-->
Memaparkan catatan dengan label sEmaNgaT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sEmaNgaT. Papar semua catatan

28 Nov 2017

Kejutan Elyana Semasa Penyingkirannya Di GV4

Kejutan Elyana Semasa Penyingkirannya Di Minggu Kelima Gegar Vaganza Musim Ke-4, Elyana Hidap Kanser Tahap 4, Elyana Pesakit Cancer Stage 4, Penyanyi, GV4, Astro, Gegar Vaganza, 2017, Pray For Elyana, Elyana Tersingkir,
Kejutan Elyana Semasa Penyingkirannya Di Minggu Kelima Gegar Vaganza Musim Ke-4

Rata - Rata yang menonton Konsert Ke-5 Gegar Vaganza Musim Keempat terkejut dengan pengumuman Elyana semasa penyingkirannya, bahawa dia merupakan Pesakit Kanser Tahap 4. Terkejut betul dan tak sangka sebab nampak dia ceria saja di GV4 itu, memang kuat semangat Elyana ini, sebab masih sanggup berjuang di Pentas Gegar Vaganza demi peminat, walaupun menderita dengan penyakitnya itu. Rupa - rupanya, Elyana dah 7 tahun menghidap Kanser Limfoma ini, dia disahkan menghidap kanser selepas melahirkan anaknya, Cinta Sumayyah tujuh tahun lalu. Di Twitter dan juga di Instagram Elyana sendiri, dibanjiri dengan kesedihan peminat serta kata - kata semangat buat Elyana. Malah nama Elyana juga kini trending di Twitter, wartawan yang menginterview Elyana selepas tamat konsert Gegar Vaganza tu pun sebak je. 7 tahun dia sembunyikan penyakitnya dari pengetahuan peminat, malah ada rakan artis yang turut bertanding dalam GV4 pun tak tahu akan penyakit Elyana ini. Dia memang fighterlah, tak semua orang boleh sekuat Elyana ini. #PrayForElyana semoga cepat sembuh Elyana

Apa pun jom tengok senarai Lagu - Lagu Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke- 6 dengan tema Jangan Kata Tak Tahu dibawah ini.

1) Aisyah  -  Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)

2) Hazami - Jampi (Hael Husaini)

3) Firman - Terakhir (Sufian Suhaimi)

4) Liza Hanim - Warkah Untuk Ku (Ara)
5) Lan - Pahit Akan Manis Akhirnya (Ukay's)
6) Syura - Kau Tetap Dalam Angan Ku (Azie)
7) Aqasha - Thats Why You Go Away (MLTR)
8) Tia Jinbara - Bayang (Khai Bahar)

Jom Baca ini juga --> How To Tell If Someone Is Lying To You, According To Experts!!

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

27 Ogo 2017

Bola Sepak Sukan SEA KL2017 - Malaysia Ke Final

Sukan SEA Ke 29, SEA GAMES, KL2017, Kuala Lumpur 2017, Sukan SEA KL2017, Bola Sepak, Semi Final, Separuh Akhir, Malaysia VS Indonesia, MAS VS INA, Gol, N. Thanabalan, Penjaring Gol, Malaysia Ke Final, Indonesia Kalah, Thailand, Indonesia, Myanmar, Malaysia VS Thailand, Final, Pemenang, Pingat Emas, Gold Medal,
Bola Sepak Sukan SEA KL2017 - Malaysia Ke Final Bertemu Thailand

Assalammualaikum..
Berlangsung sudah separuh akhir Bola Sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang menyaksikan Malaysia menentang Indonesia dan berkesudahan dengan Malaysia menang 1-0 ke atas Indonesia. N. Thanabalan menjadi hero pasukan Bola Sepak Malaysia apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan di minit ke 87 dan melayakkan Malaysia untuk ke Final Bola Sepak Sukan SEA KL2017 untuk bertemu dengan Thailand. Thailang juga telah berjaya mengalahkan Myanmar di separuh akhir dan akan bertemu Malaysia di final bagi merebut pingat emas untuk acara Bola Sepak ini pada 29 Ogos 2017 nanti. Memang agak sukar juga untuk mengalahkan Indonesia, di minit - minit terakhir, baru ada gol, ternyata selepas tamat perlawanan, kelihatan pasukan bola sepak Indonesia sangat kecewa dengan kekalahan mereka itu.
Sukan SEA Ke 29, SEA GAMES, KL2017, Kuala Lumpur 2017, Sukan SEA KL2017, Bola Sepak, Semi Final, Separuh Akhir, Malaysia VS Indonesia, MAS VS INA, Gol, N. Thanabalan, Penjaring Gol, Malaysia Ke Final, Indonesia Kalah, Thailand, Indonesia, Myanmar, Malaysia VS Thailand, Final, Pemenang, Pingat Emas, Gold Medal,
Walaubagaimanapun kelihatan beberapa pemain bola sepak Malaysia memujuk serta menenangkan beberapa pemain Indonesia yang kelihatan sangat sedih. Kat sini nampaklah semangat kesukanan antara dua negara ini, semua pemain di kedua - dua negara nampak profesional dan saling hormat - menghormati gituApa pun tahniah buat Malaysia, moga pingat emas menjadi milik Malaysia di final nanti. Aminnnn..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

