-->
Memaparkan catatan dengan label FaNatiK... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FaNatiK... Papar semua catatan

21 Ogo 2016

Lee Chong Wei Malaysian Hero - Olympic Rio 2016

Dato Lee Chong Wei Our Hero Raih Pingat Perak di Olimpik Rio 2016

Assalammualaikum..
Nampaknya Emas pertama yang diidam-idam oleh semua rakyat Malaysia tidak tercapai, namun bukan emas yang kita kisahkan tapi rasanya semua pun sedih bila Dato Lee Chong Wei kalah dengan Chen Long dari China tu, memandangkan ini adalah Olimpik terakhirnya tapi gagal meraih emas dalam 3 percubaannya di Olimpik. Tak dapat aku bayangkan perasaan Dato Lee Chong Wei bila dah lama buat persediaan untuk Olimpik ini tapi terpaksa berpuas hati dengan pingat Perak. Sedih plak tengok wartawan Astro Arena interview die, sebak betul suara die n minta maaf semua dan die tahu rakyat Msia kecewa tapi die dah buat yang terbaik. Namun satu Malaysia tetap bangga dengan Dato Lee Chong wei, sape boleh lupa perlawanan epik beliau yang berjaya mengalahkan Lin Dan ketika di Separuh Akhir tu kan. Rasanya semi final tu dah macam perlawanan final gitu. 
Memang sangat wowww okey, sweet plak aku tengok Lin Dan yang menerima kekalahannya dengan tenang serta mengucapkan tahniah dan mengatakan Chong Wei sememangnya layak untuk menang, pastu diorang tukar2 baju n berpelukan. Sweet gak tengok bromance Lin Dan n Chong Wei ni namun dalam masa yang sama sedih plak bila Olimpik Rio 2016 ni adalah Olimpik terakhir buat Chong Wei dan Lin Dan. Bila lagi nak tengok diorang bertemu lagi, diorang memang legend laa, dulu aku tak suka Lin Dan, tapi bila Chong Wei dah kalahkan die aku okey laa balik, tapi sekarang ni benci kat Chen Long plak hahaha. Hope lepas ni dapat tengok Dato Lee Chong Wei lawan Lin Dan lagi kat mana2 game lain kecuali Olimpik. Buat Dato Lee Chong Wei, kita menang sama- sama, kita kalah sama-sama :) 
Ikutkan Beregu Lelaki iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong hampir - hampir boleh menang emas, tapi memang takde luck laa masa tu sebab diorang kalah tipis jer di set ketiga. Sayang betul, mesti diorang juga kecewa giler sebab hanya selangkah lagi untuk emas tapi takde rezeki pula. Apapun respek laa untuk diorang semua sebab berjaya sampai ke Final pun dah merupakan satu kejayaan besar. Bangga dengan diorang semua, dengan semua Atlet Malaysia yang telah berjaya menyumbangkan pingat buat negara macam Pandelela Rinong n partner die serta Azizul Hasni Awang. Olimpik 2020 akan berlangsung di Tokyo pula dan Malaysia Boleh!.
Read More »

24 Feb 2014

Pemikiran Fanatik K-Drama

HEHEHE lawak betul gambar diatas hihi..maybe utk yg terlampau fanatik mungkin fikir camtulaa hahaha
Gambar yg 2009 tu adalah pelakon Jang Geun Seuk dari Drama Your Beautiful.
2011- Lee Min Ho dari drama City Hunter
2012- Joo Woon dri drama ape ntah
2014- Kegilaan sekarang iaitu Kim Soo Hyun dari drama My Love From The Star dan ramai suka dgn drama ni..
Read More »

8 Jan 2014

Video-Video Sekitar Fan Meeting Lee Kwang Soo (Running Man) Di Malaysia 2014



Disebabkan ada yang tanya pasal video LKS masa fanmeeting tu, so aku letakkan bbrp video yg aku jumpa ke dlm blog ini..credit untuk semua owner video tersebut..masa tengok video tu jangan terkejut lak sebab penuh dgn jeritan fanss hehehe enjoyy..

