-->
Memaparkan catatan dengan label Anugerah Juara Lagu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anugerah Juara Lagu. Papar semua catatan

28 Nov 2022

Finalis Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37)

Finalis AJL37, Finalis Anugerah Juara Lagu 37, ajl37, 12 Lagu Yang Layak Ke AJL37, Anugerah Juara Lagu 37, Anugerah Vokal Terbaik,

Akhirnya terjawab sudah teka - teki mengenai lagu manakah yang akan ke Anugerah Juara Lagu 37 #AJL37 yang akan berlangsung pada 12 Februari 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil. Aku pun tengok juga semi final Muzik Muzik 37 yang berlangsung selama 2 hari tu sebab ada 30 lagu n penyanyi yang berentap pun semuanya best - best belaka. Ikutkan susah nak teka 12 lagu yang akan terpilih tu, apa pun aku nampak persaingan sengit untuk anugerah vokal terbaik AJL37 tu sebab ada Ernie Zakri, Aina Abdul, Dayang Nurfaizah dan juga Marsha. Namun peserta lain pasti akan memberi saingan hebat sebab semua peserta ada suara yang sedap dah hebat - hebat belaka. Apa pun good luck untuk semua finalis AJL37. Jadi jom tengok senarai 12 lagu yang layak ke AJL37 di bawah ini okey..
Senarai lagu layak ke Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37):

Anugerah Terindah
Penyanyi : Alif Satar
Lirik : Alif Satar, Shah Shamshiri & Romeo
Komposer : Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis

Debu 
Penyanyi : Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
Lirik : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim
Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim

Korban
Penyanyi : Ernie Zakri
Lirik : Ernie Zakri
Komposer : Ernie Zakri

Bahagiakan Dia
Penyanyi : Liza Hanim & Shila Amzah
Lirik : Aliff Iskandar & Que Afiq
Komposer : Aliff Iskandar

Satu Malam Di Temasek
Penyanyi : Joe Flizzow & Sonaone
Lirik : Joe Flizzow & Sonaone
Komposer : Sonaone

Kembali Terang
Penyanyi : Marsha Milan
Lirik : Senna
Komposer : Senna & Ajin

Terus Hidup
Penyanyi : Aina Abdul
Lirik : Aina Abdul
Komposer : Aina Abdul

Nang
Penyanyi : Iman Troye
Lirik : Ezra Kong & A.ramle
Komposer : Ezra Kong & A.ramle

Payung Pelangi
Penyanyi : Noki & Mk
Lirik : Noki & Mk
Komposer : Noki & Mk

Sengsara
Penyanyi : Khai Bahar
Lirik : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K
Komposer : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K

Irama
Penyanyi : Shiha Zikir
Lirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves
Komposer : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

Mainan
Penyanyi : Naim Daniel
Lirik : Arisz Ab Rahman
Komposer : Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewanga



Read More »

12 Feb 2018

Lagu Jampi Menang AJL32

Finalis AJL32, Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 32 (#AJL32), Senarai Pemenang AJL32, Lagu Best, Nyanyian, Penyanyi, Salma, Altimet, Ara, Khai Bahar, Wani Hasrita, Syamel, Ernie Zakri, Hael Husaini, Hazama, Azmi Caliph Buskers, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli, Hos AJL32, Alif Satar, Sherry Al - Hadad, TV3, Lagu Jampi Menang Besar,
Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 32 (#AJL32)

