-->
Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan

29 Apr 2020

Sinopsis dan Review Drama Korea My Fellow Citizen

My Fellow Citizen, Drama Korea, Korean Drama My Fellow Citizen, Drama Korea My Fellow Citizen, Sinopsis Penuh Drama Korea My Fellow Citizen, Ulasan Drama Korea My Fellow Citizen, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Drama Korea Best,

Lama gila tak buat review kat blog ni sebab sepanjang musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni, laptop aku yang rosak tu pun tersadai kat kedai komputer (Forest Global Technology) tu. Tak tau nak contact depa macam mana, yela kedai tutup kan, phone pun mesti tak angkat ngan depa pun tak ada media sosial. Jangan laptop aku hilang sudah. Maka terpaksa update blog pakai phone ja. Berbalik pada drama Korea My Fellow Citizen ni, drama ni release pada 1 April 2019 yang lalu dan tamat episodnya pada 28 Mei 2019. Korean Drama My Fellow Citizen ini disiarkan di channel KBS dan bergenre Comedy, Crime, Politik. Antara pelakon drama Korea My Fellow Citizen ini adalah Choi Si Wan, Lee Yoo Young, Kim Min Jung, Tae In Ho, Kim Eui Sung, Park Kyung Hye, Woo Hyeon dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 32 episod, setiap episod setengah jam ja, kalau gabung jadi sejam kiranya 16 episod gitu.
My Fellow Citizen, Drama Korea, Korean Drama My Fellow Citizen, Drama Korea My Fellow Citizen, Sinopsis Penuh Drama Korea My Fellow Citizen, Ulasan Drama Korea My Fellow Citizen, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Drama Korea Best,
Jalan cerita drama My Fellow Citizen ni menarik sebenarnya bila seorang penipu (con artist) boleh jadi wakil rakyat, siap menang pilihanraya gitu. Walaupun sebenarnya dia tak rela untuk masuk politik ni semua, tapi sebab dia dipaksa dan terdesak so dia redah je hehehe. Lakonan Choi Si Won sebagai Yang Jung Kook memang tidak mengecewakan, sesuai juga Choi Si Won ni berlakon dalam genre komedi. Pemilihan pelakon semua best dan serasi dengan watak masing - masing. Antara yang patut diberi pujian pastilah pada Kim Min Jung yang membawa watak jahat sebagai Park Hoo Ja. Tapi watak Park Hoo Ja ni tak adalah jahat sangat sebab kadangkala lawak juga bila ada yang dia plan semua tak jadi disebabkan campurtangan Yang Jung Kook tu. Plus Park Hoo Ja ni nampak elegan dan cara cakap pun lemah - lembut ja, tapi bila dia naik angin habislaa hahaha. Antara yang menarik bila Kim Min Jung dan Kim Eui Sung reunion semula dalam drama My Fellow Citizen ni. Bagi yang tak tahu mereka berdua pernah berlakon dalam drama popular Mr. Sunshine, jadi anak dan bapa dalam drama tersebut.
My Fellow Citizen, Drama Korea, Korean Drama My Fellow Citizen, Drama Korea My Fellow Citizen, Sinopsis Penuh Drama Korea My Fellow Citizen, Ulasan Drama Korea My Fellow Citizen, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Drama Korea Best,
Antara scene yang aku suka dalam drama ni masa Yang Jung Kook start berkempen dalam pilihanraya tu. Scene diorang meeting ramai - ramai tu pun dah lawak. Calon lain meeting dan cari jalan untuk fokus isu apa dalam pilihanraya tu. Berbeza dengan Yang Jung Kook dan teamnya yang sibuk meeting nak makan apa nanti hahahaha.Plus lagu rasmi untuk kempen pilihanraya Yang Jung Kook tu pun best, siap ada step tarian lagi hahaha. Aku rasa semua scene masa diorang berkempen untuk pilihanraya tu memang best dan lawak okey. Bila Yang Jung Kook dah menang dalam pilihanraya dan berjaya jadi wakil rakyat tu, jalan cerita start jadi boring sikit sebab ianya dah mula bertukar jadi serius sikit. Kadang - kadang aku rasa Kim Min Young lakonan Lee Yoo Young yang jadi isteri Yang Jung Kook ni naif juga walaupun dia adalah polis. Macam manalah dia boleh tak perasan yang suaminya tu adalah con artist, sedangkan dah banyak hint yang dia dapat. Malah Park Hoo Ja sendiri dah bagi tahu dia dah, tapi dia tak percaya. Dia cuma ingat suami dia ada hutang dengan Park Hoo Ja saja. Selain itu pelakon Choi Daniel dan Baek Jin Hee yang merupakan hero dan heroin drama Korea Jugglers turut jadi cameo dalam drama ni.

Aku suka juga dengan keluarga Yang Jung Kook ni, dari bapa sampai adik perempuannya memang semuanya sepesen, kaki tipu dan terror bab2 scammer ni semua, plus diorang ni semua kelakar dan gila - gila especially adik perempuan dia tu. Ending drama Korea My Fellow Citizen ni memang happy ending gitu. Apa pun jom tengok sinopsis penuh drama Korea My Fellow Citizen ni di bawah okey.

