-->
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan

1 Jan 2019

Penceraian Dan Perkahwinan Artis Malaysia 2018


Sekejap saja dah nak masuk tahun baru 2019 gitu, apa pun jom kita imbas kembali senarai artis Malaysia yang berkahwin pada tahun 2018 ini, ada yang dah dapat anak pun, tahniah diucapkan. Selain itu ada juga beberapa artis Malaysia yang bercerai atas pelbagai sebab. Moga tabah dan semoga tahun 2019 nanti akan memberikan kebahagiaan buat kita semua. Selamat Tahun Baru 2019 buat semua pengunjung dan pembaca blog Miss Banu Story ini ye..

Perkahwinan Artis Malaysia 2018

1) Yuna dan Adam Sinclair (26 Januari 2018)
Perkahwinan Artis Malaysia 2018, Penceraian Dan Perkahwinan Artis Malaysia 2018, Pernikahan Artis Malaysia, Selebriti Malaysia, Penyanyi, Pelakon, Yuna Kahwin, Perkahwinan Yuna dan Adam Sinclair,

2) Shakilla Khoriri dan Fizi Ali (18 Februari 2018)
Perkahwinan Artis Malaysia 2018, Penceraian Dan Perkahwinan Artis Malaysia 2018, Pernikahan Artis Malaysia, Selebriti Malaysia, Penyanyi, Pelakon, Pelakon Shakilla Khoriri Kahwin, Perkahwinan Shakilla Khoriri dan Fizi Ali,

3) Elvina dan Dato Haniff Borhan (18 March 2018)
Perkahwinan Artis Malaysia 2018, Penceraian Dan Perkahwinan Artis Malaysia 2018, Pernikahan Artis Malaysia, Selebriti Malaysia, Penyanyi, Pelakon, Pelakon Elvina Kahwin, Perkahwinan Elvina dan Dato Haniff Borhan,

4) Dynaz Mokhtar dan Shazrik Din (21 April 2018)

5) Rody Kristal dan Niena (26 April 2018)

6) Dato A.Aida dan Ariff Aziz (21 Julai 2018)

7) Nadiyah Shahab dan Ben Ali (10 November 2018)
Perkahwinan Artis Malaysia 2018, Penceraian Dan Perkahwinan Artis Malaysia 2018, Pernikahan Artis Malaysia, Selebriti Malaysia, Penyanyi, Pelakon, Pelakon Nadiyah Shahab Kahwin, Perkahwinan Nadiyah Shahab dan Ben Ali
8) Pekin Ibrahim dan Mona Allen (7 Disember 2018)
Perkahwinan Artis Malaysia 2018, Penceraian Dan Perkahwinan Artis Malaysia 2018, Pernikahan Artis Malaysia, Selebriti Malaysia, Penyanyi, Pelakon, Pekin Ibrahim Kahwin, Perkahwinan Pekin Ibrahim dan Mona Allen,

9) Natasha Hudson dan Noor Nashriq Sekarnor (7 Disember 2018)

10) Kaka Azraff dan Adam Azriff (14 Disember 2018)
Perkahwinan Artis Malaysia 2018, Penceraian Dan Perkahwinan Artis Malaysia 2018, Pernikahan Artis Malaysia, Selebriti Malaysia, Penyanyi, Pelakon, Kaka Azraff Kahwin, Perkahwinan Kaka Azraff dan Adam Azriff,

11) Sasqia Dahuri dan Asyraff Khan (15 Disember 2018)
Perkahwinan Artis Malaysia 2018, Penceraian Dan Perkahwinan Artis Malaysia 2018, Pernikahan Artis Malaysia, Selebriti Malaysia, Penyanyi, Pelakon, Pelakon Sasqia Dahuri Kahwin, Perkahwinan Sasqia Dahuri dan Asyraff Khan,

Penceraian Artis Malaysia 2018

Ziana Zain dan Armin Zaharin

Isma dan Zul 2 By 2

Amelia Henderson dan Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar 

Deja Moss dan Azfendy Azzuddin Ahmad

Nazim Othman dan Bella Dally

Noryn Aziz dan Raja Kamarul Bahrin

Natasha Hudson dan Carleed Khaza
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

27 Sep 2018

Lazada Shopathon Blogger Contest: Session #2

Lazada Malaysia, 2018, Shopathon Sale, Online Shopping, Discount, My Favorite Brands On Lazada, Jenama, Brands, Lazada Shopathon Blogger Contest,
Lazada Shopathon Blogger Contest: Session #2

Lazada Shopathon Blogger Contest kembali lagi untuk sesi kedua dan ini adalah hari terakhir untuk para bloggers sertai contest ini, so jom join ramai - ramai okey. Lazada kembali lagi dengan sale hebat iaitu Shopathon Sale yang akan berlangsung pada hari ini iaitu 27 September 2018. So jangan lepaskan peluang untuk shopping di Lazada pada 27/9 ini okey.

Select three of your favorite brands on Lazada and tell us why you love them. 