Rasanya ramai yang menonton Anugerah Juara Lagu Ke -32 / AJL32 semalam kan?. Tahniah buat Hael Husaini kerana lagu nyanyiannya dan juga lagu ciptaannya menang besar semalam. Rasanya semua finalis AJL32 memberikan persembahan yang terbaik, vokal semua memang mantap - mantap. Apa pun agak kesian juga pada Ara Johari kerana tidak sihat pada hari pertandingan, jadi memang kelihatan jelas suaranya serak dan pecah tapi still maintain menyanyi. Aku juga susah nak ramal siapa yang akan menang Anugerah Vokal Terbaik itu sebab calon pemenang memang ramai hahaha. Aku rasa antara vokal yang paling memukau untuk AJL32 ini adalah Dayang Nurfaizah, Salma, Syamel & Ernie Zakri, Hael Husaini dan ramai lagi. Tapi ternyata tuah memihak pada gandingan Syamel dan Ernie Zakri untuk lagu Aku Cinta. Aku juga dengan persembahan Stacy yang membuat persembahan pembukaan AJL32 dengan lagu - lagu popularnya seperti lagu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang. Bagi aku persembahan lagu - lagu Pop Yeh Yeh yang disampaikan oleh Dato A Rahman Hassan, Dato Awie, Siti Sarah dan Dato Jeffrydin memang best giler hahaha, memang penonton dekat stadium tu pun layan habis siap bergoyang sekali dan menari hahaha.
Finalis AJL32, Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 32 (#AJL32), Senarai Pemenang AJL32, Lagu Best, Nyanyian, Penyanyi, Salma, Altimet, Ara, Khai Bahar, Wani Hasrita, Syamel, Ernie Zakri, Hael Husaini, Hazama, Azmi Caliph Buskers, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli, Hos AJL32, Alif Satar, Sherry Al - Hadad, TV3, Lagu Jampi Menang Besar,
Memang sekali sekala dengar lagu Pop Yeh Yeh ni boleh buat rasa terhibur gitu, idea TV3 nak selitkan lagu Pop Yeh Yeh ini memang terbaik, malah pemilihan penyanyi pun best. Pujian juga buat Hos AJL32 ini iaitu Alif Satar dan Sherry Al -Hadad yang serasi, spontan, best dan lawak. Apa pun jom tengok Senarai Pemenang AJL32 di bawah ini okey. Tahniah buat semua pemenang.

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 32 (AJL32)

Juara Anugerah Juara Lagu Ke - 32 #AJL32
- Jampi (Hael Husaini)

Tempat Kedua AJL32
- Sejati (Azmi Caliph Buskers)

Tempat Ketiga AJL32
- Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)

Vokal Terbaik AJL32
- Syamel dan Ernie Zakri (Aku Cinta)

Persembahan Terbaik AJL32 Pilihan Penonton
- Altimet (Amboi)

Penyanyi Pilihan Samsung
- Khai Bahar
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

13 Nov 2017

Senarai 12 Lagu Yang Berjaya Ke AJL32

Senarai 12 Lagu Yang Berjaya Ke AJL32, Finalis #AJL32, TV3, Azmi Caliph Buskers, Ara AF, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita, Hazama, Khai Bahar, Salma, Altimet, Haqiem Rusli, Syamel, Ernie Zakri,
Senarai 12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu Ke -32 (2017)

Akhirnya dari 30 lagu yang bersaing di pusingan Separuh Akhir Muzik - Muzik sebelum ini, 12 lagu telah berjaya dan layak ke Anugerah Juara Lagu ke -32 ( #AJL32) yang bakal berlangsung pada bulan Februari 2018 nanti. Banyak juga lagu favorite aku yang berjaya masuk ke final Anugerah Juara Lagu nanti. Apa pun jom tengok Senarai Lagu yang layak ke AJL32 di bawah  ini ye.

