-->
Memaparkan catatan dengan label BoLa SePak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BoLa SePak. Papar semua catatan

30 Ogo 2017

Final Bola Sepak Sukan SEA KL2017 - Thailand Menang

Final, Sukan, Perlawanan Akhir, Bola Sepak, Lelaki, SEA GAMES, Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017, KL2017, Gol, Gawang, Pintu Gol, Thailand Menang,Pingat Emas, Malaysia, Pingat Perak, Indonesia, Pingat Gangsa, Jaringan Gol, Penjaga Gol Malaysia, Haziq Nadzli, Kalah,
Final Bola Sepak Sukan Sea KL2017 Dimenangi Thailand

Assalammualaikum..
Nampaknya nasib tak menyebelahi Malaysia di perlawanan akhir Bola Sepak Lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila kalah tipis dengan Thailand 1 - 0. Lebih ironinya apabila gol kemenangan Thailand sebenarnya dijaringkan secara tak sengaja oleh penjaga Gol Malaysia iaitu Haziq Nadzli. Tak dinafikan ada yang menyalahkan penjaga gol malaysia tersebut tapi kesian juga pada Haziq itu sebab dia tak sengaja, malah dia juga telah banyak menyelamatkan pintu gol Malaysia dari dibolosi lebih banyak gol dari Thailand. Tiada rezeki Malaysia untuk menang pingat Emas dan hanya dapat pingat perak. Manakala Indonesia mendapat pingat Gangsa. Berbalik pada perlawanan MAS VS THAI ini dapat dilihat Thailand banyak melancarkan serangan berbahaya di pintu Gol Malaysia, memang mendebarkan. Malah Malaysia juga mempunyai beberapa peluang untuk mendapatkan gol tapi asyik tak masuk sebab kena palang gol dan sebagainya hehehe. Apa pun Malaysia dah berusaha sebaik mungkin dan tahniah buat Thailand. Tahniah juga buat Team Malaysia kerana berjaya menjadi juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
                                Final, Sukan, Perlawanan Akhir, Bola Sepak, Lelaki, SEA GAMES, Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017, KL2017, Gol, Gawang, Pintu Gol, Thailand Menang,Pingat Emas, Malaysia, Pingat Perak, Indonesia, Pingat Gangsa, Jaringan Gol, Penjaga Gol Malaysia, Haziq Nadzli, Kalah,
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

27 Ogo 2017

Bola Sepak Sukan SEA KL2017 - Malaysia Ke Final

Sukan SEA Ke 29, SEA GAMES, KL2017, Kuala Lumpur 2017, Sukan SEA KL2017, Bola Sepak, Semi Final, Separuh Akhir, Malaysia VS Indonesia, MAS VS INA, Gol, N. Thanabalan, Penjaring Gol, Malaysia Ke Final, Indonesia Kalah, Thailand, Indonesia, Myanmar, Malaysia VS Thailand, Final, Pemenang, Pingat Emas, Gold Medal,
Bola Sepak Sukan SEA KL2017 - Malaysia Ke Final Bertemu Thailand

Assalammualaikum..
Berlangsung sudah separuh akhir Bola Sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang menyaksikan Malaysia menentang Indonesia dan berkesudahan dengan Malaysia menang 1-0 ke atas Indonesia. N. Thanabalan menjadi hero pasukan Bola Sepak Malaysia apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan di minit ke 87 dan melayakkan Malaysia untuk ke Final Bola Sepak Sukan SEA KL2017 untuk bertemu dengan Thailand. Thailang juga telah berjaya mengalahkan Myanmar di separuh akhir dan akan bertemu Malaysia di final bagi merebut pingat emas untuk acara Bola Sepak ini pada 29 Ogos 2017 nanti. Memang agak sukar juga untuk mengalahkan Indonesia, di minit - minit terakhir, baru ada gol, ternyata selepas tamat perlawanan, kelihatan pasukan bola sepak Indonesia sangat kecewa dengan kekalahan mereka itu.
Sukan SEA Ke 29, SEA GAMES, KL2017, Kuala Lumpur 2017, Sukan SEA KL2017, Bola Sepak, Semi Final, Separuh Akhir, Malaysia VS Indonesia, MAS VS INA, Gol, N. Thanabalan, Penjaring Gol, Malaysia Ke Final, Indonesia Kalah, Thailand, Indonesia, Myanmar, Malaysia VS Thailand, Final, Pemenang, Pingat Emas, Gold Medal,
Walaubagaimanapun kelihatan beberapa pemain bola sepak Malaysia memujuk serta menenangkan beberapa pemain Indonesia yang kelihatan sangat sedih. Kat sini nampaklah semangat kesukanan antara dua negara ini, semua pemain di kedua - dua negara nampak profesional dan saling hormat - menghormati gituApa pun tahniah buat Malaysia, moga pingat emas menjadi milik Malaysia di final nanti. Aminnnn..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

19 Mac 2017

Sinopsis Telemovie Si Kijang Merah (Cerekarama TV3)

Sinopsis Telemovie Si Kijang Merah (Cerekarama TV3)

Assalammualaikum..
Telemovie Si Kijang Merah akan disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 18 Mac ini dan dilakonkan oleh Harris Alif, Ahmad Ezzrin Loy, Firdaus Ghufran, Alis Mariya, Izzy Reef, Luqman, Raja Atiqullah, Mustapha kamal, Laila Nasir, Zamarul Hisham dan ramai lagi. Telemovie ini disiarkan sempena DFKL 2017 dan merupakan arahan Nizam Zakaria serta diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Cerekarama kali ini memang unik sikit jalan ceritanya sebab berkisarkan tentang bola gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie Si Kijang Merah dibawah ini ye..

