Setelah 10 minggu bertanding, akhirnya juara Super Spontan Xtravaganza menjadi milik Fad yang juga merupakan ketua kumpulan pada team Lobster Leleh. Naib Juara atau pun tempat kedua menjadi milik Izzue Islam, Achey pula mendapat tempat ketiga, Atu pula mendapat tempat keempat, diikuti Joey dan Shahrol. Berbanding musim - musim lalu yang hanya bergantung pada undian penonton semata - mata, kali ini ianya sedikit berbeza kerana turut melibatkan markah daripada juri juga yang terdiri daripada Adibah Noor, Dato Afdlin Shauki dan juga Ayda Jebat. Pada musim yang lalu iaitu ketika Super Spontan Superstar 2017, Fad telah mendapat tempat kedua dan tewas pada Kamal Adli yang menang ketika itu dan kali ini memang rezeki Fad sebab jadi juara gitu. Izzue Islam baru pertma kali join pertandingan Super Spontan ini dan telah pun bergelar naib juara itu. Tahniah buat semua pemenang dan juga finalis Super Spontan Xtravaganza 2018 ini. Antara game yang diorang main di final Super Spontan ini terdiri daripada game Emosi Tidak Stabil, Dahiku Dahimu, Muzik Video Spontan dan banyak lagi. Sedikit berbeza dengan final Super Spontan musim - musim yang lalu, dimana tidak ada artis jemputan yang ramai seperti kebiasaannya. Selalunya bila waktu final memang meriah habis dengan kehadiran artis jemputan, tapi kali ni nampak simple gitu.
Memaparkan catatan dengan label SuPer SpoNtaN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SuPer SpoNtaN. Papar semua catatan
22 Sep 2018
18 Ogo 2018
Super Spontan Xtravaganza 2018
Super Spontan Xtravaganza 2018
Pertandingan
Super Spontan Xtravaganza sudah pun berlangsung beberapa minggu dan menyaksikan
2 Kumpulan berentap iaitu kumpulan Sotong Kangkung dan Lobster Leleh. Antara
Peserta Super Spontan Xtravaganza 2018 ini terdiri daripada Izzue Islam yang
merupakan ketua kumpulan Sotong Kangkung manakala ahli kumpulannya adalah Siti
Elizad, Modee, Shahrol Shiro, Achey, Atu Zero, Tauke Jambu dan Nizam JJ.
Manakala Fad Bocey pula akan menjadi ketua kumpulan Lobster Leleh dan ahli kumpulannya
adalah Zara Zya, Anas Ridzuan, Joey, Tomok, Jaa Suzuran, Mamak Puteh dan Abam
Bocey. Setakat ini sudah ada beberapa peserta yang tersingkir, Tomok hampir
tersingkir di minggu pertama namun nasib tiada penyingkiran di minggu pertama.
Jaa Suzuran tersingkir di minggu kedua, manakala Modee dari kumpulan Sotong
Kangkung tersingkir di minggu ketiga SS Xtravaganza ini. Minggu keempat pula
menyaksikan ada 2 penyingkiran dan Achey memperoleh imuniti. Anas dan Zara Zya
tersingkir di minggu ke – 4 Super Spontan Xtravaganza 2018.
Aku rasa
Anas dan Zara Zya patut kekal lebih lama dalam Super Spontan 2018 ini, dari
segi kumpulan pula, aku tengok kumpulan Sotong Kangkung lebih banyak menang
dari Lobster Leleh ini. Antara pembaharuan untuk musim ini dalam Super Spontan
Xtravaganza 2018 ini adalah dengan adanya juri tetap iaitu Afdlin Shauki dan
Adibah Nor serta juri jemputan. Kesemua juri ini akan memberi markah dalam
50 peratus dan 50 peratus lagi adalah dari undian sms / online penonton.
Pengacara Super Spontan 2018 ini masih sama dan maintain iaitu Dato Ac Mizal,
manakala di minggu kedua, Kamal Adli yang juga bekas juara Super Spontan
Superstar 2017 menjadi hos sekejap untuk minggu kedua saja bagi menggantikan
Dato AC. Manakala Johan dan Zizan pula menjadi juri untuk di minggu kedua yang
lalu. Agak kelam kabut jugalah permainan bila Dato AC dan Afdlin takde, Cuma
antara yang menarik di minggu kedua bila tanpa disangka Johan jatuh kerusi live
di TV haha, apa pun semua benda tu dah lepas. Bestnya di minggu kedua
tu bila 3 bekas juara ada di Super Spontan iaitu Kamal Adli, Johan dan Zizan.