1- Apple Store 
iPhone, Apple Store, Jenama, Brand, Jenama Apple, Handphone, Telefon Pintar iPhone, Lazada Malaysia, Online Shopping, Lazada Shopathon Blogger Contest, Shopathon Sale, 2018,
Aku memang dah lama berangan nak memiliki telefon pintar iPhone ini hahaha, rasanya semua pun tahu yang jenama Apple seperti iPhone memang popular, terkenal dan juga mahal. Kalaulah dapat beli iPhone ni mestilah seronok kan, alangkah bagusnya kalau boleh menang apa - apa peraduan dan dapat hadiah Iphone ini secara percuma kan hahaha.

2- Bonia 
Bonia, Bonia Store, Jenama, Jenama Bonia, Brand, Lazada Malaysia, 2018, Shopathon Sale, Beg, Beg Tangan, Purse, Tote Beg, Shoulder Bags, 2018, Lazada Shopathon Blogger Contest,
Aku memang suka dan gemar shopping beg - beg yang designnya cantik dan cun gitu, tak kisahlah clutches ke, shoulder bags ke, Purse ke, Tote Beg ke, asalkan menarik pada pandangan mata aku, memang aku akan beli. Selalunya beg - beg jenama Bonia menjadi kegemaran aku sebab designnya yang unik dan menarik.

3- Whiskas
Whiskas, Makanan Kucing Dry Food, Wet Food, Jenama Whiskas, Brand, 2018, Cat Food, Kucing, Whiskas Junior, Canned Food, Lazada Malaysia, Online Shopping, Shopathon Sale, Lazada Shopathon Blogger Contest, 2018,


















Sebagai seorang pencinta kucing, aku memang akan sentiasa shopping barang - barang makanan kucing kesayangan aku ni. Tak kisahlah sama ada wet food atau pun dry food, jenama Whiskas memang jadi pilihan hati gitu. Plus kucing aku sendiri pun memang suka makanan jenama Whiskas ni yang ada pelbagai pilihan makanan yang boleh dipilih.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

29 Jun 2018

Shopping Di Lazada

Lazada Malaysia, Membeli - Belah Di Lazada, Shopping Di Lazada, Voucher, Barang, Cat Cage, Botol Air, Digital Thermometer,
Shopping Di Lazada

Baru - baru ini ada shopping di Lazada menggunakan voucher hasil dari menang Lazada Birthday Festival Blogger Contest hari tu. Setakat ni dah guna dua Voucher yang bernilai RM30 Setiap satu untuk membeli barang - barang di atas. Barang pertama yang aku beli adalah cat cage (NaVa 49CM Pet Cat Dog Double Door Indoor Foldable Cage with Large Plastic Base Plate (PINK). Awalnya aku ingatkan cat cage tersebut kecil saja sebab harganya murah tapi bila dah dapat memang puas hati, besar juga, cantik dan warna pink gitu. Barang kedua yang aku beli adalah botol air (LAVA Plastic Water Bottle Tumbler With Straw 2L TB419) Botol air yang aku beli tu warna biru, besar juga, nasib baik tak beli yang warna purple tu sebab besar sangat hehe. Last sekali aku beli Digital Thermometer (FITCHAMP: Accurate Mini Digital Thermometer For Body Temperature). Sekarang ni masih ada lagi 2 voucher yang belum digunakan lagi sebab aku masih tercari - cari barang apa yang nak beli lagi.

Ingatkan nak beli juga Maggi Hot Mealz tapi tak boleh beli guna Voucher mahu pun bayar guna cara C.O.D (Cash On Delivery) la pulak, dekat kedai sini payah nak jumpa Maggi Hot Mealz tu hehe..
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

7 Feb 2018

Sinopsis Filem Bukan Cinta Malaikat

Filem Bukan Cinta Malaikat, Filem Melayu, Movie, Filem, Malay Movie, Sinopsis Bukan Cinta Malaikat, Pelakon Indonesia, Pelakon Malaysia, Cinta, Sweet, Pelakon Filem Bukan Cinta Malaikat, Nora Danish, Fachri Albar, Ashraf Muslim, Donita, Dewi Irawan, Dynas Mokhtar, Afida Es, 2018, Poster Filem,
Sinopsis Filem Bukan Cinta Malaikat Lakonan Nora Danish

Filem Bukan Cinta Malaikat sudah pun ditayangkan di pawagam pada 25 Januari 2018 yang lalu. Walaubagaimanapun filem ini sudah pun ditayangkan di Indonesia terlebih dahulu pada iaitu Julai 2017, malah filem ini turut menggabungkan pelakon Malaysia dan juga pelakon Indonesia. Antara Pelakon Filem Bukan Cinta Malaikat ini adalah Nora Danish, Fachri Albar, Ashraf Muslim, Donita, Dewi Irawan, Dynas Mokhtar, Afida Es, dan ramai lagi. Filem ini bergenre drama dan diarahkan oleh Aziz M. Osman. Filem ini turut shooting di lokasi - lokasi menarik di Madinah, Jeddah, Indonesia dan juga Malaysia serta diilhamkan dari kisah benar. Jalan cerita filem ini nampak menarik dan aku juga suka dengan poster filem ni sebab nampak cantik gitu. Apa pun jom tengok sinopsis Filem Bukan Cinta Malaikat di bawah ini, selamat membaca okey..

