-->
Memaparkan catatan dengan label seteMpat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seteMpat. Papar semua catatan

29 Mac 2017

Penang VS Seberang VS Pulau Pinang?

Penang VS Seberang VS Pulau Pinang?, Perbezaan Penang Butterworth Pulau Pinang,
Penang VS Seberang VS Pulau Pinang?

Assalammualaikum
Kalau rujuk gambar diatas itu, diorang menerangkan perbezaan panggilan antara Penang, Pulau Pinang dan juga Butterworth. Memang betul pun, kalau kita sebut Pulau Pinang, bermakna ianya bermaksud seluruh negeri iaitu belah pulau dan juga Butterworth. Walaubagaimanapun ikut orang jugalah, kadangkala ada yang sebut Penang yang merujuk belah Pulau, atau pun ada yang panggil Belah Pulau je, ada juga yang panggil Tanjung. Manakala Butterworth pula, kita tak sebut Penang tapi Seberang, atau pun Seberang Prai or Butterworth. Kadang - kadang orang dari negeri lain memang agak konfius pasal benda ni. Lepas ini bila datang Pulau Pinang, korang dah boleh beza antara Belah Pulau dan juga Seberang ye hehe.
Read More »

8 Mac 2017

Tips Menghadapi Minggu Study Week

Persediaan Menghadapi Minggu Study Week Sebelum Peperiksaan (Exam) di Universiti
Tips Menghadapi Minggu Study Week (Sebelum Exam)

Assalammualaikum..
Minggu Study Week bagi pelajar Universiti sememangnya bukan masa untuk bersantai – santai tetapi sebaliknya adalah masa untuk study di saat – saat akhir hehehe. Di sini aku aakan kongsikan cara aku menghadapi minggu study week dan mungkin juga tip – tips yang aku kongsikan disini berguna buat pelajar lain. Apapun setiap orang ada cara dan gayanya yang tersendiri ketika belajar. Betul tak? Hehe

1)    Bawa Bertenang dan Selesaikan Perkara Yang Perlu
Sesetengah pelajar akan jadi panik dan kelam kabut sebab ada banyak benda belum disiapkan contohnya Assignment tak siap lagi, Assignment tak hantar lagi, masa minggu study week baru kelam kabut nak siapkan semua. Nasihat aku pastikan semuanya telah diselesaikan dan beres. Kemudian korang boleh menumpukan sepenuh perhatian dan focus pada study saja di minggu study week ini dan tidak perlu memikirkan perkara lain.

2) Pastikan segala Nota Korang Lengkap dan telah bertukar – tukar Assignment korang dengan kawan – kawan yang lain sebab kebanyakan soalan peperiksaan memang berkisarkan tentang assignment yang korang buat juga. Tips ini sesuai untuk pelajar – pelajar yang mengambil jurusan Sastera / Sains Sosial atau lain -lain.

3) Luangkan sedikit masa untuk study group, maksud aku cuba luangkan masa untuk saling tolong menolong antara kawan2 contohnya suruh kawan korang tanya soalan pada korang dan korang pula bagi jawapan, begitulah sebaliknya, Cara ini mungkin berkesan bagi subjek yang perlu banyak menghafal. Tapi ada sesetengah pelajar yang lebih suka study sendiri sepanjang minggu study week itu.
Semoga berjaya dalam peperiksaan final universiti
4) Jaga Kesihatan
Ini sangat penting, kerana kita tidak mahu jatuh sakit ketika minggu peperiksaan, maka pastikan korang jaga kesihatan betul – betul. Kalau rasa sakit cepat2 jumpa doctor takut melarat. Aku juga ada pengalaman jatuh sakit ketika minggu peperiksaan dan kesannya aku tak dapat focus ketika menjawab soalan, dia suruh jawab enam soalan tapi aku jawab 5 soalan jer, kan dah effect markah serta pointer. Sedangkan kalau aku sihat dan focus pastinya aku boleh skor dengan baik subjek itu, dari boleh dapat A terus dapat B+ je. 

