-->
Memaparkan catatan dengan label Ozlyn. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ozlyn. Papar semua catatan

28 Okt 2017

Final Super Spontan Superstar 2017 Meriah

Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017, 8 Finalis Super Spontan Superstar 2017, Kamal Adli, Fad Bocey, Achey Bocey, Ozlyn, Shuk Joras, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Sharif Zero, Artis Undangan, Johan, Zizan, Game, Beku, Emosi Tidak Stabil, Sketsa Mengecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Karaoke, Dahiku Dahimu, Dato AC Mizal, Amir,
Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017

Final Super Spontan Superstar 2017 berlangsung dengan meriah sekali, dari awal rancangan sampailah ke penghujung rancangan berjaya buat aku ketawa dan gelak sekali. Bertambah meriah apabila bekas juara Super Spontan iaitu Johan dan Zizan turut menjadi artis undangan di Pertandingan Akhir Super Spontan Superstar 2017 ini. Antara game yang diorang main di malam final itu adalah game Beku, Emosi Tidak Stabil, Sketsa Mengecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Karaoke dan akhir sekali game Dahiku Dahimu. Malah Dato Ac Mizal , Amir, Johan dan Zizan turut bermain sekali dalam game terakhir itu iaitu Dahiku Dahimu. Antara yang menarik dalam final ini apabila Zizan dan Kamal Adli bertemu hahaha, maklumlah kedua - duanya sebelum ini ada kaitan dengan Emma Maembong kan, so akhirnya dapat tengok dua - dua sekali kat atas pentas tu. Malah hubungan Zizan dan Kamal Adli juga nampak baik, dan kedua - duanya juga cukup sporting dan gila - gila. Kontroversi Kamal Adli menjadi bahan lawak para peserta hahaha, banyak kali juga nama - Emma Maembong, Zahirah Macwilson dijadikan bahan lawak.
Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017, 8 Finalis Super Spontan Superstar 2017, Kamal Adli, Fad Bocey, Achey Bocey, Ozlyn, Shuk Joras, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Sharif Zero, Artis Undangan, Johan, Zizan, Game, Beku, Emosi Tidak Stabil, Sketsa Mengecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Karaoke, Dahiku Dahimu, Dato AC Mizal, Amir,
Antara game yang menarik yang aku tengok diorang main adalah game Beku dan juga dalam game Emosi Tidak Stabil, part paling best adalah ketika dalam situasi marah sambil main cak cak dan juga tuding - tuding jari tu, memang kelakar habis. Game Sinetron Kehidupan juga best apabila sketsa mereka akan bertukar mengikut muzik. Dalam game Muzik Video Karaoke, Johan dan Zizan akan memberikan step tarian pada peserta. Game Dahiku Dahimu juga best, cuma kelihatan para peserta agak berhati - hati dalam game ini. Dato AC Mizal dan Amir juga sama - sama kalah masa main game ini, part paling best bila diorang salah teka. Apa pun tak puas tengok Johan dan Zizan main game Dahiku Dahimu ni, sebab sekejap sangat, baru cakap sikit, Johan dan tersebut perkataan di dahinya itu dan akhirnya Zizan menang hehehe. Apa pun Kamal Adli menjadi artis pertama yang bukan dari kalangan pelawak yang berjaya menjadi juara. Hope di edisi akan datang akan ada lebih ramai pelakon yang berani jadi peserta Super Spontan ini.

Apa pun memang rasa meriah SS Superstar kali ini, mungkin sebab ada 8 finalis dan lebih ramai berbanding musim -musim terdahulu yang ada 6 finalis saja.

Keputusan Penuh Super Spontan Superstar 2017

Juara - Kamal Adli
Naib Juara - Fad Bocey
Tempat Ketiga - Achey
Tempat Keempat - Ozlyn
Tempat Kelima - Shuk Joras
Tempat Keenam - Mamak Puteh
Tempat Ketujuh - Shahrol Shiro
Tempat Kelapan - Sharif Zero
Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017, 8 Finalis Super Spontan Superstar 2017, Kamal Adli, Fad Bocey, Achey Bocey, Ozlyn, Shuk Joras, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Sharif Zero, Artis Undangan, Johan, Zizan, Game, Beku, Emosi Tidak Stabil, Sketsa Mengecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Karaoke, Dahiku Dahimu, Dato AC Mizal, Amir,
Jom kita imbas kembali siapa yang pernah menang dan bergelar Juara Super Spontan dari musim pertama hingga sekarang:-