Senarai 12 Lagu Yang Berjaya Ke AJL32 / Finalis #AJL32

1. Sejati - (Azmi Caliph Baskars) nyanyian asal Faizal Tahir
2. Tergantung Sepi - Haqiem Rusli
3. Jampi - Hael Husaini
4. Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah
5. Amboi - Ultimet
6. Lebih Sempurna - Syamel
7. Aku yang sebenarnya - Hazama
8. Akhirnya Cinta - Salma
9. Menahan Rindu - Wany Hasrita
10. Aku Cinta - Syamel dan Ernie
11. Bayang - Khai Bahar
12. Warkah Untukku- Ara Johari
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

23 Jan 2017

Senarai Pemenang AJL31

Lagu Lelaki Teragung Nyanyian Dayang Nurfaizah Menang Anugerah Juara Lagu Ke - 31

Assalammualaikum..
Tahniah Buat Dayang Nurfaizah kerana menang AJL31 yang disiarkan secara langsung di TV3 malam tadi. Lagu Lelaki Teragung yang juga menjadi lagu tema / OST Drama 7 Hari Mencintaiku dinobatkan sebagai Juara di AJL31. Ketika menyampaikan lagu Lagu Teragung itu, suara dan vokal Dayang Nurfaizah memang sangat memukau sehingga mendapat standing ovation dari penonton. Tak hairan lah bila Dayang Nurfaizah turut membawa pulang Anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 31 dan mengekalkan rekod cemerlangnya sebagai pemenang Vokal Terbaik selama 3 tahun berturut - turut. Pengacara / Hos untuk AJL31 ini terdiri daripada Fizie, Fara Fauzana, Awal Ashaari dan Sarimah Ibrahim. Semua Finalis AJL31 memberikan persembahan yang best dan vokal yang terbaik.
                                          
Lagu Terimaku Seadanya nyanyian Hafiz Suip dan Misha Omar menjadi Naib Juara / Tempat Kedua dalam Anugerah Juara Lagu 31, Lagu ini juga pernah menjadi lagu tema / OST untuk Drama Uda dan Dara yang disiarkan di Astro dulu. Tak sangka juga lagu ni boleh jadi naib juara sebab persaingan sengit kan, tapi dah penyanyinya pun awsome kan, so haruslaa menang hehehe.
Lagu kegemaran ramai iaitu lagu Sudah ku Tahu nyanyian Projektor Band mendapat tempat ketiga dalam AJL31 ini. Percubaan sulung mereka dalam Anugerah Juara Lagu ini ternyata membuahkan hasil, Tahniah buat mereka.
Persembahan Terbaik AJL31 menjadi milik kumpulan Khalifah dengan lagu popular mereka Hang Pi Mana. Persembahan diorang juga menarik sebab ada ciri - ciri tradisional gitu, siap ada macam kumpulan dikir barat gitu, plus dengan 3 ekor ayam atas pentas tu hehe. Personally selain persembahan kumpulan Khalifah ni, aku juga suka dengan persembahan Hazama yang agak kreatif juga. Itulah serba sedikit tentang Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 31. Lagu favourite korang menang ke tak? Tahniah buat semua finalis dan pemenang AJL31. 
Read More »

22 Jan 2017

Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-31

Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-31 ( #AJL31 )

Read More »

25 Jan 2016

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 30 #AJL30

Assalammualaikum..
Berakhir sudah Anugerah Juara Lagu Ke-30 (AJL30) dan menyaksikan kemenangan berpihak kepada lagu Potret nyanyian Akim & The Magistrate. Tahniah buat Akim & The Magistrate, sememangnya lagu Potret tu menjadi kesukaan ramai dan layak menang. Rasanya ramai yang berpuas hati lagu Potret ni menang betul tak hehehe. Manakala Dayang Nurfaizah terus mempertahankan Vokal Terbaik tahun ni. Persembahan terbaik menjadi milik Akim & The Magistrate gitu. Tahniah buat semua pemenang, Jom tengok Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 30 kat bawah ni k..
                                         
Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 30 #AJL30

Juara : POTRET - AKIM & THE MAGISTRATE
Tempat Ke-2 : Assalammualaikum - Faizal Tahir
Tempat Ke-3 : Hanya Namamu - Caliph Buskers
Persembahan Terbaik : Potret - Akim & The Magistrate
Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah - Tak Pernah Menyerah

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017