Sinopsis Telemovie Si Kijang Merah (Cerekarama TV3)

Demi impiannya untuk melihat pasukan bola sepak Kelantan di perlawanan akhir Piala FA, Amar berusaha mencari wang tambahan dan matlamatnya semakin hampir tetapi malang pula menimpanya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, dapatkah Amar mencapai impiannya itu?.


Read More »

20 Feb 2016

Sinopsis Reza, Arman dan Bill (Cerekarama TV3)


Assalammualaikum..
Telemovie Reza, Arman dan Bill akan disiarkan di Tv3 pada 20 Feb ini dan dilakonkan oleh Fimie Don, Shafie Naswip, Aedy Ashraf, Mawar Rashid serta ramai lagi. Diarahkan oleh Yeop Hitler dan merupakan terbitan Country & Universal Sdn Bhd. Dari sinopsis Telemovie Reza Arman & Bill ni nampak macam ianya berkisarkan tentang bola sepak / Futsal gitu. Menarik juga jalan cerita telemovie ni, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Telemovie Reza, Arman dan Bill

Mengisahkan Reza seorang pemuda yang gilakan bola sepak. Sehariannya tidak lengkap tanpa membincangkan tentang bola sepak. Dia juga seorang pemain amatur yang hebat, terutama bermain futsal. Namun setelah dia cedera, yang mana kecederaan itu telah disengajakan oleh musuhnya, Arman, dia tidak mampu untuk bermain lagi. Perasaan untuk terus bermain bola juga lenyap, apatah lagi selalu diganggu oleh Arman dan rakan-rakan yang mengatakan dia seorang kaki bangku. Satu hari Reza dibuli teruk sehinggakan seorang pemain bola sepak yang menyedari kejadian tersebut datang menyelamatkannya dan menghadiahkan sepasang kasut bola kepada Reza. Kasut itu dikatakan mampu membantu Reza bermain kembali namun dengan syarat, kasut itu harus dijaga dengan baik dan tidak boleh hilang kerana ia akan menentukan nasib Reza.

Read More »

29 Jan 2016

Sinopsis Filem Ola Bola

Assalammualaikum..
Filem Ola Bola akan mula ditayangkan di pawagam bermula 28 Januari 2016 ini. Filem Ola Bola ini diarahkan oleh Chiu Keng Guan yang merupakan pengarah filem Box Office The Journey manakala penerbit untuk filem Ola Bola ini juga adalah sama dengan penerbit Filem Terlaris Malaysia iaitu Polis Evo. Mampukah filem ini turut mencatat kejayaan yang sama seperti filem The Journey dan Polis Evo?. Filem ini boleh dikategorikan sebagai filem sukan yang mengangkat tema Bola Sepak dan mengisahkan tentang kegemilangan pasukan bola sepak Kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. 
Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae, Frankie Lee dan ramai lagi. Aku tengok promosi filem ni sangat kuat di Astro, sebulan atau dua bulan sebelum tayangannya di pawagam, iklan, Trailer mahupun lagu tema filem Ola Bola ini sudah kerap kali ditayangkan dan dipromosikan di Tv. Rasanya banyak pengajaran filem ni, seperti perpaduan kaum, semangat malaysia boleh, bersatu padu diterapkan dalam filem ni, apapun jom layan sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Ola Bola

Kisah Ola Bola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia ini. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.

Mengimbau kembali ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran di mana pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.

Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.
(Sinopsis cite ni credit kepada Wikipedia)

Read More »