5) Tido Awal dan Bangun Awal ketika ada Peperiksaan
- Selalunya bila masuk minggu study week, tidur pun jadi tak menentu sebab kita kalau boleh 24 jam nak belajar je semata – mata hahaha. Jadi pastikan tidur cukup barulah keesokan harinya kita rasa segar dan semangat nak belajar. Sehari sebelum peperiksaan, korang kena pastikan tidur awal dan bangun awal sebab selalunya sehari sebelum peperiksaan memang ramai yang tak cukup tidur. Aku pun ada pengalaman tidur lewat sebab study dan esoknya ada peperiksaan kemudian bangun lewat pula dan last sekali tertinggal bas!! Datang ke stesen bas, semua orang dah takde, panik sekejap aku masa tu, takut tak sempat sampai pula ke dewan peperiksaan. Terus aku naik teksi, bila naik teksi, traffic jam pula, rasa takut, cuak, menyesal semua ada masa ni hahaha tapi nasib sempat sampai dan Alhamdulilah semuanya berjalan dengan baik.

6) Berdoa
- Ini persediaan untuk rohani korang, pastikan korang berdoa supaya dipermudahkan segalanya. Korang dah usaha dan berdoa last sekali tawakal. Insyaallah semua okey.
Read More »

4 Dis 2016

#MyTravelokaEscapade : Percutian Idamanku Di Pulau Langkawi

#MyTravelokaEscapade : Percutian Idaman Di Pulau Langkawi

Assalammualaikum..
Dalam dok fikir2 dan pilih tempat kat mana nak bercuti kalau Traveloka tunaikan impian aku ni, terdetik dihati nak pilih Langkawi. Yela nama je duduk Malaysia tapi belum berkesempatan menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi yang sememangnya terkenal sebagai tempat tumpuan pelancong dan juga tempat percutian yang menarik. So kalau Traveloka tunaikan impian aku ni memang shopping sakanlah nanti sambil - sambil bercuti gitu. Bagi yang belum tahu Traveloka ni apa, ataupun mungkin korang dah pernah dengar tentang Traveloka ni, cuma tak ambil tahu jer, so meh sini ramai2 aku terangkan pasal Traveloka ni. Traveloka ni adalah satu website online yang memudahkan pengguna membuat pesanan untuk tempahan hotel dan tiket penerbangan. So lepas ni korang dah tak perlu nak buat pesanan ataupun tempahan hotel dan tiket penerbangan secara berasingan dah. Memang sangat senang dan mudah, sebab kita boleh lakukan kedua-duanya sekali. So kalau korang nak bercuti lepas ni atau nak ke mana-mana saja, jangan lupa menggunakan perkhidmatan Traveloka ni okey sebab ianya murah dan korang juga dapat berjimat, disamping tiada caj tersembunyi dimana apa yang korang lihat adalah apa yang korang bayar. Antara manfaat menggunakan Traveloka adalah seperti Transaksi dalam talian yang selamat, hasil carian yang paling meluas, TravelokaQuik - tempahan cara terpantas, khidmat pelanggan 24/7 (hubungi pada bila - bila masa saja) dan banyak lagi. Jadi kalau korang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Traveloka ni bolehla ke sini ⏩⏩ http://www.traveloka.com.my/ dan juga menggunakan hashtag #MyTravelokaEscapade untuk memudahkan pencarian korang tu nanti.
Aku memilih Pulau Langkawi kerana kat situ ada banyak tempat - tempat menarik dan juga tempat bersejarah gitu. So sebagai bekas pelajar Jurusan Sejarah sememangnya Pulau Langkawi akan menjadi pilihan aku kerana di situ sangat banyak sejarahnya disamping mitos dan lagendanya yang tersendiri dan unik. Kalau tengok nama - nama tempat sekitar Langkawi tu pun unik - unik belaka kerana setiap nama tempat di sekitar Pulau Langkawi itu ada mitos dan kisahnya yang tersendiri. Kat bawah ni aku senaraikan sebab dan juga tempat - tempat menarik di Pulau Langkawi yang akan aku lawati sekiranya aku berpeluang untuk ke sana.