Mengisahkan tentang Yang Jung Kook yang merupakan seorang penipu yang jatuh cinta pada Kim Mi Young yang merupakan seorang polis. Kim Mi Young merahsiakan pekerjaannya dari Yang Jung Kook kerana risau hal lama berulang kembali. Dimana ex- boyfriendnya curang kerana stress dengan pekerjaan Mi Young sebagai seorang polis. Mereka berdua akhirnya berkahwin dan Kim Mi Young hanya memberitahu perkara sebenar pada Yang Jung Kook ketika mereka dalam perjalanan untuk pergi honeymoon. Yang Jung Kook sangat terkejut dan takut bila mengetahui yang isterinya adalah seorang polis. Selepas itu hubungan Yang Jung Kook dan Kim Mi Young mula dingin. Dalam masa yang sama Yang Jung Kook mula diburu oleh seorang ceti haram bernama Park Hoo Ja yang ingin membalas dendam pada Yang Jung Kook kerana sudah menipu bapanya. Ketika samseng - samseng upahan Park Hoo Ja sedang mengejar Yang Jung Kook, telah berlaku satu insiden yang tidak disengajakan bila Yang Jung Kook telah memukul seorang lelaki yang lalu di kawasan berkenaan untuk menarik perhatian polis yang ada di kawasan berdekatan. 
My Fellow Citizen, Drama Korea, Korean Drama My Fellow Citizen, Drama Korea My Fellow Citizen, Sinopsis Penuh Drama Korea My Fellow Citizen, Ulasan Drama Korea My Fellow Citizen, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Drama Korea Best, Poster Drama Korea My Fellow Citizen,
Namun Yang Jung Kook tidak menyangka lelaki yang dipukulnya itu adalah pembunuh bersiri yang dikehendaki polis. Polis berterima kasih pada Yang Jung Kook kerana telah membantu mereka untuk menangkap pembunuh tersebut. Hal tersebut turut mendapat liputan meluas dari pihak media dan Yang Jung Kook turut mendapat anugerah "the brave citizen" dari pihak polis. Dalam sekelip mata Yang Jung Kook menjadi sangat popular disebabkan insiden berkenaan. Dalam masa yang sama Park Hoo Ja berusaha melobi ahli politik untuk bekerjasama dengannya bagi meluluskan satu undang - undang yang akan menguntungkan pihaknya. Namun lama - kelamaan Park Hoo Ja mula berasa menyampah nak membodek dan melayan kerenah ahli politik itu dan mula merancang satu plan yang tak masuk akal iaitu menggunakan Yang Jung Kook. Park Hoo Ja mula mengugut Yang Jung Kook yang dia akan membunuh isteri Yang Jung Kook iaitu Kim Mi Young jika Yang Jung Kook tak mahu ikut cakapnya.
My Fellow Citizen, Drama Korea, Korean Drama My Fellow Citizen, Drama Korea My Fellow Citizen, Sinopsis Penuh Drama Korea My Fellow Citizen, Ulasan Drama Korea My Fellow Citizen, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Drama Korea Best,
Atas sebab itu Yang Jung Kook terpaksa mengikut arahan Park Hoo Ja dengan ikut bertanding menjadi calon bebas untuk pilihanraya. Populariti Yang Jung Kook sedikit sebanyak membantunya untuk mendapat undian tapi tidak memungkinkan yang dia boleh menang pilihanraya. Atas sebab itu Park Hoo Ja telah mengupah Kim Joo Myung (Kim Eui Sung) yang merupakan seorang ahli politik veteran yang berpengalaman dalam hal ini untuk membantu Yang Jung Kook menang dalam pilihanraya ini. Awalnya Kim Joo Myung tidak begitu suka dengan Yang Jung Kook setelah tahu Yang Jung Kook ini seorang penipu. Namun lama - kelamaan dia menjadi rapat pula dengan Yang Jung Kook. Pelbagai perkara yang berlaku dalam pilihanraya itu sehinggalah pada satu tahap Park Hoo Ja mahukan Yang Jung Kook untuk tarik diri dalam pilihanraya itu dan menyokong calon lain. Yang Jung Kook mula berasa marah dengan keputusan Park Hoo Ja kerana dia telah bersemangat dan berusaha keras untuk menang. Namun atas hasil kebijaksanaan Kim Joo Myung dan Yang Jung Kook juga, mereka akhirnya menang.
My Fellow Citizen, Drama Korea, Korean Drama My Fellow Citizen, Drama Korea My Fellow Citizen, Sinopsis Penuh Drama Korea My Fellow Citizen, Ulasan Drama Korea My Fellow Citizen, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Drama Korea Best,
Setelah menang, Yang Jung Kook berazam ingin menjadi ahli politik yang berbeza dari yang lain dan benar - benar ingin berkhidmat untuk rakyat. Namun hal tersebut tidak disukai oleh Park Hoo Ja kerana semua rancangannya telah gagal bila Yang Jung Kook campurtangan. Lama - kelamaan Yang Jung Kook dan Park Hoo Ja mula bergaduh dan cuba untuk saling menjatuhkan antara satu smaa lain. Apa yang berlaku seterusnya? apa reaksi Kim Mi Young setelah tahu hal sebenar? Apa pun syok gak layan drama ni dan aku bagi 8/10 bintang untuk drama ini. 

Read More »

29 Okt 2019

Review Drama Korea Spring Turns To Spring

Spring Turns To Spring, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Spring Turns To Spring, Drama Korea Spring Turns To Spring, Sinopsis Drama Korea Spring Turns To Spring, Korean Drama  Spring Turns To Spring Poster, Ending Drama Korea Spring Turns To Spring, K - Drama Spring Turns To Spring, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Drama Korea Spring Turns To Spring, Watak Pelakon Dalam Drama Korea Spring Turns To Spring, Lee Yu Ri New Drama, Senarai Pelakon Drama Korea Spring Turns To Spring, Lee Yu Ri, Uhm Ji Won, Lee Jong Hyuk, Choi Byung Mo, An Se Ha, Kim Nam Hee, Son Eun Seo, Kim Kwang Kyu, Lee Seo Yeon, Korean Drama 2019, Channel MBC,
Spring Turns To Spring - Korean Drama Review 

