-->
Memaparkan catatan dengan label RaYaaa... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RaYaaa... Papar semua catatan

2 Jul 2019

Shopping Raya Di Lazada


Saja nak share barang - barang yang dibeli di Lazada Malaysia masa sebelum raya dan selepas raya hari tu. Semua barang - barang di bawah ini dah selamat sampai di rumah. Ada barang yang dibeli masa Flash Sale, so harga dia murah sikitlah kan. Antara barang - barang yang dibeli seperti rice cooker, blender, ear phone, pisau, phone cover, electric jug, bantal, rice storage, botol air herbalife dan lain - lain lagi. Untuk botol air tu, aku dah repeat order sebanyak 2 kali dah, so dah ada 3 botol, suka tengok botol air herbalife tu, warnanya cantik, aku ada warna pink, blue dan purple.

Shopping Raya Di Lazada, Barang - Barang, Barang Elektrik, Barang berkaitan Dengan Handphone,

Shopping Raya Di Lazada, Barang - Barang, Barang Elektrik, Barang berkaitan Dengan Handphone,

Shopping Raya Di Lazada, Barang - Barang, Barang Elektrik, Barang berkaitan Dengan Handphone,
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

5 Jun 2019

Resepi Daging Sambal Tumis - Menu Raya

Daging Sambal Tumis, Resepi, Recipe, Resepi Daging Sambal Tumis, Menu Raya, Menu Hari Raya, Juadah Hari Raya, Raya 2019, Selamat Hari Raya,
Resepi Daging Sambal Tumis

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung dan pembaca Blog Miss Banu Story ini, raya - raya ni pun sempat gak up entry kat blog. Walaupun dah tahu trafik blog masa hari raya dan seminggu raya tu konform slow hahaha. Nak buat macam mana tak boleh berenggang dengan blog kena jugak up entry hehe. Kali ni aku nak share resepi Daging Sambal Tumis yang boleh korang jadikan menu atau juadah hari raya ni kan..Resepi di atas tu credit pada ownernya, boleh besarkan gambar kalau tulisannya tak jelas.. Selamat mencuba ye..
Ucapan Hari Raya, Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, Raya 2019,
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

25 Jun 2018

Ronaldmohoni.com Hari Raya Aidilfitri 2018 Giveaway

Ronaldmohoni.com Hari Raya Aidilfitri 2018 Giveaway, Blogger Giveaway, 2018, Peserta, Hadiah,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date- 16/7/2018
Nak join boleh klik Banner di atas ye..
Untung - untung bolehlah dapat duit raya kan hehe
Wish me luck okey..

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

18 Jun 2018

Telemovie Raya Bini Aku Dari Neraka (Lakonan Aiman Hakim & Sharifah Sakinah)

Telemovie Bini Aku Dari..., Telemovie Bini Aku Dari Neraka, SinopsisTelemovie Bini Aku Dari Neraka, Astro Warna, Telemovie Raya, Telefilem, Watak, Rudi, Lidya, Mamat, Pelakon, Aiman Hakim, Sharifah Sakinah, Ungku Hariz, Fiza Thomas, Sharifah Shahora, 2018, Telemovie Raya 2018,
Sinopsis Telemovie Bini Aku Dari...(Telemovie Raya) - Astro Warna

Telemovie Bini Aku Dari... atau pun Telemovie Bini Aku Dari Neraka telah pun disiarkan di Astro Warna pada hari raya kedua yang lalu. Telemovie ini adalah sambungan kepada drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka lakonan Aiman Hakim dan Sharifah Sakinah. Telemovie ini masih mengekalkan sebahagian besar pelakon asal versi drama dan pelakon - pelakon telemovie Bini Aku Dari Neraka ini adalah Aiman Hakim, Sharifah Sakinah, Ungku Hariz, Fiza Thomas (Afi AF), Sharifah Shahora dan ramai lagi. Telemovie Bini Aku Dari..ini akan memfokuskan tentang kehidupan Rudi dan Lidya sebagai suami isteri pula. Lawak juga telemovie ini cuma bagi aku versi drama lebih kelakar lagi hehe. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Bini Aku Dari Neraka di bawah ini ye.
Sinopsis Telemovie Bini Aku Dari...(Telemovie Raya) - Astro Warna