1) Pekan Kuah
Kat pekan Kuah ni lah terdapat Jeti, Feri, Dataran Lang dan yang paling best mestilah boleh shopping sebab ianya merupakan tempat membeli - belah bebas cukai dan bila dah bebas cukai mestilah barang - barang tu lebih murah dari biasa kan. Kat sini haruslah beli Coklat banyak - banyak kan hehe, Set Pinggan Mangkuk juga memang popular kat sini dan juga Minyak Gamat.
2) Pantai Cenang
Kalau bercuti kat Pulau Langkawi tu memang tak seronoklah kalau tak ke pantai yang cantik - cantik tu. Antara pantai yang terkenal dan sering dikunjungi ramai adalah pantai Cenang. So mestilah aku pun akan singgah kat pantai ni dan jalan - jalan kat tepi pantai gitu. Kat pantai Cenang ni gak terdapat banyak restoran dan Resort yang memudahkan pelancong untuk makan dan juga menginap. Selain pantainya yang terkenal, ada juga aktiviti water sport yang boleh dicuba gitu. Tapi rasanya aku tak berani lah kot nak cuba aktiviti water sport tu hehe, dapat jalan - jalan tepi pantai pun dah cukup bagi aku hehehe.
3) Island Hopping
Aku juga teringin nak melawat 3 pulau utama yang lain di Langkawi ni dengan menaiki Bot iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah. Bila dah sampai kat Pulau Dayang Bunting tu harus lah ke Tasik Dayang Bunting yang popular tu, bertambah menarik bila kita tahu mitos dan lagendanya yang tersendiri mengenai Tasik Dayang Bunting ni. 
4) Makam Mahsuri
Kat Pulau Langkawi ni memang tak sah kalau tak melawat Makam Mahsuri ni betul tak?. Lagipun dari sekolah lagi kita dah diajar tentang kisah lagenda Mahsuri ni, darah putih serta sumpahan Mahsuri. So mestilah aku tak kan lepaskan peluang untuk melihat sendiri Makam Mahsuri ni. Tambahan lagi aku memang penggemar cerita - cerita berkaitan sejarah ni semua.
5) Cable Car Langkawi
Teringin juga nak merasa naik kereta Kabel / Cable Car Langkawi ni, disamping dapat menikmati panorama dan pemandangan indah gitu. Sebelum ni asyik naik Cable Car Bukit Bendera yang ada kat Pulau Pinang ni jer, sekali sekala nak merasa gak naik Cable Car Langkawi pula.
6) SkyBridge
Pastu mestilah aku teringin nak berjalan - jalan kat SkyBridge ni yang merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan 2 puncak bukit yang mana kat sini akan memudahkan pengunjung untuk berjalan dan melihat pemandangan secara 360 darjah dan SkyBridge ni juga antara jambatan melengkung terpanjang di dunia. Untuk ke SkyBridge ni, kena naik kereta kabel dulu, jadi bila dah sampai kat jambatan ni boleh berselfie, berwefie sepuas hati.
7) Telaga Air Hangat
Telaga Air Hangat adalah tempat yang best untuk dilawati, dikatakan Kolam Air Panas ni dapat merawat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit kulit. Kat sini memang syok berendam di dalam kolam air panas ni sambil bersantai - santai gitu. Tempat ini juga mempunyai kisah lagendanya yang unik sekali.
8) Laman Padi
Kat Laman Padi ni, aku boleh merasai pengalaman dalam sawah padi yang betul disamping menikmati suasana kampung gitu. Maklumlah kat Penang ni susah dah nak jumpa padi, sawah mahupun kampung, semuanya bangunan tinggi- tinggi jer ada hehe. Sambil - sambil tu boleh gak ke Muzium Padi yang ada kat situ dan boleh juga belajar sikit tentang proses tradisi pemprosesan padi tu. Kat Laman Padi ni juga ada Seashells Restaurant yang terkenal dengan makan malam di tengah sawah gitu, istimewa betul kan..
9) Langkawi Wildlife Park
Dah nama pun bercuti kan, jadi haruslah ke sini yang merupakan Taman Hidupan Liar yang ala - ala mini zoo gitu. Disebabkan aku ni memang jenis yang sangat sukakan binatang, mestilah aku tak sabar untuk ke Bird Paradise yang mana kat sini terdapat pelbagai jenis spesies burung yang jinak yang boleh disentuh dan diberi makan. Woww best kan, seronok layann binatang - binatang comel dan jinak ni.
10) Air Terjun Telaga Tujuh
Di samping terkenal dengan mitosnya yang tersendiri, ianya juga adalah satu destinasi mandi air terjun yang menarik untuk aku lawati gitu. Dikatakan air terjun ini dinamakan telaga tujuh kerana di sepanjangnya terdapat kawasan tadahan kecil yang berbentuk seakan - akan telaga yang terbentuk secara semulajadi. Memang antara tempat menarik yang harus dilawati ni.