Apa pun
banyak juga benda lawak dalam Super Spontan 2018 ni datangnya dari Dato Ac
Mizal, interaksinya dengan peserta yang lain juga menarik dan kelakar, sampai
aku yang susah nak gelak pun boleh tergelak sekali hehe. Part yang aku suka
bila Dato AC suka kacau Tomok yang pakai rambut palsu tu hahaha. Malah para
peserta pun lawak gak, dari segi game yang diorang main, terdapat juga beberapa
game yang baru tapi setakat ni diorang masih belum main game Dahiku Dahimu lagi
hehe. Apa pun baguslah sebab dah ramai penyanyi dan pelakon yang berani join
Super Spontan yang sebelum ini dikuasai oleh para pelawak kan. Selain itu aku
juga tak dapat nak ramal siapa bakal juara Super Spontan Xtravaganza ini nanti?
sebab semua pun ada peluang gitu, asalkan belum tersingkir kan.
Labels:
2018,
Blog Miss Banu Story,
Finalis,
game,
JoHaN,
JoZaN,
Kamal Adli,
Lawak,
My FeELinG,
My Opinion,
My Review,
Pelakon,
Pelawak,
Peserta,
Review By Miss BaNu,
SemiFinal,
SuPer SpoNtaN,
Tersingkir,
ZiZaN Razak
28 Okt 2017
Final Super Spontan Superstar 2017 Meriah
Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017
Final Super Spontan Superstar 2017 berlangsung dengan meriah sekali, dari awal rancangan sampailah ke penghujung rancangan berjaya buat aku ketawa dan gelak sekali. Bertambah meriah apabila bekas juara Super Spontan iaitu Johan dan Zizan turut menjadi artis undangan di Pertandingan Akhir Super Spontan Superstar 2017 ini. Antara game yang diorang main di malam final itu adalah game Beku, Emosi Tidak Stabil, Sketsa Mengecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Karaoke dan akhir sekali game Dahiku Dahimu. Malah Dato Ac Mizal , Amir, Johan dan Zizan turut bermain sekali dalam game terakhir itu iaitu Dahiku Dahimu. Antara yang menarik dalam final ini apabila Zizan dan Kamal Adli bertemu hahaha, maklumlah kedua - duanya sebelum ini ada kaitan dengan Emma Maembong kan, so akhirnya dapat tengok dua - dua sekali kat atas pentas tu. Malah hubungan Zizan dan Kamal Adli juga nampak baik, dan kedua - duanya juga cukup sporting dan gila - gila. Kontroversi Kamal Adli menjadi bahan lawak para peserta hahaha, banyak kali juga nama - Emma Maembong, Zahirah Macwilson dijadikan bahan lawak.
Antara game yang menarik yang aku tengok diorang main adalah game Beku dan juga dalam game Emosi Tidak Stabil, part paling best adalah ketika dalam situasi marah sambil main cak cak dan juga tuding - tuding jari tu, memang kelakar habis. Game Sinetron Kehidupan juga best apabila sketsa mereka akan bertukar mengikut muzik. Dalam game Muzik Video Karaoke, Johan dan Zizan akan memberikan step tarian pada peserta. Game Dahiku Dahimu juga best, cuma kelihatan para peserta agak berhati - hati dalam game ini. Dato AC Mizal dan Amir juga sama - sama kalah masa main game ini, part paling best bila diorang salah teka. Apa pun tak puas tengok Johan dan Zizan main game Dahiku Dahimu ni, sebab sekejap sangat, baru cakap sikit, Johan dan tersebut perkataan di dahinya itu dan akhirnya Zizan menang hehehe. Apa pun Kamal Adli menjadi artis pertama yang bukan dari kalangan pelawak yang berjaya menjadi juara. Hope di edisi akan datang akan ada lebih ramai pelakon yang berani jadi peserta Super Spontan ini.
Apa pun memang rasa meriah SS Superstar kali ini, mungkin sebab ada 8 finalis dan lebih ramai berbanding musim -musim terdahulu yang ada 6 finalis saja.
Keputusan Penuh Super Spontan Superstar 2017
Juara - Kamal Adli
Naib Juara - Fad Bocey
Tempat Ketiga - Achey
Tempat Keempat - Ozlyn
Tempat Kelima - Shuk Joras
Tempat Keenam - Mamak Puteh
Tempat Ketujuh - Shahrol Shiro
Tempat Kelapan - Sharif Zero
Jom kita imbas kembali siapa yang pernah menang dan bergelar Juara Super Spontan dari musim pertama hingga sekarang:-
Zizan - Juara Super Spontan Musim Pertama (2012)
Jep Sepahtu - Juara Super Spontan Musim Kedua (2013)
Johan - Juara Super Spontan Musim Ke -3 (2014)
Zizan - Juara Super Spontan All Stars (2015)
Johan - Juara Super Spontan Superstar 2016
Kamal Adli - Juara Super Spontan Superstar 2017
Gambar2 di atas credit to Facebook Zon Lawak
Labels:
2017,
AstRo,
Final,
Finalis,
JoHaN,
JoZaN,
JuaRa,
Kamal Adli,
Lawak,
My FeELinG,
My Opinion,
My Review,
Ozlyn,
Pelakon,
Pelawak,
Pemenang,
Peserta,
SuPer SpoNtaN,
Superstar,
ZiZaN Razak
14 Okt 2017
Minggu Ke - 6 Super Spontan Superstar 2017 - Rahim Tersingkir
Minggu Ke - 6 Super Spontan Superstar 2017 - Rahim Tersingkir
Assalammualaikum..