10 Dis 2015

20 Gaya Rambut Yang Menjadi Kegilaan Orang Malaysia Masa Dulu Hingga Kini

Assalammualaikum..
Gaya rambut yang mengikut trend terkini memang menjadi ikutan pada lelaki juga wanita, Kalau kita imbau dan imbas balik (throw back) sekitar tahun 80-an, 90-an, tahun 2000 dan sehinggalah n sekarang kita dapat tengok pelbagai jenis gaya rambut yang menjadi ikutan pada setiap zaman. Kalau kita perasan setiap gaya rambut memang akan sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa dan juga trend terkini. Tak kurang juga ramai yang terikut-ikut gaya rambut selebriti/artis pujaan masing2. Zaman 80-an gaya rambut panjang dan kerinting serta bercermin mata hitam memang sangat popular ketika itu maklumlah zaman rock kapak gitu. Lelaki dan perempuan kebanyakannya berambut kerinting hehehe. 
Zaman 90-an pula memang popular dengan gaya rambut pelik macam tempurung tu pastu muncul pula gaya rambut belah tengah yang membuatkan seseorang tu nampak innocent jer hahaha. Kemudian sekitar tahun 2000 muncul pula gaya rambut macam buah Nenas tu, ala2 rambut cacak n pacak tu hahaha. Pastu bila David Beckham potong rambut jadi Botak tu ramai pula lelaki nak turut jadi botak gak, ikut trend kononnya hehehe. Tu belum masuk lagi gaya rambut ala2 Mohawk, gaya blonde dan banyak lagi. So kalau korang nak tengok lebih banyak gaya rambut yang best2 dan terkini bolehla klik kat sini k --> 20 Gaya Rambut Yang Menjadi Kegilaan Orang Malaysia Masa Dulu Hingga Kini.. 
Read More »

12 Okt 2015

Sinopsis Filem Rembat Lakonan Shaheizy Sam

Assalammualaikum..
Filem Rembat Just Duit telah pun ditayangkan di pawagam mulai 8 Oktober yang lalu. Filem Rembat ini dibintangi oleh Shaheizy Sam, Aniu, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Zulin Aziz, Zara Zya dan ramai lagi. Filem ini bergenre komedi dan berkisarkan tentang bola sepak, ianya diarahkan oleh Shamyl Othman yang sebelum ini turut mengarah Filem Kami Histeria.. Aku memang suka filem Kami Histeria..tu so rasanya filem Rembat ni pun mesti best dan kelakar macam filem terdahulu juga kan. Apapun jom layann Sinopsis Filem Rembat kat bawah ni k..

Sinopsis Rembat 

Mengisahkan mengenai Chin Chye (Aniu) dan Malik (Shaheizy Sam), dua orang penyokong tegar bola sepak Malaysia. Mereka punyai latar belakang berbeza, cita-cita berbeza, namun mereka mempunyai satu persamaan, iaitu mereka adalah penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya. Mereka juga mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk berada di perlawanan bola sepak antara Thailand dan Malaysia. Pelbagai dugaan ditempuhi dalam pengembaraan mereka menuju destinasi. Mereka terperangkap dalam sebuah pertaruhan perlawanan akhir bola sepak Malaysia menentang Thailand yang telah diatur oleh sekumpulan Ah long. Pengembaraan mereka untuk melepaskan diri daripada ah long ditimpa pelbagai dugaan dan berubah menjadi pengembaraan yang penuh dengan aksi lucu apabila mereka bertemu dengan pelbagai watak yang lain.

Read More »

4 Nov 2013

Pahang Juara Piala Malaysia 2013

Assalammualaikum..
Seperti semua tahu semalam berlangsungnya Final Piala Malaysia yang akhirnya dimenangi oleh Pasukan Pahang dengan keputusan 1-0. Tahniah buat pasukan Pahang.

P/s-Aku bukan fanatik Bola, tapi kalau pasukan Malaysia yg lawan or pasukan negeri sendiri yang beraksi, automatiklaa akan sokong betul tak hehehe. 
Read More »

13 Dis 2012

MaLaysia Tewas dan Gagal ke Final AFF Suzuki Cup 2012


Assalammualaikum..
akhirnya Malaysia gagal untuk ke final AFF SUZUKI CUP 2012 Setelah tewas kepada Thailand sebentar tadi...rata2 bangga dengan penjaga Gol Malaysia iaitu Farizal Marlias yg sedaya upaya menyelamatkan gawang Malaysia dari dibolosi..Mat Yo pula asyik kena kepung sampai 3 pemain lak tu..adeh kesian die..nk gerak susah..pemain Malaysia senang hilang Bola..kenapa Safee Sali dimasukkan agak lewat ek..huhu paling x boleh blah bila Malaysia kena main dgn 10 pemain jer bila Fadhli Shas dilayangkan kad kuning kedua dan terpaksa keluar padang..apa punya pengadil..bukan salah die pun pemain Thailand mula dulu..diorang bukan bertumbuk pun adehhh...pengadil berat sebelah..mmg x kena ambik pengadil dari Korea berat sebelah pada Thailand..(abaikan gmbr kt atas yer haha gmbr lama tu) xpela nk buat cmne xde rezeki..redhooo jer..yg penting kalah ke menang Malaysia tetap dihati..selamanya..
Read More »

1 Jul 2012

FiNaL EURO 2012-SPAIN VS ITALI


Assalammualaikum..
ni entry ke-4 aku untuk hari ni..
sekali datang mood sampai 4 entry sekaligus aku post hehehe...
apa kes lak hari ni tetiba ada entry pasal BoLa nih..xde apela saje je nak buat heboh gak..
Hari ni atau lebih tepat lagi pagi ni nanti kan akan ada final EURO kan
so sape yg kaki bola mesti x sabarnyer..pagi nanti konform kecohnyer laa orang sorak GoLLLLL kat kawasan perumahan aku nih hehe..
sebenarnya ikutkan aku ni bukan kaki bola..tapi bolehlaa nak layan kadang2 kan..hehe
sebenarnya aku releks jer xdela fanatik sgt pasal Bola..aku ni lebih fanatik bila membabitkan mana2 perlawanan yg membabitkan pasukan Malaysia jer..semangat patriotik la kononnya..pasukan negara2 lain aku x berapa nk minat sgt..tapi Euro kan dh final hari ni rasa nak menyibuk gak la nk buat entry cite pasal final bola hehehe..Sape kt sini suka tengok Bola angkat tgn cpt!??hehe..