Korean Drama Spring Turns To Spring ini mempunyai 32 episod, setiap episod hanya setengah jam, jadi kalau gabung jadi satu jam, maknanya drama ini hanya 16 episod jela dan disiarkan di channel MBC. Antara pelakon drama Korea Spring Turns To Spring ini adalah Lee Yu Ri, Uhm Ji Won, Lee Jong Hyuk, Choi Byung Mo, An Se Ha, Kim Nam Hee, Son Eun Seo, Kim Kwang Kyu, Lee Seo Yeon dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Children Of Nobody dan kemudian akan digantikan dengan drama The Banker. Drama Korea Spring Turns To Spring ni mula bersiaran pada 23 Januari 2019 dan tamat episodnya pada 21 March 2019 yang lalu. Aku memang suka menonton drama – drama lakonan Lee Yu Ri ni, sebab drama lakonannya memang semuanya best – best.  Drama ini memang memfokuskan 2  watak utama iaitu Kim Bo Mi lakonan Lee Yu Ri dan Lee Bom lakonan Uhm Ji Won. Mereka berdua adalah 2 wanita yang berbeza personaliti, gaya hidup dan kerjaya terpaksa bekerjasama apabila mereka bertukar badan tanpa sengaja , selepas terminum air yang mengandungi formula unik yang dicipta oleh seorang saintis bernama Heo Bom Il lakonan Kim Nam Hee. 
Spring Turns To Spring, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Spring Turns To Spring, Drama Korea Spring Turns To Spring, Sinopsis Drama Korea Spring Turns To Spring, Korean Drama  Spring Turns To Spring Poster, Ending Drama Korea Spring Turns To Spring, K - Drama Spring Turns To Spring, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Drama Korea Spring Turns To Spring, Watak Pelakon Dalam Drama Korea Spring Turns To Spring, Lee Yu Ri New Drama, Senarai Pelakon Drama Korea Spring Turns To Spring, Lee Yu Ri, Uhm Ji Won, Lee Jong Hyuk, Choi Byung Mo, An Se Ha, Kim Nam Hee, Son Eun Seo, Kim Kwang Kyu, Lee Seo Yeon, Korean Drama 2019, Channel MBC,
Berbanding drama lain yang mempunyai genre yang sama, drama ini memberi penjelasan yang mudah kenapa diorang boleh bertukar badan, kiranya tak ada unsur mistik atau misteri yang terlibat. Hal ini membuatkan penonton lebih mudah untuk memahami jalan cerita sebab ianya dijelaskan secara straight to the point. Memang enjoy menonton drama Korea Spring Turn To Spring ni sebab lawak habis especially bila Kim Bo Mi yang merupakan seorang announcer dan juga wartawan yang mempunyai personaliti yang garang, tegas , gila - gila dan bercita – cita tinggi tertukar badan dengan Lee Bom yang merupakan bekas pelakon popular yang kini menjadi suri rumah serta mempunyai personaliti yang lemah – lembut, penyayang, kaya – raya dan mempunyai seorang anak perempuan yang sudah remaja serta suaminya terlibat dalam politik. Part paling best bila Lee Yu Ri yang melakonkan watak yang tegas, garang dan gila – gila bertukar jadi lemah – lembut hahaha, suara dia halus je bila jadi lemah – lembut, adorable dan comel habis hehehe. Pujian buat Lee Yu Ri dan Uhm Ji Won yang berjaya melakonkan watak mereka dengan baik sekali, bukan senang nak berlakon jadi garang sekejap pastu lemah lembut pulak secara berselang – seli dan banyak kali dalam drama ini. 
Spring Turns To Spring, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Spring Turns To Spring, Drama Korea Spring Turns To Spring, Sinopsis Drama Korea Spring Turns To Spring, Korean Drama  Spring Turns To Spring Poster, Ending Drama Korea Spring Turns To Spring, K - Drama Spring Turns To Spring, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Drama Korea Spring Turns To Spring, Watak Pelakon Dalam Drama Korea Spring Turns To Spring, Lee Yu Ri New Drama, Senarai Pelakon Drama Korea Spring Turns To Spring, Lee Yu Ri, Uhm Ji Won, Lee Jong Hyuk, Choi Byung Mo, An Se Ha, Kim Nam Hee, Son Eun Seo, Kim Kwang Kyu, Lee Seo Yeon, Korean Drama 2019, Channel MBC,
Simpton dan tanda – tanda awal ketika diorang nak bertukar badan tu pun diterangkan dengan jelas, diorang akan menggaru – garu seluruh badan kemudian bersin dan kemudian jeng jeng jeng, bertukarlah mereka berdua hehe. Selain itu aku juga suka melihat lakonan Kim Nam Hee sebagai Heo Bom Il dalam drama ini, cara dia bercakap pun best ada slang orang putih gitu maklumlah saintislah katakan. Nampak Kim Nam Hee banyak berlakon watak komedi pula sekarang, bermula dalam drama ini diikuti drama Search WWW. Siapa boleh lupa watak jahat yang dilakonkan Kim Nam Hee ini dalam drama popular Mr. Sunshine iaitu sebagai ketua tentera Jepun yang kejam. Selain Kim Nam Hee, pelakon Son Eun Seo juga turut cuba keluar dari zon selesanya dengan membawa watak jahat. Bagi  yang dah tengok drama Voice, Voice 2 dan Voice 3 ni pasti akan kenal dengan Son Eun Seo ni sebab dia berlakon dalam ketiga – tiga season drama Korea Voice tu. Dalam drama ini Seo Eun Seo akan melakonkan watak Choi Seo Jin yang merupakan kawan dan juga pembantu peribadi Lee Bom tapi dalam masa yang sama turut ada hubungan sulit dengan suami  Lee Bom iaitu Park Yeon Cheol lakonan Choi Byung Mo. 
Spring Turns To Spring, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Spring Turns To Spring, Drama Korea Spring Turns To Spring, Sinopsis Drama Korea Spring Turns To Spring, Korean Drama  Spring Turns To Spring Poster, Ending Drama Korea Spring Turns To Spring, K - Drama Spring Turns To Spring, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Drama Korea Spring Turns To Spring, Watak Pelakon Dalam Drama Korea Spring Turns To Spring, Lee Yu Ri New Drama, Senarai Pelakon Drama Korea Spring Turns To Spring, Lee Yu Ri, Uhm Ji Won, Lee Jong Hyuk, Choi Byung Mo, An Se Ha, Kim Nam Hee, Son Eun Seo, Kim Kwang Kyu, Lee Seo Yeon, Korean Drama 2019, Channel MBC,
Memang geram tengok Choi Seo Jin dan suami Lee Bom tu berpura – pura baik depan Lee Bom tu. Selain itu tiada kisah cinta dalam drama Korea Spring Turns To Spring ni ye,walaupun nampak macam Kim Bo Mi dan Lee Hyung Seok lakonan Lee Jong Hyuk tu sepadan dan serasi, walaupun pada pandangan Lee Hyung Seok tu, Kim Bo Mi adalah perempuan gila hahaha. Memang banyak scene – scene lawak dalam drama ni, malah lagu tema / OST Korean Drama Spring Turns to Spring juga comel habis dan berentak rancak gitu sesuai dengan genre drama ini iaitu komedi. Manakala ending drama Korea Spring Turns To Spring ni happy ending dan tetap lawak. Bagi yang nak release stress ke tension ke bolehlah try layan drama ni sebab boleh buat korang ketawa, especially dengan watak Kim Bo Mi lakonan Lee Yu Ri tu. Jadi aku bagi 8.8/10 bintang untuk drama ini.