Agak kelakar bila aku tengok Super Spontan Superstar 2017 yang 9.30 malam tu, masa team Tenggiling Taiko kena denda tu. Memang huru hara pentas bila ada yang takut nak pegang dan pindahkan belut dengan tangan tu. Kelihatan Rahim, Ozlynn macam takut dan geli dengan Belut itu. Dato Ac Mizal pun tak berani dekat hahaha. Apa pun ramai juga yang terkejut bila Rahim tersingkir di minggu Ke - 6 Super Spontan Superstar 2017 ini. Aku sendiri pun tak jangka yang Rahim tersingkir, lagi pun Rahim memang dah sering dapat ke Final Super Spontan, jadi untuk tahun ini aku ingat dia akan dapat masuk ke final juga, tapi tersingkir pula. Rahim juga pernah menang imuniti di minggu - minggu awal dulu. Tomok dan Kilafairy menjadi artis jemputan untuk minggu ini, selain itu Dato AC dan Amir turut main game soal - menyoal di penghujung rancangan.
Antara game yang diorang main pada minggu ini terdiri daripada Sketsa Soal Menyoal, Duduk Bongkok Berdiri dan Baring, game Pilihan Lain, Sidang Media Spontan dan akhir sekali Sinetron Kehidupan. Game yang paling aku suka dan berjaya buat aku tergelak adalah game Soal Menyoal dan Game Sinetron Kehidupan / Sinetron Spontan. Apa pun good luck untuk semua peserta, agak - agak korang siapa yang akan ke final nanti ye?. Aku hope Amy Mastura boleh lepas ke final.
23 Sep 2017
Atu Zero & Fikri Tersingkir - Super Spontan Superstar 2017
Atu Zero & Fikri Tersingkir Di Minggu Ketiga Super Spontan Superstar 2017
Assalammualaikum..
Nampaknya minggu ini, nasib tak menyebelahi kumpulan King Musang, apabila terpaksa menyingkirkan 2 ahli kumpulan mereka iaitu Atu Zero dan Fikri Ibrahim. Walaubagaimanapun Amy Mastura terselamat minggu ini apabila Rahim dari kumpulan Tenggiling Taiko yang mendapat imuniti untuk minggu ketiga itu memilih Amy Mastura untuk diselamatkan. Tak sangka juga dah dua minggu kumpulan King musang tewas 2 minggu berturut - turut. Aku tak sangka juga yang Fikri akan tersingkir untuk minggu ini sebab aku agak dia boleh stay lebih lama lagi dalam SS Superstar 2017 ini. Dato Norman Abdul Halim menjadi pengulas jemputan untuk minggu ini. Antara game yang diorang main pada minggu ketiga ini adalah game Aku Bukan Boneka, game Emosi tak stabil, game terteruk di dunia dan di ladang, sinetron kehidupan dan akhir sekali game Jamuan Cik Kiah.
Jom Baca ni juga ➔ Ketahui 5 Perkara Viral Di Malaysia Yang Pasti Buat Orang Malaysia Sanggup Line Up Panjang. Gigih Betul!!..
17 Sep 2017
Super Spontan Superstar 2017 Minggu Kedua
Zulin Aziz Tersingkir Di Minggu Kedua Super Spontan Superstar 2017
Assalammualaikum..
Super Spontan Superstar 2017 kembali dengan barisan peserta yang best dan lebih seimbang, tahun ini juga tidak kelihatan kelibat Johan sebagai peserta, ini mungkin kerana Johan sudah bergelar Juara pada tahun 2016, jadi kali ini dia tidak masuk. Tauke juga tidak masuk Super Spontan tahun ini. Apa pun Peserta Super Spontan Superstar 2017 kali ini terdiri daripada Shuib yang merupakan ketua kumpulan King Musang, manakala Kamal Adli, Fikri Ibrahim, Zulin Aziz, Amy Mastura, Fad Bocey, Atu Zero dan Syuk Joras menjadi ahli kumpulan King Musang. Achey Bocey menjadi ketua kumpulan Tenggiling Taiko yang turut dianggotai oleh Ozlynn, Sharifah Shahira, Mamak Puteh, Sharif Zero, Rahim Joras, Shahrol Shiro dan Danial Lawak Solo. Di minggu pertama tiada penyingkiran, namun di minggu kedua Super Spontan Superstar 2017 ada penyingkiran. Agak mengejutkan juga bila kumpulan Tenggiling Taiko menang di minggu kedua ini sebab aku ingatkan kumpulan King Musang yang menang. Akhirnya Zulin Aziz dari kumpulan King Musang tersingkir di minggu kedua ini.