Korang sokong pasukan mana cerciter sikit..berapa skor gol agak2 korang masa perlawanan tuh nanti..?ramai sokong Spain ek??Itali?? hehe Golllllll..hahaha
selamat menonton BoLaaaa Uollsss....pada yg x minat bola terus tido hehe esok kerja laaa..diorang menang Malaysia x cuti hehehe...

P/s-ramai yg tanya link nak tengok filem Bohsia 2 tuh ktne..meh2 semua klik sini kalau nk tgk filem Bohsia secara online..KLIK SINI CEPAt!!!
Read More »

3 Apr 2012

Safee Sali cerai isteri talak satu

Assalammualaikum..
SHAH ALAM: Pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali atau nama sebenarnya, Mohd Safee Mohd Sali, 28, sah bercerai dengan isterinya, Sabarina Yusof, selepas melafazkan talak satu dalam prosiding tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam. Peguam syarie yang mewakili Sabarina, 30, Ezura Nashuha Abdul Hadi, ketika ditemui selepas prosiding, berkata lafaz cerai itu dibuat selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama untuk bercerai secara baik.
Katanya, kedua-dua mereka bersetuju semua tuntutan dan hak penjagaan dua anak mereka, Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nur Syasya Sofirna, 2, selain nafkah dan edah juga diselesaikan dengan cara baik.
“Tiada sebarang pertikaian dan ia diselesaikan secara muafakat. Anak guam saya berharap tidak ada berita kurang menyenangkan kerana kedua-dua pihak kerana sudah selesaikan dengan cara baik.

“Sabarina akan terus pulang ke Kuching, malam ini (malam tadi) dan anak mereka diserahkan kepadanya,” katanya.
Sementara itu, Sabarina yang ditemui berharap tiada lagi spekulasi timbul selepas kes itu selesai.
“Sebelum ini, saya tidak pernah buat apa-apa kenyataan. Saya akan teruskan hubungan baik dengan Safee kerana kami ada dua anak dan perlu menjaga perasaan mereka. Saya dan Safee akan buat yang terbaik untuk anak-anak,” katanya.
Percubaan mendapatkan kenyataan Safee, dan peguam syarie mewakilinya, Ahmad Nazib Johari gagal selepas mereka bergegas meninggalkan mahkamah sejurus kes selesai.
~sumber Berita Harian~


# Fuhh x sangka sampai bercerai-berai kan...sebelum nih kat media massa byk menceritakan kisah kejayaan Safee Sali nih..sekarang nih die pun dah leh dgelarkan sbg jutawan bola sepak gitu..karier die berjaya sgt..tpi sayang kan rumahtangga lak x kekal..kesian kt anak2 die yg masih kecil tuh..tpi apa nk buat itu jalan terbaik bagi mereka..mungkin ada sebab2 yg kita semua x tahu...hope pasni si Safee x lupa laa kt anak2 die tuh..
Read More »

23 Feb 2012

JePuN kEnDuRi GoL~MaLaySia teWas 4-0


 Assalammualaikum,
pastinya semalam ramai yg menonton Bola kan...
dan mmg betul jangkaan aku Malaysia kalahnyer..tapi lagi teruk kalahnya..sebab kalah ditempat sendiri n sampai 4-0 lak tuh lagi teruk berbanding perlawanan sebelum2 nih yg mana kalau kalahpun setakat 2-0...adoiiiyai...
mula2 tuh nampak gakla Malaysia cuba menyerang..tapi x lama pastu aku tukar chanel lain jap coz nk tgk drama 7 Gerhana kt Astro...bila bukak balik nk tgk bola..tup tup dah 2-0 pada separuh masa pertama..xpe aku tgk gak la tiba2 jadi 3-0 dah..ish ish...x lama pastu jadi 4-0 plak...adoiiii malu2 haha...mmg Malaysia belum sampai tahap nak lawan dgn Gergasi Asia tuh..1 gol pun x mampu bolos..aiiiiyooo..haha penjaga Gol pasukan Jepun pakai baju warna Pink Uolls...sbb tuh Malaysia kalah coz nampak silau dari jauh hehe..
sehari dua ni nanti akhbar2 kat Msia pasti akan update pasal perlawanan nih..haha kecoh...
apa pun tetap sokong Malaysia...walaupun kalah mahupun menang!...
"Kalau x mamPu menyokong masa Kalah,Jangan Pula BersoRak ketika Menang!"
Read More »