Zizan - Juara Super Spontan Musim Pertama (2012)
Jep Sepahtu - Juara Super Spontan Musim Kedua (2013)
Johan - Juara Super Spontan Musim Ke -3 (2014)
Zizan - Juara Super Spontan All Stars (2015)
Johan - Juara Super Spontan Superstar 2016
Kamal Adli - Juara Super Spontan Superstar 2017

Gambar2 di atas credit to Facebook Zon Lawak
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

8 Okt 2016

Juara Super Spontan Superstar 2016 Milik Johan

Juara Super Spontan Superstar 2016 Milik Johan

Assalammualaikum..
Johan menepati ramalan apabila berjaya bergelar Juara Super Spontan Superstar 2016. Abam pula berada di tempat kedua, diikuti Achey, Fad, Ozlynn dan Tauke. Antara game yang diorang main di Final Super Spontan Superstar ini adalah game Beku, Pantun 2 Kerat, Maju Mundur, Dahiku Dahimu dan juga Muzik Video Spontan. Ada ramai artis jemputan di Final SS Superstar ni, antaranya adalah Tomok, Black, Kump Khalifah, Ayda Jebat, Zizan Razak dan Dato Hans Isaac yang menjadi komentator jemputan. Apapun suka tengok Zizan datang SS bagi sokongan kat Johan tu, bukan senang nak tengok Jozan sekarang ni hehe.
Banyak juga perkara lawak yang terjadi seperti Dato Ac Mizal kalah dengan Amir ketika diorang main game Dahiku Dahimu, begitu juga dengan Johan yang menang dalam game Dahiku Dahimu ketika berlawan dengan Tauke, Johan sebelum ni mmg lemah sikit dalam game tersebut. Ditambah juga dengan kata2 Amir pada Zizan pasal Kamal Adli tu buat aku tergelak gak. Disamping itu, aku juga terhibur dengan gelagat Dato Ac ketika dalam game Muzik Video dan juga ketika pengumuman pemenang. Apapun tahniah buat semua pemenang.
Read More »

1 Okt 2016

Kamal Adli & Altimet Tersingkir - Super Spontan Superstar

Kamal Adli Dan Altimet Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir Super Spontan Superstar

Assalammualaikum..
Berakhir sudah minggu separuh akhir Super Spontan Superstar dan minggu depan dah final pun. Waktu penyingkiran macam konfius sikit, patutnya dari awal tak payah kot imuniti bagai nih. Sepatutnya Achey n Altimet yang tersingkir, namun disebabkan Fad Bocey mendapat imuniti dan team die menang so die selamatkan Achey dari tersingkir. Maknanya Kamal Adli mulanya terselamat dari tersingkir tapi disebabkan Fad selamatkan Achey so automatik Kamal Adli yang menjadi pilihan seterusnya untuk tersingkir. Apapun Kamal Adli n Altimet tersingkir di semi final, dan aku rasa diorang berdua juga layak beraksi di Final namun dah takde rezeki kan. 
Ozlynn membuat kejutan menjadi satu - satunya peserta wanita yang beraksi di Final Super Spontan. Johan, Achey dan Tauke mengulangi kejayaan dapat beraksi di Final, dan mungkin semua dah boleh mengagak sape yang akan menang nanti. Antara permainan yang diorang main di minggu separuh akhir ini adalah game Keluar Masuk, Sketsa 2 Ayat, Duduk Bongkok Berdiri, Sketsa Berabjad Terbalik dan Cerita Atas Lantai. Finalis Super Spontan Superstar 2016 terdiri daripada Johan, Ozlynn, Tauke, Abam, Achey dan Fad.
Read More »

27 Ogo 2016

Amyza & Julia Ziegler Tersingkir - Super Spontan Superstar

Amyza Aznan & Julia Ziegler Tersingkir Di Minggu Ke-4 Super Spontan Superstar

Assalammualaikum..
Nampaknya di minggu ke-4 ni kumpulan Monyet Mafia telah tewas dan menyaksikan Amyza Aznan dan Julia Ziegler tersingkir. Di awal rancangan Amyza dah diberi kad kuning atas kesalahannya mengganggu team Harimau Hipster dalam game Demonstrasi pada minggu ketiga yang lalu. Memang dah boleh agak yang Amyza akan tersingkir di minggu ni tambahan lagi die juga macam tak main game pada minggu ni. Cuma tak sangka gak ada 2 penyingkiran untuk minggu keempat ni, Setakat ni dah ada 4 penyingkiran bermula dengan penyingkiran Waris diikuti Zulin dan kini Amyza dan Julia Ziegler pula. Di minggu seterusnya entah siapa yang akan tersingkir, tak silap aku Ozlyn masih ada kuasa imuniti yang die dapat pada minggu ketiga dan belum digunakannya lagi. 

