-->
Memaparkan catatan dengan label KeNaNgan ExaM Di UM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KeNaNgan ExaM Di UM. Papar semua catatan

8 Mac 2017

Tips Menghadapi Minggu Study Week

Persediaan Menghadapi Minggu Study Week Sebelum Peperiksaan (Exam) di Universiti
Tips Menghadapi Minggu Study Week (Sebelum Exam)

Assalammualaikum..
Minggu Study Week bagi pelajar Universiti sememangnya bukan masa untuk bersantai – santai tetapi sebaliknya adalah masa untuk study di saat – saat akhir hehehe. Di sini aku aakan kongsikan cara aku menghadapi minggu study week dan mungkin juga tip – tips yang aku kongsikan disini berguna buat pelajar lain. Apapun setiap orang ada cara dan gayanya yang tersendiri ketika belajar. Betul tak? Hehe

1)    Bawa Bertenang dan Selesaikan Perkara Yang Perlu
Sesetengah pelajar akan jadi panik dan kelam kabut sebab ada banyak benda belum disiapkan contohnya Assignment tak siap lagi, Assignment tak hantar lagi, masa minggu study week baru kelam kabut nak siapkan semua. Nasihat aku pastikan semuanya telah diselesaikan dan beres. Kemudian korang boleh menumpukan sepenuh perhatian dan focus pada study saja di minggu study week ini dan tidak perlu memikirkan perkara lain.

2) Pastikan segala Nota Korang Lengkap dan telah bertukar – tukar Assignment korang dengan kawan – kawan yang lain sebab kebanyakan soalan peperiksaan memang berkisarkan tentang assignment yang korang buat juga. Tips ini sesuai untuk pelajar – pelajar yang mengambil jurusan Sastera / Sains Sosial atau lain -lain.

3) Luangkan sedikit masa untuk study group, maksud aku cuba luangkan masa untuk saling tolong menolong antara kawan2 contohnya suruh kawan korang tanya soalan pada korang dan korang pula bagi jawapan, begitulah sebaliknya, Cara ini mungkin berkesan bagi subjek yang perlu banyak menghafal. Tapi ada sesetengah pelajar yang lebih suka study sendiri sepanjang minggu study week itu.
Semoga berjaya dalam peperiksaan final universiti
4) Jaga Kesihatan
Ini sangat penting, kerana kita tidak mahu jatuh sakit ketika minggu peperiksaan, maka pastikan korang jaga kesihatan betul – betul. Kalau rasa sakit cepat2 jumpa doctor takut melarat. Aku juga ada pengalaman jatuh sakit ketika minggu peperiksaan dan kesannya aku tak dapat focus ketika menjawab soalan, dia suruh jawab enam soalan tapi aku jawab 5 soalan jer, kan dah effect markah serta pointer. Sedangkan kalau aku sihat dan focus pastinya aku boleh skor dengan baik subjek itu, dari boleh dapat A terus dapat B+ je. 

5) Tido Awal dan Bangun Awal ketika ada Peperiksaan
- Selalunya bila masuk minggu study week, tidur pun jadi tak menentu sebab kita kalau boleh 24 jam nak belajar je semata – mata hahaha. Jadi pastikan tidur cukup barulah keesokan harinya kita rasa segar dan semangat nak belajar. Sehari sebelum peperiksaan, korang kena pastikan tidur awal dan bangun awal sebab selalunya sehari sebelum peperiksaan memang ramai yang tak cukup tidur. Aku pun ada pengalaman tidur lewat sebab study dan esoknya ada peperiksaan kemudian bangun lewat pula dan last sekali tertinggal bas!! Datang ke stesen bas, semua orang dah takde, panik sekejap aku masa tu, takut tak sempat sampai pula ke dewan peperiksaan. Terus aku naik teksi, bila naik teksi, traffic jam pula, rasa takut, cuak, menyesal semua ada masa ni hahaha tapi nasib sempat sampai dan Alhamdulilah semuanya berjalan dengan baik.

6) Berdoa
- Ini persediaan untuk rohani korang, pastikan korang berdoa supaya dipermudahkan segalanya. Korang dah usaha dan berdoa last sekali tawakal. Insyaallah semua okey.
Read More »

2 Mac 2017

Kisah Kawan Dan Birthday

Kisah Kawan Dan Birthday

Assalammualaikum..
Jawapan pada soalan dalam gambar diatas tu adalah pernah, hehehe tapi masa jadi pelajar dululah, ketika semester pertama di UM. Masa 1st Year stay dalam UM so senanglah nak sambut Birthday ke apa ke kan, tambah - tambah senang nak suprisekan kawan sebab semua duduk dalam kolej kediaman yang sama, siap pergi menyorok semua, buat kad ucapan sendiri tapi takde kek hahaha beli muffin jer, maklumlah student lagi, duit pun tak banyak. Mana - mana member yang hari jadinya jatuh pada bulan Feb ataupun Mac memang untunglah sebab masa tu tak begitu busy. Birthday aku pertengahan April dan masa tu memang minggu peperiksaan haha, jadi gila ker apa nak sambut birthday minggu peperiksaan, tambahan lagi birthday aku jatuh pada hari peperiksaan hahaha, maka dengan itu, redha jerla hehe. Bila masuk second year dan seterusnya, semua dah duduk umah sewa, memang hari - hari jumpa dan terlampau busy dengan tesis semua, maka setakat wish happy birthday dan mendoakan yang baik - baik sajalah. Apapun bab mendokan itulah yang paling sesuai betul tak hehe, moga kawan - kawan aku tu semua bahagia dan sihat sentiasa, aminn..
Read More »

7 Sep 2012

NostaLGia BerSaMa ProF.