22 Feb 2012

BoLa SePak~MaLaySia VS JePuN(Kelayakan OlimPik)



Assalammualaikum....
Malam ni akan ada perlawanan Bola sepak antara Msia ngan Jepun untuk kelayakan Olimpik di Stadium Bukit Jalil...Malaysia mmg sudah tersingkir awal dan perlawanan ngan Jepun ini hanya untuk melengkapkan jadual serta menimba pengalaman menentang pasukan Gergasi Asia gitu..Perlawanan Pertama pada Nov tahun lalu bertempat di Jepun, Malaysia tewas dengan jaringan 2-0..bagaimana pula dengan kali ini?dengar katanya Jepun ingin berpesta gol di Malaysia selain Jepun juga terdesak untuk mendapatkan Gol sebanyak mungkin bagi membolehkan mereka menjadi Juara Kumpulan dan layak secara Automatik ke Sukan Olimpik..Pasukan Malaysia pula akan turun tanpa tekanan dan akan menghalang Jepun dari kenduri gol..berjayakah mereka??

emmm aku rasa Malaysia x mungkin menang tapi mungkin boleh bagi cabaran sengit..aku just harap Malaysia sekurang-kurangnya boleh cari satu gol..x syok la asyik dapat kosong jer..n aku harap Msia dapat halang Jepun dari menjaringkan Gol dengan banyaknya...haha..kalau dapat kalah tipis dgn jepun pun kire okey la kan..cuma x nak la sampai 4-0 or 5-0..malu laa beb hehe...
kalau dapat seri dgn Jepun mmg kire bertuah sesangat la kan..tapi aku rasa cam mustahil jer hehe...
apa yg penting aku harapkan Malaysia akan memberi tentangan sengit dan menyukarkan Jepun untuk mencari gol dan harap Khairul fahmi Che mat akan dapat menangkap semua bola yg menuju ke pintu gol dengan kemas dan jayanya hehehe..Hope Malaysia juga akan mengamalkan corak menyerang bukan asyik bertahan je..Biar Jepun tuh terkejut sikit tgk peningkatan pemain2 Msia..Sebab nampak sgt diorang pandang rendah kat Msia siap nak kenduri gol bagai...ishhhh....

apa keputusannya kita tggu malam nanti..huhuhu...ada siaran langsung kat RTM kat Astro Arena x pasti lak maybe ada gak kot...Berjayakah Msia memberi saingan sengit pada Jepun or Sekadar bermain sambil lewa jer???emmmm wait n see...


Read More »

28 Nov 2011

KeLayaKan OLiMpik musnah~MaLaysia teWas dengan BahRain 2-3~


Assalammualaikum,
Pastinya ramai yang kecewa dengan keputusan malam tadi yang menyaksikan Malaysia(Harimau Muda)tewas ditangan pasukan Bahrain 2-3 walaupun pada awalnya Malaysia mendahului dengan selesa 2-0 sebelum dikejar oleh Bahrain disaat-saat akhir, sekaligus menyaksikan keputusan yg tidak diduga dengan tewas mengejut dengan keputusan 2-3 dan sekaligus meranapkan peluang dan impian Malaysia untuk beraksi di Sukan Olimpik untuk acara Bola Sepak...
Malaysia bermain dengan baik pada awalnya..dan gol pertama Malaysia tentunya dijaringkan oleh pemain paling muda iaitu Nazmi Faiz(17tahun) dengan rembatan jarak jauhnya itu..Malaysia akhirnya berjaya memperoleh dua gol berbalas kosong..aku pun suka lah dan merasakan Malaysia ada peluang besar untuk menang..namun pasukan Bahrain nyata cekal dan tidak mudah putus asa,dan ternyata setelah memperoleh dua gol malaysia sudah sedikit leka dan alpa dan akhirnya dihukum dengan 3 jaringan gol oleh pasukan Bahrain..dan akhirnya kalah lagi ditempat sendiri..
walaubagaimanapun aku tetap pujilah juga pasukan Malaysia kerana memaparkan permainan yang menarik walaupun akhirnya mendapat kesudahan yg tidak diharapkan..so sad...nasiblah aku nih bukan fanatik bola sangat..sbb pasukan Malaysia aku tgk gak bola..
inilah Nazmi faiz yg berjaya menyumbat gol pertama Malaysia..

p/s-Khairul fahmi che mat dilanda kontroversi lagi..lepas putus tunang dgn elia,muncul dahlia teck,terbaru dikatakan ada skandal dgn shida harmi..aiii parah juga bila dh femes nih tmbh2 single n muda lagi mcm2 gosip..terbongkar satu persatu?????..wallahu alam..
Read More »