Afdlin Shauki dan Adibah Nor menjadi pengulas pada minggu ini. Antara game yang diorang main pada minggu ini adalah seperti Pantun 2 Kerat, Jurujual Langsung, Direktor Tak Siuman, Cerita Atas Lantai dan Lagu Spontan.
Read More »

5 Ogo 2015

Betul Ke Bohong Musim 6 Edisi Raya - Jozan & Ozlyn

Assalammualaikum...
Sape tengok gameshow Betul Ke Bohong Musim 6 Edisi Raya nyer yang mana tetamu jemputannya adalah Zizan Razak dan Ozlyn Wati?. Aku ada gak tengok hari tu masa tayang kat tv tu, best gak hehehe first time dapat tengok Jozan kena karan sama2 hihihi. Start dari segmen 2 Ozlyn dah jadi hos dan Johan plak join team Ray manakala Zizan dalam team Hanif. Comel n lwk jer tengok dua2 kena karan masa last segmen tu hahaha. Bagi yang terlepas nak tengok BKB edisi Raya tu bolehla tengok video kat bawah ni k..

Video Betul Ke Bohong Musim 6 Edisi Raya - Jozan & Ozlyn

Betul Ke Bohong 2015 Episod Raya 


Read More »

25 Okt 2014

Tahniah Untuk Johan - Juara Super Spontan 2014

Assalammualaikum..
Berakhir sudah Super Spontan 2014 dan seperti diramal Johan menjadi Juara setelah dua tahun berturut-turut menjadi Naib Juara. Tahniah diucapkan. Final Super Spontan musim ini sedikit boring kerana para pemenang sudah mampu dijangka dari awal. Undian juga tidak begitu sengit kecuali untuk di tempat kedua dan ketiga iaitu antara Shuib dan Shahrol. Walaubagaimanapun agak kesian juga dengan Tauke sebab die tidak sepatutnya dapat nombor 6. Tauke selayaknya di nombor 2 tapi apa nak buat, dah rezeki masing2 kan. Pada yang tak menang boleh cuba lagi ditahun hadapan.
Ketika pengumuman semua pemenang dan penyampaian hadiah, masing2 sudah dapat mengagak nombor berapa yg diorang dapat, tanpa dipanggil dan diumumkan, diorang sudah datang ke depan dan ambik hadiah hehehe. Beza dengan Super Spontan di musim pertama dan kedua kerana kedudukan undian juara dan naib juara sangat sengit. Apapun memang rezeki baby agaknya, Johan muncul juara. Tahun depan tiada lagi laa Johan di Super Spontan. Maybe Johan boleh join pula Liga Lawak Superstar di tv3 tu hehehe. Pas dah habis Super Spontan ni, MLM2014 pula bakal menyusul dan hampir semua pelawak popular join kecuali Johan jer.
Apapun tahniah untuk semua finalis Super Spontan iaitu Johan (Juara), Shahrol (naib juara), Shuib (tempat ketiga), Achey (tempat ke-4), Yus (tempat ke-5) dan Tauke (tempat ke-6).

P/s- Korang semua kalau ada masa, silalah isi poll Nuffnang di bahagian kanan blog ini dibawah sekali, klik jer ikon Nuffnang tu n jawab soalan yg disediakan. TQ
Read More »

21 Feb 2014

Latest Part- Borak-borak JOZAN

Assalammualaikum..
Baru2 ni ramai yg perasan Zizan komen di Instagram Jozlynn..Tapi yang balas komen tu Ozlyn lah hihi comel jer diorang borak2. Topik yang diorang borak adalah pasal berkhatan hahaha sebab anak Johan yang sulung baru berkhatan tetiba Zizan bagi komen kt gambar di insta diorang. Apapun sweet jer, walaupun diorang lama tak jumpa tapi still sweet. Apapun untuk peminat JOZAN kena tunggu Jozan The Musical yang akan dipentaskan di Istana Budaya nanti. Hope gak diorang join MLM2014 sebab baru senang nak tengok diorang tiap2 minggu di tv dan semua org boleh tgk diorang di TV berbanding tak semua yang dapat ke Istana Budaya tu.