Sinopsis Filem Bukan Cinta Malaikat

Filem Bukan Cinta Malaikat, Filem Melayu, Movie, Filem, Malay Movie, Sinopsis Bukan Cinta Malaikat, Pelakon Indonesia, Pelakon Malaysia, Cinta, Sweet, Pelakon Filem Bukan Cinta Malaikat, Nora Danish, Fachri Albar, Ashraf Muslim, Donita, Dewi Irawan, Dynas Mokhtar, Afida Es, 2018,















Apa yang bakal berlaku seterusnya?  sinopsis di atas credit to URTV
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

12 Jan 2018

SEJARAH ASEAN

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), ASEAN History, Sejarah ASEAN, Sejarah, History, Deklarasi ASEAN, 8 Ogos 1967, 10 Negara Anggota ASEAN, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja, ASEAN 50,
Sejarah ASEAN 

Hari ini jom belajar Sejarah sikit hehehe, rindu pula dengan subjek Sejarah masa sekolah dulu - dulu hehe. Jom kita ketahui serba sedikit mengenai Sejarah ASEAN ini okey. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) mula dibentuk dengan penubuhan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia atau ASA) yang dianggotai oleh FilipinaMalaysia dan Thailand pada tahun 1961. ASA merupakan asas kepada pembentukan ASEAN sekarang. pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin - Menteri Luar IndonesiaFilipinaMalaysiaSingapura dan Thailand (Adam Malik, Narciso R. Ramos, Tun Abdul RazakS. Rajaratnam dan Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar di Bangkok, Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai "Deklarasi ASEAN".  Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudian barulah ASEAN menerima anggota baharu. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995. Laos dan Myanmar menjadi anggota dua tahun kemudiannya, iaitu pada 23 Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos, negara itu terpaksa menangguh disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.

Gambar di atas credit to Harian Metro.
Sumber: Wikipedia
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

16 Okt 2017

Top 5 Akademi Fantasia Megastar 2017

Top 5, Finalis AF Megastar, 2017, Akademi Fantasia Megastar, Amir, Amir Jahari, Tersingkir, Semi Final, Konsert, Separuh Akhir, Bintang AF, Nyanyian, Penyanyi, Astro, Lagu Best, Lagu Solo, Lagu Duet, Idayu, Bob, Marsha, Syamel, Shahir, Guest Artist, Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Azharina, Black Hanifah, Awi Rafael,
Top 5 dan Finalis AF Megastar

Assalammualaikum..
Selesai sudah Konsert Separuh Akhir AF Megastar ini dan keputusan mengenai Finalis / Top 5 turut diketahui umum serta menyaksikan Amir dan Amir Jahari tersingkir. Finalis AF MEGASTAR 2017 adalah Idayu, Bob, Marsha, Syamel dan Shahir. Separuh Akhir Konsert AF Megastar berlangsung dengan meriah dan diserikan dengan kehadiran penyanyi hebat seperti Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Dayang Nurfaizah, Azharina, Awi Rafael, Black Hanifah dan ramai lagi yang akan berduet dengan para peserta. Ada 2 lagu tugasan untuk peserta iaitu lagu solo dan lagu duet manakala Dato M.Nasir menjadi juri jemputan untuk minggu ini. Antara kejutan yang berlaku di minggu semi final ini adalah apabila Dato Ramli M.S dan Dato M.Nasir memberikan standing ovation pada Idayu selepas selesai membuat persembahan untuk lagu duet. Malah Idayu juga disuruh oleh Dato Ramli MS untuk menyanyikan lagu Raya Dato M. Nasir untuk menguji Idayu dan selepas itu Idayu mendapat standing ovation. Apa pun memang sedap suara Idayu nyanyi lagu raya tu hehehe, masa final nanti konform lagi sengit ni. Bob juga turut mendapat komen positif dan pujian dari Dato Ramli MS dan Dato M.Nasir. Tapi bila Bob berduet dengan Dayang Nurfaizah tu, nampak suara Bob tenggelam sikit sebab suara Dayang sangat powerful

Minggu lalu dan minggu ini nampak Syamel sedikit tenggelam tapi suara Syamel tetap sedap manakala Amir dan Amir Jahari seperti salah pilih lagu dah. Marsha seperti biasa sentiasa konsisten manakala Shahir pula buat pertama kalinya menyanyikan lagu english secara berduet dengan Awi Rafael. Di minggu suku akhir yang lalu, kelihatan Bob mendapat markah tertinggi namun di pusingan separuh akhir ini, Idayu pula yang mendapat markah tertinggi. Manakala Marsha dan Syamel juga pernah mendapat markah tertinggi. Kelihatan persaingan untuk merebut gelaran juara AF Megastar sangat sengit okey, sebab siapa - siapa saja akan menang. Apa - apa pun untuk minggu semi final ini kelihatan Idayu dan Bob memang all out. Aku harap di konsert akhir AF Megastar ini nanti, semua peserta akan pilih lagu yang tepat serta all out. Agak - agak korang siapa yang akan jadi juara AF Megastar nanti??. Pilihan aku mestilah Bob dan Idayu.