6 Jun 2017

Redeem Barang Dari 8Share & Astro Circle

Tebus, Barangan, Hadiah, Astro Circle, Point, Pencil Case, Dvd Frozen, Pelanggan Setia Astro,
Redeem Barang Dari 8Share & Astro Circle

Assalammualaikum..
Baru - Baru ini aku ada redeem barang dari 8Share dan juga Astro Circle, kedua - dua barang tu sampai pada tarikh yang sama iaitu 26 Mei 2017, sehari sebelum puasa. Posmen pun datang serentak pula tu, barang dari Astro Circle sampai dulu, lepas 5 minit, barang dari 8Share pula sampai hehehe. Seronok pula bila semua barang sampai serentak hehehe. Dekat Astro Circle tu, aku redeem pencil case warna kuning macam gambar diatas tu. Comel je pencil case tu, ikutkan awalnya aku nak redeem botol air yang cute tu, tapi point tak cukup pula, so aku redeem pencil case sajalah. Lagi pun bila dah habis belajar ni, pensil case masa belajar dulu, memang dah tercampak ke mana ntah hahaha, jadi aku memang memerlukan juga pensil case ni untuk simpan pen, pendrive dan segala macam yang lain. Ini kali kedua aku redeem barang dari Astro Circle, sebelum ini aku pernah redeem DVD Frozen. Barangan kedua yang aku redeem adalah dari 8Share iaitu IKEA Food Container (Set Of 17) dan ini adalah kali pertama aku redeem barang dari 8Share.
Tebus, Barangan, Hadiah, Ikea Food Container, Gift, Kumpul Mata, Point, Cash Out, Barangan,
Sebelum ini aku dah pernah cash out dari 8Share, tapi ini adalah kali pertama aku redeem barang dari 8Share. Memang teruja dapat redeem IKEA Food Container ini, berbaloi - baloi gitu, sebelum ini aku tak tahu nak redeem barang apa dari 8Share ni. Awalnya aku berkenan dengan voucher KFC itu, tapi susah betul nak redeem voucher KFC tu sebab sentiasa habis. Lama kelamaan, makin banyak barang best yang boleh diredeem dari 8Share tu, bila nampak Ikea Food Container ini, terus aku redeem dan akhirnya ianya menjadi milik aku hehehe. Apa pun kalau nak berjaya dapat duit dan tebus hadiah / barang - barang best dari 8Share ni, korang kena rajinlah sikit. Kadang - kadang aku pun rasa malas juga, tapi aku rajinkan diri dan dapatlah tambah pendapatan sikit - sikit kan.
8Share, Cash Out, MyPoint, Duit, Money, Redeem, Barangan, Voucher, My 8Share,
Jadi pada yang belum mendaftar dengan 8Share ini, tunggu apa lagi, jom daftar 8Share beramai - ramai dan buat duit dengannya, caranya mudah saja, korang hanya perlu klik disini ➔ Buat Duit Dengan 8Share.. semoga berjaya dan semoga kita semua dimurahkan rezeki, amin..
Tandatangan, Blogger, Blog Miss Banu Story, Miss Banu Signature,
Read More »