24 Nov 2011

Kelayakan OLimPik~Malaysia kaLah dengan SyRia 0-2~


Assalammualaikum..
Sejak dua menjak nih..asyik cerita bola je plak hehe..
Setelah cemerlang menewaskan Indonesia dan bergelar raja Bola Sepak Asia Tenggara..
maka kecemerlangan itu gagal diteruskan ketika bertemu Syria di Stadium Bukit Jalil untuk kelayakan Olimpik..nampak Harimau Muda gagal menyekat kemaraan dan kehebatan Syria sehingga akur dan mengalah dengan keputusan Malaysia 0 dan Syria 2..Malaysia gagal menyumbat gol..
Kini sudah dua kali Malaysia kalah dalam peringkat kumpulan,pada perlawanan pertama dengan Jepun Malaysia juga tewas dengan 2-0 dan begitu juga kini..Beberapa hari selepas ini Malaysia akan bertemu pula dengan Pasukan Bahrain..
mungkin atas faktor keletihan dan juga kehebatan Syria yang mmg hebat..mereka sentiasa melancarkan serangan sehingga Malaysia tidak ada peluang dan ruang untuk melancarkan serangan yg berbahaya dan mengancam gol mereka..asakan Malaysia sentiasas dapat dipatahkan..Malaysia hanya mampu mengamalkan corak bertahan saja..
Khairul Fahmi juga ada menyelamatkan beberapa gol berbahaya.Kalau K.fahmi xde maka pesta gol Syria tu..
however..walaupun kalah,semua rakyat Malaysia memahami dan tidak la begitu kecewa apabila mengenangkan kemenangan Malaysia sebelum ini dalam Sukan Sea itu..
namun aku tetap mengharapkan Malaysia dapat menjaringkan sekurang-kurangnya 1 gol untuk kelayakan olimpik ini..asyik kena belasah je oleh gergasi Asia x syok la kan,at least dapat jaring 1gol tuh barulah okey sikit kn hehe..

Read More »

22 Nov 2011

SyaBas HariMau Muda!Sang GaruDa terus Menangis!


Assalammualaikum..
maybe agak sedikit terlewat entry nih tapi aku tetap nk buat hahaha..
sangat seronok bila Pasukan Malaysia(Harimau Muda)berjaya mengalahkan Pasukan Indonesia(Sang Garuda)dalam final Bola Sepak Sukan Sea isnin lalu..fuhhh mmg mendebarkan..aku antara jutaan rakyat Malaysia yg menonton siaran langsung perlawanan tersebut di kaca tv..
actually pas menang je pasukan Msia aku mmg nak terus buat entry..tapi laptop lak uat hal..grrrrrrr..trpaksa la post entry nih lewat sedikit..
aku menonton siaran langsung terlewat jugak haha..bila bukak je tv aku tgk Indonesia dah 1 tapi Malaysia 0 lgi..takpelaa sbb masa perlawanan lama lagi kan..dlm minit ke-30 or 36 something Malaysia sumbat gollllll!!!seri dah..aku pun dengan semangat jerit golllll haha.. 
lepas tuh banyak la aksi2 yg hampir menjaringkan gol tapi xde rezeki lgi masa nih..
perlawanan berlanjutan ke masa tambahan..ishhhh ishhh aku yg gabra..bila Indonesia dh masuk kawasan Msia utk mencari gol aku dh tutup mata..dan berharap janganlah gol50x hehehe
masuk pula ke separuh masa ke-2 utk masa tambahan..indonesia makin mengasak dan mengganas..dh terdesak sgt nak menang
Pasukan Malaysia nampak mengambil keputusan untuk bertahan,hampir kesemua pemain Msia berkampung kat kawasan sendiri dan sama2 mempertahankan pintu gol Msia dari dibolosi

Akhirnya,masuk la babak penentuan Sepakan Penalti..yg ni lagi la mendebarkan dan menggabrakan..tentunya Khairul Fahmi Che Mat antara yg perlu diberi pujian sbb berjaya menyelamatkan banyak gol2 yg berbahaya..terutamanya dlm Sepakan Penalti..walaupun dia banyak kontroversi tapi rentetan kecemerlangan nya dlm final sukan sea,maybe ramai akan melupakan segala kontroversi tu semua..akhirnya Badrul bakhtiar menjadi wira apabila sepakan penalti yg sgguh dramatik yg dilakukannya menjadi penentu kpd kemenangan pasukan Malaysia..
dramatik giler kot tendangan badrul nih..suspennn jer hehehe..bola tuh aku ingat dh x masuk kot..aku dh cuak giler kot time nih..terpaku mata aku kt bola tuh walaupun berjaya ditepis sedikit oleh penjaga gol Indonesia tapi bola tuh tetap juga bergolek perlahan masuk ke dlm gol..dan akhirnya GolllllllLLLLL!!!
kAwasan sekitar rumah aku terus kecoh..semua menjerit kegembiraan..x lama pastu terus bunyi mercun berdentum-dentam..meriah giler..budak2 kecik berlari-lari bawak bendera Malaysia kt keliling kwsn perumahan aku..hehe so sweet kan..sgt happy dowh..