Antara game yang diorang main di minggu kedua Super Spontan Superstar 2017 ini adalah game Duduk, Bongkok, Berdiri dan Baring, best juga game ini bila dah tambah satu posisi lagi iaitu baring, memang peserta senang nak keliru main game ni haha, lagi best kalau diorang bergerak sangat pantas, memang lagi keliru dan kelakar, seterusnya diorang main game Pantun Dua Kerat, kelihatan Zulin pulun habis game ni, Zulin terror main game Pantun Dua Kerat ni. Kemudian diorang main pula game Cerita Sampai Kecut dan game Apa Maksud Kau / Kau Dah Kenapa!. Akhir sekali diorang main game Demonstrasi. Walaubagaimanapun Nasib tak menyebelahi Zulin untuk SS Superstar 2017 kali ini. Apa pun aku harap Amy Mastura tak tersingkir awal nanti, sebab Amy Mastura best dan sangat sporting bila main game, pastu suka tengok dia melatah kat Super Spontan tu hehehe.
Baca ni juga ➔ Pengalaman Paling Epik Bila Masuk Rumah Berhantu!
9 Sep 2017
Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara (Astro)
Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara (Astro)
Assalammualaikum..
Drama Duda Pujaan Dara tengah hangat disiarkan di Astro Ria sekarang ini dan mempunyai 12 episod. Drama ini menggantikan Drama My Darling Inspektor Daniel dan dilakonkan oleh Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Rania Humairah, Aprena Manrose, Isyariana, Kuna, Betty Banafe, Farisha Irwayu dan ramai lagi. Drama romantik komedi ini diadaptasikan daripada Novel Duda Pujaan Dara karya Novelis Hanny Esandra dan drama ini sudah mula disiarkan di Astro Ria sejak 4 September yang lalu. Secara jujurnya aku suka drama ini sebab gandingan Kamal Adli dan Zahirah Macwilson nampak serasi dan sepadan. Plus watak diorang juga menarik iaitu Tengku Razeen yang muka ketat dan jual mahal serta Ainee Marwah yang gedik habis nak memikat duda pujaannya iaitu Tengku Razeen. Persaingan Ainee Marwah dan Dora yang nak memikat Tengku Razeen tu juga menarik. Pendek katanya memang syok layan drama ini, Selain itu Drama Duda Pujaan Dara ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye, selamat membaca..
Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara (Astro)
Mengisahkan Ainee Marwah (lakonan Zahirah Macwilson) yang jatuh cinta pada Tengku Razeen (lakonan Kamal Adli) yang berstatus duda anak satu yang juga merupakan majikan kepada Ainee Marwah di tempat kerja. Sejak hari pertama Ainee bertemu dengan Tengku Razeen, dia dah mula angau dan gedik semacam, pelbagai perkara yang dilakukan oleh Ainee untuk menarik perhatian Tengku Razeen padanya, seperti sengaja jatuh tergolek di depan Tengku Razeen beberapa kali, mengenyit mata, sentiasa tersenyum, buat kek, jadi spy dan sebagainya. Namun Tengku Razeen tidak begitu memperdulikan Ainee. Hal ini dirumitkan lagi dengan kehadiran Dora yang juga ingin memikat Tengku Razeen. Manakala Tengku Razeen pula terdesak untuk mencari pengganti dan juga mama baru pada anaknya itu secepat mungkin, bagi mengelakkan ibu mertuanya membawa anaknya itu ke Australia. Ainee mengambil kesempatan meluahkan rasa cintanya pada Tengku Razeen ketika dia mengikut kawan baiknya Airis dan Tengku Razeen pergi kursus di Terengganu.
Kelihatan hati Tengku Razeen mula terbuka sedikit pada Ainee selepas mendengar luahan cinta Ainee itu. Kalau dah jodoh tak ke mana apabila Tengku Razeen akhirnya melamar Ainee untuk menjadi isterinya serta mama pada anaknya itu. Selepas berkahwin, Tengku Razeen tetap sama macam dulu, tidak romantik, maka terpaksalah Ainee melakukan sesuatu untuk membuatkan Tengku Razeen benar - benar jatuh cinta padanya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Selain drama ini, Kamal Adli juga turut join pertandingan Super Spontan Superstar 2017 yang akan berlangsung 8 September ini. Moga kali ini Kamal Adli dapat ke Final Super Spontan Superstar 2017 nanti.
Lagu Tema / OST Duda Pujaan Dara
➔ Tak Malu Nyanyian Farisha Irish
➔ Oh Cintaku Nyanyian Bella Nazari
➔ Ku Hanya Sayang Padamu Nyanyian Aiman Tino
➔ Aku Mula Rindu Nyanyian Hez Hazmi
➔ Hanya Dirimu Nyanyian Eleena Harris Feat Mark Adam
Baca ini juga ➤ Baca Online Novel Duda Pujaan Dara
Labels:
2017,
AstRo,
ciNta-CiNtun,
Drama Adaptasi Novel,
DraMa Best,
Drama Melayu,
Kamal Adli,
NoVeL-NoVeL,
Pelakon,
Peserta,
Romantik Komedi,
SiNopSis,
SuPer SpoNtaN,
Superstar,
Sweet
6 Mac 2017
Mahaguru Spontan Di Istana Budaya
Review Mahaguru Spontan 2016
Assalammualaikum..