Tak sangka dah 10 tempat aku senaraikan hehehe, ikutkan ada banyak lagi tempat menarik yang ada kat Pulau Langkawi ni. Tapi cukuplah 10 tu, ni pun dah banyak sangat dah ni hehehe.
Kalau korang teringin nak bercuti di tempat pilihan masing - masing, apa kata korang join contest yang Traveloka buat ni, kot -kot ada rezeki ker kan, untung - untung boleh gi bercuti kan. Korang hanya perlu klik link ni ➔ https://blog.traveloka.com/en/online-contest/ untuk korang join contest yang dianjurkan oleh Traveloka ni. Jom ramai - ramai meriahkan kontest Traveloka ni, hadiah pun boleh tahan lumayan tu. Lastly terimalah pantun daripada aku untuk semua hehehe.

Berjalan - jalan ke rumah Mak Wan,
Berehat Sekejap diatas Titi
Langkawi Jadi Destinasi Pilihan,
Traveloka pula mestilah pilihan hati
Read More »

13 Apr 2014

Handphone Waktu Dulu-Dulu

Assalammualaikum..
Sape pernah guna HP kat atas ni hehehe. Hp ni mmg popular dulu, kalau terjatuh kat lantai still elok n tak rosak, tahan lasak tapi zaman sekarang ramai dah guna smart phone dah hehe.
Read More »

22 Mac 2014

Shila Amzah Terus Unggul Dalam Pertandingan I Am A Singer Di China

Assalammualaikum..
Pertandingan I Am A Singer yang disertai oleh Shila Amzah di China terus melonjakkan namanya disana. Pertandingan ini telah pun masuk ke episod 11 dan dikatakan Shila berjaya mendapat Nombor satu untuk minggu ini dan akan terus berentap untuk minggu seterusnya. Tahniah buat Shila, nampaknya semua penonton di China tu suka dan terhibur dengan persembahan Shila setiap minggu. Untuk minggu ini Shila menyanyikan lagu Inggeris daripada Adele iaitu Rolling In The Deep. Ternyata cara nyanyian dan gaya persembahannya sungguh best dan memukau gitu, kalau tak percaya boleh tengok video tersebut di bawah ini..Congrats Shila. Gambar2 credit to Fanpage Facebook Shila Amzah.



Read More »

31 Dis 2013

Bintang-Bintang LUX Dari Dulu Hingga Kini


Assalammualaikum..
Lux antara jenama sabun/produk mandian terkenal di Malaysia dan seluruh dunia. Duta2 Lux biasanya memang terkenal dan selalunya dipilih dari golongan artis yang popular.. So hari ni kita nak tengok sebahagian dari duta-duta @ Bintang2 Lux di Malaysia dan juga di Bollywood hehehe.

Antara mereka yang pernah menjadi Duta Lux adalah seperti-

~ Ramona Rahman
~ Joanna Bassey
~ Sheila Majid
~ Fauziah Latiff
~ Erra Fazira
~ Amy Mastura
~ Nur Fazura
Itulah duta-dutanya tapi senarai diatas hanya sebahagian jer ikutkan ade lagi tapi ini jer yg sempat dicari hehe. Selain itu Artis2 Bollywood juga agak ramai yang menjadi duta Lux antaranya seperti Juhi Chawla, Madhuri, Karisma Kapoor, Rani Mukerji, Kareena Kapoor, Amisha Patel, Asin, Aishwarya Rai, Priyanka Chopra, Katrina Kaif. Manakala Shah Rukh Khan juga antara Artis Lelaki terawal yang dipilih menjadi Duta/Model Lux, tak silap aku tahun 2003 kot.
Katrina Kaif


Gambar2 credit to Google..