Lee Kwang Soo menyanyi lagu DBSK's yg bertajuk Hug


Opening Talk, Sweet bila Kwang Soo sebut perkataan anda comel hehe



Game Session With Fans- Game Tough, Gyiyomi, Catwalk and Romantic, x leh blah masa game gyiyomi tu, part paling best masa LKS jadi malu-malu tu.


Sesi Soal Jawab bersama Lee Kwang Soo
Suke part masa Kwang Soo secara x sengaja tercakap Korea dengan Hos Baki Zainal tu..dah la Hos tu orang melayu hehe sweet, Kwang Soo pun tergelakk besar. Tapi LKS ada ckp yg hos tu sgt friendly n buatkan die selesa n terus x sgaja ckp korea dgn die. Suka gak part bila LKS ckp i love Malaysia..

Lee Kwang Soo menyanyi sambil main piano


Gambar masa die tengah malu2 hehehe

Inilah video yang Malaysian Fans buat utk LKS sampai LKS sebak n nangis tengok video di bawah ini.

Gambar2 diatas credit to http://www.tianchad.com/
Artikel credit to Harian Metro.. Murai.com.my..
Video credit to semua owner video berkenaan..

Gambar kat bawah ni plak adalah gambar masa HaHa (Running Man) dan Skull datang ke Malaysia untuk buat Showcase pada Hujung Disember 2013 yang lalu.


credit to Astro Gempak.. dan minggu ni Gary pula yg datang ke Malaysia hehe.
Read More »

31 Dis 2013

Bintang-Bintang LUX Dari Dulu Hingga Kini


Assalammualaikum..
Lux antara jenama sabun/produk mandian terkenal di Malaysia dan seluruh dunia. Duta2 Lux biasanya memang terkenal dan selalunya dipilih dari golongan artis yang popular.. So hari ni kita nak tengok sebahagian dari duta-duta @ Bintang2 Lux di Malaysia dan juga di Bollywood hehehe.

Antara mereka yang pernah menjadi Duta Lux adalah seperti-

~ Ramona Rahman
~ Joanna Bassey
~ Sheila Majid
~ Fauziah Latiff
~ Erra Fazira
~ Amy Mastura
~ Nur Fazura
Itulah duta-dutanya tapi senarai diatas hanya sebahagian jer ikutkan ade lagi tapi ini jer yg sempat dicari hehe. Selain itu Artis2 Bollywood juga agak ramai yang menjadi duta Lux antaranya seperti Juhi Chawla, Madhuri, Karisma Kapoor, Rani Mukerji, Kareena Kapoor, Amisha Patel, Asin, Aishwarya Rai, Priyanka Chopra, Katrina Kaif. Manakala Shah Rukh Khan juga antara Artis Lelaki terawal yang dipilih menjadi Duta/Model Lux, tak silap aku tahun 2003 kot.
Katrina Kaif


Gambar2 credit to Google..

Read More »

30 Dis 2013

Sinopsis & Review Dhoom 3

Assalammualaikum..
Setelah Suksess dengan Filem Dhoom dan Dhoom 2 akhirnya pada 20 Disember 2013, filem Dhoom 3 telah release di pawagam seluruh dunia. Kalau Dhoom 1 ada John Abraham, Dhoom 2 pula ada Hrithik Roshan & Aishwarya Rai. Untuk Dhoom 3, tibalah giliran Aamir Khan dan Katrina Kaif. Mereka akan memegang watak negatif dlm filem ni. Manakala watak Abhishek Bachan dan Uday Chopra sebagai Jai dan Ali dikekalkan untuk siri ketiga ini. Jalan cerita filem ni sangat simple sebenarnya iaitu berkaitan antara Polis dan Pencuri. Cuma untuk Dhoom 3 ni akan diterangkan dengan lebih jelas kenapa watak Aamir Khan akan jd pencuri untuk membalas dendam.
Kalau perasan Aamir Khan ni mmg jenis memilih filem apa yang akan dilakonkan, die x akan berlakon filem yang sebarangan dan tangkap muat. So mmg expect filem ni best. Aku pun tak tengok lagi hehe. Ramai pengkritik filem yang memuji lakonan Aamir Khan. Mana tau Dhoom 4 akan ada Shah Rukh Khan pula ke kan hehehe. Apapun jom tengok Sinopsis Dhoom 3 ini..