Nampaknya rancangan Mahaguru Spontan telah mula disiarkan di TV, Mahaguru Spontan ini telah dibuat di Istana Budaya pada Oktober 2016 yang lalu. Ramai pelawak yang menyertai Mahaguru Spontan ini iaitu Johan, Zizan, Abam, Achey, Fad (Bocey), Douglas Lim, Rashid Salleh, Afdlin Shauki, Dato Ac Mizal, Kuah Jenhan dan juga penampilan istimewa Dato Siti Nurhaliza. Mahaguru Spontan ini bersiaran selama 2 Jam dan banyak games yang diorang main, ada game yang sama macam dalam Super Spontan tu dan ada juga game - game baru yang diperkenalkan. Seronok juga dapat tengok Dato Siti Nurhaliza main game, walaupun kadang - kadang nampak yang lain sengaja nak buli - buli manja Dato Siti tu hehehe. Semua game dimainkan secara spontan, penonton juga boleh memilih artis / pelawak mana yang diorang nak untuk bermain dalam game tersebut. Begitu juga dengan topik dan situasi yang semuanya ditentukan dan dipilih oleh penonton yang datang menonton di Istana Budaya itu. Permainan Sketsa Berabjad menjadi game pertama yang dimainkan di Mahaguru Spontan dan Dato Siti Nurhaliza, Dato Ac Mizal serta Johan menjadi pemain yang terpilih untuk bermain Sketsa Berabjad.
Game Duduk, Bongkok, Berdiri dan Baring menjadi game kedua yang dimainkan di Mahaguru Spontan diikuti dengan game Pemandu Pelancong. Douglas Lim menjadi pemandu pelancong itu dan perlu meneka tempat dengan tepat berdasarkan klu, hint yang diberikan oleh peserta lain. Douglas Lim dapat meneka dengan tepat gitu. Seterusnya mereka bermain pula game Dahiku Dahimu, dan sememangnya game ini ditakuti oleh para pelawak tetapi disukai oleh penonton hehe. Dalam game ini Johan akan lawan Zizan dan seperti biasa Johan kalah dalam game ini dalam masa yang singkat hahaha dan Zizan menang. Kemudian Dato Siti lawan Abam Bocey dan Abam menang, kemudian Dato Ac Mizal lawan Amir dan Dato AC menang. Bukan main seronok lagi Dato AC bila menang game lawan Amir tu hehe. Game Ciptaan menjadi game ke-5 yang diorang main dan kali ini semua artis akan terlibat dan dibahagi kepada 3 team. Team pertama terdiri daripada Johan, Zizan dan Dato Siti Nurhaliza, Team kedua pula ialah Achey, Fad dan Rashid Salleh. Manakala Dato Ac Mizal, Abam dan Kuah Jenhan menjadi team ke-3. Best juga tengok mereka semua main game Ciptaan ini, siap tukar barang lagi. Kemudian permainan diteruskan lagi dengan Game Jamuan Cik Kiah dan Dato Ac Mizal yang jadi Cik Kiahnya manakala Afdlin, Achey, Fad dan Rashid menjadi tetamu Cik Kiah itu. Paling kelakar bila tengok gelagat Fad jadi Dato Seri Vida tu, manakala Achey jadi Syamel dan Rashid jadi Ultraman.
Selepas itu Dato Siti Nurhaliza dan Afdlin Shauki bermain game Dialog Dalam Tin pula, kemudian Dato Ac Mizal, Rashid Salleh dan Achey bermain game baru iaitu Soundtrack Kehidupan yang mana mereka akan buat satu sketsa dan harus menukar emosi mengikut genre muzik, kelakar juga game ini. Seterusnya mereka main game Direktor Tak Siuman, Douglas Lim akan menjadi Direktornya manakala Dato AC, Zizan, Fad dan Jenhan akan jadi pelakonnya dan sketsa yang harus mereka lakonkan adalah daripada Filem Train To Busan, Lawak juga game ni sebab diorang kena tukar genre filem tersebut kepada Opera Cina, Muzikal, Bollywood dan lain - lain. Game Beku menjadi game kesepuluh yang mereka semua main dan kali ni turut melibatkan penonton termasuk Ray Era. Nampaknya semua pelawak memang sengaja buli Ray dalam game Beku tu hehehe, kesian pun ada juga dekat Ray tu, sebab nampak dia penat juga dan aku rasa kalau diorang kerap ganti - ganti orang untuk game Beku ini baru lebih best. Game terakhir yang diorang main adalah game baru yang bertajuk Album Kompilasi. Dalam game ini Zizan jadi Hos, manakala Douglas Lim jadi penerbit album kompilasi itu manakala Johan, Dato AC, Achey dan Dato Siti Nurhaliza akan jadi penyanyi yang akan menyanyikan lagu secara spontan mengikut tajuk dan genre yang diberikan seperti Dangdut, Irama Malaysia, Keroncong, Bollywood dll.