Keputusan Markah Juri dan Undian Di Konsert Separuh Akhir AF Megastar
Keputusan, Result, Markah Juri, Undian Peminat, Konsert Separuh Akhir AF Megastar, Top 5, Finalis AF Megastar, 2017, Akademi Fantasia Megastar, Amir, Amir Jahari, Tersingkir, Semi Final, Konsert, Separuh Akhir, Bintang AF, Nyanyian, Penyanyi, Astro, Lagu Best, Lagu Solo, Lagu Duet, Idayu, Bob, Marsha, Syamel, Shahir, Guest Artist, Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Azharina, Black Hanifah, Awi Rafael,
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

30 Ogo 2017

Final Bola Sepak Sukan SEA KL2017 - Thailand Menang

Final, Sukan, Perlawanan Akhir, Bola Sepak, Lelaki, SEA GAMES, Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017, KL2017, Gol, Gawang, Pintu Gol, Thailand Menang,Pingat Emas, Malaysia, Pingat Perak, Indonesia, Pingat Gangsa, Jaringan Gol, Penjaga Gol Malaysia, Haziq Nadzli, Kalah,
Final Bola Sepak Sukan Sea KL2017 Dimenangi Thailand

Assalammualaikum..
Nampaknya nasib tak menyebelahi Malaysia di perlawanan akhir Bola Sepak Lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila kalah tipis dengan Thailand 1 - 0. Lebih ironinya apabila gol kemenangan Thailand sebenarnya dijaringkan secara tak sengaja oleh penjaga Gol Malaysia iaitu Haziq Nadzli. Tak dinafikan ada yang menyalahkan penjaga gol malaysia tersebut tapi kesian juga pada Haziq itu sebab dia tak sengaja, malah dia juga telah banyak menyelamatkan pintu gol Malaysia dari dibolosi lebih banyak gol dari Thailand. Tiada rezeki Malaysia untuk menang pingat Emas dan hanya dapat pingat perak. Manakala Indonesia mendapat pingat Gangsa. Berbalik pada perlawanan MAS VS THAI ini dapat dilihat Thailand banyak melancarkan serangan berbahaya di pintu Gol Malaysia, memang mendebarkan. Malah Malaysia juga mempunyai beberapa peluang untuk mendapatkan gol tapi asyik tak masuk sebab kena palang gol dan sebagainya hehehe. Apa pun Malaysia dah berusaha sebaik mungkin dan tahniah buat Thailand. Tahniah juga buat Team Malaysia kerana berjaya menjadi juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
                                Final, Sukan, Perlawanan Akhir, Bola Sepak, Lelaki, SEA GAMES, Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017, KL2017, Gol, Gawang, Pintu Gol, Thailand Menang,Pingat Emas, Malaysia, Pingat Perak, Indonesia, Pingat Gangsa, Jaringan Gol, Penjaga Gol Malaysia, Haziq Nadzli, Kalah,
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

27 Ogo 2017

Bola Sepak Sukan SEA KL2017 - Malaysia Ke Final

Sukan SEA Ke 29, SEA GAMES, KL2017, Kuala Lumpur 2017, Sukan SEA KL2017, Bola Sepak, Semi Final, Separuh Akhir, Malaysia VS Indonesia, MAS VS INA, Gol, N. Thanabalan, Penjaring Gol, Malaysia Ke Final, Indonesia Kalah, Thailand, Indonesia, Myanmar, Malaysia VS Thailand, Final, Pemenang, Pingat Emas, Gold Medal,
Bola Sepak Sukan SEA KL2017 - Malaysia Ke Final Bertemu Thailand

Assalammualaikum..
Berlangsung sudah separuh akhir Bola Sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang menyaksikan Malaysia menentang Indonesia dan berkesudahan dengan Malaysia menang 1-0 ke atas Indonesia. N. Thanabalan menjadi hero pasukan Bola Sepak Malaysia apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan di minit ke 87 dan melayakkan Malaysia untuk ke Final Bola Sepak Sukan SEA KL2017 untuk bertemu dengan Thailand. Thailang juga telah berjaya mengalahkan Myanmar di separuh akhir dan akan bertemu Malaysia di final bagi merebut pingat emas untuk acara Bola Sepak ini pada 29 Ogos 2017 nanti. Memang agak sukar juga untuk mengalahkan Indonesia, di minit - minit terakhir, baru ada gol, ternyata selepas tamat perlawanan, kelihatan pasukan bola sepak Indonesia sangat kecewa dengan kekalahan mereka itu.
Sukan SEA Ke 29, SEA GAMES, KL2017, Kuala Lumpur 2017, Sukan SEA KL2017, Bola Sepak, Semi Final, Separuh Akhir, Malaysia VS Indonesia, MAS VS INA, Gol, N. Thanabalan, Penjaring Gol, Malaysia Ke Final, Indonesia Kalah, Thailand, Indonesia, Myanmar, Malaysia VS Thailand, Final, Pemenang, Pingat Emas, Gold Medal,
Walaubagaimanapun kelihatan beberapa pemain bola sepak Malaysia memujuk serta menenangkan beberapa pemain Indonesia yang kelihatan sangat sedih. Kat sini nampaklah semangat kesukanan antara dua negara ini, semua pemain di kedua - dua negara nampak profesional dan saling hormat - menghormati gituApa pun tahniah buat Malaysia, moga pingat emas menjadi milik Malaysia di final nanti. Aminnnn..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