21 Ogo 2016

Lee Chong Wei Malaysian Hero - Olympic Rio 2016

Dato Lee Chong Wei Our Hero Raih Pingat Perak di Olimpik Rio 2016

Assalammualaikum..
Nampaknya Emas pertama yang diidam-idam oleh semua rakyat Malaysia tidak tercapai, namun bukan emas yang kita kisahkan tapi rasanya semua pun sedih bila Dato Lee Chong Wei kalah dengan Chen Long dari China tu, memandangkan ini adalah Olimpik terakhirnya tapi gagal meraih emas dalam 3 percubaannya di Olimpik. Tak dapat aku bayangkan perasaan Dato Lee Chong Wei bila dah lama buat persediaan untuk Olimpik ini tapi terpaksa berpuas hati dengan pingat Perak. Sedih plak tengok wartawan Astro Arena interview die, sebak betul suara die n minta maaf semua dan die tahu rakyat Msia kecewa tapi die dah buat yang terbaik. Namun satu Malaysia tetap bangga dengan Dato Lee Chong wei, sape boleh lupa perlawanan epik beliau yang berjaya mengalahkan Lin Dan ketika di Separuh Akhir tu kan. Rasanya semi final tu dah macam perlawanan final gitu. 
Memang sangat wowww okey, sweet plak aku tengok Lin Dan yang menerima kekalahannya dengan tenang serta mengucapkan tahniah dan mengatakan Chong Wei sememangnya layak untuk menang, pastu diorang tukar2 baju n berpelukan. Sweet gak tengok bromance Lin Dan n Chong Wei ni namun dalam masa yang sama sedih plak bila Olimpik Rio 2016 ni adalah Olimpik terakhir buat Chong Wei dan Lin Dan. Bila lagi nak tengok diorang bertemu lagi, diorang memang legend laa, dulu aku tak suka Lin Dan, tapi bila Chong Wei dah kalahkan die aku okey laa balik, tapi sekarang ni benci kat Chen Long plak hahaha. Hope lepas ni dapat tengok Dato Lee Chong Wei lawan Lin Dan lagi kat mana2 game lain kecuali Olimpik. Buat Dato Lee Chong Wei, kita menang sama- sama, kita kalah sama-sama :) 
Ikutkan Beregu Lelaki iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong hampir - hampir boleh menang emas, tapi memang takde luck laa masa tu sebab diorang kalah tipis jer di set ketiga. Sayang betul, mesti diorang juga kecewa giler sebab hanya selangkah lagi untuk emas tapi takde rezeki pula. Apapun respek laa untuk diorang semua sebab berjaya sampai ke Final pun dah merupakan satu kejayaan besar. Bangga dengan diorang semua, dengan semua Atlet Malaysia yang telah berjaya menyumbangkan pingat buat negara macam Pandelela Rinong n partner die serta Azizul Hasni Awang. Olimpik 2020 akan berlangsung di Tokyo pula dan Malaysia Boleh!.
Read More »

16 Ogo 2016

Olimpik Rio 2016 - Beregu Malaysia Ke Semi Final Badminton

Olimpik Rio 2016 - Beregu Lelaki Malaysia Layak Ke Semi Final Badminton

Assalammualaikum..
Alang-alang tengok Olimpik Rio 2016 untuk sukan Badminton tu, sempat gak aku karang entry ni hehehe. Rasanya acara Badminton adalah acara sukan yang paling ditunggu- tunggu oleh rakyat Malaysia, kerana dikatakan antara sukan yang boleh menghadirkan pingat Olimpik untuk negara, tak kiralah Gangsa, Perak atau pun Emas sekalipun. Awalnya aku sempat gak menonton sedikit perlawanan Badminton Beregu Wanita Malaysia menentang Beregu No 1 Dunia dari Jepun dan beregu wanita negara berjaya memberikan tentangan sengit hingga membawa ke game ketiga. Namun sayang apabila Beregu Wanita Malaysia tewas. Manakala Beregu Campuran pula dah layak ke Separuh Akhir dah, hope diorang berjaya melangkah ke Final ataupun setidak-tidaknya berjaya membawa pulang pingat Gangsa nanti.

Tahniah buat pasangan Beregu Lelaki Msia iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong yang berjaya mengalahkan beregu China terlebih dahulu sebelum menentang pula beregu nombor 1 dunia dari Korea di peringkat Suku Akhir semalam. Memang mendebarkan betul perlawanan diorang ni, markah / mata pun dekat2 jer, sangat sengit okey. Beregu Malaysia kalah di Set pertama sebelum bangkit dengan cemerlang di set kedua dan meneruskan kemaraan di set ketiga. Bagi aku set ketiga masa akhir-akhir tu memang suspen habis sebab beregu Korea mengejar dengan rapat dan hampir2 menyamakan kedudukan dan nasiblah beregu Malaysia berjaya mendapatkan mata ke 21 tu dan yeayyy Menang. Di Semi Final nanti, Beregu Lelaki Malaysia akan menentang beregu dari China juga dan aku harapkan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong berjaya ke Final nanti. Begitu juga dengan Dato Lee Chong Weoi yang akan turun berlawan pada hari rabu nanti. 