Assalammualaikum...
Hari tuh masa dok tengok video kat You Tube terjumpa lak video kat atas ni hehehe..video semasa Pembentangan Kertas Kerja Mengenai Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu Oleh Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali di Majlis Simposium Selagi Hayat Dikandung Badan:Lembaran Perjuangan. Beliau ni merupakan salah seorang pensyarah aku dulu..hehe bila tengok video ni terus teringat kat Prof Abdullah ni atau Pak Lah ni hehehe..rindu plak nk dgr die berceloteh..suka tengok gaya die bercakap ada stail lah cara bercakap yg bergaya hehehe..x caya try la tengok video kat atas ni..Kuliah/subjek yg Prof ni handle sentiasa jadi rebutan..semua student berebut-rebut nak masuk sebab subjek yg die ajar mmg famous la sbb byk buku/bahan rujukan..kelas tutorial pun prof sendiri yg handle..masa kuliah memang ramai pelajar jadi susahla die nak ingat nama..tapi bila dh start masuk kelas tutorial prof lama kelamaan die cam dh student die lau nasib baik die hafal terus nama kita hahaha..masa aku belajar dulu alhamdulilah lah die cam dan hafal nama aku..

Sebenarnya aku kagum ngan Prof ni sebab ingatan Prof ni mmg kuat..walaupun dh berusia tapi still maintain lagi..korang tanyalah apa saja ttg hal2 Sejarah ni semua dlm tangan die jer..semua fakta Prof aku ni ingat..dari tahun,nama sultan,tempat dan mcm2 lgi..mmg terbaiklah..cayalah. Beliau ni juga peramah suka bercerita n kadang2 pandai gak buat lawak hehehe..windu plak ngan semua prof yg prnah ajar aku dulu..kebanyakannya mmg nama2 besar..kalau masa sekolah dulu sering tengok nama diorang terpampang kt buku2 ilmiah ada yg jadi penulis buku2 teks dan rujukan bila masuk U dapat plak jumpa dengan orangnya sendiri..mmg bangga la sbb pernah diajar oleh mereka2 ini..Selain Prof Abdullah..aku pernah gak belajar dibawah Prof Dr Nik Safiah Karim..mmg dapat pengalaman yg berguna apabila dapat ilmu dripada mereka2 nih..Selain itu masa belajar dulu aku selalu terserempak ngan Prof Khoo Kay Khim yg famous sangat tuh..mmg asyik terserempak jer sbb bilik pejabat die mmg dekat ngan bilik tutorial kiterog..

Kalau terserempak mmg tersenyum jerla kan..die mmg nampak peramah dan senang tersenyum..pendek kata x sombong..tapi sayangnya die x handle kuliah or tutorial jadi mmg x dpt nak merasa belajar di bawah beliau nih..tapi die ni mmg sentiasa busy,wartawan surat khabar,media massa sume slalu dtg cari die siap bawa kamera mcm nk shooting filem dh rasanya hehee..rindu plak ngan Prof aku ni sume..berbalik pada cite Pak Lah ni aku ada gak la beberapa keping gambar kenangan dgn Prof aku ni..masa ni ada jamuan akhir yg budak2 Jabatan aku handle so sempat la snap gambar hehe..
Kenangan bergambar bersama Prof Abdullah Zakaria Ghazali(duduk)&Dr Azharuddin Mohamed Dali(Berdiri dri kanan)serta ngan Kawan2 Semajor..saja letak gmbr ramai2..segan nk tempek gmbr sendiri saja..hehehe..ikutkan ramai je tapi ada yg xde dlm gambar tu,ada gak yg x hadir dan sebagainya..

ikutkan ramai lagi Prof2 yg nak aku ceritakan tapi lain kali plak lah hehe..kang boring plak korang nak baca hehe..
Read More »

15 Sep 2011

Pendidikan SejaRah Pengukuh Patriotisme~Slmt HaRi Malaysia~

Assalammualaikum..semua..
esok kita semua akan menyambut Hari Malaysia (16 September 1963)yg mana menyaksikan penggabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan akhirnya membentuk Malaysia seperti hari ini..Singapura juga termasuk dalam penggabungan Malaysia pada tahun 1963 namun akhirnya Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965..so kat sini saya nak ucapkan Selamat menyamBut Hari Malaysia pada seluruh pembaca Blog saya yang x seberapa ini..so entry untuk kali ni mestilah berkaitan dgn Sejarah kan dan patriotik sikit hehehe..
jom baca artikel dibawah ni k..n hayati sebaik-baiknya ^_^

JIKA diteliti dan difahami pendidikan sejarah bertujuan memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warga negara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan pengajaran sejarah serta penghayatan sejarah tanah air dan sejarah luar yang berkaitan, pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia.