Masa tengok Mahaguru Spontan ini ada juga part - part yang berjaya buat aku tergelak jugalah hahahaha. Nampaknya Dato Ac Mizal paling banyak kali dipilih oleh penonton untuk bermain game, apapun semuanya memang sporting habis.
8 Okt 2016
Juara Super Spontan Superstar 2016 Milik Johan
Juara Super Spontan Superstar 2016 Milik Johan
Assalammualaikum..
Johan menepati ramalan apabila berjaya bergelar Juara Super Spontan Superstar 2016. Abam pula berada di tempat kedua, diikuti Achey, Fad, Ozlynn dan Tauke. Antara game yang diorang main di Final Super Spontan Superstar ini adalah game Beku, Pantun 2 Kerat, Maju Mundur, Dahiku Dahimu dan juga Muzik Video Spontan. Ada ramai artis jemputan di Final SS Superstar ni, antaranya adalah Tomok, Black, Kump Khalifah, Ayda Jebat, Zizan Razak dan Dato Hans Isaac yang menjadi komentator jemputan. Apapun suka tengok Zizan datang SS bagi sokongan kat Johan tu, bukan senang nak tengok Jozan sekarang ni hehe.
Banyak juga perkara lawak yang terjadi seperti Dato Ac Mizal kalah dengan Amir ketika diorang main game Dahiku Dahimu, begitu juga dengan Johan yang menang dalam game Dahiku Dahimu ketika berlawan dengan Tauke, Johan sebelum ni mmg lemah sikit dalam game tersebut. Ditambah juga dengan kata2 Amir pada Zizan pasal Kamal Adli tu buat aku tergelak gak. Disamping itu, aku juga terhibur dengan gelagat Dato Ac ketika dalam game Muzik Video dan juga ketika pengumuman pemenang. Apapun tahniah buat semua pemenang.
Labels:
2016,
AstRo,
Ayda Jebat,
Bocey,
Final,
Finalis,
JoHaN,
JuaRa,
Ozlyn,
Pelawak,
Pemenang,
SuPer SpoNtaN,
Superstar,
ZiZaN Razak
1 Okt 2016
Kamal Adli & Altimet Tersingkir - Super Spontan Superstar
Kamal Adli Dan Altimet Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir Super Spontan Superstar
Assalammualaikum..
Berakhir sudah minggu separuh akhir Super Spontan Superstar dan minggu depan dah final pun. Waktu penyingkiran macam konfius sikit, patutnya dari awal tak payah kot imuniti bagai nih. Sepatutnya Achey n Altimet yang tersingkir, namun disebabkan Fad Bocey mendapat imuniti dan team die menang so die selamatkan Achey dari tersingkir. Maknanya Kamal Adli mulanya terselamat dari tersingkir tapi disebabkan Fad selamatkan Achey so automatik Kamal Adli yang menjadi pilihan seterusnya untuk tersingkir. Apapun Kamal Adli n Altimet tersingkir di semi final, dan aku rasa diorang berdua juga layak beraksi di Final namun dah takde rezeki kan.
Ozlynn membuat kejutan menjadi satu - satunya peserta wanita yang beraksi di Final Super Spontan. Johan, Achey dan Tauke mengulangi kejayaan dapat beraksi di Final, dan mungkin semua dah boleh mengagak sape yang akan menang nanti. Antara permainan yang diorang main di minggu separuh akhir ini adalah game Keluar Masuk, Sketsa 2 Ayat, Duduk Bongkok Berdiri, Sketsa Berabjad Terbalik dan Cerita Atas Lantai. Finalis Super Spontan Superstar 2016 terdiri daripada Johan, Ozlynn, Tauke, Abam, Achey dan Fad.
10 Sep 2016
Jamal & Syuk Tersingkir Di Minggu Ke -6 Super Spontan Superstar
Jamal & Syuk Tersingkir Di Minggu Ke -6 Super Spontan Superstar
Assalammualaikum..
Sekejap jer dah masuk 6 minggu Super Spontan Superstar ni, dan di minggu ini, Harimau Hipster tewas dan menyaksikan ada 2 penyingkiran. Kelihatan peserta2 agak terkejut bila dengar ada 2 penyingkiran tu. Akhirnya Jamal dan Syuk Joras menjadi peserta yang tersingkir di minggu ini. Ramai juga tak puas hati bila Syuk tersingkir sebab die main game okey jer. Ozlynn sekali lagi mendapat imuniti dari tersingkir kerana telah dipilih oleh komentator sebagai peserta terbaik dalam game Dikir Spontan tu. Dato Aznil Hj Nawawi menjadi komentator undangan untuk minggu ni, siap main game Jangan Banyak Cakap lagi dengan Dato Ac dan Afdlin di penghujung rancangan. Antara game yang peserta main untuk minggu ni adalah game Keluar Masuk, Dialog Dalam Tin, Dikir Spontan, Emosi Tak Stabil dan Maju Mundur.