Update!!!
Tahniah buat Beregu Campuran Malaysia iaitu Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying kerana berjaya mara ke Final Badminton Olimpik Rio 2016. Sejarah tercipta gitu, pingat perak dah ada dalam genggaman moga dapat bertukar menjadi emas nanti.
Read More »

21 Mei 2016

Piala Thomas 2016 - Malaysia Tewas Denmark Ke Final

Malaysia Kalah dan Denmark Ke Final Piala Thomas 2016

Nampaknya bukan rezeki Malaysia untuk melangkah ke Pusingan Akhir Piala Thomas 2016 apabila kalah dengan Denmark 3:2. Dato Lee Chong Wei dan pasangan beregu iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong berjaya menang ke atas lawan masing2 dan menghadiahkan 2 mata untuk Malaysia. Walaubagaimanapun Iskandar Zulkarnain gagal mengulangi kecemerlangannya sebelum ini dan tewas. Beregu kedua negara iaitu Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong cemerlang di set pertama, namun tewas teruk di set kedua sebelum gagal bangkit di set ketiga lalu tewas. Chong Wei Feng menggalas beban yang berat untuk menang di game terakhir ni namun nasib masih tidak menyebelahi Malaysia apabila Chong Wei Feng kalah straight set walaupun die cuba bangkit di hujung2 set kedua, namun segalanya sudah terlambat apabila die juga tewas.
Sengit juga game Malaysia VS Denmark ni, sedih plak Malaysia kalah dan tak dapat ke Final Thomas Cup 2016. Lagi sedih bila ini merupakan penampilan terakhir Dato Lee Chong Wei untuk Piala Thomas. Lagipun Piala Thomas edisi akan datang lambat lagi iaitu pada tahun 2018. Tak leh blah lepas Malaysia kalah tu, Kamera terus fokus kat wajah Dato Lee Chong Wei yang turut menyaksikan perlawanan tu, sempat lagi Dato LCW tu sembunyikan muka die kat belakang Tan Wee Kiong hahaha. Kan best kalau Msia dapat ke Final tapi nak buat camne takde rezeki kan, mana tau kan kot2 nanti Dato Lee Chong Wei akan menang Emas Olimpik ker nanti kan. Final akan berlangsung ahad ini dan menyaksikan Indonesia akan bertemu Denmark. Ramalan aku kemungkinan besar Indonesia akan menang kot huhuhu.

Keputusan Final Piala Thomas 2016
--> Denmark Juarai Piala Thomas Buat Kali Pertama Menewaskan Indonesia 3:2

Read More »

12 Jan 2016

Doktor Wanita Terawal

"The three women pictured in this incredible photograph from 1885 -- Anandibai Joshi of India, Keiko Okami of Japan, and Sabat Islambouli of Syria -- each became the first licensed female doctors in their respective countries. The three were students at the Women’s Medical College of Pennsylvania; one of the only places in the world at the time where women could study medicine"

Read More »

16 Sep 2015

Buat Rileks Sudah..

Read More »

1 Sep 2015

Queen - Bollywood / Hindi Movie Synopsis & Review

Assalammualaikum..
Sebelum ni asyik buat Review Drama Korea jer kan, so hari ni tukar sikit hahaha kite gi Bollywood pulak k lalala. Filem/Movie yang aku nak buat review ni bertajuk Queen yang diterbitkan pada tahun 2014. Movie ni dilakonkan oleh Kangana Ranaut, Rajkummar Rao, Lisa Haydon dan ramai lagi. Aku tengok online jer cite ni kat Youtube, sesape nak tengok bolehla try search kat Youtube, siap ada english subtitle gitu. Aku tertarik nak tengok cite ni sebab Movie Queen ni menang banyak anugerah okey antaranya menang Best Film, Best Actress, Best Director dan banyak lagi. Bila dah menang banyak anugerah mestilah best cite tu kan hihi. Ternyata lepas tengok cite ni ianya banyak mengajar memberi inspirasi terutamanya pada wanita contohnya seperti berani dalam membuat sesuatu keputusan, tabah dan cekal menghadapi dugaan, terus mengejar cita-cita dan lain2 lagi.
Lagu-lagu dalam filem Queen ni biasa2 jer bagi aku, takde lagu yang boleh buatkan aku gi mendownloadnyer. Apapun filem ni memang best ditonton, banyak gak scene2 lawak dalam cite ni antaranya masa scene Rani dan 3 orang roommatenyer menjerit dan ketakutan disebabkan ternampak cicak dalam bilik air hehehe. Apapun memang best cite ni, rugi tak tengok k hihi aku bagi 4.6 bintang dari 5 bintang untuk cite Queen ni. Jom layann Sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Queen (Bollywood / Hindi Movie)