Selanjutnya, usaha ini untuk mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Jika selama ini semangat itu telah disemai, dipupuk dan dibaja ia seharusnya diperkukuhkan lagi bagi menghadapi era globalisasi yang semakin mencabar.
Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap peristiwa sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman.
Sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi kesalahan dan kelemahan yang menjadikan sesebuah negara itu mudah dijajah pemikiran, budaya dan negaranya.


Oleh itu, sewajarnya langkah kerajaan memperkenalkan semula mata pelajaran di peringkat sekolah rendah dan mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat penting dalam kelulusan peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM). Langkah ini bukan saja menjadikan mata pelajaran Sejarah akan dipelajari dengan bersungguh-sungguh malah akan difahami dan dihayati secara mendalam.
Sebenarnya, mata pelajaran Sejarah dapat memupuk jati diri, akal budi, semangat cintakan tanah air yang mendalam kepada setiap pelajar. Ia juga mempunyai kaitan dengan prinsip kedua dan ketiga dalam Rukun Negara iaitu melalui pelajaran Sejarah akan dapat memupuk kesetiaan kepada raja dan negara serta memahami keluhuran perlembagaan.
Kesetiaan kepada negara adalah jiwa kebangsaan kita. Melalui semangat kesetiaan dari sanubari seseorang itu akan lahir rasa setia kepada raja dan tanah airnya yang sekali gus mampu menyatukan kita semua daripada pelbagai rumpun menjadi satu bangsa bersatu padu.

Melalui pelajaran Sejarah juga seseorang itu akan memahami keluhuran perlembagaan negara yang memberi perlindungan kepada setiap anggota masyarakat di negara ini dari segi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warga negara. Selain itu, dapat memahami bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan juga meletakkan rasa tanggungjawab dan kewajipan warga negara yang mendukungnya. Sejajar dengan itu, setiap warga negara harus menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan maju dalam segenap bidang.
Oleh sebab perlembagaan negara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum di negara ini, maka ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat mana-mana pihak.
Perlembagaan negara juga adalah sumber rujukan kepada semua perkara berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio ekonomi rakyat Malaysia. Mereka yang tidak memahami sejarah saja akan mempertikaikannya.
Begitulah pentingnya mata pelajaran Sejarah di sekolah dapat mendidik, memberi kefahaman dan pengetahuan kepada rakyatnya apabila dewasa.
Sehubungan itu, semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni. Melalui pendidikan, berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, pelajar dibimbing untuk menganalisis peristiwa dan menilai fakta sejarah secara rasional.

Daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara, pelajar dapat membina kekuatan dalam diri dengan semangat cintakan negara.


Pendidikan Sejarah juga sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik, dilakukan melalui pendekatan pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif dan berterusan. Sehubungan itu, sejarah sebagai satu cabang ilmu perlu ditekankan sebagai ilmu yang praktikal dalam kehidupan seharian bagi memupuk dan membentuk rakyat Malaysia berjiwa patriotik.

Melalui pendidikan Sejarah, kita bukan saja mempelajari riwayat hidup mereka yang berjaya dan agung. Malah, kita juga belajar bagaimana sesebuah negara itu terbentuk dan merdeka seterusnya menjadikan rakyatnya hidup dalam aman dan sejahtera.

Sumber-http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Pendidikansejarahpengukuhpatriotisme/Article/index_html
Read More »

1 Jul 2011

SeWa or StaY maNa BeSt!??


Tadi sempat menaip satu entry..dalam asyik dok menaip..tiba2 laptop terpadam..grrr bateri hbis lak..arghh tension..bila check balik aku sempat save separuh je entry tuh..separuh lagi dh hilang..coz x sempat nak save..emm malas nak sambung balik..jadi buat entry baru ttg topic baru..aiiiii…emmmm…..

Oklaaaa…kita masuk pada topic kenapa ek ramai mahasiswa/mahasiswi suka duduk di kolej kediaman berbanding menyewa di luar???actually aku dh merasa tinggal dlm kedua-dua situasi berkenaan..rasanya duduk dlm kolej kediaman lebih better kalau keadaan persekitaran okey..
Bagi aku duduk dlm kolej kediaman lebih menyenangkan kerana:-


1- untuk berbincang dengan rakan2 mengenai pelajaran lebih mudah..kerana ada tempat khas disediakan di kolej2 untuk study..bagi aku kalau ada group discoussion mmg lebih mudah tambah2 melibatkan student2 lelaki dan perempuan yg berada dlm 1 group..kalau member perempuan xpe..dlm bilik leh bincang..ni kalau ada pelajar lelaki susah la..nak kena berbincang di tempat yg terbuka dan selesa untuk berbincang..bayangkan kalau duduk umah sewa..aii mmg susah..actually masa final year aku dh menyewa diluar..so nak dijadikan cite,pensyarah membahagikan kumpulan untuk presentation dan untuk essay masing2..n nasib baik dua orang kawan aku yg 1 group ngan aku dok serumah ngan aku..seronok la..tapi ada plak budak laki tersesat dlm group kiteorg..maka amat susah la untuk berjumpa dan berbincang..pening kepala..terpaksa semua melepak di UM untuk membuat persediaan presentation..apabila ada benda yg x lengkap nak kena jumpa balik..mmg susah..haha..anyway nasib la budak laki tuh sporting,cool x byk songeh..kalau tidak pening kiteorg nak bekerjasama..n kat kawasan umah sewa kiteorg mana la nak ada tempat2 nak study nih sume..