27 Ogo 2016
Amyza & Julia Ziegler Tersingkir - Super Spontan Superstar
Amyza Aznan & Julia Ziegler Tersingkir Di Minggu Ke-4 Super Spontan Superstar
Assalammualaikum..
Nampaknya di minggu ke-4 ni kumpulan Monyet Mafia telah tewas dan menyaksikan Amyza Aznan dan Julia Ziegler tersingkir. Di awal rancangan Amyza dah diberi kad kuning atas kesalahannya mengganggu team Harimau Hipster dalam game Demonstrasi pada minggu ketiga yang lalu. Memang dah boleh agak yang Amyza akan tersingkir di minggu ni tambahan lagi die juga macam tak main game pada minggu ni. Cuma tak sangka gak ada 2 penyingkiran untuk minggu keempat ni, Setakat ni dah ada 4 penyingkiran bermula dengan penyingkiran Waris diikuti Zulin dan kini Amyza dan Julia Ziegler pula. Di minggu seterusnya entah siapa yang akan tersingkir, tak silap aku Ozlyn masih ada kuasa imuniti yang die dapat pada minggu ketiga dan belum digunakannya lagi.
Afdlin Shauki dan Adibah Nor menjadi pengulas pada minggu ini. Antara game yang diorang main pada minggu ini adalah seperti Pantun 2 Kerat, Jurujual Langsung, Direktor Tak Siuman, Cerita Atas Lantai dan Lagu Spontan.
Labels:
2016,
game,
JoHaN,
jozlyn,
Lawak,
My Review,
Ozlyn,
Pelakon,
Pelawak,
Peserta,
SuPer SpoNtaN,
Superstar,
Tersingkir
13 Ogo 2016
Waris Tersingkir Di Minggu Ke-2 Super Spontan Superstar
Super Spontan Superstar - Waris Tersingkir Di Minggu Ke-2
Assalammualaikum..
Tak sangka minggu ni ada penyingkiran, ingatkan minggu ketiga baru ada penyingkiran, tapi yelaa peserta kan ramai so kenala singkir juga kan. Nampaknya nasib tak menyebelahi kumpulan Harimau Hipster kerana dah kalah di minggu kedua ni. dan menyaksikan Waris terpaksa disingkirkan. Rasanya minggu pertama nampak gak Waris menyerlah tapi di minggu kedua ni nampak Waris macam kurang menyerlah sikit. Adibah Nor dan Khir Rahman menjadi komentator pada minggu ini sekaligus menggantikan Afdlin Shauki pada minggu ini. Sempat lagi diorang main game pembaca berkepala tiga dengan Dato AC di hujung rancangan ketika nak mengumumkan siapa yang tersingkir tu.
Hazama dan Mark Adam menjadi artis undangan untuk minggu ini, kelihatan penonton gembira bila Mark Adam ada di minggu kedua ini. Paling lawak dengar Dikir Spontan Mark Adam tu hahahaha. Kalau Hazama tu join Super Spontan di musim2 akan datang pun okey gak. Antara game yang diorang main pada minggu kedua ini adalah game Sketsa Soal Menyoal, Duduk Bongkok Berdiri, Keluar Masuk, Skrip Rabak dan Dikir Spontan. Masa main Dikir Spontan ni nampak ramai peserta yang macam blur sikit nak berdikir hehehe tu yang jadi makin lawak tu hehehe. Dikir Spontan dari team Monyet Mafia nampak lebih best sebab diorang guna lagu Hang Pi Mana tu untuk dijadikan dikir. Kelakar bila teringat Dikir Mark Adam yang mewakili team Harimau Hipster hehehe.
5 Ogo 2016
Super Spontan Superstar 2016 - Senarai Peserta
Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2016
Assalammualaikum..
Super Spontan kembali lagi Super Spontan Superstar, dengan barisan peserta yang baru dan juga lama, sebelum tu jom kita imbas balik siapa juara Super Spontan musim2 terdahulu:-
Juara Super Spontan Musim Pertama (2012)- Zizan Razak
Juara Super Spontan Musim Kedua (2013)- Jep Sepahtu
Juara Super Spontan Musim Ketiga (2014)- Johan
Juara Super Spontan All Stars (2015)- Zizan Razak
Juara Super Spontan Superstar (2016)- ????
Dah nak masuk 5 musim Super Spontan ni, ada peserta yang maintain masuk tiap2 musim macam Johan dan Tauke dan kali ni memang mereka yang akan jadi Kapten untuk pasukan masing2. Rahim nampaknya tak masuk SS kali ni, ikutkan die juga rajin join SS cuma musim ni die takde pula. Kali ni nampak lebih meriah dengan pesertanya yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, personaliti media sosial dan juga pelawak. Manakala Dato Ac Mizal kekal sebagai Hos Super Spontan untuk dua musim berturut-turut, bermula dengan SS All Stars dan kali ni SS Superstar 2016. 16 Peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan / Team Monyet Mafia dan juga Team Harimau Hipster. Jom tengok senarai peserta dan kumpulan mana yang diorang wakili kat bawah ni k..