Mengisahkan Rani yang kecewa, malu dan sedih apabila tunangnya iaitu Vijay tiba-tiba ingin membatalkan perkahwinan, sehari sebelum majlis kahwin mereka. Vijay memberi alasan yang gaya hidup Rani tidak sesuai dan setaraf dengannya lagi. Rani akhirnya membuat keputusan untuk pergi seorang diri ke Paris dan Amsterdam yang telah pun ditempah untuk honeymoon nyer dengan Vijay sebelum ini. Keluarga Rani agak keberatan untuk melepaskan Rani pergi ke luar negara seorang diri, namun akhirnya bersetuju dan mengharapkan Rani dapat menenangkan diri dan fikirannya disana. Setibanya Rani di Paris, dirinya telah pun berhadapan dengan masalah, dimana Rani tertinggal passport di hotel dan terpaksa berhadapan dengan polis, disamping itu Rani juga nyaris2 dirompak.
Rani hampir2 mahu balik ke India semula, namun perkenalannya dengan pekerja hotel bernama Vijayalakshmi mengubah hidupnya, Vijayalakshmi merupakan wanita berketurunan perancis, sepanyol dan india menjadi kawan baik Rani di Paris. Vjyalkshmi membawa Rani berjalan-jalan dan berseronok di Paris. Ketika berada di butik, Vjyalkshmi telah menyuruh Rani pergi mencuba dan memakai satu pakaian yang agak seksi, Ketika mencuba pakaian berkenaan, Rani sempat berselfie dengan memakai pakaian tersebut, namun tanpa disengajakan Rani telah tersalah hantar gambarnya itu kepada bekas tunangnya iaitu Vijay. Menyedari dirinya telah terhantar gambar pada orang yg salah membuatkan Rani menjadi sedikit menyesal mencuba pakaian tersebut namun membiarkan saja perkara berkenaan.
Vijay yang melihat gambar tersebut mula berubah hati dan pergi mencari Rani di Paris dan Amsterdam. Rani akhirnya meneruskan perjalanannya ke Amsterdam tanpa ditemani Vijayalkshmi yang sibuk dengan kerjanyer. Setiba Rani di Amsterdam, Rani tinggal di hostel kerana sewanyer lebih murah. Walaubagaimanapun ketika mendaftar masuk, die terkejut giler bila mendapat tahu yang dirinya terpaksa berkongsi bilik dengan 3 lelaki iaitu Taka dari Jepun, Tim dari Perancis dan Oleksander dari Rusia. Rani berasa sangat takut namun akhirnya die mendapati ketiga-tiga lelaki berkenaan yang menjadi roomatenyer itu sebenarnya sangat baik dan akhirnya mereka semua berkawan baik. Rani menghabiskan masanya gi bersiar-siar bersama kawan2 barunya itu, ketika ini Rani mula berasa yakin, berani dan menyedari kelebihan dirinya setelah memenangi pertandingan memasak dengan menjual makanan tradisional India.
Suatu hari Rani dan kawan-kawannya terserempak dengan Vijay yang menunggu Rani di depan hostel mereka. Vijay meminta maaf pada Rani dan mengharapkan Rani meneruskan kembali hubungan mereka dan sekaligus berkahwin. Rani meminta agar Vijay memberi die masa dan akan memberi jawapan bila die balik ke India nanti. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Rani akan berkahwin dengan Vijay? atau menolak permintaan Vijay? Apa yang terjadi dengan kawan2 baru Rani itu? Nak tahu kenalaa tengok cite ni nanti.

Read More »

24 Feb 2015

Johan Menang Besar Di Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)


PENGACARA dan pelawak terkenal, Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 31, mengungguli Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang diadakan Stadium Putra Bukit Jalil.

Johan memenangi anugerah utama, Top Top MeleTOP (Lelaki), di samping memenangi tiga kategori lain iaitu Penyampai Radio MeleTOP, Program Radio MeleTOP, dan Artis Lawak MeleTOP.
Kemenangan Johan pada malam itu bukan sahaja memberi kejutan buat Johan, tetapi banyak pihak lain, sehingga ada yang menyifatkan kemenangannya pada malam itu sebagai 'diam-diam ubi berisi'.

Ia sekali gus memperlihatkan Johan merampas takhta yang di pegang oleh rakan baiknya, Zizan yang memenangi Top Top Meletop (Lelaki) pada AME2014.
Malah dalam AME yang lalu, Zizan mengungguli empat anugerah daripada enam pencalonan yang diterima.
Berkongsi perasaan atas kemenangannya pada malam itu, Johan berkata, dia sejujurnya tidak menyangka akan memenangi sebarang anugerah apatah lagi bagi kategori utama kerana lebih memberi fokus terhadap tugasnya pada malam itu.
"Sejujurnya saya hadir pada malam ini kerana tugas sebagai pengacara dan fokus saya adalah untuk melunaskan tanggungjawab sebagai pengacara AME2015 dengan baik.

