Jadi adakah mereka dh berpisah or gaduh2 manja jer...rasanya benda nih kecik jer..boleh settle kalau salah satu pihak mengalah kan...apapun x lama lagi mesti ada wartawan yg akan temuramah diorang ni..kita tggu jer..wait n see....



Read More »

12 Jun 2012

JOZAN akaN Bersaing keMBaLi DLM MahaRaja LaWak MeGa 2(2012)??


Assalammualaikum..
ApA Khabar semua?korang teruja x bila baca tajuk kat atas tuh haha...
x pasti juga tapi Aku ada terbaca kat Facebook di Status Juara Raja Lawak Musim ke-4 iaitu salah seorang ahli kumpulan Kechik yg memberitahu bahawa Maharaja Lawak Mega 2 (2012) akan start pada September ni..yg menyaksikan Kesemua Finalis Maharaja Lawak seperti Sepah,JoZaN,NabiL,Jambu dan JuGa Finalis MahaRaja Lawak MeGa seperti Osbon,BoBoi,SaeHu dan Syok akan Berentap/bersaing kembali dalam Maharaja Lawak Mega 2012..disamping itu pihak Astro juga mewujudkan 5 Hot Seats untuk direbut oleh peserta2 yg bukan finalis iaitu peserta2 ML dan MLM yg telah tersingkir awal..disamping itu Hot Seats ini juga turut terbuka kepada KEsemua bekas peserta2 Raja Lawak dari Musim pertama hingga ke-6..Ini bermakna JoZaN dan Finalis Lain mmg dh layak secara automatik ke MLM 2012 cuma kepada yg bukan finalis mereka terpaksa berebut untuk mendapatkan 5 tempat yg melayakkan mereka beraksi di MLM 2012

Perserta2 yg bukan finalis terpaksa membuat 1 video yg menampilkan sketsa2 mereka yg berdurasi selama 4 minit..dan Astro akan memaparkan video2 mereka ni dlm 1 laman web khas..jadi peminat2 boleh mengundi video2 yg diorang suka..5 video peserta  yg paling mendapat undian tertinggi akan melayakkan mereka beraksi bersama JoZaN dan finalis lain di MLM 2012...Ini bermakna ada 13 peserta yg akan bertanding dlm MLM 2012..kalau x caya sila tengok status FB Kumpuan Kechik kat bawah ni..korang leh klik untuk besarkannya..


Ini bermakna ada JOZAN lah kan hehe yesssss...haha harap sgt JOZAN bertanding kembali..tambah2 diorang kan artis Astro jadi mmg wajib la diorang kena bertanding juga kan..cuma kalau tengok peserta2 yg bertanding..memang kali ni lebih sengit kot dari dulu..rasanya JOZAN mesti akan buat yg the bestnyer yela x kan nak kalah kali kedua kan...gerenti meletup la Maharaja Lawak Mega 2012 tuh..cuma aku konpius sikit sebelum ni dok dengar cerita pasal Maharaja Lawak Mania..tup2 dah jadi Maharaja Lawak Mega 2 plak dh..sudah tukar ek?x kisahla nama bertukar ke apa ke janji ada JOZAN betul x???
P/s-"Fanclub JOZAN juga dikhabarkan menjadi kelab peminat nombor 1 di Malaysia"..!!hehehe...dasyat x??
Read More »

28 Mei 2012

AiShWaRya Rai yg DuLuNya JeLita KiNi CoMeL ^_^

Assalammualaikum....
Rasanya satu dunia tahu yg Aishawarya Rai ni memang cantik orgnya..kalau x cantik x menanglah Miss WoRLd tuh kan..n rasanya satu dunia tahu yg Aishwarya Rai baru sahaja melahirkan anaknya yg pertama..dan biasalah perempuan baru lepas bersalin mmg la bentuk badannya x serupa asal lagi kan..ianya perlukan masa untuk kembali ke normal..namun satu dunia dh kecoh bila melihat berat badan AisH ni naik dgn mendadak..Aishwarya sekarang dh jadi Chubby/tembam/berisi x slim mcm dulu2..banyak komen negatif dari peminatnya dan juga para wartawan yg mahukan Aish cepat2 menurunkan berat badannya..dengan melakukan diet yg ketat...Aku suka ngan Aish ni dari dulu lagi..aku suka tengok die berlakon dengan Shah Rukh Khan dalam filem Mohabbatein dan Devdas..sangat sepadan dgn SRK hehe..berbalik pada isu berat badan Aish yg hangat diperkatakan ramai,Aishwarya Rai sedar dengan komen2 negatif yg diterimanya namun dia tidak mempedulikan segala kritikan sebaliknya menumpukan perhatiannya untuk membesarkan anaknya yg masih kecil..

Aku suka dgn sikap Aishwarya Rai ni dia tahu apa yg dia mahu..n die x cepat melatah..die releks jer cool n slumber...walaupun die dh berisi tapi die tidak mahu terlalu cepat menurunkan berat badannya melalui diet yg ketat..die dgn slumber je datang ke majlis Anugerah walaupun tahu die akan dikritik pasal berat badannya tapi dia x malu langsung sangat releks..terbaiklah..kalau sesetengah selebriti tuh..selagi x kurus selagi tuh la x keluar rumah hehehe..Aish mmg sentiasa ikut suka hati die..haha n die x heran apa org cakap pasal die..baginya anaknya adalah keutamaannya kini.. terbaiklah ^_^
Aishwarya Rai DuLu2
___________________________________________
                                                      AishwaRya Rai KiNi

P/s-Aish dh berisi pun tetap comel n sweet...hehehe...
wokey...korang2 semua jom join teka teki saya...baru 4 org join..n jawapan diorang semuanya terbaik..jangan lupa join k..senang je bantai je jawapnnya...k..sape join teka teki ni mmg akan jdi blogger yg i sayang laa..muahahaha
nak join teka teki tu klik sini k->
http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2012/05/jom-jawab-teka-teki-ini.html
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017