9 Apr 2017

Final Badminton Terbuka Malaysia 2017 - Chong Wei VS Lin Dan

(Final Impian) Lee Chong Wei Bertemu Lin Dan Di Final Badminton Terbuka Malaysia 2017 (Perseorangan Lelaki), Chong Wei vs Lin Dan, Juara Terbuka Malaysia 2017, Pemenang,
(Final Impian) Lee Chong Wei Bertemu Lin Dan Di Final Badminton Terbuka Malaysia 2017 (Perseorangan Lelaki)

Final impian antara dua seteru utama badminton dunia Datuk Lee Chong Wei dan pemain China, Lin Dan akhirnya menjadi kenyataan pada Kejohanan Terbuka Malaysia 2017.
Chong Wei, 34, kini hanya selangkah untuk menambah koleksi kemenangan ke-12 acara perseorangan lelaki ketika Lin Dan pula mencari kejuaraan sulung di Terbuka Malaysia.
Di hadapan lebih 4,000 penonton, Chong Wei yang kini berada pada ranking pertama dunia, mara apabila mudah menewaskan pemain Hong Kong, Vincent Wong pada aksi separuh akhir di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, dekat sini.
Chong Wei menang 21-12, 21-9 dalam tempoh 40 minit, sekali gus menempah pertemuan dengan Lin Dan yang melayakkan diri lebih awal selepas menundukkan Son Wan Ho dari Korea Selatan, 27-25, 19-21, 21-16.
Sebagai rekod, Chong Wei hanya menang 12 kali daripada 37 pertemuannya dengan Lin Dan dengan pemain utama negara menang dalam tiga pertembungan terakhir termasuk di separuh akhir Sukan Olimpik Rio, Ogos lalu.
Stadium Perpaduan bukan asing buat Chong Wei kerana pada 2006 beliau menewaskan Lin Dan dalam pertarungan sengit apabila bangkit ketika ketinggalan 13-20 di set penentuan sebelum menang 23-21 dan menamatkan perlawanan dengan 21-18, 18-21, 23-21, untuk gelaran ketiga berturut-turutnya.
Chong Wei berkata pertemuan dengan Lin Dan hari ini merupakan ulangan perlawanan akhir antara mereka 11 tahun lalu di tempat dan kejohanan yang sama.
"Ia adalah perlawanan yang ditunggu-tunggu dan saya berjanji untuk mempamerkan aksi terbaik esok untuk semua peminat di sini," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan tersebut.
Beliau juga mengakui bekas juara dunia dan Olimpik itu turut memberi persembahan yang baik dalam aksi separuh akhir menentang Wan Ho.
"Saya harap dapat beri persembahan terbaik dan turut berharap penyokong datang beramai-ramai memberi sokongan kepada saya," katanya. - Sumber

- Wow memang tak sabar nak tunggu perlawanan epik antara Dato Lee Chong Wei dan Lin Dan. Agak - agaknya siapalah yang akan menang nanti kan?. Lin Dan memang teringin nak menang Terbuka Malaysia ini buat kali pertama, manakala Chong Wei pula mestilah nak menang di tempat sendiri betul tak! hehehe. Apapun nanti aku update keputusan perlawanan antara mereka di entry ini nanti ye..

Keputusan Perlawanan Final Badminton Terbuka Malaysia 2017

Nampaknya nasib tak menyebelahi Dato Lee Chong Wei apabila tewas kepada Lin Dan dalam 2 game iaitu 19:21 dan 14:21. Dato Lee Chong Wei gagal mencari kejuaraan ke 12 nya untuk Terbuka Malaysia ini. Manakala Lin Dan pula, pertama kali menjadi Juara / Pemenang Terbuka Malaysia walaupun sudah beberapa kali ke Final. Apa pun harap lepas ni Chong Wei dan Lin Dan akan bertemu lagi di kejohanan Badminton yang lain.
Read More »

23 Jan 2017

Senarai Pemenang AJL31

Lagu Lelaki Teragung Nyanyian Dayang Nurfaizah Menang Anugerah Juara Lagu Ke - 31