Mengisahkan tentang Rudi dan Lidya yang telah berkahwin, namun Lidya masih sengaja mengekalkan personaliti bimbonya bagi mengelakkan Rudi bosan dengannya. Kawan baik Rudi iaitu Mamat juga dah menjadi seorang bapa dan sibuk menguruskan anaknya. Rudi masih belum bersedia untuk menjadi seorang bapa dan lebih suka untuk hidup berdua saja dengan Lidya buat masa terdekat. Berbeza dengan Lidya yang menginginkan anak dan akhirnya Lidya mengandung, namun berita Lidya mengandung tidak menggembirakan Rudi sebaliknya membuatkan Rudi menjadi panik. Rudi juga telah dinaikkan pangkat dan telah dipindahkan ke pejabat lain, Rudy juga mendapat seorang pembantu wanita yang sangat cantik bernama Dayang bagi membantu kerja - kerja Rudi. Rudi telah jatuh hati pada Dayang dan selalu mengorat Dayang di tempat kerja. Manakala Lidya pula cuba berubah ke arah yang lebih baik sempena bulan Ramadan dengan kerap mendengar ceramah agama. Walaubagaimanapun Lidya telah masuk ke website ajaran sesat yang mengajar hukum hakam yang tidak betul dan Lidya terpengaruh dan mengamalkannya sehingga membuatkan hidup Rudi kucar - kacir. Apa yang berlaku seterusnya?..
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

17 Jun 2018

Kuih Raya 2018

Kuih Raya, Biskut Raya, Kuih Raya 2018, Hari Raya, Aidilfitri, Blog Miss Banu Story,
Kuih Raya 2018

Antara koleksi kuih raya untuk tahun 2018 ini hehehe, yang pasti semuanya sedap - sedap belaka. Semua kuih raya ini kuih tunjuk - tunjuk aje, maknanya semuanya beli hehe. Apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca, pengunjung Blog Miss Banu Story ini, Maaf Zahir Batin.

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

15 Jun 2018

Sinopsis Telefilem Taubatku (Cerekarama TV3)

Taubatku, Telemovie, Telefilem, Telemovie Taubatku, Telemovie Raya, TV3, Kisah Sedih, Telemovie Malam Raya, 2018, Pelakon Telemovie Taubatku, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Syed Ali Murtadh, Idris Khan, Fauziah Nawi, Rusdi Ramli, Sinopsis Telemovie Taubatku,
Sinopsis Telefilem Taubatku Lakonan Syafiq Kyle & Azar Azmi (Cerekarama TV3)

Telemovie Taubatku telah pun disiarkan pada malam raya yang lalu iaitu 14 Jun 2018 di TV3. Antara Pelakon Telemovie Taubatku ini adalah Syafiq Kyle, Azar Azmi, Syed Ali Murtadh, Idris Khan, Fauziah Nawi, Rusdi Ramli dan ramai lagi. Telefilem Taubatku ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Telefilem Taubatku ini akan diulang siar di slot Cerekarama TV3 pada 28 Disember 2019 ini, jam 9 malam. Sedih juga jalan cerita telemovie taubatku ini, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye.