Jom Baca ini juga ➔ Review Drama Korea Save Me 2 : The Fake

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature,
Read More »

14 Sep 2019

Korean Drama Review - The Fiery Priest

The Fiery Priest, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Fiery Priest, Drama Korea The Fiery Priest, Sinopsis Drama Korea The Fiery Priest, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama Review, Korean Drama Review By Miss Banu, Korean Drama 2019, Lawak, Komedi, Drama Best, Poster Drama Korea The Fiery Priest, Senarai Pelakon Drama Korea The Fiery Priest, Kim Nam Gil, Kim Sung Kyun, Lee Honey, Go Joon, Keum Sae Rok, Kim Hyung Mook, Baek Ji Won, Eum Moon Suk, Ahn Chang Hwan, Kim Min Jae,

Macam biasa hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk The Fiery Priest yang mula disiarkan di channel SBS pada 15 Februari 2019 dan tamat episodnya pada 20 April 2019. Antara pelakon drama Korea The Fiery Priest ini adalah Kim Nam Gil, Kim Sung Kyun, Lee Honey, Go Joon, Keum Sae Rok, Kim Hyung Mook, Baek Ji Won, Eum Moon Suk, Ahn Chang Hwan, Kim Min Jae dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 40 episod dan drama The Fiery Priest ini kemudiannya akan digantikan dengan drama The Nokdu Flower. Bagi aku drama ini memang best, lawak dan kelakar gitu, conform korang akan ketawanyer. Lebih best bila drama ini akan disambung ke musim kedua gitu. Kalau tengok dari tajuk drama ni saja, korang dah boleh agak macam mana ceritanya, dimana ianya mengisahkan tentang seorang paderi bernama Kim Hae Il yang panas baran, suka marah - marah dan belasah orang terutamanya orang jahat. Personaliti serta sikap Kim Hae Il membuatkan dia sukar untuk menjadi paderi yang baik dan tenang seperti paderi yang lain. Lebih menarik bila Kim Hae Il mempunyai trauma ketika berkhidmat sebagai anggota khas tentera, dimana dia secara tak sengaja telah membunuh sekumpulan kanak- kanak. Hal tersebut memaksa dirinya untuk berhenti kerja kerana terlampau rasa bersalah dan akhirnya dia menjadi paderi. 
The Fiery Priest, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Fiery Priest, Drama Korea The Fiery Priest, Sinopsis Drama Korea The Fiery Priest, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama Review, Korean Drama Review By Miss Banu, Korean Drama 2019, Lawak, Komedi, Drama Best, Poster Drama Korea The Fiery Priest, Senarai Pelakon Drama Korea The Fiery Priest, Kim Nam Gil, Kim Sung Kyun, Lee Honey, Go Joon, Keum Sae Rok, Kim Hyung Mook, Baek Ji Won, Eum Moon Suk, Ahn Chang Hwan, Kim Min Jae,
Di permulaan cerita, memang akan rasa benggang dengan polis, pendakwaraya yang semuanya memihak pada orang jahat. Kim Hae Il terpaksa berjuang seorang diri untuk menegakkan keadilan buat ayah angkatnya yang juga seorang paderi senior yang sangat dihormati oleh orang ramai. Ayah angkatnya iaitu paderi Lee Young Joon mati dibunuh tapi tiada suspek dikenalpasti, malah paderi Lee Young Joon itu turut difitnah. Disebabkan suatu hal, Kim Hae Il akhirnya dibenarkan untuk menyiasat kes tersebut semula bersama dengan seorang detektif bernama Koo Dae Young yang korupsi. Koo Dae Young telah diarahkan oleh orang atasan untuk menggagalkan segala rancangan Kim Hae Il. Namun lain jadinya bila Koo Dae Young mula berubah menjadi baik bila dia makin rapat dengan Kim Hae Il tu. Scene- scene yang membabitkan watak Kim Hae Il lakonan Kim Nam Gil dan Koo Dae Young lakonan Kim Sung Kyun memang kelakar habis. Diorang siap pecah masuk rumah bagai, tapi dalam masa yang sama boleh lagi bergaduh antara satu sama lain. Tu belum lagi scene diorang pakai topeng untuk pergi menculik dan sebagainya haha. Pendek kata memang enjoy menonton Korean Drama The Fiery Priest ini.
The Fiery Priest, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Fiery Priest, Drama Korea The Fiery Priest, Sinopsis Drama Korea The Fiery Priest, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama Review, Korean Drama Review By Miss Banu, Korean Drama 2019, Lawak, Komedi, Drama Best, Poster Drama Korea The Fiery Priest, Senarai Pelakon Drama Korea The Fiery Priest, Kim Nam Gil, Kim Sung Kyun, Lee Honey, Go Joon, Keum Sae Rok, Kim Hyung Mook, Baek Ji Won, Eum Moon Suk, Ahn Chang Hwan, Kim Min Jae,
Selain itu watak pendakwaraya dalam drama ini iaitu Park Kyung Sun lakonan Lee Honey tu juga agak annoying di peringkat awal sampai ke pertengahan cerita. Park Kyung Sun sentiasa menggagalkan rancangan Kim Hae Il tu, tapi dalam masa yang sama dia tak sanggup tengok Kim Hae Il masuk penjara atau tercedera gitu. Sampailah Park Kyung Sun hampir - hampir nak kena bunuh barulah dia memihak pada pihak yang betul hehe. Walaupun nampak Park Kyung Sun tu macam ada hati pada Kim Hae Il tu tapi tiada kisah cinta dalam drama ini okey. Ada satu scene bila diorang parodikan drama Korea Mr. Sunshine tu memang terbaik, siap ada lagu background dari drama tu lagi. Bukan watak utama saja yang menyerlah dalam drama ini, malah watak pembantu juga sangat menyerlah okey dan mencuit hati gitu. Antara watak pembantu yang mencuri tumpuan adalah Ssongsak lakonan Ahn Chang Hwan. Ssongsak adalah warganegara Thailand yang datang ke Korea untuk mencari kerja, dia awalnya sering dibuli oleh gangster bernama Jang Kyong lakonan Eum Moon Suk disebabkan dia tidak boleh cakap Korea dengan lancar dan pelat. Tapi siapa sangka, Ssongsak ada ilmu mempertahankan diri Muay Thai yang bagus dan sering menolong Kim Hae Il tu. 
The Fiery Priest, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Fiery Priest, Drama Korea The Fiery Priest, Sinopsis Drama Korea The Fiery Priest, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama Review, Korean Drama Review By Miss Banu, Korean Drama 2019, Lawak, Komedi, Drama Best, Poster Drama Korea The Fiery Priest, Senarai Pelakon Drama Korea The Fiery Priest, Kim Nam Gil, Kim Sung Kyun, Lee Honey, Go Joon, Keum Sae Rok, Kim Hyung Mook, Baek Ji Won, Eum Moon Suk, Ahn Chang Hwan, Kim Min Jae,
Watak gangster Jang Kyong tu pun lawak juga, aku tak boleh blah dengan rambut panjang die yang lurus tu hahaha. Masa episod akhir drama Korea The Fiery Priest ni, Jang Kyong dah potong rambut, boleh tahan comel juga dia ni hahaha. Bila dia potong rambut barulah nampak hensem sikit hehe, kalau tak serabut tengok rambut dia tu. Watak jahat dalam drama ini semua berjawatan tinggi okey, sebab tulah Kim Hae Il dan teamnya susah nak mengalahkan mereka semua sebab diorang ada duit dan kuasa kan. Selain banyak scene - scene komedi dalam drama The Fiery Priest ini, scene - scene serius dan mendebarkan juga ada, terutamanya di bahagian kemuncak cerita dan juga dekat - dekat nak ending tu. OST The Fiery Priest ni aku rasa biasa - biasa saja, manakala ending drama Korea The Fiery Priest ini memang happy ending gitu. Tak sabar nak tunggu season 2 drama ini nanti. Lagi menarik bila pelakon - pelakon drama ini sememangnya rapat antara satu sama lain dalam real life. Secara keseluruhannya drama ini memang best dan aku bagi 8.9/10 bintang untuk drama ini.
The Fiery Priest, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Fiery Priest, Drama Korea The Fiery Priest, Sinopsis Drama Korea The Fiery Priest, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama Review, Korean Drama Review By Miss Banu, Korean Drama 2019, Lawak, Komedi, Drama Best, Poster Drama Korea The Fiery Priest, Senarai Pelakon Drama Korea The Fiery Priest, Kim Nam Gil, Kim Sung Kyun, Lee Honey, Go Joon, Keum Sae Rok, Kim Hyung Mook, Baek Ji Won, Eum Moon Suk, Ahn Chang Hwan, Kim Min Jae,