The movie is about a circus boy named Sahir (Aamir Khan), whose father (Jackie Shroff) was murdered by the circus owners. Sahir plans a plot to rob the money of owners kept in a Chicago bank in order to avenge his father’s murder. Aaliya (Katrina Kaif) is his co-worker and helps him with his plan. To prevent this robbery, ACP Jai Dixit (Abhishek Bachchan) and Ali Akbar (Uday Chopra) visit Chicago. What follows is a hit-and-chase drama and some daunting stunts.
Trailer Dhoom 3


Read More »

27 Okt 2013

Wajah Pelakon Bollywood Masa Kecil- Cuba Teka?

Assalammualaikum,
Tadi godek2 internet terjumpa gambar2 cute ni semua, so jom main teka2 k hehehe..
Hint- Semua adalah Pelakon Popular Bollywood!!! kenal ke tidak??ada gambar yg senang nak teka sebab wajah x banyak berubah tetap comel gitu..

1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-

8-
9-
10-
11
12-

Gambar 1-8 adalah gambar pelakon wanita manakala Gambar 9-12 adalah gambar pelakon lelaki hehe..korang boleh teka mana2 gambar yang korang tahu..hentam sajalah janji teka hihihi kalau tak ingat nama diorang, boleh gak letak nama watak or filem diorang yg korang tau..Semua yang mengambil bahagian dalam meneka gambar diatas, maka blog korang akan aku promote nanti hehe.
Read More »