Sinopsis Telemovie Taubatku

Mengisahkan Maisarah (lakonan Azar Azmi) yang putus tunang dan kemudian dia terpaksa menerima lamaran Ismail (Syafiq Kyle) kerana di desak oleh ayahnya. Selepas berkahwin dengan Ismail, Maisarah terpaksa hidup susah, kerana Ismail hanya seorang peniaga Sate saja, namun Ismail seorang suami yang penyabar dan perkahwinan mereka terus bertahan walaupun tidak dikurniakan anak. Ismail mencadangkan supaya mereka mengambil anak angkat saja, namun Maisarah tidak bersetuju. Tak lama kemudian mereka terjumpa bayi yang dibuang dekat satu tempat dan akhirnya mereka berdua mengambil bayi itu menjadi anak angkat mereka yang dinamakan Iskandar. Ismail mendidik Iskandar dengan ilmu agama yang cukup sejak kecil, walaubagaimanapun tak lama kemudian, Iskandar telah mengalami kemalangan lalu lumpuh. Ismail juga tidak mengizinkan Maisarah untuk pergi bekerja supaya Maisarah boleh menjaga Iskandar. 

Walaubagaimanapun Maisarah makin tidak tahan dengan hidupnya yang susah dan terpaksa pula menjaga anak yang lumpuh pula. Keadaan makin rumit apabila bekas tunang Maisarah iaitu Safuan (Idris Khan) kembali menagih cinta Maisarah. Maisarah akhirnya meninggalkan suaminya dan juga anaknya itu dan mengikut Safuan. Sejak ditinggalkan isteri, Ismail perlu melakukan semua kerja seorang diri termasuk menguruskan anaknya yang lumpuh. Sikap Ismail juga semakin berubah dari seorang penyabar menjadi panas baran dan sering memarahi anaknya Iskandar dengan teruk. Perniagaan sate Ismail semakin laris dan menyebabkan Ismail menjadi sibuk dan menyebabkan anaknya terabai. Keadaan mula okey bila Ismail meminta bantuan jirannya untuk menjaga anaknya buat seketika namun keadaan mula menjadi teruk kembali apabila jirannya perlu pergi ke tempat lain. Manakala Maisarah pula telah ditipu oleh Safuan dan akhirnya melarikan diri dari Safuan dan pulang ke rumah Ismail. Apa yang berlaku seterusnya?.

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Azar Azmi
 ➔ Telefilem Kisah Seram Hostel Lakonan Janna Nick dan Yuna Rahim
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

16 Mei 2018

Baca Online Novel Raya = Aidil + Fitri (Drama Adaptasi Novel)

Baca Online Novel Raya = Aidil + Fitri Bab 1 Hingga Bab 7, Novel Online, Novelis Yumi Hyra, Mini Novel, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Astro Oasis, 2018, Watak Dalam Novel, Aidil Harith, Fitri Syafia, Amar, Qarizh, Datin Mariam, Drama Bila Aidil Ada Fitri, Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri, Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Talha Harith, Zaki Azeman, Aida Khalida, Hilal Azman, Hairie Othman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh, Halim Radzi, Feiyna Tajudin, Zalfa Zin, Sweet, Komedi, Cover Novel,
Baca Online Novel Raya = Aidil + Fitri (Drama Bila Aidil Ada Fitri)