Jom Baca Ini juga ➔ Baca Online Novel Cinta Belum Tamat Tempoh
➔ Sinopsis Telefilem Orang Gaji Puaka

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature,
Read More »

8 Mei 2019

Sinopsis Drama Ajak Oh Ijal (TV3)

Ajak Oh Ijal, Drama Ajak Oh Ijal, Slot Iris, TV3, Drama Sempena Bulan Ramadan, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri 18 Episod, Cast, Pelakon Drama Ajak Oh Ijal, Syazwan Zulkifly, Chef Fikree Aznan, Intan Najuwa, Qaralyna, Liza Abdullah, Imuda, A.Galak, Rahim Omar, Aishah Atan, Anis Hannani, Gbob, Henzi Andalas, Rashidah Jaafar, Amar Asyraf,
Sinopsis Drama Ajak Oh Ijal Slot Iris TV3

Drama Ajak Oh Ijal adalah drama terbaru di slot Iris TV3 dan sudah bersiaran sejak 6 Mei 2019 yang lalu, setiap Isnin hingga Rabu, jam 6.30 petang. Antara pelakon drama Ajak Oh Ijal ini adalah Syazwan Zulkifly, Chef Fikree Aznan, Intan Najuwa, Qaralyna, Liza Abdullah, Imuda, A.Galak, Rahim Omar, Aishah Atan, Anis Hannani, Gbob, Henzi Andalas, Rashidah Jaafar, Amar Asyraf dan ramai lagi. Selain itu drama Ajak Oh Ijal ini mempunyai 18 episod dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua serta diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Nampak menarik drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Ajak Oh Ijal, Drama Ajak Oh Ijal, Slot Iris, TV3, Drama Sempena Bulan Ramadan, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri 18 Episod, Cast, Pelakon Drama Ajak Oh Ijal, Syazwan Zulkifly, Chef Fikree Aznan, Intan Najuwa, Qaralyna, Liza Abdullah, Imuda, A.Galak, Rahim Omar, Aishah Atan, Anis Hannani, Gbob, Henzi Andalas, Rashidah Jaafar, Amar Asyraf,

Mengisahkan Razak (Syazwan Zulkifly) dan Rizal (Chef Fikree Aznan) merupakan adik beradik yang menjalankan kegiatan haram di Kuala Lumpur. Setiap kali menjelang Ramadan mereka berdua akan pulang ke kampung dan membantu ibunya menjual ayam bakar di bazar Ramadan. Mereka yang sentiasa bertelagah berjanji untuk berbaik sepanjang Ramadan namun janji itu tidak dapat ditepati apabila mereka jatuh cinta kepada orang yang sama. Pelbagai cara dilakukan mereka untuk merebut hati Amani (Intan Najuwa). Pak Hassan (Rahim Omar) akan membenarkan salah seorang daripada mereka untuk keluar dengan Amani, tetapi dengan pelbagai syarat. Kedua mereka berusaha untuk memenuhi syarat yang ditetapkan dengan melakukan terawih, bergotong–royong dan melakukan pelbagai kebaikan demi memenangi hati Pak Hassan dan Amani. Apa yang berlaku seterusnya?. Siapakah yang menjadi pilihan Amani?.

Lagu Tema / OST Drama Ajak Oh Ijal
➔ Amnesia nyanyian Mark Adam

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

17 Apr 2019

Review Drama Korea - Feel Good To Die

Feel Good To Die, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Feel Good To Die, Korean Drama Feel Good To Die, Adaptasi daripada Web Comic, Time Loop, Ulasan Drama Korea Feel Good To Die, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Drama Korea Feel Good To Die, Review Drama Korea Feel Good To Die By Miss Banu, Drama Korea 2018, Korean Drama 2018, Korean Drama Review, Poster Drama Korea Feel Good To Die, Cast, Pelakon Drama Korea Feel Good To Die, Kang Ji Hwan, Baek Jin Hee, Gong Myung, Ryoo Hyoun Kyoung, Kim Min Jae, Jung Min Ah, Park Sol Mi, In Gyo Jin, Jo Han Chul, Channel KBS World, KBS Drama 2018,
Feel Good To Die - Korean Drama Review