2- Duduk di kolej kediaman senang kerana x payah pening2 nak bayar2 bil elektrik,air sume tiap2 bulan hahaha..makanan pun x yah pikir sbb disediakan..Cuma bawa bekas gi tapau jer..if hari tuh lauk x kena selera x yah amik..beli roti siap2 hehehe..
3- Lebih selesa kerana adanya meja study,lampu,katil, yg memudahkan untuk study hehe..n paling best ada wireless ko online jela sepanjang hari pun xpe..haha…
4- Lebih dekat ngan fakulti(tempat belajar)jalan kaki jer..x payah nak kuar awal nak kejar bus sume..x perlu risau terlepas bus..terlewat masuk kuliah..sebab dekat je kan..dan boleh ke fakulti,library bila2 masa saja walaupun waktu malam disebabkan jaraknya yg dekat…
5- Menjimatkan masa,sebab selalunya peljar yg tggl luar biasanya akan stay di fakulti hinga waktu kuliah mereka pada hari tersebut benar2 habis..kadangkala terdapat gap (jarak masa hingga 4-5 jam untuk kuliah seterusnya bermula)menyebabkan banyak masa terbuang..kalau tinggal di kolej kita boleh balik ke kolej dan menyiapkan apa2 kerja yg patut..sebelum pergi semula ke fakulti..


-----emmm apa lagi ek..hahaha..yg ni jer yg aku terfikir buat masa nih..haha..rasanya mungkin ada banayak lagi…
Namun duduk di luar juga boleh memupuk kita berdikari betul tak..kerana semuanya kita uruskan sendiri…apa pun yg paling aku x suke bila tggl di kolej bila AIR xde okey…ada catuan la apala..ni mmg aku x suke..heeeeeeee..gerammm x ke jenuh nak mengangkut air dri bawah ke atas..pastu dah elok2 letak baldi air dlm toilet..boleh plak ada org guna..tgk2 baldi dh kosong..ehh penat mengangkat baldi penuh ngan air..tau..tu aku cukup x suke..bila air xde yg buat aku sengsaraaa..
Satu lagi yg aku x suke bila ada je pengumuman2 yg dibuat menggunakan pembesar suara yg memanggil si polan si polan untuk turun meeting dsbnya..eee menggangu org nk studyyy la weiii…pastu tuh belum ada perintah wajib berkumpul untuk semua penghuni..kalau ada jenuh laaa kena tggl buku dan turun buat perhimpunan n dengar bebelan..hehehe..apa pun tuh sume kenangan yg best untuk dikenangkan..merasa jugak aku pengalaman stay di kolej dan juga duduk menyewa..dua2 ada kelebihan dan keburukannya..yg penting pandai jaga diri =)\


Adiosss…
Read More »

21 Jun 2011

Ada PerBezaan ker LapTop ngan NoteBooK???


Masa dulu..time aku beli Komputer riba gitu semua orang panggil Laptop..bila dh berkurun lama..Laptop nih pun dh hampir nak patah dua dh haha sbb dh uzur heee..skrin die sebelah dh nak tercabut dh..tggl sebelah lg..kalau trcabut/patah yg sebelah lgi..x tahu la boleh guna lgi ke tidak..sayang ngan laptop nih..byk kenangan..terutama masa kat universiti dulu..heeeee indahnyaa time tuh..well kalau jenama die baguih..sampai skrg masih dpt digunakan lgi walaupun laptop nih dh teruk..nak bawa gi mana dh pun malu..sampai cina yg dok baiki computer tuh suh beli yg baru hehee..emmm sape x nak yg baru ye tak..tmbh2 sekarang mcm2 jenis,bentuk dan warna yg ada kat pasaran..persoalannya mampu beli ke tidak???????welll jawapannya mesti laa enggak huhuhuhu..sedeh tak??janji leh guna..guna la sampai die dh xleh guna..

Sekarang nih ramai plak yg dok sebut Laptop nih sbg notebook..mula2 kanpius gak..apa beza laptop dgn notebook nih??adakah ianya sama jer, Cuma beza nama..?? aku mmg knpius..pada pandangan aku notebook nih lebih kecil sikit dari laptop..n fungsi die hampir sama..Cuma pendapat aku guna laptop lgi best wakaka…so adalah aku terbaca kat satu BLog nih yg menerangkan serba ringkas ttg perbezaan Laptop ngan Notebook nih…n kat situ gak die ada nyatakan juga ttg Top 10 Laptop Masa Kini…so sile teruskan pembacaan anda sekalian yer hehehe ;)

NoteBook dan Laptop, kedua-duanya dianggap sama iaitu sebuah portable PC (mudah aLih). Ramai yg anggap Notebook dan Laptop adalah benda yg sama Cuma lain dari segi nama. Sebenarnya ada sedikit perbezaan antara Notebook dan Laptop.
Notebook lebih ringan, jangka hayat bateri yg panjang dan kebiasaannya mempunyai saiz skrin yg lebih kecil dan comel dari LapTop..so disebabkan saiznya yg kecil dan comel tuh dikatakan agak menyusahkan kerana tidak dilengkapi byk internal hardware..semuanya external.
Laptop pula mempunyai banyak kelebihan dimana ianya mempunyai DVD+RW dalaman yg selalunya tidak terdapat pada sesebuah Notebook. Pendek kata, Laptop sedia beroperasi sama seperti sebuah PC desktop tapi pada zaman sekarang ni, Notebook dan Laptop dh dianggap sama..