P/s- Pelik gak kenapa ABPBH x amik JOZAN jadi Hos/Penyampai Anugerah/Perform di ABPBH..Macam boringgg jer ABPBH tu nanti.
Read More »

8 Sep 2013

JOZAN Tidak Terlibat Dalam Lawak Ke Der 3

Assalammualaikum..
Lawak Ke Der 3 kembali lagi dan akan membuka tirainya pada 3-6 Oktober ini di Istana Budaya. Peminat2 yang sememangnya tgh merindukan aksi JOZAN sedikit hampa bila dimaklumkan yang JOZAN tidak terlibat dalam Lawak Ke Der 3. Bukan sahaja JOZAN takde, kumpulan Boboi juga tidak mengambil bahagian dalam Lawak Ke Der 3 kali ini. Sebaliknya tempat JOZAN dan Boboi akan diambil alih oleh Kumpulan JamBu serta Douglas Lim manakala Nabil dan Harith Iskander dikekalkan. Hans Isaac ada memaklumkan di Twitternya yang dia telah pun melamar JOZAN untuk beraksi dalam Lawak Ke Der 3 namun JOZAN tidak memberikan jawapan yang positif.
Aku rasa JOZAN terlampau sibuk dengan jadual masing2 dan x mampu nak beri komitmen untuk Lawak Ke Der 3. Johan rasanya die sibuk dengan radio, Super Spontan & rakaman Propaganza dll manakala Zizan mmg sibuk dengan filem2 nyer, Melodi serta kemungkinan besar terlibat dengan Akademi Fantasia 2013 jadi mmg susah laa kan nak berjumpa nak berbincang semua. Tambahan lagi JOZAN rasanya nak bagi peluang kat kawan2 diorang yang lain pula untuk terlibat dalam Lawak Ke Der kali ni macam Kump Jambu dll. 


Disamping itu aku dapati ramai yang komen kat FB,Twitter,Instagram cakap Rindu dengan JOZAN, memang fenomena rindu JOZAN sekarang hehe. Nanti2 ada laa kot gandingan JOZAN lagi sekarang ni diorang sibuk dengan urusan masing2.
Ada gak yang tag JOZLYNN(Johan & Ozlyn) n Zizan kat Instagram cakap rindu dengan JOZAN..Pastu Jozlynn ada balas cakap rindu gak dengan Zizan, sweet jer kan..tapi tak pasti siapa yg balas antara Johan atau Ozlyn tapi oklaa tu ada hikmah gak kan saling rindu merindu bila lama x jumpa.

Apapun hope nanti ada apa2 program yang gandingkan JOZAN semula sbb ramai yg rindu diorang dah ni..n dengar cerita Lawak Ke Der 4 akan ada Sepah Tu pula tapi x pasti betul ke tidak.

Gambar2 diatas credit to Twitter n Instagram Hans Isaac, Harith Iskander n Ssfoena Jztf.
Read More »

16 Apr 2013

OzLyN Retweet Link Blog Ini & Blog JoZaN

Assalammualaikum..
Sejak dua menjak ni rajin aku buat entry pasal JoZaN hehe bukan pe ramai pembaca blog ni yang suka baca tentang JoZaN jadi aku ikut je kehendak pembaca hehehe tambahan pula mmg seronok bercerita pasal JoZaN yg sweet tu..hehehe..sape2 nak tengok video JoZan kt ABPBH tu boleh singgah ke blog JoZaN k..leh cari kat bloglist blog aku..semalam nampak Kak Ozlyn (Isteri JoHaN merangkap manager dan everything to Johan) online Twitter..peramah je die layan peminat2 so alang2 tu aku pun tweet laa gak n kak Ozlyn Retweet tweet den hehe yang lagi best die Retweet sekali Tweet aku yg ada Link blog aku yang cerita pasal JoZan..Link Blog Jozan Fc pun die Retweet gak..hehehe..thanks to kak Ozlyn sbb sudi RT..

Thanks to Jozan_Fans sbb tweet pasal link blog Jozan Fc tu..teruja laa juga artis RT tweet yang ada link blog den..bukan senang artis nk RT betul tak??lagi best kalau die betul2 singgah blog kita n baca apa yang ditulis..haha tu mmg seronok habis laaa kan..tapi sape tahu JoZan pernah singgah blog ni n baca apa yang den tulis..okey pengsan sekejap muahahaha..terperasan pulak..hahaha JoZaN busy mana ada masa nak baca2 blog ni..tapi kalau diorang pernah baca or pernah singgah ke blog kita tu bonus laaa..yang penting apa yang aku tulis mmg ikhlas dari hati ^_^  Inilah tweet yang aku sempat Print Screen gitu...


P/s-cantik giler Ozlyn kat ABPBH hari tu kan.. ^_^ x nampak mcm dah ada anak tiga gitu..maintain jer..

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017