Assalammualaikum..
Tahniah Buat Dayang Nurfaizah kerana menang AJL31 yang disiarkan secara langsung di TV3 malam tadi. Lagu Lelaki Teragung yang juga menjadi lagu tema / OST Drama 7 Hari Mencintaiku dinobatkan sebagai Juara di AJL31. Ketika menyampaikan lagu Lagu Teragung itu, suara dan vokal Dayang Nurfaizah memang sangat memukau sehingga mendapat standing ovation dari penonton. Tak hairan lah bila Dayang Nurfaizah turut membawa pulang Anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 31 dan mengekalkan rekod cemerlangnya sebagai pemenang Vokal Terbaik selama 3 tahun berturut - turut. Pengacara / Hos untuk AJL31 ini terdiri daripada Fizie, Fara Fauzana, Awal Ashaari dan Sarimah Ibrahim. Semua Finalis AJL31 memberikan persembahan yang best dan vokal yang terbaik.
                                          
Lagu Terimaku Seadanya nyanyian Hafiz Suip dan Misha Omar menjadi Naib Juara / Tempat Kedua dalam Anugerah Juara Lagu 31, Lagu ini juga pernah menjadi lagu tema / OST untuk Drama Uda dan Dara yang disiarkan di Astro dulu. Tak sangka juga lagu ni boleh jadi naib juara sebab persaingan sengit kan, tapi dah penyanyinya pun awsome kan, so haruslaa menang hehehe.
Lagu kegemaran ramai iaitu lagu Sudah ku Tahu nyanyian Projektor Band mendapat tempat ketiga dalam AJL31 ini. Percubaan sulung mereka dalam Anugerah Juara Lagu ini ternyata membuahkan hasil, Tahniah buat mereka.
Persembahan Terbaik AJL31 menjadi milik kumpulan Khalifah dengan lagu popular mereka Hang Pi Mana. Persembahan diorang juga menarik sebab ada ciri - ciri tradisional gitu, siap ada macam kumpulan dikir barat gitu, plus dengan 3 ekor ayam atas pentas tu hehe. Personally selain persembahan kumpulan Khalifah ni, aku juga suka dengan persembahan Hazama yang agak kreatif juga. Itulah serba sedikit tentang Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 31. Lagu favourite korang menang ke tak? Tahniah buat semua finalis dan pemenang AJL31. 
Read More »

26 Dis 2016

Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu Lakonan Janna Nick
Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Biar Aku Jadi Penunggu akan disiarkan pada 26 Disember ini menggantikan Drama 7 Hari Mencintaiku yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Ashraf Muslim, Janna Nick, Miera Liyana, Fahmy Reza, Shah Iskandar, Octovia Manrose, Nik Adam Mika, Azar Azmi, Ziha Salleh, Wilma Muhammad, Sharifah Shahora, Mahmod Ali Bashah dan ramai lagi. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Biar Aku Jadi Penunggu karya Novelis Arsha. Mampukah drama Biar Aku Jadi Penunggu ni mengulangi kejayaan drama 7 Hari Mencintaiku, sama - sama kita tunggu k. Jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Ifaat Hamani dan Afeef Adwan ialah sahabat baik sejak di bangku sekolah lagi. Apabila Afeef mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di luar negara, ibunya telah meletakkan syarat agar Afeef mengakhiri zaman bujangnya terdahulu sebelum dia ke luar negara. Akibat terdesak, Afeef terpaksa menggunakan Ifaat sebagai batu loncatan. Sanggupkah Ifaat menerima lamaran Afeef dan menunggu kepulangannya? Biar Aku Jadi Penunggu mengisahkan Ifaat Hamani (Janna Nick) yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan (Ashraf Muslim) dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara. Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki. Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi. Oleh itu, Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat. Hati Ifaat benar-benar terguris dengan apa yang telah terjadi. Dia menyambut kepulangan suaminya itu dengan dingin. Segala kasih sayangnya telah hapus apabila dia mengenangkan perbuatan suaminya yang menyakitkan hati itu. 

Sikap dingin Ifaat membuat Afeef berasa jauh hati dengan isterinya, lebih-lebih lagi apabila Ifaat sentiasa mengungkit sikap Afeef yang tidak setia dan suka mungkir janji. Ifaat dan Afeef sering bertengkar dan juga tidak bersependapat kerana masing-masing mempunyai ego yang tinggi dan langsung tidak mahu mengalah. Ifaat juga tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini. Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati. Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.
Namun, mampukah Afeef memujuk hati Ifaat yang telah dilukainya itu?

Lagu Tema / OST Biar Aku Jadi Penunggu
Menanti Janji nyanyian - Ronnie Hussein
Read More »

6 Dis 2016

Kedudukan Markah Final Gegar Vaganza 2016 (GV3)

Azharina Juara Gegar Vaganza Musim Ketiga

Pentas Akhir Gegar Vaganza Musim Tiga berlangsung dengan sengit kerana persembahan dari setiap peserta yang sangat memukau. Azharina Azhar yang dinobatkan sebagai Juara pertandingan akhir Gegar Vaganza Musim Ketiga dengan kutipan markah keseluruhan sebanyak 82.4 berjaya menewaskan lima peserta akhir iaitu Ameng, Intan Sarafina, Siti Sarah, Zarul dan Gmie sekali gus berjaya membawa wang tunai sebanyak Rm100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian Eropah, trofi dan peluang rakaman sebuah single baru terbitan Astro. Manakala Siti Sarah yang merangkul tempat kedua dengan 76.3 markah  dan juga memenangi Persembahan Pilihan Penonton yang turut membawa pulang wang tunai sebanyak Rm5000. Zarul yang menduduki tangga ketiga dengan markah sebanyak 73.1 dan diikuti dengan Ameng dengan markah 54.3, Intan Sarafina dengan 52.8 markah dan di tempat ke-6, Gmie dengan kutipan markah 52.1." (Sumber)..
Gambar Throwback ketika Azharina di Final Bintang RTM 2001