TOP 10 LaPtoP MaSa KiNi


1) Apple Macbook Pro
2) HP Pavilion HDX
3) Apple Macbook-black
4) Lenovo Think padx61
5) DeLL XPS M1530
6) SoNy VAIO TZ150N
7) TosHiba Portege R500
8) HP Pavilion DV9500+
9) Dell Inspiron 1720
10) Acer AspiRe 5920

Read More »

8 Jun 2011

MajLis PerkaHwiNan bULaN Mac&Meii

Norehan abd rahim&pasangan

okeyyy..pada bulan sudah(mei 2011) member aku masa kat UM dulu ya iaitu Norehan@An telah pun selamat bernikah dgn pilihan hatinya..kenduri kahwin an lau x silap aku pada 14 Mei ritu..an nih org penang gak..tapi die dok kat seberang perai laa..aku kenal an masa belajar kat Universiti Malaya dulu la..kami amik subjek major yg sama..n pernah gak 1 kumpulan untuk  buat pembentangan..masa tu kami sama2 first year..bestnye lau kenangkan saat2 tu kembali..An nih seorang yg peramah n senang bekerjasama ngan die nih..x byk ragam..mang seronok lau kenangkan saat2 dulu..gambar kahwin die tuh aku amek kat facebook die..ada pun sekeping nih je yg die letak..pastu x update2 dh fB die.busy pi honeymoon kot hahaha..apa pun tahniah ye ann..n mekasih jemput kite datang kenduri kahwin ann ritu..

TitiE & Pasangannya

Haaa nih plak titie..member UM gak..n sama mcm ann tadi gak kami semua amik major yg sama..so mmg saling kenal mengenali..titie nih baru kahwin pada 28 Mei yg lalu..Majlis berlangsung di Kedah..aku kenal titie lebih awal dari Ann sebab titie 1 kolej kediaman dgn aku..haaa so dh kenal awal la..n titie nih juga kawan baik pada ain yg  member 1 floor ngan aku masa kt kolej dulu..so dari situ la aku kenal titie..namun kami sama major je..minor plak mang x sama..titie nih peramah juga n seronok bersembang dgn titie nih..tapi aku tak pernah 1 kumpulan ngan die untuk sebarang pembentangan masa di UM dulu..tapi masa nak konvo dulu die dengan aku pernah la sama2 tumpang umah makcik merangkap jiran umah sewa aku dulu..kami tmpang sana jap..haha teringat masa tuh..kiteorg jalan2 sume..gi Mid Valley tgk wayang sume..mang best..apa pun memori yg indah..gambar nih pun aku amik kt fb titie..ada la die letak 2-3 keping..pastu x update2 dh FB die..hilang plak hehehe..apa pun tahniah ye titie..moga bahagia..

Zaki dan pasangannya

Haaa ni beza sikit..sebab die nih budak laki n member UM gak..tapi aku x kenal plak isteri die even die pun budak UM gak..n si zaki nih sama minor ngan aku..tapi die major lain..masa first year adala dlm berapa kali die 1 group ngan aku untuk pembentangan subjek gender..tapi aku x rapat ngan die pun..masa first year je..tu pun sbb 1 group masuk second n third dh x sama kumpulan so masing2 uat hal sendiri..die nih mula nmpk pendiam jer..tpi bila dah lama2 tuh byk cakap gak dak nih haha..tapi masa 1 group ngan die bersama 2 org lagi kawan aku,mcm2 insiden trjadi hehe mmg kelakar kalau kenangkan kembali..haaa gambar nih pun aku amik kat FB die gak..die nih kahwin senyap2..ramai member x tau..tup2 dh kahwin.die kahwin pertengahan bulan Mac..aku pun x tau die kahwin..tgk kt FB baru tau haa..ramai yg marah sbb die x gtau yg die dh kahwin..haha papepun semoga bahagia n cepat2 dapat anak =)

haaa ni jelaaa..budak UM yg dh kahwin..haaa lepas nih ada lagii..tguuuuu
Read More »

27 Apr 2010

KeNaNgaN waKtu StuDy WeEk,WaktU ExaM & SeLePas Habis ExaM di UM..

Situasi pas habis Exam ;)

Prof Abd dok mengira jumlah kertas jawapan kiteorg..hehe

Pertengahan BuLan April..x silap aku dalam 21 ApRiL keatas akan bermuLa lah peperiksaan di semua Universiti dan akan hbis exam awal bulan Mei nanti..jadi sebelum peperiksaan bermula akan adanya minggu study week…masa ni la para pelajar akan berkurung dan mengadap buku 24 jam jer..hehe..masa ni gak la diorang nak cri kawan2 nk tukar assignment masing2..dan masa ni gak la nak buat nota ringkas dan segala macam..dan bagi sesetengah pelajar masa ni gak la die kelam kabut nak hantar assignment last2 minit..haha..