#- Team Harimau Hipster
1- Tauke
2- Abam Bocey
3- Fad Bocey
4- Syuk Joras
5- Zulin Aziz
6- Ozlynn
7- Waris
8- Jamal
#- Team Monyet Mafia
1- Johan
2- Achey
3- Ali Puteh
4- Amyza Aznan
5- Kamal Adli
6- Julia Ziegler
7- Altimet
8- Zuki
31 Okt 2015
Zizan Razak Juara Super Spontan All Stars 2015 Dan Johan Naib Juara
Assalammualaikum..
Berakhirnya Super Spontan All Stars 2015 yang menyaksikan Zizan menjadi Juara buat kali kedua setelah menjadi juara pada Super Spontan musim pertama (2012). Tahniah buat Zizan, memang nampak menyerlah Zizan di malam final tu. Manakala Johan menjadi naib juara walaupun pada awalnya kedudukan undian Johan berada di atas sekali namun rezeki lebih memihak pada Zizan. Manakala Achey berada di tempat ketiga diikuti Pak Yus, Rahim dan Tauke. Apapun tahniah buat semua finalis kerana dah memberikan yang terbaik di Final SS All Stars ni. Best gak game2 yang diorang main di final tu, tapi game yang paling aku suka mestilah game Dahiku Dahimu. Para peserta pun takut nak main game ni hehe. Johan memang lemah sikit dalam game ni hehe tapi tetap menghiburkan.
Dato Ac Mizal juga turut bermain game tersebut menentang Amir, lawak dan best tengok diorang main ni. Cuma part nak umum juara tu agak kelam kabut sikit bagi aku, macam nak cepat habis jer, patutnya bagi lebih suspen baru syok dan berdebar. Antara game yang diorang main di Final ini adalah seperti Beku, Dahiku Dahimu, Cerita Sampai Kecut, Muzik Video Karaoke. Dengar cerita untuk Super Spontan All Stars 2016, yang dah jadi juara boleh masuk balik bertanding lagi hehe so mungkinkah Zizan join lagi nanti? sama2 kita tunggu, maybe season depan Jep Sepahtu pun join ker kan hahaha. Apapun pasni i will miss Jozan dan selepas habis SS All Stars ni muncul pulak program baru yg berjudul Juara Parodi yang mana ramai pelawak join program tu bersama-sama dengan penyanyi.
Keputusan Penuh dan Senarai Pemenang Super Spontan All Stars 2015
Juara - Zizan Razak
Tempat Kedua - Johan
Tempat Ketiga - Achey
Tempat Keempat - Pak Yus
Tempat Kelima - Rahim
Tempat Keenam - Tauke
Jom Baca ni jugak --> 10 Cara-Cara Paling Ekstrim & Gila Yang Dilakukan Oleh Orang Malaysia Untuk Berjimat..
29 Okt 2015
Juara Super Spontan All Stars Milik Johan Atau Zizan?
Assalammualaikum..
Jumaat ini akan berlangsungnya Final Super Spontan All Stars yang mana finalisnya terdiri daripada Zizan, Johan, Tauke, Yus, Achey dan Rahim. Rasanya semua pun boleh mengagak sama ada Johan atau Zizan yang bakal menjadi juara. Finalis lain juga hebat-hebat belaka dan pastinya diorang juga nak menang, tapi kalau ikut dari segi populariti dan Johan, Zizan juga adalah bekas juara so peluang mereka menang lebih cerah. Aku sendiri tak dapat mengagak siapa yang akan menang sebab aku suka dua2 okey, susah nak pilih antara satu sebab aku peminat Johan, Zizan (Jozan) dari dulu lagi sejak diorang bermula dari Raja Lawak 1 sekitar tahun 2007.
Adakah ulangan Super Spontan musim pertama 2012 akan berlaku yang mana Zizan Juara dan Johan jadi naib juara ataupun Johan pulak yg jadi juara kali ini?. Aku yakin undian peminat pastinya hampir seimbang dan sengit. Apapun good luck untuk Johan, Zizan dan semua finalis lain. Hope Final Super Spontan All Stars ni ada banyak sweet moment antara Johan dan Zizan macam dulu2 tu hehehe. Memang susah giler nak tengok Johan dan Zizan bergandingan sama ada dalam filem atau pun jadi hos bersama. Harapnya lepas ni lebih banyak gandingan mereka berdua.
Labels:
2015,
JoHaN,
JoZaN,
JuaRa,
KaWaN,
Lawak,
SahaBat,
SuPer SpoNtaN,
Sweet,
ZiZaN Razak






