So even Indonesia juara keseluruhan Sukan Sea..namun mereka tetap berduka dengan kekalahan mereka..maklumlah bola sepak nih lah yg paling diutamakan oleh semua negara kan.
aku sebenarnya bukan fanatik bola pun..tapi kalau hal2 yg membabitkan pasukan Malaysia,terus fanatik tuh datang..patriotik tak aku?hehehehe...apapun bangga lah dengan Harimau Muda berjaya membaham Sang Garuda syabas dan tahniah!!..proud to be Malaysian ^_^
Read More »

21 Nov 2011

FiNaL BoLa SepaK SuKaN Sea-MaLaYsia vs IndoneSia



Assalammualaikum,
Malam ini sekali lgi Malaysia akan bertemu dengan Indonesia untuk Final Bola Sepak Sukan Sea..
khabarnya Indonesia ingin membalas dendam kpd Msia dan x ingin kalah untuk kali kedua di tangan pasukan Malaysia..mereka x mahu malu dan kalah ditempat sendiri..Indonesia dikatakan sudah bersedia ingin mengganyang Malaysia..Amboiii sedap sungguh mulut depa nih kan..senang2 hati nak ganyang negara orang..x sedar diri tul diorang nih dah banyak rakyat negara diorang cari rezeki kt Msia nih tpi cakap sombong bagai nak rak..banyak kan isu timbul antaranya rakyat indonesia x respek dgn org2 Malaysia nih..kata serumpun..tapi sentiasa je x puas hati dan sengaja cari pasal..
apa pun cerita pasal malam nih..aku pun suspen jer..x pasti samaada Malaysia boleh pertahankan emas bola sepak sukan sea nih ke tak..
tentangan pasti sengit..dengan kehadiran ramai penyokong fanatik Indonesia yg bakal turun..
aku harap sangat menang..biar padan muka diorang..tersengap kat situ..
hoPe MALAYSIA MENANG...AMiNnnnnnn.......
Read More »

1 Ogo 2011

KhaiRuL FaHMi PutUs tUnaNg deNgan ELia.


AssaLammualaikum..apa khabar semua...
terkejut juga apabila membaca akhbar Metro Ahad semalam mengenai khairul fahmi yg putus tunang dgn Elia..Rasanya diorang baru bertunang Mei 2011...
Hari sabtu baru2 ni je first time aku gi ke BLoG Elia nih..membaca entry2 nyer....especially membaca ttg kisah cintanya dgn khairul fahmi nih..(ketinggalan aku..byk yg dh baca blog elia..nih..famous blog die)
kat sana elia menceritakan bagaimanakan first time bertemu sehinggalah mereka bercinta..
banyak juga gambar2 khairul fahmi kat sana..gambar lama..gambar baru semua ada..
n ternyata bila baca kisah diorang nih..sweet je aku rasa hehe..
namun bak kata org tua2..orang bertunang nih mmg byk dugaan...emmm xde jodoh kan..tapi siapa tahu mungkin suatu masa akan bertaut kembali..org kata kalau cerai pun boleh rujuk balik ni plak bertunang kan =)
sebab mereka putus tunang..??ada yg kata khairul fahmi yg curang serta meninggi suara pada mak elia...tgk sajala pada status fb elia tuh..marah bebenor die...tapi dlm metro ahad..fahmi menyatakan semua itu tidak benar...ramai juga yg menuduh elia bukan2 kerana terlalu terbuka dlm menceritakan kisah cintanya dalam blognya untuk tatapan umum membacanya...
bagi aku tak salah rasanya elia nak menceritakan kisah cintanya secara terang benderang di blognya..itu hak die..rasanya kalau org biasa yg x dikenali menulis kisah cinta mereka tentu tak jadi masalah..cumanya bekas tunang elia nih dikenali ramai..dan menjadi tumpuan sebab tu lah ianya menjadi isu besar..tuh baru pemain bola sepak.cuba kalau elia bercinta dgn artis lelaki yg popular..mesti lagi teruk elia dihentam..mungkin ramai yg jeless kot..

biasalah mcm2 jenis orang yg ada kt MSia nih...tapi kesian juga pd elia baru bertunang dh putus...bahaya dan berisiko bila bercinta dgn orang2 yg popular..nih..tmbh2 org tuh rupanya boleh tahan..mcm2 dugaan akan datang..apa yg boleh dibuat..bersabar jelaaa..mungkin ada hikmahnyaaa.... 

UPDatE...KENyataan Elia di Harian Metro (1 Ogos 2011)
(KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.
“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.