So dlm entry ni aku nk kongsi la pengalaman aku masa aku di UM duLu..especially masa di second year..dan suasana study di umah sewa buat pertama kalinya..
Masa first year,waktu duduk di kolej kediaman, kalau minggu study week mang xde masalah..sbb suasananya mang semuanya akan study..bile time makan..pergi je tapau mkanan di
Dewan santapan..lepas mkn belajar balik..kalau bowink layan internet jap (guna wireless)..or dgr lagu dan smbung belajar balik..mcm tu la rutin harian aku lau time exam..n kalau time exam pun nk gi tmpt peperiksaan pun jalan kaki jer..x pyh risau
Kalau terlambat ke apa ke sbb sure sampainyer kt bngunan peperiksaan tu hehe..

So bile dh dok umah sewa suasana die sikit beza la..kalau minggu study week tu agak tension gak la..bile tgk lagak housemate yg sdg study tmbh2 lau sama kos ngan aku..
Ada yg berjalan ke hulu ke hilir dok menghafal smbil memegang nota di tgn..aku yg tgk bertmbh tension sbb takut ada yg aku x baca gak lg..ada gak yg rajin dok menulis membuat nota ringkas berwarna warni..ada gak yg dok menghafal secara bersuara (menghafal dan membaca kuat2) fuh tension beb aku tgk..maka
Utk elak dr rasa tension..aku rela lepak dlm bilik je utk study dr study sama2 ngan housemate lain..di ruang tamu..Cuma bile aku dh bowink aku akan kuar dr bilik aku
Dan buat sport check gi bilik2 housemate dn tgk apa yg diorng buat dan jdi pengacau jap kat situ hehehe..tu belum masuk sesi ramai2 lepas tension..yakni bersembang secara beramai-ramai pastu gelak kuat2..n kalau waktu tu aku tgh study dlm bilik boleh dgr suara diorang ni..jelez pun ada gak sebab aku x diajak utk join sekali hikhikhikhik.. ;)

Namun teringat gak 1 insiden melalak di tgh2 mlm hehe..waktu ni aku, miza dn rosmiza..lepas tension dgn menyanyi kuat2 hehe..mcm2 lagu dok ada bermula dgn lagu joget cinta sakti kot nynyian rosma dn haziq..pastu lagu tenda biru dn mcm2 lg..mang giler time tu..hehe..kami melalak punyela kuat di ruang tamu lak tu..nasib xde jiran komplen (mungkin suara kteorg sedap kot hehe) dh la melalak time tu dh pukul 12.30 mlm ke atas.. kami bertiga terus melalak tnpa mnghiraukan sape2 dan ape2 pn hehe..ade housemate aku yg dh tdo..tp diorang x kata ape pn..layankan je..hehe..ade gak yg tgh study..tp x dpt study sbb kteorg bising hehe..ciannn..hehe..

Dlm umah aku bile mggu study week jer..semua akan jd terlampau malaz nak masak..jd kena beli luar jer la..n umah aku xde tv..so kalau bowink sgt pun leh dgr radio jerla..aku mang lg selesa study dlm bilik aku..walaupun bilik tu amat kecik tp dr segi suasananya senang utk belajar..roomate aku pun jenis yg suke study dlm bilik gak..so kteorg saling tolak ansur la dr segi lampu dan sebagainya..lgipun roommate aku fakulti lain..so x la tension sgt aku..berbanding kalau tgk yg sama kos ngan aku..

Ada sesetengah subjek aku suke berbincang sama2 ngan housemate aku yg 1 kos ngan aku..so mang agak best gak lau kdg2 study sama2..boleh saling ingat-mengingatkan..tp x leh utk semua subjek la..nanti byk x masuk lak dlm kpala otak ni hehe..

So kite masuk la ttg jdual waktu utk exam..mang perit lau waktu exam setiap subjek berturut-turut..rasa cm nak pengsan jer..dri segi pglmn aku..paling teruk la bagi aku time second year ni la..aku pernah ada exam pada pkul 3-5ptg..pastu esoknya ada exam waktu pagi pula pukul 8.30 pagi..kemudiaan pukul 11.30 pagi ada satu lg exam..pada hari yg sama..wow…mang sakit jiwa..x tau nak baca pe dh..walaupun aku dh study awal2 utk subjek yg pkul 11.30 tu.tp last2 minit byk yg x ingat dh huhu..masa ni mang berserah jerla..dn tawakal…pastu ada gak exam pukul 8.30 pg..kemudian pukul 3 ptg pula ada 1 lgi exam pd hri yg sama..so kami semua trpaksa x bole balik dan lepak di surau utk study disana…

Namun paling x best sekali adalah jatuh sakit time exam..huhu..aku dh pernah kena dh..huhu x silap aku masa second year first sem..aku sakit..n masa jwb exam tu aku salah baca dan salah faham kehendak soalan..dn last2 aku Cuma menjawab 2 drp 3 soalan yg dikehendaki utk dijawab..bile dh dekat kertas dikutip barula aku perasan aku salah faham soalan dan bermakna aku hnya dikira menjawab 2 soalan jer…walaupun realitinya aku dh menjawab 3 soalan..sakit punye pasal buatkan otak aku x betul..sedih betul..nasib paper ni dpt B..tp aku yakin kalau aku x tersalah fhm soalan..insyaallah ada harapan besar dpt A or A- tp pe kan daya..nasib x menyebelahi aku time tu..huhuhu..