"Malah ada ketikanya untuk beberapa kategori, saya tidak tahu pun siapa pemenang kerana sibuk bertukar baju dan sebagainya.
"Jadi bila saya menang, saya terkejut dan hampir hilang kata-kata atas kemenangan ini selain rasa syukur kepada Allah dan peminat yang mengundi.
"Apa pun saya amat menghargai undian peminat ini kerana setiap trofi yang saya menangi menyimpan nostalgia yang tersendiri buat saya untuk diimbau pada masa akan datang," ujarnya ketika ditemui media.
Menyifatkan kemenangannya pada malam itu sebagai rezeki buat isteri dan anak-anak, Johan berkata, dia amat bertuah kerana mempunyai keluarga yang banyak menyokong kariernya pada malam ini.

"Untuk pengetahuan anda, pengkritik nombor satu saya adalah isteri saya, Ozlyn Wati, yang sentiasa memberi komen jujur dan dapat berterus terang apa keburukan dan mengkritik diri saya terutama dalam hal kerjaya kerana dia nampak semua kelemahan saya.
"Manakala peminat nombor satu saya adalah anak-anak saya. Kalau di rumah, saya tak tonton TV kerana anak-anak kerap memainkan siaran melibatkan saya.
"Kejayaan saya malam ini (Ahad) mungkin rezeki saya yang dah mendirikan rumah tangga, rezeki untuk isteri dan anak-anak.
"Jadi saya cadangkan kepada sesiapa yang ada niat nak berkahwin, silakan kerana Allah dah tetapkan rezeki untuk setiap umatnya dan anda pasti memilikinya," jelasnya.
Read More »

2 Jun 2014

Masalah Yang Sering Berlaku Masa Nak Study

Hehehehe...
Read More »

9 Feb 2014

JOZAN Bakal Beraksi Di Final Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013)?

Assalammualaikum..
Ada yang request suruh buat entry pasal JOZAN hehe, lama tak buat entry pasal diorang rinduuu dgn JOZAN. Apapun selain tak sabar nak tunggu sapekah pemenang MLM2013, tentulah sangat tak sabar menanti adakah benar JOZAN akan turut berada dan beraksi di final MLM nanti. Semua masih tertanya-tanya adakah kejutan terbaik ni akan berlaku ataupun tidak. Mungkin jugak hanya Johan saja yang akan datang ke final nanti untuk mempromote School Of Lawak yang akan berlangsung selepas MLM2013 ni tamat, yang mana Johan dan Jep akan jadi hos nyer. Zizan maybe busy dgn shooting nyer, apapun tetap mengharapkan Johan dan Zizan akan datang sekaligus mengubat rindu peminat2 Jozan nih.
Tak silap aku, last JOZAN sama2 di tv masa Konsert Final AF2013 yang mana Johan datang dan buat suprise kat Zizan sekaligus membuatkan semua peminat terharu dan sebak gitu. Kemudian JOZAN bertemu sekali lagi di Istana Budaya untuk teater Bahayanya Wanita, yang mana Johan dan Ozlyn datang untuk menonton dan mensupport Zizan dalam teater berkenaan pada Disember lalu. So memang semua berharap agar JOZAN akan muncul di Final MLM2013 ni. Di Twitter memang banjir dgn tweet2 dari fans Jozan yg merequest dekat JOZAN, dekat Boss2 Astro agar Jozan tampil bersama di Final MLM2013 walaupun sekejap.

Itu antara sebahagian Tweet2 para peminat yang menginginkan JOZAN di Final MLM2013. Dahlaa Raja Lawak pun macam takde untuk tahun ni sebab diganti dengan School Of Lawak so memang ramai akan rindu dengan JOZAN nih. Apapun tahun ni akan ada Jozan The Musical di Istana Budaya serta mereka juga akan join MLM2014 nanti. Hope semuanya jd kenyataan.amin.
Apapun kita tunggu dan lihat jerlaa ada JOZAN ke tidak, dan siapakah bakal Juara MLM2013??

Baca entry dibawah ni jugak, klik pada tajuk dibwh untuk membaca entry berkenaan..
Read More »