Mini Novel Raya = Aidil + Fitri karya novelis Yumi Hyra telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 15 episod yang bertajuk Bila Aidil Ada Fitri, yang kini tengah disiarkan di Astro Oasis sempena bulan Ramadan ini. Jalan cerita novel Raya = Aidil + Fitri ini memang sweet dan kelakar bila diadaptasikan menjadi drama, mestilah jadi lagi best sebab para pelakonnya pun memang terbaik. Watak Aidil Harith akan dilakonkan oleh Ungku Ismail manakala watak Fitri Syafia akan dilakonkan oleh Siti Saleha, bila gabung kedua - dua nama watak tersebut memang jadi AidilFitrilah jawabnye kan hehehe. Selain itu pelakon Fikhree Bakar akan melakonkan watak sebagai Amar, Talha Harith sebagai Qarizh, Zaki Azeman sebagai Fikri Imtiaz Firdaus, Aida Khalida sebagai Datin Mariam dan ramai lagi. Sinopsis Novel Bila Aidil Ada Fitri ini korang boleh baca dekat gambar di atas ini ye, sila klik gambar untuk besarkannya. Jadi sambil - sambil menonton versi dramanya iaitu drama Bila Aidil Ada Fitri di Astro Oasis itu, korang juga boleh baca Novel ini secara online saja, dengan hanya perlu klik link di bawah ini ye. Selamat membaca okey..
Baca Online Novel Raya = Aidil + Fitri Bab 1 Hingga Bab 7, Novel Online, Novelis Yumi Hyra, Mini Novel, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Astro Oasis, 2018, Watak Dalam Novel, Aidil Harith, Fitri Syafia, Amar, Qarizh, Datin Mariam, Drama Bila Aidil Ada Fitri, Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri, Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Talha Harith, Zaki Azeman, Aida Khalida, Hilal Azman, Hairie Othman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh, Halim Radzi, Feiyna Tajudin, Zalfa Zin, Sweet, Komedi, Cover Novel, Poster Drama Bila Aidil Ada Fitri,
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, , Miss_Syahbanu,
Read More »

25 Apr 2018

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 By Hasrul Hassan, Blogger, Blog, Blogger Segmen, 2018,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 29 April 2018
Nak join boleh Klik Banner di atas ye..
Dengan sertai segmen ni, kita semua dapat blogwalking dan dapat juga masuk bloglist gitu serta dapatlah naikkan trafik blog di bulan puasa dan juga raya nanti.
Apa pun kena jawab satu soalan dibawah ini:-

Senaraikan lima aktiviti yang akan anda lakukan dalam bulan Ramadan (macam kira azam la) dalam post tersebut. Kalau boleh aktiviti ini mesti sesuatu yang boleh jadikan anda lebih baik dari Ramadan sebelum ini.

1- Luangkan lebih banyak masa untuk ke masjid dan solat terawih.
2- Saya akan kurang bercakap dan lebih banyak berdiam dari bercakap benda - benda yang tak berfaedah dan mendatangkan dosa.
3- Saya akan banyak bersedekah
4- Saya akan cuba kurangkan makan banyak, masa berbuka puasa dan makan secara bersederhana sekaligus dapat mengurangkan berat badan.
5- Cuba memasak lebih kerap di rumah dari pergi ke bazar ramadan, secara tak langsung dapat berjimat - cermat.

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

25 Jul 2017

Another Kad Raya - Julai 2017

Kad Raya, Syawal, Raya,
Another Kad Raya - Julai 2017

Assalammualaikum..
Tak sangka juga dapat kad raya lagi satu pada 21 Julai yang lalu, kad raya ini merupakan kad raya keempat yang aku terima. Kad Raya ini datangnya daripada Ruqaiyah Amanina yang merupakan pemilik Blog www.naniena.com. Terima Kasih kerana sudi mengirimkan kad raya ini, yang bestnya, bukan setakat dapat kad raya saja, tapi aku turut dapat kad diskaun untuk beli belah di kedai online miliknya. Apa pun terima kasih ye..Ikutkan aku nak up entry ini lebih awal, tapi tak berapa sihat plak sebab selsema dan batuk sikit, sekarang ini Alhamdulilah dah okey sikit cuma ada batuk dan kahak / gelema sikit..part kahak tu yang paling aku tak suka, rimas giler hahaha, moga - moga kahak ni hilang lepas makan ubat saja. Amin..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

29 Jun 2017

Kad Raya Di Bulan Syawal 2017

Kad Raya, Kad Raya 2017, Bulan Syawal, Ramadan, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Kad Raya Di Bulan Syawal 2017

