-->
Memaparkan catatan dengan label Sinetron. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sinetron. Papar semua catatan

15 Dis 2017

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua (Astro)

Drama Syurga Yang Kedua, Astro Prima, Adaptasi Daripada Sinetron Indonesia, Sinetron Surga Yang Kedua, Drama Melayu, Drama Malaysia, Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua, Slot Tiara, Drama 70 Episod, Konflik Keluarga, Poligami, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Zarynn Min, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin, Nur Qistina Raisah, OST Syurga Yang Kedua, Watak Dalam Drama Syurga Yang Kedua, Sabrina, Daniel, Vivy,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Slot Tiara Astro Prima & Maya HD

Drama Syurga Yang Kedua sudah mula disiarkan di Astro Prima dan Maya HD pada 12 Disember yang lalu. Drama ini mempunyai 70 episod dan disiarkan bagi menggantikan Drama Dendam Aurora yang telah tamat episodnya. Drama Syurga Yang Kedua ini adalah adaptasi daripada Sinetron Indonesia, yang kalau aku tak silap tajuknya juga hampir sama, iaitu Surga Yang Kedua. Antara Pelakon Drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Zarynn Min, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin, Nur Qistina Raisah dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan Bahri Uma Bajuri dan diterbitkan oleh Orangetree Production. Drama ini berkisarkan tentang hidup berpoligami dan memaparkan kisah konflik pengorbanan, kesetiaan, perkahwinan, persahabatan serta pengkhianatan demi mencapai kebahagiaan terindah. Memang nampak menarik drama ini, kesian Sabrina dapat mak mertua dan adik ipar yang berperangai macam tu. Apa pun jom tengok Sinopsis drama ini dibawah ye.
Drama Syurga Yang Kedua, Astro Prima, Adaptasi Daripada Sinetron Indonesia, Sinetron Surga Yang Kedua, Drama Melayu, Drama Malaysia, Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua, Slot Tiara, Drama 70 Episod, Konflik Keluarga, Poligami, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Zarynn Min, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin, Nur Qistina Raisah, OST Syurga Yang Kedua, Watak Dalam Drama Syurga Yang Kedua, Sabrina, Daniel, Vivy,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Mengisahkan Sabrina (lakonan Elizad) yang bahagia dengan suaminya Daniel (lakonan Zarul Umbrella) namun mereka masih tidak dikurniakan anak. Ibu Daniel yang mahukan cucu lelaki untuk menjadi pewaris perniagaannya sering mendesak Daniel untuk berkahwin lain. Sabrina sentiasa tertekan dengan sikap ibu mertuanya itu dan tak lama lepas itu, Sabrina kemudian kemalangan lalu koma. Ibu Daniel menggunakan peluang ini untuk memaksa Daniel berkahwin dengan Dr Vanida atau Vivy (lakonan Fasha Sandha). Daniel dan Vivy tersepit di tengah - tengah, Vivy yang merupakan kawan baik Sabrina tak sanggup nak merampas suami kawan baiknya itu. Manakala Daniel pula tak mahu menduakan Sabrina, tapi akhirnya Daniel dan Vivy terpaksa juga berkahwin kerana tidak mahu menjadi anak derhaka. Sabrina yang koma mula sedar kembali dan semua orang merahsiakan perkahwinan Daniel dan Vivy dari Sabrina.
Drama Syurga Yang Kedua, Astro Prima, Adaptasi Daripada Sinetron Indonesia, Sinetron Surga Yang Kedua, Drama Melayu, Drama Malaysia, Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua, Slot Tiara, Drama 70 Episod, Konflik Keluarga, Poligami, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Zarynn Min, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin, Nur Qistina Raisah, OST Syurga Yang Kedua, Watak Dalam Drama Syurga Yang Kedua, Sabrina, Daniel, Vivy, Dato Sherry, Azril, Delaila, Daud, Puteri, Diana,
Vivy akhirnya jatuh cinta pada Daniel dan sentiasa cemburu melihat Daniel yang sentiasa melebihkan Sabrina dalam segala hal. Tak lama kemudian Vivy disahkan mengandung anak perempuan. Namun Vivy merahsiakan jantina sebenar anaknya yang bakal lahir itu kerana takut dirinya akan disisihkan jika dia gagal memberikan cucu lelaki buat Dato Sherry. Vivy bertambah stress bila mengetahui Sabrina juga mengandung dan membuatkan Vivy terpaksa mengikut rancangan ibunya untuk pergi meminta bantuan auntie Som untuk mengatasi masalahnya itu. Auntie Som merancang untuk menukar anak Vivy dengan anak orang lain. Walaupun tak sanggup untuk berpisah dengan anak kandungnya itu, Vivy terpaksa merelakan juga anaknya diserahkan pada yang lain. Sabrina masih tidak tahu mengenai perkahwinan suaminya dengan Vivy, dirinya sentiasa menganggap Vivy sebagai kawan baiknya. Apa yang berlaku seterusnya? bagaimana reaksi Sabrina apabila mengetahui perkara yang sebenar?.