22 Jun 2013

CheongDamdong ALice-Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Okey hari ni nak buat review drama Korea yg aku dah tengok baru2 ni iaitu Cheongdamdong Alice, actually dalam drama ni xde pun nama watak Alice hihi cuma nama Alice tu diorang amik sempena nama filem Alice In Wonderland sebab dalam drama Korea ni ada perlambangan sikit dengan filem tu..sape yang dah tengok drama ni mesti faham apa maksud aku..bagi aku drama ni banyak pengajaran, n ada 16 episod kesemuanya. Para pelakon drama ni famous2 jugak seperti Moon Geun Young, Park Si Hoo, So Yi Hyun dll. 2 Heroin drama ni iaitu Moon Geun Young ngan So Yi Hyun pernah jadi guest dalam Running Man.
Basic cerita ni lebih kurang pasal jurang antara Kaya dan Miskin. Aku suka tengok lakonan hero dan heroin drama ni best sangat. Contohnya Moon Geun Young lakonan die nampak tegas dan menyakinkan berbeza masa die jadi guest kat RM dulu cam budak2 qiut jer tpi bila die start berlakon mmg terbaiklah. Hero drama ni pun best suka dengan wataknya yang gila2 tu depan orang die memang nampak perfect tapi sebenarnya die ada masalah tekanan perasaan hihi bila takde orang die mula jadi tak betul sikit lawak dan comel hehe..
SiNoPsis
Han Se Kyung seorang yang rajin dan berusaha keras untuk mencapai impiannya sebagai Fashion Designer. Namun disebabkan keluarganya hidup susah die x dapat sambung belajar di luar negara. Tapi die percaya dengan usaha keras die mampu mencapai impiannya. Akhirnya setelah susah payah die berjaya mendapat kerja sbg Designer di Syk GN Fashion. Namun begitu Han Se Kyung tidak tahu yang dirinya mendapat kerja atas pertolongan musuh ketatnya di sekolah menengah dulu iaitu Seo Yoon Jo yang kini menjadi isteri kepada Presiden Syarikat berkenaan. Seo Yoon Jo sengaja melantik Han Se Kyung sebagai Personal Assistantnya dan ingin menunjuk-nunjuk yang dirinya lebih berjaya dan kaya dari Han Se Kyung. 
Han Se Kyung ternyata sgt terkejut bila melihat Seo Yoon Jo kini menjadi majikannya. Akhirnya die terpaksa bersabar dan akur kerana tidak sanggup menganggur lagi. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Boyfriend Han Se Kyung ingin berpisah dengannya atas alasan tidak mampu membahagiakan Han Se Kyung krn dirinya hidup susah serta perlu menguruskan maknya yg sakit sebelum akhirnya berhijrah ke luar negara. Dalam masa ini juga Han Se Kyung bertemu dengan Jean Thierry Cha/Cha Seung Jo ,yang juga seorang presiden syarikat dan anak orang kaya. Namun begitu Cha Seung Jo menyembunyikan identiti dirinya pada Han Se Kyung. Cha Seung Jo juga adalah bekas teman lelaki pada Seo Yoon Joo.
Dugaan datang menimpa apabila kedai ayahnya juga nak ditutup. Han Se Kyung mula hilang semangat dan tidak mampu bersabar, die berasa apa yang berlaku padanya tidak adil. Akhirnya die memutuskan ingin mengikut jejak langkah Seo Yoon Joo iaitu mencari jalan pantas untuk hidup senang iaitu dengan memikat anak orang kaya. Han Se Kyung meminta Seo Yoon Jo membantunya dalam misinya itu kalau tidak Han Se Kyung akan membocorkan rahsia Seo Yoon Jo. Akhirnya Seo Yoon Jo terpaksa membantu Han Se Kyung dengan memberikan diarinya. Dalam diari berkenaan Seo Yoon Jo telah menulis dengan lengkap apa yang dilakukannya dulu.
Misi pertama Han Se Kyung bermula dengan memikat Tommy Hong namun tidak berjaya akhirnya die beralih kepada Presiden Jean Thierry Cha yang mana die tidak tahu bahawa Jean Thierry Cha dan Cha Seung Jo adalah orang yang sama. Cha Seung Jo menyamar sebagai Setiausa kpd Jean Thierry Cha. Cha Seung Jo tidak tahu motif sebenar Han Se Kyung tapi akhirnya die telah jatuh cinta padanya. Begitu juga Han Se Kyung juga jatuh cinta pada Cha Seung Jo. Walaubagaimanapun Han Se Kyung mengetepikan perasaannya dan meneruskan motifnya untuk mendekati Presiden Jean Thierry Cha. Manakala Seo Yoon Jo pula tidak tahu siapa lelaki yang ingin Han Se Kyung pergunakan untuk jadi kaya.
Akhirnya Han Se Kyung mengetahui yang Cha Seung Jo sebenarnya adalah presiden Jean Thierry Cha. Han Se Kyung berasa bersalah atas perbuatannya tapi masih meneruskan misinya. Perbuatan Jahat Han Se Kyung telah diketahui oleh Tommy Hong dan die mengugut Han Se Kyung untuk meninggalkan Cha Seung Jo. Akhirnya Han Se Kyung memutuskan untuk membuat pengakuan kepada Cha Seung Jo atas segala perbuatannya namun dihalang oleh Seo Yoon Jo yang akhirnya mengetahi Han Se Kyung bercinta dengan Ex-Boyfriendnyer dulu. Akhirnya Han Se Kyung, Seo Yoon Joo,Tommy Hong telah bersepakat untuk merahsiakan dan membuat perjanjian antara mereka. Namun pakatan dan rahsia mereka telah diketahui oleh adik ipar Seo Yoon Joo iaitu Shin In Hwa. Maka apa yang akan terjadi kepada mereka semua???kenalah tengok drama ni hehehe..best ending die..rugi tak tengok..
Selain watak2 diatas aku suka gak dengan watak bapa kepada Cha Seung Jo ni ego giler hehehe tapi tetap sayang dgn anak die..Han Se Kyung ni lah yang cuba merapatkan hubungan bapa dengan anak yang renggang tu..Selain itu, Han Se Kyung dan Seo Yoon Joo yang bermusuh masa Zaman sekolah mula berubah menjadi kawan bila diorang sering berjumpa. Tommy Hong masa mula2 memang agak x best watak die tapi bila die start jadi baik n sering tolong Han Se Kyung seronok plak tengok die hihihi..

Watak Perwatakkan..


Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017