Read More »

15 Dis 2013

Dilema Bila Mendownload

Assalammualaikum..
Sesape yang rajin mendownload Movies/Video/Game atau apa2 jer pasti pernah menghadapi masalah Lost Connection ni. Dah lama menunggu tetiba lost connection lak haha pengsannn hihi. Tu belum lagi bila kita mendownload lagi n masalah yang sama berulang dua tiga kali hihi rasa nak hempuk jer laptop tu hehe..tapi tu memang masalah biasa yg sering terjadi pada mereka yg gemar mendownload ni semua.
Read More »

25 Jun 2013

JuaRa MasterChef SeleBRiti Msia MuSim Ke-2 SyuRa Atau CeliNa?


Assalammualaikum..
Akhirnya Masterchef Selebriti Malaysia bakal melabuhkan tirainya malam ni..Semalam menyaksikan Rozita Che Wan tersingkir dan memberi laluan kepada Syura dan Celina untuk ke Final MasterChef. Kalau kita imbas balik Final Masterchef Selebriti Msia Musim pertama menyaksikan kaum lelaki yang mendominasi final. Berbeza untuk musim ini yang menyaksikan wanita yang ke Final. Seimbang gitu hehe..Berbalik pada sape yang akan menang malam ni?? kalau tengok Syura memang teror bab2 masakan melayu manakala Celina pula mmg cekap memasak masakan barat.
Dari segi konsistensi mungkin Celina ada peluang nak menang sebab cabaran2 sebelum ni die yang selalu menang..Tapi Syura pun ada gak menang..n ada gak dengar khabar angin yg mengatakan Syura yang bakal menang sebab Masterchef ni bukan siaran langsung sebaliknya rakaman. Jadi pemenangnya memang sudah diketahui cuma dirahsiakan jer..

Jadi betul ke Syura yg menang? tunggu jerla malam ni..hehe sebab Celina juga bukan calang2 peserta untuk dikalahkan..

Read More »

7 Mei 2013

Keputusan PRU 13 Pulau Pinang Kekal Di Tangan Pembangkang


Assalammualaikum..
Secara keseluruhannya Pulau Pinang kekal berada di bawah pemerintahan pembangkang (DAP)..DAP menang besar di Pulau Pinang..dan dikatakan BN kalah teruk n memaksa pengerusi BN di Pulau Pinang nak letak jawatan dalam masa seminggu..tapi tak tahulaa betul ke tidak sbb semua ni aku tengok update kat FB jer..semalam tggu kat tv lambat bangat..haha..so apa2 korang tengok jela kat Surat Khabar dan berita di tv hehe apa yang konform kat kawasan tempat aku memang DAP yg menang..BN gagal menawan hati orang Cina kat sini..biasalah Penang ramai Cina..nak harap orang Melayu jer mmg x cukup laa untuk menang..tambah2 ada yang menyokong parti2 lain kan..tapi kalau tengok secara keseluruhan dalam negara BN tetap menang dan akan akan jadi parti pemerintah..
Read More »

Pilihanraya Umum (PRU13) Selamat Mengundi Rakyat Malaysia

Assalammualaikum..
First of all thanks to Apit owner blog Fizzgraphic.com atas doodle diatas..comey doodle tu..warna pulau pinang uolls Biru Kuning hehehe..hari ni 5 May 2013..hari untuk mengundi..jadi selamat mengundi kepada semua rakyat Malaysia..memang kat tempat aku dah perang bendera gitu,haha meriah dgn bendera bagai..tu belum masuk lagi jamuan sana sini dapat barangan sana sini..fuhh rasa mcm hari raya dh sbb jamuan byk sangat..tu belum ceramah lagi..tapi x kisahlaa tu semua yang penting mengundilah dari hati dan mengundi dgn ikhlas siapa yang kita fikir layak memimpin negara..thats all from me..
Selamat Mengundi bagi yang layak mngundi..

P/s-Afiq tersingkir dari Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke-2 x sabar nk tgk cabaran berkumpulan pulak nanti hehehe..
Read More »

1 Mei 2013

WorDLess WedNesday- i, Me Aur Mein

Baru habis tengok filem Bollywood terbaru ni..lakonan John Abraham eheheehe nasib jumpa yg ada english subtitle senang kit nak tgk online..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017