Update! 
-Bermula episod 51 dan ke atas, Sabrina dah dapat tahu pasal perkahwinan Vivy dan Daniel, namun Sabrina sengaja berpura - pura tak tahu dan ingin melihat sejauhmana permainan Vivy dan Daniel ini. Personaliti Sabrina juga mula berubah dan membuatkan drama ini bertambah menarik.

Lagu Tema / OST Syurga Yang Kedua
➔ Takdir Nyanyian Dayang Nurfaizah

Ending Drama Syurga Yang Kedua
Ending drama Syurga Yang Kedua ini bercampur baur, ada happy ending dan ada juga sad ending. Ending untuk watak Sabrina dan Daniel memang happy endinglah kan, sebab diorang bahagia juga akhirnya. Namun agak sad ending untuk watak Vivy, tapi untung juga Vivy tu sebab Azril tetap cinta dan setia dengannya, walaupun Vivy dah tak seperti dulu lagi.Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

26 Jan 2017

Episod Akhir Razia Sultan

Episod Akhir Razia Sultan
Episod Akhir Drama Hindi Razia Sultan TV3

Assalammualaikum..
Tak sangka hari ni dah last episode Drama Bersiri Hindi Razia Sultan ni, ikutkan aku memang enjoy je layannn cite ni, sekejap jer masa berlalu, tup tup dah nak habis dah Razia Sultan ni. Karakter yang paling dibenci sekali mestilah Shah Turkan, Ruknuddin dan Yakut. Apapun aku suka gak twist dalam drama ni, apabila Mirza berubah sekejap jadi kejam sikit kat Razia sebelum berubah jadi baik balik. Tak sangka juga si lembut Muizzuddin tu ada hati nak jadi raja dan nak kan takhta tu. Shah Turkan dan Rukhnuddin tu plak masih tak insaf walaupun dah episod akhir hahaha. Si Yakut tu plak bukan main berlakon baik depan Razia dan si Razia ni plak naif betul percaya jer si Yakut tu bulat2, nasiblah masa episod akhir Razia Sultan ni Razia dah nampak dan sedar perangai buruk si Yakut ni. Ending Drama Razia Sultan ni mestilah happy ending kan bila takhta pun dapat cinta pun dapat hehehe. Tapi tulaa nanti Razia dan Mirza ni akan mati juga kena bunuh kalau ikut kisah benar lah kan huhu sedih kan.
Razia dan Mirza
Apapun tak sangka juga pelakon drama ni especially hero and heroin cite ni pun tahu yang drama lakonan diorang ni tengah disiarkan di Malaysia gitu. Mana taknya bila ramai peminat Razia Sultan ni rajin tweet kat diorang kat Twitter hehe n hero cite ni iaitu Rohit Puroro / Mirza siap tweet kt Twitter die cakap thank you lagi tu dan rajin jugak retweet tweet2 dari fans kat Malaysia ni. Ingatkan bila dah habis cite ni, Tv3 akan siar drama hindi yang baru, tapi boleh plak diorang nak kembali macam dulu dengan siarkan sinetron indonesia, tak best lah kan, sebab sinetron yang diorang siarkan pun cerita lama plak tu dalam tahun 2010 punya cite. Patutnya teruskan jerla siar Drama Hindi kan huhuhuh. Pasni akan rindu dengan Mirza dan Razia :)
Read More »