30 Dis 2013

Kumpulan SayWho Tersingkir Di Minggu Ke-7 Maharaja Lawak Mega 2013

Assalammualaikum..
Berlalulah sudah minggu ke-7 MLM2013 yang bertemakan Muzikal Komedi dan menyaksikan kump SayWho tersingkir. Kumpulan Comey dan kump Wala turut berada dalam bottom three. Aku dapati di FB dan Twitter kump Wala memohon maaf pada semua fans kerana mengecewakan semua. Minggu Muzikal Komedi antara minggu yang paling dinantikan oleh para penonton dan juga peserta kerana lebih meriah gitu. Pemilihan lagu yang best diikuti lirik lagu yg kelakar turut membantu sketsa para peserta. Agak rugi kalau peserta mempersiakan minggu muzikal komedi ini. Walaubagaimanapun rata2 peserta berjaya membuat sketsa yang menarik dan lagu2 yang dipilih mereka juga best. 
Hampir semua peserta mendapat 4 bintang hanya kump Wala dan SayWho mendapat 3 bintang dari juri. Kump Bocey membuat persembahan pembukaan, dasyat gak Achey menyanyi lagu Madah Berhelah dgn nada tinggi hehe terbaik. Mereka mendapat 4 bintang dri Datuk Yusof Haslam. Kump Comey pula ada part2 yang best ada juga part2 yg meleret tapi meriah juga persembahan diorang. Kump Wala mmg slow sikit minggu ini serta lagu2 yang dipilih oleh kump Wala ini juga agak tidak bestt n kurengg menyengat. Kump SayWho membuat persembahan penutup tapi sketsa diorang juga agak slow dan lagu yg dipilih juga tidak berapa best.
Nabil pula membuat sketsa ttg pengemis jalanan ala2 Tegar gitu dgn gitar kecik die sume. Sketsa Nabil biase2 jer tapi Nabil bijak memilih lagu yang sesuai dan best2 jadi ianya menutup kekurangan sketsa tersebut dan menjadi  menarik. Begitu juga dgn kump SYJ, mereka pandai memilih lagu yang best2 siap ada lagu hindustan lagi serta lagu Gentleman dari Psy. Kump Shiro juga terus cemerlang dan konsisten minggu ini, diorang membuat sketsa ttg Ayah dan anak lelaki yang mana Ajak jadi Ayah dan Shahrol jadi anak. Paling x leh blah part Ajak pujuk Shahrol guna lagu hindustan dari filem Mohabbatein hehe siap berjoget lagi dengan lagu tu. Award "Man Of The Match" untuk minggu ke-7 ni diberikan pada Dato Ac Mizal.
Manakala kump SepahTu kembali bangkit pada minggu ini. Mereka membuat sketsa tentang berebut Awek antara 2 sahabat. Punchline mereka mantap dan kelakar begitu juga dengan pemilihan lagu. Lagu2 yang dipilih juga best2. Penonton memberikan sorokan semangat buat Sepahtu n kelihatan Jep agak sebak dengan sokongan penonton begitu juga dengan Shuib dan Rahim yang kelihatan berpuas hati dengan persembahan SepahTu dan mereka juga mendapat 4 bintang. Kump Jambu juga tampil dengan Sketsa yang menarik dan best yang mana Yus menjadi orang yang dirasuk hehe x leh blah part Yus kacau2 Nora Danish tu n part Renjis2 tu yang mana pastu terus keluar lagu orang kahwin hehehe terbaikkk.
Read More »