Dari awal aku dah agak yang Azharina akan jadi juara n aku pun memang suka dengan suara die. Tapi bila die bercakap memang nampak pelik sikit sebab suara die besar tapi bila die menyanyi memang woww sedap suara die. Ikutkan Masa Azharina masuk Bintang RTM 2001 tu sekali dengan Siti Sarah, Misha Omar dan Farawahida aku ada tengok hehe. Ketika tu aku heran dengan juri bila Misha tak masuk dalam top 3, apapun tu semua kisah lama kan. Berbalik pada GV2016 ni memang semua finalis best2 dan agak terkejut gak bila Gmie dapat nombor 6 dan aku rasa ni mesti sebab Battle Round tu. Apapun rezeki masing2 kan. Moga semua finalis terus menyinar selepas GV2016 ni tamat.
Read More »

4 Dis 2016

#MyTravelokaEscapade : Percutian Idamanku Di Pulau Langkawi

#MyTravelokaEscapade : Percutian Idaman Di Pulau Langkawi

Assalammualaikum..
Dalam dok fikir2 dan pilih tempat kat mana nak bercuti kalau Traveloka tunaikan impian aku ni, terdetik dihati nak pilih Langkawi. Yela nama je duduk Malaysia tapi belum berkesempatan menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi yang sememangnya terkenal sebagai tempat tumpuan pelancong dan juga tempat percutian yang menarik. So kalau Traveloka tunaikan impian aku ni memang shopping sakanlah nanti sambil - sambil bercuti gitu. Bagi yang belum tahu Traveloka ni apa, ataupun mungkin korang dah pernah dengar tentang Traveloka ni, cuma tak ambil tahu jer, so meh sini ramai2 aku terangkan pasal Traveloka ni. Traveloka ni adalah satu website online yang memudahkan pengguna membuat pesanan untuk tempahan hotel dan tiket penerbangan. So lepas ni korang dah tak perlu nak buat pesanan ataupun tempahan hotel dan tiket penerbangan secara berasingan dah. Memang sangat senang dan mudah, sebab kita boleh lakukan kedua-duanya sekali. So kalau korang nak bercuti lepas ni atau nak ke mana-mana saja, jangan lupa menggunakan perkhidmatan Traveloka ni okey sebab ianya murah dan korang juga dapat berjimat, disamping tiada caj tersembunyi dimana apa yang korang lihat adalah apa yang korang bayar. Antara manfaat menggunakan Traveloka adalah seperti Transaksi dalam talian yang selamat, hasil carian yang paling meluas, TravelokaQuik - tempahan cara terpantas, khidmat pelanggan 24/7 (hubungi pada bila - bila masa saja) dan banyak lagi. Jadi kalau korang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Traveloka ni bolehla ke sini ⏩⏩ http://www.traveloka.com.my/ dan juga menggunakan hashtag #MyTravelokaEscapade untuk memudahkan pencarian korang tu nanti.
Aku memilih Pulau Langkawi kerana kat situ ada banyak tempat - tempat menarik dan juga tempat bersejarah gitu. So sebagai bekas pelajar Jurusan Sejarah sememangnya Pulau Langkawi akan menjadi pilihan aku kerana di situ sangat banyak sejarahnya disamping mitos dan lagendanya yang tersendiri dan unik. Kalau tengok nama - nama tempat sekitar Langkawi tu pun unik - unik belaka kerana setiap nama tempat di sekitar Pulau Langkawi itu ada mitos dan kisahnya yang tersendiri. Kat bawah ni aku senaraikan sebab dan juga tempat - tempat menarik di Pulau Langkawi yang akan aku lawati sekiranya aku berpeluang untuk ke sana.