Lama tak buat review drama Korea, banyak dah ketinggalan ni hehe, jadi tanpa membuang masa lagi, hari ini aku nak buat review drama Korea Feel Good To Die. Drama ini adalah adaptasi daripada web comic  dan bergenre komedi n fantasi. Antara pelakon drama Korea Feel Good To Die ini adalah Kang Ji Hwan, Baek Jin Hee, Gong Myung, Ryoo Hyoun Kyoung, Kim Min Jae, Jung Min Ah, Park Sol Mi, In Gyo Jin, Jo Han Chul dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 32 episod, disiarkan di channel KBS bermula 7 November 2018 dan tamat episodnya pada 27 Disember 2018 yang lalu. Korean Drama Feel Good To Die ini disiarkan bagi menggantikan drama The Ghost Detective dan kemudian akan digantikan dengan drama Liver Or Die. Lebih menarik bila Baek Jin Hee turut menang anugerah "Excellent Actress (Mini Series) serta In Gyo Jin juga turut menang Best Supporting Actor menerusi drama ini dalam 2018 KBS Drama Awards yang lalu. Masa tengok Behind The Scene drama ini, aku rasa kemungkinan besar drama ini boring sebab ianya berlatarbelakangkan pekerja dan majikan di tempat kerja gitu. Bila dah start tengok drama ini, agak mengejutkan juga bila drama ni best pula dan aku terhibur menonton drama Korea Feel Good To Die ini. Malah ada beberapa scene dalam drama ini berjaya buat aku ketawa dan juga bersedih hehe. Pemilihan pelakon juga tepat dan bersesuaian dengan watak masing -masing. 
Feel Good To Die, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Feel Good To Die, Korean Drama Feel Good To Die, Adaptasi daripada Web Comic, Time Loop, Ulasan Drama Korea Feel Good To Die, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Drama Korea Feel Good To Die, Review Drama Korea Feel Good To Die By Miss Banu, Drama Korea 2018, Korean Drama 2018, Korean Drama Review, Poster Drama Korea Feel Good To Die, Cast, Pelakon Drama Korea Feel Good To Die, Kang Ji Hwan, Baek Jin Hee, Gong Myung, Ryoo Hyoun Kyoung, Kim Min Jae, Jung Min Ah, Park Sol Mi, In Gyo Jin, Jo Han Chul, Channel KBS World, KBS Drama 2018,
Pelakon Kim Sun Ho, Kim Won Hae, Yoo Min Sang, Kim Bo Jung turut membuat kemunculan istimewa (cameo) dalam drama ini. Drama Korea Feel Good To Die mengisahkan tentang Baek Jin Sang (lakonan Kang Ji Hwan) yang merupakan Team Leader di bahagian Marketing, dia terkenal dengan personalitinya yang tegas, suka membuli pekerja, cakap lepas, sombong dan sentiasa percaya yang dirinya sentiasa betul. Pekerja - pekerja di bahagian Marketing Team seperti Lee Roo Da (Baek Jin Hee), Choi Min Joo, Lee Jung Hwa dan lain - lain sememangnya sentiasa tertekan. takut dan sering dimarahi oleh Baek Jin Sang. Mereka yang bekerja dengan Baek Jin Sang itu sentiasa mengutuknya dan mengkritiknya, mereka berdoa dan mengharapkan agar Baek Jin Sang cepat mati supaya hidup mereka lebih aman. Lee Roo Da juga berasa amat marah pada Baek Jin Sang dan mengharapkan Baek Jin Sang itu mati dan akhirnya impiannya tercapai bila Baek Jin Sang benar - benar mati di depan matanya. Keesokkannya Lee Roo Da bangun dari tidur dia mendapati dirinya berada pada hari yang sama seperti semalam dan hari tersebut terus berulang manakala Baek Jin Sang juga masih hidup dan sihat seperti biasa. Akhirnya Lee Roo Da yakin yang dirinya dah terperangkap dalam time loop. Pelbagai cara yang dilakukannya untuk keluar dari time loop tapi tak berjaya, sehinggalah suatu hari bila Baek Jin Sang mula sedar yang dirinya juga terperangkap dalam time loop. 
Feel Good To Die, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Feel Good To Die, Korean Drama Feel Good To Die, Adaptasi daripada Web Comic, Time Loop, Ulasan Drama Korea Feel Good To Die, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Drama Korea Feel Good To Die, Review Drama Korea Feel Good To Die By Miss Banu, Drama Korea 2018, Korean Drama 2018, Korean Drama Review, Poster Drama Korea Feel Good To Die, Cast, Pelakon Drama Korea Feel Good To Die, Kang Ji Hwan, Baek Jin Hee, Gong Myung, Ryoo Hyoun Kyoung, Kim Min Jae, Jung Min Ah, Park Sol Mi, In Gyo Jin, Jo Han Chul, Channel KBS World, KBS Drama 2018, Animated Picture, GIF, Korean Drama Feel Good To Die Gif, Gambar Bergerak,
Akhirnya Baek Jin Sang dan Lee Roo Da terpaksa bekerjasama dan saling membantu untuk keluar dari time loop itu. Lee Roo Da juga cuba mengubah sikap dan personaliti Baek Jin Sang untuk jadi lebih baik, supaya mereka dapat keluar dari time loop itu. Apa sebenarnya yang membuatkan mereka berdua terperangkap dalam time loop itu? serta bagaimana cara untuk keluar dari time loop itu?. Itu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea Feel Good To Die ini. Banyak scene kelakar dalam drama ini, terutamanya bila wujud cinta tiga segi antara Baek Jin Sang, Lee Roo Da dan Kang Joon Ho (Gong Myung). Aku tak leh blah dengan sikap perasan dan terlebih confident Baek Jin Sang ni bila dia yakin giler yang Lee Roo Da tu ada hati kat dia hahaha. Bila dia sedar yang Lee Roo Da dan Kang Joon Ho dah start nak bercinta, mulalah dia meroyan dan cuba gagalkan romantic date diorang tu hehe. Selain tu Kang Joon Ho ni pun lawak gak bila dia mengikut je kemana pun Lee Roo Da ni pergi, walaupun terpaksa turun pangkat sekejap untuk bekerja di restoran dan menggoreng ayam tapi dia sanggup asalkan ada Lee Roo Da. Drama ini turut menyentuh hal - hal dan isu - isu pekerja di syarikat MW Chicken seperti isu pekerja kontrak, isu nak tubuhkan persatuan pekerja, isu kenaikan gaji, isu buang pekerja dan sebagainya. 
Feel Good To Die, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Feel Good To Die, Korean Drama Feel Good To Die, Adaptasi daripada Web Comic, Time Loop, Ulasan Drama Korea Feel Good To Die, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Drama Korea Feel Good To Die, Review Drama Korea Feel Good To Die By Miss Banu, Drama Korea 2018, Korean Drama 2018, Korean Drama Review, Poster Drama Korea Feel Good To Die, Cast, Pelakon Drama Korea Feel Good To Die, Kang Ji Hwan, Baek Jin Hee, Gong Myung, Ryoo Hyoun Kyoung, Kim Min Jae, Jung Min Ah, Park Sol Mi, In Gyo Jin, Jo Han Chul, Channel KBS World, KBS Drama 2018,
Scene - scene sedih dalam drama Feel Good To Die ini juga terbaik especially scene ketika Baek Jin Sang dengan seikhlas hati meminta pertolongan Lee Roo Da serta diiringi dengan linangan air mata tu memang sebak kot. Satu lagi scene bila Baek Jin Sang benar - benar sedih dan kecewa bila insan yang dia sayang tu mati memang wow, rasa nak menangis sekali kot. In Gyo Jin yang melakonkan watak Kang In Ha juga memberikan lakonan yang terbaik iaitu sebagai majikan yang jahat tapi sikapnya tu kadang - kadang agak lawak juga bila berdepan dengan situasi yang tak dijangka. Drama ini juga bertambah menarik bila ending drama Korea Feel Good To Die ini tak mengikut seperti dalam web comic itu. Kiranya drama ini tak ikut ending asal sebaliknya ada ending yang berbeza, maybe sebab ikut kehendak penonton yang inginkan ending yang lebih happy ending gitu. Aku rasa diorang buat keputusan tepat dengan memberi ending yang berbeza dari web comic, sebab kalau diorang ikut ending asal, maybe ianya akan jadi sad ending kot. Lagu tema / OST Feel Good To Die ini boleh tahan juga, aku suka lagu rancak dalam drama ini, sesuai dengan jalan cerita. Pendek kata memang syok layan drama ni, aku bagi 8.8/10 bintang untuk drama ini.