5 Apr 2016

Sinopsis Sinetron Sakinah Bersamamu TV3


Assalammualaikum..
Sinetron Sakinah Bersamamu adalah sinetron / drama terbaru di Tv3 menggantikan sinetron Yasmin yang telah tamat episodnya. Sinetron Sakinah Bersamamu ini dilakonkan oleh Alyssa Soebandono sebagai Riri, Dude Harlino sebagai Zaki, Donita sebagai Dinda, Adi Nugroho sebagai Amar, Giovanni L. Tobing sbg Jamal, Raya Kohandi sebagai Ratasha, Atiq Rahman, Natasha Wilona, Ishabella dan ramai lagi. Rasanya ramai yang kenal kot pelakon Alyssa Soebandono dan Dude Harlino ni sebab banyak drama2 diorang ditayangkan di Malaysia kan, tak sangka gak yang diorang berdua ni pasangan suami isteri gitu, pastu berlakon sama2 lagi hehe. Sinetron Sakinah Bersamamu ni dah disiarkan sejak 30 Mac yang lalu di Tv3. Sinetron ini berkisarkan tentang kehidupan beberapa pasangan suami isteri, serta bagaimana kesemua pasangan ini mengatasi segalah masalah dan dugaan yang mendatang sekaligus membentuk rumahtangga yang sakinah. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Mengisahkan tentang alam berumahtangga, dimana Dinda terkejut apabila mengetahui suaminya Amar mempunyai masalah jantung yang kronik. Disebabkan penyakitnya itu, Amar merasakan dirinya tidak mampu memberikan kebahagian pada Dinda lalu memikirkan untuk menceraikan Dinda. Suatu hari Dinda bertemu semula dengan rakan karibnya yang telah lama tak jumpa iaitu Riri, Ratasha, Tia dan Natasha. Banyak perubahan yang berlaku dalam diri masing2, Dinda dan Riri tidak begitu menyukai gaya hidup Tia dan Natasha yang terlalu moden. Dimana Tia tidak mahu berkahwin kerana mahu hidup bebas dan bertukar-tukar pasangan, dan Natasya pula baru saja bercerai, manakala Ratasha pula baru saja berkahwin dengan seorang lelaki yang kaya raya bernama Jamal. Ini merupakan perkahwinan Ratasya yang kedua. Kali pertama Ratasha berkahwin dengan Sandy namun perkahwinan mereka musnah kerana Sandy curang.
Ratasha berharap perkahwinannya dengan Jamal akan kekal selamanya, namun Ratasha tidak tahu yang Jamal juga curang dibelakangnya, Jamal ada skandal dengan setiausahanya Silvy. Suatu hari Ratasha ternampak suaminya Jamal dengan perempuan lain dan akhirnya die dapat meneka yang Jamal juga curang padanya. Ratasha cuba berfikir sedalam-dalamnya sebelum bersemuka dengan Jamal, die juga ingin berjumpa dengan Dinda untuk mendengar pendapat Dinda mengenai apa yang perlu dilakukannya. Berbeza dengan Riri, kerana Riri masih pengantin baru kerana Riri dan Zaki baru saja bernikah 6 bulan yang lalu. Riri bahagia dengan suaminya Zaki, baginya Zaki merupakan seorang suami yang baik, kehidupan mereka serba sederhana namun tetap bahagia. Masalah mereka berdua cuma ayah Riri yang tidak suka dengan Zaki kerana baginya Zaki tidak layak untuk berkahwin dengan Riri malah Zaki juga tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Keadaan diburukkan lagi apabila Riri tiba-tiba jadi cemburu apabila melihat gambar suaminya dengan perempuan lain dan merasakan Zaki curang padanya. Namun akhirnya Riri sedar die silap dan Zaki juga memaafkannya. Dinda pula mempunyai masalah baru apabila die mengetahui adiknya Selia sedang mengandung anak luar nikah. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Bagaimanakah Riri, Dinda dan Ratasha akan mengatasi segala masalah dan dugaan yang bakal melanda rumahtangga mereka?.

Read More »

19 Mac 2012

GaJi AmaH Indonesia RM700 Untuk buat hanYa 1 KerJa sahaJa!!