Assalammualaikum..
Ini adalah Kad Raya ketiga yang aku terima untuk tahun 2017 ini hehehe, Kad Raya ini datangnya dari Blogger Nina Ahmad dan kad raya ni sampai pada 3 Syawal yang lalu. Terima Kasih pada Nina kerana sudi mengirimkan kad raya pada saya. Sorry gambar tak berapa clear pulak, apa pun itulah koleksi kad raya aku untuk tahun 2017 ini.
Kad Raya, Kad Raya 2017, Bulan Syawal, Ramadan, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Untuk entry Kad Raya yang aku dapat sebelum ini, boleh baca kat sini ye ➔ Sampul Dan Kad Raya 2017
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

26 Jun 2017

Sampul Dan Kad Raya 2017

sampul raya, kad raya, 2017, raya, aidilfitri, ramadan, blogger, blog, miss banu, blog miss banu story, myself, my feeling,
Sampul Raya Dan Kad Raya 2017

Assalammualaikum..
Alhamdulilah, tiap - tiap tahun aku masih menerima Kad Raya walaupun jumlahnya tidaklah sebanyak mana, tapi okeylaa dari takde kan hehe. Teringat masa zaman sekolah, masa kat universiti dulu, memang seronok menghantar dan membalas kad raya, rasa tak lengkap raya kalau tak dapat kad raya ni hehe. Apa pun memang rasa seronok bila dapat kad raya betul tak. Teringat masa tahun 2012 yang mana aku dan geng blogger yang lain saling menghantar dan membalas kad raya, tahun 2012 memang pecah rekod apabila jumlah kad raya yang aku terima dan aku balas paling banyak, hehe sebab masa tu group blogger GSF masih aktif, sekarang ni semua pun hilang entah ke mana hehe. Kad Raya ntuk tahun 2017 ni sampai serentak gitu, dan aku rasa lepas Raya ni mungkin aku akan dapat lagi satu kad raya kot. Apa pun terima kasih pada semua blogger yang rajin dan sudi menghantar kad raya pada aku. Tahun ini juga aku turut menerima sampul raya eksklusif dari Blogger Papaglamz.
sampul raya, kad raya, 2017, raya, aidilfitri, ramadan, blogger, blog, miss banu, blog miss banu story, myself, my feeling,
Kad raya ini datangnya dari Blogger Shida

sampul raya, kad raya, 2017, raya, aidilfitri, ramadan, blogger, blog, miss banu, blog miss banu story, myself, my feeling,
Manakala Kad Raya ini pula datangnya dari Blogger Shahida

sampul raya, kad raya, 2017, raya, aidilfitri, ramadan, blogger, blog, miss banu, blog miss banu story, myself, my feeling,
Ini pula Sampul Raya dari Papaglamz.com
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

24 Jun 2017

Resepi Biskut Raya - Biskut Kelapa

resepi, kuih raya, biskut raya, biskut, bahan - bahan, cara penyediaan, memasak, membuat kuih raya, Biskut Kelapa, ramadan, puasa, raya, Aidilfitri,
Resepi Biskut Raya - Biskut Kelapa

Assalammualaikum..
Kejap je masa berlalu, esok dah nak raya, pastinya hari ini semua pun sibuk mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Jadi dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua pengunjung dan pembaca Blog Miss Banu Story ini. Dalam entry ini aku nak kongsi resepi biskut raya iaitu Biskut Kelapa, gambar diatas dan resepi ini credit pada owner resepi ini iaitu Dari Daput CT.