(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

11 Okt 2018

Sinopsis Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek (Astro Ria)

Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek, Novel Online, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri 20 Episod, Slot MegaDrama, Astro Ria, Poster, Baca Online Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek Bab 1 Hingga Bab 11, Sinopsis Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, OST Cik Reen Encik Ngok Ngek, Kisah Kahwin Paksa, 2018, Cast, Pelakon Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Nabila Razali, Watak Pelakon Dalam Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek,
Sinopsis Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek (Astro Ria)

Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Alamatnya Cinta yang telah tamat episodnya. Drama 20 episod ini sudah pun disiarkan bermula 1 Oktober yang lalu dan merupakan adaptasi daripada Novel The Misadventures Of Cik Reen & En. Ngok Ngek karya novelis Maya Adira. Antara pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini adalah Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Nabila Razali dan ramai lagi. Selain itu Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Aku ada tengok gak drama ini walaupun agak clisye dengan kisah kahwin paksa tu, tapi scene - scene kelakar dalam drama ini lawak dan boleh tahan juga hahaha, malah OST drama ini pun best dan rancak gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon serta sinopsis drama ini di bawah ye..
Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek, Novel Online, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri 20 Episod, Slot MegaDrama, Astro Ria, Poster, Sinopsis Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, OST Cik Reen Encik Ngok Ngek, Kisah Kahwin Paksa, 2018, Cast, Pelakon Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Nabila Razali, Watak Pelakon Dalam Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek,
Watak Pelakon Dalam Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek

Farah Nabilah sebagai Azreen
Fikry Ibrahim sebagai Harris Zakuan

Haneesya Hanee sebagai Zaza

Iswan Ismail sebagai Iman

Scha Elinnea sebagai Izyan

Farhan Asri sebagai Iqram

Dini Schatzmann sebagai Naqib

Nabila Razali sebagai Siti


Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek, Novel Online, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri 20 Episod, Slot MegaDrama, Astro Ria, Poster, Baca Online Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek Bab 1 Hingga Bab 11, Sinopsis Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, OST Cik Reen Encik Ngok Ngek, Kisah Kahwin Paksa, 2018, Cast, Pelakon Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Nabila Razali, Watak Pelakon Dalam Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Blog Miss Banu Story,


Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Bagi menutup malu, keluarga mereka mencadangkan Azreen (kakak Izyan) dan Harris (abang Iqram) untuk berkahwin bagi menggantikan adik - adik mereka itu di majlis tersebut. Selepas berkahwin, mereka membuat keputusan untuk mencari Izyan dan Iqran. Kedua mereka berhasrat untuk berpisah sekiranya berjaya membawa Izyan dan Iqram pulang. Bagi Azreen cinta tidak boleh dipaksa dan mengetahui Harris pula sudah ada teman hati yang didambakan iaitu Zaza. Sepanjang pengembaran mereka, Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak untuk mencintai suaminya itu. Pelbagai dugaan yang terpaksa di tempuhi oleh Azreen dan Harris ketika mencari adik - adik mereka itu iaitu Izyan dan Iqram. Ketika perjalanan mereka hampir tamat dan semua masalah mereka hampir selesai, Harris mula binggung dengan perasaannya sendiri. Dia tidak tahu mahu memilih Zaza atau pun Azreen kerana kini Azreen sudah mula berada di hatinya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. 

Lagu Tema / OST Cik Reen Encik Ngok Ngek
⏩ Satu Peluang nyanyian Andi Bernadee
⏩ Ada Dalam Tiada nyanyian Nora Ariffin

Jom baca ni juga ➔ Episod Akhir Drama Alamatnya Cinta
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

5 Okt 2018

Baca Online Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek

Novel Online Cik Reen Encik Ngok Ngek, Baca Online Novel, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Novelis Maya Adira, 2018, Novel The Misadventures Of Cik Reen & Encik Ngok Ngek, Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Cast, Pelakon Utama Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Baca Online Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek Bab 1 Hingga Bab 10,
Baca Online Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek

Akhirnya tibalah giliran Novel The Misadventures Of Cik Reen & Encik Ngok Ngek karya novelis Maya Adira untuk diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod. Versi dramanya bertajuk Cik Reen Encik Ngok Ngek yang dilakonkan oleh Farah Nabilah sebagai watak Azreen dan juga Fikry Ibrahim sebagai watak Harris Zakuan dan lain - lain lagi. Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini bergenre romantik komedi dan banyak juga scene - scene kelakar dalam drama tersebut.
Novel Online Cik Reen Encik Ngok Ngek, Baca Online Novel, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Novelis Maya Adira, 2018, Novel The Misadventures Of Cik Reen & Encik Ngok Ngek, Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Cast, Pelakon Utama Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Baca Online Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek Bab 1 Hingga Bab 10,
Watak Pelakon Dalam Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek
Farah Nabilah sebagai Azreen