Kebanyakan exam aku selalunya di bangunan peperiksaan (selalu di aras 2)Cuma ada sekali tu dpt merasa exam di DTC (Dewan tunKu Canselor)..yg paling best exam kami diatas pentas lagi..hehe boleh tgk gelagat2 org2 kt bawah..hehe..kdg2 ada gak exam di KPS (Kompleks PerDaNasiswa) exam kat sini lebih tenang sikit sbb org x terlalu ramai sgt..so sng sikit nak bergerak dan otak pun lebih terbuka utk study last2 minit ni hehe..

Walaubagaimanapun, aku ada gak pengalaman terlewat utk pergi buat exam..hal ni terjadi time aku di tahun terakhir n berlaku utk first paper time tu..huhu..cite die camni laa..

Aku ada first exam pukul 8.30 pagi..pastu pukul 3 ptg ada satu lg exam..maknanya ada dua subjek kena study..dlm umah tu ada tiga org akan ambik exam yg sama termasuk aku la..so malam tu..kmi pun pulun study la..mula2 aku study sorang2…pastu dlm pukul 12.30 am aku dn sorang lg housemate try pula study sama2 utk saling ingat-mengingatkan..mang ok cara ni..sbb kami byk kena hafal fakta, tarikh ,nama, turutan peristiwa dsbnya..so agak membantu la..saling membahas dn tolong membetulkan fakta msing2..manakala yg sorang lg x mahu join die study sorang2 ikut cara die ngan sport soalan..mcm aku..aku try utk baca semua..

Kami study berdua di bilik aku yg sempit tu..smpaila jam menunjukkan hampir pkul 3 pagi..kemudian housemate aku pn minta diri utk gi tdo..kerna die kena tdo..kalau x esok pagi akan pening kalau x tdo waktu mlm..setelah die beredar..aku masih cuba utk study lagi sbb masih byk yg belum habis dibaca lg..so aku teruskan hingga pukul 4 pagi..dn dlm pukul 4.20 aku pun try la tido..n mang tertido pun..

Jam dh menunjukkan pukul 6.15..aku rasa agak letih utk bangun dr tdo lagi..so aku masih di tmpt tdo lg..housemate aku yg mandi dulu..aku last yg mandi..aku mandi dlm pukul 6.30 pg..housemate aku mang mandi sekejap je..tp aku mang mandi lama..x bleh nk buat pe..tetap lama gak..tp time ni aku mandi kelam kelibut gak la..dlm pukul 6.55 pg aku kuar dri bilik mandi..n aku tgk housemate aku dh hampir siap pakai tudung dh..aku makin kelam kabut bile tgk diorng dh hmpr siap..sementara aku nk kena buat kopi lg utk minum bgi elak ngantuk..waktu aku tgh dok siap..housemate aku yg 2 org lgi dh nak kuar umah dh..diorng ada suh aku cepat..aku pun ada suh diorang tggu aku..jgn pergi dulu..so diorng pun tggu jap..x lama pastu diorang ckp kat aku nk turun bawah dulu n jmpe t kat stesen bus…diorang rncng nak nek bus UM..sng kit..terus je die bawa..berbanding rapid kl nak berhenti dulu kt stesen Universiti lau nasib x baik nk kena tukar bus sume..uhuhu malas aku..aku pesan suh tggu aku kat bwh..jgn tggl aku..maklum la diorng kan berdua..aku lak sorang2..mestila aku lg cuak..

Dlm 7.20 aku bergegas kuar umah ke stesen bus..hp aku pun aku x sempat tgk dh pkul bape sume..trus je berlari-lari anak ke stesen bus..dan bile aku sampai je disitu..aku dapati kosong..xde sape pun kat situ..kt stesen bus dh xde org lngsng..roomate aku pun lesap gak..maknanya aku dh terlepas bus UM laa ni..nak naik Rapid mang x sempat..masa yg tggl adala dlm 40 mnit cmtu..huhu..terkilan gak diorng x tggu aku pun huhu..dh la aku sorang2 time tu..kecewa. gabra, takut, sedih bercampur-baur dlm hati aku ketika tu..last2 aku cuba cari teksi..aku menahan 1 teksi dan pergi ngan teksi…aku gtau la kat pakcik tu yg aku ada exam..nak dijadikan cite time tu mang tengah traffic jem..cuak giler rasa…perasaan aku x bole nk gmbrkan dh time tu..risau, takut sume ada..nasibla pakcik tu peramah..die dok bersembang ngan aku..so aku x de la dok pikir sgt ttg hal terlewat tu sume..pandai pakcik teksi tu tarik perhatian aku..dlm masa yg sama housemate aku dh smpai dh..diorng tgh tggu kawan kami yg lain..aku pun ada dpt msg dr diorng dn kwn aku sorang lg yg menanyakan aku dimana..Alhamdulilah wktu msg tu masuk aku dh berada di dlm kwasan UM dah…Syukur ALLAH permudahkan jalan aku..
Kemudian aku membalas msg diorang dgn mengatakan yg aku dh nak sampai dh..

