-->
Memaparkan catatan dengan label All Stars. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label All Stars. Papar semua catatan

21 Ogo 2016

Lee Chong Wei Malaysian Hero - Olympic Rio 2016

Dato Lee Chong Wei Our Hero Raih Pingat Perak di Olimpik Rio 2016

Assalammualaikum..
Nampaknya Emas pertama yang diidam-idam oleh semua rakyat Malaysia tidak tercapai, namun bukan emas yang kita kisahkan tapi rasanya semua pun sedih bila Dato Lee Chong Wei kalah dengan Chen Long dari China tu, memandangkan ini adalah Olimpik terakhirnya tapi gagal meraih emas dalam 3 percubaannya di Olimpik. Tak dapat aku bayangkan perasaan Dato Lee Chong Wei bila dah lama buat persediaan untuk Olimpik ini tapi terpaksa berpuas hati dengan pingat Perak. Sedih plak tengok wartawan Astro Arena interview die, sebak betul suara die n minta maaf semua dan die tahu rakyat Msia kecewa tapi die dah buat yang terbaik. Namun satu Malaysia tetap bangga dengan Dato Lee Chong wei, sape boleh lupa perlawanan epik beliau yang berjaya mengalahkan Lin Dan ketika di Separuh Akhir tu kan. Rasanya semi final tu dah macam perlawanan final gitu. 
Memang sangat wowww okey, sweet plak aku tengok Lin Dan yang menerima kekalahannya dengan tenang serta mengucapkan tahniah dan mengatakan Chong Wei sememangnya layak untuk menang, pastu diorang tukar2 baju n berpelukan. Sweet gak tengok bromance Lin Dan n Chong Wei ni namun dalam masa yang sama sedih plak bila Olimpik Rio 2016 ni adalah Olimpik terakhir buat Chong Wei dan Lin Dan. Bila lagi nak tengok diorang bertemu lagi, diorang memang legend laa, dulu aku tak suka Lin Dan, tapi bila Chong Wei dah kalahkan die aku okey laa balik, tapi sekarang ni benci kat Chen Long plak hahaha. Hope lepas ni dapat tengok Dato Lee Chong Wei lawan Lin Dan lagi kat mana2 game lain kecuali Olimpik. Buat Dato Lee Chong Wei, kita menang sama- sama, kita kalah sama-sama :) 
Ikutkan Beregu Lelaki iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong hampir - hampir boleh menang emas, tapi memang takde luck laa masa tu sebab diorang kalah tipis jer di set ketiga. Sayang betul, mesti diorang juga kecewa giler sebab hanya selangkah lagi untuk emas tapi takde rezeki pula. Apapun respek laa untuk diorang semua sebab berjaya sampai ke Final pun dah merupakan satu kejayaan besar. Bangga dengan diorang semua, dengan semua Atlet Malaysia yang telah berjaya menyumbangkan pingat buat negara macam Pandelela Rinong n partner die serta Azizul Hasni Awang. Olimpik 2020 akan berlangsung di Tokyo pula dan Malaysia Boleh!.
Read More »

31 Okt 2015

Zizan Razak Juara Super Spontan All Stars 2015 Dan Johan Naib Juara

Assalammualaikum..
Berakhirnya Super Spontan All Stars 2015 yang menyaksikan Zizan menjadi Juara buat kali kedua setelah menjadi juara pada Super Spontan musim pertama (2012). Tahniah buat Zizan, memang nampak menyerlah Zizan di malam final tu. Manakala Johan menjadi naib juara walaupun pada awalnya kedudukan undian Johan berada di atas sekali namun rezeki lebih memihak pada Zizan. Manakala Achey berada di tempat ketiga diikuti Pak Yus, Rahim dan Tauke. Apapun tahniah buat semua finalis kerana dah memberikan yang terbaik di Final SS All Stars ni. Best gak game2 yang diorang main di final tu, tapi game yang paling aku suka mestilah game Dahiku Dahimu. Para peserta pun takut nak main game ni hehe. Johan memang lemah sikit dalam game ni hehe tapi tetap menghiburkan. 
Dato Ac Mizal juga turut bermain game tersebut menentang Amir, lawak dan best tengok diorang main ni. Cuma part nak umum juara tu agak kelam kabut sikit bagi aku, macam nak cepat habis jer, patutnya bagi lebih suspen baru syok dan berdebar. Antara game yang diorang main di Final ini adalah seperti Beku, Dahiku Dahimu, Cerita Sampai Kecut, Muzik Video Karaoke. Dengar cerita untuk Super Spontan All Stars 2016, yang dah jadi juara boleh masuk balik bertanding lagi hehe so mungkinkah Zizan join lagi nanti? sama2 kita tunggu, maybe season depan Jep Sepahtu pun join ker kan hahaha. Apapun pasni i will miss Jozan dan selepas habis SS All Stars ni muncul pulak program baru yg berjudul Juara Parodi yang mana ramai pelawak join program tu bersama-sama dengan penyanyi.