Fikry Ibrahim sebagai Harris Zakuan

Haneesya Hanee sebagai Zaza

Iswan Ismail sebagai Iman

Scha Elinnea sebagai Izyan

Farhan Asri sebagai Iqram

Dini Schatzmann sebagai Naqib
Nabila Razali sebagai Siti
Badrul Muhayat sebagai Che Azhan
Farisha Irwayu sebagai Che Embun
Rania Humaira sebagai Anum
Nik Adam Mika sebagai Qalish
Novel Online Cik Reen Encik Ngok Ngek, Baca Online Novel, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Novelis Maya Adira, 2018, Novel The Misadventures Of Cik Reen & Encik Ngok Ngek, Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Cast, Pelakon Utama Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Baca Online Novel Cik Reen Encik Ngok Ngek Bab 1 Hingga Bab 10,
Jadi sambil - sambil korang tengok drama ini di Astro Ria, korang juga boleh baca Novel The Misadventures Of Cik Reen & Encik Ngok Ngek ini secara online, dengan cara klik saja link - link di bawah ini okey, selamat membaca..



My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

22 Sep 2018

Fad Juara Super Spontan Xtravaganza 2018

Fad, Fad Bocey, Juara, Pemenang, Super Spontan Xtravaganza, 2018, Final, Finalis, Izzue Islam, Achey, Atu, Joey, Shahrol, Juri, Final Super Spontan Xtravaganza 2018,

Setelah 10 minggu bertanding, akhirnya juara Super Spontan Xtravaganza menjadi milik Fad yang juga merupakan ketua kumpulan pada team Lobster Leleh. Naib Juara atau pun tempat kedua menjadi milik Izzue Islam, Achey pula mendapat tempat ketiga, Atu pula mendapat tempat keempat, diikuti Joey dan Shahrol. Berbanding musim - musim lalu yang hanya bergantung pada undian penonton semata - mata, kali ini ianya sedikit berbeza kerana turut melibatkan markah daripada juri juga yang terdiri daripada Adibah Noor, Dato Afdlin Shauki dan juga Ayda Jebat. Pada musim yang lalu iaitu ketika Super Spontan Superstar 2017, Fad telah mendapat tempat kedua dan tewas pada Kamal Adli yang menang ketika itu dan kali ini memang rezeki Fad sebab jadi juara gitu. Izzue Islam baru pertma kali join pertandingan Super Spontan ini dan telah pun bergelar naib juara itu. Tahniah buat semua pemenang dan juga finalis Super Spontan Xtravaganza 2018 ini. Antara game yang diorang main di final Super Spontan ini terdiri daripada game Emosi Tidak Stabil, Dahiku Dahimu, Muzik Video Spontan dan banyak lagi. Sedikit berbeza dengan final Super Spontan musim - musim yang lalu, dimana tidak ada artis jemputan yang ramai seperti kebiasaannya. Selalunya bila waktu final memang meriah habis dengan kehadiran artis jemputan, tapi kali ni nampak simple gitu.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

21 Ogo 2018

Jozan Live (Astro Warna)

Jozan Live, JOZAN, Johan, Zizan, Hos, Santai, Segmen Dalam Jozan Live, Berita, Temubual, Jo VS Zan, Sidang Media Kekwat, 2018, Johan Zizan Bergabung Jadi Jozan, Jozan Live 40 Episod, Astro Warna, Raja Lawak, Lawak, Pelawak, Hos Raja Lawak, MLM2012, Juara Maharaja Lawak Mega 2012, Juara Super Spontan, Comedian, Bromance, Jozan Bromance,
Jozan Live Di Astro Warna

Jozan kembali lagi dengan rancangan baru iaitu Jozan Live yang bersiaran setiap hari Selasa, jam 10 malam di Astro Warna dan Warna HD sebanyak 40 episod. Last Jozan beraksi dan bergabung bersama adalah ketika bertanding di Maharaja Lawak Mega 2012. Selepas itu diorang ada jadi Hos Raja Lawak Musim ke - 7 pada tahun 2013, kemudian mereka dah tak bergabung tapi pernah bertanding sekali dalam pertandingan Super Spontan All Stars 2015 yang lalu. Selepas tu ada nampak juga Johan dan Zizan dalam satu rancangan yang sama, tapi tak adalah diorang bergabung kan. Akhirnya pada tahun 2018 barulah Johan dan Zizan bergabung sebagai Jozan dan buat come back semula dan kali ini diorang menjadi Hos gitu. Rindu juga nak tengok Jozan jadi hos sama - sama kan lepas Raja Lawak dah tamat kan. 
Jozan Live, JOZAN, Johan, Zizan, Hos, Santai, Segmen Dalam Jozan Live, Berita, Temubual, Jo VS Zan, Sidang Media Kekwat, 2018, Johan Zizan Bergabung Jadi Jozan, Jozan Live 40 Episod, Astro Warna, Raja Lawak, Lawak, Pelawak, Hos Raja Lawak, MLM2012, Juara Maharaja Lawak Mega 2012, Juara Super Spontan, Comedian, Bromance, Jozan Bromance,
Konsep rancangan Jozan Live ni memang nampak santai, slumber dan gila - gila, ada beberapa segmen dalam program Jozan Live ni contohnya seperti Sketsa, Berita, Temubual, Jo VS Zan, Sidang Media Kekwat dan lain - lain lagi. Segmen Sidang Media Kekwat itu diinspirasikan dari rancangan Oh Yeah!, no wonder la sebab memang layannnn kan lagi pun Johan, Zizan, Nabil dan ramai lagi memang pernah terlibat pun dalam rancangan Oh yeah ini. Sidang Media Kekwat dan Jo vs Zan antara segmen favorite aku, pada yang mengikuti blog ini dari awal pasti tahu aku antara peminat Jozan dari Raja Lawak 1 lagi, happy juga bila diorang buat comeback kan dan pasni tiap - tiap minggu Jozan di tv uolls haha. Selain itu aku suka tengok promo / iklan Jozan Live kat TV tu sebab nampak gah dan menarik gitu.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017