1) Pekan Kuah
Kat pekan Kuah ni lah terdapat Jeti, Feri, Dataran Lang dan yang paling best mestilah boleh shopping sebab ianya merupakan tempat membeli - belah bebas cukai dan bila dah bebas cukai mestilah barang - barang tu lebih murah dari biasa kan. Kat sini haruslah beli Coklat banyak - banyak kan hehe, Set Pinggan Mangkuk juga memang popular kat sini dan juga Minyak Gamat.
2) Pantai Cenang
Kalau bercuti kat Pulau Langkawi tu memang tak seronoklah kalau tak ke pantai yang cantik - cantik tu. Antara pantai yang terkenal dan sering dikunjungi ramai adalah pantai Cenang. So mestilah aku pun akan singgah kat pantai ni dan jalan - jalan kat tepi pantai gitu. Kat pantai Cenang ni gak terdapat banyak restoran dan Resort yang memudahkan pelancong untuk makan dan juga menginap. Selain pantainya yang terkenal, ada juga aktiviti water sport yang boleh dicuba gitu. Tapi rasanya aku tak berani lah kot nak cuba aktiviti water sport tu hehe, dapat jalan - jalan tepi pantai pun dah cukup bagi aku hehehe.
3) Island Hopping
Aku juga teringin nak melawat 3 pulau utama yang lain di Langkawi ni dengan menaiki Bot iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah. Bila dah sampai kat Pulau Dayang Bunting tu harus lah ke Tasik Dayang Bunting yang popular tu, bertambah menarik bila kita tahu mitos dan lagendanya yang tersendiri mengenai Tasik Dayang Bunting ni. 
4) Makam Mahsuri
Kat Pulau Langkawi ni memang tak sah kalau tak melawat Makam Mahsuri ni betul tak?. Lagipun dari sekolah lagi kita dah diajar tentang kisah lagenda Mahsuri ni, darah putih serta sumpahan Mahsuri. So mestilah aku tak kan lepaskan peluang untuk melihat sendiri Makam Mahsuri ni. Tambahan lagi aku memang penggemar cerita - cerita berkaitan sejarah ni semua.
5) Cable Car Langkawi
Teringin juga nak merasa naik kereta Kabel / Cable Car Langkawi ni, disamping dapat menikmati panorama dan pemandangan indah gitu. Sebelum ni asyik naik Cable Car Bukit Bendera yang ada kat Pulau Pinang ni jer, sekali sekala nak merasa gak naik Cable Car Langkawi pula.
6) SkyBridge
Pastu mestilah aku teringin nak berjalan - jalan kat SkyBridge ni yang merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan 2 puncak bukit yang mana kat sini akan memudahkan pengunjung untuk berjalan dan melihat pemandangan secara 360 darjah dan SkyBridge ni juga antara jambatan melengkung terpanjang di dunia. Untuk ke SkyBridge ni, kena naik kereta kabel dulu, jadi bila dah sampai kat jambatan ni boleh berselfie, berwefie sepuas hati.
7) Telaga Air Hangat
Telaga Air Hangat adalah tempat yang best untuk dilawati, dikatakan Kolam Air Panas ni dapat merawat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit kulit. Kat sini memang syok berendam di dalam kolam air panas ni sambil bersantai - santai gitu. Tempat ini juga mempunyai kisah lagendanya yang unik sekali.
8) Laman Padi
Kat Laman Padi ni, aku boleh merasai pengalaman dalam sawah padi yang betul disamping menikmati suasana kampung gitu. Maklumlah kat Penang ni susah dah nak jumpa padi, sawah mahupun kampung, semuanya bangunan tinggi- tinggi jer ada hehe. Sambil - sambil tu boleh gak ke Muzium Padi yang ada kat situ dan boleh juga belajar sikit tentang proses tradisi pemprosesan padi tu. Kat Laman Padi ni juga ada Seashells Restaurant yang terkenal dengan makan malam di tengah sawah gitu, istimewa betul kan..
9) Langkawi Wildlife Park
Dah nama pun bercuti kan, jadi haruslah ke sini yang merupakan Taman Hidupan Liar yang ala - ala mini zoo gitu. Disebabkan aku ni memang jenis yang sangat sukakan binatang, mestilah aku tak sabar untuk ke Bird Paradise yang mana kat sini terdapat pelbagai jenis spesies burung yang jinak yang boleh disentuh dan diberi makan. Woww best kan, seronok layann binatang - binatang comel dan jinak ni.
10) Air Terjun Telaga Tujuh
Di samping terkenal dengan mitosnya yang tersendiri, ianya juga adalah satu destinasi mandi air terjun yang menarik untuk aku lawati gitu. Dikatakan air terjun ini dinamakan telaga tujuh kerana di sepanjangnya terdapat kawasan tadahan kecil yang berbentuk seakan - akan telaga yang terbentuk secara semulajadi. Memang antara tempat menarik yang harus dilawati ni.

Tak sangka dah 10 tempat aku senaraikan hehehe, ikutkan ada banyak lagi tempat menarik yang ada kat Pulau Langkawi ni. Tapi cukuplah 10 tu, ni pun dah banyak sangat dah ni hehehe.
Kalau korang teringin nak bercuti di tempat pilihan masing - masing, apa kata korang join contest yang Traveloka buat ni, kot -kot ada rezeki ker kan, untung - untung boleh gi bercuti kan. Korang hanya perlu klik link ni ➔ https://blog.traveloka.com/en/online-contest/ untuk korang join contest yang dianjurkan oleh Traveloka ni. Jom ramai - ramai meriahkan kontest Traveloka ni, hadiah pun boleh tahan lumayan tu. Lastly terimalah pantun daripada aku untuk semua hehehe.

Berjalan - jalan ke rumah Mak Wan,
Berehat Sekejap diatas Titi
Langkawi Jadi Destinasi Pilihan,
Traveloka pula mestilah pilihan hati
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017