Resepi Biskut Kelapa

Bahan-bahan :
.
200 gm Tepung Jagung Brown & Polson
115 gram Tepung Gandum
1/2 sudu teh penuh Baking Powder
1/2 cawan Kelapa Kering - dikisar halus
.1 biji Telur gred A
100 gram Gula Aising
1/2 camca teh Esen Vanilla 
140 gm Mentega - atau secukupnya 
.Hiasan :
.Ceri merah - potong kecil 
Kelapa kering secukupnya untuk salut biskut
.
Cara Penyediaan
.
1. Satukan tepung jagung, tepung gandum, baking powder yang diayak dalam mangkuk dan masukkan kelapa kering yang dikisar halus. Gaul rata dan ketepikan.
.2. Putar telur dan gula aising hingga berkrim. Masukkan esen vanilla, putar lagi rata. Perlahankan kelajuan dan masukkan adunan tepung bercampur kelapa kering kisar tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi teksture seakan serbuk roti.
.3. Dengan kelajuan perlahan sudukan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mendapat doh yang lembut dan lembap, kemungkinan besar mentega tidak akan habis digunakan. Matikan mixer, gaul rata adunan dengan spatula dan tutup doh dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
.4. Ambil adunan tadi anggaran 1 camca teh, bulat-bulatkan. Kemudian letak 1 bahagian ceri yang telah didadu, golekkan dalam kelapa kering hingga bersalut. Susun dalam dulang pembakar dan tekan sedikit sahaja, jangan kuat-kuat nanti leper. Buat hingga siap.
.5. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit hingga masak dan bahagian bawah biskut nampak perang keemasan. Sejukkan atas rak dawai sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

22 Jun 2017

Resepi Biskut Arab Susu Yang Lazat & Gebu

Resepi Biskut Arab Susu Yang Lazat & Gebu

Assalammualaikum..
Lagi beberapa hari saja nak raya ni, pasti ramai dah buat kuih raya ataupun nak buat kuih raya di saat - saa akhir gitu. Jadi hari ini aku nak kongsi resepi Biskut Arab Susu, kalau tengok rupa biskut Arab Susu ni nak sama macam Biskut Suji je kan hehe. Apa pun tak kisahlah pasal nama biskut ni, yang penting rasa biskut tu sedap betul tak? hehe. Apa pun resepi ini credit pada ownernya iaitu YatiMemories, selamat mencuba ye..

Resepi Biskut Arab Susu Yang Lazat & Gebu

Bahan-Bahan

2 cwn Susu Tepung ( biasa guna susu nespray)
2 cwn minyak sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
sedikit garam
7 cwn tepung gandum(di ayak)
ceri merah secukupnya-potong kecil2
Gula aising ( untuk gaul biskut bila dah masak sahaja)
.
Cara Penyediaan

Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising, kemudian siap!

Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story
Read More »

18 Jun 2017

Resepi Biskut Mentega Kacang

Resepi Biskut Raya Mentega Kacang

Assalammualaikum..
Selain biskut raya popular yang lain seperti Almond London, Semperit, Biskut Mentega Kacang juga antara kegemaran aku. Sedapkan biskut Mentega Kacang ini, siapa suka makan kuih raya ini jugak, sila angkat tangan sekarang hehe. So hari ini aku nak share resepi biskut ini dalam entry ini. Resepi ini credit pada owner resepi ini iaitu Citarasawan. Aku ambil resepi ini dari Facebook Jom Buat Kuih Raya. Selamat Mencuba ye.

Resepi Biskut Mentega Kacang

Bahan - Bahan
.
250gm Mentega
140gm Gula Perang
1 sudu teh Esen Vanila
60gm Mentega Kacang / Peanut Butter
270gm Tepung Rose
80gm serbuk Kacang Tanah
40gm Tepung Kastard
30gm Tepung Kentang
1 biji Kuning Telur
.Kacang Tanah untuk hiasan.
.
Cara - Cara Membuat Biskut Mentega Kacang
.
1. Krim mentega dan gula perang. Masukkan mentega kacang dan kuning telur, sebatikan.
2. Masukkan tepung yang telah diayak bersama dan serbuk kacang tanah, gaul hingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel bulat. Sapu telur diatasnya dan hias dengan kacang tanah.
4. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris dan bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.
.Selamat mencuba..
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story
Read More »

15 Jun 2017

Resepi Biskut Nestum Yang Rangup & Sedap

Resepi, Biskut Raya, Biskut Nestum, Kuih Raya, Biskut Sedap, Rangup, Menu Raya, Hari Raya, Bulan Puasa, Ramadan,
Resepi Biskut Nestum Yang Rangup & Sedap (Biskut Raya)

Assalammualaikum..
Biskut Nestum ini memang sedap dan ranggup, memang antara biskut raya kegemaran aku, so dalam entry ini aku nak share resepi Biskut Nestum ini. Resepi ini credit to owner resepinyer dan aku ambil resepi ini dari Facebook Jom Buat Kuih Raya. Jadi selamat mencuba ye..