9 Nov 2013

Review Final Super Spontan 2013

Assalammualaikum..
Hari ni genap seminggu berakhirnya Final Super Spontan 2013, agak terlewat jugak entry review ni kan hehe  Tapi lambat pun lambat lah janji ada gak Review Final Super Spontan 2013 nih. Rasanya semua pun tahu siapa para pemenang Super Spontan 2013 nih kan. Final Super Spontan diadakan di Sungai Petani, Kedah, dan untuk final ni diorang bermain 6 game semuanya berbanding hanya 5 game di minggu2 sebelumnya. Pembukaan Final Super Spontan dimulakan dengan persembahan Ahmad Ahmad dan Azlan & Typewriter diikuti dengan persembahan tarian oleh Ecnad Dance Theater. Best tengok tarian diorang n para peserta pun join sekaki menari hehehe. Di Final ni banyak gak soalan2 panas yang Amir ajukan pada para peserta semua. Ada yang jawab dengan slumber, ada yang tak tau nak jawab aper hehehe.
Game pertama yang diorang main untuk final ini adalah Beku. Untuk Game Beku ni, Pengurus Pasukan iaitu Rashid Salleh ngan Razif start main dulu dan diikuti oleh peserta. Macam2 aksi ada, siap ada parodi Macam cantik jer, Macam comel jer hehehe. Dalam game pertama ni nampak semua peserta agak berhati-hati dan gemuruh. Game kedua diorang main Skrip Rabak, dalam game ni akan ada tetamu undangan yang akan bermain bersama iaitu Azlan, Dekna AF5 dan Toi AF6. Yus dan Tauke start dulu dan Azlan yang akan membantu diorang.
Tapi masa ni Ray terlupa nak beri situasi hehe kecoh sekejap kemudian tibalah giliran Johan dan Jep. Dekna yang akan membantu diorang. Manakala Rahim dan Nabil akan dibantu oleh Toi AF6. Aku suka Johan & Jep tapi situasi yang diorang dapat x berapa nak best. Aku lebih suka Rahim n Nabil, sebab lebih lawak dan Toi pun pandai berinteraksi dengan diorang..
Seterusnya diorang main game Maju Mundur, kali ni diorang akan main bertiga. Nabil, Jep dan Tauke start dulu. Situasi diorang dalam banjir kot kalau aku tak silap, best gak tengok diorang bertiga main game ni, sekejap maju sekejap mundur, lawak tul, pastu masa dekat nak last tu nampak diorang makin konfius dan keliru dah hihi. Makin diorang keliru makin lawak jadi hehe. Bila game ni dah habis legaa diorang. Kemudian tibalah giliran Johan, Yus dan Rahim. Diorang dapat situasi jadi pelakon hindustan, apa lagi terus keluar perkataan hindustan laa kan hihi, Johan dengan ek minit die, Yus dengan perkataan babuji die. Nampak Yus paling banyak kena maju dan mundur, kejap ke belakang pastu kedepan pulak hehe. Johan x sempat buat banyak pergerakan, Rahim pun sama.
Game ke-4 yang diorang main adalah Ciptaan. Dalam game ni peserta akan dipasang-pasangkan dan ke enam-enam mereka akan berada di atas pentas dan main game ni secara bergilir-gilir. Pengurus Pasukan iaitu Rashid Salleh dan Razif akan main dulu kemudian baru giliran peserta pula. Jep akan berpasangan dengan Yus. Jep nampak stress main game ni, maybe idea xde untuk tukarkan barang tu jadi benda lain, Yus banyak nak tergelak tapi best tgk diorang ni. Manakala Johan pula berpasangan dengan Rahim, Johan dah banyak kali main game ni dengan Rahim, so diorang ni agak selesa bersama dan lebih tenang dan kreatif gitu. Nabil pula berpasangan dengan Tauke. Gandingan Nabil n Tauke agak happening gitu, sebab nampak diorang happy n gila2 gitu, diorang pun banyak nak tergelak dengan apa yang diorang buat, kita tengok pun rasa nak tergelak sekali hehehe. Apa pun diorang berenam memang kreatif.
Seterusnya diorang main game Pilihan Lain. Masa minggu ke-9 diorang dah main game ni, dan untuk final game ni dimain lagi. Aku rase game ni memang best n enjoy gitu. Bestnya game ni sebab boleh membuat peserta jadi marah haahaha bila terpaksa tukar perkataan berkali-kali hehe. Selain buat peserta tergagap sekejap hehe. Johan, Nabil dan Rahim start dulu. Best gak tengok diorang bertiga main game ni, macam2 ayat/perkataan keluar cthnya seringgit, 41 September dan lain2 hehe. Kemudian tibalah giliran Yus, Tauke dan Jep. Diorang bertiga main pun best. Kelakar jer terutamanya Tauke dan Jep. Pendek kata semua pun best main game ni, happening gitu.
Game terakhir yang diorang main adalah game Muzik Video Karaoke. Dalam game ni Afdlin Shauki dan 2 orang penonton akan jadi pengarah muzik video tu. Nabil, Johan dan Tauke start dulu. Ada adegan peluk2 gitu, Tauke jadi bintang hehe seronok gile tengok diorang main game ni, macam2 gaya gitu, dah la diiringi dengan lagu hindustan iaitu lagu Chamak Challo dari filem Ra-One. Lagu memang dah best, memang terbaik lah Nabil, Johan dan Tauke ni menari, comel jer.


Kemudian tibalah giliran Yus, Jep dan Rahim, diorang pun dapat lagu hindustan iaitu lagu Oh My Darling dari filem Mujhse Dosti Karoge. Yus jadi ketam, Rahim jadi Doraemon dan Jep jadi orang yang akan masak ketam dan doraemon tu, hehe lawak gilerr. Yus cakap kat Afdlin yg die nak cium Jep hahaha. Rahim jadi Doraemon tu pun kelakar. First time tgk Jep menari hohoho. Apapun diorang memang best, semua kelakar.
Setelah undian ditutup Jep mendapat undian tertinggi sebanyak 41% dan melayakkan Jep menjadi Juara Super Spontan 2013. Manakala Johan menjadi Naib Juara dengan mendapat undian 36 %, Nabil di tempat ketiga dengan 8 %. Yus di tempat keempat dengan 7%, Rahim ditempat kelima dengan 5 % dan Tauke di tempat keenam dengan 2 % undian. Lepas habis Super Spontan 2013, Maharaja Lawak Mega 2013 pula yang akan bersiaran.
Gambar yang atas sekali credit to Instagram Jep Sepahtu, Gambar2 lain credit to Facebook Super Spontan.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017