“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.)

okey..kenyataan diatas adalah sebahagian petikan dari Harian Metro..yg fahmi cakap mcm tu yg elia ckp mcm nih..emm x sangka pula elia tidak tahu menahu mengenai putus tunang nih..sebaliknya hanya tahu apabila membaca akhbar H.Metro..fuhh..kesian pula pada Elia..Orang ketiga nih x tahu malu betul la..kenapa la nak meruntuhkan masjid yg bakal dibina x lama lgi tuh..kalau sape2 kat tempat elia mestinya sakit hati nyer..huhuhu..Bila singgah ke blog Elia dapat dilihat entry2 mengenai Love Story diorang banyak yg dh xde..mungkin Elia dah delete..apa pun kesabaran amat penting untuk masa ini...
Read More »

30 Jul 2011

DuNia SinetRoN…


Assalammualaikum….saja nak bergebang ttg banyaknya sinetron2 yg disiarkan di chanel tv umah kita..hampir semua stesen tv ada menyiarkan sinetron (drama2 bersiri Indonesia)..hehe aku pun layan gak kadang2..tapi tak semua la..kalau ada masa baru la tgk..kalau aku ikuti satu2 cerita tuh mesti ada je episode yg aku tertinggal hehee..actually aku x tgk cite Indonesia yg disiarkan kat tv3 or tv9 tuh..sbb waktu disiarkan tuh x ngam ngan waktu aku free hehe..aku selalu tgk yg kt astro..Selepas cite Cinta Melody habiss yg mmg aku rasa citenyer amat best..disambung pula ngan cite Kahwin Masal..lakonan Agnes Monica tuh..cite nih bagi aku amat x best..ntah apa2..merapu meraban je lebih..mcm cite main2..aku x tgk sgt cite nih..sbb cite die mcm bodoh2..grrrrrrr….pastu skrg dh ada cite terbaru iaitu Hingga Akhir Waktu..dlm cite nih ada Marshanda, Asmiranda..pelakon lelaki die aku x kenal..haaha..pelakon perempuan dh best..yang lelaki pula agak kurenngg haha..jln cite aku tak tau..tak sempat tgk episode pertama..lg..nanti tgk ulangan jer..

dulu aku ada gak tgk cite Kemilau Cinta Kamila..tapi kadang2 jer bru tgk..bila free baru tgk..tapi hari tu aku bukak tv cite tuh dh xde..tiba2 je hilang mcm tuh jerr..ingatkan dh hbis..tapi ada yg kata x hbis lg..ramai gak yg komplen tnya kenapa cite tuh tiba2 xde..entahlaaa..sampai hari nih cite tu ghaib ntah ke mana..die main nyorok2 kot..x kisahla..cite tuh pun xde la best sgt pun..

Pastu sekarang Astro perkenalkan pulak pakej Indo Pek..die bagi percuma sebulan..n kat dlm chanel tuh aku layan gak cite Dewi yg ada Baim wong tuh..hehe..die jadi x brp betul dlm cite nih..x hbis2 sebut sita sita je..n satu lgi aku tgk cite Ketika Cinta Bertasbih..hahaha..sementara masih free nih tgk jela..lepas tuh kalau nak kena langgan…mahal tuh..x nak aku..aku sokong drama dan filem tempatan yeahhh…cite Indonesia nih bila2 free baru la tgk kan..



p/s-kan betul ramalan aku Msia kalah dlm perlawanan Bola sepak ngan Singapura tuh..emm masa dpt 1 gol tuh ingatkan ada harapan..tapi minit 71 gol Singapura telah memusnahkan harapan Msia.nak tggu bbrp tahun plak pasni..pemain Msia yg sekarang nih mesti byk dh pencen nak tggu masa tuh hehe..apapun tetap bangga dgn Malaysia..tpi menyampah tul tgk pemain Singapura sengaja lengahkan masa n byk pura2 cedera..cissss…pasni tggu skuad olimpik plak..nak lawan jepun nanti..
Read More »

28 Jul 2011

Bola SepaK-MaLaySia VS SingapuRa (S.Bukit Jalil)


Hiii..apa mimpi aku nak cit cat pasal Bola sepak nih…leh jadi catatan Sejarah nih hahaha…xde laaa mlm nih nanti Msia akan bertemu ngan Sgpura untuk kelayakan piala dunia kan..mestilaa ramai yg demam bola kan..macam aku pun…aku mmg suka tgk bola sepak apabila ianya melibatkan Pasukan Malaysia sahaja..kalau lain2 tu harap maaf laa..x minat hehe..patriotik tak saya?haha…korang rAsa Msia boleh ke kalahkan Sgpura tuh?..walaupun bermain ditempat sendiri,kita ketinggalan dua gol..kalau nak menang kita kena dapatkan 2 gol atau lebih dan wajib untuk tidak membenarkan Singapura menjaringkan apa2 gol pun..macam sukar kan..walaupun x mustahil..

Ramalan aku emm aku rasa Msia mungkin kalah kot..tapi aku harapkan ianya x berlaku laaa..harap2 diorang menang ditambah dgn sokongan padu penonton yg memenuhi Stadium Bukit Jalil…huhuhu..walaupun macam sukar nak menang tapi x mustahil..harap2 biar Singapura berputih mata malam nih..nmpk diorang nih mcm berlagak..pemain import je lebih..grrrrr…
Tengok mcam pasukan Malaysia..dari jUrulatih sampai kpd pemain2..sumenyer tempatan..xde import2..ni barulaa betul2 Satu Malaysia n Malaysia Boleh!!! Yeah!!!
Betul tak semua???....apa pun kita tengok la keputusan malam nih mcmmana…harap2 ada kejutan hehe…n hope Msia menanggggg…!!!
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017