Resepi Biskut Raya - Biskut Nestum Yang Rangup & Sedap

Bahan - Bahan

125 gram Butter, premium Anchor butter
1/2 Cawan Gula Kastor
1 sudu teh Esen Vanilla
1 biji Telur
1 cawan Tepung Gandum
1 1/2 sudu teh Serbuk Penaik
1 cawan Nestum original, kisar halus
1 cawan Nestum original, tak perlu kisar

Bahan untuk hiasan

Ceri merah atau hijau, hiris kecil
Sedikit Nestum original, tabur atas pinggan untuk salutan doh

Cara Penyediaan

Untuk bahan kering, ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Satukan dengan serbuk Nestum kisar dan juga Nestum yang kasar. Dalam mangkuk berasingan, pukul butter (yang sudah dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula kastor sehingga putih dan berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sehingga kembang.

Masukkan bahan kering tadi. Kacau sehingga betul-betul sebati menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh seketika. Uli menjadi bentuk bulat sebesar guli (kecil sedikit jika anda suka biskut yang kecil). Gulingkan doh di atas Nestum dan susun di atas dulang yang telah digris dengan Butter. Tekan dengan garfu dan hiaskan dengan ceri. Bakar pada suhu 175, selama 15-20 minit.

Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

12 Jun 2017

Resepi Biskut Raya Cornflakes Madu

Resepi, Kuih Raya, Biskut, Biskut Raya, Cornflakes Madu, Biskut Cornflakes Madu, Raya, Aidilfitri, Bahan, Bahan, Cara - Cara Nak Membuat Cornflakes Madu,
Resepi Biskut Raya - Cornflakes Madu

Assalammualaikum..
Sekarang ini mesti dah ramai yang start buat kuih raya / biskut raya untuk dijual mahu pun untuk kegunaan sendiri. Salah satu biskut yang paling mudah nak buat dan tak perlukan banyak bahan adalah biskut Cornflakes Madu. Biasanya memang aku beli je biskut Conflakes Madu ni, tiap - tiap tahun, memang aku akan beli sebalang Biskut ni hehehe, aku takdelah gemar sangat makan biskut Cornflakes Madu ni, tapi kadang - kadang sedap gak menikmati biskut ini sebab ianya sangat rangup, manis dah macam keropok pula hehehe. Di bawah ini aku share resepi biskut ini, tapi aku bukanlah owner resepi ini ye, apa pun credit pada owner resepi ini iaitu Min Rosli. Aku ambil resepi ini dari Facebook, Jadi selamat mencuba ye. 

Resepi Biskut Raya Cornflakes Madu

Bahan - Bahan 

1 Butter
1 Cawan Gula Halus
Setengah Botol Madu
Sekotak Cornflakes Guna yang besar ye
Acuan

Cara - Cara Nak Membuat Biskut Conflakes Madu

Campur Butter dan Gula, Bila dah cair masuk Madu dan kacau rata. 
Dah rata tambah Hiasan kesukaan anda. 
Masuk dalam Acuan, Bakar selama 5-10 minit, suhu 160*c, bergantung pada Oven masing2. 