Keputusan Penuh dan Senarai Pemenang Super Spontan All Stars 2015

Juara - Zizan Razak
Tempat Kedua - Johan
Tempat Ketiga - Achey
Tempat Keempat - Pak Yus
Tempat Kelima - Rahim
Tempat Keenam - Tauke

Read More »

24 Okt 2015

Along Tersingkir & Finalis Super Spontan All Stars

Assalammualaikum...
Nampaknya Along tidak berpeluang untuk ke Final Super Super Spontan All Stars 2015 ini,  kerana tersingkir di minggu Separuh Akhir SS All Stars setelah teamnya Kungfu Kipidap tewas. Along menjadi peserta terakhir yang tersingkir manakala peserta lain mara ke Final. Seperti biasa ada 6 Finalis yang berjaya mara ke final. Mark Adam dan Bocil menjadi artis jemputan pada minggu ini, Gelagat Mark Adam yang cool, slumber dan kelakar berjaya mencuit hati penonton. Terror gak die main game pertama tu, setiap perkataan yang die sebut mmg lawak hehe. Manakala "Zizan Bukit Bendera" tetap dijadikan bahan oleh hos iaitu Dato Ac Mizal dan peserta lain untuk minggu ini terutamanya di game kedua iaitu Game Pemberita Berkepala Tiga.

Paling lawak apabila "Zizan Bukit Bendera" menjadi keyword blog aku hehe, tak sangka plak ade yang mencari pasal tu hihihi. Apapun minggu depan dah final, cepat jer masa berlalu kan. Agak2 korang sape yang akan menang nanti?. Antara game yang diorang main pada minggu separuh akhir ini adalah Sketsa Ayat Penyata, Pemberita Berkepala Tiga, Maju Mundur, Cerita Atas Lantai dan Demonstrasi. Jom kita tengok Siapakah Finalis Super Spontan All Stars kali ini :-

 Finalis Super Spontan All Stars 2015  

 Johan
 Zizan
 Tauke
 Achey
 Yus
 Rahim

Read More »

17 Okt 2015

Ajak Shiro Tersingkir Di Minggu Ke-8 Super Spontan All Stars

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah minggu suku akhir dah Super Spontan All Stars ni dan minggu ini menyaksikan team Silat Dongibab kalah dan menyebabkan Ajak Shiro terpaksa disingkirkan. Nampaknya dah takde kump Shiro dalam Super Spontan All Stars ni. Along pula telah diserap masuk ke dalam team Kungfu Kipidap. Pelakon Nadiya Nisa dan Lia Natalia menjadi artis jemputan SS All Stars minggu ini. Antara yang menarik minggu ni apabila Zizan dah tersalah teka dalam game Pemandu Pelancong tu sampai ke Bukit Bendera perginyer hahaha. Popular Bukit Bendera tu malam ni hihi habis Zizan kena bahan dengan semua peserta dan juga hos hehehe.

Minggu depan dah Separuh akhir hope games yg diorang main makin best laa hendaknyer kan, Antara game yg diorang main minggu ini adalah seperti kaki tiru, Pantun 2 kerat, jangan banyak cakap, pemandu pelancong dan laguku untukmu

Read More »

16 Ogo 2015

Johan, Zizan (JOZAN) Kembali Berentap Dalam Super Spontan All Stars 2015

Assalammualaikum..
Bermula 28 Ogos ini, Super Spontan All Stars akan mula bersiaran dan menyaksikan peserta2 di musim terdahulu kembali beraksi, termasuklah juara musim pertama dan ketiga iaitu Zizan dan Johan. Sayangnya untuk Super Spontan All Stars ini, juara musim kedua iaitu Jep serta Shuib tidak menyertainya kerana sibuk dengan komitmen lain. Nabil juga tidak menyertai Super Spontan kali ini. Kalau diorang semua pun join gak SS All Stars kali ni konform meriah dan havoc habis. Johan dan Zizan selaku Juara musim pertama dan ketiga akan menjadi kapten untuk pasukan masing2. Manakala Ac Mizal bertindak sebagai pengacara SS All Stars, disamping itu Hanif dan Ray akan bertindak menjadi pengulas bersama dengan Afdlin Shauki, manakala Amir juga dikekalkan. Selebriti yang menjadi peserta untuk SS kali ini adalah Johan, Zizan, Yus, Tauke, Ajak Shiro, Shahrol Shiro, Along Cham, Rahim, Abam Bocey, Achey, Jihan Muse, Nana Mahazan, Yasmin Hani dan Uqasha Senrose.

Tema untuk Super Spontan All Stars adalah Street Fighter (Permainan Video). Berikut adalah pembahagian peserta dalam Team Silat Dongibab dan Kungfu Kipidap.
Tak sabar nak tengok Super Spontan All Stars nanti.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017