Akhirnya aku nmpk diorng sdg menunggu aku di depan Bank..kawan aku yg sorang lgi tu pun bru gak sampai..aku x pasti diorng rasa bersalah ke x..tp tgk diorng mcm x rasa pe pn..mgkin diorng x sangka kot aku leh sampai tepat pada masanya..huhuhu..waktu masa tu menunjukkan 8.10 minit…tp aku x marah or tjukkan apa2 reaksi pada diorng..aku buat cm biase jer..sbb aku bayangkan kalau aku di tempat diorang pun mungkin aku juga tidak menunggu..dn turut menaiki bus UM tu..jadi untuk apa aku marah kerana aku juga mungkin akan berkelakuan begitu juga..

Akhirnya hal ni tggl sejarah la..tp aku tetap x boleh lupa la..betapa cuaknya aku bile tgk dh xdak org kt stesen bus..tggl aku sorang jerk t situ..pastu bile dh naik teksi traffic jem plak..tuhan je taHu hati aku time tu..ni antara kenangan yg x dpt aku lupe time nak pergi buat exam tu..huhuhu..apa pun nasib baik gak la aku dpt naik teksi tepat pda masanya..cubala time tux de teksi nk brhenti..mau pengsan aku kat situ sbb trlampau risau dh hehehehe…

So bile lepak ngan member2 lain..ada gak yg mengalami pengalaman cam aku..tp mungkin lebih dasyat sikit kot sbb die time tu lngsng x dpt teksi..n terpaksa call dn merayu kt member laki yg duduk dlm kolej kediaman kat UM tu..rasanya kawan aku dh nangis pe time call budak laki tu memberitahu keadaan die ketika tu..rasanya budak laki tu pun baru bangun tido je tu..tp nasib la die ni ada hati nurani gak..snggup bergegas gi ambik member aku ni ngan motor sblum gi hantar kat tmpt peperiksaan..kalau xde dia x tahu la..nasib la die smpt sampai..dn waktu tu exam dh nak bermula dh..semua org dh msuk dewan..fuhh nasib smpt……tp masalah kelewatan ni bukan sebab bangun lambat jer..byk factor lain leh buat kite lewat..huhu..tu la yg bahayanya kalau dok luar..

Tu cite sekitar time waktu study week dan time exam..sekarang kita masuk lak time dh hbis exam ehehehe..Ni antara masa yg paling ditggukan..rasa cm dh bebas dan merdeka jap hehe..selalunya pas hbis exam terakhir..kami akan gi KPS kat pekan buku utk usha novel2 terbaru yg boleh dibeli utk dibaca sebagai meraikan exam dh hbis hehe..kalau nak tahu majority housemate aku termasuk aku mang hantu novel pun hehe..tp tu kalau pekan buku bukak la..kalau tutup x leh beli la..kena balik..so bile xdak novel yg bole dibaca..kami akan mulakan sesi tgk dvd/vcd ramai2..ada sekali tu aku dn bbrp member yg dh hbis exam lepak sekali tgk vcd/dvd kt laptop aku di bilik depan..tp masa ni ada gak housemate aku yg x hbis exam lg..so die kena study la..jd kami duduk dlm master bedroom dn tutup pintu..so kami dlm 4 org kot mula la layan movie2..first kami tgk cite cina ke korea..x ingt sgt la..kedua lak kmi tgk cite korea yg kelakar..pastu aku x pasti tgk cite pe..kami tgk cite ni dri waktu mlm hngga esok paginya..n last movie yg kami tgk adalah cite Kuch-kuch Hota hai..hehe..syok gak tgk ramai2 ni..lebih layan..azan subuh dh berkumandang tp cite tu x hbis lg..so kami semua stop dulu n gi solat subuh pastu sambung semula tgk cite tu..dlm dekat pkul 8 pgi..bru la hbis..pastu apa lgi..sesi tdo la plak..hehe..tu antara benda yg best yg blaku pas hbis exam..yela seronok pe dpt lepak2 ngan mber2 tgk movie sama2 dri mlm sampai ke pagi..bukan slalu dpt cmni kn..mang antara kenangan yg indah gakla..

Namun ada gak insiden lucu yg blaku masa kami tgh syok layan movie ni..dimana salah seorang housemate aku yg tggl di pantai timur..akan balik ke pantai timur pada hari tu juga..tiket bus waktu mlm..so die bertolak dr umh dlm pkul 6ptg cmtu la kot..kemudian dekat pukul 11 mlm cmtu..kami dengar suara die kt luar rumah smbil memanggil beberapa nama housemate aku yg lain..rupe2 nyer tertinggal bus laaa..hehehe..kelakar lak tgk gelagat die..cian pun ada gak..jdi esoknyer kenala beli tiket lain.. tu la alkisahnya..

Bagi aku setiap org ada kenangan dan pengalaman masing2..pengalaman aku ni x seberapa je..biase2 je..rasanya ada org yg mempunyai pengalaman yg lebih menarik lg..Cuma x dikongsikan bersama jer..kan..


GeLagat kiteorg pas habis exam hehehe
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017