Resepi Lain

Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

11 Jun 2017

Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Sedap

resepi, ayam goreng, ayam goreng berempah, bahan - bahan, cara penyediaan, masakan, raya, menu berbuka puasa, ramadan,
Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Sedap

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun suka makan Ayam Goreng Berempah ini kan, nak buatnya pun senang, gambar diatas ini aku ambil dari google ye dan resepi Ayam Goreng Berempah yang aku kongsikan dalam entry ini aku ambil dari Akhbar Kosmo edisi 9 Jun 2017. Jadi selamat berbuka puasa dan selamat mencuba resepi ini.

Bahan - Bahan

Bawang Merah 6 Biji
Bawang Putih 3 Ulas
Lengkuas 3 Inci
Serai 6 Batang
Kunyit Hidup 2 Inci
Telur 2 Biji
Daun Kari 1 lembar
Biji Ketumbar 10 gram
Jintan Putih 10 gram
Jintan Manis 10 gram
Ayam 1 ekor dipotong 16
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Ayam Goreng Berempah

1- Kisarkan Bawang Merah, Bawang Putih, Lengkuas, Serai, Kunyit Hidup, Biji Ketumbar, Jintan Manis, Jintan Putih
2- Masukkan Daun Kari, Telur dan Garam secukup rasa
3- Gaulkan bersama Ayam dan perap selama 1 hingga 2 jam.
4- Panaskan minyak dan gorengkan ayam tadi sehingga garing dan kemudian hidangkan.
Read More »

4 Jun 2017

Resepi Biskut Almond London

Resepi, Biskut, Biskut Raya, Kuih Raya, Almond London, Popular, Coklat, Badam, Bahan Bahan, Cara - Cara Nak Membuat Biskut Almond London,
Resepi Biskut Raya Almond London

Assalammualaikum..
Biskut Almond London ini adalah biskut popular yang menjadi kegemaran ramai, setiap rumah pasti ada biskut ini. Rasa macam tak lengkap Raya kalau biskut Almond London ni takde hehehe. Pada yang nak buat sendiri Biskut Almond London ini bagi tujuan untuk berniaga mahu pun untuk kegunaan sendiri, aku kongsikan resepi biskut ini di bawah ini. Walaubagaimanapun Resepi di bawah ini bukanlah dari aku tapi credit pada Owner resepi ini iaitu Mariana Zainal dan aku ambil resepi ini dari Facebook Jom Belajar Buat Biskut. Jadi selamat mencuba ye..

Resepi Biskut Almond London

⧫ Bahan - Bahan

250g Butter
450g Tepung Gandum
2 sdt emplex ( perangup biskut)
140g Gula Aising ( gula caster pun boleh)
2 biji Kuning Telur
150- 200bj Badam ( lebih kurang)
(Badam goreng tanpa minyak atau panggang 15 minit - 20 minit hingga masak, saya suka goreng tanpa minyak lebih lemak) biarkan badam betul2 sejuk yer, baru guna..
1/ 2 kg Coklat Masakan (untuk celup biskut)
Sedikit Cocoa Butter (Takde pun takpe)
Badam cincang secukupnya
Paper Cup secukupnya..

⧫Cara - Cara Membuat Biskut Almond London

Pukul Butter + Gula + Kuning Telur hingga sebati, sebati jer tau, dalam 2 minit pun dah cukup.
Masukkan Tepung dan uli hingga tak lekat di tangan, amik doh sebesar duit sepuluh sen dan masukkan Badam. 
Bulatkan secara membujur, buat hingga siap, bakar selama 25- 30 minit..api atas dan bawah 180*c, dah siap biarkan sejuk.
Cairkan coklat secara double boiler, kemudian, masukkan Butter Coco, celup biskut dan masukkan dalam paper cup.
Tabur badam cincang, biarkan coklat mengeras, saya nak bagi coklat tu cengkam biskut dengan elok jadi saya letakkan dalam peti sejuk 6 - 7 minit (masa ini kena hati - hati, lebih masa biskut dalam peti sejuk, coklat boleh berpeluh dan tak cantik)

Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa :)
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017