Assalammualaikum..
Sejak sehari dua nih..akhbar2 di Malaysia banyak membincangkan mengenai isu Pembantu Rumah Indonesia..Ingatkan dh settle bila perjanjian dh dibuat..tpi lain plak yg jadi..
ada ke patut Gaji RM700 untuk buat satu kerja rumah..
Kalau dulu kita amik pembantu rumah bayar dlm RM500-600 untuk buat semua kerja rumah misalnya memasak,mengemas,jaga anak,membasuh baju dll..tapi kini mereka hanya akan buat hanya satu kerja seperti memasak sahaja dan gaji yg harus dibayar pada mereka RM700..dan kerja2 rumah lain mereka x buat..kalau nak kena amik pembantu rumah satu lagi untuk buat kerja menjaga anak sahaja fuyoo biar betul..Ini bermakna jika Majikan nak pembantu rumah tuh buat mcm2 kerja rumah seperti memasak,membasuh,mengemas dan jaga anak,mereka terpaksa mengambil seramai 4 pembantu rumah untuk siapkan kerja2 mereka mengikut pengkhususan mereka..dan bayangkan 4 pembantu rumah dan setiap sorang harus dibayar RM700..pokai la majikan mcm tuh..n bila pembantu rumah tu balik indonesia mereka jadi jutawan laah yer..

Aku mang x setuju langsung pasal isu ni..hahaha..mcm melampau sgt tuh..dah lebih tuh...PM sendiri terkejut dan hairan mcmmana isu ni boleh timbul..bincang lain keluar lain...mmg x logik betul la Kerajaan Indonesia nih..leh plak gitu..sesuka hati gitu..benda nih lau jadi kenyataan x tahu laa aku..ada ke majikan nk ambik pembantu rumah lagi haha...xpe kita tggu dan lihat je apa yg jadi seterusnya....
Read More »

30 Jul 2011

DuNia SinetRoN…


Assalammualaikum….saja nak bergebang ttg banyaknya sinetron2 yg disiarkan di chanel tv umah kita..hampir semua stesen tv ada menyiarkan sinetron (drama2 bersiri Indonesia)..hehe aku pun layan gak kadang2..tapi tak semua la..kalau ada masa baru la tgk..kalau aku ikuti satu2 cerita tuh mesti ada je episode yg aku tertinggal hehee..actually aku x tgk cite Indonesia yg disiarkan kat tv3 or tv9 tuh..sbb waktu disiarkan tuh x ngam ngan waktu aku free hehe..aku selalu tgk yg kt astro..Selepas cite Cinta Melody habiss yg mmg aku rasa citenyer amat best..disambung pula ngan cite Kahwin Masal..lakonan Agnes Monica tuh..cite nih bagi aku amat x best..ntah apa2..merapu meraban je lebih..mcm cite main2..aku x tgk sgt cite nih..sbb cite die mcm bodoh2..grrrrrrr….pastu skrg dh ada cite terbaru iaitu Hingga Akhir Waktu..dlm cite nih ada Marshanda, Asmiranda..pelakon lelaki die aku x kenal..haaha..pelakon perempuan dh best..yang lelaki pula agak kurenngg haha..jln cite aku tak tau..tak sempat tgk episode pertama..lg..nanti tgk ulangan jer..

dulu aku ada gak tgk cite Kemilau Cinta Kamila..tapi kadang2 jer bru tgk..bila free baru tgk..tapi hari tu aku bukak tv cite tuh dh xde..tiba2 je hilang mcm tuh jerr..ingatkan dh hbis..tapi ada yg kata x hbis lg..ramai gak yg komplen tnya kenapa cite tuh tiba2 xde..entahlaaa..sampai hari nih cite tu ghaib ntah ke mana..die main nyorok2 kot..x kisahla..cite tuh pun xde la best sgt pun..

Pastu sekarang Astro perkenalkan pulak pakej Indo Pek..die bagi percuma sebulan..n kat dlm chanel tuh aku layan gak cite Dewi yg ada Baim wong tuh..hehe..die jadi x brp betul dlm cite nih..x hbis2 sebut sita sita je..n satu lgi aku tgk cite Ketika Cinta Bertasbih..hahaha..sementara masih free nih tgk jela..lepas tuh kalau nak kena langgan…mahal tuh..x nak aku..aku sokong drama dan filem tempatan yeahhh…cite Indonesia nih bila2 free baru la tgk kan..



p/s-kan betul ramalan aku Msia kalah dlm perlawanan Bola sepak ngan Singapura tuh..emm masa dpt 1 gol tuh ingatkan ada harapan..tapi minit 71 gol Singapura telah memusnahkan harapan Msia.nak tggu bbrp tahun plak pasni..pemain Msia yg sekarang nih mesti byk dh pencen nak tggu masa tuh hehe..apapun tetap bangga dgn Malaysia..tpi menyampah tul tgk pemain Singapura sengaja lengahkan masa n byk pura2 cedera..cissss…pasni tggu skuad olimpik plak..nak lawan jepun nanti..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017